Sedap!! Klik gambar di atas!

Thiqah dan wala' DPP Perak kepada Sultan

Laporan dari Sinar Harian 14/5/09:
Pas negeri minta rakyat bertenang, yakin keputusan Sultan

IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, menasihati seluruh rakyat negeri ini supaya bertenang dan bersabar berikutan krisis yang berlaku.

Ketuanya, Mohd Zawawi Abu Hassan dalam satu kenyataannya berkata, krisis berkenaan yang melibatkan Perlembagaan Negeri mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sudah berpanjangan ini tidak seharusnya menjadikan penduduk di sini menjadi tidak tentu arah.

Menurutnya, beliau berharap semua pihak akan menghormati undang-undang dan demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan kita selama ini.

“Kami juga bertegas akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak demi untuk memulihkan kembali demokrasi di Perak.

”Keputusan yang dibuat amatlah perlu dan dialu-alukan supaya tidak akan berpanjangan lagi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya amat yakin keputusan Sultan Perak sudah pasti akan berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.

“Setelah keputusan dari pihak Sultan Pemuda Pas berpendapat bahawa keharmonian dan kesejahteraan rakyat Perak seluruhnya akan kembali seperti biasa selepas semuanya berakhir,” katanya.
Keputusan Sultan Perak
Sultan Perak titahkan Mohammad Nizar letak jawatan

Utusan Malaysia (05/02/2009): Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Berdasarkan apa yang telah dan sedang berlaku yang banyak memberikan indikasi tentang sikap Sultan Perak serta apa yang dilaporkan sebagai telah dinyatakan oleh Sultan Perak kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berikut ialah kemungkinan amat besar tentang keputusan Sultan Perak yang ditunggu-tunggu oleh Dewan Pemuda PAS Perak yang "bertegas akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak":
Sultan Perak mungkin tidak perkenan bubar DUN

Utusan Malaysia (13/5/09): Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah semalam, tidak mungkin mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan, ini kerana Mohammad Nizar tidak mempunyai sokongan majoriti daripada DUN untuk memohon perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN.

Katanya, hanya Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan DUN jika Mohammad Nizar mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

''Dalam perlembagaan negeri, dua kuasa yang dimiliki sultan ialah melantik Menteri Besar dan membubarkan DUN. Kalau seseorang menteri besar mengadap sultan meminta DUN dibubarkan tetapi sultan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat sokongan majoriti, DUN tidak akan dibubarkan.

''Dalam kes di Perak, kalau Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah dan tuanku tahu menteri besar kehilangan majoriti, tuanku tidak akan membubarkan DUN dan tidak perlu diadakan pilihan raya negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup persidangan pegawai-pegawai biro bantuan guaman di Cherating di sini hari ini.

Beliau mengulas rancangan Mohammad Nizar yang akan memohon restu Sultan Perak secepat mungkin untuk membubarkan DUN selepas diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mohammad Nizar berkata, pembubaran DUN bertujuan menyerahkan semula kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang betul dan sah.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri menjelaskan, kedudukan Speaker DUN, Datuk R. Ganesan tidak terjejas walaupun Mohammad Nizar diisytihar sebagai Menteri Besar Perak.

Malah, tegas beliau, Ganesan berkuasa untuk memanggil DUN bersidang secepat mungkin.

''Tujuan kita memanggil bersidang ialah untuk membuat satu usul menentukan majoriti bahawa Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan dalam DUN,'' jelasnya.

Dengan usul menentukan majoriti itu, kata beliau, permohonan Mohammad Nizar untuk mendapat perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN tidak akan dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun, jelas beliau, Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat usul undi tidak percaya kerana usul sedemikian tidak pernah wujud dalam mana-mana DUN dan Parlimen di negara ini.

''Tiada peruntukan dalam mana-mana DUN atau Parlimen bahawa wujud undi tidak percaya terhadap seseorang,'' katanya.
Syabas Dewan Pemuda PAS Perak! Sikap yang benar-benar melambangkan sifat fatonah! Penuh wala', penuh thiqah! (Imej di atas dari Berita Harian 11/5/09)

Berkaitan:
PM: Bertenang, jangan terlalu teruja... (Malaysiakini 11/5/09)
Dewan Muslimat Perak lebih cerdik.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Lepas PRU12, Mac 2008, Sultan Perak panggil 'taiko' PAS/PKR/DAP yg kemudian bersetuju utk tubuh kerajaan walaupun tiada 'ikatan' resmi. Sebenarnya bilangan ADUN BN lebih ramai berbanding PAS, PKR & DAP secara individu. Sultan telah menggunakan budi bicaranya utk tidak melantik MB BN, rasanya Sultan tahu bahawa Kerajaan Perak MESTI mempunyai majoriti utk memerentah. Kita semua bersetuju dgn perlantikan (Datuk) Nizar atas titah/keputusan Sultan.

