Sedap!! Klik gambar di atas!

Detik-detik pembunuhan di Memali

Email di bawah saya terima 22/6/09 lalu. Saya pulak lambat bukak email. Saya siarkan email tersebut tanpa edit:
Assalammualaikum wbt dear Pak Bakaq,

1.Saya sertakan bersama email ini peristiwa lama buat tatapan kita semua.Saya menerima email ini daripada kawan.Walaupun ia adalah peristiwa lama, namun bagi yang menharunginya dan mengalaminya ia ibarat semalam baru berlaku.Pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh regim Hitler German berlaku lebih 60 tahun yang dulu,tetapi sampai sekarang yang bersalah diburu dan dibawa kepengadilan.

2.Peristiwa Memali ini berlaku dalam era 80an yakni baru 20 tahun lebih dan hingga sekarang kita perlu tanya samada pengadilan sudah berlaku.Sudah adakah 'Royal Commission' yang menyiasat dengan bebas akan peristiwa ini ? Sudahkah mereka yang bersalah dihadapkan kemahkamah ? Sudah adakah pengadilan.......?

3.Akhir sekali saya memohon jasabaik Pak Bakaq agar dapat 'forward'kan artikel ini kepada pemimpin-pemimpin PAS yang bersungguh-sungguh sangat ingin mengadakan kerajaan perpaduan dengan UMNO.Mintalah mereka berhenti sejenak, membawa kembali pemikiran mereka kepada Peristiwa Memali ini......

Sekian Terimakasih.

DETIK SERANGAN TRAGEDI MEMALI.

BACALAH WAHAI SAHABAT SEKALIAN !!

Kejadian ini berlaku pada tahun 1985.Tragedi ini telah mengorbankan 14 nyawa org islam yg mati syahid krn mereka lebih rela memilih jln syahadah drpd jln sekularisme. Antara yg syahid dlm kejadian ini adalah As-syahid ibrahim mahmud, berumur 43 thn ketika itu,amat dihormati oleh masyarakat kampung memali termasuk dlm mukim siong,Baling. kelulusan al azhar dan melanjutkan pelajaran ke India dan libya.ibrahim pernah ditawarkan jawatan penting dlm sebuah parti politik yg bukan perspektif islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin,menepati nawaitu hidupnya,beliau telah menolak semua itu,kerana itu dia sering di datangi ancaman hidup beberapa kali yg mahu memerangkap dan membunuhnya. selepas pilihanraya 1982, satu arahan utk menahan ibrahim di bawah akta ISA yg menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri.

Berikut adlh catatan terperinci mngenai perkmbangan di kampong Memali,mukim siong,Baling yg berkesudahan dgn terkobannya 13 nyawa dan as-syahid ibrahim mahmud sendiri.catatan ini asalnya merupakan rakaman computer drpd Signals Division pasukan PDRM yg mengikuti perjalanan tragedy Baling itu untuk maklumat Perdana Menteri Malaysia.Kisah ini diterjemah dari sudut berbahasa inggeris,dikeluarka n semula oleh yg menamakan ‘suara islam malaysia’ pd 27 hb November,1985. betulkah? mari kita meneliti saringanya ini, kerana ia sudah merupakan bahan sejarah.

001: Jam 1935 hrs.(18/11/85) :

berpusat di kem pasukan polis hutan sungai petani,kedah, 3600 anggota polis drpd plbagai bhgian termsk FRU(penang), pasukan senoi prak,anggota polis beruniform,commando 69,sudah bersiap sedia utk menerima arahan.kumpulan ini diletakkan di bawah arhan seorang pegawai tinggi ibupejabat di bukit aman dan dibantu oleh beberapa pegawai drpd bukit aman kedah,perlis, dan penang.

002:tepat jam 1945( 18/11/85 ):

pegawai tinggi yg memerintah dr bukit aman telah mengeluarkan arahan bhw kumpulan yg bersiap sedia itu akan menyerang hendapsatu kem komunis dlm daerah baling yg berdekatan dgn sempadan Thailand .

003:jam 2005(18/11/85) :

berlaku satu keributan di bilik operasi sg.petani di antara pegawai berkuasa pasukan polis hutan sg.petani dgn pegawai tinggi dr bukit aman .kekalutan ini berasaskan arahan palsu yg telah dikeluarkan .arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan kea rah ibrahim mahmood,pengikutnya dan sesiapa jugs yg hsdir di madrasah yg dibina oleh orang kampong di situ.pegawai yg mengetuai pasukan polis hutan itu telah memberi penerangan kpd pgwai tinggi bukit aman betapa ibrahim mahmood dianggap oleh para pegawai pasukannya sbg seorang ulama’ yg berwibawa.malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. dilema yg tercetus ini menimbulkan satu suasana yg hening dan sunyi sepi.

