Sedap!! Klik gambar di atas!

Harakah menyebut strategi strategi 'self defence' Nasharudin

Ketika menjawab soalan bertalu-talu wartawan ketika mengadakan sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi, Harakah melaporkan Ustaz Nasharudin Mat Isa menyatakan kepimpinan PAS menolak dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno.

Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu spekulasi pihak tertentu sahaja.

Harakah seterusnya melaporkan, Nasharudin juga menangkis dakwaan apabila diajukan soalan bahawa apa yang disebut dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS mengenai penafian PAS akan bekerjasama dengan Umno sebagai satu strategi 'self defence' tatkala kerusinya dicabar beberapa calon Tiambalan Presiden.

Dalam posting blog ini bertajuk "Wan Abu Bakar tahu siapa Nasharudin?" antara lain seorang pembaca menghantar komen seperti berikut (tidak diedit ayat-ayatnya):
nasa tentu arif dengan al maghreb restaurant? sesiapa yang tak puas hati, nak confirm, tanya ustaz nasa. nak clue lagi - tempatnya ada kena mengena dengan "damai"... selepas "aman", sebelum crown princess...ustaz nasa saaaangat familiar...cikgu pa...harun din amacam?
Saya juga ingin bertanya, mengapakah ada pihak yang semakin terserlah sifat suka bercakap tidak benar begitu ghairah meratib-ratibkan istilah akhafud-dharurain (mudharat yang lebih ringan). Siapa yang main belakang dalam gelap dan berkendak politik dalam gelap dengan Umno?

Benarkah ada perjumpaan demi perjumpaan dengan orang-orang seperti Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010? Majlis Syura tahu perundingan demi perundingan dengan Wan Abu Bakar dan gerombolannya? Mursyidul Am tahu? Jawatankuasa PAS Pusat tahu?

Adakah semua itu termasuk dalam apa yang Nasharudin nyatakan ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS iaitu mengenai tindakan menjaga "adab-adab berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya"?

Alangkah baiknya jika mereka yang dilihat ketagih Umno bersumpah dengan kalimah-kalimah qasam yang diajarkan oleh Islam iaitu waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa tidak pernah ada perancangan bersama dengan Wan Abu Bakar tentang apa yang patut dilakukan serta kenyataan bagaimana patut dikeluarkan demi menjayakan kehendak bersama - kehendak yang menaikkan nafsu politik beberapa pemimpin PAS yang berkendak politik dengan gerombolan Wan Abu Bakar.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq,

    Ini antara strategi untuk mencari undi. Lantak kedialah. Perwakilan lebih matang dan tidak buta maklumat.

    Kalu dia benar dan menang kita tagihkan peranannya yg sebenar dalam kepimpinan PAS. Kalu dia kalah, kita tengok pula geng yg mahu menawarkan diri pula. Mungkin satu masa nanti dia pulak gagal atau ter'over', kita pilih pula pemimpin yg lain.

    Apa ada hal, dalam PAS berlambak kepimpinan yg mantap dan ikhlas, kita nak takut apa!

    Tak gitu!

  2. itulah kalau dah jenis munafiq ahli neraka pak bakar woi
    ust Nasa cakap dan nafi mcm mana pun tetap tak pecaya.
    sebab dah nak angkat bang mat syiah dia juga.
    lantakla pak bakar
    kesian ank bini pak bakar

  3. Apa salahnya tindakan Ustaz Nasaruddin...

  4. Pas tidak ada niatbersama UMNO, BN


    KUALA LUMPUR 3 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan pucuk pimpinan parti itu tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk membawa Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).

    Sebaliknya beliau berkata, Pas akan terus dipertahankan daripada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keutuhan dan perpaduan parti.

    ''Saya ambil kesempatan di sini untuk sekian kalinya menegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk masuk UMNO dan BN.

    ''Saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda Pas bersama-sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini daripada sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jemaah kita," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor, Markaz Tarbiyyah Pas Taman Melewar dekat sini malam ini.

    Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub; barisan exco serta 1000 hadirin yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.

    Kenyataan Nasharudin itu merupakan reaksi pertama beliau apabila ada pihak yang menuduhnya terlalu liberal dengan UMNO.

    Sejak dikaitkan dengan dakwaan tersebut, Nasharudin tidak pernah sekali membuat kenyataan, sebaliknya mengambil pendekatan mendiamkan diri.

    Nasharudin dalam ucapannya turut mengajak golongan muda dalam Pas menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran kerana parti itu terbentuk atas dasar yang ditetapkan oleh kedua-dua sumber utama dalam Islam itu.

    ''Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya daripada al-Quran dan as-Sunnah dan al-Quran dan as-Sunnahlah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh, siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana kita hendak berdamai," katanya.

    Selain berperanan sebagai satu parti politik, beliau juga menyentuh fungsi Pas sebagai satu badan dakwah yang perlu menjalankan kerja-kerja dakwah.

    ''Kita sebagai dai (pendakwah) yang bertanggungjawab ke atas mad'u (pihak yang didakwah). Bila sebut mad'u semua yang di luar sana adalah mad'u kita.

