Sedap!! Klik gambar di atas!

Sebab sebenar Sultan tak nak pilihan raya Perak

Ketika Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berjumpa dengan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, apa yang dia dapat ialah seperti apa yang dilaporkan Utusan Malaysia (05/02/2009):
Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
Maknanya, Sultan tak mahu bubarkan DUN bila lain yang diminta, lain yang dia kata.

Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sebab keengganan Sultan Perak itu. Malaysiakini melaporkan:
Pakatan menang jika pilihanraya di Perak

Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat, kata mantan perdana menteri.

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat.
Bagaimanapun, Tun sekurang-kurangnya mengamalkan demokrasi dalam keluarganya apabila melalui tulisannya yang bertajuk "Hot heads don’t solve anything" (dalam kolum "Musings by Marina Mahathir," The Star 13/5/09), Datin Paduka Marina Mahathir menulis:
How can screaming, shouting, trying to strangle people and tearing up money serve as a good example to the public?

Increasingly, I think the common sense thing to do is to dissolve the entire assembly, have new elections and hope that none of these people get voted in again.
Di penghujung artikelnya itu, beliau menulis:
Hot heads never solved anything so every politician should go for compulsory head clearing sessions.

Common sense should prevail. And perhaps it will tell us that asking Perakians who they actually want to govern them is the only sensible thing to do.
Apa pun, saya berpegang sepenuhnya kepada nasihat Tun seperti yang terkandung dalam video yang diedit semula oleh Hanief seperti di bawah:

Imej Sultan Perak di atas ihsan The Nut Graph manakala imej pesanan Dr Mahathir copy and paste dari Tranungkite.

Berkaitan:
BN does not fear fresh state elections in Perak (The Nut Graph)
Teng criticised for suggesting dissolution of Perak assembly (The Nut Graph)
Perak: Mahathir saran undi tak percaya, pilihan raya sukar buat BN (mStar Online 14/5/09)
Dr M calls for assembly vote on MB as Pakatan will win Perak polls (Malaysian Insider 14/5/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. mungkin kalau piihanraya PR akan menang , mungkin PR akan kalah ... mungkin dengan kuasa allah

    kalau PR menang kerajaan DAP akan berkuasa semula , DAP berkuasa dgn exco pun dibolot je , PAS terus dikuda dapat jadi MB boneka je ..

    dapat kat BN , melayu yang dominan ... alhamdulillah SULTAN bijak tak macam pengikut PAS yg taksub buta segalanya kecuali dendam

  2. en anon pukul 2:47:00 PM,

    melayu yg mana? melayu yang makan rasuah ke melayu yang beriman?

    meloya...

    drpd en. anon jugak.
    pukul berapa ntah!

  3. sapa kata PR menang, DAP yg berkuasa? Pakatan Rakyat akan tetap menjaga kepentingan umat Islam, Melayu dan seterusnya bangsa lain tak kira DAP ke sapa ke...sama saja. lagipun DAP tidak pernah berkuasa di Perak semasa PR memerintah dulu dan selepas ni pun. Kalau betul anak jantan, buat pilihanraya negeri, biar rakyat tentukan berapa kerusi yg BN boleh dapat..silap2 langsung tak dapat apa..buta je..

  4. Sapa perintah tk penting....yg penting konsep hudud diterima pakai...

  5. Kalau nak orang melayu berkuasa juga, orang Melayu pakat undi PAS dan tolak UMNO bertukarlah majoriti kepada PAS bukannya DAP. Ada paham!!!

  6. dah tak ada majoriti, letak jawatan je le.

  7. Wahai YB,Nik Aziz,ahli PAS dan ahli PKR yang ISLAM yg kononnya hebat dalam agama..

    UMNO itu dianggotai oleh orang ISLAM adakah UMNO itu kotor kerana AKIDAH mereka??

    Adakah kafir DAP dan kafir PKR itu lebih MULIA daripada SAUDARA ISLAM kamu??

