Menjelang pemilihan Umno dahulu, seorang kawan dari Umno menghantar SMS kepada saya supaya menyediakan borang PAS. Dia nak masuk PAS jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno.
Beliau patut baca SMS yang saya terima yang menceritakan apa yang dilaporkan sebagai antara kandungan ucapan Ustaz Dr Harun Din hari ini di Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa) di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Apa pun, saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang anti-Umno. Saya tak ingat semuanya, ramai. Tetapi, yang paling vokal ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohon dijauhkan saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang ketagihkan Umno (Umno addicted).
Antara berita hari ini:
Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan (mStar Online)
Beliau patut baca SMS yang saya terima yang menceritakan apa yang dilaporkan sebagai antara kandungan ucapan Ustaz Dr Harun Din hari ini di Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa) di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.Siapa yang paling banyak masanya dengan para menteri dan pembesar Umno? Sila buat kajian sendiri.
Apa pun, saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang anti-Umno. Saya tak ingat semuanya, ramai. Tetapi, yang paling vokal ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Mohon dijauhkan saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang ketagihkan Umno (Umno addicted).
Antara berita hari ini:
Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan (mStar Online)










Cantik? Klik 






Salam,
saya sokong PAS dipimpin oleh ulamak,tepapi biarlah ulamak yang benar-benar menjiwai watak ulamak Islam yang sebenar dengan asas dan prinsip politik Islam berlandaskan Quran dan Hadis.
Sekarang ini telah terdapat unsur-unsur sekular meresapi kedalam jasad PAS, dan ternyata PAS kini lebih terarah untuk memiliki kuasa untuk memerintah sambil menghindarkan sahsiah yang berlandaskan Quran dan Hadis.
Apa jua slogan Islam yang diwar-warkan oleh PAS,tidak akan kemana jika bersekongkol dengan golongan sekular...namun dek kerana jumud dan taksub serta kesan sokongan yang fanatik menyebabkan penyokong tak dapat menilai apa yang baik dan buruk terhadap pengaruh sekular dalam PAS.Demi untuk memertabatkan Islam,biarlah PAS terus kukuh dipimpin oleh ulamak berlandaskan Quran dan Hadis,usah biarkan PAS leka dengan pengaruh sekular yang lambat laun akan memusnahkan PAS.
Pak Bakaq, Kita patut pikir sebab apa hanya jawatan nombor 2 sahaja jadi rebutan. Prestasi lembab ka?. Cara hidup macam bangsawan ka? Jarang turun padang ka?Ataupun sebab ulama tu kawan Umno ka? atau macam macamlagi. Hamba sokong 100% ucapan TGNA pasai UMno nih. Pasal apa ulama ulama kita tak dak pulak sokong ucapan ayah zid ni hamba pun tak tau. Hamba ni sokong dasar bukan dasarkan puak ulama ke atau professinal ke. Mana puak yang hebat aku sokong. Bukankah perlembagaan pas tak sebut, Presiden sampai ke AJK mestinya ulamak.Kalau kita pilih yang dungu daripada yang cerdik, kan tolol namanya.
salam pak bakaq-saya ingin menyeru kepada semua ahli dan akar umbi pas supaya menyokong penuh datuk husam musa untuk jawatan tmbalan presiden pas kerna beliau seorang yg amat berkebolehan,bg pendapat saya,dengan husam menjadi timbalan,maka beliau akan dapat menarik sokongan lebih ramai lg golongan muda untuk menyertai pas,saya bukan anti ulamak,saya yakin husam tidak akan membiarkan parti islam ini menjadi sebuah parti komponen barisan nasional di masa hadapan...wassalam....
pak bakaq,
saya dah cemuih dengan geng2 dalam pas nih. saya orang muda. minat dengan pas disebabkan matlamat perjuangan pas dan ketokohan sesetengah pimpinan pas. tapi tak la pula minat dengan pimpinan pas yang suka main telepon dengan najib dan dok kata hanya ulama yang boleh memimpin. yang bukan ulama nih nak wat pa? jadi tukang tampai poster dengan dok langut dengaq ceramah saja ka? angguk ja apa yang 'ulama main telepon' kata? time nak jadi pemimpin, hanya ulama saja yang buleh, time nak mintak sumbangan, time nak buat aktiviti, sapa pun buleh. emm.. nak jadi amno dah ni.
aukauk88.
