Sedap!! Klik gambar di atas!

Ulama dan talabah, orang bukan nak buang tuan-tuan!

Kalau professional menjadi pertikaian untuk jawatan Tim & Presiden, saya cdgkan digubal menghadkan professional hy utk jawatan naib presiden kebawah atau sekurang-kurangnya memiliki sarjana pengajian Islam utk jadi calon tim presiden. Atau PAS kena definasikan secara jelas apa itu ulama?... (SMS dari 012-9*****9)

Dok mikir nak kerajaan perpaduan nga ameno. 'kerajaan perpaduan' dlm parti sdiri x sei jaga.... (SMS dari 019-9*****1)
Yang di atas ialah dua dari begitu banyak SMS yang saya terima. Tak semestinya saya setuju. Apa tujuan hantar saya tak tahu. Saya bukan boleh mengundi. Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS. Sekarang ni, tak jumpa pintu masuk dan tak jumpa pintu keluar.

Oleh kerana saya tak tahu apa tujuan, saya masukkan saja dalam blog ini.

Sebut fasal pintu masuk pintu keluar, teringat Pak Yazid Kampung Baru, pahlawan PAS yang tawaquf bila PAS menyertai Barisan Nasional (BN). Sebut fasal PAS masuk BN, dah tentu teringat Allahyarham Tan Sri Asri Muda. Sebut fasal Asri, saya nak ingatkan budak-budak kanyaq dalam PAS, termasuk para talabah yang merasa diri mereka ulama, hampa jangan nak tebiang cerca hina Asri.

Apa pun kesilapan beliau yang popular di Kelantan dengan panggilan Ayah Mat tu, nak banding pengorbanan dia kepada PAS dengan pengorbanan hampa, pengorbanan hampa besar taik kuku pun tak dak.

Saya pesan gitu sebab dari tahun 1982 hingga beliau meninggal dunia, sebut nama Asri pun saya tak nak dengar. Tetapi, bila saya baca majalah-majalah lama PAS dan berjumpa dengan orang-orang lama PAS, saya yakin saya banyak bersalah kepadanya. Asri sudah tidak ada untuk saya memohon maaf kepadanya. Saya hanya mampu merayu keampunan Allah s.w.t.

Saya memohon kepada generasi kini dan generasi muda PAS, jangan ulang kesalahan saya.

Satu perkara yang saya perhatikan ialah apa yang berlaku di zaman Asri kini berulang lagi. Di zaman Asri, beliau dan puaknya yang dituduh puak nasionalis sekular begitu paranoid dengan istilah 'kepimpinan ulama'. Lalu Asri melabelkan penyokong kepimpinan ulama dengan label Iran, Syiah dan entah apa-apa.

Hari ini, golongan ulama pula yang kelihatan begitu allergic dan paranoid terhadap puak yang kononnya professional. Yang lebih sudu dari kuah ialah tukang-tukang ampu. Lalu dikaitkan dengan kegianan nak menabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin (lebih kurang seperti zaman Asri yang pakai label Iran dan Syiah terhadap kumpulan pro-kepimpinan ulama).

Memang tak dinafikan memang wujud dalam lima enam orang yang tebiang sangat nak Anwar jadi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sampai orang nampak depa ni tak hormat Presiden. Bagi saya, puak tu jenis low self-esteem (allow me my democratic right to speak up my mind and I will surely publish your rebuttal, if any).

Tapi bukan semua macam tu malah ada yang disangka pemuja Anwar nombor wahid tapi Anwar pernah kata dia tak nak maafkan orang tu malah dituduh kurang ajar oleh Azmin Ali (ia berkaitan dengan surat saya kepada Malaysiakini di sini). Yang tak pernah dituduh pemuja Anwar, tak berani pun nak bertegang leher dengan Anwar. Saya tak nak sebut nama orang yang Anwar pernah kata dia tak nak maafkan itu sebab dia kata nak bertanding. Nanti dituduh berkempen pula.

Takat tu cerita tu. Ni bab nak tergelak pulak.

