
Sebelum 5/2/09, kita dengar cerita ADUN Perak bersembunyi dan selepas itu buat kenyataan akhbar kononnya di pergi berubat di Pahang. Kita juga dengar cerita isteri seorang ADUN negeri itu mengadu suaminya disekat tengah jalan kononnya kerana Raja Muda Perak nak jumpa dia tetapi selepas itu dia muncul di Putrajaya.
Siapa di belakang semua itu? Kenapa sekarang ada yang kata "terpulang Sultan"? Foot in your mouth again?
Najib tegaskan Sultan Perak tidak boleh dipersalahkan (Bernama 15/5/09)
Persoalan takutkan pilihan raya di Perak tidak timbul - Shafie (Bernama 15/5/09)
Pilihan raya negeri Perak akan wujudkan polarisasi kaum: Nazri (Bernama 15/5/09)
Najib defends himself and the Sultan over Perak debacle (Malaysian Insider 15/5/09 - komen-komen di sini)
Siapa di belakang semua itu? Kenapa sekarang ada yang kata "terpulang Sultan"? Foot in your mouth again?
Terpulang SultanBerkaitan:
BN tak gentar hadapi pilihan raya negeri di Perak: PM
Berita Harian 15/5/09: Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi pilihan raya negeri di Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri itu walaupun ia adalah sesuatu yang tidak harus berlaku.
Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kesediaan Pakatan Rakyat untuk menemui Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik Perak.
Najib berkata, BN tidak bimbang untuk berdepan dengan rakyat kerana ia sudah biasa dilakukan setiap kali pilihan raya diadakan sebelum ini tetapi semua pihak perlu sedar bahawa penentuan pilihan raya di Perak adalah dalam bidang kuasa Sultan Azlan Shah.
"Tidak, BN tidak gentar kerana kita sentiasa tahu bahawa kita perlu berdepan dengan rakyat dan kita memang berdepan dengan rakyat apabila tiba masanya.
"Ia (pilihan raya) adalah satu daripada pilihan di bawah Perlembagaan dan terpulang kepada Sultan. Jadi ia bukanlah sesuatu yang seharusnya berlaku, tetapi bergantung kepada Sultan untuk pertimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Mengenai kemungkinan BN mengadakan kerjasama dengan pembangkang bagi menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata, perkara itu bergantung kepada tiga perkara yang pernah dinyatakannya sebelum ini.
"Pertama, perlu ada perasaan hormat menghormati antara kedua-dua pihak, keduanya kita perlu mematuhi peraturan di dalam dan luar dewan (Dewan Undangan Negeri) dan tidak perlu ada prasyarat, sebaliknya terbuka untuk meneroka segala kemungkinan," katanya.
Sementara itu, Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur, berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya.
"Kami sanggup berbincang dan mendengar pandangan Perdana Menteri berhubung krisis politik Perak," katanya sambil menjelaskan pertemuan itu bagaimanapun bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Abdul Hadi pula berkata, Pas tetap dengan pendirian mahu DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.
"Jika krisis ini dibiarkan berterusan ia akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," katanya.
Kit Siang berkata, krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata, tetapi ia adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara.
BN kuasai PerakUtusan Malaysia (5/2/09): Barisan Nasional (BN) peroleh majoriti mudah untuk ambil alih kerajaan negeri Perak ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan pakatan pembangkang meninggalkan parti masing-masing bagi menyokong BN.
ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas.
ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO.
BN kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi penubuhan kerajaan baru. Nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.
Najib tegaskan Sultan Perak tidak boleh dipersalahkan (Bernama 15/5/09)
Persoalan takutkan pilihan raya di Perak tidak timbul - Shafie (Bernama 15/5/09)
Pilihan raya negeri Perak akan wujudkan polarisasi kaum: Nazri (Bernama 15/5/09)
Najib defends himself and the Sultan over Perak debacle (Malaysian Insider 15/5/09 - komen-komen di sini)











Cantik? Klik 






Hebat benar penipuan gerombolan PR, riak melangit betul, angkuh takbur jadi pegangan. Memanglah makhluk yang mempunyai sifat begini mereka akan menolak kebenaran,apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka salah dan tidak benar.
Sudah terang dan jelas 31 Adun tidak ingin kepada PR, apa lah susah sangat hendak mengaku tewas. Manusia yang berakal akan terima kenyataan bila sahaja mereka tidak diterima. Wahai Anwar, Wahai Nik Aziz, Wahai Kit Siang, Wahai Hadi, wahai pencacai Pakatan Syaitan, berhentilah menjadi hamba nafsu serakah. Buatlah sedikit kebajikan, jika kamu kuat pilihanraya umum akan datang pakatan syaitan akan memerintah Malaysia ini. Sekarang kamu telah tewas, berjiwa besarlah wahai anggota dan pemimpin pakatan syaitan.
