Dalam berita bertajuk "Tak semua pemimpin PAS tolak," Utusan Malaysia hari melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau percaya suara penolakan kerajaan perpaduan di dalam PAS bukannya mewakili keseluruhan pemimpin di dalam parti itu.
Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah pandangan daripada kelompok tertentu di dalam parti berkenaan.
''Dalam PAS pun ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya pendapat tersebut (tolak kerajaan perpaduan) merupakan pendapat semua pucuk pimpinan PAS, sebab ada yang setuju dan ada yang tidak.
''Kita tidak boleh kata ini pendapat keseluruhan pucuk pimpinan. Mungkin pendapat ini datang daripada satu dua pemimpin sahaja,'' katanya lagi.
Saya pula percaya kenyataan Najib itu berasas. Saya ingin bertanya kepada Presiden Umno itu, benarkah dakwaan bahawa, melalui bantuan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ustaz Nasharudin Mat Isa beberapa kali membawa Ustaz Dr Harun Din berjumpa beliau?
Saya tak ada maklumat sahih walaupun khabar tersebut datang dari sumber peringkat tertinggi yang saya yakin well informed. Tak dak maklumat tak boleh tuduh. Sebab itulah saya bertanya.
Ramai yang memberi komen menuntut saya melupakan isu kerajaan perpaduan. Bukan saya seorang sahaja yang tak dapat lupa (Can anyone furnish me with a dummy's guide to forget betrayal?), Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib tak dapat lupa. Pemuda PAS Terengganu pun tak dapat lupa.
Dalam berita bertajuk "'Persetujuan DAP, PKR gagal diperolehi'," Berita Harian semalam melaporkan Harun mendakwa, Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Masya Allah! Adakah Harun mengesahkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah boneka DAP dan PKR?!
Mengapa Harun melenyapkan usaha tidak kenal kalah Tok Guru Mursyidul Am yang menolak perkara itu? Saya menyimpan sejarah berselingkuh politik dalam gelap dengan Umno sejak dari awal.
Tok Guru Mursyidul Am lebih bersungguh menentang perbuatan itu sejak dari awal lagi. DAP dan PKR hanya merungut dari belakang. Bila Tok Guru Presiden bayangkan sikit-sikit secara berdepan tentang perkara itu di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh ketika Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sudah dihambat dari jawatannya sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, tak ada pun bantahan keras dari tokoh-tokoh DAP dan PKR.
Tok Guru Mursyidul Amlah yang bersungguh-sungguh menolak perkara itu.
Sampai hati Harun mengesahkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah boneka DAP dan PKR!
Dalam berita bertajuk "Contohi parti Cina," Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-Umno.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi kononnya kecewa.
Pada mulanya, saya sangka sama taraf sahaja Harussani dan Ibrahim. Tetapi sebenarnya, Ibrahim lebih mulia dari Mufti Perak.
Kalau Ibrahim kecewa kerana gagalnya persiapan awal untuk menyambung cengkaman kekuasaan Umno melalui hasil mengelamun yang bernama kerajaan perpaduan, memang padanlah. Dia pun kutu cikai lebih kurang macam aku ja. Malah, lebih hina lagi. Kutu-kutu aku pun, hina macam mana pun aku, orang tak pernah panggil aku katak.
Tetapi bila ulama macam Harussani bagai nak gila memperjuangkan persiapan awal untuk menyambung cengkaman kekuasaan Umno melalui hasil mengelamun yang bernama kerajaan perpaduan, sah-sah dia lebih hina dari Ibrahim yang tak henti-henti digelar katak.
Lampiran

Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah pandangan daripada kelompok tertentu di dalam parti berkenaan.
''Dalam PAS pun ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya pendapat tersebut (tolak kerajaan perpaduan) merupakan pendapat semua pucuk pimpinan PAS, sebab ada yang setuju dan ada yang tidak.
''Kita tidak boleh kata ini pendapat keseluruhan pucuk pimpinan. Mungkin pendapat ini datang daripada satu dua pemimpin sahaja,'' katanya lagi.
Saya pula percaya kenyataan Najib itu berasas. Saya ingin bertanya kepada Presiden Umno itu, benarkah dakwaan bahawa, melalui bantuan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ustaz Nasharudin Mat Isa beberapa kali membawa Ustaz Dr Harun Din berjumpa beliau?
