Saya terima tulisan di bawah melalui email. Saya siarkan tanpa edit dan tidak semestinya mewakili pandangan saya:
Seminar jubli perak 'kepimpinan ulama’; kempen pihak tertentu dalam Pas?
Dunia belum kiamat, tetap ada yang tidak mahu mengerti apa itu konsep 'kepimpinan ulama' termasuk mereka dari kalangan ulama sendiri. Seorang blogger Penarik Beca telah melontarkan pandangan bahawa "keretakan paling parah yang dialami oleh Pas ialah selepas berlakunya berkehendak politik dalam gelap dengan Umno (muqabalah dan kerajaan perpaduan dengan Umno)."
Kepimpinan ulama yang diterima oleh muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tahun 1982 kini sudah menjangkau usia 27 tahun. Bukankah pelik bin ajaib apabila seminar jubli perak 'kepimpinan ulama' akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Mei 2009 di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah Pas, Taman Melewar, Gombak, Selangor sesudah 2 tahun melepasi usia jubli perak?
Sudah tentu ianya adalah mainan pihak tertentu demi tujuan tertentu. Program yang dijadual berlangsung dua minggu sebelum muktamar Pas ke-55 ini dijangka akan mengumpulkan seramai 2000 hingga 3000 orang peserta dengan tema "memperkukuh kepimpinan ulama".
Surat jemputan yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat telahpun diedarkan kepada Jawatankuasa Harian Pas Perhubungan negeri-negeri, Jawatankuasa Harian Dewan Ulama Pas negeri-negeri, Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas negeri-negeri serta Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat Pas negeri-negeri.
Saya tidak tahu samada betul dari segi prosedur jemputan kepada peserta-peserta seminar yang ditandatangani oleh SU Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat dengan menggunakan kepala surat Dewan Ulama Pas Pusat itu. Bukankah ini peranan Setiausaha Agung Pas? Tolong betulkan jika saya silap. Kemusykilan ini timbul kerana arahan kepada Perhubungan Pas negeri-negeri serta Dewan-Dewan Pas itu datangnya dari Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat.
Kalangan peserta yang akan hadir ke seminar ini adalah Ahli Majlis Syura Pas, AJK Pas Pusat dan Pesuruhjaya Pas negeri-negeri, AJK Dewan-Dewan Pas peringkat pusat, AJK Harian Perhubungan Pas negeri-negeri, AJK Harian Dewan-Dewan Pas negeri, YDP Pas kawasan-kawasan, Ketua Urusan Ulama Pas kawasan-kawasan, Setiausaha Pas kawasan-kawasan, Ketua Penerangan Pas kawasan-kawasan, Ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pas.
Kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan ialah pembuka tirai dengan pengkisahan sejarah 25 tahun kepimpinan ulama oleh Dato Haji Mustafa Ali dan Haji Subki Latiff; Pembentangan kertas kerja 1: Jatuh bangun perjuangan Pas oleh Haji Hassan Shukri dan pengulasnya ialah Ustaz Idris Ahmad; Kertas kerja 2: Peranan ulama dalam menjana kemenangan oleh YB Dato’ Harun Taib dan pengulasnya ialah Ustaz Haji Hashim Jasin; Kertas kerja 3: Menjana kekuatan ulama oleh Ustaz Abdul Halim Abd Rahman dan pengulasnya ialah Dato Dr Ustaz Mahfodz Mohamad dan diikuti dengan pembentangan resolusi seminar, penyampaian anugerah tokoh sempena jubli perak serta ucapan penutup oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Ketua Pemuda PAS pada masa muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tahun 1982 yang meluluskan usul “kepimpinan ulama’ ialah Haji Mustapha Ali. Manakala Setiausaha Pemuda PAS pada masa itu ialah Haji Subky Latiff adalah dua orang yang diberi tanggungjawab untuk "pengkisahan sejarah 25 tahun kepimpinan ulama" dalam seminar ini.
