Sedap!! Klik gambar di atas!

Benarkah Presiden PAS setuju "gabung dengan Umno"?

Hari ini, saya turut menerima mesej SMS yang bertebaran sana-sini seperti berikut (saya salin tanpa edit sikit pun):
Majalah MileniaMuslim Mei 2009, quote>> pengakuan; mmg harusani mengakui yg us hadi telefon dia 10/3/2008 katakan dia bersetuju utk gabung dgn umno wujudkan kjaan melayu islam pertama dlm sejarah perak... minta harusani dapatkan restu md awang. Dan md awang bantah sepenuhnya idea itu. Sampai hari ni dia marahkan pd md awang dan pas.
Saya masih berharap apa yang terkandung dalam SMS itu adalah dakwaan palsu sepenuhnya. Tidak kiralah sama ada dakwaan SMS itu yang palsu atau dakwaan Mufti Perak itu yang palsu atau majalah MileniaMuslim tersilap petik kata-kata Harusani.

Untuk maklumat, kulit majalah MileniaMuslim Mei 2009 adalah seperti di sebelah. Ada kawan-kawan yang membeli MileniaMuslim Mei 2009? Harap sangat dapat sahkan adakah benar MileniaMuslim Mei 2009 menyiarkan perkara di atas.

Saya tak mahu Presiden PAS difitnah kerana saya yakin terlalu ramai yang menerima SMS seperti di atas hari ini.

Hari ini, ramai pengundi bukan Islam yang semakin ragu. dan sangsi. Mereka mempersoalkan, adakah beberapa pemimpin PAS hanya berlakon sahaja dalam persetujuan mereka untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat? (Temubual tersebut di sini)

(Update 6.26 PM: Sumber dari pihak yang terlibat menyatakan bahawa Ustaz Ahmad Awang mahu membuat pembetulan dalam keluaran akan datang majalah berkenaan. Bukan Presiden PAS yang menghubungi Mufti Perak. Sebaliknya, Mufti Perak yang menghubungi Presiden PAS)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Berat tuduhan tu, boleh jejaskan Pas dan pakatan rakyat.Nanti lagi celaru la. Nasa Pi mana tak timbul2 kat Parlimen?

  2. maknanya dia bukan mufti peraklah. dia mufti umno. jaga perpaduan umno. baru aku faham la ni.

  3. mmg dah dengar cerita UMNO-PAS nak dicantumkan untuk bentuk krjaan Prk drp sorang SB & bbrpa kawan UMNO sini. Mmg hangat criter tu dgn 1 objektif untuk menghalang DAP (Cina berkuasa d Prk) lps PR mng d Prk '08 tu. YAB Tajol Rosli, Dato Mufti Harussani, Pengarah JAIP dah lontar idea (UG? Kerajaan cempuran?) nih kpd bbrpa orang atasan PAS Negeri (PAS Pusat? aku tak pasti) & kira-2 depa semua yg (dlm gelap nih) dah advanced sampai level nak dpt persetujuan PJN PAS Prk jer lg.. tapi Us. Ahmad Awang tegar PAS & ada stail TGNA sikit-2 ler, dia sudi dengar idea tu yg dikatakan (diputarbelitkan) dipersetujui oleh TGNA... tapi dia tau TGNA tak mungkin setuju, lgsung dia rujuk TGNA balik & akhirnya semua orang tau pastu DAP-PKR-PAS bentuk kerajaan dgn DAP bertoleransi dgn PAS & PKR untuk ketepi sikit hak DAP yg menang lbh kerusi DUN untuk beri laluan jawatan MB Prk kpd orang Melayu sbgmana Sultan mau. semua nih Mufti Perak campur tgn walau pun dia niat mungkin mulia tapi sbb dia tak bijak politik camni ler kena belit dgn 'mind game' UMNO yg bila kalah jer tetiba nak kerjasama ler UG ler, gabung ler..Goddamn UMNO!

  4. Macho lar tok mufti tu... hensem giler.. Betul ker tajuk dia milenia? Salah eja kot... Bukan MANGGA ker...

  5. ini misi terbaru ke ,pak bakaq?ust nasa dah kena hentam.TGHHA nak dibuang pulak ke.Tak puas hati lagi ke?

  6. saw the title, can't stop laughing, notty, notty...HA HA HA HA HA

  7. Anon 5,
    Ini bukan soal nak buang TGHA.Pendedahan dibuat untuk "memburaikan' fakta-fakta agar ahli-ahli PAS tidak lagi terjebak dengan "wala membabi-buta".Menjadi budaya orang Melayu juga orang PAS,bila tengok saja orang pakai serban dan jubah - terus percaya apa yang dia kata tanpa berfikir panjang dan tanpa membuat sebarang rujukan -terus telan bulat-bulat mengenepikan "Hukum Akal".