    Jiakalu UMNO tak kuat AKIDAHnya,Kenapa PAS dan PEMIMPIN PKR yang mejunjung ISLAM tidak membuat PERARAKAN BESAR-BESARAN membantah pengumuman kabinet berkenaan ANAK-ANAK YANG DIPAKSA UTK DI HINDUKAN KEMBALI?? Kenapa bila mempertahankan pemerintahan CINA DAP ahli PAS sanggup berbaring diatas jalan raya? Kenapa bila mempertahankan seorang PENGANUT HINDU ahli PAS sanggup merempuh polis? Tetapi apabila hal ini kenapa tidak BERANI?? ADakah PAS dan PKR yg ISLAM takut dan berlaku demikian untuk menjaga hati kafir DAP dan PKR??

    ISLAM POLITIK kah KAMU??

  8. Bukan masalah tak ada majoriti, 3 ekor katak tu pun bukannya join BN cuma menyokong BN, tambahan ada kes di mahkamah pulak kalau kalah, nak tak nak kena piliharaya jugak. Pasal apa 3 katak tu tak join BN?, masih bebas lagi. Aku rasa kalau 3 ekor tu masuk BN aku pasti Nizar dan Sivakumar akan letak jawatan, masalahnya 3 katak kalau masuk BN, surat perletakan jawatan yang mereka sign dulu tu valid, sekarang 3 katak tu jadi bebas jer, bukanya jadi katak cuma separuh katak. Bagi aku tak payah pilihanray negeri, cukuplah pilihanraya untuk tempat 3 ekor katak tu. Seat untuk DAP di Perak taklah banyak sangat, cuma kalau pilihanraya semula bagilah PAS majoriti di DUN Perak. Tak adalah berbangkit pasal DAP memerintah. Pasal apa sebelum PRU12, Penang bagi Gerakan memerintah? Tak ada pulak puak UMNO kata kerajaan kafir. Cuba jadi matang sikit. Jangan fikir dalam ruang lingkup yang sempit. Kita dah maju tapi jangan lari dari Al-quran dan As Sunnah. Ini tidak, ambil sebahagian buang sebahagian yang lain.

  9. mr ketam,

    hang Islam ka? hang ada buat bantahan tak kpd parti pemerintah yg hang puja2 tuh berkenaan keputusan kabinet mengenai agama??
    parti pembangkang mohon permit nak berhimpun tak lulus, suka2 hang ja nak suruh org lain berdemo. Pakai baju hitam pun dah kelam-kabut tangkap sana tangkap sini!! sepatutnya pak menteri JPM (yg lantang bicara di pentas forum perdana), Majlis Fatwa, Mufti2 dan Majlis Agama la ke depan.

    Bodoh. Ngookkk betoi lar...
    sokong la umNO lagiiiiii

  10. tiga ekor katak itu tetap tak menyokong pakatatan riot.

  11. en anon pukul 2:47:00 PM,
    kalau kau tak mau dap berkuasa, kau bagitau melayu bodoh kat perak supaya undi calon pas. bodoh punya olang.

  12. saya harap PAS menyahut seruan Mr.KETAM untuk menghantar memo dan buat perarakan menentang keputusan kabinet... tapi bagi saya orang kafir DAP/PKR yang bersih lagi adil lagi mulia dari orang islam UMNO yang makan rasuah,salahguna kuasa, serta zalim...
    kalau ada lagi sisa2 ahli UMNO yang bersih,adil, tidak rasuah, tidak salahguna kuasa, sila keluar UMNO dan sertai PAS.. tak pun jangan join politik...

  13. Kalau pilihanraya semula.. BN cuma tinggal 7 kerusi... BN dah tau sebab tu la mereka cari jalan mudah.. Masalah selalunya mereka yang cipta... Yang betul pun mereka.. Neraka dibuat luas sebab ramai nak duduk... Tok Peti pun celaru dengan buatan mereka... Nak buat camna.... kereta besar, gaji besar, ... sapa nak bagi... Tk peti pun tak yakin Allah bagi... Celaru.. dunia ni kalau tok peti pun celaru...

  14. salam

    Banyak sangat pendapat bodoh mengatakan bila DAP kudakan PAS, habih UMNo tu dengan MIC, MCA dan Gerakan macam mana? bukan setakat kuda tonggeng pun UMNo sanggup kan...