Saya tak ada maklumat sahih walaupun khabar tersebut datang dari sumber peringkat tertinggi yang saya yakin well informed. Tak dak maklumat tak boleh tuduh. Sebab itulah saya bertanya.
Ramai yang memberi komen menuntut saya melupakan isu kerajaan perpaduan. Bukan saya seorang sahaja yang tak dapat lupa (Can anyone furnish me with a dummy's guide to forget betrayal?), Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib tak dapat lupa. Pemuda PAS Terengganu pun tak dapat lupa.
Dalam berita bertajuk "'Persetujuan DAP, PKR gagal diperolehi'," Berita Harian semalam melaporkan Harun mendakwa, Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Masya Allah! Adakah Harun mengesahkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah boneka DAP dan PKR?!
Mengapa Harun melenyapkan usaha tidak kenal kalah Tok Guru Mursyidul Am yang menolak perkara itu? Saya menyimpan sejarah berselingkuh politik dalam gelap dengan Umno sejak dari awal.
Tok Guru Mursyidul Am lebih bersungguh menentang perbuatan itu sejak dari awal lagi. DAP dan PKR hanya merungut dari belakang. Bila Tok Guru Presiden bayangkan sikit-sikit secara berdepan tentang perkara itu di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh ketika Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sudah dihambat dari jawatannya sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, tak ada pun bantahan keras dari tokoh-tokoh DAP dan PKR.
Tok Guru Mursyidul Amlah yang bersungguh-sungguh menolak perkara itu.
Sampai hati Harun mengesahkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah boneka DAP dan PKR!
Dalam berita bertajuk "Contohi parti Cina," Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-Umno.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi kononnya kecewa.
Pada mulanya, saya sangka sama taraf sahaja Harussani dan Ibrahim. Tetapi sebenarnya, Ibrahim lebih mulia dari Mufti Perak.
Kalau Ibrahim kecewa kerana gagalnya persiapan awal untuk menyambung cengkaman kekuasaan Umno melalui hasil mengelamun yang bernama kerajaan perpaduan, memang padanlah. Dia pun kutu cikai lebih kurang macam aku ja. Malah, lebih hina lagi. Kutu-kutu aku pun, hina macam mana pun aku, orang tak pernah panggil aku katak.
Tetapi bila ulama macam Harussani bagai nak gila memperjuangkan persiapan awal untuk menyambung cengkaman kekuasaan Umno melalui hasil mengelamun yang bernama kerajaan perpaduan, sah-sah dia lebih hina dari Ibrahim yang tak henti-henti digelar katak.
Lampiran
'Persetujuan DAP, PKR gagal diperolehi'
Berita Harian (24/6/09): Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat.
“Seperti mana kita ketahui cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah membabitkan semua parti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kelmarin, Pas menutup polemik mengenai kerajaan perpaduan apabila Abdul Hadi yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menolak cadangan itu.
Harun berkata, Dewan Ulama Pas, menghormati keputusan dibuat Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin nombor satu Pas itu.
Beliau berkata, Dewan Ulama Pas menganggap polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah selesai dan tumpuan kini diberikan bagi berdepan dengan Umno pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai.
Mengenai tindakan jentera pilihan raya Pas Kelantan yang tidak memasang poster Abdul Hadi menjelang pilihan raya kecil itu, beliau yakin poster pemimpin nombor satu Pas terbabit akan dipasang dalam masa terdekat.
“Persiapan bagi menghadapi Umno pada pilihan kecil DUN Manek Urai berjalan lancar, mengenai poster Abdul Hadi saya yakin tidak lama lagi ia akan dinaikkan lah,” katanya.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Nasir Daud, menerusi kenyataannya semalam berkata, poster Abdul Hadi tetap tidak dipasang di kawasan DUN Manek Urai, walaupun isu kerajaan perpaduan sudah selesai.
Pemuda Terengganu bersama-sama Tok Guru
Blog Pemuda PAS Terengganu (26/6/09): Pemuda PAS berharap ruang perbincangan berkaitan kepentingan umat Islam, amar ma’aruf dan nahi mungkar, terus diadakan dengan UMNO walaupun perbincangan tentang kerajaan perpaduan telah dihentikan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata penolakan kerajaan perpaduan bukan bererti PAS menutup pintu gerakkerja dakwah.
