Sedap!! Klik gambar di atas!

Nak undi parti bodoh bangang nak mampos?!

Dalam posting bertajuk "Nothing positive for Umno, Tun?," Anonymous nombor 15 (Friday, May 15, 2009 4:40:00 PM MYT) menghantar komen yang begitu berbisa. Saya tunggu dua hari kot-kot ada kawan-kawan dari PAS yang nak jawab. Tak dak pun...

Komen itu memang berbisa. Kalau dia mahu, Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memang boleh mengambil tindakan undang-undang kepada saya yang meluluskan penyiarannya dalam blog ini jika apa yang dinyatakan dalam komen itu tidak benar.

Saya sendiri tak tahu cerita itu benar atau tidak walaupun dah dengar banyak kali dari kawan-kawan dari Umno. Bila mereka cerita itu kepada saya, saya mengaku terus-terang bahawa saya tak membela Mohammad Nizar kerana saya tak tau apa-apa langsung. Macam mana nak bela kalau tak tau apa langsung.

Saya bukan typical ahli dan penyokong PAS yang terus kata "fitnah tu" bila ayat-ayat beracun meloncat-loncat ke dalam telinga.

Ini baru kali pertama saya nak jawab.

Apabila membaca komen itu, yang terlintas dalam kepala saya hanya satu sahaja: Jika apa yang ditulis oleh Anonymous nombor 15 itu benar, Umno memang sah parti yang bodoh nak mampuih dan haram tangan aku ni mengundi orang-orang dari parti yang bodoh nak mampuih tu!

Saya tertanya-tanya, kalau perkara yang dinyatakan oleh Anonymous itu benar dan tidak ada yang lain melainkan benar semuanya, awat Umno bodoh dan bangang nak mampos kerana tidak menggunakan isu itu habis-habisan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dulu?

Jika apa yang ditulis oleh Anonymous nombor 15 itu benar, saya tidak akan tuduh dalam blog yang entah siapa tuannya.

Malah, kalau saya yang pegang TV, radio, akhbar-akhbar utama dan ada pula kekayaan yang sebahagian besarnya darinya ditabur taukeh-taukeh yang kaya hasil merasuah orang berkuasa, saya akan gunakan kemudahan-kemudahan itu untuk jeritkan isu itu cukup-cukup. Saya akan pastikan tidak ada seorang pun dalam Malaysia ini yang tak tahu cerita itu.

Kalau tak cukup TV, radio, akhbar-akhbar utama serta kekayaan yang sebahagian besarnya darinya ditabur taukeh-taukeh yang kaya hasil merasuah orang berkuasa, saya akan cetak sebaran banyak-banyak menceritakan perkara itu, buat banner banyak-banyak menceritakan perkara itu, jika ia benar.

Jika ia benar, apa sahaja!!

Saya akan kerah satu Umno ratib kuat-kuat benda itu untuk pastikan semua orang tahu.

Saya akan kerah Mamat dua e**r yang dituduh dalam gerombolan rasuah duit dan b*r*t tu supaya bersyarah siang malam di seluruh Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil baru-baru ini. Dedah habis-habisan perkara itu. Biar tergelejat-gelejat PAS dan Pakatan Rakyat hendak menjawabnya.

Jika apa yang ditulis oleh Anonymous nombor 15 itu benar, saya akan kerah semua TV, radio dan akhbar-akhbar utama blowkan isu itu cukup-cukup betul-betul pada hari mengundi. Memang sah-sah PAS akan tertungging hangit di Bukit Gantang kerana mana dia ada masa lagi nak jawab.

Jika apa yang ditulis oleh Anonymous nombor 15 itu benar, dan perkara itu langsung tak digunakan habis-habisan oleh Umno dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dahulu, memang sah parti itu bodoh nak mampos tahap Tingkat Lima JPM!

Kalau apa yang ditulis Anonymous nombor 15 itu benar dan saya yang menjadi tekong kerajaan pengambilalih di Perak, saya akan ratib benda itu tiap-tiap hari dalam TV, radio, akhbar-akhbar utama malah di mana-mana.

Kalau apa yang ditulis Anonymous nombor 15 itu benar, memang sah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir adalah dari jenis pemimpin bangang yang bodoh dak mampuih kerana tidak menggunakan isu itu cukup-cukup sehingga terkunci habis mulut Mohammad Nizar. Dan, sudah tentulah tidak timbul lagi keyakinan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno dan Barisan Nasional akan kalah jika pilihan raya diadakan semula di Perak.

