Sedap!! Klik gambar di atas!

Masa Cik Gu Pa lawan Ustaz Hassan tak berbangkit kepimpinan ulama

Banyak SMS yang diterima hari ini. Antaranya:
Kenapa Mustpha Ali lawan ustaz Hasan Sukri pada 2003 semua tak tulis. Kenapa? (saya dah tulis dalam ruangan komen di sini. Saya pun hairan, kenapa masa Cik Gu Pa lawan Ustaz Hassan, tak ada yang bangkitkan soal kepimpinan ulama. Kenapa boleh pula? - bakaq a.k.a. ~penarik beca)

U Malaysia ambil alih tugas Harakah sebagai lidah rasmi PAS. Tahniah kepada kumpulan pro-muqabalah yg berjaya menguasai ruang akhbar U Malaysia!

mengapa TGNA x diberi slot dalam seminar jubli perak kepimpinan ulama pada 23 mei?

Salam - munajat perdana mohon bubar dun & keamanan negeri Perak pd 7 Mei 09 hari Khamis jam 5 pagi d masjid ittihadiah, Kg Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh - pakaian hitam: seluruh rakyat Malaysia djemput hdr - (hari sama kerajaan haram Perak bersidang)
Antara berita dan rencana dalam Utusan Malaysia hari ini:
Pro-Anwar dibidas
'Telah lama dipersetujui, ia tidak perlu diubah'
Biar muktamar tentukan siapa layak
Pas Selangor akui gagal penuhi tuntutan ahli
Perlis mahu ulama isi jawatan tertinggi
Tidak ada dalam perlembagaan – Pas Melaka
Ulama, kerajaan perpaduan dan SPR
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saya rasa isu ulama dan bukan ulama dah boleh tutup buku. Kalau ada yg bersuara tak puas hati lagi jk husam atau mat sabu nak bertanding presiden atau timbalan presiden memang bangang tahap maksimum!

    Tokden

  2. Melayu mudah lupa...mungkin dulu (tahun 2003) hukum dia lain. La ni lain...

  3. sesiapa yang tak bagi orang yang bukan ulama bertanding antara jawatan tertinggi dalam pas memang nak saja nak biarkan pas lingkup..

  4. kenapa Tok Guru Nik Aziz tak diberi slot dalam seminar tersebut? ini kerana ke ulamakan cikgu pa,subky latif,tantawi alpahangi,nasha,abc,mr ron taib dan semua pemuka balah adalah lebih hebat dari Tok Guru Mursyidul am.tak2 pernah buat kerja tetiba buat seminar,tajuk sedap lak tu,bagus lah ,lepas seminar/muktamar nih,bila dah jawatan dah dapat kekal, pakat2 tidor bilang pencen,syok ma,alah dalam pas pon semua orang melayu yang memang mudah terpengaruh ngan iklan dan memang nya mudah lupa,apa lagi tajuk iklan tu kepimpinan ulama,maka perwakilan2 yang takut dan tak berapa faham sepak terajang iklan akan mudah membelinya walaupon barang tu buruk,tapi kulit baru terkena juga akhirnya.alahai sian ahli2,takpa apapun malaikat tetap akan mencatit setiap apa yang kita buat samaada kita ulama atau bukan.Tak pa lah ,lepas ni bagi la pulak ulama yang turun jd kepala demo d jalanraya.jadi pmimpin biar buat semua,ulama warasatul la katakan.

  5. nak tau jugak cikgu pa kalah sebab apa? bukan isu kepimpinan ulama' ke?

  6. salam pak Bakaq

    Mase cikgu Pa lawan Ustaz Hassan Shukri dia bernaung di bawah payung ulama make pada gamak teman yg tak ngaji tinggi ni dia pun ulama le juge. Sedangkan Ustaz hassan Shukri kalau pun "ulama" pade pandangan deme adalah terdiri diri gang "mee celup". Entah le udah raban teben PAS ni, ni baru dapat sikit kuase esok 2 kalau menang banyak lagi le gamaknye.

  7. Komen-komen yg saya rasa menyebabkan saya boleh kena saman ka, tindakan undang2 ka, saya tak siarkan.

    Hampa nak maki Nasharudin ka, Husam ka, Mat Sabu, Cik Gu Pa ka, Nik Abduh ka (setakat ni lima org tu yg kena maki dlm komen yg saya terima utk posting ni), hampa pi cari nombor telefon depa, hampa pi maki sendiri.

