Saya menyokong sepenuhnya cadangan Ustaz Dr Harun Din di dalam apa yang diSMSkan merata-rata sebagai "Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa)" di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Sebab itulah, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan yang luar biasa dari negara-negara luar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak tuduh. Tapi, saya rasa tak sedap hati.
Lebih tak sedap hati lagi kalau wujud dakwaan ada pemimpin PAS yang selalu berseorangan ke Amerika, Australia, Singapura.
Persoalannya, benarkah ada pemimpin PAS yang sering pergi seorang diri ke Amerika, Australia, Singapura dan menginap di hotel enam bintang di pulau itu serta melakukan transaksi melibatkan wang di sana?
Kalau benar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak berani tuduh. Tapi kalau benar, saya rasa tak sedap hati.
Maklumlah, ada perkara yang pada awalnya dicelakan sebagai fitnah tetapi akhirnya terbukti memang benar-benar berlaku seperti perkhabaran mengenai berkendak politik dalam gelap dengan Umno.
Dr Harun juga kelihatan bimbang Umno akan mengambil peluang menghantar orang-orangnya "bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam".
Memang, semua orang mesti merasa bimbang seperti beliau kalau Umno buat kerja seperti itu.
Kalau benar, ia sama bahaya dengan kenyataan Dr Harun sendiri di muka hadapan salah satu keluaran akhbar Siasah yang mencadangkan PAS dan PKR dibubarkan serta ditubuhkan parti baru yang berketuakan Anwar. Na'uzu biLlahi min zalik!
Mengambil kira kebimbangan Dr Harun itu, saya tertanya-tanya benarkah dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar menjadi orang yang mula-mula mengatur pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno.
Jika benar dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar itu melakukan kerja sebusuk itu, adakah mereka patut dimaafkan? Saya juga tertanya-tanya adakah mereka sudah berhenti menjadi pak yet Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak lagi menjadi pembesar Umno dan tidak ada lagi projek untuk diberikan? (Masih ingat business deal di Hotel Ming Court?)
Saya juga tertanya-tanya benarkah wujudnya kutu cikai yang didakwa bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010 yang menjadi tok dalang langkah politik beberapa orang dalam PAS? Langkah politik itu pula didakwa bertujuan melunakkan pendirian ahli-ahli PAS terhadap Umno sehingga bersedia berkerjasama dengan parti itu atas dasar memilih darurat yang lebih ringan atau akhafud-dharurain.
Saya sebut kutu cikai kerana kedudukannya yang dilaporkan setakat satu dua takah sahaja di atas pangkat kapten. Jika benar wujudnya kutu cikai itu dan jika benar beliau menjadi tok dalang kepada langkah politik beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS, tak patut sungguh kalau kutu kemere seperti itu yang menjadi pengatur langkah politik orang-orang yang berkedudukan begitu tinggi serta berilmu tinggi di dalam PAS.
Sedangkan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusatlah yang sepatutnya memberikan kata putus mengenai langkah politik itu jika benar wujudnya langkah politik berdasarkan propaganda kurang ajar dari kutu cikai yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu.
Jangan lupa, Revolusi 1982 di dalam muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka dahulu berlaku antara lain kerana langkah politik PAS sentiasa berlainan dengan keputusan Jawatankuasa Agong PAS ketika itu. Masihkah wujud elite circle yang membuat keputusan di dalam PAS yang di luar dari pengetahuan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat?
Dengan memohon maaf kepada yang telah pergi dan yang masih hidup dalam keadaan uzur, pada masa itu bergema tuduhan bahawa keputusan di dalam PAS dibuat di "nombor 10 Downing Street" (sebenarnya nombor 10, Jalan Swee Guat iaitu rumah Almarhum Tan Sri Asri Muda) dan dibuat oleh Asri, (Almarhum Puan Sri) Sakinah (Junid) dan seorang lagi yang saya tak gamak sebut namanya kerana dia sangat uzur. Bukan soal benar atau tidak tuduhan itu. Tetapi itulah tuduhan yang sering bergema waktu itu.
Mengenai kutu cikai itu lagi, benarkah kutu kemere itu diupah mencari jalan untuk melanjutkan pemerintahan seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri? Rasa-rasa macam kenal Perdana Menteri yang mempunyai deskripsi seperti itu. Siapa agaknya yang hendak berhenti pada tahun 2010 tetapi dihambat dari kedudukannya sebelum sempat menarik nafas dua tiga kali?
