
Di dalam rencananya hari ini yang bertajuk "A spoke in the Pakatan wheel" (komen-komen di sini) kolumnis The Star, Joceline Tan menulis seperti berikut:
Ramai perwakilan yang mempunyai lebih banyak maklumat bersetuju bahawa Nasharudin tidak benar-benar memperlihatkan prestasi yang baik sebagai orang nombor dua. Beliau menghabiskan terlalu banyak masa di luar negara dan bergayut sakan pada jubah Hadi.Beliau juga menulis seperti berikut:
Hatta di dalam muktamar yang kini berlangsung, beliau tak henti-henti mengekor Hadi bagai bayang yang setia dan bukannya bergaul mesra dengan para perwakilan dan ahli-ahli parti.
Mengekalkan ulama sebagai penyandang jawatan nombor dua, apa pun kelemahannya, adalah perkara yang lebih penting dari mengekalkan salah seorang dari mereka yang terbaik prestasinya di dalam parti.Gambar di atas ihsan Malaysiakini.
Ahli-ahli PAS mungkin kesal jika mereka tahu reaksi beberapa orang pemimpin Umno yang gembira dengan keputusan itu.
Kepada mereka, keputusan pemilihan (Timbalan Presiden PAS) itu akan menguntungkan Umno.










Cantik? Klik 






awas!!!
punahsihat2 yg melingkupkan PAS Trg dalam PRU-2004 dah naik tocang dan akan
melingkupkan prestasi PAS pusat diseluruh negara dlm PRU ke13 nanti!!!
Pak Bakaq,
Wallahi, aku pernah bermusafir dengan Nasa semasa pulang dari Pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir, Kelantan dahulu yang ditakdirkan kalah, dimana beliau menyatakan bahawa beliau memilih untuk tinggal di dalam kereta sahaja semasa singgah sebentar di RNR kerana malu dan takut kalau-kalau bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Laknatullah, ini berikutan kekalahan pas pada pilihanraya kecil tersebut..
Adakah beliau ciri-ciri pemimpin yang tuan-tuan cari?????
Aku sayang Islam..
Aku Sayang PAS...
Aku tak mahu orang kuburkannya...
Aku mahu selamatkannya...
Aku menentang segala usaha untuk unity goverment..
Aku bukan assobiyah...
Aku akan pastikan itu takkan berlaku...
Aku mahu Hadi dan Nasa dijatuhkan pada pemilihan yang mendatang..
Itulah aku...Itulah cita-citaku..
Bukan Pas yang kuat..Tetapi Umno yang lemah...
Cina dan India suka dan menyokong PAS..
Oleh itu Ulama-ulama dan Ustaz-Ustaz..Ingatlah dan sedarlah..
Bahawa merekalah yang membebaskan Masjid-Masjid dan Surau-Surau tempat kamu cari makan..
Jangan khianati kepercayaan mereka...
Ada akal..pakai..
Ada otak...jangan gadai..
....bergayut sakan kat jubah presiden PAS ka bergayut sakan kat talian talipon Presiden UMNO???
Kata Tok guru Presiden Pas "TAAT LAH KEPADA KU SELAGI AKU TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL. JANGAN TAAT KEPADAKU SEKIRANYA AKU TIDAK TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL".memetik kata2 Saidina Abu Bakar dalam ucapan penggulungan beliau.Presiden juga berkata ada media2 yang putar belit berita walaupun diberi ruang untuk buat liputan di Muktamar Pas.Ada tangan2 lain disebalik berita yang mereka tulis.Siapa tangan2 ghaib itu?
Keiklasan dalam perjuangan, itu sebenarnya yang penting tidak kira siapa mereka. Kejayaan Pas hari ini adalah dibantu oleh segenap lapisan dari pelbagai latarbelakang, tidak kira ulama atau golongan pro. Gadingan ini yang telah membantu Pas dalam meneruskan perjuangan. Kejujuran dan ketulusan dalam perjuangan, itulah yang membezakan antara Pas dan Umno. Mereka yang berkebolehan dan berpandangan jauh untuk meneruskan perjuangan Pas amat penting, bukan setakat simbol sahaja. Sebab medan peperangan pada zaman ini terlalu luas, kepakaran IT dan blogger misalnya amat diperlukan.
