
Kata-kata Tok Guru Mursyidul Am di bawah (dari berita Harakah Daily 17/5/09 bertajuk "Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Nik Aziz") saya simpan elok-elok di sini sebagai pedoman masa hadapan:
Oleh kerana beliau berani datang ke Kuala Lumpur dan sedia menghadap Jawatankuasa Harian PAS untuk membela dirinya, mungkin dia ada hujah untuk menafikan tuduhan terhadapnya. Perkara itu jauh lebih baik dari lari terbirit-birit kerana takut berhadapan dengan tuduhan.
Semoga yang keruh akan kembali jernih. Saya hanya nak minta jangan kasar sangat kepada Ustaz Mat Iraq. Dari segi politik, saya bukan peminat beliau kerana saya tidak melihat kepintaran berpolitiknya sama seimbang dengan ketinggian ilmunya. Tetapi pada masa yang sama, saya juga tak suka langsung kalau beliau dikasari.
Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas

"Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang). Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta".Malam tadi, orang yang dituduh terlibat dengan rasuah politik di dalam PAS datang ke Kuala Lumpur. Tujuannya, untuk mengemukakan pembelaan terhadap tuduhan ke atasnya. Orang itu bukan pemimpin peringkat PAS Pusat. Hanya aktivis peringkat kawasan yang baru-baru ini kalah dalam pemilihan peringkat tersebut.
Oleh kerana beliau berani datang ke Kuala Lumpur dan sedia menghadap Jawatankuasa Harian PAS untuk membela dirinya, mungkin dia ada hujah untuk menafikan tuduhan terhadapnya. Perkara itu jauh lebih baik dari lari terbirit-birit kerana takut berhadapan dengan tuduhan.
Semoga yang keruh akan kembali jernih. Saya hanya nak minta jangan kasar sangat kepada Ustaz Mat Iraq. Dari segi politik, saya bukan peminat beliau kerana saya tidak melihat kepintaran berpolitiknya sama seimbang dengan ketinggian ilmunya. Tetapi pada masa yang sama, saya juga tak suka langsung kalau beliau dikasari.
Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas
Berita Harian (18/5/09): Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliau tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Nik Aziz
Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, beliau berkata kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas.
"Saya sudah tua dan saya juga sudah menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Ketua Dewan Ulama Pas... terpulanglah jika tindakan mahu diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mohamed juga mempertahankan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu bukan bersifat tuduhan kepada sesiapa, sebaliknya lebih kepada nasihat umum terhadap ahli Pas supaya berwaspada dengan penularan gejala berkenaan.
"Tujuan saya membuat kenyataan itu ialah untuk memberi nasihat kepada semua yang menjadi perwakilan menjelang Muktamar Tahunan Pas bulan depan supaya tidak terikut-ikut atau terbabit dengan gejala politik wang," katanya.
Rabu lalu, media melaporkan mengenai pendedahan Mohamed berhubung gejala politik wang yang mula menular dalam Pas apabila ada pihak tertentu yang sanggup mengadakan jamuan dan memberi hadiah kepada perwakilan untuk melobi undi.
Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan beliau sebagai serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala tidak sihat itu dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan mereka yang menjejaskan imej parti.
Berikutan itu, Mohamed dijangka dihadapkan ke Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuatnya itu.
Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilaporkan berkata, Mohamed perlu memberi penjelasan berkaitan perkara itu dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.
"Jika beliau gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.
Harakah (17/5/09): Perwakilan PAS diharap tidak berkompromi dengan calon-calon yang dikatakan mengamalkan 'politik wang' pada pemilihan sempena muktamar PAS pada bulan depan.Rasuah Pas: Nik Aziz kesal
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita sekiranya benar ada pemimpin PAS yang cuba menyogok wang bagi mendapat kedudukan dalam parti.
"Sewajarnya orang sedemikian ditolak perwakilan bagi memastikan ia tidak wujud dalam PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
"Orang berpeluang menuduh kita sekiranya kita membiarkan diri melakukan sesuatu yang bercanggah," katanya selepas meraikan bakal pendaki Gunung Everest, di pejabatnya hari ini.
Baru-baru ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud mendakwa ada calon yang akan bertanding pada muktamar PAS bulan depan difahamkan memberi saguhati kepada perwakilan.
