Sedap!! Klik gambar di atas!

Berita dijangkakan dari juak istana Kelantan

Ada orang beritahu, kalau hang tak jangkakan berita-berita macam ni akan keluar hari ini, hang berhentilah jadi blogger. Berita tersebut ialah seperti di bawah:

‘Manohara buat fitnah bagi aibkan suami, istana’ (Utusan Malaysia 2/6/09)
Buat keputusan tinggal suami (Utusan Malaysia 2/6/09)

Selepas pembangkang menang, berita-berita seperti di bawah mestilah dijangka dan bolehlah tersenyum sambil minum baca surat khabar:
Kemenangan PKR bukan mutlak - PM (Utusan Malaysia 2/6/09)
DUN Penanti: Undi PKR merosot tanda BN masih punyai kekuatan (Utusan Malaysia 2/6/09)

Dekat-dekat pilihan raya pula (Manek Urai), berita seperti di bawah tentulah menjadi perhiasan utama akhbar-akhbar arus perdana:
Pas Kelantan ditegur gagal jana pendapatan (Utusan Malaysia 2/6/09)
Nik Aziz sokong guna khutbah untuk berkempen
KOTA BHARU (Berita Harian 2/6/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong langkah meminta imam atau khatib menggunakan khutbah Jumaat untuk berkempen menarik pengundi kepada parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Beliau berkata, khutbah Jumaat yang turut memuatkan ayat al-Quran bermaksud meminta manusia membuat keadilan, dan perbuatan itu dilihat sebagai politik dan sekiranya Umno menolak penggunaan ayat al-Quran itu, bermakna menolak Islam.

"Khutbah Jumaat diminta baca ayat al-Quran dan dalam ayat itu ada diterangkan mengenai pelbagai kebaikan antaranya membabitkan ekonomi, sosial dan politik.

"Allah suruh manusia berlaku adil, berbudi kepada masyarakat serta ambil cakna kepada keluarga, macam mana nak buang perkara ini kerana ia ada dalam khutbah Jumaat.

"Sekiranya Umno tidak mahu semua ini, itu dia (Umno) punya pasal. Dia (Umno) tolak Islam, maka bagaimana dengan ayat Quran itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Bazar Tok Guru di Tapak Projek Pembangunan Madinatur Raudhah, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai tindakan Pemuda Umno Kelantan membidas pendekatan kerajaan negeri menggunakan khutbah Jumaat bagi kempen DUN Manek Urai.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, melihat berkempen menggunakan khutbah Jumaat itu sudah keterlaluan dan tidak harus dibiarkan kerana masjid harus dijadikan tempat perpaduan bukannya sebagai wadah penyebaran maklumat yang salah.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tidak perlu membuat kajian semula terhadap khutbah Jumaat yang akan disampaikan kerana dalam khutbah dibuat untuk menyedarkan manusia supaya jangan terbabit dalam kegiatan bertentangan dengan agama seperti rasuah dan rogol.
Tetapi berita yang saya nampak macam cerita nak hantar senjata kepada musuh yang makin hancai supaya dia boleh tembak kita balik dengan penuh lazat menimbul pertanyaan. Betulkah demikian adanya?
How is it that so many senior people in PAS claimed they did not know about the talks with Umno?

That is not right because papers have been presented, and it was even mentioned during a party retreat. I heard talk that the main intention of the president (Hadi) in holding talks with Umno was not only about unity but also to bring PAS into the Barisan Nasional. This (bringing PAS into the BN) is not at all true and never was in the president’s agenda. (The Star 31/5/09)
Ada yang memberitahu, kertas yang dibentang dalam mesyuarat Majlis Syura yang didakwa meluluskan pertemuan dalam gelap dengan Umno ialah kertas untuk mengukuhkan komitmen PAS kepada Pakatan Rakyat yang dibuat oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Ustaz Zaharuddin, menantu Tok Guru Presiden.

Dalam ruangan komen, tidak ada sekatan dari saya kepada penggunaan ikut suka rasa ayat suci "Ya ayyuhallazina amanu in ja akum fasiqun binabain fatabayyanu".

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kesian nya kat hang bakaq oii...
    yang hang dok pi percaya sangat manohara tu wat pa la...
    cuba hang kaji selidik dulu latar belakang dia...
    tok sah la hang dok jadi penyambung fitnah lagi dah...
    tak dak pedah nya...
    jantan apa gamaknya hang ni.. kaki mengumpat rupanya...
    macam ni ka sikap penyokong PAS yang dikatakan meperjuangkan Islam tu...
    hari hari menanam kebencian keatas seorang muslim yg lain...

