Sedap!! Klik gambar di atas!

Nasib baik saya tak layak kejar kedudukan dalam PAS!

Saya copy and paste berita-berita di bawah. Lantak hampalah nak komen apa pun. Tetapi, komen yang saya rasa boleh menyebabkan saya kena saman, saya reject. Apa hampa nak kata, ikut hampalah. Aku dah cakap banyak kali dah, aku tak nak hampa yang sedap-sedap tulis, aku pulak yang kena saman kerana siarkan komen hampa. Aku tak nak!

Di pihak saya, saya teringat beberapa perkara:

1. Dalam salah satu Muktamar PAS, terdapat seseorang yang macam orang reti apa satu mendedahkan strategi parti di hadapan umum - wartawan penuh dalam muktamar manakala siaran langsung melalui internet pula ke seluruh dunia.

Saya menghormati ilmu orang itu yang sangat tinggi, tetapi saya tidak fikir dia patut terlibat dalam politik.

2. Dalam ceramah-ceramahnya beberapa tahun lalu, Haji Mohamad Sabu selalu kata, "Rumah kita masuk pencuri, kita pergi report polis. Tiba-tiba, kita yang kena tangkap".

Mat Sabu berkata demikian ketika menceritakan perangai kerajaan Umno. Di dalam PAS, saya harap perkara itu tak menimpa Ustaz Mat Iraq.

3. Ustaz Mat Iraq tentu mengetahui hukum menuduh tanpa bukti. Saya tak tau, saya jahil murakkab.

4. Nasib baik saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS. Kalau saya yang jahil murakkab ini ahli PAS dan saya pula menawarkan diri, tentu Ustaz Mat Iraq bimbang saya hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam.

5. Saya benci sangat-sangat oportunis yang menawarkan diri untuk memantau.

6. Jika benar ada pengamal rasuah politik di dalam PAS, sebelum report kepada SPRM, saya menggesa dan mendesak ahli-ahli dan para penyokong PAS pakat-pakat ludah, tendang, sepak, terajang dan pijak-pijak itu binatang.

Berita 1
Usul pertahan ulama pegang jawatan utama dibawa ke Muktamar Pas

Bernama (13/5/09): Dewan Ulama Pas dijangka membawa usul bagi mempertahankan pendirian agar hanya pemimpin bertaraf ulama sahaja yang wajar memegang jawatan presiden dan timbalan presiden Pas pada muktamar tahunan parti itu bulan depan.

"Dewan Ulama tetap mempertahankan hanya pemimpin bertaraf ulama yang mesti memegang dua jawatan itu tetapi apa pun terpulanglah (kepada perwakilan)," kata ketuanya Datuk Mohamed Daud kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di sini hari ini.

Mohamed berkata jika profesional yang memimpin parti itu, beliau bimbang pemimpin berkenaan hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam.

Beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya.

Mohamed berkata beliau tetap dengan keputusannya tidak mahu bertanding bagi mengekalkan jawatannya pada muktamar akan datang atas alasan beliau kini uzur dan jawatan itu perlu diberikan kepada pemimpin muda.
Berita 2
PAS diminta ambil tindakan gejala beli undi

Bernama (14/5/09): Pucuk pimpinan Pas diminta memberi perhatian serius terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud, bahawa wujud gejala membeli undi menjelang muktamar agung parti itu Jun ini.

Anggota Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata Mohamad yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi agar tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

"Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau," katanya kepada Bernama.

Abdul Fatah, yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi "hadiah" kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu di Shah Alam Jun ini.

Abdul Fatah berkata kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan keadaan ini memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain.
Berita 3
Rebutan dalam Pas ketara

Utusan Malaysia (14/5/09): Perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapat sokongan.

Perkara ini diakui oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menganggap situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa.

Justeru, beliau meminta para perwakilan yang bakal hadir pada Muktamar Agung Pas nanti menolak pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu.

"Situasi kurang sihat ini sedang berlaku kerana banyak perebutan jawatan dalam parti yang sebelum ini tidak terjadi sama sekali.

"Perebutan jawatan ini memang biasa tetapi ada yang sampai buat jamuan dan bagi baju kepada perwakilan untuk melobi. Kalau macam tu menanglah dia," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di sini hari ini.

Perebutan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Agung Pas kali ini dilihat sengit apabila semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden terbuka untuk ditandingi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menyatakan keterbukaannya jika ada sesiapa ingin mencabar beliau untuk merebut jawatan yang disandangnya itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu manakala penyandang jawatan yang sama Datuk Husam Musa pula membayangkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-Umno.

Selain perebutan jawatan, Pas turut masih mencari kata putus sama ada parti itu perlu kekal diterajui oleh golongan ulama atau pun turut dibuka kepada golongan profesional.

Walaupun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong supaya parti itu kekal dipimpin oleh golongan ulama namun terdapat pelbagai pihak yang menentang.

Dalam pada itu Mohamed Daud berkata, tindakan individu-individu yang hanya mahukan kuasa ini perlu dihentikan segera sebelum menjadi lebih teruk.

"Memanglah dah bagi baju, dah kenyang tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera.