Jika benar menggunakan Sultan, tidak perlu guna Sultan, tidak perlu guna keganasan polis dan tidak perlu buat muka hitam metallic yang tak tahu malu langsung!

Kalau apa yang ditulis Anonymous nombor 15 itu benar, guna isu itu pun dah cukup sehingga Mohammad Nizar dan Pakatan Rakyat bungkus habis di Perak.

Lagi sekali saya kata, kalau apa yang ditulis Anonymous nombor 15 itu benar dan Umno serta Barisan Nasional tidak menggunakan isu itu habis-habisan, memang sah parti itu bodoh dan bangang nak mampos!

Adakah anda nak dituduh bodoh dan bangang nak mampos dengan mengundi parti yang bodoh dan bangang nak mampos?!!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. setuju!!! kalau betul, awat x dedah masa kempen bukit gantang aritu?

  2. setuju dengan pak bakaq...could not say it any better

  3. ya, hentam dia!!!

  4. Aku tambah lagi, sapa sokong UMNO, memang sah dia bangang nak mampus, bangang tahap gabang!!

  5. Aku tambah lagi, sapa sokong UMNO, memang sah dia bangang nak mampus, bangang tahap gabang!!

  6. Pak Bakaq,
    Lama juga pak bakaq amik masa nak jawab soalan anon no 15 tu ye... sy ni pun baru baca post pak bakaq. kalau tau awal2 lagi sy tolong jawabkan.

    Pada sy, pendapat golongan yg melampau (spt memanggil saudara anwar B.A.B.I, nizar bintang 3, umno******, etc) ini adalah golongan tak berapa cerdik. Tak perlu dilayan sangat.

  7. Secara logikanya pak bakaq anom. no. 15 itu boleh dipercayai, kerana MB masa itu MB subsidi, gila kuasa dan perasan.

  8. Pak bakaq

    Tuduhan tu hasil daripada tuduhan ADUN Behrang yang melompat hari tu. Geng BPN(Blogger Pembela Negara) adakan perjumpaan dengan beliau dan membincangkan tentang isu politik. Tak kan orang yang berperangai macam tu kita nak percaya

  9. Ada lagi orang yg lebih bangang selain dari org melayu-umno iaitu org sabah yg bukan melayu terhegih-hegih nak masuk umno ada hati nak jadi ketua pula tu. Sbb itu umno ada hati nak pindah perlembagaan (barangkali sudah dipindah pun)spya lebih ramai org b/putera sabah masuk umno. Itu lagi bangang melebihi segala tahap kerana mereka tak sedar hanya dipergunakan. Umno tak pernah pun perihatin dgn hak2 asasi anak sabah.

  10. Salam,

    Tak perlu disiarkan benda/dahyah sampat No 15 tu,nampak sgt rekaan semata..untuk memburukkan nizar.Dah tersepit macam2 la depa reka nak bagi sedap cerita.

  11. kamu semua harus hati hati dalam berpolitik atau menjadi penyokong mana mana parti politik, jangan hanya ikut perasaan dan ikut hati,Guna akai,tak semua orang cerdik semua, dan tak semua orang bodoh semua.(maksud orang normal).

    kita takut orang yang melebelkan orang bodoh nak mampuih tu sebenarnya yang paling bodoh,bangang,bahlol,bagqhal bingai, bangsat,busuk sebusuk busuk bangkai b***... semesta alam. apa tidaknya,contoh lihat Perak, kalau PR perentah 70%exco bukan melayu ,30% melayu, tapi kalau BN perentah 80% exco melayu, 20% bukan melayu.Ingat, penduduk perak melayu 59%. LU PK LA SENDIRI, maka klau PR prentah lagi dua penggal orang melayu perak akan jadi melayu P.Pinang atau lebih sakit lagi, apalah yang ada pada melayu Singapura ari ni. P.P tu nak buat cam na depa dah majoriti. Kamu semua PK PK PK PK PK PKPKPKPK sampai kedasar laut merah, tolong ye.Jangan 20th lagi anak cucu kita maki hamun kita atas kebodohan atau kesilapan kita ari ni, kerana mereka merempat dalam negara sendiri .INI KENYATAAN MELAYU ISLAM,NAMPAK MACAM KENYATAAN UMNO, TAPI HAKIKATNYA INILAH KEBENARAN.CUBA TANYA DATO HARON DIN ORANG KAMPUNG AKU.apa pandangan BELIAU. HI,HI

  12. Salam pak bakaq,

    Saya pun setuju gak...kalau benar, memang bangang nak mampus ler parti umno tu....tapi yang 999 tu betul kan...kalau betul, memang bangang ler sapa yang setuju...patutnya bagi ler ke semua penduduk perak..baru ler ADIL namanyer...

