Sedap!! Klik gambar di atas!

Ambik habuan hang, bakaq!

Orang kata, bakaq suka tulis benda yang bukan-bukan supaya lebih ramai orang baca blog dia. Allah Maha Mengetahui, saya tak rajin memantau berapa orang melayari blog saya. Tak rajin, bukan tak ambik tau. Nak kata tak jenguk langsung angka-angka tu, tu bohong namanya.

Apa saya dapat bila ramai orang melayari blog saya? Upah ditingkatkan? Duit? Kedudukan? Pangkat? Rumah sendiri dan tak perlu menyewa lagi?

Siapa-siapa yang berminat untuk mengetahui berapa upah saya dapat dan adakah saya ni "well paid to do the dirty jobs", setinggi mana dinaikkan pangkat dan kedudukan saya, di mana mahligai saya dan apa jua kelebihan yang saya perolehi bila semakin ramai melayari blog ini; jika berminat nak tahu itu semua, anda bolehlah bertanya kepada Allah s.w.t. yang dikasihi ketika amalan saya ditimbang di Hari Perhitungan nanti.

Yang jelas, kira-kira pukul 11.11 pagi tadi, saya dapat apa yang Sheih ceritakan di sini (saya tak bantah dan tak sokong teori yang beliau kemukakan di sebalik apa yang berlaku).

Sendiri buat sendiri tanggung, bakaq!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. sabaq Pak Bakaq, jika benar Insya-Allah ganjarannya di dunia satu lagi

  2. Bhai...

    Relax la... memang la ramai yang dengki .. nak buat camana... kalau takder dengki, irihati.. hasad dan cemburu tue.. maknanyer bukan orang Melayu la... hehehe..

    Bukan ker Melayu terkenal dengan PHD (perasaan hasad dengki).

  3. x payah riso la bakaq,slagi kita btul dalam mmberi kritikan truskan lah.depa nk tgkap ke nk bt apa2 ke bt lah.tp yg pstinya prjuangan msti d truskn.hkuman mreka yg zalim ke ats kita akn mnjadi 1 kemanisan bl kita d pihak yg bnar,hkumn mereka hanya brsifat smntara ttapi hkumn Allah lbih pdih brpanjangan.pandangan yg salah wlupn ramai xkn dpt mengalahkn pndangan sdikit ttapi btul...

  4. Bakaq merendah diri selepas tersasul banyak kali - ikut je cara poknik - alasankan itu bahasa kiasan sahaja - kira selesailah tu !

  5. Apa sudah jadi nin pak bakaq? Hujan naik kelangit ka?

    Biasanya sapa2 yg rajin kutuk pas akan dpt akan imbuhan, tapi hang kena masuk mengadap pulak...ehhh ehh dunia, dunia.

  6. Relak Bakaq, ni ada lah 'akhir zaman' untuk UMNO dan sekutu2 nya. Buat la apa pun, yang pasti rakyat akan support hang dan akan bertambah terkenal lah Pak Bakaq. Lebih baik hidup berprinsip, daripada menjadi manusia yang "hypocrite"...macam UMNO dan Nasa (& d gang)

  7. Pak Bakaq, Salam.

    Sabaq. Perjuangan begitulah. Pahit. Perit. Itu Pak Bakaq sendiri dah paham. Takyah la budak ingusan cam saya nak habaq. Kalu smooth sailing dari mula sampai tamat, perjuangan apanama tu Pak Bakaq? Perjuangan tahi kucing.

    Kami doakan Pak Bakaq selamat sejahtera sentiasa. Amin.

    Arjun

  8. kalau nak blog ni popular, teruskan agenda hang untuk TGHHA dan Ust nasa letak jawatan..hang tentu senang hati.aku tengok hang jarang kutuk umno sejak akhir2 ni.tapi kalau pemimpin pas,bukan main lagi dikutuknya.seolah2 ust nasa mahu bawa ahli keluar islam.sedarlah diri ....aku memang peminat blog hang.blog penarik beca setaraf dengan melodi tv3.cuma untuk hibuaran politik semata2,bukan untuk buat rujukan.