Ketika ditanya berhubung tindakan yang perlu diambil sekiranya ada calon yang bakal bertanding turut mengamalkan politik wang beliau berkata, calon seperti itu hendaklah ditolak.
"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.
"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya.
Oleh itu beliau menasihatkan perwakilan PAS tidak membiarkan gejala seperti yang menimpa Umno sekarang menjangkiti PAS.
Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.
Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.
"Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.
"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza," ujarnya.
Beliau turut melahirkan rasa syukur apabila Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding biar pun sebelum ini media sering membuat spekulasi jawatan itu akan ditandingi.
Kata beliau biar pun media sering memperbesarkan isu pengganti presiden, namun sebagai sebuah gerakan Islam pemimpin yang berkemampuan wajar dikekalkan.
"Selagi beliau masih sihat, Insya-Allah amat wajar Ustaz Hadi terus menerajui kepimpinan parti. Ini ketokohan beliau diakui di seluruh dunia apabila sering dijemput hadir menyampaikan ucapan.
"Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu. Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta," katanya.
Beliau juga memberitahu ada PAS kawasan mencalonkannya bertanding jawatan presiden, namun beliau menolak cadangan itu.
Katanya beliau sudah serik dengan pengalaman ketika menandingi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS pada tahun 1960-an iaitu menentang Haji Husin Rahimi.
"Saya terkilan sampai ke hari ini kenapa melawannya pada waktu itu. Sebab itulah sampai sekarang saya telah serik untuk bertanding merebut apa-apa jawatan," ujarnya.
Sinar Harian (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak dakwaan kemungkinan berlaku pemberian sagu hati atau sogokan oleh calon kepada perwakilan pada kempen pemilihan menjelang Muktamar ke-52 parti itu Jun depan.Nik Aziz tidak tolak kemungkinan berlaku sogokan dalam PAS
Menteri besar Kelantan itu berkata, beliau amat dukacita dan sedih kerana kegiatan yang tidak bermoral itu turut melanda Pas.
“Boleh jadi ada sungguh. Dan kalau ada saya sangat dukacitalah. Saya sangat dukacita kerana saya selalu sebut kita ni sokong Pas sedangkan Pas ini wadah perjuangan Islam. Islam mengharamkan rasuah.
“Kalau benda itu kita bagi sebelum timbul masalah pencalonan tidak jadi masalah tetapi ini kita bagi pada masa pencalonan, tidak boleh tidak orang akan tuduh kita kalau pun kita ni bersih.
“Tetapi orang tuduh kita bila kita buat sesuatu dalam keadaan yang mencurigakan. Kita dinasihatkan jangan berbuat sesuatu sehingga orang boleh menuduh kita melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, semalam.
Beliau berkata, tuduhan tidak akan dilemparkan sekiranya perbuatan dan perlakuan yang dilaksanakan tidak menimbulkan keraguan.
“Nasihat saya, jika calon memberikan kita sagu hati kita terima. Kalau dia beri kain kita pakai. Bagi lembu kita sembelih tetapi jangan undi dia.
“Perwakilan pun saya nasihatkan kalau orang beri, kita ambil tetapi jangan kita terpedaya dengan pemberian orang. Jangan sampai kita jadi hamba abdi kepada duit,” katanya.
Minggu lalu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.
Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilaporkan meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian Pas mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.
Mengulas dakwaan itu, Nik Aziz bersetuju Jawatankuasa Disiplin Pas mengenakan tindakan terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.
“Kalau tidak ada fakta seperti kita mengada-adakan benda yang tidak ada.
“Sebab itu kalau tidak ada fakta jangan disebut dan sekiranya ada fakta lebih baik kita jumpa sama seorang,” katanya.
Menurutnya, Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya menyebarkan perkara yang tidak baik kepada masyarakat.
“Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza,” katanya.
Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden Pas selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.
“Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melaga-lagakan pemimpin untuk jawatan itu,” katanya.
Beliau berkata, Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam.
mStar Online (18/5/09): Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.Tolak calon terbabit politik wang: Nik Aziz
Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS sematamata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.
"Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.
"Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, semalam.
Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.
Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.
"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.
"Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.
Sabtu lalu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian PAS mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.
Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.
"Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melagalagakan pemimpin untuk jawatan itu," katanya.