"Sebab itu semua perwakilan perlu melantik pemimpin berdasarkan pilihan yang rasional," tambahnya.
Berita 4
'Sogok wang' mula landa PAS

Sinar Harian (15/5/09): Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Muhammad Daud Iraqi sekali lagi berkata beliau tidak menuduh mana-mana calon terlibat dalam isu memberi 'saguhati' kepada perwakilan sempena Muktamar Pas yang akan diadakan pada Jun depan.

Katanya, beliau difahamkan gejala itu mula wujud dalam Pas.

"Harapan saya bagi mereka yang buat hentikanlah. Jangan diteruskan. Saya tidak menuduh sesiapa. Saya cuma kata kalau ada jangan diteruskan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun kata, dia yakin istilah ‘politik wang’ itu tidak ada dalam Pas. Apa yang berlaku itu cuma salah faham.

"Saya nasihatkan jangan biarkan situasi itu wujud. Jangan jadikan Pas seperti Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan beberapa pihak yang meminta perkara itu disiasat dan sekiranya tidak benar seperti dilaporkan, tindakan tegas perlu diambil kepada beliau yang didakwa mendedahkan perkara itu.

Terdahulu Muhammad dikatakan telah mendedahkan kononnya wujud perebutan kuasa di dalam Pas yang semakin ketara sehingga ada calon yang sanggup memberikan sagu hati kepada perwakilan untuk meraih undi pada pemilihan Muktamar Agung Pas ke-52 yang akan diadakan di Shah Alam.

Beliau berkata, kenyataannya itu telah disalah ertikan dan beliau tidak sama sekali bermaksud untuk menuduh mana-mana calon yang terlibat dalam muktamar akan datang.

Mohamed dalam kenyataannya menganggap situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sekiranya dakwaan itu benar ia hendaklah dibawa kepada pihak tertinggi parti untuk menyelesaikannya.

"Saya sendiri tidak ada lagi maklumat mengenai situasi itu. Nak komen lebih tak boleh. Kalau ada bukti, kita kena bawak perkara ini kepada pihak tertinggi.

"Tetapi sekiranya ia benar-benar berlaku, pucuk pimpinan parti perlu ambil perhatian. Politik wang ini akan merosakkan parti dan pucuk pimpinan parti," katanya.

Dalam pada itu, anggota Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun dalam kenyataannya kepada media berkata pucuk pimpinan Pas diminta memberi perhatian serius terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud, bahawa wujud gejala membeli undi menjelang muktamar agung parti itu Jun ini.

Katanya, Mohamad yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi agar tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

"Jika dakwaan itu tidak benar, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau," katanya kepada Bernama.

Abdul Fatah berkata kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan keadaan ini memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain.
Berita 5
Tewas jika beli undi

Sinar Harian (15/5/09): Calon yang menggunakan wang untuk mendapatkan undi dalam pemilihan jawatan tertinggi parti itu akan tewas dalam pertandingan yang mereka sertai.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Al Tantawi berkata, sudah menjadi tradisi kepada Pas bahawa parti itu tidak memilih calon yang mempunyai latar belakang yang tidak bersih dan mempunyai masalah.

"Saya tidak tahu adakah perkara (beli undi) ini berlaku atau tidak sebagaimana yang didakwa, sekiranya berlaku ia merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya kerana ia boleh memberi satu persepsi buruk kepada Pas.

"Tetapi apa yang pasti, mereka yang melakukannya tidak akan mendapatkan jawatan yang diingininya kerana sudah pasti akar umbi tidak akan memilih calon yang melakukan perkara tidak bermoral itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud yang mendakwa terdapat individu tertentu yang dalam parti tersebut sanggup memberi 'hadiah' kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu di Shah Alam Jun ini.:

Menurutnya, sebagai parti Islam, ahli Pas tidak pernah gelojoh untuk merebut jawatan.

Sehubungan itu katanya, adalah malang bagi Pas jika gejala politik wang benar-benar berlaku kerana masyarakat akan menganggap parti ini tidak ubah seperti Umno.

Beliau bagaimanapun percaya calon-calon yang berkelayakan untuk bertanding dalam pemilihan parti tersebut tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik parti yang telah Islam sebagai tunjangnya itu.
Berita 6
Gerak: Ambil berat teguran ulama PAS

Malaysiakini (15/5/09): Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Rasuah (Gerak Malaysia) menggesa pemimpin PAS memandang berat teguran ketua Dewan Ulama terhadap amalan politik wang pada musim pemilihan tahun ini.

"Perkara ini perlu diberikan perhatian serius, terutama dalam suasana dekat dengan muktamar pemilihan parti itu. Tambahan pula ia disuarakan oleh seseorang yang bertaraf ulama," kata pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus.

Kelmarin, Datuk Mohamed Daud dilaporkan mendakwa terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan melalui penganjuran jamuan dan pemberian baju.

Diminta mengulas perkara itu, Mohd Nazree berkata walaupun pemberian barangan tertentu dianggap sesetengah pihak sebagai "hadiah" tetapi amalan tersebut tetap tergolong dalam kategori suapan, seperti termaktub dalam Akta Suruhanya Pencegahan Rasuah 2009.

Tambahnya, tawaran Gerak kepada PAS untuk memantau amalan politik wang sempena muktamar parti itu, awal bulan depan, "masih terbuka".