004: (18/11/85):

pegawai tinggi dari bukit aman talah mencuba menghubungi penolong pesuruhjaya polis di bukit aman,tetapi gagal.kemudian dia berjaya menghubungi musa hitam yg ketika itu menjadi menteri hal ehwal dalam negeri.pegawai pemerintah pasukan polis hutan sg.petani telah diberi laluan utk bercakap dgn musa hitam.beliau telah merayu kpd musa hitam dan membuat penjelasan betapa ibrahim mahmood adalah seorang uluma’ yg disegani dan telah banyak berjasa dlm usaha menaikan taraf hidup masyarakat memali.tetapi, akhirnya diketahui juga musa hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.NOTA:kebanyakan anggota polis yg terbabit dlm operasi ini adalah mereka yg bukan beragama islam.operasi ini telah diberi-nama ‘Operasi Hapus’ oleh musa hitam.

005:jam 2045 ( 18/11/85 ):

sebuah keraian telah diadakan disebuah padang terbuka di kem polis hutan sg.petani.di sini minuman bird an minuman keras(arak) telah disediakan kpd semua unit.namun,ada juga segelintir anggota yang tidak minum.

006 : jam 2147( 18/11/85 ):

pegawai operasi telah menerima mesej melalui wireless.mesej yang diterima mengatakan betapa 10 komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan memali dan telah pulang dgn laporan penuh.laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yg menghuni madrasah tajaan ibrahim mahmud,yang sudah pun disahkan sbg sasaran serangan polis itu.

007 : jam 2247 (18/18/85):

semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda.mereka bergerak memasuki baling dengan menggunakan dua kereta perisai.Pegawai pemerintah unt sg.petani tidak menunjukkan mintnya ketika itu. Diwaktu yg sama,ibrahim mahmud sedang memberikan kuliah kpd 50 org penuntut yg hadir. Kuliah berlanjutan sehingga jam 23.45. setelah selesai ada juga penuntutnya yg pulang ke rumah mereka sedangkan yg lainnya bermalam di madrasah itu.

008 : jam 24.00( 19/11/85 ):

pegawai pemerintah dr bukit aman telah menerima arahan terakhir mengenai operasi hapus itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan drpd sg.petani. mereka mahukan operasi itu dilakukan dgn mengadakan sekatan dan kepungan utkm mendesak ibrahim mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya 3 bulan. Cadangan unit sg.petani itu disanggah oleh pegawai pemerintah drpd bukit aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yg datang dr bukit aman,dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yg melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dgn pihak anggota tentera yg berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yg disebutkan itu memang menyokong pergerakan islam dan juga ibrahim mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi.sekali lagi musa hitam di hubungi.

PERINTAH HAPUS:

pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa hitam tidak dapat dihubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di kuala Lumpur.Di waktu yg sama Timb Menteri hal ehwal dlm negeri,Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dgn berada di ibupejabat Polis Pulau Pinang.Beliau sedang mengikuti perkembangan Operasi Hapus itu..Tidak berapa lama kemudiannya Musa Hitam telah menghubungi pihak polis dgn suara yg seolah marah dan rasa terganggu.Musa tidak banyak bercakap Cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi ngr Kedah.

Di Rumah Ibrahim Mahmud..:seorang pemandu motosikal dilihat berhenti di hadapan pintu gerbang rumah yg dihuni oleh ibrahim mahmud.seorang muda dilihat berlari kearah pintu rumah itu meminta kebenaran utk masuk.dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yg ramai di Baling setibanya di pekan itu.Ibrahim mahmud telah dikejutkan dari tidurnya.begitu juga halnya 39 org lain yg telah berjaga mlm di madrasah itu sebelumnya.mereka di kerah bersiap sedia utk mempertahankan diri.mereka mula mengumpulkan segala alat yg ada di rumah kampong seperti kapak,pisau, buluh runcing dan sebagainya.. .Yg lebih berani telah membuat bom Molotov pula.dgn lain perkataan,setiap insane di situ ada alat senjata yg boleh di pergunakannya. dlm kumpulan yg bertahan itu ada 4 kanak-kanak dan 5 kaum wanita.Ibrahim telah mengajak para pengikutnya utk berwuduk drpd sebuah telaga yg berhampiran. mereka telah melaksanakan solat sunat hajat.mereka membaca surah yassin dan berzikir.Ibrahim mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyshadah dari menyerah diri utk menjadikan alat mereka yg mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yg curiga dgn hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka.Tidak ada sesiapa yg mahu berganjak daripada tempat duduknya.Laungan Allahuakhbar mula bergema,bertalu- talu dan memecah keheningan kampong Memali.Yg hadir lebih memilih jln ‘syahid’ drpd terus hidup mengabdikan diri ke jln yg hina.di waktu yg sama di Stesen Polis Daerah Baling,segala persiapan utk menyerang kampong memali semaki8n dipercepatkan. semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yg telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009 : jam 0100(19/11/85) :

36000 anggota polis bersama pegawainya telah tiba di kampong Memali.Mereka lengkap bersenjata automatic dan tiba dgn kereta perisai.Mereka mula mengepung kampong itu.Ketika itu musa hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat di hubu8ngi.Semua urusan komunikasi dilakukan pula dgn timbalannya yg bertahan di Ibupejabat Polis di Pulau Pinang.Kebanyakan anggota polis yg tiba di kampong Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kemn komunis.Itulah maklimat yg diberitahu kpd mereka oleh Pegawai Tinggi dari Bukit Aman.di waktu yg sama kumpulan dari Sg.Petani hanya kecil sahaja dan masih sama tugas mereka.

