
Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff
Sedar dan besarlah Hishammuddin
Saya merujuk kenyataan di dalam akhbar New Straits Tsimes bertarikh Rabu, 6 Oktober 1999 serta laporan polis yang dibuat ke atas saya oleh Pemangku Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh saya di Pulau Pinang pada 29 September 1999.
Laporan akhbar New Straits Times pada 6hb Oktober 1999 dan media yang di-kuasai Kerajaan , termasuk Utusan Malaysia bertarikh 11 hb dan 12 hb Oktober 1999, adalah salah, mengelirukan dan juga berniat jahat serta bertujuan untuk menimbulkan hubungan buruk antara kaum. Hakikat bahawa pembohongan buruk ini yang telah menyebabkan Datuk Harun terlantar di hospital adalah suatu perkara yang amat serius dan seandainya berlaku sesuatu kepada Datuk Harun, saya memegang pihak Umnolah yang bertanggungjawab, terutamanya Datuk Hishammuddin dan pasukan pemuda Umnonya.
Saya amat memandang berat perkara ini dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam memutar –belitkan keadaan sehingga menjadikannya suatu pembohongan jahat yang berhasrat untuk menimbulkan hubungan buruk antara saya dan Datuk Harun. Datuk Harun adalah pelanggan saya dalam satu kes undang-undang di mana Kerajaan dan pihak berkuasa telah gagal melaksanakan keadilan. Ini berlaku apabila beliau hampir tamat menjalani hukuman penjara dan hampir dibebaskan, pihak berkuasa dengan sengaja dan secara tidak sah mengubah dokumen penjara dengan memadamkan perkataan “serentak” (concurrent) dan menggantikannya dengan perkataan “berturutan” (consecutive), dengan itu memanjangkan hukuman penjaranya. Ini mengakibatkan ketidakadilan terhadap Datuk Harun.
Seperti yang diketahui umum, Datuk Harun pada pertengahan tujuh-puluhan, begitu berkuasa dan popular dan mungkin menjadi calun untuk Perdana Menteri. Pendakwaan memilih telah dilakukan terhadapnya untuk menjadikannya mangsa dan menghapuskan kareer politiknya, seperti yang berlaku terhdapa Datuk Seri Anwar.
Saya juga berpendapat kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi Pilihanraya Umum nanti akan berlaku tumpahan darah seperti peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan terhadap negara.
Dengan menamakan saya sebagai pembelot kerana berani menyatakan kebenaran terhadap salah laku Umno adalah amat tidak patut. Pembelot sebenar adalah Datuk Hishammuddin sendiri yang belot kepada perjuangan politik bapa serta datuknya, Datuk Onn bin Jaafar. Bapanya, Tun Hussein Onn telah disalahkan oleh Dr Mahthir yang dalam antara lain skandal Maminco. Ini telah menghancurkan hatinya dan beliau menyesali tindakannya melantik Dr Mahathir sebagai penggantinya dan telah cuba sedaya upayanya untuk membetulkan kesilapannya. Bahkan semasa beliau meninggal dunia beliau tidak menyertai Umno Baru di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dalam masa perjuangannya yang diteruskan dan dilaksanakan oleh Tengku Razaleigh, Datuk Hishammuddin masih terlalu kecil dan mentah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, terutamanya rusuhan 13 Mei.
Saya bertugas di Kuala Lumpur sebagai Peguamcara Jabatan, di Jabatan Amanah Raya pada 13 Mei 1969. Pada pagi itu beberapa orang termasuk dari Pemuda Umno telah datang menemui saya dan menyuruh saya pulang secepat mungkin. Mereka memberitahu saya bahawa rusuhan akan berlaku oleh kerana semua pemuda Melayu telah dipanggil dan berhimpun secara besar-besaran di Kampong Baru. Disebabkan hasutan dari partipembangkang yang menang, pemuda Melayu telah merusuh.
Sungguhpun Umno mungkin tidak menjangka peristiwa tersebut akan mengakibatkan pembunuhan dan tumpah darah, merekalah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap peristiwa ini. Pihak yang berkuasa terutamanya pihak Polis sedar apa yang berlaku oleh kerana mereka telah mengeluarkan permit kepada Umno untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan di bandar. Dengan yang demikian pihak polis juga adalah sama bertanggungjawab kerana gagal mengawal keadaan.
Sekiranya Umno Baru dan sayap Pemudanya terus menyalahgunakan undang-undang dan proses Kehakiman untuk kepentingan politik mereka dan menekan sesiapa yang menentang mereka, pada masa yang bersesuaian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Hishammuddin serta mereka yang bertanggungjawab terhadap pembohongan dan kenyataan palsu serta aduan polis yang palsu terhadap saya serta akibat dan kesan dari tindakan tidak bertanggungjawab mereka terhadap orang lain, seperti Datuk Harun.
Hajjah Marina Yusoff
Naib Presiden,
Parti Keadilan Nasional
11 Oktober 1999










Cantik? Klik 






Rupa-rupanya Umno ni memang jahat dari dulu hingga sekarang. Dengan kawan sendiri pun dibelit juga.
pirahh kau sokonglah cina dap komunis dengan pkrrrrrr yang tak de otak tu.PAS pun satu lu ingat lu baik sangat cuba korang periksa pemimpin korang tu satu satu baru kau tahu musang ke ayam.
Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran, namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan tiga belas minggu lepas.....
Agar Kebenaran Allah Muncul jua........
Dalam kekeliruan ini saya rasa UMNO/BN memang rakus dan tamak kuasa sehingga membelakangkan undang-undang dan mempergunakan instrument kerajaan (Polis, mahkamah dan seumpamanya). Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:
Doanya:
SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA.
SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN) DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.
SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN
MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.
Tuanku Sri Paduka Sultan Perak, patik dan seluruh rakyat perak ingin melihat natijah disebalik doa tersebut yang secara automatiknya menjawab kekeliruan kami. biar ALLAH menentukannya sesungguhnya ALLAH itu maha besar, maha adil dan maha bijaksana. wahai manusia kamu menyangka perancangan kamu cukup baik padahal kamu harus sedar perancangan ALLAH jauh lebih baik dan tak boleh disangah
Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......
BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.
-------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------
....macam mana ni...bila nak habis cerita ni...Apakah pihak parti politik sama ada BN mahupun PR sudah atau memang ada perancangan sulit utk melengah-lengahkan perkara seumpamanya bagi maksud atau tujuan yg tertentu...namun apa yg pasti rakyat memang sudah ada yang naik jenuh dan bosan....para pemimpin @ ahli politik tidak ada kerja lain...menghabiskan boras aje....
Biasalah parti-parti politk ini matlamatnya,mengejar kekayaan dan kesenangan hidup didunia. Takan tak tahu. Cuma berlindung, menggunakan ugama, bangsa dan lain-lain. Masjid sembahyang jemaah masih tak penuh. Masyarakat melayu masih ramai hidup didalam kemiskinan.
kenang marinara cukuplah.