Ustaz Nasharudin yang tidak wala'...wala' kepada pemimpin dalam PAS ialah wala' kepada Mursyidul Am bukan Presiden....
http://marul77.blogspot.com/
Kalau dalam pilihanraya kecil atau umum kita akan merasa curiga diatas sikap SPR dalam mengira undi calon yang kita sokong terutamanya dari parti pembangkang. Walaupun begitu SPR mengira kertas undi tidak pernah sampai kejam 2.30 pagi. Tapi dalam pengiraan undi dari perwakilan di muktamar PAS ke 55 mengambil masa sehingga hampir waktu subuh untuk mendapat keputusannya....? Sungguh pelik dan sepatutnya pekara ini disiasat.
Bukan kita tidak boleh menerima kekalahan tapi mengalahkan pihak lawan dengan cara menipu adalah cara Barisan Nasional sejak zaman dahulu lagi. Apakah PAS dengan kerajaan perpaduan sudah mula meniru cara mereka...?
Apakah pemimpin taraf "Ulama'" telah mendapat restu dari tuhan untuk menipu para perwakilan dan ahli PAS keseluruhannya demi mempertahankan kedudukan dan kuasanya...? Jika tidak benar, aku mohon semuga tuhan sentiasa memberikan mereka idea yang terbaik untuk memimpin umat islam kejalan yang benar.
aku dah ceraikan pas pagi sabtu lepas...
kenapa gairah dengan kerajaan perpaduan _ http://mt.m2day.org/2008/content/view/22917/84/
Itu kata suratkhabar MCA tuan..kenapa nak diraikan??
INILAH SIKAP ORG PAS YG TIADA TARBIYYAH.....TAK HORMAT PRESIDEN DAN TIMBALANNYA...BERAMBOSLAH KORNG DARI PAS.....
Salam Pak Bakaq,
Dalam PRU13 nanti, saya geng2 rakyat marhain nak buat kerja pilihanraya untuk siapa? PAS ke atau UMNO ke? Untuk PAS at last lepas PRU13 gabung UMNO. Letih la, habis masa, tenaga dan duit. Untuk UMNO boleh gak dapat upah pasang poster. Kira ok juga sebab lepas PRU13 tentu PAS masuk BN. Hidup MeLAYU.
berjaya jugak anwar memecah belahkan PAS akhirnya.
sama2 la kita semua gulingkan dua ekoq tu..sedang trengganu boleh jatuh sedangkan itu negeri presiden???? tu menunjukkan dua ekoq ni tak boleh pakai....ada nya dua ekoq ni tidak menguntungkan PAS...dah terang2 dua ekoq ni mao rapatkan PAS kita dgn najis2 tu..mengapa perwakilan2 BUTA????? apakah nasa kaki konar tu layak digelar ulamak? nasa tu lebih sesuai dipanggil nasa ularmak kaki konar...
diharap majlis syura dapat memantau dua ekoq ni.....
dey tuan blog,ko boleh tak tak payah tepek gambar kaki konar tu? aku nak muntah je tgk dia...
Bakaq -
Ulamak berpolitik atau ulamak main politik?
mamat ni pernah tipu kita dalam kes muqabalah dulu.last2 kantoi.
mamat ni jarang turun jengok rakyat kat parlimen bachok.
mamat ni tak perform!!!!!
aku cakap atas kapasiti aku ni orang yang pernah memberi undi kat dia dalam pru 12 dulu.
Agaknya apa masalah orang dalam PAS yang sibuk sangat nak berpadu nak bersatu, nak tidur sebantal dengan umNO, dah banyak sepak terajang dan hinaan umNO terhadap PAS tapi pemimpin PAS (beberapa kerat) yang tak sedar diri masih dilihat macam orang gila talak.