Projek muqabalah dengan Umno dan seterusnya projek kerajaan perpaduan adalah difahamkan digerakkankan oleh watak-watak seperti Ketua Pemuda Pas pada tahun 1982 iaitu Haji Mustapha Ali, pemimpin Pas yang prestasinya under performance iaitu Timbalan Presiden sekarang Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am Pas Dato’ Dr Haron Din dan bekas Ketua Dewan Ulama Pas YB Dato’ Harun Taib (maklumat dari the horses mouth from the other side of the wall).
"Semoga hasrat dan matlamat ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang dihasratkan oleh jamaah" - begitulah bunyinya kata penutup bagi kertas dasar sambutan jubli perak kepimpinan ulama Parti Islam Se Malaysia (Pas).
Kita tidak mempunyai maklumat tentang apakah tujuannya diadakan seminar ini tetapi ianya adalah dipercayai di atas desakan kepada 'kedudukan ulama dirasakan tercabar’ di akhir-akhir ini dan bagi mewujudkan peluang selesa kepada ulama semasa muktamar pemilihan yang akan berlangsung dua minggu dari tarikh seminar ini diadakan.
Adakah pemilihan tema seminar ini iaitu "memperkukuh kepimpinan ulama" amat tepat sekali di masa ‘kedudukan ulamak kini sudah mulai dicabar’? Adakah perlunya kita perkukuhkan kepimpinan ulama supaya kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno dapat kita tegakkan demi menyelamatkan segelintir pemimpin Umno yang mempunyai latar belakang yang baik-baik dan Islamik?
Oleh:
Khairul Anuar Bin Salleh
Ahli Pas tukang gantung poster










Cantik? Klik 






Apakah mereka2 yang berimankan dogma "pimpinan Ulama" maseh ikhlas memperjuangkan pimpinan Ulama jika sudah Unity Gomen nanti ???
Unity gomen yang akan di ketuai oleh seorang alledged pembunoh dan perasuah pimpinan Ulama kah???
Agaknya alledged pembunoh dan perasuahpun boleh di beri title Ulama demi Unity Gomen !!!
Im fed up with the hipocracy of proUMNO PAS leaders !!!
Assalamualaikum
Tidak timbul masalah besar siapa yang layak menerajui PAS yang asas perjuangannya berlandaskan Islam. Sepatutnya ahli PAS semakin matang dan dewasa dalam membentuk saf kepimpinannya sendiri.
Siapa sahaja yang diamanahkan menerajui PAS mestilah berpegang teguh terhadap agama tidak timbul soal siapa ulama atau tidak, Allah lebih tahu diamana ia meletakkan hidayahnya.
Islam itu universal untuk semua tidak ada yang layak mengaku bahawa hanya golongan mereka sahaja yang mampu menegakkan Islam, dan perlu diingat jika Allah tuhan sekelian alam mahu memimpin seseorang maka tidak hairan orang seperti Ikrimah anak Abu jahal pun boleh menjadi pembela Islam.
Kepada ahli PAS janganlah kelam kabut sangat atur dan bincangkan dengan baik dan yang lain-lain serahkan kepada Allah.
pak bakaq,
kandungan artikel ini seiras komen anonymous 7 di bawah tajuk "ulamak tak faham kepimpinan ulamak"...
Kenapa cukup takut untuk cuba try test sekurang kurangnya jumpa dan bincang, lihat dan dengar, nilai dan buat pilihan dan akhirnya outuskan di dalam muktamar atas sesuatu perkara termasukkah kerajaan perpaduan.
Bercakaran pendapat melalu media dan bisikan2 cukup digemari iblis dan syaitan - satu lagi agenda musuh Islam.
Ahli PAS Hulu Kelang..
salam..sudah2lah cucu ibnu saba' nak laga2kn jemaah PAS pula..Apa slh unity dgn UMNo BukankaH mereka muslim?Apabila ulama bersetuju bergabung dgn PKR dan DAP itu ulama baik dan fhm begitu??
