Sedap!! Klik gambar di atas!

Belit pi, belit mai untuk wajarkan ketagihan Umno

Dalam berita bertajuk "Tutup pintu 'Kerajaan Perpaduan' jika hanya dengan Umno," Harakahdaily 18/6/09 melaporkan:
PAS bertegas tidak akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak media jika hanya melibatkan kerjasama antara PAS dan Umno.

Jika berlaku penglibatan PAS-Umno itu merupakan 'campuran' dan bukan 'perpaduan' sebagaimana gagasan idea yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Harun Taib berkata demikian pada sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, di Jalan Sultan Omar, dekat sini, semalam.

"Kerajaan Perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Serawak baru jadi 'perpaduan'".
Samalah tu. 2 kali 5, 5 kali 2. Bezanya, the plot gets thicker.

Rakyat nak jatuhkan Umno. Malangnya, sama ada atas nama kepentingan Melayu Islam (kununnya!) atau atas nama perpaduan, yang hendak dipertahan, dikekal dan dikukuhkan ialah kekuasaan Umno yang selama 52 tahun menendang terajang Islam, mengkhianati Islam, tipu Melayu dan khianati Melayu.

Misinya tetap sama iaitu untuk meneruskan kekuasaan si Umno yang buat persempadanan semula pilihan raya pada tahun 2003 untuk khianati kuasa politik Melayu. Selepas itu, bila dia dan kawan-kawannya kalah di begitu banyak tempat dalam pilihan raya 8/3/09 lalu, dia pula yang menjerit-jerit sakit kononnya kuasa Melayu terancam. Memang dasar munafiq si pengkhianat Melayu itu!

Alangkah malangnya apabila gelembong kerajaan perpaduan terlihat jelas masih berkisar pada bau dan bayang-bayang pertemuan sulit dengan para pemimpin Umno sejak 2007 dan rancang atur Task Force 2010 yang diketuai kutu cikai yang bernama Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar (katanya berasal dari Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi kemudiannya menjadi orang Bukit Payong di dalam kawasan Marang).

Misi Task Force 2010 khabarnya turut dilaksanakan oleh Leftenan Kolonel (B) Hashim yang tak kurang ligatnya dan Kolonel (B) Aziz (khabarnya tidak dipedulikan selepas pilihan raya 8/3/08 lalu di mana sebelum itu beliaulah orang yang dikatakan menjadi tukang 'cover' Ustaz Nasharudin Mat Isa).

Untuk yang mengalami penyakit kronik ketagihan Umno, saya teringat SMS yang dihantar seorang terpelajar yang berkelulusan PhD kepada saya:
Ada seorang jeneral Syria yg bocorkan kod friend-foe pesawat MIG-29 Syria kpd Israel dalam perang 1974 di mana kesemua armada udara Syria musnah 15 minit selepas di udara dan buat formasi menghala ke Israel. Bila pembelotan diketahui, si jeneral cuba lari ke Israel. Yahudi memang sambut dia tetapi dalam penerbangan ke Tel Aviv si jeneral itu ditendang keluar dari helikopter Israel semasa melintasi laut yg dilihat ada sekawan jerung.
Belajarlah dari sejarah!

Berita berkaitan:
Mesyuarat khas bincang isu kerajaan perpaduan - Nik Aziz (Harakahdaily 18/6/09)
"Kami berpegang teguh memperkukuh Pakatan Rakyat - Ahli Parlimen PAS (Harakahdaily 18/6/09)
Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi (Harakahdaily 18/6/09)
Kenyataan MP Mengenai UG (Dr Hatta Ramli 18/6/09)
Semua dah bercelaru angkara UG? (Detikdaily 19/6/09)
10 wakil PAS tolak k'jaan perpaduan (Malaysiakini 18/6/09)
Manek Urai tanpa poster Hadi (Malaysiakini 18/6/09)
Jentera PAS retak di Manek Urai? (Malaysiakini 18/6/09)
Unity talks: PAS Youth chief invokes Quranic analogy (Malaysiakini 18/6/09)
Be humble and meet Tok Guru, Nasha advised (Malaysiakini 18/6/09)
No Hadi posters in Manek Urai (Malaysiakini 18/6/09)
PAS spat worsens, Nik Aziz calls for meeting (Malaysian Insider 18/6/09)
Nasharudin kini keseorangan (Malaysian Insider 18/6/09)
Nik Aziz temui pemimpin tertinggi PAS bincang kerajaan perpaduan (mStar Online 18/6/09)
Umno ajak PAS Wanita bincang soal perpaduan (mStar Online 18/6/09)
Nik Aziz bidas Nasharudin (Utusan Malaysia 18/6/09)
Tak wajar Nasharudin letak jawatan - Harun Taib (Utusan Malaysia 19/6/09)
Ketepikan soal peribadi demi Melayu (Utusan Malaysia 19/6/09)
Jangan letak terlalu banyak syarat (Utusan Malaysia 19/6/09)
Nik Aziz cuba akhiri kemelut (Utusan Malaysia 19/6/09)
Muslimat, ahli Parlimen Pas tolak kerjasama dengan Umno (Utusan Malaysia 19/6/09)
PAS diminta bermuhasabah (Utusan Malaysia 19/6/09)
Kerajaan perpaduan: MIC sokong PM (Utusan Malaysia 19/6/09)
Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan, keluar parti
Sinar Harian (18/6/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