Bila Anwar (Bapa Rasuah Malaysia) merancang untuk ambik alih Parlimen secara rasuah, korup dan penipuan, kamu anggota pakatan syaitan bersorak riang. Nik Aziz, Hadi, Badrul Amin, Hasan Ali, Husam dan lain-lain ulamak syaitan sama-sama melompat-lompat riang.Bila YB Nasa melompat masuk Pakatan Syaitan, Anwar,Nizar dan lain-lain anggota kelab syaitan berkata inilah demokrasi. Bila 3 Adun Pakatan Syaitan berhenti menyokong Nizar, kelab syaitan kata tidak demokratik.
Elizabeth dan pegawai khas MP Pakatan Syaitan berzina, ulamak syaitan membisu.Mungkin ulamak dan pemimpin Pakatan Syaitan pengamal zina dan liwat agaknya.
Bila Pasukan Jihad Hindu menyalak dijalanan, Nik Aziz, Anwar, Hadi, Guan Eng (Khalifah Umar Abd Aziz - gelaran yg pakatan syaitan anugerahkan)turut serta menyalak malahan lebih kuat. Pakatan Syaitan tutup mata terhadap motif sebenar Pasukan Jihad Hindu ini. Wahai Pakatan Syaitan lupa ke kepada Penyembelihan Beramai-ramai terhadap 197 orang Islam di Killinochi (Sri Lanka - 1997) sewaktu solat subuh oleh saudara kembar Pasukan Jihad Hindu. Dan sekarang Prabhaskaran pilih Malaysia untuk sembunyi, mungkin di rumah Anwar, Nik Aziz, Hadi atau mana-mana peimpin Pakatan Syaitan. Nanti bila polis tangkap boleh cakap, kerajaan zalim.
Ada banyak lagi nak di maklumkan kepada pakatan syaitan ini, lain blog dan lain masa saya ceritakan lagi.
marah betul anselmo tu...takut nak pilihanraya punya pasal,sampai jadi gila...
Bagi aku simple je nak selesaikan masalah ni.
Macam team bola, ada dua team. Dua - dua kata dia kuat, dua - dua kata dia boleh menang mudah. So nak selesaikan masalah kitam asuk padang dan bertandinglah secara anak jantan. Ni belum bertanding lagi dah jumpa refri suruh istihar dia menang, anak jantan ke tu. Kalau ada telur jomlah masuk padang baru tahu siapa lebih kuat. Bukan nak bertumbuk cuma nak ajak lawan bola je. Siapa dapat gol banyak dia menanglah tak ke gitu.
Salam,
Secara dasarnya saya setuju dengan hujah Anselmo said..Saturday, May 16, 2009 8:28:00 AM MYT, tetapi secara rasionalnya saya tidak bersetuju dengan bahasa2 yang digunakan...terlalu kasar..
Soalan saya kepada semua: kenapa perlu ada double standard? kenapa PAS hanya menyokong perkara2 yang memihak kepada mereka sahaja? Kenapa tidak berani berkata benar? bukankah itu yang diajar oleh Islam?
Naz Perth
Dengan berkata benar itu akan menjadikan pihak PR (PAS) akan menuju jalan kehancuran dan akan menjatuhkan kredibeliti Parti Islam Malaysia. Ura-ura pemberian HADIAH (pas), politk wang (umno) telah bertiup kencang di seluruh pelusok malaysia. nantikan muktamar pas akan datang..
aper plak..dah betul la aper yg Pr buat..yg anwar kata ada ADUN nak lompat parti tu bukan main lompat saja..sebaliknya anwr akan bertemu sultan utk bubarkan dun..bukan terus muntak nak tukar jerajaan..awat yg bodo sgt hangpa nih..lagi 1 pasai yg eli berzina tu..ulama pas bukan nak diamkan diri..cana nak buat..ulama cuma kata eli tak salah..sebab die org kafir..yg salah melayu yg zina ngan die tu..abih nak buat camna..yg melayu tu pun tak dapat tangkap..bodo ka hangpa nih..kalau dapat boleh la hukum..jg nik aziz kata tak salah tu pada eli..sebab die bukan org islam..bukan boleh jatuh hukum hudud..ni la org umno..nak kata bodo tak belajaq..nak marah..tapi ..tak kata bodo pun rasanya memang bodo pasal hukum nih..patut pun taknak terima hukum hudud..pasai bodoh pengetahuan dalam agama ..