"""Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.""
Ahli dan penyokong sikit salah. Ahli dan penyokong ramai pun salah.
Bila ahli dan penyokong sikit dikatakan sebab salah musuh Islam yang bagi gambaran palsu utk PAS sampai takutkan orang ramai.
Tapi bila ahli dan penyokong ramai pun dikata kan salah juga. Tiba-tiba la pula di kata kan musuh Islam suruh orang beramai-ramai masuk PAS.
Baik PAS register jadi NGO jer la kalau pemimpin-pemimpin macam ini.
Bila kuasa dan jawatan itu hak ulamak,bila tampal poster itu kerja profesional. Ini namanya keadilan ulamak!
MOGA DILAHIRKAN LEBIH RAMAI PEMIMPIN SEPERTI TGNA DALAM PAS. Semua ahli terutama perwakilan PAS sila renung dan memahami ayat ini.
Hang pa baca dulu kertas kerja tu. Jangan buat benda bo+++ ulas sms orang
Ust nasaruddin takut kat husam musa ke???kesian....
Mengapakah jadi begini??? Tak habis2 ulama' profesional, profesional ulama'.......
Bukanlah ulama' yg tamak kuasa dan bukanlah majoriti profesional gilakan kuasa & jawatan tapi isunya..... sedikit sebanyak isunya ada di link kat bawah.
http://micelup.blogspot.com/
blok penarik beca pun ada diiklankan...
nak perintah 5 negeri je ke nak perintah malaysia. apalah pas nih. ke nak hilang semua.
Saya ahli PAS bisa hanya ada jawatan diperingkat cawangan sahaja.Kami dibawah ni tahu,faham dan istiqomah bahawa musuh politik utama yang kami hadapi saban hari ialah UMNO.Sama ada dimesjid,surau dan warong kopi,UMNOlah yang menjadi musuh utama kami.Kalau ada pilihan raya sama ada peringkat PRU,atau kecil - UMNOlah yang memusuhi kami.DiBukit Gantang baru-baru ni,ada puak UMNO keluar bawa parang panjang.Orang Melayu ni nak bunuh orang Melayu. Saya harap ulamak-ulamak yang amat gilakan UMNO ni wajar faham.Ulamak-ulamak ni tak begitu suka turun padang untuk berdemo,amat takut kena siram air acid dan hidung mereka tak tahan bau gas,tak tahu nak panjat pokok gantung bendera,dan tak pernah kena sergah grombolan UMNO yang mengoyakkan poster - itulah sebabnya ulamak "yang love UMNO" ni tak sabar-sabar nak berpelukan dengan UMNO. Saya menyokong kepimpinan ulamak TETAPI bukan jenis yang sayangkan dan nak menyelamatkan UMNO.
Salam Bakaq,
Kadang kadang statement yang dibuat oleh pemimpin peminpin PAS ni buat orang keliru dan konfius.
PAS mahu ramai golongan professional menyertai parti ini , namun tidak tanduknya tidak menunjukkan kearah itu.
Bagi saya untuk memperkemaskan PAS , parti ini perlu proaktif . Golongan professional yang mempunyai asas agama yang kukuh akan melonjakkan lagi penerimaan golongan muda dan lain lain kaum untuk menyokong PAS.
Memenangi hati rakyat adalah cara paling berkesan untuk memenangi Pilihanraya .
Belajar lah dari Tuan Guru Datuk Nik Aziz untuk menjadi pemimpin yang baik, bukan sahaja sebagai pemimpin PAS tetapi juga sebagai pemerintah yang adil dan disayangi rakyat.
Barisan Nasional Akan Bubarkan DUN Perak???
Khabar angin dimana DUN Perak akan dibubarkan kini tersebar luas. Maka keputusan rayuan hari ini amat penting bagi pihak BN kerana mereka perlu memastikan pembubaran DUN Perak ini adalah dikemukakan oleh MB BN iaitu Zambry.
read more @ http://gomalaysian.blogspot.com/2009/05/keputusan-mahkamah-rayuan-hari-ini.html
Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
http://gomalaysian.blogspot.com/
kriteria saya utk calon pemimpin pas.