  13. baca le temuramah dgn harussani dalam majalah milenia ... sapa yang nak pilih nizar pada mulanya

    rupanya mereka ni melepaskan anjing tersepit , nasib baik PAS ni ada kat malaysia je . kalau ada kat seluruh dunia habis umat islam satu dunia

    dia buat boleh ..islam ..org lain buat kafir , maki hamun dah jadi makanan , org kafir dipeluk2 org sesama agama dimusuhi , siap doa hancurkan sesama agama lagi ...

  14. Pak Bakaq, yang dok beri laluan puak-puak macam anon no 15 tu dalam blog hang ni pasai apa.. hang kenalah tapis dulu.. depa ni cari makan dari puak umnoo tu.. hang siar depa dapat untung.. kekadang bukan depa pecaya apa yang depa tulis.. yang penting masyyuuukkk.. yang bodoh orang yang siarkan.. demokrasi lah konon.. janganlah tertipu oleh sikap keterbukaan kita tuu.. orang akan ambil kesempatan dari sifat kebodohan kita tuu..

  15. Kalau tidak memfitnah bukannya Umno!

  16. Salam..

    sepatutnya pak bakaq kaji dulu betul atau tidak kenyataan anon 15 tu. tgk betul atau tidak dlam minit mesyuarat kerajaan negeri seperti yang dicerita. bukan pak bakaq hentam keromo je. pak bakaq memang terer twist crita. pemimpin yang diceritakan oleh anon15 tu pemimpin pak bakaq. sepatutnya pak bakaq sendiri la yang siasat sebab pak bakaq taklid pada dia. tapi dah terbalik pula jadi nya.

    pak bakaq buat pulak entry baru semata-mata nak burukkan orang lain. sepatutnya entry kali ni patut lebih mengisarkan kerisauan pak bakaq kalu benda yang dituduh benar-benar dilakukan oleh pemimpim pak bakaq sendiri. betapa ruginya org melayu(baca=islam) di malaysia kalau perkara ini betul-betul terjadi. betapa ditunjukkan oleh ALLAH bagaimana kita sebagai orang islam perlu menyambung pemerintahan kerana hanya pemerintahan oleh orang islam di bumi malaysia ini yang akan menjamin keadilan semua. juga betapa malunya pak bakaq menyokong pemimpin yang sebegitu rupa.

    sebaliknya pak bakaq berfikir secara tidak rasional dan bercanggah dengan pendirian pak bakaq selama ini berkaitan kebebasan media,penyalahgunaan kuasa media dsbg. dengan bangga pula pak bakaq berkata yang pak bakaq bukan typical ahli/penyokong pas sedangkan penulisan pak bakaq menjurus kepada itu(baca=politik caci maki dan serangan peribadi). ironinya, sepatutnya jika apa yang dikatakan oleh anon15 itu adalah benar, maka haramlah tangan pak bakaq untuk mengundi pemimpin(bukan parti) yang pak bakaq sokong itu dan bukan lah sebaliknya..

    betullah bagai dikata "politik itu kelirukan yang bijak dan menipu yang bebal"

    wassalam.
    -dr muda-

  17. bodo taik la sapa undi umno bn haprak

  18. Salam


    Jawapan Pak Bakaq dah cukup , bagi WOTR buat koleksi. TQ.
    Nak komen pon kadang-kadang 'angin' mai macam-macam dalam kepala.



    Dok Atas Bumbung La Senang.

  19. setuju!!!!

  20. Camnie la....

    1. Kalau kita nak faham sesuatu cerita tue.. kena dengar dari dua-dua belah pihak.
    2. Kalau kita nak faham sesuatu cerita tue.. tengok siapa pulak yang cerita
    3. Kalau kita nak faham sesuatu cerita tue.. tengok pencerita tue kaki semayang ker idak..
    4. Kalau kita nak faham sesuatu cerita tue.. kita kena tanya semua saksi-saksi pada masa kejadian...