    Pak Bakaq tulis ----
    Sultan Perak titahkan Mohammad Nizar letak jawatan

    Utusan Malaysia (05/02/2009): Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
    ----

    Kanapa pulak titah Sultan ini tidak pula diikut.

    Dengan sebab sama mengenai majoriti, maka Sultan melantik Datuk Zamry pula.
    Ini juga dibantah beramai-ramai.

    IMHO, kata Sultan tentang perlantikan MB Perak (dulu dan sekarang) adelah tepat dan tak perlu jawapan/keputusan dari Mahkamah. Masalahnya Mahkamah tak boleh panggil Sultan utk disoal dikandang saksi. Alangkah baiknya jika Peguan Negara dan Ketua Hakim Negara menubuhkan panel khas utk mendapatkan keterangan dari Sultan Perak. Kes Perlembagaan macam ni perlu 'Thinking Out of The Box'& immediate solution within a week so that Perak Government can run effectively.

    Saya cadangkan jika ADUN lompat parti, parti yg dapat undi kedua terbanyak diistiharkan jadi ADUN. Dgn ini tak akan ade ADUN yg nak lompat parti. Habis cerita.

    Nani Cheras

  2. Aduyaii...

    Biaq betoi KP DPP Perak nih. Dia sedaq ka apa dia kata tu? Dia ni kerabat sultan kot??

  3. HORMATI UNDANG-UNDANG & SULTAN PERAK:
    SULTAN PERAK AKAN BUAT KEPUTUSAN TERBAIK KELAK

    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyeru agar seluruh rakyat Negeri Perak supaya bertenang dan bersabar berikutan krisis yang berlaku di Perak yang melibatkan Perlembagaan Negeri mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sudah berpanjangan ini. DPPN Pk berharap semua pihak menghormati undang-undang dan menghormati demokrasi yang menjadi asas keharmoni dan kesejahteraan kita selama ini.

    DPPN Pk mempertegaskan akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal akan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak demi untuk memulihkan kembali demokrasi di Perak amat dialukan segera supaya tidak akan berpanjangan lagi. Menjunjung tinggi Rukun Negara akan memperlihatkan krisis Perlembagaan ini akan selesai jika semua pihak berpegang kepadanya.

    DPPN Pk amat yakin keputusan Seri Paduka Baginda Sultan Perak sudah pasti akan berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan. DPPN Pk juga amat beryakinan bahawa keharmonian dan kesejahteraan rakyat Perak seluruhnya akan kembali seperti biasa selepas semuanya berakhir.

  4. Ini Kenyataan Akhbar Rasmi dari DPPPN Perak.. Aku rasa tak susah nak fahami intipati dan maksud disebalik kenyataan ini yg sebenarnya mahukan Sultan kembali ke proses demokrasi yg adil...

    HORMATI UNDANG-UNDANG & SULTAN PERAK:
    SULTAN PERAK AKAN BUAT KEPUTUSAN TERBAIK KELAK

    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyeru agar seluruh rakyat Negeri Perak supaya bertenang dan bersabar berikutan krisis yang berlaku di Perak yang melibatkan Perlembagaan Negeri mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sudah berpanjangan ini. DPPN Pk berharap semua pihak menghormati undang-undang dan menghormati demokrasi yang menjadi asas keharmoni dan kesejahteraan kita selama ini.

    DPPN Pk mempertegaskan akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal akan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Sultan Perak demi untuk memulihkan kembali demokrasi di Perak amat dialukan segera supaya tidak akan berpanjangan lagi. Menjunjung tinggi Rukun Negara akan memperlihatkan krisis Perlembagaan ini akan selesai jika semua pihak berpegang kepadanya.

    DPPN Pk amat yakin keputusan Seri Paduka Baginda Sultan Perak sudah pasti akan berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan. DPPN Pk juga amat beryakinan bahawa keharmonian dan kesejahteraan rakyat Perak seluruhnya akan kembali seperti biasa selepas semuanya berakhir.

  5. dulu masa DAP nak pilih org DAp jadi sultan dan undang2 tubuh negeri tak benarkan ...

    masa DAP nak posmen jadi MB sultan tak benarkan dan pilih NIzar jadi MB ...

    kanapa sekarang tak boleh terima kalau tak sebelah kamu .. buka le mata jangan jadi taksub

  6. jawab la puok2 mung dpe Tuhe akhirat seksok.wak agah d dnia buleh r.Akhirat seksok tampar de Tuhe jah blako.tok kiro la rajo ko sapo.

  7. Kita nak dengar Ketua DPPN Pk buat kenyataan resmi dalam akhbar yang diiktiraf oleh PAS seperti "Harakah" baru boleh komen. Kenyataan melalui saluran lain auta semua.Tak boleh pakai. Harap Ketua DPPN Pk beri penjelasan melalui saluran yang diterima oleh PAS.

    Eagle Eyes, Pokok Sena.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008