Sebagai penulis blog yang tidak menyembunyikan identiti diri, kita berhati-hati apabila mahu menulis. Jangankan menulis, melepaskan komen pun kita berhati-hati. Komen yang kita rasa bakal menyusahkan kita, tidak akan kita siarkan.
Kadang-kadang, hampir separuh dari komen saya tidak lepaskan. Yang saya lepas tu saya rasa dah paling lembut dah.
Meskipun begitu, ada kalanya saya sendiri memaki-maki perbuatan yang saya rasa sudah melampau seperti menghasut Pesuruhjaya PAS Perak membentuk kerajaan negeri melalui gabungan PAS-Umno. Bangang sangatlah kalau saya tak boleh menduga terkaman balas akibat maki hamun itu. Dikafirkan. Dihukumkan sebagai penghuni neraka. Kepercayaan saya disamakan dengan kepercayaan Hindu dan Yahudi. Allah Maha Mengetahui kesudahan nasib saya. Sejahat mana pun saya, hanya Allah s.w.t. yang saya yakin untuk merayu perlindungan.
Saya tidak tarik balik maki hamun saya kepada pengkhianat kepercayaan rakyat. Apabila orang Cina atau Hindu mempercayakan wang ringgit mereka kepada kita misalnya, kita wajib menjaganya dengan amanah. Jika kita pecah amanah, tok-tok guru yang saya tumpang mendengar orang belajar dari mereka menegaskan, kita berdosa. Tidur malam payah nak lena. Memohon maaf berkali-kali pun tidak meredakan rasa berdosa.
Dalam pilihan raya lalu, Melayu, Cina dan Hindu yang benci Umno mempercayakan masa hadapan mereka kepada PAS, PKR dan DAP. Adakah bermoral dan tidak berdosa kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang mengkhianatinya? Saya bukan tok guru. Tanyalah para ulama hukumnya.
Apabila saya membocorkan perbuatan berkendak politik dalam gelap dengan Umno dulu, saya sudah memperkirakan kesan dan akibatnya. Apabila saya diancam akan di saman kerana mendedahkan perselingkuhan politik itu, saya sudah bersedia untuk ke mahkamah.
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang mengakui memang wujud perselingkuhan itu diikuti dengan pengakuan Presiden PAS sendiri, saya dok kata dalam hati: "I rest my case".
Saya ingat selepas terdedah, tidak ada lagi yang mencari padah. Rupa-rupanya keghairahan itu sentiasa diberikan nama baharu demi mewajarkan kegianan yang terkinja-kinja dan nama manjanya yang terakhir ialah "kerajaan perpaduan".
Tak patut kalau nak kata "I rest my case".
Hari ini, Sheih menulis beberapa perkara yang sangat memeranjatkan. Dia tentu memperkirakan akibatnya.
Berkaitan:
Kerjasama Umno-PAS: Nasharudin sambut baik reaksi Najib (mStar Online 16/6/09)
Kerajaan Perpaduan: PAS akan bincang dengan Pakatan sebelum buat kenyataan (Malaysian Insider 16/6/09)
Husam taunts Umno: For unity, skip Manek Urai (Malaysiakini 16/6/09)
Pas sincere? Thanks, Najib, and leave MU to us (Dr Hatta Ramli 16/6/09)
PAS sedia berbincang tentang perpaduan (Bernama 16/6/09, Utusan Malaysia 16/6/09)
K'jaan perpaduan: PM percaya PAS ikhlas (Malaysiakini 16/6/09)
Najib: PAS is sincere about unity govt, Umno open to talks (The Star Online 16/6/09)
Umno open to ‘marriage’ with PAS (Malaysian Insider 16/6/09)
Najib likens unity talks to marriage proposal (Malaysiakini 16/6/09)
Najib: PAS and Umno assessing each other (The Sun Online 16/6/09)
Khalid: PAS keluar arahan tutup mulut (Malaysiakini 16/6/09)
Kerajaan perpaduan hanya gimik, kata pemimpin Umno (Malaysian Insider 16/6/09)

Cantik? Klik 

SALAM, BAKAQ,, gue yang sebal baru aje post commnet dekat sheih punya blog la..