  15. aku memag suka klu dap dpt pegang malaysia ni..baru malaysia jadi free country macam kat singapore..mkn gula2 getah & isap rokok tpt awam je tak boleh. aku ramai jugak member melayu kat singapore..dia org ckp singapore best..klu nak wat projek ringan or berat2 pun xde hal, line clear je kat sana..mat2 kopiah n songkok pn xde nak kacau, bila dengar macam best je..klu dap dpt pegang perak aku nak cadangkn uztaz ngeh or nga buka free zone mcm kt gaylang..aku berani cakap pas mesti support gak walau batin merana. klu de suara2 pas yg nak sound mesti ustat ngeh tibai balik.." lu kerusi brp banyk lor..wa lg banyk kerusi dr lu lorr..skrg aku nampak ustat ngeh nk jadi kan nizar mcm soh cai..ko orag balaci pas jgn jd so hi plak nt. igt tu..umno wa x mau tiau dia.

    Full support to DAP

  16. ...sudahlh..kamu semua tu xmemahami islam secara kseluruhanya...umNO 50THN diberi kesempatan tp apa yg berlaku@apa yg kamu buat?knp melayu yg nak di bela...dan MIC MCA tu melayu k?apa sabda RASULALLAH kpd kt?jgn pandai cpk je org umNO....JGNLH KAMU DUDUK DLM bersuku2@bangsa...duduklh kamu dalam islam sesungguhnya islam itu brsaudara....ISLAM BUKAN MELAYU!!!!!!!...kalau melayu tu kritian kt sokong jg brbanding dgn cina mualaf...atau mamak?...akai ada ka?

  17. Lanun tak peduli dengan mandat rakyat.

  18. Kalau bubar DUN Perak, PR akan mendapat mandat lebih 2/3. Kerusi UBN akan dapat kepada PAS atau PKR calon Melayu. So... apa yang dok kata kerajaan DAP tu. Dalam keadaan sekarang (PRU-12) memang DAP yg kerusi banyak, tapi Nizar sbagai MB bukannya boneka sebagai mana didakwa. Ini satu semata. Inilah UBN masih mengamalkan politik perkauman... pirahhhh....

  19. ...sokong umNO tp TAHU SEJARAH TK?tahu PAS tu dari mana asalny...?knp PAS xnk prbetulkn umNO...kenapa?sebab PAS cukup kenal siapa itu umNO sebab PAS itu sendiri sebenarnya adalah BIRO AGAMA DLM UMNO tp mereka disingkirkn setiap kali berlakunya rundingan dgn BRITISH...krn apa?krn PENJAJAH xsuka dgn mereka yg nak menegakan AGAMA ISLAM DAN MELETAKAN PADA TEMPAT YG SEWAJAR DGNNYA..sebab tu RAJA kita xde kuasa..cm boleh campur tangan dlm urusan AGAMA DAN ADAT.......FAHAM!!!!!!!!!!....SAPA PUNYA KERJA SEMUA TU???

  20. hahaha... Mr. Ketam, Mr. Ketam, kenapa fikiran awak itu terlalu sempit?

    Cuba awak teliti balik keputusan kabinet kabinet pasal anak-anak hindu mesti kekal agama hindu jikalau belum berumur 18 tahun jika ibubapa bercerai tu.Siapa punya angkara tak lain tak bukan Koh Tsu Kunkalikong(yang memerintah Pulau Pinang sampai tanah rizab orang melayu di bahagian pulau tinggal 2%) yang dilantik oleh najib perdana menteri umnobn yang putuskan dalam mesyuarat kabinet.Dalam mesuarat tu yang kononnya menteri agama sen. jamil khir baharom(dalam kagat dulu askar-askar dalam kagat tak berapa berkenan dekat dia kerana suka membodek) orang umno juga kenapa tak nasihatkan si koh tu biarkan saja dia buat keputusan lansung tak jemput mesyuarat, panggil majis fatwa ke jakim ke minta pandangan mufti pun tak sesuka hati buat keputusan macam tu.

    Lagi satu dalam hal ini ia melibatkan isu-isu dan polisi perundangan dan kehakiman.Jadi ia sekadar tinggal arahan saja semata-mata bukannya undang-undang.Ia perlu digazetkan dan dibahaskan dalam parlimen, lepas tu dewan negara dan seterusnya diperkenankan oleh DYMM AGONG.Jadi ia umpama arahan tanpa bertaring hanya tinggal arahan tanpa penguatkuasaan.