010 : jam 0300(19/11/85) :

Kampung Memali telah di kepung seluruhnya oleh pihak Polis.Polis yg beruniform di tugaskan membuat sekatan jln raya.Pasukan polis hutan telah diarahkan kebahagian selatan.Pasukan FRU(polis gerak khas) di arahkan kearahkan ke bahagian utara.Pasukan komando 69(polis hutan) telah di kerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yg juga merupakan sekolah agamanya.

011 : jam 0336( 19/11/85 ):

Pegawai tinggi dari Bukit Aman yg memerintah Operasi Hapus iti telah bercakap menggunakan pembesar suara.Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri.Ibrahim Mahmud berbincang dgn penghuni rumahnya itu.Mereka membuat pendirian utk tidak menyerah diri walaupun pasukan yg datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil Negara... Mereka bertakbir dan laungan Allahuakhbar mula berkumandang semula.

012 : jam 0400 pagi( 19/11/85 ):

satu kumpulan manusia yg berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul dari bahagian utara. Mereka berlari ditengah-tengah benteng pasukan polis hutan dan juga komando 39 dan membawa senjata tajam yg serinang mereka gunakan ketika bertanam padi mereka cuba memasuki rumah Ibrahium Mahmud utk memberikan sokongan. Anggota pasukan komando 69,yg masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak kearah penduduk kampong yg sedang berlari itu. Tetapi,mereka tersalah sasaran,maklumlah kerana masih mabuk lagi.namun tindakan mereka itu membuatkan org kampong berpatahbalik kerana ketakutan.tindakan melulu pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan pasukan polis hutan.seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan kearah org kampong yg tidak kampong y6g tidak berdosa oleh pasukan yg khayal telah tersesat kpd badan pasukan sendiri.satu perundingan telah di atur utk menenangkan keadaan.operasi mengepung masih lagi berkuat kuasa,tetapi, beberapa pegawai drpd Alor Setar telah meminta agar pengepungan itu di batalkan shj.mereka telah mengambil iktibar drpd kematian tiga org sendiri disebabkan tindakan yg songsang.permintaan mrk telah di tolak oleh pegawai pemerintah.

SERBU:

013 : jam 0521( 19/11/85 ):

azan subuh berkumandang di rumah ibrahim mahmud.suara yang sungguh sayu itu menjentik sentiment anggota polis dari Alor Star.Mereka semakin mencurigai matlamt operasi polis itu.Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu.Di waktu itu pegawai pemerintah operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang.beliau telah ditentang oleh pegawai yg beragama islam.

014 : jam 0559( 19/11/85 ):Solat subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi.Tiba-tiba, satu kumpulan orang kampung muncul utk memasuki perkarangan rumah ibrahim mahmud.mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka, melaungkan Allahuakhbar. melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya utk berundur dan tidak menentang mereka.mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja.

NOTA : Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap.

015: jam 08.12(19/11/ 85):

setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai pemerintah operasi telah memberikan arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah ibrahim mahmud.mereka telah dihalang oleh bom Molotov.Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke rumah yg dikepung itu.Di waktu yg sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari ke rumah itu.mereka diarahkan oleh ibrahim agar melarikan diri.mereka telah dikepung dan ditanrkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yg diawasi oleh anjing penjaga.ketika itu juga serangan diteruskan. tembakan pihak polis disambut dgn laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016 : jam 1105( 19/11/85 ):komando 69 diarahkan menyerang rumah ibrahim.

017 : jam 1136(19/11/85) :

pasukan komando 69 telah menyerbu masuk dgn senjata yg di petik.berlaku beberapa pergelutan di mana ibrahim dan org-org yg masih bertenaga terus melawan.ada jg ahli rumah yg keluar utk berlawan dgn anggota polis di kawasan halaman.polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi.hanya Allahuakhbar yg mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dlm perjuangan itu.ramai yg syahid sedangkan yg lain cedera teruk.ibrahim telah merawat mereka.beberapa org anggota komando telah menyerang ibrahim,dan beliau mampu membunuh salah seorang yg menyerangnya. tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada di sebelah kananya dituju berpuluh kali.ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas,sedangkan bibirnya masih lagi melaungkan Allahuakhbar. ..