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali [u]dengan meninggalkan orang-orang mukmin[/u]. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?(an-nisaa :144)
Semuanya dah ada, lepas seminar tu buat je muktamar terus. Tak payah ahli-ahli nak ulang alek ke Kuala Lumpur. Dalam ekonomi teruk ni dapat jimatkan belanja.
AKU PUN TERTANYA-TANYA ANWAR IBRAHIM JUGA DAH SEPAKAT BERSAMA HAJI HADI, NIK AZIZ DAN HARUN DIN MENGENAI UNITY GOVERMENT. TAPI ORANG PAS SAJA YANG KENA. INI MESTI ADA ORANG-ORANG TERTENTU DALAM PAS YANG LAPARKAN KUASA.
SEBAB APA. JAWATAN DALAM PARTI HARI INI, BAKAL TIMBALAN PERDANA MENTERI PRU 13 NANTI. ITULAH PERJUANGAN YANG LAPARKAN KUASA.
Kerajaan Perpaduan
Relakah ahli pas letakkan Presiden PAS sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di bawah Najib. Muliakah Ulamak nak duduk bawah Najib (tidak Ulamakpun), Apa pandangan Ketua Dewan Ulamak PAS dan Ulamak-Ulamak PAS sekalian.
bagus seminar tu
wan ziarahsufi
salam and selamat pagi....gue sokong dgn program ni...amat bagus...sebab ye akan mematangkan ahli pas..cuma caranye tak kena sikitlah sebab dlm bahang muktanar pas n sepatutnye program pas pusat yang bekerja utk pengurusan mestilah pejabat agong pas atau SU agong pas..maybe udah ada arahan atau kerjasama utk pengurusan d buat olih s/u dupp....semoga ahli jelas.,..pewakilan jelas..yang menang pun pimpin pas yang kalah pun kerja aje utk pas..dengan iklas..klu fofessonal kalah dia kerjalah jadi penarik beca atau yang kalah ulama utz pulaklah jadi penarik beca...macam din tatawi kata...takan jadi org bawah tak sudi kot...sesekali apasalah jadi gurga...n sama tengok and pimpin org bawah tukang kempen and tampal poster...gue lihat dlm pas lani dah kekurangan geng fofessonal cuba hangpa kira berapa org fofessonal dlm DPPP, DMPP, DPPN, DMPN
Bukankah dah ada pertandingan . Sesiapa yang tak suka Pres dan Timb Pres ulamak tukar aje la . Nie tak habis2 start dari lepas pilihanraya sampai sekaran asyik menyerang dan menuduh . Baru berjumpa dan bersembang dah dikatakan gila UMNO . Sedangkan semua faham kalau ada satu2 keputusan yang melibatkan dasar maka akan melalui majlis syura . Jadi tak berbangkitlah usaha gelap nak UMNO . Lagipun yang terlibat dalam mesyuarat JK bukankah ramai ? tapi tiba2 semuanya dilemparkan kepada Us Nasha ... Pelik bin ajaib . Kalau dah tak suka Us Nasha tak perlulah dok buang masa tulis berjela2 pastu bersindir2 . Kalau pak bakaq betul2 nampak bagitau dengan jelas apa harta yang dimiliki .. tak perlu nak berkias2 . Setakat baca nie hanya nampak kias2 itu ini . Us Nasha .. tak ada sesiapa pun perlu nak membela dalam blog nie . Bertuah lah geng satu lagi ada orang tolong promote dan lobi ... nampak macam dah ada budaya UMNO berjangkit ..
Masing2 takut perwakilan nanti pekak dan buta tak dapat beza mana betul mana salah ......
Mengapa kita harus menganu-domba dalam kondisi sekarang..janganlan blogger-2 saperti Malaysianwaves, Grand Manqiues atau Penarikbeca mencetus sesuatu benda kadang kala tidak benar..jadilah penkritis yang berhemat ..yang boleh menguntung Jamaah....
