Sedap!! Klik gambar di atas!

Lawan ulama kerja gila

Seorang kawan Umno tegar tanya saya lebih kurang begini ketika menghubungi saya dalam telefon, "Kau ni group yang lawan ulama ke?"

Sambil teringat posting saya sebelum ini yang bertajuk "Ulama dan talabah, orang bukan nak buang tuan-tuan!", antara lain saya kata, "Lawan ulama kerja bodoh!"

Saya tak ingat apa lagi saya kata. Kalau nak tulis juga, terpaksalah mereka-reka dan berbohong. Lagi baik tak tulis. Habislah cerita perbualan dengan kawan dari Umno itu yang selalu prihatin kepada isu-isu Islam seperti isu Lina Joy.

Pada saya, lawan ulama bukan sahaja kerja bodoh tetapi kerja gila.

Masalahnya, yang menuduh orang lain melawan ulama juga tak kurang bodoh, biul, sewel dan gila. Contohnya, bila sejak dari dulu lagi saya rasa meluat sangat nak dengar ceramah Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom yang saya rasa plastik sangat-sangat, adakah saya benci ilmu agama?

Satu lagi contoh, bila saya terus tutup TV apabila ia menyiarkan ceramah Datuk Dr Mashitah Ibrahim atau saya palingkan muka enggan melihat beliau apabila pernah sekali saya terserempak dengannya di Seri Gombak, adakah itu tandanya saya membenci ulama?

Begitu juga apabila saya menulis sejak dari Muktamar PAS 2007 lagi menolak Ustaz Nasharudin Mat Isa kerana prestasinya, adakah saya lawan ulama? Sedangkan pada masa itu yang berlawan dengan Nasharudin ialah Ustaz Harun Taib. Harun bukan ulama ka?

Saya dah lawan tuduhan bodoh dengan posting bodoh bertajuk "Ikhwan dan Jamaat parti mi celup". Ada pula Mamat-Mamat lurus yang bagi komen macam orang lurus bendul. Lagi serabut. Mereka tetap tak faham dan terus hidup dalam alam entah apa-apa walaupun saya dah jawab "Tit for tat. Simplified thinking against simplified thinking".

Ni nak bagi tau sekali lagi: Yang saya nampak orang bukan nak buang kepimpinan ulama. Yang saya nampak ialah orang nak buang Nasharudin. Harap sangat mudah faham.

Penyokong Nasharudin memang tahu. Tetapi, sengaja generalise kononnya orang anak buang kepimpinan ulama untuk bermain politik serta meraih simpati dan undi kepada Nasharudin. Mereka cerdik dan nampaknya berjaya. Golongan yang nak buang Nasharudin pula nampak sangat bodoh dan bangang apabila mereka bukan sahaja tak jawab dengan cekap. Malah, dengan penuh bodoh dan bangang mereka turut menari dengan rentak anti-ulama yang diiramakan oleh mereka yang nak mempertahankan Nasharudin yang mengaku sendiri beliau selalu berhubung melalui telefon dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Prestasi Nasharudin memang lemah. Tetapi golongan yang mempertahankan beliau lebih cekap bermain dengan isu dan mereka ternyata bijak memilih battle cry yang mampu meraih simpati.

Saya letih sungguh melihat tingkah laku penyokong puak yang hendak memperkasakan PAS dan menggantikan Nasharudin yang amat lemah prestasinya. Sebahagian besar dari penyokong-penyokong itu bodoh nak mampus dan mereka terus menari dengan penuh bangang mengikut rentak anti-ulama yang diiramakan oleh mereka yang nak mempertahankan Nasharudin.

Dulu, bila Nasharudin menang kali pertama, saya kata Ustaz Hassan Shukri yang tanggung dosa melemahkan PAS. Kelemahan prestasi Hassan memenangkan Nasharudin. Hassan bersalah. There is no two verdicts.

Kali ini, puak yang nak buang Nasharudin yang tanggung dosa kalau rakan berbual Najib melalui telefon itu menang. Mereka bodoh nak mampus dan tak reti menyaingi battle cry penyokong Nasharudin.

Mereka terus bodoh nak mampus dan mereka terus menari dengan penuh bangang mengikut rentak anti-ulama yang diiramakan oleh mereka yang nak mempertahankan Nasharudin. Dipersilakan bangang dengan sebangang-bangangnya!

Untuk maklumat:
Laporan hok sngoti tentang Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. yalaaaah, kalau semua dah bangang, pak bakaq penarikbeca je lah kita calunkan bertanding jawatan Tim. Pressiden PAS. pencalunan ni datang dari PAS cawangan Kubang Taik, Kawasan Batutigasuku.

  2. selepas berjam2 aku search gambar2 peristiwa "1Black Malaysia" 7Mei2009, tak jumpa pun gambar ulam Tim.Presiden PAS tu.
    agaknye dia tengah bergayut tpon dengan PM ke? atau bersantai2 kat oversea?