“Saya ulangi lagi, ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka UMNO, jika benar Nasharuddin setuju terus terang saya sebut lebih baik dia masuk UMNO dan letak jawatan dalam parti dan Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah... Ini menyusahkan orang... Biar dia masuk UMNO seorang.

“Saya banyak terima panggilan dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk UMNO senang, lebih baik... daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa... tiada moral kita panggil,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan idea isu kerajaan perpaduan bukan daripada Pas kerana ia hanyalah lontaran peribadi individu tertentu dan tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

“Jadi PR tidak tahu.. Pas tidak tahu. Runding kerjasama pun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka UMNO.

“Kalau wujud kerajaan perpaduan, DAP atau Pas juga boleh dilantik menjadi menteri. UMNO sekarang berpesta kerana Pas masuk perangkap. Ini kerana Pas sekarang celaru dan antara Pas dan PR menjadi celaru,” katanya.

Isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin hangat apabila Datuk Seri Najib Tun Razak, menganggap Pas ikhlas berhubung isu itu dan tidak menolak sebarang kerjasama dengan Pas demi kebaikan negara.

Berikutan itu, Nasharuddin dilaporkan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri dan akan memaklumkan kepada Presiden Pas yang berada di luar negara kerana ia reaksi serius yang pertama kali lahir daripada Presiden UMNO.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Harun Taib, Stopa Ali dan Hadi tu sekampung. Buka pintu dapur rumah harun, buka tingkat bilik rumah stopa.

    Harun dan Stopa tu buat statement tu sejak kena sergah dgn tok guru nik aziz nak perambat nasa mat isa keluar pas pi masuk umno.

    Nasa tantawi pulak dgn hujan berdakwah kpd firaun.

    Depa ni la yg bergelar ustaz dan ulamak. depa pandai la guna apa saja ayat. depa tak peduli pun apa yg rakyat duk kata dan perati.

    http://corongkita.blogspot.com/2009/06/segerakan-egm-pashalau-pengkhianat.html

    Dulu pi berkelambu dgn umno sorok2 dan sorang2. Umno pun dah nak merisik.

    Alih2 kata tiada 'perkahwinan' jika PKR dan DAP tak ikut serta. Apa ni? Sinetron BAngla ka?

    Hang yg gatai nak menikah dgn umno sampai kena tangkap basah.

    Aku ni nak tanya la jugak. Dalam usrah PAS, pernah ajar ka menipu tu harus???

    Kalau ada, ustaz mana yg ajaq?

    AKu tanya ja, bukan tuduh. Aku bukan ulamak...

  2. Nasharuddin patut dibidas.Baru dipilih sbg Timbalan Presiden.
    Let me ask you a question,
    If a Chinese votes for a PAS candidate, whose interest would be more important to the elected candidate -- the Chinese voter's or UMNO's just 'cos they are Malay and allegedly Muslim?
    I think the racism is clear for all to see.

  3. pak bakaq tak tanding tim pre pas baru ni ke?tak dak pencalonan ka?klu pak bakaq jd tim pre,husam pre,khalid samad naib pre...mantap gila2 pas.umno kejut perut2 tengok.tak pa pak bakaq,nanti saya calonkan pak bakaq,kompom lps ni pak bakaq tak hentam2 pimpinan lain dalam blog.Pimpinan pas yg lain seme boneka umno,kalam depa pun macam macam kucing lapaq ikan,kalau pak bakaq ok lah.Jgn bimbang,pak bakaq jd tim pre,husam pre,khalid naib pre,seme ahli dgr,thiqah,wala pada hang.Kami kat bawah pun tak bimbang macam nasharuddin buat statement,pak bakaq kan org hebat,org trgnu kat gedegang gedegung sebut org itu,pimpinan ini,salah itu salah ini.