    ''Kita harus mengajak mereka bersama kita berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi atau kefahaman apa pun yang mereka miliki," katanya.

    Beliau juga berpesan supaya tidak berlaku laga melaga antara satu sama lain, berdusta hingga membongkarkan rahsia dan menjaga adab- adab berjemaah.

    Dalam pada itu, beliau mahu semua pihak sedar bahawa kepimpinan merupakan amanah paling berat dan ia wajib diuruskan dengan cara yang betul dan benar.

    Beliau berkata, walau diuji dengan pelbagai cabaran tidak terduga, pemimpin harus mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipertahankan.

    ''Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah objektif yang telah ditetapkan. Alhamdulillah Pas mempunyai produk Islam untuk disampaikan dan ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam,'' ujarnya.

  5. Salam, wah bukan main lagi hang pagi ni..marah nampaknye dgn TPP ni..habis semua citer dia main sorok-sorok d ulang-ulang...sabar aje bakaq..insyaAllah..esok lusa ..akan taulah apa kehendak ahli pas..mau ..uts Nas atau Husam..bang Mat ni gue ingat udah keluar ring ...klo menang pun gue ingat makin teruk PAS...sebab bang Mat ni..ceramah aje..macam para ustaz..maassalam

  6. pokToloL, jgnle nak bodoHkan ore dgn tulisan sebegitu, logikkah dgn seorg timb pas/beberapa lg kempimpinan PAS (jika ada) buat keputusan utk bawa PAS bersama UMno @ Umno bersama PAS? mcmla PAS milik sorang dua saje? mcmla PAS takde peraturan/hairaki utk buat keputusan ... hang meme BODoH nk mampuihle
    dan kalu betoi dia bertemu/berbincang/bertaskforce ke akan musnah ke PAS? akan tambah kukuh ke umnO? c'mon la jgn ToloL lg la woii, atau hang ade projek dgn calon timb presiden?

  7. Terima kasih kepada pengurusan harakah yg begitu cekap dalam penyebaran berita, muktamar pemuda malam tadi, tp dah keluar kat harakah bercetak subuh tadi...very efficient! etika apa yg cgu pa laung2kan semasa melarang harakah berkempen utk calon2 yg bertanding?

  8. Benarkah dah ada cai dan? Sila lihat di sini... Tapi tak semua penyokong Umno rasanya. Main tembak-tembak tu

  9. aku mintak perwakilan yang bijak pandai pilih Dato` Husam..
    pemimpin muda yg berkaliber..
    beliau ada future thinking.

  10. Niat tu memamg tak ada tapi kalau Pak Lah tak dedah kata ada pimpinan Pas jumpa pimpinan umno hari tu sapa pun tak tau.Cakap nak buat penyedap sapa pun boleh nak bagi perwakilan pilih jadi calon TP lagi sekali.Terserah pada perwakilan sapa yang depa nak pilih.Kebijaksanaan dan kecerdikan perwakilan akan terjawab esok lusa.Nak pilih calon yang ada perasaan bersama umno, nak pilih calon yang gagalkan cubaan bersama umno atau nak pilih calon yang suka demo dan kaki lokap terpulang pada perwakilan.Masing2 ada kelebihan.

  11. Jangan, anak husam tu ramai 8 orang, nanti takut tak terjaga.

  12. “Nasharudin nyatakan ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS iaitu mengenai tindakan menjaga “adab-adab berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya”

    “adab-adab berjemaah”:
    1. mengadakan pertemuan dengan umno secara sulit
    2. pertemuan adalah kerana ‘melayu dan islam’
    3. apabila pertemuan menjadi rahsia umum, tidak mengaku
    4. turut dinafikan oleh ketua penerangan akan adanya pertemuan
    5. apabila paklah dedahkan sudah tiga kali pertemuan dibuat, bagi alasan dipersetujui oleh majlis syura
    6. ketua penerangan meminta maaf di atas penafian awalnya
    7. mengggunakan muktamar pemuda pas di ipoh mempertahankan pertemuan dipersetujui oleh majlis syura
    8. membuat “roadshow” mempertahankan pertemuan persetujuan majlis syura
    9. keputusan untuk bertemu tidak pernah dibuat oleh mana-mana jabatan/dewan – ajk pas pusat, lajnah politik, dewan harian, dewan ulama (terbukti kerana ada di kalangan pihak-pihak berkenaan tidak tahu menahu pasal pertemuan kecuali selepas didedahkan oleh paklah)