  3. ala.ulamak bukannya malaikat ataupun nabi yang maksum.mereka pun manusia biasa juga.tak semua ilmu yang mereka tahu.yang kita nak takutkan ulamak ni sangat kenapa.terutama ulamak yang terlibat dalam politik.masingmasing mahu menegakkan benang basah.piiiiiiiirah!lebihlebih lagi ulamak PAS!terlalu banyak menyesatkan disebalik nama ulamak islam.termasuk saudara juga.menulis bagi sebelah pihak sahaja.bersubahat menyalahkan orang lain.bermuhasahlah.

  4. kalau macam ini punya perebutan jawatan, tidak ada beza antara PAS dgn Umno, kami KECEWA...Nasharudin PAS...Ustaz Harun Taib juga PAS...antara keduanya menang tetap juga PAS...tak usah berebut...

  5. salam,

    tulisan dr asri bekas mufti perlis tu pun menarik

    http://drmaza.com/home/?p=605

  6. Betoi la apa yg hang kata tu bakaq oi.... nasharudin mmg perlu digantikan.

    Cuma hang sedaq tak bakaq oi, puak2 erdogan dalam pas ni tgh putaq belit usaha2 yg nak gantikan nasha ni?

    Baguih la hang nak gantikan nasha tu, tp tulisan hg tu sendiri yg seolah2 menyokong puak2 erdogan yang jadi "proksi" anwar dalam pas. Hang kena sedaq bakaq, tujuan kita walaupun betoi, tp janganlah sampai ada puak yg amik kesempatan dan gunakan itu sebagai mengukuhkan proksi anwar dalam pas.

    Aku sampai sudah takkah redha proksi2 anwar ni berada dlm pas. Dalam keadaan skg, agenda proksi anwar dalam pas lebih berbahaya daripada prestasi nasha dlm pas! Agenda unity government setidak2nya sudah ditarik balik, tp mcm mana dengan agenda proksi anwar dlm pas ni yang terang2an nak ubah prinsip pas sendiri secara total?? Apa kata hang bakaq??

  7. Secara umum ulama tu pewaris Nabi saaw. Tapi ulama yang macam mana ? 'Ulama' yang wujud sekitar 2 tahun akhir hayat Rasul Suci saaw atau ULAMA yang sejak saat-saat pertama hidup atas dunia ni dah jadi pencinta Nabi saaw. Kepada mereka yang mengaku mencintai Nabi Suci saaw dan Ideologi yang diajar Baginda saaw, sila fikirkan. Jangan sampai " tersungkur di pintu syurga ". Lain yang di suruh ikut, lain yang diikut. Sollu 'ala Muhammad wa Aali Muhammad !

  8. Salam,

    Saya ahli PAS dan takda Ijazah Agama kecuali Kejuruteraan.....

    Soalan:

    Adakah saya golongan Erdogan?

    Adakah golongan Pro Anwar dalam PAS? Kenapa tak masuk PKR?

    Saya menyokong Pak Bakar menjadi calon Timbalan Presiden dan InshaAllah kalau ramai sokongan, Pak Bakar akan menang...

    Wasalam,

    Rain

  9. Lain ceritanya kalau pada 7 Mei 2009 ketika Sidang Dun Perak berlangsung.
    Mula-mula Raja Nazrin masuk dewan.
    Lepas tu Sivakumar arahkan 10 Adun diketuai Zambri keluar dewan.
    Mana berani Zambri berlaku biadap depan Raja Nazrin.
    Dun Perakpun boleh bersidang dengan baik dan lancar.
    Kemudian usul bubarkan dewan,sure PR menang pasal BN tak cukup majoriti dalam dewan.
    Pilihanrayapun diadakan di seluruh Perak.
    Kejap je kan.UMNO-BN yang buat kecoh dan bukti dalam you tube boleh dilihat atau ditonton rakyat.
    Ada yang bertanya mengapa Raja Nazrin tak masuk dulu ke dalam dewan?Sapa yang berani arahkannya menunggu selama 5 jam.
    Cuba fikir logik,kalau raja nazrin masuk sapa berani nak buat kecoh.
    logiknya,Umno-BN takut hilang kuasa sampai jadi desperado dan bertindak biadap dalam dewan.
    Rakyat dah boleh buat persepsi UMNO takut pilihanraya dan konsep One Malaysian retorik semata-mata.sekadar perencah ajinomoto dalam masakan

  10. Assalamualaikum wm wbt,

    Salam ziarah. Ringkas sahaja. Daripada pembacaan saya dlm blog saudara, saya nampak ada beberapa trend yg berterusan dan harus saudara fikirkan semula sebelum menulis utk tatapan umum.

    'Tajuk posting dh betul, cuma storyline byk errors'

    Cadangan saya, lebih elok jika saudara semak balik matlamat di sebalik penulisan. Adakah disebabkan SEMANGAT atau KEFAHAMAN?

    Kalau SEMANGAT, ia akan pudar dan mungkin menggugat keharmonian PAS.