-saya sokong ulama' yg anti umno, mca, mic, pkr, dap dll parti yg tak mahu hudud dan tak tunduk kpd islam.
-sy tak mahu pemimpin pas yg walaupun anti kpd parti2 di atas, tp berlaku tidak adil kepada mereka.
-sy tak mahu pemimpin2 pas yg terlupa bahawa kerjasama pas dgn pr ini adalah sebagai satu 'maneuver politik' semata2.
-sy tak mahu pemimpin pas yg 'terlalu pro pr'.
-sy tak mahu pemimpin pas yg terlalu kemelayuan dan/atau terlalu lunak dgn org bukan islam.
-sy tak mahu pemimpin2 pas yg terlalu 'mabuk' dgn notion yg kerjasama dgn pr ini adalah 'the only way' utk menegakkan islam.
-sy tak mahu pemimpin pas yg menolak utk berdakwah kpd umno.
-sy tak mahu pemimpin pas terikut2 dgn perkhabaran angin (contoh najib-altantuya: secara kiasnya pertuduhan tanpa bukti dan saksi yg mencukupi adalah qazaf, boleh kena sebat)
sebenarnya eloklah ada pemimpin ulama dan pemimpin professional dlm pas..!!ibarat makan nasi tak da lauk...nasi aje ..apa jadi..??mereka ibarat seperti tangan kiri dan tangan kanan saling memerlukan...!!yg penting saling memahami..masing-masing ada fungsi mereka sendiri..!!tak perlu nak di perbesarkan hal ni..ni taktik musuh..mahukan perpecahan dlm pas..jangan terpengaruh dgn mainan pihak musuh..lah
Pak bakaq,
saya pun...
www.duniacacamarba.blogspot.com
nizam mahmud, pi je register ngo, kalau jenis xreti bahasa mcm hang, pas pun xmahu bg jd ahli
kita sokong ulamak buat kerja kerana allah ..berlawan dgn umno kerana allah, berjumpa dengan umno pun kerana allah.. kita hidup kerana allah dan ulamak yang professional akan berjumpa dengan sesiapa saja semata-mata kerana allah.
aku yakin 100% ahli-ahli PAS masih mendokong dan menyokong kepimpinan ULAMA.
yang dibahaskan sekarang ialah soal definasi sebenar ULAMA dan pendekatan siasah/politik ulama yang ingin membawa tajdid dalam masyarakat berbagai bangsa dan agama diMalaysia.
kita ada pendekatan TG Nik Aziz (PAS), TG Abd Hadi(PAS), TG Hj Ghazali Losong(ex-PAS sekarang UMNO),TG Harussani (BEBAS pro UMNO) dll lagi.
soal menolak atau derhaka kpd ulamak ni janganlah digembar-gemburkan sangat sehingga tenggelam isu yg sebenar iaitu hakikatnya ada mangkuk-hayun yg mengaku ULAMA (baca- ulama mee-celup) yang PEMALAS nak buat kerja jihad tapi berkokok berkobar2 atas pentas2 muktamar dan mimbar2 masjid saje.
terima kasih pak bakaq kerana mendedahkan isu ulama pemalas nih!!!
Betul kata Pak Bakaq. Mereka guna usrah-usrah untuk kempen kepimpinan ulama dan memperlekeh/kutuk Khalid Samad dan lain-lain geng erdogan. Saya dah kena semalam. Teruk kena tibai kumpulan yang dikatakan Erdogan.
PAS jangan lagi bersikap Melayu. selagi sikap itu ade, sifat Islam tak kemane mane. Ulamak Ok, tapi kalu masih tidak progressif , masih dalam zaman arab, tiada tarikan kepada minda Melayu yang sekarang cerdik dan ingin tahu.Juga terima Muslim Cina, India, lebih banyak dalam PAS.
PAS jangan sekali kali terlibat dengan nama 'MELAYU'
Melayu BUKAN Islam, Islam BUKAN Melayu.
awangkassim
Assalamualaikum WRWB.