Agaknya ada habuan besar kot atau pun tender tender yang bakal menjadikan kaki gila talak nih kaya raya, tak rugi kalau tak rapat dengan umNO yang memang terang terang takda niat nak jaga agama yang kita sayangi ni.
Nasa kalau nak memimpin buek elok elok jangan buek kojo tak semonggah rosak PAS takdo orang lain den tibai melainkan kau jang dan geng geng kau...
Jangan la termakan dakyah kononya berdosa sangat kalau tak jalinkan hubungan dengan umNo
suruh umNo tu berubah dulu jaga agama ni macam jaga nyawa diorang baru boleh cakap banyak...
Amaran kepada kaki gila talak dalam PAS kalau tak nak hilang penyokong buat la kerja tak senonoh.
kelate..hg rasa hg sapa?senang2 ja kata org "menatang"? pak bakaq tlg la buang komen2 mcm tuh...
so untuk parlimen bachok,kita pakat2 ajar si nasa kaki konar dgn menunjukkan jalan keluar di masa PRU13 nanti....tak pun mintak si kaki konar tu pi balik ke enegeri asal dia..ada berani kaa si kaki konar tu...
nampaknya kita pun tertipu dgn mainan media BN.....hahahha....
inilah yg dinantikan oleh UMNO-BN....
perpecahan dlm PAS....
ikut suka korang lah....
tapi inilah hakikatnya....
gelaran-gelaran erdogan/pro-ulamak adalah ciptaan media pro KERAjaan...
yg kita duk suka pakai gelaran tu...
so mmg menjadi la plan diaorang......
tok guru nik aziz bukan suara pas - mmm sedapnya bahasa...harap2 tok guru bg ubat mujarab sakit dari pulau melaka pada ustz sorang ni...
Setuju sangat dengan komen pakmat kubangtaik (paling atas).Kita bukan kenegerian atau anti orang Trengganu.Yang kita tak dapat terima ialah pemimpin-pemimpin(ulamak)PAS dari Trengganu.Mereka tak ramai lebih kurang 6-7 orang saja.Gulungan inilah yang melingkupkan Trengganu.Dua pilihanraya yang lalu kami cuba buat tinjauan mengapa PAS bolih terlepas Trengganu dan mengapa 2004 tak berjaya mengambil balik Trengganu.Rumusan yang kami terima amat mengejutkan.Orang Trengganu termasuk ahli-ahli PAS tak suka dengan pemimpin-pemimpin PAS Trengganu kerana sewaktu berkuasa dulu hidup macam orang UMNO.
Nah! diTrengganu dah tak laku,sekarang nak menyemak pula dekat Pusat.Mustafa Ali insaflah,jadilah tu,cukjuplah tu,berilah orang kain memimpin Trengganu.
" DOSA YANG MUNGKIN TIDAK TERAMPUNKAN "
Mengapakah satu ketetapan yang telah dipersetujui secara jamrah oleh PAS baru-baru ini, dengan tiba-tiba diperkatakan kembali oleh mereka yang diberi kemenangan oleh para perwakilan dengan begitu lantang sekali, sampai tahap membelakangi buah fikiran dan pengalaman Mursyidul Am PAS.
Apakah hebatnya polemik kerajaan perpaduan yang ingin ditaja itu sampai boleh
menggelapkan dan menenggelamkan suatu ARUS BARU dalam wadah perjuangan PAS, yang rata-rata selepas PRU 12 dan beberapa PRK DUN selepasnya, mencetuskan suatu harapan baru bagi suasana politik dan kehidupan rakyat yang umumnya menginginkan
suatu kelainan dari kebiasaan melibatkan perkara akar umbi kemungkaran.
Apakah penajaan ini telah di'iyakan' setelah menerima petunjuk hasil 'istiqoroh dari Allah SWT ?