Perhatikan mereka dibelakangi orang-orang yang sama..
yang pada mula ingin membawa PAS masuk BN/UMNO kononnya kepentingan Melayu kini mengalihkan issue kepada Kepimpinan Ulamak pulak.
Untuk apa?
..demi survival/kedudukan mereka sendiri pada muktamar nanti, selepas agenda muqabalah mereka ditolak oleh akar umbi PAS.
Orang-orang begini yang mementingkan hanya kedudukan masing-masing tanpa menghirau perpaduan dan dasar perjuangan Islam PAS patut di singkirkan terus sebelum PAS makin parah.
Tak percaya tenguk nanti apabila kalah akan mengikuti jejak-langkah "Ulamak PAS" terdahulu.. Al-Ustaz Al-Nakasone.
Berhati-hati jangan tertipu! PAS pun ada banyak "Trojan UMNO" didalam.
Salam,
Kenapalah agaknya penulis begitu terlampau buruk sangka kpd golongan ulama?
Keretakan (sangat kecil)dlm PAS yg direkacipta bermula selepas PRU12 dng sedikit kemenangan, cubaan! dan dirancakkan lagi apabila ada isu yg boleh digunakan/diputarbelitkan dan seterusnya sampailah kpd pemilihan pucuk pimpinan. Lebih hangat lagi jadinya bila penulisan Nik Abduh diblogkan.
Mengapakah kita yg profesional, pakar dlm bidang masing2 (tak kiralah pakar gantung poster, pakar menderma atau pakar apa2 pun)tidak boleh membantu, mengangkat golongan ulama dng seikhlas2nya, bukan kerana nama, harta, pangkat dan kuasa. Maaf dikatakan begitu kerana saya ditarbiyahkan, diusrahkan sedemikian rupa.
Persoalan yang terahkir tu janganlah diputarbelik pulak!
pandailah.. baling batu sembunyi tgn.. setiap kali ada tulisan bantai atau kontroversi mcm ni, bgtau terima melalui email.padahal dia yg tulis. tektik lama la pak bakaq.. nak kempen mat sabu pun berpada2 la...
TGNA Kena Kepong!
Turun kapalterbang, terus TG Nik Aziz kena kepong. Depan pintu kapal terbang doh dok tunggu. Sapa lagi, geng lapar balak lah campur geng Kerajaan Perpaduan la.
TGNA dikawal rapi. Dak bagi ruang seorang diri. Takut Set Husam masuk dekat. Set Husam tak leh sambut TGNA lasung.
Itulah kisah benar TGNA bila balik umrah.
Kawal rapi TGNA sampailah dia naik kapalterbang kelik Kelantan. Kat Kota Bharu, Ketua Lapar Balak, Razak Abas dok tunggu dengan gangsternya. Reporter kena tohok ke tepi habis. Kena marah sampai mureh.
(cerita lanjut di http://kisahbenar.wordpress.com)
Mengapa penulis ini begitu takut kepada konsep kepimpinan ulama saya pun tak tahu. Adakah penulis ini mahu menukar haluan PAS sekarang kepada perjuangan membelakangi ulama atau tidak memuliakan ilmu islam. Penulis pula sudah bersikap melampau apabila menulis ungkapan ini
"pemimpin Pas yang prestasinya under performance iaitu Timbalan Presiden sekarang Ustaz Nasharudin Mat Isa". Kalau saudara tak suka Ustaz Nasa jangan lah sokong dia, itu saja'. Jangan label label orang macam orang yang tidak berpelajaran.