"Kita tidak paksa. Terpulanglah kepada mereka untuk buat keputusan," katanya, sambil menyifatkan penolakan PAS sebelum ini dibuat semata-mata atas jangkaan perkara itu mustahil berlaku dalam parti Islam itu.

"Tetapi ingatlah, selepas pilihanraya umum lalu, PAS sudah ada negeri (yang ditadbir), ada exco di negeri-negeri. Apabila ada kuasa dan kewangan, keadaannya menjadi berbeza."

NGO itu sebelumnya menawarkan kerjasama kepada PAS bagi memantau perjalanan pemilihan jawatan tertinggi parti itu untuk mengelakkan gejala rasuah dan politik wang, tetapi ia ditolak kerana badan itu didakwa pro-Umno dan BN.

Gerakan pada asalnya diasaskan oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor - yang menyertai Umno tahun lalu - tetapi dikaitkan dengan BN susulan tindakannya yang sering tampil mendedahkan dakwaan salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat.

Gerak antaranya mengadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu pembelian 46 ekor lembu korban oleh dan penyenggaraan kereta rasminya.

Bagaimanapun, ketika hubungi Malaysiakini hari ini, Mohamed berkata beliau tidak mempunyai bukti sahih wujud amalan tersebut tetapi hanya difahamkan berlakunya pemberian baju dan majlis kenduri.

"Kalau ada berlaku, minta dihentikan. Kalau tak ada, alhamdulillah," nasihatnya.

Ditanya sama ada beliau menyelidiki perkara tersebut, Mohamed berkata: "Tidak."

Kelmarin, Bernama melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti dua amalan tersebut kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.
Berita 7
Buktikan jika betul - Ahmad

Utusan Malaysia (15/5/09): "Perkara ini amat serius, kena buktikan kalau memang wujud. Jika tidak ia akan menjadi fitnah kepada parti."

Itu reaksi Ahli Majlis Syura Pas, Ahmad Awang ketika diminta mengulas gejala politik hadiah yang dikatakan berleluasa dan semakin ketara dalam parti tersebut menjelang pemilihan Jun ini.

Tegas beliau, perkara negatif sebegitu langsung tidak berlaku dalam Pas dan ia tidak boleh disamakan dengan apa yang menyerang UMNO.

"Sepanjang menyertai Pas, saya langsung tidak pernah mengetahui atau mendengarnya dan ia memang tidak berlaku. Walau tersembunyi sekali pun setiap perkara jahat akan terdedah juga. Tetapi masalahnya saya tidak pernah dengar.

"Saya bukannya hanya duduk di atas tetapi turut bersama dengan ahli termasuk merasmikan mesyuarat-mesyuarat cawangan dan kawasan dan ia memang tidak berlaku. Apabila Datuk Mohamed Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama Pas) yang dedah, pergilah tanya dan minta bukti daripada beliau," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak diminta mengulas kenyataan Mohamed yang mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.

Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

Katanya, situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa, justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Agung Pas nanti menolak pemimpin yang mengamalkan sikap sedemikian.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut dihubungi bagi mengulas gejala tersebut enggan memberikan ulasan.

Beliau secara ringkas berkata: "Saya tidak mahu komen apa-apa yang berkaitan dengan muktamar, minta maaf, terima kasih."
Berita 8
SPRM pantau politik wang

Utusan Malaysia (15/5/09): Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak tegas termasuk menahan mana-mana individu yang mengamalkan politik wang menjelang Muktamar Agung Pas pada Jun ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya sentiasa bersedia dan memantau isu membabitkan politik wang mana-mana parti dan akan menyiasat jika terdapat laporan mengenainya.

Setakat ini, menurutnya, tiada laporan diterima mengenai penglibatan para perwakilan dan ahli Pas dalam isu politik wang.

"Jika ada laporan dibuat (mengenai politik wang), SPRM pasti akan bertindak dan mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mengakui perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapat sokongan.

Mohamed Daud berkata, situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa.
Berita 9
Dakwaan rasuah dalam Pas jadi polemik blogger

Utusan Malaysia (15/5/09): Pendedahan Ketua Majlis Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung wujudnya gejala rasuah dalam parti itu mendapat reaksi beberapa penulis blog, termasuk mereka yang cenderung propembangkang.

Mohd. Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com) dalam tulisannya bertajuk Isyarat Penting Mengenai Rasuah Dalam Pas semalam berkata, Mohamed Daud tidak mungkin berbohong mengenai hal itu kerana beliau sangat tahu hukum membuat fitnah.

"Saya yakin 100 peratus Mohamed Daud ada bukti mengenai perkara itu. Kalau tidak masakan beliau berani menuturkannya.

"Tok Guru Nik Aziz sendiri rasanya tidak berani kerana beliau mempunyai perhitungan politik yang jauh ke depan berbanding dengan Mat Iraq yang lebih tulus,'' tulisnya merujuk kepada gelaran Mohamed Daud.

Malah penulis turut mendedahkan dua peristiwa sepanjang muktamar Pas kawasan baru-baru ini yang mempunyai unsur-unsur rasuah.

"Pertama, saya dengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan.

"Pemberian itu bagaimanapun ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang untuk merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan atau mencalonkan orang itu untuk jawatan-jawatan tertentu,'' tulisnya.