Apakah tatkala rakyat pelbagai kaum melihat PAS dalam pakatan hari ini , dengan imej dan wadah Islamnya mampu menjemput mereka bersama-sama merealisasikan
harapan itu, tiba-tiba memalingkan muka dari harapan itu, kononnya atas alasan 'menghulurkan' menyelamatkan bahtera kemungkaran yang sarat dosa.
Janji Allah dan RasulNya adalah benar.Syurga dan NerakaNya adalah benar. Tergamakkah tangan-tangan kerdil di mata Kholiq mu berselut dalam lumpur dosa.
Apakah suara lantang Vincent Lee boleh sahaja dipekakkan begitu sahaja.
Ingatlah betapa peritnya peristiwa Terengganu 2004.Apakah boleh dipersetankan begitu sahaja.
Siapakah kah kita untuk mempopularkan agenda manusia dari Agenda Allah dan RasulNya. Jika yang pertama itu pilihan kita ... itulah dosa yang mungkin tidak terampunkan... ALLAHU AKBAR !
1) Husam musa kata dia dah jangka kekalahan kepada wartawan.
2) budak2 harakah cerita agus TV9 bagitau, Husam memang dah tau awal2 zahid hamidi xkan datang program hujah. Tp Husam x bagi jawapan sama ada nak datang ke tak sebab tv9 akan gantikan dgn mat sabu kalau dia tak nak.
3) orang2 mat sabu jaja cerita husam nak beri laluan pada mat sabu...mat sabu pun sahkan diri untuk bertanding timbalan.
aku pun terpikir, siapa sebenarnya hendak kan nasa menang dan mengecil kan peluang mat sabu menang?
dari cakap2 husam kepada media, nasa akan membawa pas kepada umno. kalau begitu sekali bahayanya nasa kenapa tak sanggup bekorban untuk tidak tanding timbalan dan minta orang2 dia beri sokongan kuat pada mat sabu. lagipun dia pun ngaku dah tau awal2 akan kalah. jadi pa ke bodohnya pg masuk betanding jgk?
atau apa sebenarnya?
adakah semuanya ini hanya lakonan? kesian mat sabu....
TG Haji Hadi tahu apa yang ramai orang PAS tidak tahu di atas kapasitinya sebagai Presiden. Beliau selalu saja diajak berbincang dengan DAP dan Keadilan dan tak mahu PAS berterusan menjadi mangsa.
Kerana itulah beliau memilih untuk melawan arus di dalam PAS yang tak mahu kerjasama dengan UMNO.
Beliau tahu, seburuk - buruk UMNO, Islam dan orang Melayu masih menjadi satu titik pertemuan berbanding DAP dan Keadilan. Beliau tahu, jentera - jentera PAS hanya dipergunakan DAP untuk tidur di jalan raya sedangkan urusan pemerintahan dikuasai DAP dan Keadilan.
Beliau tahu, tanpa ugutan untuk bekerjasama dengan UMNO, DAP dan Keadilan akan tetap memandang remeh usaha PAS dan jentera - jentera PAS. Beliau mahu 'rakan-rakan' PR ini 'tahu' bahawa PAS ada alternatif sekiranya mereka tidak mendapat layanan yang sepatutnya di dalam Pakatan Rakyat.
Cuma hanya segelintir orang PAS yang gagal memahami visi dan misi ini iaitu mereka yang menjadikan kebencian kepada UMNO sebagai penentu membuat keputusan. Tahap pemikiran mereka sudah dikelabui emosi benci walhal dalam politik, tidak pernah ada perkara yang sebegitu 'rigid'.
Kawan boleh jadi lawan dalam sekelip mata. Begitulah sebaliknya.
Politik bukannya matematik aduhai saudara - saudara sekalian.
SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!
http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html
Ustaz2 yang memilih nasa tak sedar depa dah jadi macam ayam yang dibawa dengan lori kepasar untuk disembelih..
[...Cuma hanya segelintir orang PAS yang gagal memahami visi dan misi ini iaitu mereka yang menjadikan kebencian kepada UMNO sebagai penentu membuat keputusan. Tahap pemikiran mereka sudah dikelabui emosi benci walhal dalam politik, tidak pernah ada perkara yang sebegitu 'rigid'.