    Ini menunjukkan menteri-menteri umno bn (termasuklah pm najib) tidak faham erti pemisahan kuasa antara legislatif,kehakiman dan eksekutif.Lagipun kes tersebut masih dalam prosiding di mahkamah, yang dato' menteri koh tsu kun(sebenarnya dia kena gertak dengan yb kit siang dah kecut tergesa-gesa buat keputusan, performance now lah katakan) dan jamil khir campur urusan mahkamah(teringat keputusan super fast track express rayuan zambry kadir mb dipulau) buat apa, secara kelam kabut pula.

    Orang melayu pas dan ybnya tak macam orang umno.Mereka faham konsep separation of power.Mereka tahu itu arahan tidak bertaring.Lagi satu bila keputusan itu dibuat hanya yb-yb pas sahaja yang membantah dam minta kaji balik keputusan itu seperti yb Mahfuz Omar dan TG Haji Hadi.Yb-yb umno tak bising pun, menteri pun diam, nazri aziz( tun mahathir kata dia ini berperangai keji) pula sokong keputusan itu.Kenapa mr ketam tak surun menteri dan yb-yb umno ni bersuara! nak suruh mereka buat perarakan atau berbaring atas jalan tentulah mereka ni tan berani, no guts and no balls.

    Jadi saya rasa tak perlulah mr ketam(bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus) nak menghasut pula orang-orang pas buat perarakan dan berbaring atas jalan sebab orang pas bukannya bodoh.Silap silap haribulan mr. ketam pula yang ditangkap dibawah akta hasutan.

    Lagi satu yb dato seri anwar ibrahim pun ada buat sidang akhbar membantah dan meminta keputusan itu dikaji balik.Sidang itu turut disertai yb lim kit siang(dia pun setuju, tak marah anwar pun).Nak tunggu mentari umno buat sidang kata tak setuju tak dengar pun(tunggu kucing bertanduk la, tak pun tunggu altantuya hidup kembali(maksudnya buat filem khas, tayangan perdana dihadiri pm najib).

  21. ketam ajar anak jln lurus..tp dia sendiri jln tak lurus..

  22. Pak Bakaq,

    a lot of emos commenting ur blog.

    Saya setuju....emmang dari awal DUN tidak mahu dibubarkan...spin macam mana pun realitinya, BN takut kalah atau mungkin kalah dengan lebih parah lagi jika pilihan raya diadakan...jika mereka yakin....dah lama dah pilihan raya....

    pendapat selanjutnya di www.duniacacamarba.blogspot.com

  23. Salam
    To Mr Ketam
    Ketam nak mengajaq anak berjalan, tu pun dah lingkup, apatah lagi nak mengajaq orang lain berjalan, lagi la lingkup.

    UMNO tu, Islam ka, Melayu?

    Kalau Islam, Islam jenis apa? Kalau Melayu, Melayu jenis apa?

    Sebelum nak buat PERARAKAN BESAR-BESARAN membantah pengumuman kabinet berkenaan ANAK-ANAK YANG DIPAKSA UTK DI HINDUKAN KEMBALI, sepatutnya, ulama' dalam UMNO wajib tegur dan ambil perhatian serious utk perkara tu dulu. PAS dah keluar statement pasal perkara ni. Pi cari sendiri.

    Ulama' dalam UMNO, ulama' jenis mana?

    Sia2 lantik Jeneral KAGAT dan Mashitah dalam kabinet, tapi, habuk pun tak dak. Lebih baik lantik Mudir Sekolah Agama yg Kepala UMNO utk jawatan Menteri JPM Hal Ehwal Agama Islam. "Ilmu ada, nak bersuara, takut."

    Ibnuhadar
    Pohon Kurma Nan Sebatang

  24. Kepada Mr KETAM,

    Berjalan tu biar bagi betul sikit... :)

    Di dalam kes "Anak Muaalaf Tak Bole Peluk Islam Bersama Ibubapa Mereka"
    Pemuda PAS Wilayah ada buat demo bantahan di Masjid Kg Baru
    sihingga di halang polis. Bagitu juga bantahan di tempat2 lain.

  25. orang cina tetap bersatu dalam memperjuangkan nasib kaum mereka dalam mana-mana parti pun mereka amggotai di Malaysia ni. kita melayu dok berbalah saja walaupun hanya dua parti.Ke mana arah dan matlamat kita? Islam mesti diperjuangkan dan berbaliklah kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah.