Kata beliau, satu lagi kejadian ialah apabila terdapat individu tertentu yang menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk mengugut ketua-ketua cawangan atau para perwakilan.

"Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tertentu kemudahan yang parti anugerah akan ditarik balik,'' tulisnya.

Kata beliau, berdasarkan kepada kejadian-kejadian tersebut maka jelaslah elemen rasuah ketika pemilihan pemimpin parti Pas benar-benar berlaku tetapi ia belum diketengahkan lagi.

Muhammad Azli Shukri (azlishukri.blogspot.com) pula menulis, beliau agak sedih kerana beberapa perkara yang berlaku dalam Pas. Malah mula rasa hilang hormat kepada parti yang selama ini melaungkan kepimpinan ulama dan Islam.

Katanya, perkara itu ialah kerana wujud rasuah atau politik wang pada pemilihan kepimpinan Pas pada kali ini, seperti yang diakui oleh Mohamed Daud.

Selain itu beliau kecewa dengan isu penolakan konsep kerajaan perpaduan oleh Mursyidul Am parti, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebuah parti Islam tidak seharusnya mempunyai ahli yang mengamalkan politik wang. Yang jelas, ini adalah kesalahan Pas sendiri, tidak perlu menyalahkan orang lain.

"Pas pada hakikatnya lebih banyak menumpukan kepada politik berbanding dengan urusan dakwah.

"Pas lupa tanggungjawab mereka yang sebenarnya adalah berdakwah dan bukan merebut kuasa semata-mata,'' tulis penulis berusia 29 tahun itu.

Mengenai penolakan kerajaan perpaduan, penulis berkata, adalah tidak wajar mendesak Umno menukar dasar kepada Islam terlebih dahulu sebelum Pas menerima Umno kembali.

"Ini merupakan cakap orang yang tidak ikhlas. DAP dan PKR tidak ada dasar Islam pun, tetapi bagaimana Pas boleh percaya dan yakin kepada mereka?

"DAP menentang negara Islam dan PKR pula tiada pendirian yang jelas berhubung penubuhan negara Islam. Jadi bagaimana Pas boleh bekerjasama dengan mereka?'' soalnya.

Kamal Farsya (kamalfarsya.blogspot. com) semalam turut mengupas mengenai gejala rasuah dalam Pas seperti yang didedahkan itu.

Katanya, perebutan kuasa dalam Pas kini sangat ketara sehinggakan terdapat individu yang sanggup memberikan hadiah kepada perwakilan bagi mendapatkan sokongan.

"Rasuah memang wujud dalam Pas tetapi pemimpin mereka mentafsirkannya sebagai hadiah atau sumbangan.

"Bagi Pas, mereka akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menutup amalan rasuah dalam parti mereka.

"Dalam Pas semua halal kerana bagi mereka ia hanya berupa sumbangan. Itulah tafsiran Pas,'' tulisnya.

Sementara itu Sofi Wahab (mutaligat.blogpsot.com) dalam tulisan bertajuk Benarkah apa yang didakwa oleh Ketua Ulama? masih belum dapat menerima hakikat itu.

Malah beliau menganggap kenyataan Mohamed Daud sebagai permainan media untuk memburuk-burukkan Pas.

"Saya ingin mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli Pas supaya berhati-hati membuat kenyataan kerana media yang menjadi musuh utama kita sedang berusaha untuk menghancurkan Pas.

"Mereka mengutarakan berita-berita negatif supaya perpaduan di dalam Pas menjadi longgar dan kepercayaan rakyat kepada Pas terhakis,'' tulisnya.

Kupasan-kupasan yang dibuat oleh para penulis blog itu sekali gus menunjukkan terdapat polemik nyata mengenai isu rasuah di kalangan ahli dan pemimpin parti berasaskan Islam itu.

Ramai yang percaya dengan dakwaan itu tetapi tidak kurang yang skeptikal mengenainya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Untuk memilih jalan selamat yang saya rasa sesuai buat masa ini, satu ukuran dalam membuat penilaian ahli PAS itu sendiri kususnya yang diberi mandat untuk mengundi saf pimpinan pusat.Tidak perlu bagi kita memilih berpandukan kroni atau terpengaruh dengan kempin yang tidak tentu punca penilaiannya..Penilaian terhadap seorang pemimpin yang hendak diketegahkan perkara dibawah perlu diambil kira.Ini termasuk lah apa yang dikatakan akar umbi.Memohon jawatan dalam kerajaan dan memohon jawatan dalam parti adalah dua pekara yang bebeza memohon jawatan dalam kerajaan adalah peluang mendapat habuan duniawi mana kala memohon jawatan dalam parti adalah menawarkan diri untuk diletakkan dibarisan hadapan perjuangan .Elok lah kita menilai dari segi