Alhamdulillah…..Syahid

Seorang pegawai polis berlari meluru kearahnya utk mengapung kepala ibrahim keribanya.Ibrahim kedengaran bersuara:”Alhamdulilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid”.

018 : jam 1213:

serangan pihak polis ditamatkan.mereka yg telah ditangkap telah disungkup dgn karung guni.beberapa anggota komando 69 telah dilihat menengdang badan yg terbujur itu utk menentukan mereka sudah mati.ada pula yg terus menembak mereka lagi sambil berkata;”pergi jahanam dengan islam”.

019 : jam 1305( 19/11/85 ):

pegawai pemarintah operasi telah membuat laporan kepada ibupejabat polis P.Pinang dan juga kepada musa hitam di Kuala Lumpur.Musa hitam mengarahkan agar semua org kampung ditangkap utk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020 : jam 1500(19/11/85) :

kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan.mereka diterbangkan dgn dua helicopter polis.mereka yg cedera dan syahid di hantar ke hospital di Sg.Petani dan Alor Star.Empat,mati syahid di sg.petani dan 10 yg sudah syahid dibawa ke Alor Star.

012 : jam 1510(19/11/85) :

sekitar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatic tiba di hadapan rumah as-syahid Ibrahim.berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengawasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yg tiba di situ.Anggota polis yg ramai itu di beri arahan utk bersiap sedia dengan senjata mereka.menyedaru betapa bilangan mereka kecil di bandingkan dengan anggota polis yg bertugas di situ,pihaj tentera pun meredakan keadaan.ketuanya berkata,”Hari ini hari kamu…..kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu.tetapi ingat,satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yg sama”.

Politik UMNO:

Akhbar new strait times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yg berbunyi,”Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran”. Di akhbar yg sama musa hitam telah menuduh ibrahim mahmud bersama 13 rakanya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat.Beliau telah menyanggah kenyataan yg di keluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yg berkata:” Ust ibrahim hanya memberikan ceramah agama”.dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar,Musa Hitam telah mengulangi cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yg dilakukan oleh ibrahim mahmud itu.kalau kalu di pertimbangkan segala fakta yang terselah,termasuk keputusan pilihanraya, maka boleh di buat kesimpulan betapa OPERASI HAPUS adalah satu tipu muslihat utk menghapuskan ibrahim mahmud bagi kepentinagn politik UMNO.Mereka mahu terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pilihanraya yg mendatang.

Nasib Tahanan.

Seranai 159 penduduk kampung ditahan polis.dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran islam yg direstui Allah.mereka ini termasuk beberapa anak kecil dan warga tua sedang di tahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan.kaum wanita di biarkan berkumpul dgn kaum lelaki.tidak ada kemudahan bersolat...mereka kerap didera dan diaibkan.Anak- anak kecil dilihat menagis mencari ibu-ibu yang sengaja di pisahkan dari mereka.Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari.sesiapa yg cedera parah di hantar ke hospital Sg.Petani ataupun Alor Star.Meraka hanya di berikan layanan pesakit luar,satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak di perbaiki ada di kalangan mereka yg akan mati syahid pula.antara yg mati syahid ter masuk ibrahim mahmud telah di semadikan di satu kubur panjang di parit panjang,Baling. Mereka di semadikan dengan pakaian mereka yg berlumuran darah itu.seorang mangsa lagi telah di semadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya.Kes ini kini di anggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah operasi hapus itu.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam Pak Bakaq,

    Memali kat mana? Kat Afrika ke, kat Amerika Selatan? Kat sebelah Uganda ke kat sebelah Somalia. Mesti Tok Stopa dengan Nasha tak pernah buka atlas. Entah2 Ustaz Azizan pun terlupa. Betul kata Che Det, melayu mudah lupa.

  2. pak bakaq, jadilah ulas UG dan pemimpin pas.Cerita macam ni nak baca....

  3. Askum Pak Bakar,
    Hanya mereka yg buta sejarah sahaja akan bersetuju dgn UG. Takbir !!!!!!!!!!

  4. Sesungguhnya mereka yang terkorban adalah As-syahid darah yng jatuh kebumi Memali adalah darah para syuhada' InsyaALLAH..Angkara siapakah semua ini?? Tidak lain tidak bukan ialah UMNO......mari kita kuburkan UMNO di Manek urai dan PRU13 Takbir!!!!!

  5. damnnnn!

  6. Kamu tak ade keje lain ya wak, nak mengkucar kacirkan orang rupanya... aku harap kamu mati nanti sempatlah mengucap yaa insyaallah.

  7. dgn org mcm ni nak berpadu?

  8. nasihat saya, lihat dulu visual kejadian sebenar dengan yg tertulis diatas
    saya juga tercari-cari saat dan ketikanya lapuran 1 unit Condor bersama 9 anggota keselamatan dibahagian ruang dapur rumah Ibrahim Libya.. ada yg tertinggal ke ??