Beliau berkata Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam sehingga ke peringkat global.
"Selagi beliau sihat kita terima kepimpinan dia. Kalau beliau buat salah kita tegur seperti mana saya sangat suka orang tegur kesilapan saya dengan besertakan fakta.
"Saya sudah serik berlawan dalam parti seperti mana saya menentang Tok Guru Haji Husin Rahimi sebagai Ketua Dewan Ulama pada tahun 60an dulu tetapi kalau lawan Umno sampai bilabila pun saya sanggup," katanya.
Berita Harian (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu perwakilan parti itu menolak mana-mana pemimpin yang memberi sogokan, termasuk wang kepada mereka, dalam usaha meraih sokongan pada Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.Politik wang mungkin ada - Nik Aziz
Beliau yang masih kesal kerana tindakannya bertanding melawan ulama Pas, Husin Rahimi, sebagai Ketua Dewan Ulama sekitar 1960-an berkata, mana-mana pemimpin Pas yang memberi sogokan untuk mendapatkan undi perlu diberi pengajaran dan mereka tidak layak diberi tempat dalam barisan kepemimpinan parti itu.
“Boleh jadi ada sungguh (politik sogokan dalam Pas). Kalau ada (gejala sogokan), saya sangat dukacita kerana Pas adalah wadah kita memperjuangkan Islam yang mengharamkan rasuah.
“Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan Pas, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan).
“Selama ini, Pas berjaya menyelamatkan kalbu manusia (khusus pemimpinnya) daripada menerima rasuah meskipun ditawar wang berjuta. Mereka menolak sogokan bukan kerana takutkan polis atau pencegah rasuah tetapi kerana takwa kepada Allah,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, memberitahu demikian selepas menyerahkan tajaan kerajaan Kelantan berjumlah RM50,000 kepada sekumpulan pendaki negeri ini yang dijadualkan menakluk kemuncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, dalam ekspedisi akhir bulan ini.
Nik Abdul Aziz menyuarakan gesaan itu ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, yang mendakwa politik sogokan kebendaan kini mula menular dalam Pas ekoran proses pencalonan dan pemilihan yang berlangsung dalam parti.
Beliau mengingatkan perwakilan Pas ke muktamar pemilihan tidak terpedaya hingga menjadikan diri mereka abdi kepada duit atau hadiah yang ditawarkan oleh pihak tertentu.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyokong langkah Dewan Harian Pas memanggil Ketua Dewan Ulama terbabit memberi penjelasan terhadap dakwaan itu.
“Kalau dakwaan itu tidak benar, saya setuju beliau dikenakan tindakan kerana kalau nak sebut depan ramai (pendedahan umum) mesti ada fakta kerana tanpa fakta ia menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya.
“Malah jika mempunyai fakta sekali pun, lebih baik kita bersemuka pihak terbabit dan memberi nasihat. Tak usah disebarkan benda ini (dakwaan) kepada masyarakat kerana dalam Islam tidak digalakkan menyebarkan benda tidak baik,” katanya.
Mengulas kemenangan tanpa bertanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelang muktamar kali ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersyukur terhadap kejayaan Abdul Hadi yang terus diyakini perwakilan akar umbi walau pun ada desakan dan terjahan pihak tertentu supaya pucuk pimpinannya ditukar.
"Perwakilan Pas tahu keupayaan Tok Guru Haji Hadi, beliau sering membawa suara Islam dan Pas ke pentas dunia, sesuatu yang sukar dicari ganti. Justeru, selagi beliau sihat, kita akan terus terima kepemimpinannya. Kalau ada tersalah silap sikit, kita pakat-pakat tegur dan nasihat.
"Saya sendiri pun begitulah, saya sangat suka orang memberi teguran dengan syarat mempunyai fakta. Teguran tanpa fakta, sukar untuk saya terima," katanya yang mengakui dari awal lagi menolak daripada menerima sebarang pencalonan mencabar Abdul Hadi bagi jawatan Presiden Pas.
"Bagi diri saya, sampai kini masih rasa terkilan kerana melawan Husin. Saya terkilan hingga hari ini, kenapa melawan tok guru. Sebab itu saya serik dan perit untuk melawan sebarang jawatan dalam Pas, kalau dengan Umno, sampai bila-bila pun tak apa," katanya.