  2. MasyaAllah, jahatnya TT, tidak berperikemanusian sehingga sanggup mendera isterinya sendiri, inilah anggapan rakyat Indonesia terhadap TT, inilah jalur fitnah yang dicipta oleh Dasy dan Manohara dan fitnah ini berjaya memakan otak rakyat Indonesia yang bodoh sehingga membawa isu ini dibincang oleh pemerintah Indonesia dan Malaysia. Orang jahat sememangnya lincah, Dasy teramat lincah sehingga boleh melalaikan pemerintah Indonesia dari menghukum rakyatnya yang bernama Dasy Fajarina yang terbukti kejahatan oleh Kerajaan Perancis terhadap kesalahan penyeksaan yang dilakukan kepada pembantu rumah yang bernama SALIHAH juga rakyat Indonesia. Mahkamah di Perancis menjatuhkan hukuman 18bulan penjara terhadap Dasy dan sekali lagi atas kelincahannya, dia kabur melarikan diri di Jakarta. Bebaslah Dasy dari masuk penjara sehingga hari ini.

    Manohara lagi jahat dari Dasy sekiranya kata-kata dan tuduhan yang dia lemparkan kepada TT itu datangnya dari lubuk hatinya sendiri, ini kerana TT dan Manohara telah bersumpah didepan kaabah bahawa mereka akan sehidup semati, sayang antara satu sama lain, dan kata kata itu dinyatakan kepada saya oleh mereka berdua selepas mereka selesaikan mengerja umrah.

    Banyak lagi cerita yang mendebarkan dan berdiri bulu roma, tapi cukuplah disini dulu untuk dihayati bersama, apakah benar TT itu yang jahat, atau Dasy yang kepala jahat atau Manohara sebenarnya budak jahat. Semua orang boleh membuat tuduhan tapi tuduhan hendaklah disertakan dengan bukti, tuduhan tanpa bukti tidak boleh diterima pakai kerana ia adalah bersifat Fitnah. Dan dalam hal ini sehingga sekarang Manohara dan Dasy tidak dapat menunjukkan bukti dan ini membuktikan bahawa Dasy dan Manohara adalah pembuat fitnah.

    Kalau TUHAN mereka sanggup tipu, apa lagi kita manusia yang dijadikan Tuhan, awaslah supaya kita tidak terjebak dalam kelincahan Dasy untuk mempermalukan rakyat Indonesia kerana diatas kelincahan Dasy. George Mann bapa kepada Manohara tidak dapat melihat wajah anaknya selama 15 tahun dan kerana kelincahannya dan juga SALIHAH truma apabila mendengar nama Dasy Fajarina kerana takut rambutnya di cukur botok sehingga kepala berdarah, alat sulit dicucuk dengan besi, tubuhnya dipukul dengan penyakut baju sehingga kulitnya hancur. Itulah apa yang ku dengar.

    http://newkk.blogspot.com/2009/06/tuhan-pun-dasy-tipu.html

    salam pak bakaq, saya percaya pak bakaq seorang blogger yang kritis dan bijaksana. saya percaya dalam kes TT-manohara ni, pak bakaq telah berusaha untuk memahami kemelut dua pihak ni daripada pandangan kedua2nya, bukan satu pihak aje. kalau tak pak bakaq pun takde beza dengan seorang 'pencacai yang buta dan tuli.'

  3. Berkenaan dgn berita2 dari utusan dan media prima kerajaan tu memang lah kerja mereka memburukkan pembangkang dan kerajaan yg memerintah negeri2 5 bersatu. Dah resam mereka menyebarkan dakyat sebegitu sekalipun palsu. Abaikan mereka .
    Berkenaan dgn kerabat ..apa susah...kalau dah bising2 sangat beri je talak dan cari lagi ..berkenjah yg lagi cantik dan lagi comel....dan yg penting lebih berAGAMA.

  4. Keluarkan juga cerita 'uztaz' mee celup ahkhil baligh.

  5. Tu lah anak-anak Raja ka Malaysia ni mata keranjang. Boleh lah habuan lagu tu. Padan muka.

    Sepatutnya anak-anak Raja tunjuk perangai dan tingkah-laku yang baik. Boleh jadi contoh. Lebih-lebih lagi yang bakal naik takhta.

    Tak dak ceritapun anak raja pi belajar aliran ugama. Cuba baca cv raja-raja yang bertakhta, adakah depa lulus MA Syariah ka, BA Usuluddin ka, Phd Ekonomi Islam ka... tak dak. Dah tu Ketua Ugama Islam negeri lagu mana. Tu yang Mufti dok kelentong depa.

  6. Lee Copper, I'm gonna be point blank to you...you're an IDIOT. YDA Sultan Mizan is among those yang belajar agama. Tok guru Sultan Mizan hang tanya Abg Becha, dia patut tahu.

    Dah lah fitnah orang ni, tunggu saja bukti forensic examination ke atas manohara, kalau dia itu berada di pihak yang benar. Tak payah la lebih sudu pulak...akai sengkek la hang. Cakap jangan sebarang cakap, cakap biar tercermin iman di hati.

    -Garden

  7. APASAL KO TERLEBIH LAYAN MANOHARA NI.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008