Pertama sekali saya minta ampun/maaf kepada mana-mana pihak yang tersentuh kalau apa yang diperkatakan ni salah atau tak betui. Maklumlah banyak maklumat yang diterima itu cuma dengar orang kata'hearsay'.Hasil bacaan yang tak habis. Saya tak mahu jadi juru fitnah.Izinkan saya sentuh isu ini secara rengkas.
1. Saya pernah dengar kata-kata ini( Ucapan TGNA ? ), yang bermaksud atau bunyinya lebih kurang bangini; " Kita tak mahu kat UMNO bukan pasai namanya UMNO, tapi pasai dia tak mahu kepada Islam. Kalau dia (UMNO) mahu kepada Islam dan nak buat apa yang PAS bawak kita sedia terima dan sedia bubar PAS". Apa maksudnya?
2. Tak kira siapa yang nak dipilih jadi ketua janji orang yang berkemampuan. Apa gunanya pemimpin bertitle ulama kalau tak ada ciri pemimpin. Tidak dapat membantu perjuangan? Kalau asyik bermain cinta melalui telifon dengan musuh apa ertinya. Dan yang stu lagi dok buka ruang untuk musuh serang seperti kononnya ada politik wang dalam parti. Ulamak-ulamak bagini patut ikut dari belakang saja.
3. Yang sorang lagi tu ( HM ) pun bengong juga. Yang dok berkenan sangat kepada ABI dan PKR tuu apa hal. Jangan lah taksub sangat, orang lain pun belambak. ABI ini tak serupa dengan ABI semasa dalam ABIM di tahun 70-an dahulu. Apabila dia pernah lari meninggalkan jemaah maka kejujurannya masih boleh dipertikaikan.Kita boleh bentuk team sendiri. Carilah kekuatan diri sendiri.
4. Mat Sabu ada kalibernya. Dia mengaku keluarganya banyak UMNO. Kawan-kawan nya banyak orang UMNO. Dia juga tak pernah mengaku orang alim. Tetapi dalam perjuangan dia ada kelasnya tersendiri. Jatuh bangun dengan parti PAS. Keluar masuk penjara kerana perjuangan. Cuma di mulut celupar sikit. Kalau nak jadi ketua tak boleh macam tuu. Dia kena pebetui.Sebagai orang No.2 cukup cantik. Bos slow dia jolok. Kalau dia laju sangat bos yang bertitle ulama boleh luku/sekeh kepala dia. Lagipun dia ada penyokongnya yang tersendiri yang boleh membantu dalam siasah/politik. Dalam politik kena ada kedua-duanya.
5. Saf pemimpin yang lain perlu ada kebolehannya yang tersendiri.Kita ramai orang propasional yang boleh diketengahkan.
6. Satu perkara lagi,orang yang ada ilmu tak beramal pun tak guna.Dia telah membelakangkan amanah Allah.Kalau dia nampak tali itu bengkok dia kena tarik dari depan, tak boleh tolak dari belakang.Barulah lurus.Ada banyak ilmu tak amal pun tak guna juga. Lebih baik tahu sikit-sikit tapi dimanfaatkan.
Sewah Padang, Pokok Sena.
Pada pandangan saya, apa yang Dr.Harun Din kata tu memang betul...
Tapi terlalu awal untuk dikeutarakan...
Mungkin sebab Dr.Harun Din salah seorang ulama' yang agak baru terlibat dalam jamaah PAS.... keahlian tahun 2002, berbanding ulama'-ulama' lain yang dah lama bergerak dalam jamaah PAS. Apa pun, pada ahli bawahan seperti saya, mana yang pimpinan kata betul... ikut yang Allah suruh dalam Al-Quran, kita ikut....
Yang mana kita rasa nak tegur.. tegur la.... Ulama' pun manusia... tak lari dalam membuat kesilapan. Bezanya, ulama' dalam PAS terdidik dengan pimpinan sebelum ini untuk menerima kritikan dengan berlapang dada dan berani mengkritik untuk kebenaran demi kemenangan Islam.Jauh beza dengan ulama' dalam UMNO yang jadi pak turut walaupun perkara mungkar yang dibuat.