  21. komen anonymous 15 itu tidak perlu di komen.ianya hanya komen2 biasa yg tiada bukti.ratib la 7 petala langit 7 petala bumi pun.benda yg tiada bukti hanya layak dibakul sampahkan.dah jamal tu tau nizar bintang 3..awat hang x rakam ja mcm wartawan rakam kenyataan seorang pemimpin menghina Rasulallah dulu? lepas tu hang sebaq satu dunia bgtau smua makhluk planet ni tau.konfem rakyat perak akan tendang nizar tu. komen tu x pedih langsung la pak bakaq.jibauk tu saja reka2 crita.kalau btol pun aku pduli apa.kahkah..baru 2x5 ngan pemimpin amno.tp aku tetap nak pangkah PAS

  22. Pak Bakaq,

    Tak betul dua ekor katak tu menentang usaha memberi pajak 999 tahun tu.

    Sebab perkara memberi geran 999 tahun tu ada dlm manifesto bersama PAS/PKR.

    Takda kena mengena dgn DAP pun.

  23. kepada yang dikasihani
    Anonymous said...
    Sunday, May 17, 2009 9:43:00 PM MYT

    hang kata - ni aku salin balik apa hang kata:
    "apa tidaknya,contoh lihat Perak, kalau PR perentah 70%exco bukan melayu ,30% melayu, tapi kalau BN perentah 80% exco melayu, 20% bukan melayu.Ingat, penduduk perak melayu 59%. LU PK LA SENDIRI, maka klau PR prentah lagi dua penggal orang melayu perak akan jadi melayu P.Pinang atau lebih sakit lagi, apalah yang ada pada melayu Singapura ari ni. P.P tu nak buat cam na depa dah majoriti."

    Hang tolong jawab benda ni - kalu tak boleh jawab - semoga tuhan bukak sikit minda hang tu - sikit pun jadi leeeee !!!!!

    DiSIasah online pun aku tulis - aku guna nickname labu labi:

    ni contoh sikit - kalu nak bawak lagi - berjele jele pajang nya....
    kat grik sape wakil rakyat tahhh ?
    sape majoriti tahhhhh ?
    melayu undi melayu kotttt?

    kat bukit gantang parti mana (anggota BN) gaduh rebut untuk jadi wakil kawasan tu tahhh (cerita pilihan raya dulu dulu)?
    sape majoriti tahhhh ?
    melayu undi melayu kottttt ?

    Dulu dulu punya cerita - adun perak ramai melayu, tapi masa bila tahhh ramai bukan melayu pulak -
    sape bagi, kat bukan melayu tu, tak tau - tiba tiba je ramainya wakil bukan melayu.

    dulu dulu punya cerita - tanah diperak dipunyai oleh melayu - bila tah tanah dan balak bertukar tangan kat bukan melayu ???

    sape juai kat tokeh tokeh bukan melayu tu pun, tah , tak tau aku.

    Kat Pulau pinang yang hang sebut tu pun - dulu dulu - cerita dulu dulu, sape bagi kat cina pun tak tau - PR kot, pase PR baru ambik alih pulau pinang - jadi semua buruk lambak kat PR, senang cerita - burok UMNO tutup. BORIA SUNGAI PINANG MENYOKONG PEMBANGUNAN - dulu dulu riuh le - la ni mana pgi pun tak tau - 'dengan bumiputera sekali dengan BORIA' kena halau dari pulau tu - sape halaupun tak tau - PR kot, pasenya PR baru ambik alih, lambak semua salah kat PR - senang cerita - "UMNO perjuangkan melayu - lawan PR, PR ikut cakap bukan melayu - UMNO baik, suci dan bersih dari sebarang najis kekotoran" kah kah kahhhhh ...


    di Perak pulak, mungkin semua ni salah PR kot - sebab PR sempat perentah Perak 11 bulan maka semua salah dulu dulu serah bulat bulat kat PR - PR ikut cakap DAP lah - cina le - india le - sape sape lee.

    UMNO tak ikut cakap bukan melayu - cuma ikut cakap tokeh tokeh bukan melayu jeeeee ?
    jauh bezanya ngan PR, kan kan kannn?

    semua ape yang UMNO buat itu - tolak angsur kan kan kannn ?-
    ooopppp sori - bukan tolak angsur, tapi ditolak beangsur angsur.
    sape kena tolak - melayu kena tolak.
    sape menolak - bukan melayu ke ???
    dak dak dakkkkkk
    habih sape ???
    UMNO sendiri tolak orang melayu yang menjadi penjilat punggong depa, secara berangsur angsur, hingga hilang tanah dan kawasan pilihanraya (wakil rakyat),dengan cara juai ape saje yang boleh dijuai - pase ape - pasenya - sekadar untuk memenuhi "nafsu perut" dan "nafsu dibawah perut"
    puak puak pemimpin UBN.