Yang nak tergelaknya, puak yang dipanggil professional tu bukannya professional pun. Mat Sabu pun depa panggil professional. Memang la, selepas dipecat dari ITM kerana berdemonstrasi lawan kerajaan, dia kerja kira pangkat tinggi jugak la di bahagian food technology sebelum berhenti pada tahun 1982 untuk berkhidmat sepenuh masa kepada PAS. Tapi, Mamat tu bukan professional la!

Aku pun tak reti. Bila nak bercakap main taram ja. Yang tak professional dipanggil professional.

Orang-orang seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan Mahfuz (susun ikut rank ni) adalah puak aktivis. Ulama bukan, professional pun bukan. Depa ni jenis yang berhenti kerja kerana nak berkhidmat sepenuh masa kepada PAS (tulis ni pun boleh dikira kempen jugak kot? Suka hati hampalah. Sampai nak sebut fakta pun tak boleh, teruk sangat la).

Dari pemerhatian saya sebagai pemerhati PAS dan penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS, golongan ulama mahupun talabah tak perlulah paranoid. Yang saya nampak, orang bukan nak buang tuan-tuan semua.

Yang saya nampak ramai yang tak nak hanya seorang sahaja. Dan, dia bukan ulama pun, baru talabah ja. Belum ulama lagi.

Kita patah balik dalam sejarah. Katakan belum wujud cerita berkendak politik dalam gelap dengan Umno. Pada masa itu pun sudah meluas keresahan terhadap talabah itu. Kita ingat, bila kita bangkitkan soal prestasi, akan bertambah baiklah selepas itu. Rupa-rupanya tak naik-naik darjah. Malah, ada yang tuduh lagi teruk.

Tak perlulah saya cakap berapa banyak gesaan dan SMS yang saya terima supaya menegur beliau sampai saya naik sakit hati. Kadang-kadang angin satu badan: "Hampa ingat aku ni apa?!! Hampa penakut tak berani cakap, suruh aku yang buat donkey job untuk hampa!!"

Kesimpulan dari pemerhatian saya itu, tak perlulah para ulama mahupun talabah yang belum lagi naik taraf jadi ulama menjadi paranoid tak tentu hala. Orang bukan nak buang tuan-tuan! (Gambar Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sangat dikasihi saya copy and paste dari blog Mohd Khairul Hidayat)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq, ni jawapan saya pada soalan Pak Bakaq dalam blog saya tempohari:


    Bakaq: Kalau tak betul, mohon maaf sangat2. Tetapi kalau tak silap, anta adalah antara orang yang terjangkit fenomena politik Mawi ketika Dr Hasan Ali mula2 masuk PAS dulu.. Tulang Besi:Masa tu, saya sokong perubahan kepada PAS Selangor.

    Dibawah rejim PAS Selangor yang lama, takda apa-apa peubahan yang positif.

    Hanya statik dan tidak bergerak. Tanpa perubahan, PAS Selangor akan jadi tak berubah dan tidak mampu menghadapi perubahan yang semakin berombak.

    Jadi, saya bukan sokong Hasan Ali tapi saya sokong perubahan dan alhamdulillah perubahan telah berlaku.

    Skrg Hasan Ali dah pegi balik sokong rejim lama dalam Selangor untuk projek Kerajaan Melayu Selangor beliau.

    Yang diilhamkan oleh Roslan SMS dan peguam yang dibuang BAR Council, Suwardi Yaakob.

  2. salam pak bakaq,
    semain dekat muktamar, semakin hangat nampaknya.

  3. Setakat BA azhar atau Pengajian Islam kat mana-mana universiti sekali pun belum layak ditakrifkan ulamak. Malah lulus PhD macam Menteri FELDA Umno tu geli hati hamba kalau dia di panggil Ulamak..

    Yang bercakap-cakap tu berhati-hati la dan malu la sikit kalau ilmu panjang sejengkal. Ni semua kerja dan cakap-cakap bodoh jugak.

    Zaman gua batu dan kopiah tarbush dah tak main..

  4. al fatihah ke almarhum Tuan Guru n Yang Dipertua Agung PAS..ust Fadzill..tetiba kerinduan and kecintaan serta air mata meleleh mengenangkan almarhum.