Besar berita mengenai pembohongan CEO Trengganu Investment Authority di akhabr UAE
Baca
http://1426.blogspot.com/2009/05/is-ceo-of-trengganu-investment.html
Susah lah macam ni. PAS ni nak pemimpin yang macam mana? Kalau ulamak dan pro pun ada pro dan con, jadi kontroversial, mana bukti PAS FOR ALL? PAS FOR ALL hanya slogan politik semata-mata? Kalau ahli mahu, jelaskan dalam muktamar. Tidak ada pertembungan profesional dan ulamak., yang ada hanyalah pertembongan INDIVIDU yang membuat suasana jadi kalut. Wahai individu yang kalut, jangan kerana tindakan anda menyebabkan PAS terpinggir dalam PRU 13.Masyarakat mahu melihat kesepaduan di kalangan pimpinan. Kepada ahli, bertindak cerdik . Yang layak memimpin PAS adalah orang yang CERDIK POLITIK. PAS kan parti politik? Kalau tak cerdik politik, duduk sajalah dalam persatuan ulama'. Yang pro tak cerdik, duduk lah dalam persatuan masing-masing.
Salam Tuan,
Sekadar nak tahu... What's your ideal PAS Leadership Team's like..??
Boleh kongsikan bersama..? No puns intended here...
Cheers...
SALAM, sori naaa..apa nak jadi ni..baru nampak Pas mcm kecoh aje dah ada yg nak masuk Umno la,pi masuk la Umno tu, buat apa tunggu. kutuk Pas kaw2 , kutuk ulamak mcm dia lagi alim, kutuk profesional mcm dia lagi pandai, kadang 2 emosi sgt la sahabat, tgk adik2 kita unit amal, rileks aje buat kerja takde pun ungkit buat kerja2 untuk parti, aku dah jumpa banyak yg komplen lebih2 ni, time buat kerja haram nmpak muka, tak percaya? time PRK|PRU muka tu jg yg 100 percent buat kerja..muka yg sama aje. takkan baru jumpa Umno dah cop Ulama gilakan Umno, rasional la skit. time undi kita kempen rata , tak kira Umno pun kita jumpa. Boleh kita kata yg ni rumah Umno, tak payah kempen? Jgn lupa PAS parti dakwah la shbt, dakwah di mana2. tak kira dia pro, ulama atau biasa2 saje. kita sokong semua, pro yg bertaqwa pun di perlukan. tgk TGNA, org marah bila dia pergi kenduri umah zaid ibrahim, dia rileks aje walaupun si zaid ni dok lawan hudud..nampak tak? ulama ni mcm mana pun tak lari dari dakwah, sbb ini tugas dia. menang dakwah , kalah pun dakwah, kawan dakwah, lawan pun di dakwah. Jgn lupa shbat PAS parti DAKWAH..salam.
no muqabalah no erdogan vote for mat sabu PAS TULIN NAFAS PUN BERBUNYI PAS PAS PAS
mAT sABU KENTUT BUNYI PA?
masih ada anai-anai lagikah dalam pas..!!??kalau ada hentikanlah niat tu...buat rugi ja..!!
hanpa semua jgn dok bengong tak tentu kalu termasuk sipenulis tonggong nih, peranan media spt akhbar bh, utusan ke hapake tugas dia utk memanipulasikan/mensensasikan isu, hri ni dia puji kepimpinan ulama' dan nampak dia tak suka profesional dlm pas, ini hanya sandiwara/skrip dari umnO belaka, dgn memanipulasi isu ni akan ada para2 blogger tonggong akan buat ulasan, dan puok2 tolol yg gatai nak komen akan menambah girang celaka2 umno melihatnya. itUla TUJUAN puok2 celaka umno pong bang! ada otak gunala utk berfikir sikit, bkn puok2 umnO suka sgt dgn ulama dlm PAS tu? sejak bila DEPA suka? hangpa yg tonggong pon tak suka jgnkan celaka dr umnO? BOduss
Ulama politk ini tak boleh pakai. Memecah belahkan umat Islam. ini kerja haram.
Betul ke ulama politik pas bekerja kera Allah?
Saya sokong pemimpin yang ada duit.