Mungkin sebab itulah projek kutu cikai itu dinamakan Task Force 2010.
Jika benar berlakunya langkah politik berasaskan proganda kutu cikai itu, benarkah propaganda kutu cikai itu dipercayai oleh orang orang-orang yang berilmu tinggi termasuk yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi, ijazah sarjana malah ada yang mempunyai PhD?
Jika benar mereka terpedaya dengan propaganda taik kucing kutu cikai itu, tidakkah mereka tahu bahawa karut-marutnya itu adalah sebahagian dari grand design untuk menyelamatkan dan mengekalkan kuasa seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri?
Jika benar, mengapa mereka menjatuhkan kedudukan mereka kepada penipuan kutu cikai yang yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu? Benarkah kutu cikai itu menjalani kehidupan yang tidak bertepatan dengan apa yang dihalal dan diharamkan oleh Islam? Jika benar, adakah orang-orang berkedudukan tinggi di dalam PAS itu tidak tahu perkara tersebut?
Dalam pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno selepas pilihan raya umum tahun lalu itu, benarkah pengarah jawatankuasa tertentu di dalam PAS memberitahu Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa tokoh-tokoh muda di dalam PAS mudah sangat diyakinkan supaya menerima langkah politik berdasarkan propaganda kutu cikai itu?
Benarkah Dr Harun sendiri mengadakan tiga kali pertemuan dengan Abdullah. Saya tidak tuduh dan hanya bertanya. Saya juga tidak tahu sebab pertemuan itu, jika ia benar berlaku. Mungkin Abdullah hendak ubat.
Saya sama sekali tidak bersetuju dengan usaha mewujudkan kerajaan katak 16 September (lihat posting saya, "Tun boleh la, Tun Banyak duit"). Tetapi saya lebih tidak bersetuju jika benar dakwaan bahawa kenyataan penentangan pengarah tertentu terhadap empayar katak itu dibuat berdasarkan keputusan apa yang didakwa sebagai "komiti Wan Abu Bakar" itu.
Saya amat sedih apabila ada yang mendakwa bahawa program di Markaz Tarbiyyah semalam adalah extension dari usaha demi usaha untuk menepis keresahan ahli-ahli PAS terhadap langkah-langkah politik yang diilhamkan oleh perancangan busuk kutu cikai itu.
Allah Maha Menyaksikan segala-galanya. Saya tidak tahu dan saya bertanya. Dan, jika saya mereka-reka fitnah, Allah jua yang akan menghukum saya. Kepada Allah saya menyerah diri.
Berkaitan:
Waspada 'musuh dalam selimut' PAS (Malaysiakini 23/5/09)
PAS ulama wants to restrict contest for top posts (Malaysian Insider 23/5/09)
Pas sedia serah jawatan MB pada bukan Melayu (Utusan Malaysia 24/5/09)
Nik Aziz tidak senang (Utusan Malaysia 24/5/09)
Berita yang nak disimpan:
Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan (mStar Online 23/5/09)
'Kalau menang belah dia tidak apa' (Utusan Malaysia 24/5/09)
DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz (mStar Online 23/5/09)
Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding (mStar Online 22/5/09)
Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.Seperti orang lain, saya juga sangat bimbang kepada musuh di luar negara. Sebab itulah, para pemimpin negara atau parti Islam mesti berhati-hati berurusan dengan pihak luar negara terutama negara-negara kuasa angkuh seperti Amerika Syarikat.

Cantik? Klik 

Hang silap lah yang hang kata kutu chikai tu bukan setakah dua dari kapten tetapi pangkatnya tahap general yang dah nak sepenuhnya. Bukan cikai cikai punya olang wo.... kalau tidak masakan orang besar PAS punya ternga-nga mulut dan ikut cakap mereka.
NO ERDOGAN NO MUQABALAH VOTE FOR MAT SABU PAS TULIN BERNAFAS PUN BERBUNYI PAS PAS PAS
Wow... Pak Bakaq... pasinsider.blogspot.com belum orang ambil lagi... boleh la register...
~x unit amal
Dedah, dedah, jangan tak dedah!
pak bakaq,
allah jua yang maha mengetahui. nak kata ya pun takut, nak kata dak pun tak berani. tapi, pak bakaq orang lama, saya yakin dia tau apa yang dia tulih.
aukauk88.
pak bakaq,
business deal apa di hotel ming court? lepaih mai la cerita tu..
aukauk88.
woi..ada lagi yg best....
ni dia calon kat manik urai...
calon gerombolan yg digeruni sudah tiba.....
jeng..jeng...jeng...
http://corongkita.blogspot.com/2009/05/dia-ni-ulama-pas-kena-jaga-betul2.html
Ini pun ulama politik. Bila sakit pi ostalia berubat.