  9. salam pak bakaq, peristiwa yg menyayat hati ini adakah dihayati oleh haron din,haron taib,cikgu pa,haji hadi dan nasha, aku ingat lagi anwar ibrahim ada jumpa dgn ustaz ibrahim waktu itu, tetapi memang ustaz brahim pilih jalan syahid ini,pemimpin pas kedah sendiri bertelagah waktu itu sehinggalah tuan guru pak ya joned mempertahankan ustaz brahim.Jadi utk apakah lagi Pas mahu adakan kerjasama dgn Umno?.Kes yg sudah memakan masa 24 tahun, laa ni budak2 tu pun dah jadi ustaz belaka dah, dah buleh anak dah,namun dipehak pemerintah buat dono saja,Inilah yg dikatakan Umno haram jadah laknatullah setaraf dgn Muawiyah bin abu sufian dan Yazid bin Muawiyah.Laknat allah dan sekelian makhluk keatas mereka.Allahu Akbar kita teruskan perjuangan walaupun akhirnya kita akan dicela oleh puak puak keparat UG...Lan Nawa

  10. Dulu pemimpin2 pas berbangga bila berkhutbah " perjuangan pas akan terus subur kerana di sirami darah para syuhada memali"...

    Tapi bila pas dah mula mekar subur, tiba2 muncul pulak 2 - 3 kerat yg tak reti bahasa nak siram dgn racun perpaduang..

    Tuan2, ingatklah bahawa assyahid ustaz ibrahim adalah salah satu "ikon" terbaik pas dibawah "era kepimpinan ulama" !

    Apakah kabar pak ucop penjaga bukit uhud la nin?

    SALAWAT!

  11. Salam,

    Kejam dan keji sungguh permainan politik UMNO.

    Al-fatihah kepada Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan semua syuhada tragedi Baling.

    Wassalam.

  12. SALAM TO ALL,

    YG INI KENA BACA KAT STOPA DAN NASA & THE GANG YG NAK JADI BALACHI UMNO !!!!

    AKU MASIH ADA SIMPANAN RISALAH INI .. AKU MASIH INGAT MASA BACA RISALAH INI,AIR MATA KU MENGALIR TANPA KU SEDARI,SAYU ,SEDIH,HIBA !!!WALAUPUN AKU BUKAN USTAAAZ ....WAKTU ITU AKU MENUNTUT DI OVERSEA TAPI BUKAN MENUNTUT DGN FIRAUN !!!!
    SEBAB TUU AKU BENCI UMNO DULU KINI AND FOREVER !!!AKU TAK NAK JADI SAMPAH DALAM PARTI YG KU SAYANGI ...YG AKU HAIRAN PAK BAKAQ RAMAI USTAAZ YG TAK RETI-RETI ..
    HEEY GERAN GERAN NYA ..DAH LAH TUUU AKU NAK PERGI MINUM JAP ,

    TAKBIIR !!!

  13. Terima kasih Pak Bakaq atas posting kisah ini...seandainya semua cerita dalam ini benar maka ketahuilah bahawa yg menghancurkan Islam adalah org Islam sendiri,yg menghancurkan melayu adalah melayu itu sendiri...org Islam mengarah dan org kafir dan melayu ikut saja..tak usahlah kita pertikaikan org kafir namanya dah kafir.. tapi yg melayu Islam dari org besar hingga budak suruhaan itu patut bertanggubgjawb dan ingatlah hukum ALLAH tetap akan sampai baik d dunia maupun d akhirat...cuma sekadar nak bertanya MASIH KAH ADA DI ANTARA KITA YG HENDAK BERPADU DENGAN MEREKA..BERKONGSI KUASA DGN MEREKA .....apa agaknya jawaban nasa dan mustapa ali...salam.

  14. 1) Dimana DSAI waktu itu?
    2) Apa yang Tuanku Sultan buat sebagai KETUA AGAMA NEGERI?
    3) Mana pergi mereka yang ditahan itu?
    4) Kenapa tidak ada AHLI POLITIK PAKATAN RAKYAT memaksa membuka FAIL untuk diadili?
    5) Atau semuanya nak jaga PERIUK NASI sendiri saja.....????
    Terima kasih

  15. ini cerita mengarut karangan orang bodoh, sahaja nak memburukan pasukan keselamata, ingat pasukan keselamatan itu bodoh ke terus pergi serbu aje tanpa ada sumber risikan awal tentang ibrahim libya. kalau orang pas aku percaya memang sangat percaya cerita karut ini sebab kebanyakan orang pas suka taksub membabi buta. ibrahim libaya bukan mati syahid tetap memang sahih mati katak. kalau macam pejuang palestin contohnya mati menentang zionis dan abu musab alzarkawi yang mati menentang tentera amerika di iraq itu bolehlah dikatakan mati syahid. ibrahim libya itu mati menentang kerajaan islam malaysia yang diperintah oleh orang islam yang mengucap 2 kalimah syahadah macam mana dikatakan mati syahid. kerajaan bukannya ada suruh buat benda yang bukan-bukan yang bertentangan dgn ajaran islam.Ada ke kerjaan melarang umatnya nak buat ibadat pada ALLAH. AKU RASA BELUM PERNAH LAGI. tak payahlah nak ungkit cerita basi ini. meluat aku, kepada orang pas yang suka buat cerita bodoh ni insaflah

  16. ORANG ATAS PAGAR tuuu ....

    hujjah lawan hujjah lah bang, biaq lah sedap kita orang baca comment suadara .habaq mai lah fakta yg ada !! pecah belah tang mana chek ooi !!!!