  26. ya saya setuju dengan saranan man said, orang melayu hentikanlah berbalah dan mesti perjuangkanlah Islam dan berbaliklah kepada AL-Quran dan sunnah rasulullah s.a.w. Jadi orang umno apa lagi ditunggu beramai-ramailah kamu sertai parti pas untuk menguatkan perpaduan orang melayu dan islam.

    Tapi pemimpin-pemimpin umno yang tak bersih, ada kes rasuah, kes polis suspek pembunuhan, anggota samseng, hantar sms ugutan, tabal sultan bawah pokok dan sebagainya, harap maaflah, saya rasa pas tak terima.Tapi kalau dah bersih di mahkamah ada peluang la.

  27. Menang atau kalah itu perkara kedua. Yang penting sekarang ialah amalan demokrasi dan undang2 itu perlu dilaksanakan. UMNO no penakut satu hal, yg Mahathir tiba2 jadi bacul tak tentu pasal ni kenapa. Sultan pun satu masalah jugak, yg dia benci sgt kat Nizar dgn PR ni kenapa. Tak reti2 bhs lagi ke yg rakyat Perak memang dah benci kat UMNO...Pilihanraya semula!

  28. pemimpin pr tu bersih sangat.maksam.

  29. buat ano 2.47 pm... xnak dap bleh majoriti, ko suruh puak2 melayu bodoh macam ko tu undi pas. bengong orang macam ko nie, xguna akal yg Allah anugerahkan...

    buat mr ketam... ko pi blaja agama bior faham. cari guru2 yg mursyid. bukan guru2 yg kat forum perdana tu. guru makan gaji n guru dunia...

    manusia ni sgt jahil n zalim...

    taliban, ktrg

  30. salm ke bang bakaq

    Mane pergi Si ketam tuuu ..kesihan ke ketam ..tak yah nak ajar orang !! ajar kat diri sendiri tuu pun tak reti ?? Ini kan pula nak ajar anak dan orang lain 22 >>balik lah si ketam pergi mengaji ilmu mlm ni dengan Ustaz wan ji ke Ibrahim ke ..

  31. salam ke Anonymous said...Friday, May 15, 2009 10:10:00 AM MYT

    Pemimpin PR tak semua bersih tapi RAMAI yang bersih dan bagus dari pemimpin BN !! kalu tak caya tanya ke Uncle Samy Vellu !!

  32. tahi kerbau lah UMNO

  33. Mr,.Ketam
    Yang luluskan perkara yang anta sebut tu ialah Kabinet Najib.Cuba anta sendiri kira berapa ramai orang UMNO ada dalam kabinet tu.Kabinet Najib yang buat hal anta suruh orang PAS pula buat demo.Bukan kerja PAS nak cuci tahi dan najis Najib,itu kerja dan tanggungjawab ahli UMNO kerana anta semualah yang lantik dia jadi Presiden dan PM.Mana Menteri yang jaga Agama Islam - senyap sepi.Dr.Marsita kononnya pakar agama- membisu.Mufti-mufti - tak keluar suara.Majlis-majlis Agama - buta dan tuli.Pusat Islam - langsung tak ada bunyi.Semua yang tersebut sepatutnya infrastuktur pemerintah untuk mempertahankan Islam dan semua mereka diberi gaji.Kalau anta nak menyalak,salaklah pihak-pihak ni. Jangan salak pokok yang salah kerana tak ada musang dipokok tu.

  34. aku harap lepas nie..org2 yang lantang bersuara memperjuangkan islam..jgn hanya pandai berkokok jer.. tindakan mesti mau ada..org2 kat pejabat agama yg majoriti puak2 pas dan ahli2 pas tolong p tangkap org islam yang p tikam no ekor..p serbu tempat karoeke..tmpat maksiat dan lain2 perkara yg trlarang dlm islam..jgn mengharap pihak berkuasa jer..perkara yang terlarang dlm islam wajib dibasmi..di akhirat nanti semua akan ditanya tanggungjawab kita sebagai seorg muslim..jgn lantang berkokok jer..tindakan mesti mau ada..baru wa bleh respect n beralih angin..jgn buat dosa mengutuk dan menfitnah org jer.. cadangan agar pondok cawangan pas diletakkan di semua tempat kedai no ekor, karoeke,spa dan lain2 tempat yang dilarang dlm islam....