Bang bakaq..
Kalau kita fitnah memang lar allah balas. Tapi dosa kita terhadap orang yang difitnah pun tak tertanggung kita... Nampak sangat kebencian bang bakaq kat anwar..
Maaf saya cakap.. Kadang2 bila tgk penulisan bang bakaq tentang anwar, saling tak tumpah, sebijik macam pencacai2 ameno yang bukak blog semata2 nak burukkan anwar.. Semoga allah menghindari kita dari gejala fitnah nie.. Ingatlah, dunia menghampiri akhir zaman..
Bertaubatlah sebelum terlambat..
kalau dah nafas pun bunyi PAS pAS .. teruskan jer bunyi PASS ... PASS to Kerajaan .. :p
ujian selalu ada di dalam perjuangan islam, lebih kuat ujian bila kemenangan semakin hampir,kalau lepas ujian barula bole berjaya.kalau tak lepas ujian masih berjaya dapat pangkat etc, bermakna kejayaan itu satu ujian yang paling besar. jaga-jaga.
lebih kurang 3-4 minggu lepas saya terserempak dengan YB gobalakrishnan kat paya besar, Lunas(parlimen diwakili beliau-PDG SERAI).melawat kawasan,(saya pengundi Pdg Serai(ahlul pas). bagus la tapi naik keta MERC E-class bang, YB parti lain dari PAS, PKR DAN DAP aku tak pastila pakai keta apa,bukan aku dengki tapi rasanya takut dah mula nak jadi macam perangai YB BN la pulak. aku tak mau kata apa la, cumanya hampa pikiag2 la sendiri.
sayang la kalau pemimpin PAS buat perangai yang tak islamic. aku akan tuntut kat perwakilan yang memilih pemimpin yang tak mengikut ajaran islam dengan sebaiknya kat akhirat kelak.aku pasti akan tuntut di hadapan Allah azawajalla di Mahsyar kelak.....
Jangan tak sedap hati dengan Anwar.
Anwar progressif, tidak ekstremis, tidak fanatik.
Dia Melayu yang seimbang.
Ini yang kita mahu.
Tidak salah kalau Anwar mempunyai hubungan baik dengan mana-mana negara. Ini sikap internasionalis yang wajib, saya ulangi, wajib seorang pemimpin ada di dunia ini. Anwar Ibrahim merupakan Melayu sederhana dan inilah ciri pemimpin yang paling sesuai untuk Malaysia yang majmuk.
Pemimpin-pemimpin PAS masih jauh lagi dari memenuhi kriteria-kriteria ini.
Usahlah mencemuh nama baik seorang Melayu yang lain.
Kalau Anwar gemilang, biar kita bangga kerana dia pemimpin tanahair kita.
Biar kita minta agar dia bersikap adil, saksama dan bersih serta mampu dan berani mengambil tindakan yang baik walaupun ianya susah dalam kepimpinannya.
Ini yang penting.
Mengenai kutu cikai itu lagi, benarkah kutu kemere itu diupah mencari jalan untuk melanjutkan pemerintahan seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri? Rasa-rasa macam kenal Perdana Menteri yang mempunyai deskripsi seperti itu. Siapa agaknya yang hendak berhenti pada tahun 2010 tetapi dihambat dari kedudukannya sebelum sempat menarik nafas dua tiga kali?
JAWAPANNYA : PENGASAS ISLAM HADARI @ ISLAM ADA HAD DAN ADA HARI. TUN ABDULLAH BADAWI
Gagasan Kepimpinan Ulama telah dicemari oleh beberapa kerat kalangan ustaz yang merasa mereka dah terlalu ulama. Guna majlis sambutan jubli perak kepimpinan ulama untuk berkempen ust nasha. Dah 2 penggal bagi ust nasha pegang timb presiden, hasil tak ada. Yg ada dok main dengan UMNO dalam gelap. Lepas tu suruh ketua penerangan cakap kat ahli menafikan perkara ini berlaku. Bila pak Lah dedahkan terus kantoi sampai ketua penerangan terpaksa minta maaf.