Utusan Malaysia (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.Abdul Hadi diperlukan terus terajui
Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.
Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.
"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.
"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.
"Dalam suasana begini, jangan kita beri macam-macam dekat orang sebab mereka akan tuduh kita. Orang tidak tuduh kita kalau kita ini bersih, jadi jangan buat benda yang boleh membuatkan orang tuduh kita.
"Perwakilan jangan terpedaya, jangan jadi hamba duit dan Alhamdulillah, Pas berjaya menyekat nafsu daripada terperangkap dengan duit," katanya.
Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.
"Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta," katanya.
Mohamed telah diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat dan sekiranya gagal mengemukakan bukti, beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.
Utusan Malaysia (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden parti itu tanpa bertanding amat tepat.Gejala rasuah: Motif Ketua Dewan Ulama dipersoal
Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai pengalaman luas dan ilmu yang tinggi untuk terus membimbing parti dalam perjuangan menegakkan Islam di negara ini.
Sehubungan itu, Nik Aziz meminta ahli-ahli parti terus mempertahankan Abdul Hadi sebagai presiden selagi beliau sihat dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.
“Beliau ada pengalaman luas bukan saja dalam negeri malah bersama-sama dengan pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia, payah untuk cari orang seperti ini kecuali beliau sahaja.
“Selagi beliau sihat, kita akan terima beliau untuk terus memimpin Pas dan kalau ada salah sikit kita pakat-pakat tegur sama juga dengan saya, cuma kalau hendak tegur saya, kena ada fakta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Abdul Hadi sah mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden.
Abdul Hadi mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2003 itu selepas menerima pencalonan daripada 136 Pas kawasan.
Keseluruhannya Pas mempunyai 176 kawasan namun hanya 137 kawasan selesai bermesyuarat sebelum tarikh akhir penyerahan senarai pencalonan pada 8 Mei lalu.
Utusan Malaysia (18/5/09): Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri, Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim mempersoalkan motif pendedahan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi kononnya wujud gejala rasuah menjelang pemilihan dalam parti itu.Rasuah: Pas tidak terkecuali
Katanya, adalah malang sekiranya ia sekadar bersandarkan 'cakap-cakap' sedangkan kenyataan yang dikeluarkan atas sifatnya sebagai Ketua Dewan Ulama hanya mencetuskan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan ahli.
Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu sengaja dibuat dengan agenda tertentu bagi mempengaruhi proses pemilihan dalam kepimpinan parti dan cuba meletakkan kalangan tertentu sebagai sebagai sasaran tohmahan.
''Pandangan seorang pemimpin ulama menjadi rujukan dan dasar perjuangan parti keseluruhannya.
''Kita berharap pandangan yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas itu berasaskan bukti yang nyata," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa Mohamed diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat berhubung ucapannya semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Rabu lalu.
Dalam ucapannya, Mohamed menyentuh mengenai wujudnya gejala memberi 'hadiah' kepada perwakilan dan berharap gejala seumpama itu tidak diamalkan.
Bagaimanapun, Mohamed yang kemudiannya didesak oleh beberapa pihak bagi membuktikan perkara itu, tidak berhasrat untuk mendedahkan sesiapa kerana hanya gambaran umum berdasarkan apa yang diberitahu oleh rakan-rakan.
Menurut Ahmad Rusli, kenyataan seumpama itu hanya akan menjejaskan imej parti dan persepsi terhadap barisan kepimpinan sekarang dan yang akan dipilih kelak ketika parti berada pada tahap kukuh dan turut mendapat kepercayaan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
''Sebagai orang baru dalam Pas, saya melihat lontaran ini sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kejutan politik dan mungkin ada agenda tertentu yang semata-mata ingin 'mengenakan' mana-mana pihak.
''Pandangan Ketua Dewan Ulama biarlah dapat menjernihkan suasana, bukannya menimbulkan kekeliruan dan keresahan yang berpanjangan dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dan diperbesarkan," ujarnya.
Beliau juga menarik perhatian mengenai isu yang dicetuskan oleh Mohamed ketika tokoh itu memutuskan menarik diri daripada terus menerajui Dewan Ulama.