Mengapa anda takut kepada programme dewan ulama. Bukankah banyak lagi dewan lain yang boleh juga membuat programme mereka sendiri mengikut portfolio masing masing. Saya nampak ada yang merancang hebat untuk membunuh personaliti tok guru president dan timbalan president dengan menggunakan isu dialoq pas umno selepas pru 12. Sebenarnya PAS boleh bercakap dan berdialog dengan siapa saja samaada USA IRan Saudi UMNO dap gerakan mca pkr tabligh dan siapa saja. Itu tidak bercanggah dengan pelembagaan PAS. Kalau penulis mahu menggunakan taktik hasut dan fitnah untuk menjatuhkan ulama , percaya lah puak yang penulis mahu tonjolkan itu akan kecundang kedalam parit dalam pemilihan nanti.
pleaselah..jgn wat andaian yg merungsingkan lagi antara masalah dalam pas..
adakah selama ini, kepimpinan ulama menyebabkan PAS makin dipandang jijik oleh masyarakat?? kita kena ingat, PAS adalah parti yg memperjuangkan islam, bukan mcm parti2 lain dan semestinya, org yang layak untuk membawa PAS ini adalah org yg FAQIH dalam agama, tak kiralah apa sahaja latar belakang pendidikan, pakaian dan lain2.. kalau org yg tak faqih yg memegang jawatan tertinggi,boleh kita agak tak apa yang terjadi dengan PAS 10 tahun akan dtg?? mybe mse itu, PAS lebih kurang macam UMNO je.
Anonymous nombor 15 kata:
pandailah.. baling batu sembunyi tgn.. setiap kali ada tulisan bantai atau kontroversi mcm ni, bgtau terima melalui email.padahal dia yg tulis. tektik lama la pak bakaq.. nak kempen mat sabu pun berpada2 la...
Saya jawab:
Yg lebih teruk dari artikel yang saya siarkan ni pun saya tulis dan tak kata tulisan orang, setakat yg mcm dlm posting ni, tak payah nak baling apa-apa pun sembunyi apa-apa pun.
Cukuplah Allah Yang Maha Menyaksikan. Kalau saya berbohong dalam mana-mana tulisan saya, Allah s.w.t. tetap ada untuk menimpakan hukuman dan tidak ada sebesar zarah pun yang boleh berlagak nak tunjuk samseng kepada-Nya.
Salam, bakaq, gue pecaya sama lu...bila kita entam and tak setuju dgn no,2 jamgamlah anggap kita benci kepimpinan ulama...kerana sayanglah kkita bersuara..masa ulama tak bolih tegur..yang maksum cuma rasullaah aje ....yang lain..tanya sendirilah...l
salam, terima ajelah and makan ajelah apa yang d hidang olih pak bakaq..gue cuma dpt info pasal pas ni dari blog macam pak bakaqlah..hendak harap harakahdaily..selalu lambat..tenguk pasal sidang akhbar mat asabu..mana ada dlm harakah..sedangkan d buat d P.A.PAS..yang keluar dulu blog macam ni and akbar internet aje
Teruskan jihad media hang bakaq..
eeeee...kena tanya utz NA dulu..betul ke jihad media...
Salam semua..kita jangan jadikan Utusan Malaysia tu sebagai rujukan yang sekarang ni hari2 jadikan berita mengenai Pas sebagai tajuk utama berita dia.Utusan seolah2 tak laku kalau tak jadikan berita mengenai Pas yang nak bermuktamar bulan depan sebagai tajuk utama.Sudah tentu Utusan ada agenda tersendiri nak laga2kan pimpinan Pas supaya jadi kecoh dan kelam kabut.Utusan seolah2 sokong ulama sedangkan suratkabar umno tu sebelumnya langsung tak ambik berat tentang Pas.Dulu berita mengenai Pas ada besar ruang nombor ekor ja tu pun cari tak jumpa.Utusan jadikan kumpulan ulama Pas dan bukan ulama dalam Pas macam musuh tradisi "Liverpool vs MU.Perbezaan pendapat itu perkara biasa tapi mahukah kita lihat musuh2 Pas ketawa terkekeh2 dan kita pula ikut rentak puak2 iblis ni untuk hancurkan satu2nya Parti Islam ini yang ada di Malaysia.Marilah kita tengok negri Perak yang bakal bersidang tu, umno dok pulun sakan kat Perak kita pakat dok bertekak sama sendiri..ulama-bukan ulama, ulama -bukan ulama, ulama-bukan ulama..bila mau daaa
assalam..
sperti yg diduga oleh kepimpinan2 PAS wktu pilihan raya ke 12 ritu.. byk kepimpina n PAS menyatakan bahawa, selepas ini dugaan yg lebih besar akan menyerang parti kita, jadi kita semua harus bersedia lah dari skg...