    1. Jangka hayat Istikhomah dalam PAS
    Sejak bilakah Pemimpin itu menjadi ahli PAS dalam usia umur beliau memasuki PAS sejak sekolah? Pengajian tinggi? PAS keturunan atau menjadi ahli Pas apabila sudah nampak tanda-tanda kemenangan sudah mula menyebelahi Islam. atau ingin berjuang dalam PAS atas sebab dasar dan matlamat yang difahami dengan jelas atau diberi hidayah sejak dari mula walau pun ketika itu PAS adalah parti yang lemah. Ahli payung terjunkah ? ,Atau dijemput dan ditawarkan oleh beberapa orang pemimpin Pas yang terdahulu untuk menyertai PAS yang teruja dengan kelulusan akadamik,atau keterampilan diri sebagai tokoh kitika itu. ? JIM,ARKAM,ABIM atau bekas UMNO dan sebagainya semua ini harus diambil kira.
    .
    2. Keberanian mengorbankan dunia untuk Perjuangan> Adakah Pemimpin yang berkenaan hanya, berani masuk Pas setelah pencen dari jawatan kerajaan kerana takut diambil tindakan atau terlepas pencennya sekiranya berhenti kerja dengan kerajaan kerana hendak masuk PAS dan bila masuk PAS hendaklah meletakannya sebagai calon PRU di kawasan yang selamat atau kubu Pas yang kuat yang pasti menang.Disini kita dapat menilai keiklasan seorang yang menjadi ahli PAS untuk diketegahkan sebagai pemimpin.
    3. Pengorbanan dan walak pada pimpinan yang hakiki tidak pernah dipersoalkan oleh mana mana pihak,ahli atau pimpinan dari peringkat cawangan,kawasan dan negeri.Sejauh mana pengorbanan pemimpin bekenaan dalam perjuangan Islam dari sudut jiwa raga, harta benda, keluarga malah nyawanya sejak menjadi ahli PAS justru tidak mengharapakan apa-apa habuan duniawi semata mata kerana Allah (SWT)untuk menangkan Islam.Prestasi kerja dalam parti yang bekesan apabila diberi tugas sebagai pemimpin mana peringkat sekali pun.

    4. Fikrah PAS yang berterusan tanpa kompromi .Sejauh mana Pemimpin yang berkenaan beristikhomah dalam perjuangan dan memperjuangkan dasar parti dengan fikrah yang jelas dan berterusan hingga kini walaupun telah menempuh berbagai tuduhan dan fitnah dari mana mana pihak yang tertentu
    5. Niat dan tujuan masuk PAS Memasuki PAS sebab ada ajinda yang tersembunyi contohnya mencari peluang untuk dapat jawatan memimpin parti dengan alasan kononnya ramai ahli Pas tak ada tarbiah dan kelulusan akademik yang tinggi namun apa yang di intainya ialah peluang menjadi Menteri atau Menteri Besar, Exco selain dari mengharapkan habuan, pangkat dan jawatan dalam Parti dan Kerajaan .Keegoan begini sering di dengar dari pimpinan PAS yang masuk PAS atas dasar kononnya dia rasa dilayak padahal belum terbukti apa apa pengorbanan yang dilakukuan sejak memasuki PAS . .

    6. Ujian dan cubaan yang di lalui pimpinan.Sejauh mana Pemimpin itu telah diuji dan dicuba dengan berbagai ujian dan cubaan dalam memperjuangkan dasar Parti seperti tindakan ISA, Gas pemedih mata, tindakan Mahkamah, Penjara.dan sebagainya .Syarat pemimpin yang beriman adalah di uji dan di cuba dengan berbagai ujian oleh Allah (SWT).Ketegori inilah yang perlu ada pada pemimpin PAS

    7. Sejauh mana musuh membenci dan digeruni dan sejauh mana ianya disukai musuh. Dalam perjuangan Islam sekiranya mana-mana pemimpin disukai musuh maka ada sesuatu yang tidak kena. Itu kata Bekas Presiden Pas, Almarhom Utz. Fadzil Mohd Nor.bekas Presiden PAS yang kita sayangi .Kita nilai sendirilah siapakah pemimpin PAS yang amat di sukai UMNO yang merasakan tiada beza UMNO atau PAS yang memerentah.Sudah ada pimpinan PAS yang telah pegang Nombor satu dalam kerajaan Negeri mengatakan 'UMNO ni bukan la jahat sangat" sedangkan 13 orang telah shahid di MEMALI.
    8. Sejauh mana diri seorang Pemimpin itu membiarkan atau mewakafkah diri, harta benda dan wang ringgit beliau digunakan untuk perjuangan parti semata-mata untuk perjuangan Islam tanpa mengharapkan habuan. Bagi yang telah berjawatan dalam Kerajaan seperti MB, Exco, Menteri, sejauh mana imfak pendapatnya pada jemaah.

    9. Sejauhmana diri seorang Pemimpin itu mendekati ahli biasa serta rakyat secara keseluruhan dari semua kaum dan keturunan tanpa memikirkan sangat protokal dan keselamatan beliau.Sifat khlifah yang tidak meletakkan pangkat,jawatan sebagai jurang pemisah dengan ahli biasa dan pemimpin atau Pemimpin yang sering menjaga protocol memberi helah serta alasan peribadi yang keterlaluan apabila diminta untuk menjalankan aktiviti parti. Atau melebihkan kepentingan peribadi dari kepentingan parti.