  24. Salam semua,

    Seronok membaca komen2 diblog ini, cuma satu jer kita kena pikir...adakah kerana parti satu lg tu dah buat silap spt mana cakap Anonymous said...Monday, May 18, 2009 1:29:00 PM MYT, kita pun nak buat silap yg sama....kalau kita dah tau parti satu lg tu menjual melayu...sepatutnya, kita bila berkuasa, perlu pertahankannya..bukannya mengikut apa yg dilakukan oleh parti satu lg tu...adakah bila org lain makan taik...kita pun nak makan jugak...sbb alasannya...org tu boleh makan...kenapa kita x boleh...so fikir2kan lah...yg penting...ISLAM...no. 1...x kira ler sape yg perintah...

    Pepatah lama ada mengatakan...sekiranya anda bergaduh dengan orang bodoh, maka ada 2 org bodoh yg sedang bergaduh....

  25. Pak bakaq, apa yg anom 15 tu ckp isu dah basi. Semua org boleh ckp mcm2 kat Nizar, barua Cina la, pro-DAP, pro-CIna, bg tanah kat Cina dn mcm2 lagi. Pasal Nizar mkn babi jer yg belum diaorang tulis. Semua org boleh ckp dan percaya ckp2 takde bukti mcm tu. Kalau betul apa yg ditulis maknanya Nizar mmg teruk sgt la. Kalau Nizar ni teruk, ertinya PAs salah pilih pemimpin utk jd MB kat Perak bg mewakili Pas. So Pas pun tak betul. Boleh percaya ke?? Anom 15 ni mcm pencacai UMNO, semua Melayu tak betul kecuali Melayu yg bermazhab UMNO, jenis UMNO berdengung...

  26. UMNO neh ceghodik tak boleh diikut, bodoh tak boleh nak diajar..

    kesimpulannye UMNO (BPM khasnye) CEGHODIK BUAH PELIOR

  27. Buah pelior bututan.

  28. Yang bodoh bukan UMNO tetapi Nizar lembu.

  29. udah-udahlah tu!! hentikan lah ! entah benor ke edak !! jangan lah cepat sangat gelupoh!!buktikan dulu!!kalau ada bukti tak payah penat-penat menaip! hantar terus kat you tiub ka tube belon ka kaki tube ka lagi senang!!rakam banyak-banyak hantak satu dunia atau 1 malaya !!kat pbb pun boleh tak salah hai!!kalau hantak macam ni,banyak persoalannya nanti!!buat pening kepala hai!!buat macam kes vk linggam tu!!ya anonymous 15[friday may 15] biar kita lihat diri kita kotor dari melihat diri kita bersih, kerana bila kita lihat diri kita kotor, kita boleh membersihkan kotoran itu. Tetapi bila kita lihat diri kita bersih, kotoran itu juga akan kita anggap bersih. itu yg terjadi pada umno yg sentiasa anggap dirinya bersih hingga yg haram pun menjadi halal.

  30. bakaq,

    Kalau nak mencarut, takkan guna bangang nak mampos je..
    Ada berani gunalah jugak babi, sial, anak haram, pukimak, pantat, anjing..

    Kalau tak berani, gi lah berzikir ke bertasbih ke berselawat ke..kalau nak celuparkan mulut, biar celupar betul2 ye tak?

  31. umno bodo.. umno bodo... umno bodo... umno bodo... umno bodo... umno bodo... umno bodo... umno bodo..

  32. Woii... apa nie marah-marah kat abg jamal tu... Dia kan terikat dengan kontrak...

  33. 7 lawan 3. 3 mesti jadi barua. Tapi sebab gila dunia semua bulih.