    "aku harap kamu mati nanti sempatlah mengucap yaa insyaallah". (bukan abang bakaq saja ,kita nak yg beragama dan tak beragama pun mati dalam kalimah syadah kepada rabbuljalil ,kata nak berdakwah ke firaun !!!!

  17. الله اكبر

  18. Ibarat lirik dan lagu macam tu jugak Musa Hitam dengan kezalimanya diMemali, sebab tu dia tercampak daripada puncak kuasa dan anaknya mati tertimbus, ingat la kuasa Allah kalau nak balas kejap je dapatnya.

  19. UNTUK SANTAPAN JIWA DAN MUHASABAH DIRI KISAH BENAR SILA LAWATI
    http://serupasekala.blogspot.com UNTUK DOWNLOAD CERAMAH USTAZ ABU BAKAR BIN ABD AZIZ DARIPADA JOHOR BERTAJUK KONTROVERSI MAYAT BERULAT.

  20. Insyallah semuanya akan diadili dihadapanNya nanti. Semua pemimpin dan penyokong akan diadili. Itu saja. Buat zalim sesama makhluk ni hanya di dunia tetapi balasannya adalah nyata diakhirat.
    Terima kasih kerana menyiarkan artikel ini. Ini menginsafkan saya kepada mati dan membuatkan saya terfikir mengenai diri saya.

    Wassalam

  21. tragedi Memali dah lama berlaku. Transkrip detik serangan memali di atas kalau tak silap saya dicopy dari satu laman web. Saya pernah terbaca semasa tahun 2000 lagi. Kita tak pasti kesahihan kronologi tragedi ini. Malah pada saya posting posting macam ini amat merbahaya sekali malah boleh memudaratkan. Mungkin kronologi ini fakta atau pun hearsay ...tidak dapat kita pastikan. Peristiwa Memali ada pelbagai versi. Hanya orang orang yang terlibat sahaja yang betul2 tahu tentang perkara ini. Sedangkan peristiwa Nabi sendiri pun ada pelbagai versi apatah lagi perkara perkara sebegini. Pesanan buat semua....jadilah seorang pengkaji sebelum mengeluarkan sebarang posting ataupun mengeluarkan pendapat. Allah sahaka yang maha mengetahui.

  22. islam tak gunakan wanita dan kanak dihadapan ketika peperangan walau mereka dari kalangan yg amat cintakan allah dan rasul. kenapa perlu ada senjata untuk mendengar ceramah. kenapa tak menyerah diri kalau sayangkan pengikut. kenapa pemimpin pas yg lain tak merundingkan hal tersebut dgn kerajaan seolah2 mereka suka berlaku peristiwa tersebut utk modal politik mereka saja.menutup kesalahan mereka kerajaan disalahkan dan mereka yg terbunuh dikatakan syahid.

  23. ada sesiapa yg boleh jwp soalan di atas.....???

  24. Pak Bakar,

    nanti lepas ni bolehlah Pak Bakar nak bertanding jawatan timbalan presiden Pas.
    Sahih boleh menang pasal cerita tokok tambah ni dah buat saham Pak Bakar naik tinggi.Ingatkan Husam yg nak kempen utk pemilihan yg akan datang......rupanya Pak Bakar...patutlah kutuk Ust Nasa lebih-lebih

  25. lampuhijau_09

    sama je yg dalam email dgn yg di sini. copy and paste shj.

