Polis pernah membawa balik orang kuat Parti Komunis Malaya, Musa Ahmad dari Beijing. Polis juga pernah membawa balik Ashaari Muhammad dari Siam. Ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri, polis-polis cawangan khas (SB) yang berkerja bersama-sama saya selalu berkata dengan bangganya bahawa polis Malaysia "is one of the best in the world".
Pada masa itu, iatu selepas 1982, PAS dikategorikan sebagai ancaman. Saya tak lupa bagaimana kawan saya yang sedang menjalani latihan di SB School bercakap pandai tentang gerakan Islam. Beliau menayang-nayangkan pengetahuannya tentang pemikiran Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan sebagainya. Ketika menziarahi kami di hari cutinya, saya lihat beliau membawa bersama-samanya buku-buku yang ada dalam silibus tarbiyyah PAS.
Dalam hati, walaupun terdetik bahawa "SB Malaysia is one of the best in the world," saya berkata, "celaka sungguh!"
Pada pertengahan tahun lapan puluhan (selepas saya berhenti dari Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 1983), ketika saya disoal siasat oleh tiga orang pegawai polis dan anggota SB yang menjadi kawan saya ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri turut berada di situ menyaksikan saya disoal siasat (di mana sebelum itu beliau memberikan sekotak rokok Benson & Hedges 20 batang kepada saya - hanya Allah s.w.t. yang tahu tujuannya berbuat demikian), saya mengakui saya kantoi beberapa kali apabila mereka mengasak saya pelbagai soalan dan sudah tentu termasuk leading questions mengenai PAS.
Akhirnya, bila saya dah tak tentu arah, entah macam mana tanpa dirancang, saya menyebut, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"
Tanpa saya sangka, tiba-tiba mereka naik marah kepada saya dan menghambat saya balik apabila saya kata "SB Malaysia is one of the best in the world!" Oleh kerana entah berapa pintu yang terpaksa saya lalui untuk sampai ke bilik soal siasat tersebut sebelum itu, saya jadi tak ketahuan nak cari jalan keluar. Terpaksalah saya minta tolong dengan salah seorang anggota polis di situ. Dengan izin Allah, nasib baik dia tolong.
Dalam perjalanan pulang, saya mengutuk-ngutuk diri sendiri. Walaupun saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal lidah saya, tapi saya rasa sangat berdosa kepada PAS kerana ada juga yang saya kantoi. Saya rasa hendak campak sekotak rokok yang diberikan kepada saya itu, tetapi tak sampai hati pula kerana rokok itu diberikan oleh kawan saya - walaupun dia seorang SB.
Saya menceritakan pengalaman di atas untuk menyatakan betapa bangganya polis Malaysia apabila disebut bahawa pasukan mereka "is one the best in the world".
Saya tak tahu mengapa pegawai-pegawai polis yang saya ceritakan di atas tiba-tiba marah kepada saya dalam soal siasat yang saya lalui itu. Mungkin mereka rasa terhina apabila saya kata, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"
Mungkin mereka fikir saya memperlecehkan mereka - seolah-olah saya kata mereka terlalu koro dalam mencari maklumat sehingga terpaksa bertanya kutu macam saya. Padahal, saya tidak berniat demikian.
Saya sendiri pun tak tau macam mana saya boleh berkata begitu. Yang pasti, saya sangat gelabah waktu itu hingga terlintas dalam hati, "Kalaulah aku ada ilmu ghaib!"
Hari ini, Raja Petra Kamarudin (RPK) hilang entah ke mana. Polis mendakwa beliau berada di Brisbane. tetapi, RPK seolah-olah mempermain-mainkan mereka apabila beliau sengaja menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka ketika polis bagaikan ternganga-nganga di sana-sini menjejakinya. Saya tak kata polis ternganga-nganga, saya kata bagaikan ternganga-nganga.
Ketika beliau menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka dalam keadaan polis mencari-carinya itu, dia tampil pula dengan dakwaan terbaru.
RPK mendakwa bahawa Tun Daim Zainuddin pernah memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu pernah bertemu di Oriental Hotel di Marina Square di Singapura setahun sebelum wanita Mongolia itu dibunuh dan diletupkan.