Klu mcm ni kerja timb presiden, apa security kita jika dia jadi presiden. Lepas tu sekarang dia orang kelilingkan presiden dgn geng-geng menara gading yg bukan terlibat dengan akar umbi PAS. Buka tak boleh tapi mereka ni dok bawa presiden arah yg tidak selaras dgn kehendak muktamar. Kerajaan perpaduan ini kerja dia orang yang tak pernah pun dibincang dlm mesyt ajk pas pusat tp terus dilontarkan kepada ahli dan media masa. Kerja bahaya semua ini.
Dan ingat sapa yg kerja dok tuduh orang menyesatkan tok guru nik aziz, politik wang dsb. Bila minta bukti tak boleh bagi. Ni geng mengaku ulama ni. Di selangor ketua ulama tu kerja mengumpat dan fitnah orang, semua ahli dah tau, tapi terus lagi jadi ketua ulama. Mana oranng nak ambik dia orang ni jadi contoh.
Saya rasa dah banyak sangat kekeliruan ttg kepimpinan ulama ni. Masalahnya semua ustaz dah mengaku ulama. Lebih-lebih lagi bila kita tengah menang ni.
Bukan setakat Amerika , London pergi berunding...malah yang kerap pergi ke Lebanon dan Tehran lagi-lagi aku khuatir. Sekarang nak bertanding timbalan presiden pulak.
TGNA dah lama kempen ulama'..tak dak org nak sibuk pun...
Cari yang terbaik, ulama atau profesional tak kisah, asal boleh bawa PAS kehadapan. Apa guna ulamak yang bodoh politik, apa faedah profesional yang membelakangi agama. Pokoknya untuk menjadi PAS parti politik yang unggul Majlis syura ulama mesti di perkasakan untuk mengimbangi kuasa Presiden dan Naib Presiden. P:erwakilan fikir baik-baik dan letak masa depan PAS 10 tahun ke hadapan--- orang yang macammana anda mahu unrtuk membawa wadah PAS. PAS for All biar jadi kenyataan , bukan khayalan.
kpd Anonymous said...
Monday, May 25, 2009 2:54:00 PM MYT
utk sedikit tulisan yg rasanya dapat menenangkan akal fikiran sila lawati link blog di bawah......
http://micelup.blogspot.com/
Bermula lah era politik wang didalam pas kerana mengejar kedudukan.
Jelas dari ini golongan ulama pun gila kuasa dan politik. Mereka terlalu taksub dengan visi dan pegangan mereka dan tidak sanggup berkompromi dan menerima hakikat bahawa negara kita ni kita kena tolak ansur, kita kena terima dan hormat pandangan, harapan dan kepercayaan semua golongan rakyat, dan kita kena terima siapa yang rakyat mahu dan siapa yang dilihat berkebolehan dan bukan sama ada dia tu bijak atau alim agama tau tidak.
Sebenarnya kelemahan golongan ulama yang sering mewar-warkan diri mereka sebagai golongan terbaik untuk memimpin sebuah negara dan melibatkan diri dalam politik cukup ketara dari kes negara Iran sendiri.
Sewaktu Revolusi Iran, terdapat dua ulama (ayatollah) yang berpegang pada dua pendapat yang cukup berbeza: Ayatollah Khomeini yang inginkan negara Islam di situ dan menekankan penglibatan ulama dalam politik, dan Ayatollah Shariatmadari, yang mengatakan bahawa golongan ulama harus membebaskan Iran dari cengkaman regim Shah yang lama tapi sejurus lepas itu harus tinggalkan politik negara itu kepada rakyat dan golongan biasa kerana golongan ulama harus kendalikan agama saja.
Malang sekali, Ayatollah Shariatmadari yang mendapat sokongan besar dari rakyat Iran telah dibunuh oleh regim penyokong Ayatollah Khomeini.
Suara ulama yang progresif dan sederhana telah tenggelam dengan itu di Iran lalu ulama puak konservatif seperti golongan ulama PAS pun naiklah.
Ini menjadi satu perkara yang sering diucap dan diceritakan sahabat-sahabat saya dari Iran. Mereka rasa gembira kerana Ayatollah Khomeini telah membantu dalam membebaskan Iran dari regim yang rasuah tetapi mereka kesal dan sedih kerana Khomeini telah terus berkuasa dan menjadikan negara mereka satu negara Islam. Sistem negara Islam ini sudah tidak boleh diubah lagi, kata mereka, kerana golongan ulama sudah terlalu kuat dan membendung semua usaha rakyat untuk menukar sistem kuku besi agama yang ada sekarang. Ini jelas dilihat apabila golongan reformis yang disokong rakyat tidak dibenarkan bertanding oleh Majlis Syura Ulama di dalam pilihanraya memilih presiden Iran.