Gue ingat , gue pun kena kasar sikitlah..sebab ...sekarang..udah makin teruklah ...sebab bila PM berkokok..terus boneka berbunyilah...gue pun mau buat businesss macam tulah...tapi gue...bukan org no 2...gue tak bolih dpt komissien atas angin looooo...sekejap suruh puasa...tapi dia udah berbuka duluaaannnn...mana aci macam nilah...
Dahulu saya tidak percaya kepada blog anda. Tetapi dengan perlantikan Mustafa Ali serta penerusan agenda UG, saya tidak berbelah bagi mahukan anda meneruskan tulisan. Tak pernah seingatan saya, TGNA sekeras ini dalam menyatakan pandangan beliau bencikan UG.
Tetapi seperti ditulis, mesti bertanggung jawab dengan tulisan.
Manusia selalu mempertaruhkan atau menamakan Tuhan di belakang mereka bagi menampakan suci atau benar walaupun perbuatan mereka acapkali memaki, mencaci dan fitnah seolah olah itupun Tuhan izinkan dan melindungi mereka.
Bakaq, memadailah manusia lawan dengan manusia.
salam pak bakaq, sampaikanlah kebenaran walau engkau akan dicerca..kata saidina ali KRM, lawan tetap........lawan....wassalaam
Bagi mereka yang suka menghina President PAS baca lah ayat quran di bawah supaya mereka kembali kepada akhlak jemaah yang sebenar. Ayat (Surah al-Ahzab : 58) di bawah adalah ayat yang melarang menyakiti muslim yang ikhlas memperjuangkan islam.
1. 'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.'
(Surah al-Hujurat:11)
2 'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)
3. Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)
Semoga Allah memberi keberkatan dan kesabaran kepada semua pejuang islam yang ikhlas untuk menegakkan Kalimah Allah
Bhai...
Gua tulis pon gua dah kira akibat darinya... so... sesapa tak puas hati... balas secara professional... jangan ikut emosi bangang..
http://www.youtube.com/watch?v=KftII7qXKRY
sila tgk ucapan yb nasa di tv pas , entahlah
tarbiah anak2 muda macam aku ni lagi baguih pak bakaq. dah2 la tu takkan jadi nyer kerajaan perpaduan,diorang test market jer.la ni duk kira bukak pekung pemimpin sendiri pulak. kalau ust nasa pemimpin pak bakaq la. pasal wala' ni pun aku tak berapa suka, aku dah kene masa blajo kat u dulu.yang patut kene maki sekarang ni. mana keputusan syura pas. dah jadi macam ni kene la buat keputusan berdasarkan syura. kalau setakat ust hadi ke ust nasa ke tg nik aziz ke yang cakap aku tak amik pusing sangat sebagai arahan.depa sapa. individu bukan jemaah. mereka wakil sebilangan ahli pas, buka wakil pas.
pastu tetiba pak bakaq sendiri kene dikafirkan.pastu ust hadi dibodohkan.ust nasa dibangangkan. tg nik aziz di abaikan.
teringat kat ust fadhil noor. masa arwah hidup aku tak berapa minat kat arwah.slow.tapi kritis.
bila arwah dah takde. baru terasa kehebatan arwah.
pandangan aku org muda, ust hadi belum sesuai jadi presiden disebabkan ust hadi memang seorang yang istiqamah dengan apa yang difikirkan tapi tak memandang dari skop yang memenangkan pihak pas.dah banyak rekod.
buat masa ni nik aziz sepatutnya menjadi presiden, dan ust hadi sebagai timb presiden. bila timbalan buat salah presiden coolkan. sekarang bila presiden asyik buat salah. takkan AJK nak koolkan.tak kene.
selamat berblog.
darah muda. naqib aku jadi jadi ajk pemuda. perggg. salam orang pas
yaa memang betul.. itulah amanah yg dipegang oleh PAS dan rakan-rakan. Amanah dari bukan islam yg kini percaya bhw masa depan mereka lebih terjamin dibawah PAS yg membawa Islam sbg pegangan parti. Kemenangan Nizar dgn sokongan hampir 90% orang cina bukanlah suatu yg remeh-temeh. Ini menunjukkan mereka percaya dan memberikan amanah kpd PAS. Tapi , sayangnya , ada golongan dlm PAS yg nampaknya mengkhianati kepercayaan yg disampaikan oleh orang cina dan india..