  4. Salam Bakaq,
    Aku rasa kita semua ni dah kena main dengan UMNO.

    Dan dengan adanya pemimpin pemimpin yang kurang cerdik dan senang diperangkap apabila mudah diumpan dengan imbuhan pangkat , jawatan dan kesenangan material , maka inilah akibatnya.

    Dr Mahathir telah mempelupori kaedah 'divide and rule' ini selama 22 tahun untuk terus berkuasa dan pastinya ilmu ini juga digunakan oleh Najib dan UMNO untuk terus hidup.
    Mereka akan mendapat kekuatan baru dengan ujudnya perpecahan dalam pehak lawan, samaada dalam PAS atau pun PR.

    Seperti penyakit kanser, sel kanser dalam PAS perlu di buang sebelum ianya merebak lebih teruk lagi dan seterusnya memusnahkan seluruh organisasi PAS.

    Ini adalah keutamaan yang perlu dilakukan jika masih ada sayang kita pada survival PAS dan kesejahteraan ummah untuk jenerasi akan datang.

  5. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, beliau tidak nampak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa melakukan sebarang kesalahan besar dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan sehingga beliau perlu meletakkan jawatan- Utusan Malaysia.

    Ini BIG PROBLEM..budak tingkatan tiga boleh nampak tapi Ketua Ulamak tidak nampak. UMNO dah berpesta!

    Macam mana orang nak respek kalau gini ulamak kita. Cuba pikir boleh wala' ke pada ketua macam ni?

    Perwakilan semua jangan mudah termakan skrip lain kali..Rosak Islam!

  6. Nasha.............sila berundur. Kita lebih sejahtera tanpanya.
    Jangan sampai kami pemuda yang bertungkus lumus dlm PRU yang lepas, tanpa dibayar sesenpun oleh parti hilang keyakinan.

  7. .....

    Kusut dah.... itu lah.. layan lagi bangkai bernama UMNO/BN nih... sekarang apa jadi?

  8. Bakaq, majoriti blog dan media PAS dan pembangkang sekarang dok kalut cerita dua perkara yang menakutkan mereka: kerajaan perpaduan dan Anwar dok sembah siang dan malam minta dia dipelepaskan dari tuduhan liwat.

    Blog pro UMNO sebok dengan pelbagai cerita lain dan hanya 40% dok tumpu pasal dua perkara di atas.

    Jadi siapa yang hemoi tentang kerajaan perpaduan? UMNO ke PAS?

    Sebenarnya apa yang ditakutkan sangat dengan Nik Aziz tentang kerajaan perpaduan sedangkan kalau dok kaji dari sudut mana sekalipun, pendek atau panjang, patsegi atau bulat, ia lebih menguntungkan PAS. Habaq mai kot mana kalau mokata rogi.

    Rakyat bukan benci UMNO pasai dia berkawan ke tidak dengan PAS tapi pasai perangai puak UMNO sendiri bermula dengan paklah dan anak menantunya. PAS patut merapatkan diri bukan kebuloq sangat dengan UMNO tapi merapat mengorat hat dok dalam UMNO yang belum sedaq.

    Cuma kot Nik Aziz takut merapat kerana PAS juga banyak kudis dan kurap!

  9. Blah la KLUANGMAN. Kalau setakat nak provoke sebab nak promosikan blog ko berambus je la. Tak der sapa yang minat nak baca blog ko pasal tulisan menampakkan kebodohan

  10. Elok diteruskan perbalahan ini kerana orang kita tiada lah sangat banyak kepandaiannya kecuali dalam hal dan bab balah-berbalah ni. Ketika orang lain melihat bagaimana nak gah kan bangsa mereka dengan meletakkan diri secara strategik dalam bidang-bidang kewangan, koporat, politik di peringkat dunia, tuan-tuan dok bergaduh dengan isu-isu yang remeh. Teruskan lah perangai nenek moyang kita ni yang menyebabkan kita tewas dengan Chula Long Korn di Patani, dengan Light di Pulau Pinang, Birch di Kg Gajah, dan tak lupa dengan Raffles di Temasik. Apabila Maharaja Tang yang masuk Islam melalui Saad bin Ibn Waqas menghantar nenek moyang kita untuk turun kesini melalui Yunan, Chiang Mai, Ayutthaya dan Patani, apakah misi yang diamanahkan oleh beliau? Untuk bercakar sesama kita?

    blong

  11. Mamat bernamo Nasa-Tapa and the geng penipu dah jadi kuda bukan setakat tunggang tapi dah tertonggeng padan la muko berlagak bona ontah apo penyakit gilo sakan nak berpadu.