Kawan boleh jadi lawan dalam sekelip mata. Begitulah sebaliknya.
Politik bukannya matematik aduhai saudara - saudara sekalian.]
Apakah dan sejak bila majoriti pemimpin PAS, tindak tanduk mereka dalam percaturan perjuangan atau siasah dan tarbiyah mengutamakan atau berlandaskan spekulasi.Amat dahsyat jika percaturan sebegini merupakan wadah intipati mereka.
Apakah mereka rela memperjudikan misi dan visi atau seumpamanya untuk memperolehi keuntungan yang sedikit , jika ada. Apakah ahli-ahli( pakcik dan makcik di kampung ) contohnya, di Kelantan, merestui percaturan sebegini.
Umumnya, rakyat YB Mursyidul Am lebih cerdik dari kebanyakkan rakyat jelata.
Apakah kesan negatif yang berlarutan tidak menjejaskan satu kerusi MP Bachok , sebagai contoh. Sama- sama lihat pada PRU 13 nanti...
Mat Sabu kaki kacau gila glamor.... Jadi Naib Presiden PAS berapa kali dia datang ke TKT 5 Bgn PAS Jln Rj Laut tu..?? Pi tengok opis dia... ada kerusi & meja ajer... kitab sebutir pun takdak.... padahal duk Shah Alam, bukan Penang... Husam yang duk Kelantan tu pun slalu dok mari TKT 5.....
~X Unit Amal
Ini Nasa punya orang mmg patut di curigai.... dulu2 pakai Iswara jer... lepas menang kat YAN thn 99 terus pakai PAJERO TURBO... kawan dengan org ada ada ajer... kawasan tak penah jenguk.... sekarang melaram keta lagi canggih... tak salah pakai keta gempak sebagai ulama.... takkan ulama hanya boleh pakai keta buroks jer... tapi bila dah naik tu janagn la tak nampak org kat bwh ni yang banyak support dulu2... sampai bila tegur kat KLIA buat2 tak kenal....
Malaymind...,
Hj. Hadi pasti gembira apabila membaca komen anda dalam blog penarik beca ini. Anda dilihat seperti memahami apa yang bersarang dalam kepala nya.
Tetapi apabila anda katakan " Beliau tahu, seburuk - buruk UMNO, Islam dan orang Melayu masih menjadi satu titik pertemuan berbanding DAP dan Keadilan. Beliau tahu, jentera - jentera PAS hanya dipergunakan DAP untuk tidur di jalan raya sedangkan urusan pemerintahan dikuasai DAP dan Keadilan", menunjukkan bahawa bahawa Hj. Hadi seorang presiden parti PAS adalah pengkhianat dalam parti Pakatan Rakyat. Inikah maksud yang ingin anda tunjukkan ahli PAS...?
Mungkin dengan dakwaan anda itu maka ramailah ahli PAS yang menyokong pendapat anda dan mereka dengan buta tuli menerima saja usul presiden parti berkaitan dengan penubuhan kerajaan perpaduan...?
Malaymind.... jangan sangka semua ahli PAS boleh diperbodohkan dengan apa yang anda tuliskan diatas. Anda memang penyokong tegar UMNO dan kita percaya UMNO amat perlu sokongan dari parti PAS demi memanjangkan hayat politiknya dalam Malaysia. Dan kita pula sedang cuba menyekat nafsu presiden dan timbalannya dari bercumbu mesra dengan UMNO yang boleh membawa perkara maksiat "zina politik".
Kita tidak menyalahkan anda untuk berkempen, namun kita juga tidak akan mengalah untuk menghalang cita-cita untuk menubuhkan "kerajaan perpaduan".
sepatutnya hari tu,dengan jawatan Presiden skali kita korbankan...biar terlucut jubah Hadi!!! baru dia tahu orang suka dia ataupun tidak....
