Sedap!! Klik gambar di atas!

1Malaysia dan kerajaan perpaduan

Utusan Malaysia hari ini melaporkan berita bertajuk "Konsep 1Malaysia tidak menyimpang". Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir konsep 1Malaysia iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.

Perpaduan nasional yang dinyatakan Najib barangkali seiring sejalan dengan pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mampu menyelesaikan masalah negara.

Saya hanya meneka sahaja. Mungkin orang kuat Task Force 2010, Datuk Wan Abu Bakar boleh menerangkannya dengan lebih baik.

Dalam perkembangan berkaitan, baru-baru ini, ketika ditanya tentang slogan yang dikritik hebat oleh pelbagai kalangan itu, Dr Mahathir hanya menjawab: "Saya tidak tahu".

Walaupun konsep itu dipromosikan dengan begitu meluas oleh media-media arus perdana, ketika ditanya lebih lanjut, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu apakah konsep asasnya kerana saya tidak diberitahu mengenainya".

Beliau juga enggan mengulas mengenai majlis ekonomi Najib dan hanya berkata beliau bukan sebahagian dari kerajaan dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir tidak yakin bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama (mampu kemelesetan ekonomi global), dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," katanya.

Bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang pula menyelar majlis itu dalam blognya.

Beliau juga menyelar cara pengurusan ekonomi negara ini di bawah Najib.

Serangan beliau dilihat mencerminkan rasa tidak puas hati Dr Mahathir dan orang-orangnya terhadap tindakan Najib melantik orang-orang tertentu sebagai pemegang jawatan penting di dalam kerajaannya.

Berkaitan:
Why is PAS still flirting with Umno? (The Nut Graph 6/6/09)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Penarik beca,

    Sebagai orang biasa dan tidak faham hal berkaitan dengan politik, kita ingin bertanya apakah yang dimaksudkan "kerajaan perpaduan". Seringkali kita didendangkan lagu kerajaan perpaduan oleh pemimpin tertinggi parti PAS tapi tidak diterangkan secara jelas maksud dan hala tuju kerajaan perpaduan itu.

    Kalau presiden parti boleh menerangkan tujuan kerajaan perpaduan diwujudkan adalah lebih baik. Jikalau tidak ada kesempatan itu, timbalan presiden parti juga boleh menjelaskannya.

    Persoalan yang ingin kita ketengahkan disini adalah, apakah dengan ada kerajaan perpaduan hanya gabongan antara PAS dan UMNO maka parti PAS akan menjadi parti dominan serta akan mengambil alih kuasa dari UMNO untuk mentadbir Malaysia, seterusnya hukum hudud dapat dilaksanakan...?

    Atau apakah dengan adanya kerajaan perpaduan, UMNO-BN akan menyerahkan kembali kerajaan negeri Perak kepada parti Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Mohammed Nizar dari parti PAS....? Atau sememang pemimpin tertinggi PAS bersubahat dalam rampasan kuasa kerajaan negeri Perak...?

    Atau mewujudkan kerajaan perpaduan adalah idea dan cara pemimpin tertentu PAS cuba menyelamatkan melayu UMNO dari pupus dalam politik...?

  2. Allah swt telah menjawab berkaitan isu "kerajaan perpaduan" _ http://mt.m2day.org/2008/content/view/22917/84/

  3. Hadi tidak merasa betapa pahitnya PAS diperlakukan oleh Umno dulu! Luka ini tidak akan berulang pada Nik Aziz! Najib menadah tangan untuk PAS menyelamatkan Umno!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008