    Hujah lawan hujah la. Bukan hujah lawan dgn maki orang. Kalau tak suka perfomance, hentam perfomance. Jangan maki, ungkit pulak soal rumah dia. Tu dah cross the line tu!

    Kalau nak maki jugak, aku boleh bagi alamat pejabat PAS di Jln Raja Laut, tunggu depa di situ, bila jumpa depa, maki puas2!

  8. Assalamualaikum wbt penarik beca. Pada pndangan hamba yg fakir nih, tidak timbul isu kepimpinan ulama' ke tak krn jelas pas ada majlis syura ulama'(kalau ni bkn kpimpinan ulama', baik bubar je buat perhiasan kt rumah. lama2 semak pulak buat perhiasan lps tu buang dlm tong sampah jika tak ada guna). soalnya adalah org yg nak bertanding tu boleh buat kerja ke tak? boleh uruskan organisasi ke tak? memimpin la senang kata. ni kan nak pilih pemimpin, bukan nak pilih ustaz ke bukan ustaz. ulama' ialah yg berilmu. bukan setakat ustaz. jika ustaz pandai ceramah, tp tak reti urus org, buat apa.

  9. salam..maaf kerana masuk campur urusan antum suma..sbagai ummat rasulullah(saw) ana mintak sgt dgn saudara yg tak siarkan nama di atas agar bnyk2 baca KITAB,trutama tntg PEMIMPIN2 ISLAM yg agung..dari zaman RASULULLAH(SAW)sampai zaman merdeka tanahair kita.faham dan kaji diri mereka..dari golongan yg mcmmana..pastu baca sirah golongan mana pulak yg menghancurkan DAULAH ISLAMIYYAH..Telaah HADITH RASULULLAH(saw)perihal menyerahkan KEPIMPINAN KPD YG BKN AHLINYA..INGAT KITA DLM PERJUANGAN MENEGAKKAN UGAMA ALLAH,bkn DEMOKRASI..MATLAMAT KITA REDHA ALLAH DAN RASUL..AL AFU MINNUKUM JAZAKUMULLAH KHER..Alfagir Alhagir iLALLAH..

  10. Cukupla bang baqaq. Dok cerita pasai pro muqabalah dok banay ruang di Utusan Buat pengetahuan Bang Baqar la ni dalam harakah daily dan harakah pun dok tibai ust hadi> apa cerita? dok putar belit apa ust hadi kata... Agenda apa ni? Kalau ia pun x kan la wartawan harakah tu bodo sanagt x paham ust hadi kata? terpaksala ust hadi menjawab dalam malaysia kini berkenaan isu unity govermat. Apa tak malu ka harakah? Kita kena bersikap sasional... kalau ada masalah peribadi ngan sapa pun jgn kita tidak bersikap adil. Teliti dulu , kaji, pahamkan baru komen. Kita ni kena patuh ngan ketua kita. Wala pada mereka selagi tidak menyimpang dari Islam kita ikut la. Jgn la sikap emosional. Ni org pas tapi presiden Anwar... apa cerita?

  11. Salam,

    soal perbalahan pro ulama dan bukan ulama yang akan menjawat jawtaan no 2 dalam pas pada muktamar yang akan datang, saya ahli pas yang bingung dgn perbalahan ni dengan rendah diri mencadangkan supaya masa pemilihan tu kita buat mcm ni.......senaraikan pilihan calon2 timbalan presiden tu.....dan bubuh pilihan yang terakhir yang buleh dipangkah oleh perwakilan.....iaitu serahkan pada majlis syuro ulama yg buat keputusan.....in case pilihan terakhir itu dipersetujui oleh para perwakilan, biarlah majlis syuro ulama yg putuskan dan sesiapa sahaja yang dipilih oleh majlis syuro, ahli-ahli mestilah berlapang dada dengan keputusan tu.

    dah tentu la dlm majlis syuro ulama tu terdiri daripada 2 aliran pemikiran yang kita nampak pada hari ni.....

    dan yang penting.....kita mesti yakin bahawa majlis syuro tu buat keputusan dibimbing oleh allah dan rasul.....bukan emosi yang mudah terbakar tatkala dibincangkan di khalayak ramai.......

    amacam?