TGNA pergi rumah Zaid atas DAKWAHB FARDIAH. Tp Zaid adalah salah seorang yang TIDAK dibenarkan masuk pas. Contak di peringkat individu, terbuka pulak lain. Ni ada ulamak yang kontak PIMPINAN UMNO senyap-senyap...tapi TERDEDAH. Kalau nak buat kerja tu pandai-pandai jangan sampai TERLONDEH. Di saat rakyat menharapkan :PR, kerja-kerja ni seolah melawan arus yang akan merugikan PAS itu sendiri.
Anonymous said...
Monday, May 25, 2009 10:26:00 AM MYT
Ulama politk ini tak boleh pakai. Memecah belahkan umat Islam. ini kerja haram.
USTAZ MANA YANG AJAR SAUDARA NI ??? AKU NAK TANYA RASULULLAH TUU APA ?? BUKAN KAH RASUL KITA TUU PERDANA MENTERI /BAPA ULAMA /TOK IMAN / KETUA KELUARGA !!! KALU YA PUN NAK KOMEN JANGAN LAH NAMPAK BABOON SANGAT ???? JOM PERGI KULIAH !! WASSALAM
Bacalah fatwa tok guru.
Kita perlu mencari pemimpin yang tidak mahu perpaduan...kita perlu pemimpin yang pandai memaki dan mencari salah orang islam yang lain.....Kita perlu pemimpin yang memahami ajaran islam kecuali bab penyatuan....Yang berkata bahawa semua silam adalah bersaudara kecuali islam UMNO....kita perlu pemimpin yang tidak akan sama sekali berusaha,berfikir..berikhtiar untuk mencari titik pertemuan dengan saudara islam yang lain terutama UMNO......Yang penting Pemimpin ini perlu mengetahui perjuangan PAS bukannya hendak jalankan hudud atau Pemerintahan Islam....Lani perjuangan pas nak jadi exco, nak jadi MB nak jadi menteri.......kalau baik dengan UMNO kurang peluang...tapi kalau geng dengan DAP Kafir Harbi lebih mulia dari bersaudara dengan UMNO....\
Inilah pemimpin yang diperlukan oleh PAS.....mana-mana pemimpin yang berjaya menyamarakan semangant benci sesama islam UMNO maka patut jadi pemimpin PAS......Ajaran Islam melarang kita bersatu dengan UMNO.....Rasualllah berbuih menyuruh kita bersatu kecuali dengan UMNO.....Oleh kerana Pemimpin PAS mengikut ajaran ALlah dan sunnah maka sebab itu mana-mana pemimpin yang menyuarakan hasrat untuk berbincang,mencari jalan titik pertemuan dengan islam UMNO akan ditolak....PAS perlukan pemimpin yang akan beazam untuk memastikan bahawa ISlam UMNO dan ISlam PAS tak akan bergabung....tetapi PAS perlu dan sentiasa bersedia memeluk Kafir Harbi DAP yang rela keluar DAP/PR jika hudud jadi perjuangan......
Sedih membaca bagaimana pemimpin yang bersedia memeluk pemimpin saudara islam UMNO dikeji dan diperli tetapi pemimpin yang dah peluk Kafir Harbi Laknatuaalah DAP disanjung....
KIta jangan angkuh hanya kerana kira beroleh lebih kekuatan kali ini.....jangan takbur......tiada siapa tahu kuasa kita masa depan.....Namun sedihnya umat yang mengaku islam lebih rela dan berterusan mahu dan beriktizam untuk memusuhi Islam UMNO tetapi cium mulut dengan Kafir Harbi DAP.....hanya kerana kuasa......
Siapa antara pememimpin PAS sekarang yang berani menyatakan bahawa PAS akan terus berjuang melaksanakan hudud dan pemerintahan islam....wlaupun ditentang DAP kafir Harbi.......Beranikah PAS keluar dari DAP/PR jika DAP menentang hudud...atau pemimpin PAS akan mengikut telunjuk DAP.....
Fikirlah.....Kita mahukan kuasa dengan membelakangkan perjuangan atau menegakkan perjungan PAS yang sebenar......YNag untuk adalah kafir harbi DAP.....
Depa yang bahagian tu depa tak peduli. Janji perut kenyang duit haram yang dikata halal.