Malah, beliau mendakwa pula bahawa dengan bukti yang dimiliki oleh Singapura itu, pulau puaka itu boleh memeras ugut Najib.
RPK cuba menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh diperas ugut oleh Singapura. Saya benar-benar berharap dakwaan RPK tidak benar. Jika RPK berbohong, saya harap Dr Mahathir, Daim, Najib dan Razak Baginda tidak berdiam diri. Yang nampak dah kotor sangat perlu dibersihkan. In the absence pun boleh saman.
Jika perkara itu benar, bayangkan betapa buruk akibat kepada negara ini! Pulau puaka pasti membawa celaka!
Berkaitan:
Cops seek Interpol manhunt for RPK (Malaysian Insider - komen-komen di sini)
I just love a good fight (Malaysia Today 23/5/09)
Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM!
Jangan malukan Malaysia, Najib!
Isu Altantuya masih relevan, Datuk Seri!
Let’s send the Altantuya murderers to hell (Malaysia Today 25/4/08)

Cantik? Klik 

Awas! Bapak Kemaluan kita sedang bertahta.
Legasi Bapak Selipa Jepun
Legasi Bapak Klingtong.
Mereka semua "DEvils in disguise"
http://warongpakyeh.blogspot.com
pening rakyat hampa semua buat........aku tuntut setiap nilai wang ka, penat lelah ka atau apa2 saja yang aku sumbangkan sebagai rakyat malaysia yang hampa dok seleweng tu kat padang masyar kelak.................lani seronok la pemimpin-pemimpin politik sekalian
Oreang dah kena isim, buat apa nak layan.
Lari ke brisbane naik air asia bolehlah.
Ada kaitan dengan pembinaan jambatan baru?
salam.
satu cadangan yang berani dan bijak.syabas!
teruskan penulisan anda.
kenapa harus takut jika anda memang benar!
wassalam.
Haiyah! No comment
Orang tanjung rambutan nak saman pi macam mana. Pikiaq lah bakar oi.
Bhai
The best of the best... hahaha.... macam tajuk filem jer...
http://percayaker.blogspot.com/
berani ker PM tangkap RPK. nanti aminah binti Abdullah akan kempen pilihanraya. mampus PM.
Nak saman macam mana orang bacul.
Hoi Bangsat.... Tak perlu nak saman, dah lari pun dia...... Yang saudara Quote semua dari RPK ni apa semua betul ka? Jangan Quote kalau hanya nak buat cerita itu fitnah namanya. Najib tak perlu saman dia tak akan bayar pun,,, saman yang duk tunggu pun dia dah tak mampu nak bayar nanti. JAngan buat kerja bodoh. KAlau yang si Saiful suruh sumpal laknat kenapa tak teruskan? Bongok
Brader Najeeb kite tak larat nak saman RPK sebab perkhidmatan ISA percuma, kalau ade kos pun, rakyat yg tanggung. Buat ape susah-susah nak fail kes ngan peguam, lagipun brader guaman kite dah tak syiok lepas 5 rakan mereka kena masuk lokap angkara 'best of the best'. kekeke
Tok Ayah apsal mengelupor? org suruh siasat.. aku sendiri blum percaya bulat2. Tapi yg logiknya betul jugak kalu kenyataan RPK fitnah pegi la saman. Mahkamah sentiasa di sisi pemerintah apa takot? Lgi pun RPK bukan menyorok sampai polis dunia susah nak cari pun. Helmi yg dikait politik allizebert pun blum di cari. Kenapa isu PM ni cepat tok ayah dan lain2 melenting? sempurnakan akal demi keadilan sejagat. bukan utk diri aje kelak keturunan kita yg lebih sesat. Tok ayah xperlu bidas apa org PR tulis. Tok ayah berjuang teruskan lah..saya sendiri sgt2 nak tahu isu atau fakta yg menarik semula diri untuk sertai umno. Itupun jika berhasil melangkah arus dasar yg berfakta seperti fakta al-quran jelas kita wajib menegakkan hukum Allah. Soalnya kenapa x tertegak? Pertama perlambagaan kita yg di dokong umno selama lebih 50thn tidak lgsung ada pembaikan dalam ke arah menegak hukum. Menakut2kan bukan islam dlm dasar2 hukum sememangnya menjauhkan lagi keindahan Islam yg sepatutnya utk semua bkn utk kita shaja. Apakah tok ayah bercita2 untuk itu? Jika ya pasti tok ayah bukan membidas sepatutnya terus menyiasat. Kebenaran pasti tok ayah ketahui.