  26. kalau dengar sebelah pihak PAS sahaja memang tak adil, Cuba ikut Petunjuk ALLAH SWT di dalam Al Quran Surah Al Hujarat Ayat 8,siasat dulu kebenarannya, jangan kita lalai dengan berita Fitnah, siasat dahulu berita tu, tak rugi
    sebenarnya Kes Memali ni Terjadi sebab terlalu Taksub nak ikut perjuangan Syiah Iran yang berjaya takluk Iran jatuhkan kerajaan Sunnah shah iran 1979 melalui pemberontakan, Amanat Haji Hadi “ UMNO Kafir” pada 1981 kuatkan semangat Pengikut Taksub untuk ambil tindakan yang sama dengan syiah iran jatuhkan Kerajaan dengan “revolusi islam”
    Telalu taksub (ekstrim) dengan Amanat Haji Hadi cuba untuk buat revolusi ala syiah iran, kononya nak beli senjata berat dari komunis di thailand tapi komunis dah khianati mereka bagitau pada Polis "ada orang PAS nak beli senjata" jadi Polis nak siasat betul atau tidak tapi tak ada kerjasama, 3 bulan sebelum Kejadian Polis pergi ambik senjata api kepunyaan orang kampung situ sampai hari ni area situ banyak beruk sebab tak ada senjata api nak tembak , cuba p tanya jgn percaya saja
    Cuba laa Fikir guna AKAL yang di Kurnia ALLAH, Polis pergi nak tangkap ibrahim libya bukannya nak bunuh mereka kalau serah diri mungkin kejadian ni tak terjadi
    Polis pun orang Islam jugak, Pejuang Islam jugak kalau tak ada Polis macammana PAS nak laksana Hukum HUDUD ? guna Komunis DAP ?

  27. apa salah ustaz ni ye

  28. Kepada yang sangsi bagi kejadian Memali tue... gua tau cerita tue from a to z .... direct to source... dua-dua pihak punya info...

    Pada gua... tindakan PDRM masa tue tak betul... kalau betullah Ibrahim Libya tue merbahaya... Tentu tindakan yang sama gak boleh PDRM gunakan untuk "senyapkan" Ayah Pin....

    Camana pulak Ayah Pin boleh terlepas....

    Sebabnya..... Ayah Pin tue murtad... tapi Ibrahim Libya tu tetap Islam dia...

  29. tahniah pak bakaq...susah nak cari blog yang hangatkan isu ni skg..semua ingt dah settle kot..mgkn depa ingat strategy diorang sudah menjadi..tapi depa tak tau kekuatan blogger berbanding boneka2 umeno.....

  30. 36000 orang anggota berkuasa...
    macam kelakar je bunyinya...

    pergi mampus dengan islam.....
    pon macam kelakar je bunyinya

    senoi prag ada,vad 69 ada,fru ada,
    kelakar gila statment ni....

    aku bukan la pandai agama tapi bila baca risalah sampai menitik air mata tu kelakar sangat bunyinya...

    pernah dengar "siasatlah berita itu untuk memastikan kebenarannya"....

    bukan apa takut itu semua fitnah belaka...

    dahla dosa banyak lagi nak dengar berita yang taktahu kebenarannya

  31. Kepada orang yang mengutuk sahabat2 nabi lebih2 Syaidina Muawiyah...tunggulah kamu dineraka bersama oran2 kafir laktullah...Syaidina Muawiyah adalah salah seorang sahabat nabi yang berjuang bersama nabi didalam peperangan Badar dan juga diamanah oeh Nabi SAW untuk penyipan Wahyu...

  32. "1) Dimana DSAI waktu itu?
    2) Apa yang Tuanku Sultan buat sebagai KETUA AGAMA NEGERI?
    3) Mana pergi mereka yang ditahan itu?
    4) Kenapa tidak ada AHLI POLITIK PAKATAN RAKYAT memaksa membuka FAIL untuk diadili?
    5) Atau semuanya nak jaga PERIUK NASI sendiri saja.....????
    Terima kasih"

    ****************

    tiada jawapan bg soalan ni ke...??

  33. Teman ghasenya kalu dibuat movie ni tentu box ofice ni yob. Ini sejarah tentang perjuangan islam ni yob bukannya cerita merapu spt anak halal, impak maksima dsbgnya.

  34. Hang nak cerita pasai Memali apa lagi Bakaq woi.. Orang kanan Ibrahim Libya, Pak Ucop pun dah tak kisah dah kut..Member la pun kehidupan dunia dah terjamin, buleh pencen..Makan duit elaun pun tak habih..Senator.., Director.. Melayan orang Umno macam dah akrab..ikut perangai MB.. Hangpa saja kut duk kelam-kabut sentimental tak habih-habih.. Udahlaah..rasa loya aku bila timbul isu Memali.. Kita lebih-lebih...Pak Ucop relax saja cool...bergaya.... Pooraah..

  35. Kepada anom 31,boleh ambo tahu tahun bila muawiyah masuk islam? nampak macam ustad aja, tentu boleh jawab kan.1 lagi waktu perang badar abu sufian menentang muawiyah ke/. melarat sampai simpan wahyu ni awak dah baca sahih Bukhori ke?

  36. ....????