    Dalam dunia politik,keadaan ini amat berbahaya kerana pengikut akan senang dipermainkan dan diperkudakan pemimpin.Apatah lagi kalau ditekankan "Kepimpinan Ulamak" maka amat mudah pemimpin yang bertaraf ulamak menyuntik jarum "wala" dan dengan itu berjaya menternak pengikut-pengikutnya.Kaedah inilah yang telah digunakan dan dilaksanakan hingga Nasaruddin Mat Isa berjaya mengekalkan kerusi Tim.Presidennya.Nak diperbetulkan keadaan ini terpaksa menunggu masa 2 tahun lagi dan macam-macam bolih berlaku dalam tempuh 2 tahun ini.

    Kita jangan lupa bahawa pemimpin-pemimpin PAS itu adalah manusia biasa bukan maksum dan tak pula menerima wahyu dari Allah SWT seperti Junjungan Besar kita Nabi SAW.Mereka bolih saja melafazkan ayat-ayat AlQuran dan setiap kenyataan disulami dengan Hadith,namun mereka tetap manusia biasa dan kerdil seperti kita yang senang dipengaruhi olih kebendaan,pangkat dan kesenangan.Cara hidup mereka akan mencerminkan ketaqwaan mereka dan "petunjuk" itu dapat kita jadikan batu ujian- sekadar mana kita bolih mengikut mereka dan sejauh mana kita bolih wala kepada mereka."Petunjuk" ini juga termasuk kisah-kisah,cerita-cerita dan fakta-fakta yang didedahkan - sama ada betul atau tidak terpulang pula kepada kita untuk menilainya berdasarkan pengetahuan,ilmu ,pendedahan dan poengalaman yang ada pada diri kita.

  8. Pak Bakaq kalau ikut majalah milenia tu .. Harussani bagitahu Nik Aziz juga setuju tapi Nik Aziz kata pi jumpa minta persetujuan Hadi dulu . Pastu Harussani kata dia tanya Hadi . Hadi kata setuju tapi kena minta dengan Mad Awang . Kalau ikut cakap harussani dalam majalah tu . Nik Aziz dan Hadi setuju tapi Mad Awang yang tak mau buat .

    Pak Bakaq berenti la nak melaga2 kan . Awat majalah macam tu pun tak leh nak cari baca ka . Sebelum nak pamer sesuatu berita baik pi baca dulu dan sahihkan bukan nak buat orang keliru . Kalau nak percaya majalah dan harussani maka Nik Aziz dan Hadi mesti dihentam kerna bagitau harusani yang mereka setuju .

    Tak puas2 jadi batu api .

  9. anon 5,

    aku nasihatkan hang supaya selidik dulu jangan main sedap jari ketuk keyboard je. tghh telah terperangkap oleh 'nasihat' stopa ali dan nasha. 'tutup' isu UG dengan alasan umno memfitnah pas hanyalah gimik untuk menjaga air muka stopa dan nasha. mereka dah masuk dalam pekasam.

    yang boleh hancurkan 'ketuanan' melayu, melayu juga. yang boleh hancurkan 'kepimpinan' ulama, ulama juga. pas dah tak boleh berjalan betul lagi dah selagi puak2 yang 'mabuk' dengan UG bernafas lega dalam pas. hang pikiaq lah kalau dah masuk dalam pekasam...

    puak2 ni kena bersumpah di pentas ceramah bahawa mereka tidak menerima apa2 'saguhati' selain dari jawatan dalam UG, maaflah. stopa dan nasha have lost my respect. macam ramai dok kata, depa kena ucap selamat tinggal kepada pas. perangai dan tindak tanduk mereka tidak melayakkan mereka berada dalam jemaah islam. mana2 yang 'sebulu' dengan depa pun sama kategorinya. yang dok bantai pak bakaq serta mereka2 yang tak suka sungguh kat UG setaraf je dengan yang dapat projek kecik dalam umno! adalah kot sedikit saguhati yang 'tumpah' jat depa.

    depa marah kat aku, nak solat hajat tak apa, silakan. arwah tok aku pernah bagi tahu kat aku, solat hajat ni jangan main2. kalau yang solat tu rasa dia betul tapi tak betul, dia sendiri yang akan dapat musibahnya.

    ya Allah, Engkau musnahkanlah siapa2 yang 'jahat' dalam pas ini, yang menjadi punca kepada masalah yang kami ahli2 pas sedang menerimanya, perkenankanlah ya Allah. hanya kepadaMulah, yang memiliki segala apa yang di langit dan segala apa yang di bumi dan di antara keduanya, kami memohon dan mengadu. sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa disegala sesuatu.