  35. Wahai melayu.
    Bersatulah dibawah panji Islam.
    Bertakwa kepada Allah dgn sebenar2 takwa.
    Teguhkan iman kamu.
    Prtingkatkan ilmu agama didada kamu.
    Beramal makruf dan nahe munkar.
    Perangi pemimpin yang RASUAH,MENGHALALKAN MAKSIAT, MEMAKAN RIBA DAN MELANTAK WANG RARYAT, PENZINA,PEROGOL, PEMBUNUH DAN SEBAGAINYA.
    Janganlah sekali kali kamu bersekutu dgnnya.
    INGAT!!!
    MATI itu pasti.
    Syurga dan neraka itu juga pasti.

  36. Salam buat Anonymous said... Saturday, May 16, 2009 11:41:00 AM MYT

    Betul kata sdra tu, org Islam hendaklah bersatu, tp pd org munafik tu pula, kita hendaklah berhati2 pd mereka2 ini. Mereka ni pandai berkata2 sbb mereka pun ada blaja agama cuma tiada hidayah aja.

    Cuma sdr pun kena berani gak, jgn guna tanpa nama aja.., letak nama samaran pun tak apa... Berani ke Jalan Allah.

  37. Baik tanya Raja Katak 16 September 2008. Baru boleh memberi jawaban yang haru biru.

  38. Buat apa tanya samy vellu, tok guru dia dulu kan Raja Katak 16 September 2008.

  39. KAFIR YA?SAYA RASA KITA UMAT ISLAM PATUT BELAJAR APA SEBENARNYA MAKSUD KAFIR TU DARI SEORANG GURU.PASTU BARU KITA BERCAKAP PASAL KAFIR.YANG KITA DOK BENCI ORANG KAFIR PASAI APA?NABI ADA BENCI ORANG KAFIR KA?

  40. wei wei wei,, dah dah cukup la sembang politik pam pom pam pom tu..
    ada duit tak nak bagi anak makan ni?ada duit tak nak bayar duit letrik air ni? ada duit tak nak bg anak bini belanja ni? duit tuisyen budak lagi? duit minyak kete?

    adoyai..sembang kencang apa citaaaa!!!padan muka kena tipu dengan org2 politik tu. bkn leh caya sgt. dorg nk kuasa je..kau org apa dapat??dapat sembang je la..

    kahkahkahkahkah..padan muka!! kahkahkahkahkah..padan muka!!

  41. Assalammualaikum,

    Marilah kita terus berpecah dan bergaduh....benci membenci dan fitnah memfitnah...Nabi S.a.w telah bersabda bahawa diakhir zaman umat islam akan ramai tetapi mereka seumpama buih dilaut" Benarlah sabda Nabi S.A.W....Kini tak payah pergi jauh,,,,dinegara ini....kita terus berpecah belah..tetapi kafir tak kira apa parti pun akan bersatu menjaga kepentingan mereka tak kira dari pembangkang atau pemerintah.....Tapi Umat islam terus memaki sesama saudara seislam....terus memperdebatkan siapa lebih mulia dari yg laing...siapa lebih islam dari yang lain........teruslah kelakuan begini jika pada pemikiran semua bahawa ini adalah terbaik untuk memajukan umah.....

    Saya amat tertarik apabila umat islam sampai ketahap megatakan bahawa kafir harbi lebih baik dari saudara islam yang lain hanya kerana berbeza fahaman politik......

    Bapa saudara Nabi S.A.W yang dijanjikan neraka dan sehingga akhir hayat tidak menerima Islam.....adakah beliau di hina..dicaci...dimaki....dijauhi oleh Nabi S.A.W???????? Adakah pernah Nabi S.A.W melarang masyarakat islam pada waktu itu dari bergaul secara berhemah dengan Abu Lahab????

    Siapakah kita hendak memaki,menghina mencerca dan mengatakan saudara islam kita yang lain adalah tidak bersih..tidak suci...rasuah...penipu...hanya kerana mereka adalah ahli UMNO????? Jangan malukan agama suci Allah.....Jika UMNO sesat dampingilah mereka secara berhemah....secara bijaksana dan bermoral.....

