Sedap!! Klik gambar di atas!

Akibat melawan ulama

Update 28/6/09 11.02 pagi

Saya sengaja menulis cerita mengenai Dr Hassan Abbasi kerana saya sedang tercari-cari di manakah Dr Hassan Abbasi dalam PAS. Kutu kemere macam bakaq a.k.a. ~penarik beca tak boleh memegang peranan itu. Selain kutu kemere yang tak laku cakapnya, bakaq juga hanya seorang penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS. Tak dak locus standi nak cakap. Tak dak bisa!

Sebut fasal rasuah, ada orang anggap rasuah hanyalah apabila wang tumbuk rusuk diperas sebelum pemberian sesuatu projek. Atau, orang yang hendak diberikan projek dipaksa supaya menerima proksi seseorang pembesar menjadi pemegang saham dalam syarikatnya. Saya mendapat beberapa maklumat mengenai perkara seperti itu.

Itu paksa bagi habuan sebelum bagi projek. Tetapi, ada pula orang kata, jika kita diberi sagu hati selepas projek diberikan menurut standard dan prosedur yang normal, ia tak boleh dianggap rasuah. Misalnya, anda pemberi projek, anda meluluskan projek kepada seseorang betul-betul mengikut standard dan prosedur yang sah di sisi undang-undang. Tak ada konspirasi dan tak ada tumbuk rusuk. Selepas orang itu dapat projek melalui cara-cara yang sah itu, orang itu bagi sagu hati kepada anda. Ada sesetengah orang kata, itu tak termasuk rasuah.

Tetapi, ramai pula yang tanya, "sebab apa orang bagi duit kepada kamu?"

Apa kedudukan kamu ketika diberikan duit? Menteri? Exco? Pengarah? Adakah tauke besar yang baru dapat projek (walaupun secara sah dan mengikut prosedur yang betul dan telus) akan bagi duit kepada kamu kalau kamu hanya sekadar bakaq a.k.a. ~penarik beca?

Kalau kamu hanya sekadar bakaq a.k.a. ~penarik beca, tauke tu bagi dak duit kat kamu? Ah, apa barang tauke besar tu nak bagi duit kat bakaq!!

Orang putih kata, think about it! And, in the meantime, where is Dr Hassan Abbasi in PAS?

Posting asal

Tahun lalu, seorang pegawai Kementerian Intelijen Iran, Dr Hassan Abbasi mendedahkan kepada umum semua kes rasuah ke atas Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani. Tindak balas dari Rafsanjani adalah hukuman penjara ke atas Dr Hassan atas tuduhan tidak membayar bil.

Beberapa tahun lalu, Dr Hassan yang dikenali sebagai pakar pengananalis strategik dan penasihat Pemimpin Tertinggi (Wali Faqih) menyampaikan pidato yang sangat keras mendedahkan Rafsanjani dan empayar korupsinya dengan menyebutkan nama-nama. Pengaruh Rafsanjani menyebabkan Dr Abbasi dipecat dari jawatannya dan ditahan. Bacaan lanjut di sini, di sini, di sini dan di sini.


Dr M: "... macam makan babi" (Malaysiakini 27/6/09)

Berkaitan:
"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi" - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mStar Online 27/6/09.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. jaga2, ulama mcm rafsanjani dok ada dlm pas bang bakag!

  2. Astaga, Ayatullah pun makan rasuah, apa nak jadi dgn negara syiah pak bakaq?

  3. apa nak dipelik pulak!ulama su'.tak kira syiah ka sunni ka,ayatullah ka, syeikhus islamka, kalau ulama lagi besag, lagi la iblis hantag general punya tau......ulamak kita la kena jaga, takut2 ada yang jadi,nak jadi/dah jadi ulama su'..........jaga2

  4. the moral of the story jangan kita percaya kepada sapak pun dalam dunia ni.
    Setan tak berupa, boleh menjelma dalam apa saje bentuk.
    Sebab tu ada macam bakaq, tulang besi untuk check n balance..Tak betul?