Beliau berkata kerja dakwah mesti dibuka seluas-luasnya untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya bersatu dan berpadu di bawah Pakatan Rakyat khususnya PAS.
”Kami (pemuda PAS) meminta supaya perbincangan dengan UMNO tidak boleh dihentikan bagi membincangi (kan) tentang isu-isu Islam, umat Islam,
”bagi menyampaikan kerja-kerja amar ma’aruf dan nahi mungkar,”katanya ketika ditemui selepas majlis serah tugas Jabatan Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.
Katanya pemimpin UMNO tidak memahami apa sebenarnya kerajaan perpaduan kerana mereka menganggap ia adalah gabungan antara PAS dan UMNO.
Sedangkan menurutnya, ia tidak pernah timbul sama sekali dan tidak menjadi agenda serta hasrat pimpinan PAS untuk membawa PAS kearah itu.
Sebaliknya, kata beliau, UMNO memang mengharapkan kerjaan campuran atau gabungan dengan PAS kerana keadaan mereka begitu mendesak.
”UMNO memang mengharapkan kerajaan campuran, gabungan (dengan PAS) kerana UMNO berada dalam keadaan hampir runtuh, musnah, (dan) bahtera mereka hampir tenggelam,”jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat berkata demikian mengulas keputusan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional.
Dalam kenyataan bersama di Parlimen kelmarin ditegaskan, walaupun menolak penubuhan kerajaan perpaduan, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
Sehubungan itu, Ustaz Mohd Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyokong sikap terbuka tersebut dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Terengganu dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.
”Kita (PAS) akan bekerjasama dan meyokong ketrajaan negeri Terenggan dalam persoalan-persoalan kepentingan rakyat khususnya isu royalti (minyak), ini adalah isu keadilan dan kepentingan rakyat Terengganu,”tegasnya.
Justeru, beliau mendesak, sekiranya UMNO ingin membentuk satu perpaduan, mestilah mengubah dan membersihkan diri mereka, kerajaan dan memohon maaf keatas kesilapan mereka yang lalu.
”Mereka mesti mengubah dan mesti membersihkan Institusi kehakiman, SPR, dan mesti bertindak adil,
”dan memohon maaf terhadap kesilapan-kesilapan mereka membunuh pejuang-pejuang PAS di Memali, menangkap pemimpin-pemimpin PAS, meruntuhkan masjid Bujal, merampas tanah-tanah dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat, yang diberikan (kepada rakyat) oleh kerajaan (PAS),”katanya.











Cantik? Klik 






Kesian katak...hinakah makhluk yg bernama katak...KATAK SETAHU saya tak ada dosa...ada pun tak dikira....kalau hina mengapa Allah menjadikanNya....
antara najib dan nik aziz, nik aziz lebih pintar...
antara tok him dan tok mufti, tok him lebih mulia...
antara harun dan mat nor, dua2 tak guna...mana hangpa letak akhlak dalam berjamaah..kalau jamaah dah putuskan UG masuk kubur, kenapa masih terkial2 nak cari keranda dan batu nesan utk umno trg? jangan2 korang berdua nin dah ada "deal" kot...maklumlah korang kan YB, tentulah peluang nak jadi exco terbentang luas jk kerajaan perpaduang berjaya dilaksanakan!
Salam pak bakaq, ada lagi suara sumbang dari teganu ni,nampak sangat nk join dengan umno kerana mat said bagi offer baik punya kot, wahai ustz md noor ikutlah jejak langkah almarhom ust fadzil md noor, cakap betol lah pak bakaq aku lama dah tak dengar ustaz2 ni cakap mengenai memali,kalau pasai nak tambah bini, nak beli camry ka,toyota estima ka, yang tu ada atau nak faraid GLC , nak form company pasai nak bagi penoh temolok ustaz2 ni aku dah naik meluat dengar depa dok besembang,Qiyamul lail tak dak dah, tamrin pon tak dak dah,pakat dok mengata pasai apa yang dibawah ni tak walak kepada ust hadi, ust nasha dan Tok guru nik aziz tu dia tau apa? dia nak jaga kelantan saja bukan nak jaga negri lain........inilah virus ustaz2 pas la ni.. Lan Nawa
bagus pak bakaq....satu bukti yang jelas tentang isu yang semakin dilupakan oleh semua...cetusan2 sebegini patut disambut oleh semua blogger...