    Adakah kerana UMNO baling batu maka kita juga perlu baling Batu....Tak salah bertentangan pendapat,,tak salah berdebat..tapi ingatlah sebusuk..busuk pihak yg kita benci itu...ia masih saudara seislam kita.....Adakah kerana beliau UMNO maka wajib kita bersubahat dengan kafir Harbi DAP untuk menjatuhkan saudara seislam kita.......

    Ada yang mengatakan bahawa DAP kafir Harbi lebih bersih dari UMNO!!!!Subahanaalah!!!Fikirlah dengan waras bukan dengan perasaan benci yang amat sangat...Jika kebencian menguasai perasaan dan pemikiran...adakah satu keputusan yang baik dapat dibuat????

    Ada yang sanggup mengagungkan DAP kafir harbi berbanding saudara seislam sendiri tapi cuma berlainan parti.....hanya kerana sekelumit kuasa......kita sanggup sampai ketahap meletakan persaudaraan islam rendah berbanding persaudaraan Politik.....

    Demi Allah jika ditakdirkan kita meninggal dunia dan yang ada hanyalah kafir Harbi DAP dan Musuh politik yang paling dibenci UMNO maka pada siapakah kita berharap akan menyempurnakan pengkebumian kita......Jangan takbur mengatakan bahawa UMNO belum cukup islam....kerana cukup islam atau tidak bukan tugas kita untuk melebelkan orang yang lain.....

    Janganlah kerana Politik kita bermusuhan sesama islam....Janganlah kita menjadi kuda tunggangan kafir harbi bagi mencapai matlamat perjuangan mereka.....Cuba tanya adakah DAP berjuang untuk rakyat Malaysia atau hanya untuk kepentingan Kaum bukan Melayu????? Fikirkan perjuangan mereka........
    1) JIka betul DAP berjuang utk rakyat Malaysia...kenapa tidak berjuang untuk hanya menggunakan satu Bahasa Malaysia sahaja??? Kenapa sibuk nak masukkan bahasa lain (Ini adalah dari konteks satu bahasa kebangsaan)
    2) Mengapa mati-mati mempertahankan sekolah aliran Cina.....Kenapa DAP tidak mati-mati menekan Kerajaan supaya cuma mengadakan satu aliran sekolah sahaja demi untuk memperjuangkan perpaduan rakyat Malaysia...Malaysia for Malaysia jadi sekolah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia...

    3)Apabila polis menembak mati penjenayah bukan Melayu maka DAP sibuk mengatakan bahawa Polis terlalu brutal...tetapi bila penjenayah indonesia atau Melayu....DAP ok aja!!
    4)DAP mengatakan bahawa tak adil terlalu ramai orang Melayu di perkhidmatan Awam..maka perlulah diberi lebih tempat kepada orang bukan Melayu....Ini betul...tapi Kenapa DAP tak menjerit bahawa disektor swasta 90% kakitangan dipihak pengurusan adalah bukan Bumiputera maka Kerajaan perlu memastikan bahawa Bumiputera perlu diber lebih tempat....Ada DAP bising tentang ini???????Yang mana untuk kat dia dia diam.....yang mana dia tak control lagi..dia bising minta bagi kat dia.....

    5) DAP bising nak hapuskan kuota kontrak kerajaan kepada Bumiputera 30%....kena lebih terbuka beri peluang kepada kaum yang lain untuk lebih maju.....tapi pernahkah DAP bising bahawa 90% kontrak dari syarikat-syarikat swasta adalah diberi kepada kaum bukan bumiputera....tak percaya sila buat bancian di KIlang di Pulau Pinang.....berapa peratus kontraktor mereka adalah bumiputera???Ada DAP berjuang mengatakan bahawa Swasta perlu meningkatkan pengambilan kontraktor Bumiputera?????? Pernahkah DAP kata begitu...yang kononnya berjuang untuk rakyat Malaysia!!!! tapi hanya untuk kaum tertentu sahaja.

    6)DAP (serta disokong oleh parti bukan melayu) bahawa perlu diberi jawatan tinggi kepada kaum bukan Melayu....tetapi pernahkah DAP menganjurkan atau memaksa kaum Cina dan india menyertai perkhidmatan Bomba,Polis dan tentera supaya nisbah mereka juga tinggi dalam menjaga kepentingan Negara....ADAKAH???Tak kerana jadi bomba,polis tentera gaji tak banyak....so DAP dim aja....