  5. baca posting ni,, aku tiba-tiba rasa sebak and terasa kerinduan and kecintaan keatas almarhum TG and YDP AGung aku and semua ahli PAS..al fatihah utk as syahid TG USt Fadzil Noor..kenangan lama mengusik jiwa ku..

  6. Iman x dapat diwarisi daripada seorang ayah yang bertakwa.
    Tok kecewa dengan kritikan terbuka Ustaz Nik Abduh yang secara tak langsung membuatkan musuh-musuh politik PAS bertepuk tangan melihat wujudnya fraksi di dalam PAS.
    Tok ingin bertanya mengapa ustaz berani mengkritik terang-terangan ketika TG Nik Aziz berada di Arab Saudi mengerjakan umrah.
    TG Nik Aziz seorang yang bijaksana dan tidak mudah diperalatkan oleh sesiapapun.
    Ketika PAS ditendang keluar BN,hanya seorang sahaja MP PAS ketika itu iaitu TG Nik Aziz.Tak salah tok MP Pengkalan Chepa.jika salah boleh diperbetulkan.Tok rela kerana tok bukannya mencari kelemahan seseorang atau membuka aibnya untuk didedahkan kepada umum.lebih baik kita bersemuka dan berhujah di depannya daripada mendapatkan sokongan moral daripada orang ramai yang tidak tahu punca sebenar berlakunya perkara ini.
    TG Nik Aziz sudah mahir dengan sepak terajang politik UMNO dan kebijaksanaannya itu bukan dengan hanya mendengar pandangan penasihatnya.
    Ulama atau golongan profesional semuanya hamba Allah
    Memang ulama pewaris nabi tapi apakah ustaz berani menggolongkan diri ustaz dalam golongan ulama.
    Sedar atau tidak kenyataan ustaz ini sedikit sebanyak akan mewujudkan fraksi dalam PAS dan inilah yang dinanti-nantikan oleh UMNO yang melabel mereka ini sebagai puak Erdogan.
    Ahli-ahli parti ketika berkempen siang dan malam untuk PAS tiada bertanya sesama mereka apakah mereka dari kalangan puak ulama atau profesional.
    Jangan dibiarkan rasa riak menguasai diri dan mula memandang rendah orang lain.
    Perjalanan kita masih jauh.Setelah PAS berjaya memerintah Perak,Kedah dan Kelantan baru timbul isu fraksi.
    Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum bubur menjadi basi eloklah segala perselisihan diselesaikan secara matang dan berlapang dada.
    Mendedahkan kelemahan parti atau aib seseorang depan khalayak ramai bukanlah sesuatu tindakan yang matang.

  7. ambo setuju sangat ngan tok iskandar, syabas!

  8. blah la tok iskandar, ni mesti jenis baca tak abis apa yg nik abduh tulih..

  9. ganbar tersebut adalah buku susunan zabidi morad..http://iklan.buku.tripod.com/

  10. Kalau ulamak dalam PAS memikirkan mereka sahaja yang berhak memegang jawatan-jawatan tinggi, baik Majlis Syura Ulamak mengeluarkan garis-panduan yang berbunyi:"Semua jawatan-jawatan dalam PAS, dari peringkat Cawangan,Kawasan,Perhubungan,PAS Pusat dan dewan;hendaklah diisi olih ulamak.Semua calun-calun PAS mulai dari PRU ke13 akan datang, sama ada ADUN atau Parlimen hendaklah dari kalangan ulamak".Dengan garis-panduan tidak akan berlaku lagi "polimik" ulamak-profesional yang sudah sampai kesatu tahap yang membosankan dan menjijikkan.Jangan tanya apa yang akan berlaku kepada PAS kerana inilah "kehendak" para alim ulamak.Memang benar apa yang dikatakan olih Nik Abduh "mee celup" tak ada tempat dalam PAS.

  11. pok bakar nok nilai ulama ghano gak...pakai piah putih serbae atah bahu ko.....ko ghano..mano lebih comel gak hok ada ijazah pengajian islam hok dalae umno tuu ko atau hok ado ijazah bukae pengajian islam tapi nok ko islam dan mengamalkan syariat dan sunnah nabi...acu ghoyak tah

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008