    “jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya”:
    10. bermesra dengan pertubuhan yang rapat dengan umno
    11. pertubuhan yang berketuakan bekas ketua perisikan tentera
    12. menerima bulat-bulat idea yang dilemparkan
    13. membuat keputusan di kalangan yang terlibat sahaja
    14. tidak membawa balik idea yang dilemparkan untuk dibincang oleh pihak-pihak berwajib – ajk pas pusat, lajnah politik, dewan harian, dewan ulama
    15. membiarkan diri “dipergunakan sama ada secara sedar atau sebaliknya”

    sama-sama fikirkan:
    16. berbohong itu adab berjemaah?
    17. berbohong itu ciri-ciri kepimpinan?
    18. berbohong memperkasakan kredibiliti kepimpinan?
    19. berbohong itu memperkukuhkan integriti kepimpinan?
    20. tidak berwaspada itu ciri-ciri kepimpinan?
    21. menelan bulat-bulat idea yang dilontarkan oleh entah siapa itu ciri-ciri kepimpinan?
    22. mengenepikan jabatan/dewan itu ciri-ciri kepimpinan?
    23. membuat keputusan di kalangan tertentu sahaja itu ciri-ciri kepimpinan?
    24. mengenepikan perllembagaan itu ciri-ciri kepimpinan?

    itulah sedikit daripada tindakan menjaga “adab-adab berjemaah dan jangan sekali-kali membiarkan diri kita dipergunakan musuh sama ada kita sedar atau sebaliknya”

    wallahu’alam

  13. Salm kat sebai ..Antara 3 calon TP siapa yang demo rasa banyak berkorban untuk parti

    Ustaz nasa ?? berapa kali masuk ISA / kena tangkap

    Bang Mat ?? yang ini dengan muqabaloh dengan UMNO / projek ??

    Lu fikir lah sendiri !!! sebai

  14. Bijak sungguh Ustaz ni bermain dengan kata-kata."..tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk membawa PAS menyertai UMNO dan BN.." Perkatan "menyertai" itu maksudnya "masuk" UMNO.Itu memang tak munkin,dan tak akan diredzai olih ahli-ahli PAS TETAPI bagaimana dengan "kerjasama","permuafakatan","bersahabat" bukankah ini sudah hampir kepada "menyertai".
    Kata-kata penafian ditambah pula dengan "syarat" ...."bila disebut mad"u semua yang diluar sana adalah mad"u kita.....kita harus mengajak mereka bersama kita berbincang dan berdailog....". Ini kata-kata "alasan" sekiranya beliau terus bertemu,berjumpa dan berbincang dengan UMNO kononnya atas sebab dakwah.Bijak memang bijak.
    Sebagai mana perasmian Muktamar yang lalu diIpoh,ucapan Tim.Presiden kali ini juga bercorak "defensive"(mempertahankan diri).Ucapan perasmian jenis ini amat sesuai untuk Kuliah Magrib kerana tidak mempunyai "isi" mahu pun "panduan" yang dapat dijadikan pegangan kepada Pemuda PAS dalam menjana aktiviti-aktiviti harian.Amat sesuai dan berpadanan ucapan kali ini dengan keadaan beliau sebagai seorang pemimpin "yang tak perform".

  15. kalau hati dah kelam gelemat penuh dgn hasad dengki - Ust Nasa cakap mcm mana pun tetap akan diputerbelitkan.

    contoh bakal penghuni neraka...mcm pak bakar yg nak kena bakarr

  16. Cakap macam berpuisi, berputar-putar..Orang begini kena hati-hati. Ada saja dalehnya.

    Kalau perwakilan masih tak nampak, padan lah muka PAS. Selalu sahaja diperbodoh.

  17. Zaman sahabat r.hum semua takut dan risau nak jadi ketua,takut nak jawap dgn allah swt diakhirat nanti.Tapi kita disini tidak,semua pakat2 berebut nak jadi nak pangkat dan kedudukan,dan lupa landasan islam yg sebenarnya.Islam sepatutnya saling syg menyayang,kasih syg sesama islam.Bukannya maki hamun dan sering cari keaiban saudara sendiri.Kita semua patut kembali pada islam yg sebenarnya,iaitu mengamalkan al-quran dan sunah nabi dlm kehidupan kita.Bukan sekadar baca dan belajar hadis2 nabi,tapi tidak sama sekali nak beramal dgn cara nabi,dan quran bukan sekadar utkk dibaca,tapi utk jadi panduan dan kehidupan dlm hidup kita.Sekarang kita dah makin malu nak bergaya(PAKAI CARA NABI SAW)tapi kita bukan main megah lagi bila dpt pakai cara yahudi dan nasrani,yg jelas disitu utk mendatangkan sifat2 riak dan takabur dlm diri.Semoga Allah swt ampunkan saya hamba yg hina ini dan Tuan2 semua.

  18. Bang sekarang lain bang, semua nak dapat kuasa. Bila ada kuasa balak boleh dapat, rambut boleh rebonding, dapat isteri baru bintang filem dan lain - lain habuan dunia yang sementara.

  19. anon Thursday, June 4, 2009 9:53:00 AM MYT,

    masalahnya bukan jumpa umno, jumpa proxy? atas inisiatif siapa agaknya. sudah tentu bukan inisiatif pas, kerana yang pas bertemu proxy yang jadi jambatan kepada pertemuan dengan umno. proxynya pulak bukan calang-calang orang?

  20. Sebelum pengundian "PAS tak ada niat nk bekerjasama dgn UMNO". Abih je mengundi, "Kita nak kerajaan perpaduan (baca:k/sama dgn UMNO").

    Mus

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008