''Ia juga memberi gambaran seolah-olah beliau cuba 'mengetuk-ngetuk biar retak' sedangkan beliau sepatutnya memperbaiki keadaan jika wujud apa yang dikatakannya itu," ujar Ahmad Rusli.
Utusan Malaysia (18/5/09): Dakwaan rasuah yang berlaku dalam Pas menunjukkan parti itu juga tidak terkecuali daripada gejala terkutuk tersebut, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, gejala berkenaan tidak boleh dikhususkan kepada parti tertentu sahaja dan Pas diyakini akan mengambil strategi untuk tidak menggembar- gemburkan masalah tersebut kepada umum.
"Itu soal mereka dan kita tidak mahu campur tangan dalam urusan Pas tetapi kalau ada laporan tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ambil tindakan," katanya di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam yang mengarahkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuarat khas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.
Husam berkata, sekiranya Mohamed Daud dapat mengemukakan bukti maka ia akan dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.
Mengenai pemecatan Senator T. Murugiah dalam Parti Progresif Rakyat (PPP), Muhyiddin berkata, ia adalah urusan dalaman parti berkenaan yang tidak perlu parti lain campur tangan.
Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih molek jika PPP menjelaskan asas dan sebab berhubung langkah tindakan pemecatan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.











Cantik? Klik 






hairan juga tengok Husam kelam kabut dan gelabah tak tentu pasal bila Ust Mat Daud sebut pasal rasuah dan politik wang ni.... mcm ada org termakan cili ja...
lagi hairan kenapa dia sebut Ust Mat Daud di panggil mengadap Dewan Harian sedangkan Ust Mat Daud dah memang pun salah seorang ahli Dewan Harian Pusat.
Salam.. nak minta pendapat tuan tenteng keratan akhbar dibawah,adakah TH dah tersasar daripada landasan nya kerana mengejar keuntungan??
Desak TH turunkan tambang haji
KUALA LUMPUR 17 Mei – Tabung Haji (TH) digesa menimbangkan semula keputusan menaikkan kadar tambang 11 peratus untuk musim haji tahun ini.
Kebanyakan pihak termasuk orang ramai menyifatkan kenaikan itu agak membebankan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Md. Saleh Md. Ahmad berkata, berikutan suasana ekonomi sekarang agak membebankan rakyat, TH perlu mempertimbangkan kenaikan tersebut.
‘‘Kenaikan ini agak membebankan bagi mereka yang berpendapatan rendah, sekarang ini semua kos telah meningkat,’’ katanya ketika dihubungi di sini.
TH dalam kenyataannya kelmarin mengumumkan, kadar bayaran tambang tahun ini akan dinaikkan sebanyak 11 peratus berikutan peningkatan kos yang tidak dapat dielakkan.
Ini bermakna bakal jemaah akan dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kenaikan perlu berpatutan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.
‘‘TH perlu menimbang semula kadar ini dan kalau boleh beri subsidi kepada mereka yang berpendapatan rendah,’’ katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Lembah Klang mendapati kenaikan itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.
Seorang pembantu tadbir Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Norani Salleh, 52, menyifatkan kenaikan tersebut terlalu tinggi.
‘‘Sepatutnya jika jika tidak boleh dielakkan, naikkan sedikit demi sedikit,’’ katanya.
Seorang kakitangan awam, Mek Rogayah Hamzah, 53, juga tidak bersetuju bayaran tambang itu dinaikkan berikutan kegawatan ekonomi sekarang.
‘‘Tabung Haji sepatutnya memahami kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi,’’ katanya.
Pemilik kedai pakaian, Kamal Bahari Abd. Rashid, 41, pula berkata, kadar tambang tersebut tidak sepatutnya dinaikkan berikutan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil.
‘‘Perkhidmatan menunaikan haji sepatutnya tidak dijadikan sebagai perniagaan. TH sepatutnya membantu mereka yang ingin menunaikan haji,’’ katanya.
Pemilik sebuah restoran, Zarina Abdul Hamid, 37, juga berpendapat, kadar baru itu tidak munasabah.