Salam bang bakaq n family..
Jgn terlalu bernafsu ketika menulis hal2 yg masih kelam. Lebih afdhal jgn terikut rentak org2 yg rendah akhlaknya dengan melebelkan golongan muslim yg dihormati walaupun oleh sebilangan kumpulan tertentu seperti Ybhg Ust Harusani. Contohilah kisah Rasulullah SAW dgn yahudi yg buta, kalau sdr masih ingat kisah tu. Kalau kurang ingat kisahnya boleh la serba sedikit sahabat nak ingatkan secara lebih kurang begini. Yahudi buta itu memang cacat dan tak nampak, namun beliau tak pernah lekang dimulut dan hatinya membenci org yg bernama Muhammad SAW. Walaupun begitu atas sifatNya sebagai pesuruh Allah SWT, Rasulullah SAW kerap mengunjungi dan menyuapkan makanan kepada yahudi buta itu tanpa diketahui oleh yahudi buta itu mengenai kelaku Rasulullah SAW akibat fizikalnya yg buta itu. Selepas Rasulullah SAW wafat, maka sahabat cuba mengikut jejak langkah Rasulullah SAW menyambung sifat Rasullah SAW untuk pergi ke hjung lorong yg didiam oleh yahudi buta itu. Tapi yahudi dapat merasakan bahawa ada kelainan cara walaupun makanan yg sama disuapkan itu. Lalu yahudi itu berkata aku tak mampu mengunyah makan mu ini. Barangkali engkau bukan insan yg selalu berkunjung ke sini. Sahabat Rasullah SAW tadi bertanya kenapa dan apa yg berbeza sedangkan inilah makanan yg engkau gemari. Lalu dijawab yahudi buta itu bahawa sebelum insan berkenaan menyuapku terlebih dahulu makanan itu diperhaluskan suapan dan aku menyenanginya. Beritahulah sahabt tadi bahawa insan yg menyuap itu adalah Muhammad SAW dan beliau sudahpun beberapa hari wafat. mendngar itu maka yahudi buta tadi terus memeluk sahabat dan bermulalah kehidupan barunya sebagai muslim dgn keimanan serta setia menjadi sahabat kepada sahabat Rasulullah SAW tadi. Begitulah sifat Rasulullah SAW yg tidak sukar untuk diikuti seandainya dlm jiwa kita ada banyak sifat bersih dan berperasangka baik sesama ummah.
Moral kisahnya carilah sendiri, prosalah sendiri. Maaf kalau cerita itu kurang tepat, tapi lebih kurang begitulah. sebab kita mendengar dari org lain tanpa catatan, kalau tonggang terbalik pun biar la asalkan yg baca faham. Kalau tak boleh faham maka abaikan dan anggap tak baca apa2 hari ni.
mufti ni dimintak tulung bersuara dengan jelas dan terang sokongan dia pada yang mana... nampak sangat... lepas dapat sejota, makin menjadi-jadi dia nih...
dia diam masa AMNU yang kononnya melayu Islam tu menindas orang pas dengan berbagai macam dan cara
dia diam masa AMNU menindas orang Kelantan dengan bawak naik minyak ke siam dengan membayar sewa jutaan ringgit setiap tahun
dia diam masa AMNU menindas rakyat dengan beban segala kenaikan
dia diam masa fatwa sure heboh dia dipandang remeh oleh orang AMNU... terus buat jom heboh lepas dapat peluang berkuasa hari tu...
dia diam masa AMNU bagi tanah kat tokei-tokei besar cina dan india
dia diam masa AMNU bunuh orang memali
dia diam dalam hal menggesa AMNU menjadi sebuah parti Islam.
dia lebih pentingkan MELAYU... patutnya menjadi MUFTI MELAYU saja dia nih... buleh kawan ngan kahar si NABI MELAYU tu... semuanya melayu dulu!!!
betullah kato tok guru kawe
3 karo wak ore punah walaupun secerdik mano
harto....
tahto.....
wanito.....
Sebenarnya penyokong PAS lah yang membantu DAP dan PKR memenangi banyak kerusi di P. Pinang.
Akhirnya PAS diketepikan macam sampah. Pakatan Rakyat kunun - Pakatan Kepala Butuh!
Kekadang kita lihat, ulama' lebih pandir bermain politik. Mungkina ada lebih baik jangan berpolitik.