assalamualikum pak bakaq tumpang lalu,,selalu saya baca blog pak bakaq.La ni rasa nak follow pasai suka sangat,,mintak izin no,,Ni pasai negeri Perak saya punya pendapat la,Pakatan patut terimalah keadaan biaq pi la kat depa ndak sangat jadi kerajaan.Nizar insyallah will make agood opposition leader.Fokus pada tolong rakyat.Please show that we can do the job.Allah taala dah bagi 5 negeri utk Pakatan uruskan,tolonglah jadi jadilah politik balik pada serving the public,prepare,belajaq,bersedia dan aturkan barisan cuma ada tak berapa tahun lagi PRU terutama PAS!!! Saya bukan ahli Pas tapi mcm pak bakaq saya sokong Pas pasal menegakkan syiar ISLAM.Kepada NIZAR dah lah tu you can serve the people of Perak as agood opposition leader to ensure the capture of Perak with a landslide nxt PRU.
Hangpa dok bazirkan masa dan tenaga just what UMNO want you to do!!!! setakat ni tak dak lah apa2 perkembangan yg nyata apa PAS boleh buat sebagai KERAJAAN PERSEKUTUAN.Baru Allah Taala bagi 5 negeri dok kelamkabut,,WEEHHHH stop the bloody politiking and start serve the people macam Rasulullah s.a.w buat kat Madinah.You expect DEVINE intervention???? Nak menang without preparation??? Come on Pas prepare for the future!!!! Ramai rakyat Malaysia khususnya orang melayu nak tengok boleh dak Pas memerintah kalau setakat Kelantan saja tok sah cakap banyak lah tu baru satu negeri wehhhhhh,, kerajaan persekutuan is different ball game!!! mana preparation,,Sori pak Bakaq saya dok perati lama dah dok macam tu jugakkk,,PAS jgn terlampau menurut agenda parti lain dalam Pakatan,tolonglah tumpukan perhatian kuatkan parti tambah ahli mobillised your youth wing all over the country!!!enough trivial politics!!! kalau main bolasepak katakan, tak berlatih, macammana nak menang,tak sampai 10 minit dah naik biru,stamina tak dak!!! come on PAS ramai anak2 muda hak sedar nakkan PAS jadi goverment atau play a major role in forming kerajaan persekutuan,,banyak lagi nak tulih tapi takut naik marah,,sori pak bakaq panjang komen...
Anselmo...Anselmo... kesian aku tengok kau ni... Tak payahlah kita nak paksa orang percaya cakap kita. Mereka tau apa yang benar dan logiknya... Kadang-kadang cakap banyakpun merapu namanya. Salam.
Itulah nama Parti Islam, tapi bab kutuk fitnah orang no. 1.. silakan rasa Rasuah dalam parti anda
Wahai Anselmo dan rakan seangkatan. Apasal la korang ni cerdik menulis tapi tak cerdik berfikir. Cuba buka hati dan fikiran tu untuk faham apa yang telah berlaku. Najib buat sidang akhbar tu macam dia pun serupa korang. Jenis tak faham fakta... Dia ingat dia menang pilihanraya ke? Pilihanraya dah lepas lama dah. MB/exco dah dilantik sultan. Takkan baru dapat undi lebih di luar dewan negeri terus buat sidang akhbar mengaku dapat majoriti? Terus jumpa sultan seolah-olah baru jer menang pilihanraya? Dan adakan majlis angkat sumpah? Ini baghal ke bahlol? Fikir sikit kawan. Malu jadi orang melayu kalau tak banyak guna akal waras untuk berfikir.
Biasa lah Anselmo. agama boleh dijual beli. Asal ada untung.
Kenapa MB tak ada majoriti, diluar dan didalam dewan mohon sultan bubarkan dewan. Ini yang dikatakan orang yang cetdik.
Ini yang dikatakan ulama syaitan membisu.
Buat Anselmo,apa yg ko merepek tu,bunyi mcm hebat tapi sayang habuk pun tarak.Andaian mcm tu budak tadika pun boleh buat,sekarang zaman FAKTA.Gaya bahasa dah melambangkan ko tu sakit jiwa/rohani dan jasmani coming soon kut.
Mengucapla byk2..jgn menuduh org len sebegitu rupa,sebab satu jari kata kat mereka ada 4 jari tunjuk kat ko balik.
Rakyat pun tak sebodoh ko,menerima bulat2 apa PR kata melaikan dibuktikan dgn FAKTA.Kebangkitan rakyat setelah melihat FAKTA dan dalil dalilnyer sekali.Ko ingat senang ker nak bagi orang percaya sekadar andaian2 macam ko katakan tu.Fikir la sket beb.
Anselmo yang benar itu pahit.