    (jangan ingat tiada yang tahu.... dan Allah jualah Yang Maha Mengetahui)

  10. setakat kena hentam tak cukup beb. dia sendiri tahu sejauh mana dia terlibat, tahu-tahulah apa perlu buat. takkan nak terhegeh-hegeh kat jalan ipoh lagi...

  11. Saudara ku ahli PAS. Janganlah sebut nama TGHHA tu dan janganlah sabitkan dengan UG nanti ramai lagi seperti Anony no.5 MELENTING. TGHHA tu "perfect man" kut! Kadang kadang saudara2 dalam pimpinan PAS ni serban nya panjang tapi otaknya tak sepanjang serban mereka.Kata kawan saya otak mereka ni "OTAK BURONG".Penyakit yang mereka sedar dan tahu tapi tak dapat kikis adalah "Ujub, Riak dan Takabbur" Ahli PAS yang sewaktu dengan Annony no.5 tu ramai tau.. dan ada yang bertegang urat dengan saya PAS boleh tawan Kawasan Parlimen Malaysia tanpa sokongan non PAS. Saya gelak saja..Biarlah orang2 macam ni terjun dengan Labu PASnya. Ikhlas dari don 4672

  12. pak bakag, tau dak kerja pak bakag selama ni saya suka, dedah dan dedah.tapi pak bakag tak mau berhenti setakat dedah saja,pak bakag mau pinggirkan mereka ni, kalau boleh biag tersingkir dan org pandang hina depa ni, saya nak bagi contoh mcm ni,kami org sunnah berbeza dari org syiah, kami tau ada yang bersalah berijtihad di dalam beberapa peristiwa besar sejarah islam, seperti perang jamal, perang siffin, tahkim dan lain2.kami berkata syaidina muawiyah telah tersalah berijtihad dan syaidina ali telah betul berijtihad,kami kata puak muawiyah bughah, kerana itu kami sayangkan syaidina ali dan ahlul bait, namun kami tak membenci muawiyah, kerana kami tau beliau tersalah berijtihad.mereka jadi begitu kerana keadaan begitu mengelirukan,kalau tidak pasti terlalu ramai sahabah yang akan terlibat didalam peristiwa2 ini,namun hakikatnya sedikit saja yang terlibat,mereka keliru, kami serahkan kpd allah urusan ini, kami tak mencerca sahabah2, kami sayangkan semua mereka termasuk ali dan ahlul bait lain,

    nampaknya keadaan kita ini nak imbas2 peristiwa2 diatas, keliru dan ada yang cuba mengelirukan lagi keadaan, mengambil kesempatan dari semua kekeliruan ini,pak bakag mesti pernah dengar abdullah bin saba',beliau inilah yang mencetuskan kekeliruan ini, beliau inilah dibalik peristiwa2 ini, beliau inilah munafik, beliau inilah sesungguhnya pengasas SYIAH.jadi saya tak hairan kalau jalan pengasas syiah ini sedang digunakan oleh pak bakag............insaflah

  13. Teruskan usaha murni pak bakaq mencari "identiti sebenar" orang yg menelefon ustaz ahmad awang meminta PAS bergabung dgn UMNO...semakin kepanasan lah orang tu...aku tak nak tuduh sesiapa, tapi selagi Cgu Pa tak nafi bukan dia...aku rasa dia lah paling layak jadi calon no wahid...ini pun sekadar pandangan peribadi aku, jangan lah pulak ada orang irihati.

  14. Betul..ni misi baru pak bakaq rasanya....polemik baru yg cuba ditimbulkan...menari ikut rentak media...lebih baik diam dari bercakap kata nabi...ingat,musuh politik sebenar PAS adalah Syaitan yg jauh lebih licik dr UMNO dalam memecahkan dan melagakan.

  15. salam...

    org yg berilmu tahu akan kemungkaran yg sedang berlaku ttp mendiamkn diri tampa sebarang tindakan adalah di ibaratkn sebagai setan bisu.

    siapa diri anda..?

    amar makruf nahi mungkar hanya ditujukan pada UMNO sahaja ke...

    dlm pimpinan pas x boleh jalankn amar makruf nahi mungkar ke..????

    sesapa yg terasa nk jadi setan bisu,tutuplah mulut anda..