Laughing stock betoi PM Malaysia. MSM dare not print thetruth but overseas newspapers have no qualms expecially when Ozziez have past reputation of comptempt towards previous 2 PMs. Overseas malaysians are waiting for an opportunity for Najib and co to visit OZZ. Going to be one great embarrasing affair. First question. Is it true that you are involved together with Rosamh in the murder of Alatantunay. game over.
Bai you jangan tambah tambah cerita nanti kena pakai toncet nanti.
Salam.. Bakaq... Selepas peristiwa Penahanan 19 orang di PERAK.. rasanya .. mungkin ahli politik PR tak boleh buat kenduri kahwin memandangkan.. kemungkinan dianggap perhimpunan kenduri tanpa permit.. dan semua sanak saudara dan pengunjung juga akan di tahan.. apatah lagi kalau membuat mesyuarat cawangan, kawasan, negeri, dan mesyuarat PR .. pasti akan semuanya ditahan... apa dah jadi ni,, Di perak semua orang kena tahan.. macam kes sekumpulan anak muda mat2 motor atau saja2 lepak di tepijalan sembang2 .. dan akhirnya ditahan kerana tak ada permit.. wah lepas ni apa pulak yer.. mungkin berkumpul solat maghrib pun akan kena minta pernit juga dengan polis... atau nak solat berjamaah nanti pun kena minta kebenaran polis... ishhhh3 dahsyatnya.. PERAK ku.
TokAyah:
Kalau U orang tuduh bini hang main kayu 3 anda anda tak marah ke ?,,Kalau orang tuduh ayah hang bunuh orang adakah anda nak duduk diam ? Jawab ler
saman bukan sbb duit bahlol tapi sbb Najib kena bersihkan nama dia. Yang Najib ngan bini dia takut sangat nak saman napa pulak. Ini bukan dia laki bini je, ni pasal negara. Keselamatan negara terancam kalau berketuakan orang yang penuh dengan kontroversi. Senang2 kena ugut dek musuh. So skang tiba masanya Najib laki bini bersihkan nama. Tu pun tak reti ke... Berani kerana benar. Korang tak pelik ke dua orang yang kena hukum baru2 ni..membunuh tanpa sebab?. he he he...hishh! RPK at least berani gak pergi court tapi Najib?. Madey pun takut. Bacul!
PPP pun dan dapat penyakit Influenza H1N1 macam UMNO BN .. nampaknye.. Boleh lantik Presiden ikut suka.. redah saja ..peraturan tu alah... persetankan saja,,, kesian PPP.. akhirnya jadi macam PERAK Juga...
Selepas ni .. mungkin ada ahli tertinggi UMNO pun akan buat mesyuarat tergempar dan melantik dirinya sebagai Presiden UMNO dan PM .. wah ini pasti ganteng,,, ini... wah2222
Buat apa nak saman orang tak ada teloq. anak sendiri taada makan, pi mencuri. PR patut ambil anak dia jadi anak angkat.
bagui jugak ye...ada yg emosinal nampak...dgn memberi contoh isteri main kayu tigo la....kalu bapak hang kene tuduh lah....apa tindakan hang....tapi INGAT ckit kalu perkara ni benar2 berlaku isteri dan bapak hang ...agak2nya lah mana hang nak taborrrr muka kita ni pada masyarakat..sahabat..malahan sedara sndiri..tarik nafas dalam2 dan hembuskan prlahan2....fikirkan ye....mungkin akan jadi kera sumbang dlm bilik je kot...atau apa2 lah...hukhukkkahkahka
Saman sediada pun tak boleh nak bayar. Cukup-cukuplah. Ini dikatakan bila dah besar jadi pencuri. Mintak nasihat ulamak politik.
Dengar dia pi naik tonkang melalui papua.
macamana nak saman kerana kadang - kadang dia menjelma menjadi toyol.