Sanggupkah kita gadaikan tanahair Malaysia ini hingga satu hari nanti golongan ulama yang berpengaruh dalam politik negara kita?
Fikir-fikirkanlah...
Tuan,
Saya suka ayat yang mendorong pilih 'jalan tengah' iaitu:-
NO ERDOGAN NO MUQABALAH
VOTE FOR MAT SABU PAS TULIN BERNAFAS PUN BERBUNYI PAS PAS PAS
Bukanlah mahu suruh sokong Mat Sabu tetapi itulah logik 'jalan tengah' yang terbaik. Kita dalam PAS apa dikisahkan kelayakan kerana yang paling PENTING adalah orang yang bekerja bersama rakyat dan rela mendengar denyut nadi rakyat.
Kita mempermainkan PM Najib namun kita sendiri pun gagal mendengar 'denyut nadi rakyat' -apa bezanya kita dengan 'Peoples' PM' itu?
Kelayakan pejuang Islam tulen ialah taqwa dan ikhlas. Ini adalah urusan Allha Taala.
Ulama ka, Profesional ka, tak penting tetapi rakyat yang patut didahulukan!
Sokonglah husam nanti dapat tempias.
Anonymous said...
When Pak Lah became PM, my chinese friend once told me that he cannot be trusted. She said according to chinese face reading methodology, people with that kind of nose (long, hook shape) is not trustworthy, slick, snakey, etc. I don't know much about face reading, but Pak Lah's tenure, and now Husam's face, make me wonder.
Just wanna add another silly perspective to the already stupid malaysian politics.
Hidunghigh
11:04 AM
si bodoh mana yang bangkitkan soal berubat di ostralia tu???
ko tak penah gi beli barang kat kedai kapir??? bodoh!!
Apa yang tuan tuliskan adalah pandangan peribadi dan dari sudut penglihatan mata tuan. Tuan adalah benar kerana di dalam politik tiada siapa yang salah. Setiap individu mempunyai pandangan peribadi dan di sandarkan dengan hujah dan dalil bagi menguatkan pandangan masing masing. Saya akui diri saya adalah bekas pegawai perisikan dan bila bersara menjadi ahli pas biasa sahaja. Setiap hari membaca semua laman laman sama ada yang pro atau anti yang ada di dalam berbagai laman waktu ini.
Apa yang ingin saya jelaskan, setiap kumpulan akan memberikan hujah mempertahan kebenaran yang menjadi lumrah pada setiap individu. Dari pengalaman saya, apa yang ingin di gunakan oleh UMNO dan BN bukan nya siapa yang benar atau salah, atau siapa yang sokong atau anti muzakarah, muqabalah atau selain nya tetapi UMNO dan BN melihat dimanakah faktor faktor yang menyamai keperluan mereka. Faktor faktor tersebut akan digunakan bagi mempengaruhi sesiapa jua bagi mencapai objektif nya.
Sebagai contoh: orang melayu tidak suka di kaitkan dengan babi, walau pun anjing juga haram, judi juga haram tetapi jangan di sebutkan babi. Bagi juga bangsa melayu... jangan di usik sekali pun tulisan dan bahasa melayu telah hilang. Unsur unsur sebeginilah yang mudah digunakan oleh mereka terhadap PAS terutama PAS Melayu dan bukan nya PAS Islam.
Letakkan lah dimana diri tuan berada, mau jadi PAS Melayu atau PAS Islam. Senjata ditangan, mau musnahkan PAS Melayu atau PAS Islam.. terserahlah. Saya nasihatkan musnahkan lah musoh musoh PAS Melayu dan PAS Islam. Kalau dah tak kenal siap musuh bagaimana mahu bertempur. tetapi sedia maklum ..Melayu memang kuat amuk.. semula jadi melayu mengamuk ... kemudian baru tersedar setelah cedera parah. Musuh depan mata pun tak kenal macam mana pula nak tahu musuh dalam selimut........ cakap sedap tapi faham tak apa yang dituturkan tersebut dah jadi satu hal lain.
aaaaaaaaaaaaaaa...x phm...!!!!!!!!!!!!!!!!!