NAH! skg nie, dugaan tu telah dtg, walaupn berkali2 kepimpinan PAS skg memberi penerangan dan penjelasan, tp msih org yg msih dgn "SIKAP BODOHNYA LAGI", ni la org kata "BODOH X LEH DIAJAR, PANDAI X LEH NK TUMPANG".
Apa2 msalah yg timbul skg nie, uba kita berbalik kpd al-quran n as-sunnah..
dalam hadis Nabi Muhammad saw pn ada menyentuh tentang ulama', umara'(pemimpin), hakim n mcm2 lagi la.. so, kenapa kita perlu ikut kepala kita masing2? n menuduh org suka2 hati kita??? klau kita BODOH, bertanya la kepada org yg lebih mengetahui(ulama'), jgn timbulkan kekecohan.. kita semua nk hidup ngan aman..
sapa yg mau idup dalam kemiskinan? sapa yg mau bunuh saudara kita sendiri? klau kita semua x mau bnda ini berlaku, jgn bertindak melulu, siasat dulu, tnya kpd org lebih mengetahui.. dan yg paling penting wat rujukan kpd sumber yg sohih iaitu al-quran dan as-sunnah( tuk wat rujukan terus dari alquran n assunnah ada gak beberapa syart dia)....huhu
Semoga negara Malaysia dirahmati Allah...
www.islamicwizard.com
Aaiikkk!!!!????
Pas nie macam ameno jer...
Ameno= Ketuanan Melayu
Pas = Ketuanan Ulamak...
baguslah ada seminar..
bagi clear sket..
bolehlah soal jawab nanti sebab kita hidup dengan hujah.
pak bakaq boleh pi tak? bolehlah tanya soalan ka nanti kalau ada.
yang tang profesional pon bolehlah sedia soalan ke kalau konfius.
Assalamualakum wbt penarik beca. Memang tabiat manusia, buat sesuatu kena ada motif. Motif2 yg mungkin jd sebab buat seminar nih: 1)sebagai strategi kotor nk menangkan ustaz 2)mmg betul nak fahamkan org ramai psl peranan ulama' .tapi, last2 semua tu tak penting bg kita, diorang nak buat ke tak nak buat, tu hal diorang. jika buat sbb alasan 1 mmg akan dpt laknat Allah. Guna alasan 2 mmg akan mendapat pahala. The most important thing is to define ulama'. Adakah ulama' itu hanya boleh terdiri drpd golongan yg faqih bab agama shj? Atau golongan profesional yg boleh mengrus organisasi itu considered as ulama' jugk, mereka pun ada belajaq ilmu yg so-called-ulaam atau ustaz x belajo? mana majlis syura ulama' nak bagitau hal2 mcm ni? tido ke dah mandul?
Salam to ALL pendokokng 2 ISLAM ,
KITA TAK MAKSUM BAIK PRESIDEN OR TIMBALAN OR MURSYIDUL AM DAn YB and ahli-AHLI PAS yang lain ..INGAT TUU SEMUA tak maksum ,,,yang maksum nya hanya Nabi kita !!!!..kalau ada pemimpin kita buat salah maka wajib tegur !! Kalau mampu berdepan maka berdepan lah lebih afdal ,kalu tak sanggup / segan sms pun tak per or melalui blog mcm bang bakaq kita ini !!!Ingat tuu ,Ingat tuu semua nya bukan nya maksum !!
INGAT PERINgATAN PENTING BAGI ORANG MUKMIM !!! FAHAM KE DOK TUUU
PENGUNJUNG TETAP TAQWA