  12. Jubli Perak kepimpinan Ulama.. yang aku tahu TG Nik aziz perasmi sambutan tersebut.. mana pulak dia tak terlibat.. dia perasmi..loklak betoi..

  13. Anonymous Tue, May 5, 2009 at 1:02 PM.

    Komen Tuan/Puan terpaksa edit seperti berikut:

    Ada 3 orang yang akan bertanding Timbalan Presiden PAS. Ust Nasharuddin, Husam Musa dan Mohd Sabu.

    Kenapa hanya Ust Nasharuddin mendapat layanan istimewa oleh UMNO dan Utusan Malaysia, apabila UMNO dan Utusan Malaysia turut berkempen untuk Ust Nasha?

    Kenapa Husam Musa dan Mohd Sabu tidak mendapat layanan yang sama daripada Utusan Malaysia.

    Adakah ini menandakan bahawa jalur pemikiran Ust Nasha telah sama dengan jalur pemikiran UMNO?

    Mungkin ini bermakna Ust Nasha merupakan **** UMNO di dalam PAS.

    Mungkin ini bermakna UMNO menganggap Husam Musa adalah musuh nombor wahid mereka?

    Mungkin UMNO menganggap bahawa kehadiran Husam Musa bakal menggugat UMNO secara major.

    Mungkin UMNO menganggap bahawa Ust Nasha tidak berkuku di dalam berlawan dengan UMNO.

    Atau Ust Nasha ******** Utusan Malaysia untuk menjadi jurukempen beliau?

    Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh perwakilan.

  14. Salam

    Dalam isu ini mcm tak berapa gheti dalam nak melontarkan pandangan tapi
    jari gatai nak taip.

    Sudah wujud ketaksuban yang melampau terhadap ustaz/guru mungkin tok guru
    dalam memberi pandangan,
    dulu ramai mengatakan UMNO itu merupakan assobiyyah bangsa.Tapi la dah nampak
    bunga-bunga didalam Gerakan Islam Melayu Malaysia. Silap, Gerakan Islam Malaysia.
    [ idolaku & sebagainya - mengaku plak tu ]

    Dalam memberi pandangan dalam buku berwarna hitam Karangan Tuan Guru Mursyidul
    Am PAS dalam muka surat 2 & 3 yang dikisah bagaimana Situasi Rasulullah SAW yang
    menghadapi perang dlm peristiwa Khandaq. Dalam memberi pandangan Rasulullah
    menjemput 2 tokoh dari Madinah iaitu Saad Bin Muaaz & Saad Bin Ubadah. Rasulullah
    SAW meminta pandangan mereka, apakah pendapat mereka sekiranya mereka berdua
    berunding dengan orang-orang Ghatfan.Pujuk mereka supaya menarik diri daripada
    pakatan al-Ahzab, Rasulullah SAW bersedia menyerahkan 1/3 daripada pendapatan hasil
    mahsul negara, iaitu hasil dari ladang kurma diseluruh Madinah yang banyak
    mengeluarkan buah itu kepada mereka.
    Kedua-dua sahabat sahabat serentak bertanya kepada baginda, adakah tindakan itu
    adalah arahan wahyu dari ALLAH SWT, ataupun ia hanya pandangan peribadi
    untuk menyelamatkan kaum muslimin ? Sekiranya arahan itu datangnya daripada wahyu
    ALLLAH SWT, mereka berdua juga mempunyai pendapat sendiri berhubung isu itu.
    Rasullulah SAW mengakui ia bukan arahan wahyu, tetapi sekadar suatu pandangan
    bertujuan mengurangkan serangan daripada musuh terhadap kaum muslimin. Bagaimanapun,
    kedua-dua sahabat mempunyai pendapat yang berbeza dengan pandangan baginda. Reaksi
    daripada kenyataan itu, mereka dengan spontan berkata," Demi ALLAH," kata kedua-dua
    Saad itu," Kami tidak akan menyumbat hasil buah-buahan kami kedalam kedalam mulut
    mereka, sehingga ALLAH SWT menentukan takdirnya-Nya sama ada kita menang ataupun tewas,'


    Ustaz/Guru/Tok Guru/Pimpinan & sebagainya, pada zaman mutakhir nie tak blh ditegur/tukar
    pendapat & sebagainya ?
    Kalau boleh ditegur dimana ruangnya ? Masalah displin dimana tempatnya ?
    UMNO dlm bab nie nampaknya sedikit mendahului tapi semua ahli PAS & masyarakat
    amnya tau Lembaga Displin di wujudkan untuk golongan tertentu sahaja yang akan
    dikenakan tindakan.