Mungkin benar cakap MCA bhw , PAS ini tak boleh dipercayai.. entahlah...bilik gerakan MCA dan Gerakan yg hampir malap mungkin cerah kembali.. bukan kerana UMNO , tapi disuluh sinaran bulan PAS..
salam pak bakaq...kebenaran tidak dapat disembunyikan akhirnya akan muncul juga..jangan bimbang,teruskan pendedahan demi kebaikkan..Keep Up the good work. Educate sikit dia orang yg masih tidur ni..
PAS AKAN JADI DUA.......AKU PUN DAH X CAYA. INILAH MUAWIYAH ZAMAN MODEN.MUNAFIK.
byk betul bdak2 yg sokong pas ni ya ....
Aku tengok Nasa bagi ulasan cakap Najib. Tuih!!! Sah dia boneka Umno. Orang ni tak tau adanya kes Memali, Lubok Merbau dan dah lupa polis tembak aktivis Pas dengan peluru hidup di Terengganu.
Apa? Nasa ingat darah, air mata dan keringat pejuang Pas berpuluh2 tahun tak dak nilai ka????
sYABAS Pak Bakaq...teruskan perjuangan anda..sama2 kita ..BERANI KERANA BENAR.. BUAT BAIK BERPADA2....BUAT JAHAT JGN SEKALI...BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT.. SANGGAH LAH WALAUPUN KAWAN SENDIRI JIKA IANYA SALAH..SALAM.
nak komen gak ni...org no 2 tu btul ke bg komen sprti pe yg terdpt dlm kbnyakan laporan tntg gelagat MP bkt gntg kita?die kt nak cari popular! nak kmukakn dlm msyuarat nnti..ni umno ke pas ke or dah jadi balaci umno?
klau btullah dia komen smcm tu mmg bdoh btul la org tu..cm mntan nai ktua pmuda ok skit..
mnyesallah semua yg tlah undi org yg mcm tu..pe agenda die sme2 kt tngok? kalau agenda tu mmg btul jahat sme2 kita kuburkan jwtn die cpt sblm yg lbih bruk berlaku..
pe la nsib PAS dpt org sbodoh tu klau btul die kata begitu!
Hari=hari aku teringin sangat nak dengaq komen perwakilan-perwakilan pas yang undi Nasha baru-baru ini. Seronok ka menyesal?
Kontraktor kelas F dan macam macam lagi kelas buleh dan jangan malu jumpa Nasa dan Tapa lopeh nih banyak projek mamat nih buleh bagi semuanyo kojo given! tak payah undi laie dah ok...
PAS AKAN JADI DUA.......AKU PUN DAH X CAYA. INILAH MUAWIYAH ZAMAN MODEN.MUNAFIK.
Hai, kafir laktullah jgn libatkan para sahabat dlm kes ini...
Salam Pak Bakaq .. teruslah menegur .. demi perjuang PAS .. insyaALLAH siapa yg faham akan faham .. yg x faham faham abaikan sahaja laaa .. mungkin mereka x pernah merasi pahit maung para pejuang PAS yg terdahulu .. pd org no 2 dan rakan rakannya .. sanggupka anda bersua muka dengan keluarga para keluarga pejuang PAS yg pernah di hina,dizalimi malahan ada yg terbunuh dalam perjuang dahulu .. fikir fikirkanlah .. kami sayang perjuangan ini, janganlah di musnahkan hanya kerana pangkat atau sebagainya ...
abuAMMAR
ampang selangor
org yg kritik Muawiyyah sebenarnya munafik ...orang buta sejarah Islam tidak belajar agama Islam...ana pernah belajar dgn Us.Zakaria Ahmad abang kpd Us.Idris Ahmad...skg nie Ketua Penerangan...beliau menyatakan Muawiyyah adalah ahli Badar sahabat nabi terlimbat dlm perang badar dan diamanah oleh Rasulillah SAW utk a menyipan Wahyu ..pasal perselisihan dgn Saidina Ali adalah masalah ijtihah..walaupun kebenaran adalah dipihak Saidina Ali..tetapi kita tidak blh sewenang-2 menkritik...para sahabat lebih2 ahli badar..
Abu Umar
ini siapa yg buta perut dan buta mata hati ni, muawiyah tu masuk islam bila? baca la dulu buku sejarah, lepas tu buat lah komen...alahai sejarah islam pun tak baca...entah2 sejarah malaysia pun tak reti apa..