    10. Sejauh mana ilmu yang beliau ada dan diamalkan serta adakah akhlak diri dan keluarganya yang menjadi ukuran pada penilaian seseorang Pemimpin. Apakah setelah memegang jawatan dalam Parti atau Kerajaan,MP atau ADUN atau jawatan seperti Exco atau Menteri maka elaun, pendapatan serta gaji telah menjadi ukuran pada kejayaannya. Adakah terdapat sikap ego serta sombong mula terselah apabila kemenangan yang sedikit diperolehi maka tugas sebagai pendakwah diketepikan melainkan untuk mengumpul harta dunia. dan elaun. Kenal pasti pemimpin itu.

    11. Adakah Pemimpin PAS yang hendak diketengahkan sebagai tokoh pimpinan terletak pada kelayakan akadamik sedangkan ia sering saja mempunyai banyak teori yang kontravesiol dan bertentangan dengan dasar parti. Atau terbinanya ketokohan seorang pemimpin itu hasil dari keikhlasan dalam perjuangan dan semangat perjuangan yang konsisten lagi tinggi.Mana satu yang hendak di pilih.Ketokohan sebab akedamik atau penganugerahan semula jadi dari allah (SWT)

    12. Sejauh mana jasa seorang Pemimpin serta keberkesanannya dalam memberi pidato hampir setiap malam di seluruh tanah air untuk menyangah hujah pihak musuh dengan berkesan serta menarik sokongan pihak musuk untuk menyokong PAS.serta mampu menarik minat rakyat untuk mendengar hujah yang dapat memberi kekuatan pada parti .Cara penyampaian yang tersendiri tetapi menarik penyokong untuk memehami Islam .Strateji dakwah yang bekesan siapa pemimpi bekenaan

    13. Siapakah pemimpin yang dianugerah Tuhan dengan semangat istikhomah yang tinggi hingga sanggup menghadapi isu besar yang kritikal dengan tenang serta amat disenangi penyokong.dan di geruni pihak musuh secara keseluruhan.
    .

    14.Sejauh mana pimpinan yang hendak di ketegahkan mampu menankis hujah hujah sharie yang melibatkan kan dasar parti kepada pihak lawan secara konsisten tanpa memutar belitkan atau mengelirukan apa apa tafsiran Al kuran dan Sunnah,supaya pihak musuh tidak mentempelakan balik pada PAS.

    .Bedasarkan kepada garis petunjuk yang saya kira adil dalam penilaian saya meminta ahli membuat komen.

  2. Orang berpolitik, dia pun nak politik. Orang lain cerdik, dia bangang abis

  3. Mat daud patut berhenti jaga cucu.
    dia penu sangka buruk.
    menuduh tanpa bukti.
    suka shoot himself on his feet.

  4. Group muqabalah ni x habis-habis bagi masaalah kat PAS..tujuan xdak lain, hanya nak menyekat kemaraan orang-orang TGNA yang diterima rakyat naik memimpin PAS.

    Macam kata TGNA dulu..ini kes dengki punya pasal..tindak-tanduk mereka makin lama makin nampak!

    Udah la tu berehat saja la. Sekurang-kurangnya orang boleh ingat jasa-jasa lama, daripada memalu diri senderi.

  5. Ada tak kemungkinan berita-berita tu ditulis untuk memburuk-burukkan PAS, memecah-belahkan ahli PAS? Terutamanya bila keluar dalam akhbar propaganda UMNO. Nampak sangat berita-berita tu ialah apa yang berlaku dalam UMNO; ditulis supaya nampak seolah-olah PAS bergolak dan pemimpin-pemimpin PAS berperangai macam pemimpin UMNO jugak.

    Macam kisah Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) memburuk-burukkan Nabi Muhammad saw dengan menggelar baginda 'yang keji' sedangkan Muhammad= 'yang terpuji'. Yang keji ialah Ummu Jamil sendiri sebagaimana dirakam Allah dalam Al-Quran.

    Apa-apa pun saya doakan semoga PAS akan makin kukuh dengan ancaman-ancaman sebegini -pemimpin2 PAS tidak akan sewenang-wenangnya menyeleweng sebab banyak mata memerhati termasuklah mata 'di sana'.

    Salam

  6. Rupanya dikalangan Ulama tak ada yang mengejar kedudukan..

  7. Salam Pak Bakaq,
    Awat quote berita-berita dari Bernama, Utusan, Gerak & Sinar Harian?
    Tukang penyampai berita tu pun dah dilihat berat sebelah..

  8. Tiada politik wang dalam pemilihan PASKUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato’ Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti.

    ImageMustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima.

    Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.

    “Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti.

    “Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti,” tegas Mustafa.

    Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.

    Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.

    Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno. – Irwan Muhammad Zain

  9. Malang jika rasuah berlaku dalam PasUtusan Malaysia (16/5/09): Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, adalah sesuatu yang malang sekiranya berlaku amalan rasuah di kalangan perwakilan Pas menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

    Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah bagaimanapun yakin gejala itu tidak berlaku dan mahu dakwaan terbabit dibuktikan, jika benar ada individu memberikan rasuah kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.

    "Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan orang boleh kata macam-macam namun kita tak boleh tuduh sahaja.

    "Buktikan siapa, bila dan di mana perkara tersebut berlaku," ujarnya selepas merasmikan Pesta Thai 2009 di sini semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mendedahkan bahawa perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.

    Mohamed memberitahu, terdapat sesetengah calon yang telah membuat jamuan dan memberi baju kepada perwakilan untuk melobi supaya memenangi jawatan yang bakal ditandingi.