    7)Pernahkah DAP bersetuju dengan Hudud....cuma mereka sanggup menggunakan apa saja hatta menjual ayat alquran semata-mata nak dapat undi...Jika ikhlas dan jujur mintalah DAP hayati apa yang belajar di ALquran...jangan cut & Paste aja....Syaitan pun boleh membaca Al-quran...


    Tujuan saya menyenaraikan sebahagian perkara diatas supaya jangalah kita terpedaya kononnya DAP berjuang untuk rakyat Malaysia,....DAP berjuang apa yang untuk kat dia........dan sanggup melakukan apa saja.......

    Akan ada suara yang membenci bahawa sebab kerajaanlah perkara diatas berlaku...benar kerajaan adalah lembik memberi muka kepada kaum lain yang mengambil kesempatan atas perpecahan umat islam, Namun jika kerjaan sekarang tidak bagus adakah DAP kafir Harbi akan memerintah dengan lebih baik........Bersatunya islam sebenarnya membawa kebaikan kepada bukan islam......

    Jangalah kita terpedaya dengan musuh-musuh islam.....syaitan sanggup buat apa saja demi perpecahan umat islam....

    Kembalilah ke jalan Allah demi kerana Allah, ikhlas dan jujur...hulurkan salam persaudaraan.....

  42. Ugama boleh dijual beli. Aduh.

  43. Kaum minoriti nak mintak bubar dewan. Tak boleh diterima akal.

  44. berilah peluang kepada PR memerintah, pemerintahannya cuma 4-5tahun saja, jika tak sesuai PR13 nanti bagi balik pada UMNO, tapi kepimpinan UMNO kena sedar diri, anda telah bergelumang dengan dosa dan noda sepanjang lebih 50 tahun memerintah, apa yang anda tak buat? muhasabah diri jika ingin dihormati dan disegani oleh orang Melayu. Elakkan sikap suka menipu serta menjagi kepentingan peribadi, tak pemimpin UMNO yang papa kedana, tapi semuanya hidup mewah, mewah yang tak setimpal dengan pendapatan. Fikir-fikirlah.

  45. Cakap tak serupa bikin. Bila dan berkuasa 2 X 5 sahaja, semua disebatnya.

  46. pada aku..
    sebab sokong UMNO - just takut bangsa aku merana di PRU-13.
    sebab x sokong PR - bangsa lain suka amik kesempatan meraih populariti untuk PRU13

    ingat... DAP tak rugi apa2 pon dengan pemberontakkan bangsaku.. janji dapat perintah..

    atas nama demokrasi dan undang2... cukup lah DAP letak satu calon melayu di Perak ... sultan sekali lagi dibodohkan atas nama demokrasi dan undang2!!! kalo pas majoriti pon.. DAP still nak timbalan gak.. diorang memperjuangkan kesamarataan... sanggupkah perak terima 2 timbalan menteri besar? ----DAP sikit pon rugi..dapat sokongan dari kaum India lagi la....

    kat penang skang neh.. kerajaan negeri tolong Sekolah jenis kebangsaan atas alasan kerajaan pusat tak banyak bantu..bagi kebenaran tuk besarkan sekolah (walaupun penang tuh tak besar mana pon) dan sebagainya...

    esok nie..bilamana anwar ibrahim dah meninggal dunia or tak mampu nak tadbir dah.... maka berlukutlah semua anak-anak cucu kita di tepi gantang di negara sendri.. MODEL nya mudah..just tengok singapura..

    lagu kebanggsaan - MELAYU
    gambar kat duit - MELAYU
    TPM/presiden - melayu ka? (sedangkan bangsa melayu 2nd tinggi)
    bangsa - dipecah-pecahkan (melayu,jawa,....)
    bangsa lain - import dari luar..bagi hak kerakyatan..so..dah jadi majoriti..
    azan - tak bley kuat2
    yang perintah - sendri mau ingat!!!!

    diorang tak kisah benda2 kecik yang pasti dapat kuasa atas alasan demokrasi/undang-undang.

    ingat..bila tiba saat kita merana..kita akan rasa bagai NASI DAH JADI BUBUR..
    pada waktu itu..tak usah kita gadoh lagi..kita pkir apa akan jadi seterusnya....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008