    Kalau yo pun nak berpadu jangan main dalam golap takut salah lubang, sekarang sapo yang sakit sampai nak ukk pun tak buleh.

  12. Pak Bakaq,

    Minta jasa baik pak bakaq mengkesahkan semula satu pertemuan sulit pas dgn umno di zaman mahadey dulu. Masa tu pas sedang syok bercinta dgn CCC. Kalau tak silap saya yg turut serta dalam pertemuan itu adalah Pak Subky Laitf dan Tuan Syed Ibrahim...semoga kesah tu menyedarkan generasi muda dalam pas, yg pas dah kena kecing byk kali tapi tak pernah serik.

    Tokden

  13. Kluangman hehehehe ..boleh blah !usah bicara pasal kerajaan perpaduan dan provoke kami ...nanti ia akan menampakkan kebodohan anda /kebaboonan anda !!!!

  14. topa ali tu memang agen umno dalam pas buangla kelaut cina dulu dia yang halang pas nak demo 100k terhadap spr dan lepas tu puji tan sri rashid spr kata spr adillah abis pas kalah sekarang dia pula kepala kpd ug tu kita dah elok2 nak tawan malaysia sampai kita berpecah pula. UG tu berpenyakit H1N1+M1

  15. bodo punye kluang...

  16. Kepada YANG BUTA PERUT renung2lah bertapa tidak rasional umno terhadap PAS dalam segenap hal...termasuklah kes Perak dan hal yg diperkatakan oleh Dr Lo Lo' ni..
    Hak wakil rakyat dinafi untuk bantu rakyat - Dr Lo' Lo'
    Wan Nordin Wan Yaacob
    Fri | Jun 19, 09 | 7:10:15 am MYT
    KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali membidas sikap kerajaan pusat terutamanya Kementerian Wilayah Persekutuan yang menafikan hak wakil rakyat Pakatan Rakyat berhubung peruntukan membantu pengundi di kawasan yang dimenangi mereka.

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21338&Itemid=1

  17. Pak Bakaq,

    Dengan kenyataan dari Harun Taib,Ketua Dewan Ulamak yang "recycle" ni,Ketua Dewan Pemuda,Nasaruddin AlPahangi, yang "interlectual",kemenangan Nasaruddin Mat Isa sekadar undi 480,perlantikan Mustafa Ali sebagai S/U Agong - jelas,terang dan terbukti bagaimana rapi,teratur dan berkesannya plot-plot telah dirancang sebelum Muktamar PAS diShah Alam.Dalam pada itu diupah pula penulis-penulis,bloger-bloger untuk memburukkan pihak lawan dan "mengampu" tokoh-tokoh boneka UMNO.Semua dirancang bersama dengan Task Force 2010.Dana tak jadi masaalah,dibiayai sepenuhnya olih TF 2010 sehingga Muktamar diShah Alam turut dibiayai olih Puncak Alam. Mana pernah Muktamar PAS terdahulu dibiayai olih syarikat UMNO? Semua dirancangan begitu rapi,tak heiranlah sekarang UMNO ketawa besar,terbahak-bahak.

    Bagai mana caranya PAS hendak menyelesaikan mala petaka ini? Kalau dibiarkan berlanjutan dan berterusan,PAS akan menjadi lemah dan munkin berpecah.Satu cara yang praktikal ialah cara kita membunuh ular - Pancung dan buang kepala ular itu,badannya akan mati keseluruhannya.

  18. Kamus baru PAS:
    1. Kerajaang Perpaduang
    2. Unity Govermeng
    3. Engagemeng

  19. Nasharuddin Mat Isa tu budak suruhan je, kena cari siapa master mind kepada isu ni. Patut siasat nama-nama di bawah ni:
    1) Hadi Awang
    2) Harun Din
    3) Harun Taib
    4) Stopa Ali

    Kami ahli bawahan ini tetap bersama Tok Guru Nik Aziz.