    Menurut Azizan, amalan memberi sedekah di dalam Pas mungkin sudah disalah anggap sebagai memberi rasuah untuk melobi jawatan.

    "Kita ini orang Pas suka bagi sedekah. Pergi kenduri, tengok orang meninggal dunia pun kita bagi sedekah.

    "Mungkin individu yang dikatakan telah memberi sedekah tersebut disalah anggap sebagai memberi rasuah," ujarnya.

    Azizan menambah, disebabkan itu dia tidak mahu memberi sedekah sehingga Jun ini kerana bimbang disalah tafsir sebagai rasuah.

    "Kalau sesiapa mahu minta derma daripada saya, minta selepas Jun ini.

    "Saya bimbang nanti orang kata saya beri rasuah pula walaupun saya hanya memberi sedekah," katanya.

    Menurut Azizan, perwakilan Pas akan memilih mereka yang layak untuk menjadi pemimpin di dalam parti dan tidak perlu memberi rasuah untuk menjadi pemimpin.

    "Kalau kita layak orang akan pilih kita, tak perlu bagi rasuah.

    "Penat sebenarnya kalau kita nak jadi pemimpin tertinggi dalam parti sebab nak tidur malam pun susah," katanya.

    Mohamed tiada hasrat dedah namaKOTA BHARU 15 Mei – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi tidak berhasrat mendedahkan mereka yang dikaitkan dengan permainan politik kotor dalam usaha melobi jawatan.

    Menurut beliau, apa yang dinyatakan sebelum ini adalah secara umum tentang wujud keadaan seumpama itu berdasarkan gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan menjelang pemilihan dalam parti.

    ‘‘Saya cuma dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa perkara ini timbul, sebab itu saya nasihatkan kepada ulama jangan buat. Kalau betul ada, hentikanlah. Yang penting sekarang jangan buat benda ini. Ini bukan budaya Pas.

    ‘‘Saya tidak mahu tuduh menuduh,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Pas, Ahmad Awang hari ini yang meminta Mohamed membuktikan kesahihan dakwaannya itu.

    Ahmad menyifatkan perkara itu sebagai amat serius dan boleh menjadi fitnah kepada parti sekiranya tidak dapat dibuktikan.

    Kenyataan Ahmad merujuk kepada ucapan Mohamed ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas negeri di Markas Dewan Ulama (MADU), Machang di sini kelmarin.

    Utusan Malaysia melaporkan Mohamed sebagai berkata, berlaku aktiviti memberi hadiah dan menjamu makanan kepada perwakilan oleh beberapa individu dalam Pas sebagai salah satu cara untuk melobi.

  10. salam semua,

    Kenapa perlu kita melatah dengan dakwaan Ust Mat Daud? malahan ada pemimpin2 pas dengan pantas mendakwa amalan tersebut tidak berlaku? (rujuk: Tiada politik wang dalam pemilihan PASKUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato’ Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti.) Sepatutnya sebagai sebuah parti yang mendakwa "ISLAM", siasatan terperinci perlu dilakukan sebelum menolak mentah2 dakwaan tersebut..adakah kerana merasakan partinya sebuah parti ISLAM, ianya bebas daripada perkara kotor? Siasat dulu, jika tidak berlaku, ambil ler apa2 tindakan yg patut kpd org yg menuduh...tetapi jika berlaku, ambil tindakan keras (buang partiker apa ker) dan dedahkan kepada media..supaya akan dtg org takut nak buat dah..Jangan ler pulak cepat menafikan bila ada yg menuduh...saya percaya geng2 cerdik pandai ugama nih takkan nak jadi cam puak2 satu lagi kot..saya pasti mereka mempunyai asas yang kukuh..

    Naz Perth.

  11. Saya berpendapat bahawa Nik Aziz Murshidul am mesti pilih Presiden. Kita tak boleh ada parti dua kepala seperti yang terjadi sekarang.
    Setan pun sudah pandai masuk badan Ulama.
    Bacalah amaran/nasihat Pak Yeh, rencana "Satan,Ulama,hadis and ISA" di..

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  12. Eh.. apa nia marah2 kat mat daud.. Dia tu kan ulamak. Ulamak mana ada khilaf. Orang macam nie boleh jadi presiden nie.. Ops.. mat daud tidak mengejar pangkat, kerana dia ulamak..

  13. Kalau Dewan Ulamak PAS Pusat membawa usul diMuktamar akan datang: Jawatan Presiden dan Tim.Presiden hanya bolih dijawat olih ulamak,bukankankah usul ini dikira sebagai merebut jawatan? Malah usul ini lebih teruk dari "merebut jawatan" hingga bolih ditafsirkan sebagai "mengepung jawatan".Sekadar ingin tahu sahaja,Apakah pula peranan dan fungsi Majlis Syura Ulamak dalam PAS?

  14. Ulamak ahli syurga, taraf bawah sikit maksum,bijak dan semua dibuat direstui Allah. Contoh Mufti melayu Perak, Nakhaie Ahmad, Jamil Khir Baharom, Hamid Othman dll. Ulamak lahtu....

