Sedap!! Klik gambar di atas!

Mursyidul Am tetap tolak kerajaan perpaduan

Saya tak tau ayat sebenar Tok Guru. Tetapi, dari apa yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, lebih kurang Tok Guru kata:
"Saya tak pernah mempercayai Umno. Bila kami berkerjasama dengan Umno dahulu, parti (PAS) berpecah tiga, sebahagian dalam Berjasa dan Hamim. Tiga tahun masa yang diambil untuk menyatukan ahli-ahli PAS selepas kami ditendang keluar (dari Barisan Nasional). Oleh itu, apa jaminan kami tak akan dihalau lagi kali ini?
Saya tak ada hak ke atas keinginan dan kehendak hati orang lain. Semua orang bebas buat pilihan. Tetapi, setiap hari saya berpesan kepada diri saya, "Tak kira hang faham tak faham, bakaq, katakan tak nak kepada kerajaan perpaduan dengan Umno!"

Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan bersama Umno

Harakah (13/5/09): Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Beliau berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.

"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

"Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau sekali lagi mengulangi analoginya diibarat PAS menolak kereta lama Umno-BN, setelah enjin kereta itu hidup, kereta itu berjalan meninggalkan PAS di belakang yang sudah terpalit asap dan lumpur.

Mengenai Deklarasi Perpaduan Nasional yang baru dicetusnya, beliau berkata PAS ada penawarnya bagi menjalin hubungan dengan Umno dengan syarat dasar parti itu ditukar daripada kebangsaan kepada Islam.

"Sekiranya Umno menukar dasarnya dengan persetujuan daripada cawangan dan negeri-negeri kepada Islam maka PAS akan menyokong.

"Tidak ada sebab kita hendak melawan dasar dan perjuangan Islam. Kami melawan sekarang kerana Umno membawa jalan sesat," katanya.

Beliau juga berkata, Umnolah punca kekalutan dalam politik di negara ini kerana mereka hanya mementingkan bangsa, sedangkan Islam milik sejagat.

Menyentuh suasana politik di Perak yang semakin kalut katanya, biarlah rakyat yang menjadi hakim bagi memilih seseorang Menteri Besar.

Namun katanya kini sudah terbalik pula apabila mahkamah yang menjadi hakim memilih ketua kerajaan.

"Saya hairan di Malaysia nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang menjadi dalang kepada wujudnya suasana kalut ini," ujar beliau.

Ditanya mengenai konsep '1 Malaysian' yang diuar-uarkan Perdana Menteri sekarang katanya, BN hanya mencedok apa yang telah dilaksanakan PAS.

Menurutnya PAS membawa dasar perjuangan Islam sehingga masyarakat Cina dan India sudah menerima konsep tersebut seperti yang berlaku di Kelantan sekarang.

"Di Kelantan, kita ada wakil masyarakat bukan Melayu dalam kerajaan bagi menghubungkan mereka dengan bukan kaum Islam," ujarnya.

Sementara itu, seorang usahawan Kenny Chua, 53 berkata, keluarganya mendapat perlindungan di kediaman Menteri Besar Kelantan, Dato' Asri Muda semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969.

Menurut beliau, bapanya Chua Say Paw pernah memberitahu PAS satu hari nanti akan berjaya memerintah Kelantan sekiranya mereka mengambil berat masyarakat bukan Islam seperti yang berlaku sekarang.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, who was declared the rightful Perak Mentri Besar by the High Court on Monday is stumped by the Court of Appeal’s decision to grant a stay on the declaration.

    Nizar said “many more questions” have been raised.

    “The decision has left Perak in a state of limbo and uncertainty,” he told reporters at the state DAP headquarters.



    *** di sini aku hairan kenapa NIZAR selalu di IBU PEJABAT DAP?? dia ni orang PAS ke atau DAP??**

  2. kalau ada lagi mana2 ahli dan pemimpin PAS yang gian dan tergedik2 sangat nak berpeluk2 dgn UBN dalam kerajaan perpaduan tu, eloklah letak jawatan dan masuk je dalam tong taik UBN tu.

  3. Izin laluan..

    Dengan memanfaatkan kekalahan berjurus UBN dan fobia Najib pada PRK, dgn tidak melupakan nasib mangsa tahanan ISA, oleh itu, mohon sokongan kepada misi Membebaskan Tahanan ISA dengan mendesak pimpinan PR bertindak agresif dan membuat ugutan pada pihak kerajaan UBN.