  5. virus rasuah, tamak dan takabbur boleh menyerang siapa saje dimuka bumi Allah swt.. tidak kira manusia itu bergelar ulama, ular dlm semak, professional, ahli politik, ayatollah,tuanguru, tuangaru, dll.

    kalau iblis yg beribadat jutaan tahun boleh jadi kufur kpd Allah swt akibat sifat
    takabbur kpd Allah dan Nabi Adam, maka apalah sangat manusia yg ada pangkat ciptaan manusia...tak payahlah berbangga dgn pangkat dan gelaran yg boleh menjadikan manusia angkuh dan takabbur dan lupa kpd hukum Allah swt.

  6. Memenjarakan dan memecat adalah kiasan sahaja - kata ulamak

  7. Taqiah ambil rasuah.

  8. Kita nampak ketelusan di iran, walau mullah terlibat dengan korupsi dia tak akan terlepas,bagaimana dengan pas leader pak bakaq,whats going on now?

  9. bodo punye tajuk..apa pulak akibat lawan ulama??tajuk sbenar ialah akibat lawan perasuah...

    ulama adalah manusia mulia di sisi Allah...yakni mereka2 yg bertaqwa..

    penulis blog ni jahil agama..

  10. bila cakap terang-terangan pun masih tiada tindakan. contohnya bila MSO didedahkan mempunyai peranan dalam kes kambing dan nasa pula (kononnya) dalam kes projek kat kelantan....tak ada apa pun?

  11. salam to all

    anom9 dah tak ada modal ke !!! tulis lah blog sendiri ,nanti aku nak tgk tajuk anda tuu baboon ke tak !!! Ulamak rasuah !!

  12. Anonymous at Sun, Jun 28, 2009 at 2:09 PM,

    Sata terpaksa edit komen Tuan. Kalau siar tak edit, hang yang sedap-sedap tulis, aku yg kena saman.

    Edit seperti berikut:

    Ulama rasuah dah ada di Perak. Masalahnya ahli Pas dah tolak dalam kawasan dia. Tapi Pas Perak ambil dia jadi ***** **********. Dia ni ambil komisyen balak bersama bekas pemuda pas Perak namanya M******. Pas Perak pun dah tahu, tapi masih lantik lagi.

    Nampaknya, sekarang ini pemimpin mesti lantik ulama walaupun rasuah pun tak pa. Hancurlah pejuangan pas selepas ini.

  13. ana mushkil lagi la pada enta ya bakaq...maknanya rasuah boleh diamalkan. seperti yang hang kata ni

    Tetapi, ada pula orang kata, jika kita diberi sagu hati selepas projek diberikan menurut standard dan prosedur yang normal, ia tak boleh dianggap rasuah. Misalnya, anda pemberi projek, anda meluluskan projek kepada seseorang betul-betul mengikut standard dan prosedur yang sah di sisi undang-undang. Tak ada konspirasi dan tak ada tumbuk rusuk. Selepas orang itu dapat projek melalui cara-cara yang sah itu, orang itu bagi sagu hati kepada anda. Ada sesetengah orang kata, itu tak termasuk rasuah.

    yang ni kena buktikan dengan niat. niat tu ada dalam hati. macam mana nak investigate dalam hati yang memberi dan yang menerima. maknanya rasuah masih boleh diamalkan. hat ni la.

  14. saya baru lepas menziarah blog http://sungguhka.blogspot.com/

    mungkinkah dr hassan abbasi ada di kedah?

    habis lah PR PRU13 nanti kalau macam tu gaya nya memerintah. orang kata ulamak tak tentu boleh jadi pemimpin, nak marah. tapi kalau ilmu tak cukup di dada, pergi lah belajar. nik aziz tu walaupun ulamak, tapi siap ada ilmu sains politik!

  15. nik aziz ulama PAS bukan Ulama islam .. jangan kasi malu islam le

  16. ada tak ulama di malaysia ni? ulama pas dah ada, baru2 ni geger pemilihan pimpinan pas antara ulama dan profesional. ulama umno ada tak?
    persatuan ulama malaysia ada.utz ahmad awang pernah jadi presidennya.
    persatuan ulama setiap negeri pun ada, kebanyakan mereka pro-pas.
    menteri yg ustaz kagat dan dr mashitah tu bukankah ulama?...ker macam mana?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008