  20. Correct,correct, correct!
    Kamus baru tu yg terlior dgr. Siap terlebih bunyi lagi.
    nananana...ganu kita
    Hehehe

  21. askum pak bakaq,
    Aku cukup heran dgn strategi kepimpinan Pas skrg, mengapa dlm keadaan sokongan rakyat yg membuak-buak thdp Pas tetapi mrk cuba untuk mengadakan UG dgn pihak UMNO yg telah ditolak oleh rakyat. UMNO bagi aku mereka tetap UMNO walau apa yg terjadi sekalipun. Sikap mereka tidak pernah berubah terhadap Pas (lihat apa yg terjadi kpd negeri2 di bwh pmeritahn PAS)satu lagi pada pemilihan Pas yg lepas, aku lihat seolah-olah kputusannya ada sesuatu yg tidak kena pada pkiraa aku.

  22. nak tambah list yg Anon 19 sebutkan tu. Aku rasa Kepala besar yg dok sibuk pasal isu UG ni si Setopa Ali & Hasan Ali. hasan Ali terang2 ada hubungan yg baik dgn org2 UMNO Selangor.

    Hadi, harun taib tu bodoh. Main angguk je apa yg Setopa dok cakap. nasa pulak jadik budak suruhan Setopa. kalau di ikut dari segi senioriti dalam politik PAS ganu Setopa dilihat memainkan peranan yg amat besar. Even masa PAS berkuasa kat ganu dulu Setopa lah org nya yg dilantik sebagai Chairman kepada anak2 syarikat kerajaan negeri terengganu. so Setopa Ali la Mastermind/Godfather UG ni. Nasa tu jadik macai dia aje

  23. EEEMMMMMM....inilah bakaq , apabila ulamak wahabi menguasai PAS, apo nak buek laiie

  24. salam

    Ape agaknya motif mereka ya,mewujudkan kerajaan perpaduan?Adakah mereka dijanjikan dgn habuan dunia atau pahala akhirat kerana menyatukan padukan umat islam di malaysia.Saya tak nampak mane lojik nya baersatu padu ni.Ambil contoh kes di Perak sudah memadai,Adakah mereka bersatu padu,sehingga sekarang keputsan bertulis ketiga tiga hakim tidak di perolehi,bagaimane kita nak merasakn mereka ikhlas,tak faham la....aku tak faham..aku betul2 tak faham...betulllll aku tak faham..kenapa bengap sgt dorg ni.?

    kutut

  25. salam pak bakaq,

    saya suka berbalik kepada soalan asas. kenapa semua dok sibuk2 sangat dengan UG ni.
    kenapa nak diselamatkan UMNO? adakah sebab UMNO tu melayu atau sebab UMNO tu Islam?
    setahu saya yang umur tak samapi setahun jagung ni, Perjuangan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM. dan UMNO sejak dari dulu lagi secara terang2 telah menolak ISLAM. Ini amat jelas dan terang. tak perlulah kita lihat dalam konteks yang luas. cuba lihat paling mudah iaitu keluarga. cuba kita kira berapa ramai Isteri pemimpin2 UMNO ni yg memakai tudang. bagaimana seorang pemimpin boleh mengatakan yang dia seorang dia pemimpin ISLAM, tapi keluarga (isteri) sendiri pun dia tak boleh nak arahkan menutup aurat. adakah dia paham apa itu ISLAM? apa itu dosa? apa itu pahala?

    tak usahlah kita mengharapkan pemimpin2 ini untuk membela perjuangan ISLAM selagi mereka tidak mengubah sikap atau perangai mereka.

    jadi, saya amat bersejutu dengan TGNA, sekiranya ada kemungkinan kita berbincang tentang UG, hapuskan dahulu diskriminasi keatas negeri kerajaan pembangkang, hapuskan dalulu segala bentuk penindasan ke atas rakyat, hapuskan dahulu ISA, hapuskan dahulu kerajaan haram PERAK, dan sebagainya. kalau ini mereka boleh lakukan, baru lah kita berbincang pasal UG ke UNG ke ape ke....

    sekian.

  26. Siapa keluangman? Bangkai ka najis?
    Siapa nasha? jawab......

  27. H3N1S1 - (Hadi, Harun, Harun, Nasa, Stopa) - mutasi H1N1

  28. Negara akan aman tanpa wabak H1N1, tapi pas tak akan aman selagi ada virus baru yg bernama H1N1M1 (Hadi, Nasa, Mustafa)!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008