Si Ustaz dah ngaku bagi nasihat, udah tue... bior je laaa... jgn dok ngusik lagi...
kalau benar rasuah dah di amalkan dalam PAS..tak tahu nak cakap apa lagi dah..harap2 idak le
Propaganda UMNO..jgn percaya, apa yg disebut oleh Ust Daud adalah nasihat semata-mata jd tak payah amik kisah sgt pada perwakilan yg tak terlibat dgn politik wang dlm pemilihan muktamar yg akan dtg.
Budaya yang di mulakan oleh Anwar didalam umno dah berjangkit ke dalam pas.jelasnya gang erdogen ini pakai baju pas tapi jiwa masih umno.
kalau nak jadi macam umno,masuk umno saja lah!
Syorkan YB Dato'Husam Musa dijadikan pilihan dlm Muktamar yg akan dtg. Secara jujur, saya seorang profesional dan bekerja dlm sektor akademik. Dlm masa yg sama tidak meninggalkan aspek agama yg dituntut oleh Islam. Jadi, saya berfikir menggunakan lojik akal, ilmu dan juga pendekatan agama. Tn.Hj Husam merupakan idola saya dan banyak pendekatan yg beliau lakukan menjadi minat kepada saya. Saya amat menyokong penuh sekiranya Tn Hj Husam menjadi Timb.Presiden Pas yg akan dtg. Dgn saf kepimpinan Ulama dan Profesional pasti akan meningkatkan lagi minat gol.profesional seusia saya meminati Pas. Apa salahnya dgn Team Erdogan, sekiranya mereka mampu membawa kemenangan kepada Pas dan mendaulatkan Islam yg boleh diterima umum??. Yg menjadi masalah pd pemilihan Pas kali ini bukannya UMNO dan media massa, tetapi ahli2 Pas dan pemimpin2 Pas itu sendiri yg tidak mahu mengubah suasana dan masih berada ditakok yg sama. Perjuangan Pas perlukan perubahan yg lebih pro aktif, dan pemimpin2 seperti Husam, Mohd Sabu, Mahfuz, Mujahid Yusof Rawa, Nizar, Nik Abduh, Hassan Ali, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dll perlu diketengahkan dan diberi peluangan utk membuktikan saf kepimpinan PAs yg mantap. Disamping tidak meminggirkan Ust Taib Azamuddin, Ust Ismail Kamus, Ust Harun Din, Ust Tn.Ibrahim, Ust Harun Taib, Ust Daud, Ust Idris Ahmad dll. Kita akan memperolehi saf kepimpinan yg jauh hebat dr apa yg UMNO miliki. Dari segi latarbelakang, hujah, ilmu agama dan ilmu politik mcm langit dgn bumi.
Bayangkan, Husam vs Muhyuddin???, Mohd Sabu vs Shafie Apdal???, Mahfuz vs HIshamudin??, Nizar Jamaluddin vs Zahid Hamidi???.....Tak dak ruang utk kita kalah...mampus UMNO!!!
dato' kalah tanding kawasan terus tuduh orang main saguhati... tolong la datuk... datuk pun pun bukan jaga sangat rakyat...
taim sehat pun tak amek cakna dengan rakyat... dah tua dan sakit nih... duduk rumah je lah datuk... drebar datuk pun dapat tender balak juga kan....
Alang2 kau orang nak main rasuah, mainla mcm Umno.. juta2 duit punyaa..baru berbaloi masuk neraka..nak buat jahat penakut pulak..mcm tu toksah jadi jahat la, dah elok kopiah atas kepala ubah la perangai tu.
time takbir kemain lagik..sampai runtuh dinding2 surau tu ha..cite pom pam pom pam, hudud la bagai, khalifah la bagai.. suh ngaji quran merangkak2..poorah!!!!
Husam untuk timbalan presiden.
Tak perlulah terlalu terkejut dengan perihal rasuah dalam PAS ni. PAS dan sekelian ahli-ahlinya bukan maksum tidak juga insan yang kamil.Korup, kroni, nepotism, tujuan menghalalkan cara (kaedah Karl Marx) dan menjual ugama adalah mainan PAS.
Prinsip menegakkan negara Islam, halal haram, bersekedudukan dengan penyembah api yang memusuhi Islam, menghebah-hebahkan maksiat (i-dance dan pertunjukkan bontot), menjual tanah bangsa kepada kafir (kedah, perak dan selangor),memberi gelaran Khalifah Umar Abd Aziz kepada Guan Eng (penyembah api yang sampai mati pun tidak akan tegakkan Islam) dan bersekongkol dengan penyembelih umat Islam di Sri Lanka.