  16. berlarutan ... umno akan guna apa atau siapa saja supaya isu penggabungan ini tidak lenyap, sehingga pengundi-pengundi india dan cina yang telah mengundi PAS dalam PRU12 tidak mempercayai lagi kepada parti PAS, padahnya dalam PRU13 PAS akan kehilangan undi mereka, baru nak kenal hati budi PAS dah jadi macam ini ...

  17. pak bakaq tolong baca majalah itu dulu,sebelum buat ulasan.Nampak sangat pak bakaq abik separuh aje mufti itu kata..pak bakaq cuba menjatuhkan TGHHA presiden pas.Jangan siar cerita itu sebelum siasat betul atau tidak?pak bakaq dah jadi utusan malaysia dah,abik ayat2 untuk menjatuhkan maruah orang.Lain kali baca terlebih dulu.jangan copy and paste membabi buta.saya setuju anonymous no.5 dan 14.

  18. umNO dah ado calon PR13 ketegori ustaz 25% mengganti ustaz yang suka sepak peti undi dulu iaitu Tok Harusanasini

  19. kepada semua anon blog ini yg setuju membabi buta dengan pak bakaq,tolonglah baca majalah itu sebelum mengeji presiden pas.pak bakaq ini CIA parti lawan kut..kalau ahli pas tulin tak mungkin sanggup menjadi batu api dan memecahkan parti.

  20. saya peminat blog pak bakaq,bila pak bakaq selau copy and paste pasal pemimpin pas secara berlebihan membuat saya muak dan meluat pada pak bakaq.pakatan dah stop pasal isu panas baru2 ni.tapi pak bakaq macam TV1 selalu dok ulang2 yg sama.jadilahhhh.....hentikanlah....

  21. Bakaq... Hang masuk UMNO laaa... TGNA kata soal UG dah tak berbangkit lagi tapi hang masih terkinja-kinja nak bincang gak isu nih... Tak wala' pada mana pimpinan besar... Ni semua kerja gila... Dulu dah keluar kenyataan tak akan sentuh TGHH tentang UG... PENIPU!!!

  22. salam, mana dia lembaga displin PAS...adakah?tak kiralah sapa telefon us. ahmad awang. Sy juga masih menunggu hari bicara kes tuduhan politik wang dlm PAS, musuh dlm selimut... kalu takdak bukti kene ambil tindakan!

  23. Ada satu cerita, seorang imam dengan empat makmumnya sedang mengerjakan solat. Tiba-tiba tidak ingat ayat terakhir menghabiskan surah al-Kafiruuun. Seorang makmun berketurunan mamak menegur imam " hai wali me wali yada tak ada mari ke?", Seorang lagi makmun menyemput " hai mamak mana boleh cakap melayu dalam solat". Seorang makmum pula menjawab:" hai tak sah berkata-kata dalam solat". kemudian makmum ke4 menyamput " mujurlah aku tak cakap". Tiba-tiba imam berpaling dan berkata :" Semua kamu sembahyang semula".
    Semua orang mesti berhenti bercakap dan mengomen mengenai UG. Selepas PRK Manik Urai nanti, kita semua buka semula cerita ini.

  24. SALAM SEMUA.

    AKU CUBA TELEFON PEJABAT AGONG PAS JALAN RAJA LAUT. AKU CUBA MINTAK NOMBOR TELEFON HAJI HADI, NASHA DAN CIKGU PA PASAI NAK TANYA BERKENAAN UG NI. TAPI YANG JAWAB TU TAK BAGI. AKU TANYA PASAI APA? DIA JAWAB HANYA ORANG TERTENTU JA YANG BOLEH DIA BAGI. KALAU SETAKAT AHLI BIASA JA MACAM AKU NI DIA TAK LAYAN. AKU KATA PASAI APA? DIA JAWAB KAMU TAK LAYAK. AKU KATA KENAPA PULAK. AKU NAK NOMBOR TU PASAI NAK TANYA PASAI UG NI PADA ORANG2 YANG BERKAITAN. SUPAYA AKU PAHAM MACAM MANA BOLEH TERJADI. KALAU MACAM NI LAH PEMIMPIN YANG JAUH DENGAN AHLI MACAM AKU NI TAKPA LAH. DEPA CUMA GUNA AKU MASA PILIHANRAYA JA. NAMPAKNYA AKU KENA BEBAIK SEMULA DENGAN BIRAS AKU YANG JADI KETUA CAWANGAN UMNO TU. YA LA MANA TAU DAPAT SEMBANG PROJEK KANTIN SEKOLAH. LA NI AKU TAKDAK KERJA. NAK HARAP PAS BAGI PROJEK TAKDAKLAH NAMPAKNYA.