    "Online Petition"sila lawat: "Blog Bebaskan Mereka"

  4. Ha tu sebab kita nak tebas dan cantas ranting2 yang nak condong dan melentur kerumah umno ni.Kita bukan nak tebang pokok, cuma nak buang mana2 dahan yang tak elok, biar tumbuh tunas baru yang setia dengan Pas sampai bila2..

  5. Katakan tidak!! No! No! No! Which part of NO don't you understand? N or O?

    Tak paham lagi, tak tau la bang...:)

  6. "wa man lam yazuq wa lam yadri....."...

    sapa2 yg x penah rasa,nescaya dia xkan tahu...

  7. Kerajaan Perpaduan adalah bersubahat dengan Syaitan.
    Sila baca Devil in disguise:Elvis Presleys philosophy,The Devil/Satan made simple, dan UMNO/BN = Syaitan ??? di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  8. umno tak bersalah, yang bersalah dan berdosa ialah orang yang di dalamnya

  9. TGNA berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.

    Penipuan ini adalah pada tahun 1974, sekarang tahun 2009...ada beza tu...

    Nak tanya....Mana lebih bagus/baik....UMNO dulu 1974 atau UMNO sekarang 2009?

  10. 22 Muslim street

    Salam

    Bagaimana ayat Nik Aziz menjawab ttg soalan kerajaan perpaduan aku percaya tetap sama dan bukan putar belit..termasuk kenyataan terbaru ni. Sebab soalan yang ditanya kepada beliau tetap menggunakan ayat yang sama atau membawa maksud yang sama. Seperti 'apa komen tok guru ttg kerajaan perpaduan dengan Umno/BN?' atau 'bagaimana tok guru melihat cadangan kerajaan perpaduan dengan umno/BN' atau 'kumpulan muzakarah/muqabalah dengan umno dalam PAS tetap mempertahankan pendirian mereka, apa komen tok guru' atau apa-apa sahaja ayat yang berbentuk itu atau membawa faham begitu. Selagi itulah caranya isu kerajaan perpaduan ditanya selagi itulah jawapan Nik Aziz akan sama....

    Cuba tanya Nik Aziz soalan begini: Sistem politik yang mana tok guru lebih setuju digunakan dalam negara kita:-

    a) mengekalkan sistem yang di'install' oleh British sejak merdeka yang menggunakan kaedah 'first-past-the post' yang mana praktiknya, parti yang mejoriti dalam parlimen walaupun dengan kelebihan dua kerusi sahaja menguasai pentadbiran seluruh negara. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar kerana sudah tentu tok guru faham dengan sistem ini kerana sudah 60 tahun lebih dipraktakkan di Malaysia.

    b)Sistem pembahagian kuasa mengikut jumlah kerusi di parlimen. Iaitu menang 100 kerusi di parlimen tidak sama seperti menang 200 kerusi di parlimen dalam kontek penguasaan dalam pentadbiran negara, walaupun dua-dua jumlah itu masih lagi mejoriti.Salah satu daripada kaedah sistem demokrasi juga, tetapi yang bukan jenis dipraktis di negara kita dan bukan dicadangkan oleh Inggeris. Sistem ini dipraktiskan oleh banyak juga negara dan kalau tok guru nak faham lagi tanya Hizbullah di Lubnan yang mana parti-parti yang membentuk pakatan dengannya (seperti PAS membentuk pakatan dengan PKR dan DAP) berjaya mendesak kerajaan Lubnan mempraktikkan sistem ini. Dan lihat bagaimana Hizbullah sekrang ini, walaupun tak banyak wakil dlm parlimen tetapi tetap ada pengaruh dalam pentadbiran, dan semakin besar wakil (bersama pakatan) mereka dalam parlimen semakin besar pengaruh mereka dalam pantadbiran.

    Aku percaya kalau soalan ini ditanya pada tok guru jawapan beliau akan berlainan dengan jawapan-jawapan beliau selama ini atau sekurang2nya beliau akan minta masa untuk menjawab atau paling lekeh beliau akan menjawab kita kaji baik dan buruknya kedua-dua sistem itu.

    Tapi kalau beliau menjawab beliau pilih sistem 'b' kata kat dia nama sistem tu Unity Government atau Nasional Unity Government yang kawan dia (Haji Hadi ) duk kempen sekarang ni....buka wikipedia kalau tak faham lagi.