Gejala rasuah, memberi suapan dan hadiah untuk berkuasa bukan sahaja berlaku didalam pertandingan didalam parti tetapi juga menjadi amalan dan PAS beristiqamah dengannya semasa pilihanraya. Bawa beras, tepung, gula, kerusi roda dan bawa air jampi(Pawang Besar Dr Harun Din) untuk dapatkan undi (lihat di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang).Ini menyamai Dajal. Jadi, ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokongnya janganlah terkejut maksiat berleluasa dalam parti sanjungan anda.Ugama Islam pun Nik Aziz, Hadi Awang, Husam Musa, Pawang Besar Dr Harun Din, Hasan Ali dll jual, lelong, gadai dan lacurkan demi kuasa, inikan pula rasuah dalam parti.Memang benar-benar berlaku.
yang aku tau , allah laknat pemberi dan penerima rasuah ...
tak pernah dengar kalau org bagi rasuah ..AMBIK tapi jangan buat ..mcm ne nak dakwah & nasihat mcm tu
Virus ini dah lama bertapak didalam pas. Cuma pendekatannya berbeza.
Nak tanya sikit.. Komen yang nombor satu tu, propas ka promuqabalah? tanya jaa..
Dan satu lagi, nak komen sikit.. Ustaz mat daud nie cakap pusing2 lar.. Last2 kata tegur ja.. Tapi, kalau dari segi tulisan kat akhbar hari tu, ada ka nampak macam tegur??? Tak tau lar bagi orang lain, yang saya faham tulisan tu macam tuduh.. Kalau tegur, dia bunyi lain. Tapi, tak tau lar kalau surat habaq yang dok pusing cerita.
saya bukan benci ulama kerana ulama pewaris nabi. ulamalah pembimbing saya di dunia ini dalam menuju akhirat. soalnya, ulama yang bagaimana? yang tak faham dengan konsep kepimpinan ulama dalam pas? kemudian mengseminarkan kepimpinan ulama dengan slogan 'memperkukuhkan kepimpinan ulama'? ketika muktamar pemilihan sedang mengetuk pintu? yang berkempen cuba menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mempengaruhi para perwakilan? dulu saya lawan sebab dia lemah, hari ini kita kena pertahan dia sebab dia ulama? yang membuat tohmahan hanya dengan mendengar cakap-cakap? yang mengetuai dewan ulama tetapi menentang mursyidul am?
yang menyatakan "Hujah yang mengatakan golongan profesional boleh menyandang dua jawatan tertinggi tersebut kerana mereka dipandu oleh Majlis Syura Ulama adalah kurang tepat." yang menentang "Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama."
saya tak berani nak memperkecil-kecilkan ulama. yang sanggup berbuat begitu bukan saya mahupun dari kalangan mi celup. yang bersungguh-sungguh ke arah itu tidak lain kecuali "ulama". yang hanya mendengar cakap-cakap dan terus ditelah bulat-bulat jelas menolak "jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita..."
fikir-fikirkanlah
komen ustaz mat daud adalah bersifat 'kalau ada' namun pihak musuh pas mengambil kesempatan ini utk memberi gambaran bahawa pas ini telah pun terpalit dgn sindrom politik wang. maka berkatalah orang2 umno dgn gembira 'kata dulang paku serpih'. dan maka hari ini tiba-tiba ustaz mat 'iraq'daud telah menjadi bintang kegemaran dalam Utusan Meloya....
dan orang-orang pas pun melatah dgn menunding jari 'kamukah yg dimaksudkan itu?'......
malang betul.
sokong Husam untuk Timbalan Presiden (PKR)
Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raajiun. Takziah atas kewafatan Hadrat Ayatullah al-Uzma Agha Sheikh Muhammad Taqi Bahjat pada 17 Mei 2009.
http://hauzah.blogspot.com/
Nasihat tu bagus , tapi yang untung umno, umno seronok tengok pimpinan Pas dok berkelai dalam surat kabar dan blog . Umno dah tak payah buat kerja hentam Pas sebab pimpinan Pas pun dah buat kerja untuk umno.Benda yang tak ada dalil, bukti yang kukuh tak boleh cakap pada khalayak umum oleh seorang yang bergelar ulama
Baca mengenai komen Pak Arab mengenai
Najib and Karma Sutra Book
Ape-ape an da... ribut dlam cawen je. Wang kena ade, tak de boleh cari, gitu juge jawatan kalu nak iktiar le. Tapi iktiar tu kna ikut lunas betui. Jange sampe libat rasuah, wang, sogok, bayor sane-sini. Sekader belanje kopi di resto mamak bole kot!