Pak Bakaq,
Bercakap tentang berita-berita,dalam akhbar Sinar hari ini(25.06.09) m.s.N4,ada seorang profesor kangkong bernama Mohamed Mustafa Ishak(UUM) menuduh PAS mengikut telunjuk PKR dan DAP menghentikan idea Kerajaan Perpaduan.Profesor kangkong ini juga berpendapat orang Malayu akan marah kepada PAS kerana PAS tidak mahu memperkuatkan parti Melayu bersama UMNO.Dia juga marah dengan TGNA kerana menolak Kerajaan Perpaduan kononnya TGNA akan dipersoalkan olih orang Melayu kerana tak mahukan Melayu bersatu dan kuat.
Profesor kangkong ini sah pencacai UMNO dan munkin selepas dia buat kenyataan ini,dia akan dinaikkan pangkat lagi.Profesor kangkong ini lupa bertanya agaknya: Melayu mana yang marah ketidakadaan Kerajaan Perpaduan itu? Kalau yang marah itu "Melayu UMNO" siapa peduli.Bukan semua orang Melayu dinegara ini ahli UMNO atau suka kat UMNO.Yang bencikan dan meluat kat UMNO lebih ramai dari ahli UMNO.Profesor ini betul-betul kangkong,munkin kangkong tong taik.Sebelum gatal menulis dan keluarkan kenyataan buatlah sikit kajian - awak tu profesor.
Pengumuman Presiden PAS untuk menghentikan idea Kerajaan Perpaduan,tiada kena mengena dengan "pengaruh PKR mahu pun DAP. TGNA telah awal-awal lagi menolak idea Kerajaan Perpaduan ini dan disokong olih 10 Ahli Parlimen PAS sebelum pertemuan antara 3 Presiden Pakatan Rakyat.Kalau profesor kangkong ni rajin melayar internet,pasti dia bertemu betapa ramainya orang menentang idea ini. Hei! profesor kangkong,kalau pun nak mengampu UMNO buatlah cara batul sikit.Jangan tunjukkan sangat "kangkong" kamu tu.
PAS sebenarnya telah memasuki era baru bermula dari tarikh muktamar baru-baru ini. Ertinya PAS sehingga titik masa muktamar mutakhir "terarkib" dengan sendirinya. PAS era baru bakal dipimpin oleh seorang ulamak yang "feel good" dengan UMNO. Itu realiti! Gerak mendekati UMNO tidak mungkin berakhir kerana hampir seluruh saf pimpinan semasa terdiri daripada mereka yang senada dalam "memeluk UMNO". Hakikat perlu diterima bahawa NASA yang "kita" tentangi adalah bakal seorang Bapak Presiden PAS! Jika sesuatu "krisis perlembagaan PAS" tidak dilakukan (baca; tidak dilakukan), fenomena bertaut kepada UMNO tidak mungkin berakhir. Gerakan membantah secara beransur dan sentimental sukar berkesan kerana "mereka" menguasai hampir semua hierarki dan jentera walau tidak menguasai ahli PAS! Dalam politik dan dalam konteks perlembagaan PAS sendiri sesuatu gelombang baru tidak semestinya digerakkan oleh atau melalui ahli tetapi sebaliknya dicaturkan oleh kumpulan pemimpin. Jenghiz Khan tidak menakluk India dengan menguasai "India seluruhnya" tetapi hanya sekadar "menakluki Delhi" dan "Raja Delhi", lalu yang lain berbondong-bondong tersedia menjadi taklukan! Itulah fenomena semasa PAS.
dalam dewan banyak ULAR DALAM SEMAK hahahahahahahahahah..................
Tak elok kita tuduh ulama mcm tu. Nik Aziz bukan maksum. Bukan semua mende yg dia buat betul. Mufti Perak pun juga bukan maksum. Seeloknya, kita kena hormat la ilmu yg mereka ada. Mungkin mereka ada basis atas apa yg mereka katakan. Tinggi sgt ke ilmu Pak Bakaq utk memaki mufti macam tu sekali?
Penyokong Pas Sg. Isap, Kuantan.