  25. kepada anon no.24,aku lagi setuju kau masuk mic atau ipf sesuai dengan hang..tolong bagi no hp kau kat sini.leh lah aku sembang parti yang sesuai dengan prinsip hang.

  26. adakah perpaduan tu agenda ekonomi pimpinan pas..ahli bawahan dapat habuk..sapa mb baru tganu,sapa tpm baru,sapa pengerusi tnb yg baru..

  27. anon 19,

    ahli parlimen pengkalan chepa, abd halim abd rahman, teah mendedahkan di parlimen bahawa 'muzakarah' tidak pernah dibincang di dalam mana2 jawatankuasa termasuk majlis syura ulama.

    anda direla ditipu hidup2 oleh pemimpin anad yang dengan serba gah menjaja bahawa 'muzakarah' telah mendapat green light dari majlis syura?

    anda sanggup membiarkan diri anda untuk menerima penafian oleh pemimpin anda bahawa pertemuan pas-umno tidak pernah berlaku walaupun sudah didedahkan oleh paklah? apakah paklah telah berbohong dan pemimpin anda tidak? apakah pendedahan paklah hanyalah putarbelit utusan meloya? apakah pesan pemimpin anda supaya perlu berhati2 agar tidak diperalatkan begitu menusuk jantung anda sehingga anda tidak kelibat bahawa pemimpin yang menasihati anda itulah juga yang telah "menjualkan" dirinya untuk menjadi alat?

    sedarlah anon 19, juga anon-anon 5, 14, 17 dan mereka2 yang sebulu. berilah sedikit perhatian kepada ucapan abd halim abd rahman dengan tindak-tanduk pemimpin2 yang anda cuba pertahankan. tak ada pertemuan dgn umno; paklah kata ada; ya ada, dipersetujui majlis syura ulama. halim kata tak pernah bincang di mana2 jk pas pun? siapa yang berbohong?

    anda sanggup mempertahankan 'kebohongan'? kredibel lagikah pemimpin yang "berbohong"? bohong bukan perkara kecil dalam islam. bohong bukan ciri seorang pemimpin. tak tahulah, rupa2nya masih ada dlm jemaah islam, pemimpin yang berbohong, ahli yang menyokong pembohongan, ahli yang mempertahan pemimpin bohong...

    ya Allah, Engkau hapuskanlah dari dalam jemaah pas, pemimpin2 yang berbohong serta ahli2 yang menyokong pembohongan mereka dan mempertahankan kedudukan mereka. hancurkanlah mereka ya Allah.

  28. Macam biasalah bakar ni,konon nak membela TGHH tapi jari tunjuk kelingking berkait,dalam pada nak nafi SMS tu,dia sebenarnya highlightkannya,supaya jadi polemik semula ,inilah dasar burung pemakan bangkai,sesuatu dalam ajaran syiah tu dok tarbiyyah dia jadi lagu tu.

  29. Selagi Pas tak hancur selagi tu lah berusaha dgn mengutip cerita2 khabar angin yg tak tahu betul atau tidak asalkan bolih jadi modal nak lariskan blog. Kalau tak betul Bakaq lah yg bertangung jawab sebagai pengfitnah, sekarang onus kepada Bakaq untuk menyelidiknya. Bukan caranya membuat tuduhan dan meminta orang lain membuktikannya. Sekarang Bakaq membuat tuduhan dan perlu membuktikannya dgn bukti yg kukuh.

    Bakaq bertakwalah engkau kpd Allah.

  30. bagi saya lah,perkara men 'sms' perkara yang sepenting ini agak tidak logik.sekiranya 'betullah' ingin dibincangkan tentang perkara ini,bukan ke sepatutnya terus je call @ jumpa face to face antara satu sama lain utk membincangkan perkara ini...selain itu,bukankah sepatutnya sebelum mengeluarkan apa2 cerita tentang apa2 sekalipun,kebenaran tentangnya perlu disiasat terlebih dahulu...bukannya mnyebarkan terlebih dahulu tanpa mengetahui kebenarannya..mungkin kalau perkara itu betul tidak mengapalah...tapi bagaimana sekiranya apa yang dihebahkan itu bukan kebenarannya...bukankah itu sudah menjadi fitnah??betapa berdosanya orang yang menyebarkan perkara itu bukan...ini hanyalah teguran,terserahlah samaada mahu menerimanya atau tidak...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008