    Sekadar Renungan Syuhada' di Medan Jihad Palestin - Nostalgia Syuhada' Palestin
    Karya Ibnu Ismail

    1 - As-Syahid Yasir Ahmad An-Nimruti
    - Institut Latihan Vokasional Ghaza
    - Juruteknik Elektrik
    - 1992 : Bertemu ALLAH.

    2 - As-Syahid Abul Barra' Ibrahim Asyur
    - Maahad Al-Azhar Ghaza [ Diploma Bahasa Arab ]
    - HAMAS
    - 1993 : Bertemu ALLAH.

    3 - As-Syahid Abu Muaz
    - Universiti PERZET [ Fakulti Adab ( Sastera ) ]
    - HAMAS
    - 1994 : Bertemu ALLAH.

    Kalau nak dihuraikan hebat diantara mereka nie & banyak lagi syuhada',
    dah la bangsa Arab , belajar lagi bahasa Arab sebab nak faham Al-Quran. Melayu ?
    Depa Arab takpa arrr..penin ooo......WOOOOOOOOOOOOIIIIII
    Bahasa Melayu dialek macam-macam pon tak faham, lagi penin

    Cerita bos : Buat lawak orang tak gelak , lepas tu kata gelak la woi, lawak ni.Bodo
    la hangpa nie.
    Pakyet dia buat pa tau dak ?
    Bos cam nie bagi WOTR ------ > Peninnnnnn.

    Akhir Sekali :

    Rasulullah SAW sebelum nak wafat : Dia ada sebut Umatku , Umatku.

    Laaaaaaaaaanii.......,

    Depa sebut : Menantuku, Menantuku.....Anakku , Anakku.

    UMNO kata pa : Depa tiru kita kaaaa, Dunia dah berubah..Lamaaaaaaa dahhh.

    Kita tangguh dulu dengan Tasbih Kafarah & Surah Al-Asr.

    Mai lewat ? Adoiiiiiiii


    Tak Mau Taip Dah

    ikhLAs
    WOTR @ sUDAH PENIN

  15. motto pas for all tapi skrg ni ulama pula yang mesti terajui pas,lebih baik tukar motto pas for ulama,kena ingat ada hadis nabi yg mengatakan sehina2 umatku pada akhir zaman adalah para ulama.jadi fikir2kanlah,nama pas pun adalah parti islam semalaysia jadi sepatutnya siapa2 pun yg islam tak kira ulama ke atau bukan tapi berjuang dgn ikhlas kerana allah dan bersih patut jadi pemempin pas.Allah tak pandang pangkat atau kerjaya tapi pandang hati

  16. Salam Pak Bakaq,

    Bro sheih menulis satu analisis yg amat "refreshing"pada pandangan saya berkenaan isu ini. Barangkali Pak Bakaq boleh panjangkan analisis tersebut untuk kepentingan kita bersama.

    http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/05/kepimpinan-ulamak-perjuangan-hidup-mati-umno/

    Takbirr!!

    chaerul

  17. Nak jawab dulu soalan tajuk ni.Mengapa tak kecoh dulu bila Ce Gu Pa lawan Us.Hassan Shukri? Jawabnya: Gulungan ulamak ni macam UMNO juga,mereka ada 2 peraturan Bahasa Ingerisnya "double standard".Kalau "orang mereka" tak mengapa tetapi orang yang mereka tak sebulu riuhlah sebagai mana yang sedang berlaku hari ni hingga nak buat perayaan Jublee Perak "memperkasakan ulamak".Adakah ahli-ahli PAS dah tak hormat atau telah mengenepikan ulamak.Jawapannya sudah tentu tidak.Jadi apa masaalahnya? Masaalah "mereka" adalah sekadar hendak mempertahankan seorang-dua yang diatas.Itu sahaja.Kenaapa ini bolih berlaku? Kerana "mereka" sering buat kenyataan yang pelek-pelek yang tak pernah nak runding dengan orang lain,memikirkan "mereka bijak dan "terlalu banyak ilmu" lantaran terlalu banyak membaca buku.Itu sahaja,tak kurang tak lebih.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008