  15. semenjak dua menjak menyelusuri muktamar pemilihan pas ternyata memang wujud 'petembungan' di antara ulama dengan profesional dalam pas yang pasti dimulakan serta dipelopori oleh mereka yang merasakan diri mereka sebagai ulama tetapi bersifat sebaliknya.

    mesyuarat majlis syura pada malam 10 mei lalu telah memutuskan apakah yang dimaksudkan dengan konsep 'kepimpinan ulama' seperti yang dinyatakan oleh timb mursyidul am, harun din - "Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama."

    kejelasan konsep kepimpinan ulam nampaknya dipersoal oleh ketua dewan ulama, mohamed iraq - "Dewan Ulama PAS dijangka membawa usul bagi mempertahankan pendirian agar hanya pemimpin bertaraf ulama sahaja yang wajar memegang jawatan presiden dan timbalan presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu bulan depan.

    Dewan Ulama tetap mempertahankan hanya pemimpin bertaraf ulama yang mesti memegang dua jawatan itu tetapi apa pun terpulanglah (kepada perwakilan),” kata ketuanya, Datuk Mohamed Daud kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di sini hari ini."

    keributan dari pertembungan ini dipanaskan oleh nik abduh dalam blognya apabila mempertahankan unity government yang memberi peluang yang sepenuhnya untuk ekploitasi putar belit secara maksima oleh media umno. dengan kenyataan tgna yang dengan jelas menolak unity governmentkini, dijangkakan kepanasan bertukar menjadi dingin. rupanya tidak apabila mohamed iraq pula sekali lagi membuka peluang ekploitasi oleh media umno dengan tuduhan 'rasuah' pakaian dan makan kepada perwakilan oleh siapa yang beliau maksudkan kalau tidak kepada yang dilihat sebagai mengancam kedudukan ulama. persoalannya, patutkah seorang ulama yang mengetuai dewan ulama menjadikan fitnah sebagai alat kempen mempertahankan 'kepimpinan ulama'?

    yang ganjilnya, mohd amar, yang juga ahli dewan ulama pas kelantan, turut 'mengaminkan' tohmahan mohamed daud iraqi? nampak sangat keserabutan yang melandai "ulama" pas persis serangan selsema babi yang sedang melandai dunia di kala ini. suspek serangan selsema babi perlu dikuarantin bagi mengelak merebaknya penyakit tersebut. justeru, kuarantin juga diperlukan terhadap "ulama" pas ini agar penyakit itu tidak merosakkan pas. terserahlah kepada kebijaksanaan para perwakilan sama ada mahu kuarantin ini dilaksanakan atau sebaliknya biarpun yang akan menerima akibatnya adalah pas!

    wallahu'alam

    hussin abdaziz

  16. Baik - baik ular didalam semak.

  17. I.S.A

    Kamilah hakim
    Kamilah peguam
    Kamilah saksi-saksi
    Kami penentu masa depan kamu.

    Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
    Kamu yang mencari tempat ini
    Kamu yang memilih untuk ke sini
    Kamu suka tempat ini
    Kamu menentukan cara hidup kamu.

    Kami tidak menyuruh kamu ke sini
    Kami tidak suka kamu ke sini
    Kami tidak penjarakan kamu
    Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

    Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
    Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
    Tak sayangkah kamu kepada isteri?
    Kamu menganiaya mereka!
    Kamu menganiaya mereka!

    Kawan-kawan kamu baik
    Kawan-kawan kamu menolong kamu
    Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
    Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
    Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

    Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
    Kawan-kawan curang kepada kawan?
    betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
    berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
    berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

    Kamu menentukan ibu kamu derita
    Kamu penyebab ayahmu derita
    Kamu penyebab anak-anakmu menderita
    Kamu penyebab isterimu derita
    Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

    Cari jalan keluar dari sini
    Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
    Kamu nak keluar besok?
    Kamu nak keluar minggu depan?
    Kamu nak keluar bulan depan?
    Kamu nak keluar tahun hadapan?
    Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
    Kamu yang menentukan!
    Saudara......, cari lah jalan keluar!
    Kamu menentukan masa depan kamu....

    Kamu di sini kerana kamu!
    Kamu mementingkan diri!
    Kamu nak naik!
    Kamu nak terkenal!
    Kamu nak pandangan kamu didengar!
    Kamu nak kamu dijulang!
    Kamu nak nama terbilang!
    Kami apa peduli!
    Kami jaga keamanan....
    Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
    Nyawa orang lain terancam
    Harta orang lain terancam
    Keselamatan orang lain terancam

    Kami tak kira menteri
    Kami tak kira datok
    Kami tak kira Anwar
    Kami tak kira Karpal
    Kami tak kira Tok Guru
    Kami jaga keamanan...
    Kami jaga keselamatan

    Pintu untuk keluar ada
    Pintu untuk taubat ada
    Pintu untuk penyesalan ada
    Pintu untuk kepangkal jalan ada
    Kamulah penentu untuk memilih pintu
    Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

    Nak menjadi hero?
    Nak menjadi pejuang?
    Nak kepada sanjungan?
    Nak pertahan pendapat kamu?
    Kamulah memilih berapa lama di sini!


    (Oleh Hj Mohamad Sabu)
    * 16Mei 2009



    * Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

    *Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA,
    yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

    *Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya
    iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku.
    (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang
    Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo
    adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

  18. brunei, thailand, myammar, hong kong....Cina.......ISA

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008