  34. kepada
    Anonymous said...
    Monday, May 18, 2009 2:02:00 PM MYT

    "Seronok membaca komen2 diblog ini, cuma satu jer kita kena pikir...adakah kerana parti satu lg tu dah buat silap spt mana cakap Anonymous said...Monday, May 18, 2009 1:29:00 PM MYT, kita pun nak buat silap yg sama....kalau kita dah tau parti satu lg tu menjual melayu...sepatutnya, kita bila berkuasa, perlu pertahankannya..bukannya mengikut apa yg dilakukan oleh parti satu lg tu...adakah bila org lain makan taik...kita pun nak makan jugak...sbb alasannya...org tu boleh makan...kenapa kita x boleh...so fikir2kan lah...yg penting...ISLAM...no. 1...x kira ler sape yg perintah..."

    baca elok elok - lepaaih tu jawab jeee udah leee...

    yang pegi bawak cerita lain buat ape --- aku tulih tu pase kome dok kata PR dengo cakap bukan melayu - yang buat rosak tu UMNO

    kemudian bubuh taik ataih PR - kata PR ikut cakap bukan melayu.
    Aku pun tak suka juga kalu pr tu buat tak elok - tapi bila kome dok bubuh semua taik yang kome buat ataih kepala Pr, tu yang aku bawak cerita lama tu - aku tunjuk kan ase usul yang jadi macam tu - bagi kome tu sedo sikit - jangan kigha nak salahkan pr ajeee - semua bughuk yang berlaku sekangang ni.

    che kome UMNO bagi peluang PR perentah negeri yang dimenangi sekarang ni - lepaih tu tengok dan monitor je udah le - yang tak kena - kome, umno tego - ni dak juga - rampaih teghuih - tak dan nak urus - ape ke bendenya tu -
    kalu makin ghosak - PRU 13 campak aje - ni sebok - Nizar dengo cakap DAP -
    ape punye otak - tu sebab aku bawak cerita lama - sape yang bagi sebab dap boleh lebeh tu - kome umno le yang bagi - che bagi peluang pulak tengok - nizar makin ghosak ke, jadi makin elok - ke kome yang takut - itu bab niza - la ni pase ape kome tak komen pase zambry mamak luluih tanah kat kuala sepetang - segera pulak tu - tak bebunyi pun - bagi tanah kat sekolah - kome tak bebunyipun - oooo itu umno buat - depa dah memang ghosak - jadi PR esok kalu perentah kena le buat baik - "jangan nanti pulak umno makan taik pr pun makan taik" - taik kuncing kome (umno dan penjilatnya) - bila tang Pr semua kena elok - bila tang umno makan taikpun tak ape - bukan aku sokong yang tak elok pr tu - tapi che bagi peluang - ni dakkkkk -

    yang adun umno dan penyokong nya - kalu betui kome ghase melayu tergugat - cadangkan dalam dun (bawak usul) untuk kebaikan melayu - ni dak - yang taunya rampaih kuase - lepaih tu buat taik baik semola - ape - bila kome bawak untuk kebaikan(usul dalam dun) melayu, kalu nizar atau pas atau pr melayu tolak - kome canang keliling kampong - supaya nampak nizar tu lebehkan bukan melayu - ni dka juga - jadi ape punya otak macam tu - jadi sape perosak melayu sebenonya ???

    nizar (PAS) ke UMNO ???

  35. Udahle yop cuba fikirkan perjuangan parti-parti tertentu telah diswastakan dan hilanglah indentiti asal penubuhannya , harta benda menjadi rebutan , kuasa menjadi hambatan , bila berkuasa mula lupa diri , fitnah sana fitnah sini , kata sana kata sini , reka cerita berkajang-kajang , lupa harga diri , NILAI AGAMA ISLAM jauh sekali difikiri dan dituruti , lupa daratan , lupa pegangan hidup , beraja dimata bersultan duhati.

  36. betui la tu..sapa sokong umno memang bangang la,pelik betui ngn melayu nie,dok sokong yang salah,,,

  37. melayu no2....islam no1

  38. pak bakaq ..ada baca ni berita ke dari AGENDA DAILY...

    SIRI SATU




    Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

    Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

    Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

    Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

    Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

    Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

    Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

    Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

    Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

    Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

    “Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

    Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

    Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

    Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

    Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.



    Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

    Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

    Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

    Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

    Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

    Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

    Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

    Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

    Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

    Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

    Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

    Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun.

    Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

    Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

    Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

    Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

    Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

    Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

    Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

    Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

    Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

    Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

    Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

    Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

    Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

    Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

    Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – 20/5/2009

  39. Nga Nga, Ngeh Ngeh dapat Lembu.

  40. korang kenal benor ker ngan jamaludin & osman jailu tu...klu ikut islam kira antara gol. yg tak bleh jadi saksi dan bleh dipercayai...rase aku le...

  41. Lebih baik dari Nga-Nga, Ngeh-Ngeh dan lembu sekali.

  42. Tengoklah lembu dapat balak ke tidak.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008