JOM KITA MULA KAN HUDUD DI KALANGAN ORANG -ORANG PAS DULU ...
KERAT TANGAN ORANG BAHAM BALAK / CURI DUIT HARAKAH / CURI DUIT NORTH- EAST PLANTATION / PROJEK UMAH ATAS ANGIN RM 300 K BUNUT SUSU
JOM PAKAT KERAT
aku dah mula curiga dengan PAS. Selain Pas aku nak kemana? umNO? selisih malaikat 44....Dalam Pas banyak Munafik......Aku nak kemana?
buat orang-orang yang x bersetuju dengan keputusan pemilihan baru-baru ini sila berambus dari pas...!!!!!..pas tidak memerlukan orang seperti kamu..!!!!
ORANG YANG NAK MUQABALAH DENGAN UMNO TUU LAH KENA BERAMBUUS..... INGAT TAK PESANAN HJ HADI DULU KAT BANGGOL KERATONG ..AKU MALAS NAK ULAS ...SEKARANG NI DIA PRESIDEN KITA ..JAUHI LAH TAGHUT (UMNO)..AKU TAK KAN BERAMBUUS SELAGI LAGI DALAM PARTI PAS ADA FASA 5 PERLEMBAGAAN PARTI ...
Anonymous Sunday, June 7, 2009 11:07:00 PM MYT,
Buat masa sekarang, UMNO masih TIDAK bekerjasama dengan PAS. Oleh itu, tidak ada sebarang keuntungan politik pun yang UMNO dapat. Keterbukaan kedua-dua pihak untuk berbincang, tidak bermakna sesiapa pun TELAH rugi atau untung.
Hj Hadi untuk pengetahuan saudara sekalian, adalah PEMBENCI UMNO NO 1. Beliau telah MENGKAFIRKAN UMNO dan TAK PERNAH MENARIK BALIK ijtihad beliau itu sampailah sekarang.
Soalnya, kenapakah seseorang yang begitu MEMBENCI UMNO ini begitu terbuka untuk berbincang kerajaan perpaduan melainkan ada PERKARA LAIN yang korang semua TIDAK TAHU?
Sebelum menuding jari kepada Malaymind dan UMNO, fahami mesej Hj Hadi itu dan selidikilah kenapa sebenarnya beliau begitu mempertahankan pendirian itu. DIA ADALAH ORANGNYA yang bertepuk bertampar dengan DSAI dan LKS sejak sekian lama.
Jangan menyamakan pengetahuan anda dengan beliau kerana sebenci - benci anda terhadap UMNO, anda TAK PERNAH mengkafirkan UMNO. Sepandai - pandai anda, anda TAK PERNAH sebantal dengan pemimpin DAP dan Keadilan.
Seperti juga Malaymind, anda semua TAKKAN TAHU apa yang berlaku di dalam hirarki tertinggi PAKATAN RAKYAT melainkan Hj Hadi dan Nasa. Jadi, daripada dengar hujah Malaymind, seorang penyokong tegar UMNO, buatlah penyelidikan sendiri.
BUKANNYA terus MENGANGGAP DIRI SENDIRI lebih TAHU dari Presiden PAS sampaikan sanggup mengutuk presiden dan timbalan presiden sendiri.
Tahniah Pak Bakaq, besaq "pahala" Pak Bakaq tulis benda2 mcm ni, moga dgn bakat yg Allah bagi ni, Pak Bakaq perbanyakkanlah lagi amal "kebajikan" melalui blog ni ya!
Apa nak hairan, ulama lagi besar pun boleh terpedaya dengan pujukan dunia....baca balik kisah Bal'am Bahuuro.
Anonymous said...
Monday, June 8, 2009 3:17:00 AM MYT
buat orang-orang yang x bersetuju dengan keputusan pemilihan baru-baru ini sila berambus dari pas...!!!!!..pas tidak memerlukan orang seperti kamu..!!!!
jangan nanti tinggal 480 orang je dalam pas kang...
buat orang pas semua ... PERGI LE CIUM DAP , RAKAN SEAGAMA KAMU KAN .. SAMPAH !!!!!