Dig!Zer,
Salah angapan anda hampir seluruh kepimpinan PAS pro-UMNO dewasa ini.Salah juga anggapan anda selepas Muktamar ke55 PAS perlukan ulamak yang punya "feel good" terhadap UMNO.Itu "harapan" puak UMNO dan Boneka UMNO.Percayalah "harapan" yang diharap-harapkan itu tidak akan kesampaian.Kalau pun benar telahan anda ianya akan berakhir pada tahun 2011(dua tahunm lagi).Sementara itu,nasib boneka-boneka UMNO ini belum tentu baik dan tentram dalamm tempuhn 2 tahun ini - mereka akan dipantau dan jika salah langkah,mereka seolah-olah akan berada atas bara api.Hanya penyokong,penjilat dan pengampu boneka-boneka UMNO ini sahaja yang tak faham,tak mengetahui dan tak mahu tahu bahawa akar umbi PAS telah mula "menyepikan" boneka-boneka UMNO ini.
Dewasa ini pun akhbar-akhbar milik UMNO termasuk profesor-profesor kangkong dipusat-pusat oengajian tinggi pencacai UMNO sedang giat mengutuk keputusan memberhenti dan menamatkan idea Kerajaan Perpaduan ini.Menyalaklah kuat-kuat namun Bukit PAS tak akan runtuh.InsyaAllah.
mungkin maksud dia sebaliknya..kekadang org yang macam nie dikonkong dan ditekan hati lain mulut lain..kesianlah kat dia,biarlah dia buat kenyataan walaupun mungkin dia sendiri pun tidak suka...itulah dunia sekarang..
aku sangat bersetuju dgn pendapat Dato Rais Yatim supaya istilah "selsema babi"
digunakan untuk menggantikan istilah "Ifluenza AH1-N1".
aku juga sangat2 bersetuju dengan pendapat TGNA supaya istilah
"kerajaan barua UMNO" digunakan untuk menggantikan istilah "kerajaan perpaduan".
janganlah nak kelentong rakyat dengan istilah2 yg melunakkan.kalau ya pun nak jaga kepentingan parti dan kepentingan rakyat, janganlah berunding dalam gelap....ini bukan hal nak main masuk suku, boleh main2 dlm gelap!!!
Minta mufti Perak,bertanding dun negeri wakili UBN,kalau mufti Perak dah menang,lantik dia jadi menteri besar Perak,biar dia bercakap pada rakyat yg mana baik dan mana buruk,saya harap mufti Perak bercakap dgn rakyat bukan dgn utusan meloya.Ayuh Mufti perak kita lawan orang pas bagi dia kalah.Kalau mufti Perak kalah boleh belah la.Pencen jaga cucu lagi bagus,pada dok bercakap macam orag bodoh sejarah,takut lama -lama orang benci kat mufti,biar Noh Gadut cakap seorang je.
SYABAS TOK GURU DATO NIK AZIZ TEGUR MUFTI PERAK,TOK GURU SEORANG JE YG LAYAK NASIHAT MUFTI PERAK PASAL BEBAL SEJARAH(MUFTI FULUS).SELAMA NI BANYAK SAYA SANGSI DGN MUFTI PERAK.
aku nak jawab melayujati
geram juga aku baca bila marah kat DAP & PKR. aku nak tanya yang awal2 lagi PAS pi bagi banyak kerusi kat DAP ngan PKR tu sapa suruh? ceramah bagai nak mampuih. nak suruh orang sokong PAS tut, tut, pi bagi semua kerusi kat orang lain. padan muka. PAS ni Bangang kut sikit. dah tu takut2....takut kalah..ha ..la terima padah. padan muka......... jangan dok marah orang lain .tengok diri sendiri dulu. Pengurusan mesti baik be..jangan ada yang dengki iri hati je.. itu pun satu penyakit gak orang melayu nih. tak leh tengok orang lain senang sikit.. nak wat fitnah je..
kuang, kuang, kuang,
Ketua Pemuda PAS Trg yg masih beringus tu bermimpi disiang hari le....
engkau mengharapkan UMNO akan memohon maaf kapada rakyat diatas kezaliman dan kebobrokan yang telah mereka lakukan selama lebih 50 tahun dibumi Malaysia ni?
tak payah nak berlagak pandai dan buang masa nak tegakkan idea kerajaan perpaduang tu, dengarlah nasihat mursyidul am TGNA. banyak lagi kerja2 lain yg berfaedah boleh di buat kat DUN Bt Payong tu.
silap2 nak tunjuk pandai, nanti rakyat nampak kita bodoh pulak nanti.
katak brahim lebih mulia dari katak a-brahi