  11. mana ada perpaduan... kalau join amnu.. jadik balaci amnu laaaaa... kalau amnu nak tegakkan Islam... tukar je la perlembagaan amnu tuh...

  12. Salam
    AHIM KAMPONG said...
    "TGNA berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974.
    Penipuan ini adalah pada tahun 1974, sekarang tahun 2009...ada beza tu...
    Nak tanya....Mana lebih bagus/baik....UMNO dulu 1974 atau UMNO sekarang 2009?"

    Sy menjawab :
    "Iblis tipu manusia sejak dari zaman Nabi Adam. Sekarang tahun 2009, ada beza tu, tapi, dari segi jumlah tahun. Mana lebih bagus/baik, Iblis tipu manusia sejak dari zaman Nabi Adam, atau Iblis tipu manusia sekarang, 2009?"

    Ibnuhadar
    Pohon Kurma Nan Sebatang

  13. ~apa yang kita sokong x semestinya betul, kita hanya manusia yg x dapat meramal masa hadapan, terlalu dangkal akal kita jika dibandingkan denganNya, terlalu banyak manusia/blogger bertopengkan syaitan...apakah kita pasti? sumber faktanya sah ataupun "hearsay"??? tanya dalam hati masing2, baik penyokong PR dan BN biarlah berbicara secara rasional dan sederhana, x perlu berbalah, bermaki2 cuma menambahkan dosa2 yg ada...ultimatenya jika perubahan yang kita minta, apakah perubahan yg kita harapkan itu sampai kepada kita? saya sangat sangsi.. mungkin kita kurang bersyukur?~

  14. tak payah joint umno tuan guru .. join le parti kapir DAP yang pernah cakap langkah mayat dulu kalau nak tegak islam , dulu umno haram sebab kerjasama dengan parti kafir tapi sekarang PAS dah boleh pulak .. kih kih kih lawak2

    eliz buat maksiat kita sokong sambil peluk2 nangis...

    lebih rela berkasih sayang dengan kafir dari sesama islam ....
    sanggup doa kehancuran sedara islam dari mohon allah beri hidayah pada mereka , tu le sikap puak pas ni

  15. biasa le ulamak politik.

  16. aku setuju sangat2 dgn kenyataan tuan guru.g mampos la sama BN.kahkahkah hak tuih

  17. dari post anwaribrahimblog.com

    Kenyataan Akhbar

    Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

    14 Mei 2009

    Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan telah mengambil keputusan berikut:

    Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

    Kepada mr. ketam yang hairan tak tentu pasak kenapa nizar buat sidang akhbar di pejabat dap perak tu sila baca kenyataan di atas...

    Awak tak hairan ke kenapa pemimpin pr dap dan pkr peringkat kebangsaan buat pertemuan dalam ibu pejabat pas?

    Satu lagi itu menunjukkan nizar ialah menteri besar rakyat tak kira kaum, agama dan parti(nizar nak ceramah agama dekat dalam ibu pejabat umno perak mesti umno halang punya)

    Tapi saya hairan najib tak pernah buat mesyuarat dalam pejabat mca atau mic?

    Najib ni perdana menteri Malaysia ke pm umno je?
    Nak kata pm untuk orang mca dan mic pun ragu-ragu lagilah saya.

  18. Kepada Anon 13.05.09 jam 8.12pm
    Walau bagaimana bentuk atau gaya pun soalan dikemukakan kepada TGNA mengenai kerajaan perpaduan,percayalah jawapannya tetap akan serupa jua.2X5=10 dan 5X2 tetap 10 juga.Kerajaan Perpaduan yang diutarakan olih Presiden PAS itu bukan,(ulangi)bukan bentuk kerajaan proportionate representation (PR) yang anta cuba jelaskan tu.Memang kerajaan jenis PR ini diamalkan olih banyak negara-negara maju tetapi percyalah yang diutarakan olih Presiden PAS itu bukan jenis ini.Dalam sistem kerajaan PR setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya diberi kerusi ikut peratus undi yang diperolihi (satelah dipersetujui dan muafakat semua pihak) dan sistem ini ada "pembangkang" kerana parti pembangkang juga diberi kerusi ikut prestasi mereka dalam pilihan raya.Kerajaan Perpaduan Presiden PAS tu tak ada pembangkang..Untuk makluman anta Sistem PR ini telah pun diutarakan dan dicadangkan olih PAS beberapa tahun yang lalu tetapi ditolak olih BN.

  19. Nik ajis kan nak pulun semua.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008