Nasa tu 'Trojan Horse' UMNO dalam PAS...semestinya UMNO gembira
dengan pemilihan Nasa...selagi PAS tak bersatu dengan PKR dan DAP
utk menghadapi PRU13....itulah kemenangan UMNO/BN ,PR tidak akan dapat menubuhkan kerajaan pusat.
Harap ahli-ahli PAS tidak akan termakan 'unity government' yang diusulkan oleh Hadi dan Nasa.
Dakis.
kalau dilihat didalam pemilihan naib dan AJK Pusat ada check and balance ...tak payahlah membuat fitnah apa yang telah ditentukan oleh perwakilan...janganlah kita hilang wala' kpd pinpinan...kepada Pak Bakaq hentikan membuat cerita2 kontroversi hingga memecahkan perpaduan didalam Jemaah terima ketentuan Allah SWT disana ada hikmahnya...InsyaAllah..kpd Bang Mat dan Dato' Husam bantulah mereka demi kebaikan Jamaah..
yang tak setuju dengan uztaz nasha ni dok bising di sini saja..ramai nun disana sokong ustaz nasha
hadi&nash baik you join umno la macam nakhie habis cerita
Perangai org PAS, bila menang atau untung maka inilah kebaikan... bila kalah maka habis disumpah seranah. Jika dulu habis pemimpin BN dikafirkan, disamakan dgn firaun.. nah sekarang ulama sendiri dicaci dan dihina. Manusia jenis apakah anda semua. Apakah agama islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad yg kamu anuti atau kamu memang sudah bertuhankan benda lain. Ingatlah Qada dan Qadar Allah. Bukankah Ulama itu pewaris nabi atau pada kamu ulama yg menguntungtkan adalah ulama yg bersekongkol dgn musuh islam. Atau kamu memilih ulama yg penuh dgn syak wasangka, hasad dengki serta pendendam seperti TGNA
Assalamualaikum semua.......
Alhamdulillah yg menghadiri muktamar samaada perwakilan,pemerhati atau wartawan sama2 dengar dan tengok ucapan,perbahasan dan penangguhan oleh Dato" Presiden.
TOLONG JANGAN BAWA CERITA YANG MEROSAKKAN JAMAAH.TOLONGLAH BANTU KEPIMPINAN YANG DIPILIH OLEH PERWAKILAN.KALAU TAK MAU, TOLONGLAH DIAM SAJA.Ramai perwakilan yang kenal siapa Dato'Husam dan Mat Sabu...macamana kempen mereka shingga ke Sabah dan Sarawak dan sms kepada perwakilan.......Ingat perkara utama kita kerja untuk Jamaah bukan untuk mengejar jawatan dalam jamaah.
Ulama dihina & dicaci oleh ahli sendir!!!..... benarlah... Allah lemparkan kembali penghinaan yg selama ini mereka lakukan pada org lain.....dalam bentuk cash didunia..... oleh ahli sendiri!!!!
Betul..betul..betul..!!!
Belum apa-apa dah takbur. Sampai buta waktu siang dah tu claim mata terang waktu malam. Ahli Pas dah tak se quality dahulu.. Dah jadi rojak celup apek tepi jalan..nampak sedap, tapi geli nak makan..
Dunia akhir zaman, cash & carry saja lanie..
AKU TAK SUKA NASA N HADI!!!!!
TOLONGLAH BANTU AKU!!!
AKU SAYANG DENGAN PARTI AKU!!!
"PAS-PARTI ISLAM SEMALAYSIA"
AKU BENCI PEMBELOT MCM WAHABI!!!
WAHABI DAH MENULAR D DLM PAS!!!
Nabi sallallahu alaihi wasallam sudah meramalkan perpecahan di kalangan umatnya. Sila teliti dan hayati maksud hadis di bawah. Marilah kita sama2 bepegang kpd tali Allah utk perpaduan ahli jamaah pas.
Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi