Jika kita membaca blog-blog dan laman web penyokong-penyokong Umno, bingit sungguh dengan jeritan mereka tentang lembu DAP di Perak. Mungkin anda yang menjadi ahli atau penyokong PAS sakit hati. Bohonglah kalau saya dakwa saya tak sakit hati.
Saya memang sakit hati. Memang PAS ada enam kerusi sahaja di Perak di zaman kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dahulu. Saya pasti yang dituduh lembu itu tentu pernah membaca tentang apa yang disebut sebagai bargaining power. Kalau kita rajin baca tentang politik India, kita tentu tahu bagaimana umat Islam di negara itu menjadikan undi mereka sebagai bargaining power.
Saya tidak tahu sejauh mana kekuatan bargaining power itu diaplikasikan di Perak seperti PKR mengaplikasikannya di Kedah.
Apa pun, dah nak jadi cerita, ketika para penyokong Umno tengah sedap-sedap dengan penuh lazat memaki hamun apa yang mereka tuduh sebagai lembu di Perak, tiba-tiba Malaysiakini semalam melaporkan sesuatu yang menarik di Perlis dalam berita bertajuk "Shahidan: Ahli Umno keluar parti kerana dibuang dari JKKK".
Antara lain, berita itu melaporkan:
Ah, teringat cerita orang-orang Pulau Pinang bahawa tokoh-tokoh Parti Gerakan di negeri itu sebelum ini banyak membela lembu. Lembu-lembu itu kini terjerit-jerit sehingga khabarnya ada yang tercirit-birit. (Gambar ihsan Malaysiakini di atas ialah gambar Datuk Hashim Suboh yang tak suka dilembukan)

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.Di Perak, PAS mempunyai jumlah kerusi yang lebih kecil dari DAP. Di Perlis, Umno menguasai 11 kerusi manakala MCA dua kerusi sahaja. Dua lagi diwakili PAS.
"Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.
"Betullah angka itu," katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.
Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian Padang Besar, ketika dihubungi Malaysiakini, juga mengakui ramai ahli Umno di bahagian itu yang keluar parti.
Bagaimanapun pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu tidak dapat memberi angka sebenar ahli Umno yang keluar parti.
Katanya, mereka bertindak demikian kerana marah kepada pemimpin MCA bahagian yang membuang ahli JKKK di beberapa tempat di Padang Besar.
Beliau mendakwa, tindakan pemecatan ahli Umno yang menjadi ahli JKKK itu disokong pula oleh Md Isa.
"Mana boleh pemimpin MCA memecat ahli JKKK yang terdiri daripada ahli-ahli Umno," katanya.
Ah, teringat cerita orang-orang Pulau Pinang bahawa tokoh-tokoh Parti Gerakan di negeri itu sebelum ini banyak membela lembu. Lembu-lembu itu kini terjerit-jerit sehingga khabarnya ada yang tercirit-birit. (Gambar ihsan Malaysiakini di atas ialah gambar Datuk Hashim Suboh yang tak suka dilembukan)

Cantik? Klik 

kes ni mcm nak balas dendam ja..kehkeh projek dah xda ka?
mmg kita sakit ati bila ada org tuduh lembu melembu terjadi di perak... mentang2 la kt perak ada tempat nama menglembu... tp kita ada akal yg Allah bg utk kita pk... Allah bg kita 1 mulut dan 2 telinga supaya kita lebih mendengar2 dan kurang bercakap... kalo bnyk bercakap, nnt kita pn tergolong dlm puak2 gerombolan dan yg sewaktu dengannya... sebenarnya kerajaan 1malaysia la yang suka melembukan rakyat demi kepentingan mereka... mulut manis bg janji2 yg jarang skali dikotakan... rakyat bawahan diperbodoh-bodohkan dgn pandangan2 ahli akademik yg dilembukan utk kepentingan mereka... c'mon la... zaman dah berubah... dunia dah maju... kalo stakat propa di media yang dilembukan tu belum tentu boleh melembukan rakyat yang kini bangkit utk menentang gembala2 lembu yang suka melembukan rakyat sesuka ati... kebajikan rakyat dh x dipeduli... apa yang penting??? kalo wonderpet akan jawab... KERJASAMA... tp kalo puak2 gembala lembu jawab, yang penting aku dan famili aku kenyang... bila nk election nnt turun balik jmpa rakyat... bg kain pelekat, kain batik, beras, gula, tepung, angpow sket... konfem pakcik n makcik pangkah... tp tu sume dulu... emosi rakyat utk melihat gembala2 lembu ni dikorbankan semakin meningkat...
-sPaNaR^iDuP-
Assalamu'alaikum Pak Bakaq,
Saya nak kelencung sikit pasai lembu. Kebanyakan budak-budak sekarang minum susu lembu lepas dilahirkan kononnya ibu nak jaga badan. Jadi, apa nak diheran kalau puak-puak satu lagi perangai lebih kurang spesis haiwan tu. Cuma tak menguak sahaja. Saya terdengar seorang alim bersyarah (lupa namanya), kita selalu tuduh anak-anak macam binatang tetapi lupa susu sapa depa bagi minum. Bukan susu cap gantung!
Jadi, jangan lupa asal usul kita yang minum susu lembu kalau perangai macam haiwan tu.
Saya minum sikit susu ibu. Pak Bakaq?
takde orang nak superimposed ke gambar UBN jadi lembu kene tarik idung ngan MCA?
mesti menarik. kah kah kah!
Saya panggil isteri saya ibu.....
Ayah
Perlis tak ada lembu jadian. Yang diPerak tu dah kenyang komissen balak. Ketagih.
perlis la banyak lembu. kalau x pecaya, tanya la geng2 gagak hitam
sebenarnya ada tok dalang yg mencipta isu-isu cantas mencantas di Perlis ni,dulu semasa tok dalang ni tengah berkuasa begitu ramai kawan-kawan kita yg kena cantas,tapi depa diam,tetap taat dan anggap tak ada rezeki aja,tok dalang janganlah anggap wang tok dalang tu boleh beli kuasa sepanjang masa,diharapkan tok dalang dan rakan-rakan kongsi tok dalang dapatlah kiranya membersihkan hati dan fikiran kalian,bagi lah peluang pemimpin sekarang pula untuk berkhidmat kepada rakyat Perlis walaupun mereka bukan jutawan,usahlah kelambu dibakar hanya kerana marahkan seekor nyamuk,rasional lah sikit...
Di perak lembu dah meroyan. Bagi je jus tempoyak bukit bintang. Siuman balik.