  9. Pak Bakaq,

    Kita hidup didunia ini laksana "musafir" - kita datang,lalu buat seketika dan pergi.Umat Nabi Muhammad SAW ini tak hidup lama seperti umat-umat terdahulu.Paling lama 80tahun,walau pun ada yang dah lebih 80 tahun belum padam lagi,masih menyusahkan orang.Jadi,apa-apa yang patut dan afdal kita buat,semasa bermusafir ini,khususnya untuk Islam dan manusia sejagat,kita lakukan dengan penuh istiqomah.Jangan pedulikan "salakan-salakan" yang kedengaran disekeliling kita kerana kita tahu bahawa "yang menyalak" itu jenis apa.Seorang penyair Inggeris yang terkenal bernama William Wordsworth Longfellow pernah menukilkan:"We only pass this way but once,we will never pass this way again".

  10. Salam PakBakaq,
    Insya Allah blogger lebih bahaya kepada BN berbanding pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
    Itu belum ada program tarbiyah bloggers.

  11. Pak bakaq,

    Betui ke, DUN Perak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat, dengar cerita TPM akan mengadap Sultan Perak mohon Bubarkan DUN Perak (mungkin pagi ni, 01 Julai 2009).

    Kalau betul, maka makbullah doa yang selalu "Peminat Laksa Padang Polo" sarankan hampir setiap pagi Jumaat.

    ---MinDA tenaNG---------

  12. Assalaamualaikum Pak Bakaq...

    Pak bakaq tau x 2 org mhsiswa UM kne dakwa hr ni sbb hina rosmah mansor?

    Bru je kluar malaysiakini, depa dh cover brita t'baru.

    Pak bakaq ulas la skit isu ni smntara masih panas..

  13. katakan: Hasbunallah...

  14. FIGHT TILL THE END, bakaq...

  15. Tulih la apo nak tulih Pak Bakaq, pedulikan la hal orang bukan dio orang bagi kito makan, asik pikir hal orang sampai bilo pun tak selosai.

  16. Sabar Pak Bakaq. Semoga Pak Bakaq berjuang untuk kebenaran dan keadilan sejati dan juga bolih berlapang dada utk berbeda pendapat secara beradab.

  17. Salute sama hang bakaq, hang punya tulisan rupa2nya ada pengaruh besar dalam pas...pasal tu ada 2-3 kerat yang mula rasa cemas. Takut kerana salah, berani kerana benar. Kalau yang hang tulis tu benar, kenapa hang mesti takut? Biar lah yg bersalah tu rasa takut dan cemas.

    Tokden

  18. Salam pak bakaq, apalah depa yang ada kuasa takut sesangat dengan coretan pak bakaq, pak bakaq bukan guna M16 mengamok macam adam kat Chow Kit dulu atau kmpulan Maunah. Kalau depa boleh pikir lawan la balik dengan tulisan, kan adil macam tu, ini apa sikit2 nak ugut. Biaq pi la pak bakaq teruskan perjuangan macam kata Jebat raja adil raja di sanjong,raja zalim raja disanggah. Inilah bahasa keadilan bukan untuk orang islam sahaja tetapi untuk semua bangsa atas muka bumi ini seperti kata2 Saidina Ali karramallahu wajaha 'nyatakan olehmu akan kebenaran walau engkau akan dibenci' dan 'Akan kutembus kezaliman sehingga keluar yang hak daripadanya'. wassalam Lan Nawa

  19. pak bakaq, hang dah kena tipu bulat2 oleh husam, khalid samad dan sekutunya. jumpa umno dalam gelap tu, sebenarnya depa pun terlibat sekali. Tapi depa bohong kata nasa saja yg buat. mat sabu pun terlibat. kalau hang dpt masalah sbb dok percaya kat pembohong2 tu, aku kesian sungguh kat hang..

  20. Pak Bakaq,

    Apa bila ana katakan,jangan peduli dengan "salakan-salakan" yang kedengaran dikeliling anda,telah jelas salakan-salakan itu ada dan terus berbunyi seperti fidarulmiah(diatas).Dia kata Pak Bakaq kena tipu bulat-bulat,sebenarnya dia yang dah kena kelentong teruk.Kalau pun ada Husam dan Mat Sabu jumpa UMNO - perjumpaan itu "terang-terang" dan berthabit dengan politik bukan untuk tawar-menawar jawatan dalam kerajaan impian.Ketua Muslimat pun pernah jumpa Shahrizat - bincang soal kepentingan muslimat - bukan untuk minta jawatan,dilakukan pula cara terang-terang.Inilah kaedah "mereka",dah tak ada modal lagi,mula jual koyok tepi jalan.

  21. anom 19 betuui ke ?

    aku pun kesian kat hang jugak !!! kena pergi masuk klas tadika belajar macam mana nk menulis !!!nak komen tu biaq lah kemas sikit.

    jgn layan baboon ini

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008