  37. Salam bang bakaq n family

    Kalau hangpa tak cukup lagi, aku ada simpan tape recorder kenyataan penuh bagaimana Musa Hitam bentang kertas putih kejadian memali kat Parlimen kalau tak silap aku. Aku masih ingat kenyataan Musa Hitam itu banyak mempengaruhi rakyat Malaysia dan termasuk rakan2 setugas aku disebuah IPTA. Kisah itu jg meragut ego lelaki aku, apabila aku menangis tersedu2 bwh tangga bangunan kerana sedih dgn cercaan yg didengar akibat propaganda dan taksubnya manusia dan kakitangan kerajaan pada kerjaan pimpinan UMNO ketika itu. Demi Allah aku berkata benar bahawa kematian kedua org tua aku redho jg tanpa tertumpah setitis pun air mata, mungkin mereka meninggal secara normal dan tiada sebarang aib dilemparkan barangkali. Apapun aku mengucap berbanyak terima kasih kepada beberapa bekas pasukan polis hutan yg membawa lari dan menyelamatkan beberapa sahabat2 kanan Ust Ibrahim Libya malalui hutan hingga ke hutan Kroh (pengkalan Hulu). Salah seorang dari anggota polis berkenaan yg juga sahabt aku disini mampu bercerita panjang kronologi peristiwa berkenaan kalau masih ada lagi pihak2 yg tak puashati dan ingin sangat berguru semula dgn UMNO. Belum lagi cerita Ustad Talib mati dihentak dgn benda keras ketika PRK Kuala Nerang 1984 yg menghampirkan aku disumbat ke ISA bersama loyer Sdr Shuhaimi Said (Pahang)kerana bertindak sebagai master mind edar gambar2 tragedi itu. Cuba kenang juga Pak Husin Yakob (wartawan veteran) yg terpaksa jual gula2 dan kretek di parking kereta KL kerana kerajaan UMNO haramkan permit 'BUMI' yg menyiarkan gambar jenazah ust talib diusung kekuburan melalui batas 'ban'. Hangpa berada dizaman senang.

  38. anon 37

    aku sokong

  39. Saya setuju sgt.buat mereka yg ingin catatan sejarah tepat carilah skuad polis hutan yg bertugas ketika itu.
    umno+mca+mic=bn=britain

  40. ingatan aku masih segar lagi pada tahun 1985/86 ketika aku berumur 7tahun ayahndaku talah menghantar aku belajar di sebuah madrasah berdekatan kampung Kuantan/batang berjuntai untuk belajar ilmu agama. Disini aku telah di pertemukan dengan rakan sebaya yang menjadi mangsa kekejaman di Memali, mereka di pindahkan dari Memali selepas kejadian malang itu untuk meneruskan pelajaran di madrasah ini.Dengan nama ALLAH yang maha berkuasa ingin aku berkongsi cerita ini...mereka adalah kanak2 yg tidak berdosa yang menjadi mangsa kekejaman telah di tembak, kesantusukan peluru jelas kelihatan di bahagian peha salah seorang daripada mereka tetapi ALLAH menyelamatkan mereka dari sakaratul maut.Mereka menceritakan bagaimana madrasah tempat mereka menuntut ilmu telah diserang oleh pihak pihak berkuasa iaitu anjing2 kerajaan yang hanya mengikut arahan dari pihak atasan yang mempunyai kepentingan peribadi.2 tahun aku di madrasah ini betul2 menjadi kenangan dan satu bekalan untuk aku meneruskan hidup yang penuh pancaroba di bumi bertuah yang bernama MALAYSIA...AL-ANSAR tetap di hatiku

  41. baru menang 'sikit' masing2 dah lupa sejarah...

    kalo menang banyak tah2 lagi teruk dari perangai umno kot?!

    mintak jauh

  42. kepada mereka yang masih mengatakan cerita ini karut dan tidak benar sila lihat video ini!

    http://www.youtube.com/watch?v=Trzpcelcb0E

  43. sapa pulak yang bedal duit kutipan untuk keluarga depa tu .. tak cerita ke pak bakaq

  44. Anon 43.

    Tu duit komisyen..KOMISYEN.., mana ada bedal membedal dalam PAS.. hang ni...

  45. kepada sahabat2 seislam yang sokong atau tidak, jom sama2 kita sedekahkan Al Fatehah kepad syahid Uz Ibrahim bersama rakan2 syahid nya... Al Fatehah...Amin. Di maklumkan pegawai kesihatan yang bertugas di Hosp Besar SP ketika itu, jenazah AsSyahid yang ditempatkan dalam bilik sejuk/peti sejuk bilik mayat, darah nya tetap mengalir, dahinya masih berpeluh...itu lah tanda syahid. Orang UMNO tak percaya semua ni

  46. masing2 ada otak dan fikiran sendiri.
    kuasa ada di tangan kita,bukan ini saja cerita yang perlu kita ingat malah banyak lagi...
    bukan semua polis tak ada sifat perikemanusiaan.
    janganlah kita sibuk bertelagah sesama sendiri,kita kena ingat bukan bangsa kita saja yang ada di malaysia ini.yang lain2 kat luar sana tengah tekun memerhatikan kita, jangan tunjukkan kita berpecah. jika tidak padah dibuatnya. aku tak menyebelahi mana2 tapi apa yang tun m katakan dulu, perdana menteri bukan untuk bangsa melayu sahaja..... FIKIRKANLAH.....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008