ANAK ABU BAKAR
ATIKEL TERBARU KHALID SAMAD BEST JUGA BUNYINYA.......
APA MACAM PAK BAKAQ.... BOLEH KOMEN
I LOVE ULAMA
TAPI SEJARAH ZAMAN GELAP EROPAH JANGAN LAH KEMBALI MERESAPI JEMAAH ......
"Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.
Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.
"Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.
"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza," ujarnya."
Harap-harap kata-kata seperti ini sentiasa disanubari ahli-ahli politik kita.
salam,
dlm pas itu pun manusia juga semuanya. bukan maklaikat. bagi saguhati, tolong sponsor hotel/penginapan atas dasar persahabatan & membalas budi, tapi dari segi etikanya tetap tak boleh. sbb klu guna alasan mcm ni, umno pun dah lama pakai alasan serupa ni.
harus diingat, dlm pas pun ada 'ustaz2' yg tak berapa betui. jgn krn ustaz itu labelnya pas maka semuanya betui. klu tak silap dulu ada ustaz yg jaja cerita manusia mati jadi khinzir di damansara. dia claim dlm ceramahnya dia sendiri yg tanam mayat manusia itu tanpa permit di damansara. entah mana peginya ustaz itu.
-mat penang.
yg jelas Utusan Malaysia memang support kepimpinan ulama atas sebab2 yg mrk sendiri jer tahu.
salam pak aku yang jahil nak tanya...
1. Sayyidina Umar ra tu dulu nya ulama' ke ?
2. Sayyidina Abu bakar ra dulu nya usahawan ke ?
Apa yang penting aku rasa orang yang layak memimpin PARTI PAS adalah orang yang tahu agama dan mempraktik nya ...
Sayyidina Umar ra dulu nya gedeber , bunuh orang,bukan orang lain anak nya sendiri tuu ,,,Gedeber palik hebat kalah pekida !! tapi setelah mengenal Islam di asuh dan di tarbiyah oleh Rasul maka ia jadi Khalifah / Pemerintah yang baik ,,,Tak sibuk nak main BALAK / PROJEK sewaktu menjadi wakil rakyat .. TAKDER PUN tanya mana BALAK KAWASAN ANA ...Kalau lah DREBAR ana dapat BALAK ,ana macam mane ? ana dapat balak tak ?
KESIMPULAN NYA BANG BAKAQ ..AKU SETUJU KALU ULAMA PROFESIONAL MEMIMPIN PARTI KITA ..Kalau Ulama sibuk main projek /Balak / tak yah lah bakaq ..Malu jer bakaq !! baik masuk UMNO ustaz tuu !! Tak der tempat dalam Parti kita orang macam tuu
Kalu profesional boleh tapi professional/usahawan yang mengamal kan ISLAM yang SYUMUL (Seluruh nya )...TAPI tak yah lah nak bergabung dengan UMNO pulak ...TAK YAH LAH NAK BERUNDING DENGAN UMNO TUU ..TAK SERIK-SERIK LAGI KENA TIPU DENGAN UMNO DULU ....JANGAN JADI BANGANG /BABOON ..ASAS PERJUANGAN PARTI FASAL 5 TUU ..
TAQWA TUU
Tok guru dah kasi lampu hijau.
Masaalahnya sekarang banyak yang mengaku ulama, termasuk janggut 2".
Mat Sabun menang sebab undi pecah tiga.
Jangan pilih timbalan yang rasuah.
bila UMNO rasuah, Pas bertepuk tangan, bila PAS rasuah, mula penin kepala
Tok guru kata orang hulur ambik je.
Pas ni sebenar pun 2 x 5 rasuah bila berkuasa. Title letak tepi. Dunia ana yang punya. OOrang ulur jangan tak ambil.