    Kalau atas KEFAHAMAN, i-Allah ia akan berkekalan dan tidak didominasi oleh emosi yang akhirnya memudaratkan byk pihak.

    Adab seorang Muslim bilamana sesuatu yg tidak selari dengan kehendaknya berlaku tetapi perkara itu tidak bertentangan dengan Syarak adalah DIAM. Takut2 jari yang menaip akan menjadi hijab dr rahmat Allah.

    Wallahu'alam

  11. Sdr atau Sdri yang memperkenalkan diri sebagai Semangat VS faham,

    Sejak tahun 1984 lagi, saya memperkenalkan diri saya dari golongan "La Tarbiyyah, La Syakhsiyyah". Dengan sejarah itu, saya harap jelaslah bagi Sdr/i bahawa saya tak faham. Saya hanya berbekalkan semangat sahaja.

    Saya harap sangat, dengan modal semangat itulah Allah s.w.t. yang sangat dikasihi sudi menerima saya.

  12. Semangat VS faham, ini tak faham dan tak dak semangat. Nak tunjuk hebat konon. Nak berhujah lawan hujah. Yg PB sebut dan ratid selalu adalah prestasi pemimpin Pas. Terutama prestasi Ust Nasa sejak dari semenjak pegang jawatan setia-usaha Agung hingga sekarang woi. Itu saja ada faham ada semangat. Turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    Zolgoji, di Jakarta.

  13. Bakaq ! Tolong jelaskan kepoada aku seorang saja yang amat tak faham dengan perkataan 'ulamak' di Malaysia ini.

  14. askum. pak bakaq teruskan menulis. mana2 pihak yg tak puas hati boleh komen. kpd professional yg takde bakat jadi ulama dua ada pilihan satu teruskan agenda perjuangan pas dgn fraksi bukan umno atau 2nd join parti pembangkang yg appreciate idea, tenaga dan kemahiran kita. terima kasih pd pak bakaq yg membenarkan posting saya ini. jzkk.

  15. Dalam PAS sebenarnya tak ada Fraksi Pro-Annuar atau pun kumpulan yang disebut Erdogan.Ini hanyalah ciptaan UMNO dan Fraksi UMNO untuk mengelirukan ahli-ahli PAS.Ada pemimpin PAS rapat dengan DAP dan ada pula yang rapat dengan PKR -ini adalah "tugas" yang telah diarahkan kepada mereka sebagai "perantara"(bridging) antara PAS dengan parti-parti kawan dalam PR.Mereka bukanlah penjilat DAP mahu pun PKR.Sepatutnya Presiden PAS menjelaskan hal ini agar tidak timbul syak-wasangka atau pun kekeliruan sama ada dikalangan ahli-ahli PAS atau pun pihak luar.Sebagai Presiden beliau tak mempertahankan orang-orangnya walhal mereka sekadar menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.
    Pak Baqak memang tak salah merumuskan yang hendak ditukar tu hanyalah Nasaruddin Mat Isa tak ada kena-mengena dengan lain-lain ulamak mahu pun Dewan Ulamak atau pun Majlis Syura Ulamak. Sebaliknya Tim.Presiden yang sekarang ni mempunyai pengikut yang "berpengaruh" dan rapat pula dengan Presiden serta jaguh-jaguh dari Trengganu dan beberapa "hulubalang" dalam Pemuda PAS.Dalam suasana begini strategi yang kumpulan ini gunakan ialah "alih pandangan" kepada ulamak keseluruhannya serta strategi "bunuh syahsiah"(character assassination)melebelkan seseorang itu "penjilat Annuar" atau "penjilat DAP" berharap dengan tuduhan yang bertalu-talu ini,orang ramai akhirnya akan menerima tuduhan itu.Kalau satu pembohongan itu selalu dan kerap diutarakan lama-lama orang akan percaya.Inilah harapan kumpulan itu dan hari ini ramai diantara ahli-ahli PAS telah mula percaya adanya kuympulan Erdogan dalam PAS.Sama ada perbuatan kumpulan ini "Islamik",bolih diterima atau tidak,terserahlah kepada budi-bicara ahli-ahli PAS.

  16. la korang semua tak habis2 nak blaim orang sana sini. hang pa tu bagus sangat ka.....hang pa tu sama saja banggang dan biul sebab hang pa tu makhluk tuhan yang maha esa....tak salah rasanya lawan ulama kalau ulama ala politik....macam pas tu.....ulama taik kucing.....

  17. Saya siarkan juga komen orang-orang yang saya yakin benci PAS dan bukan [penyokong yang datang dari parti apa saya pun tak tau yang menghina ulama supaya golongan nak berpadu boleh kenal dan nanti senanglah kerana sudah tau siapa mereka.

  18. ...mudah-mudahan pemipin yang bakal dipilih pro-Pakatan...jika tidak habisssss!

    -www.duniacacamarba.blogspot.com

  19. masyaAllah... ak pn dh xtau nk kata apa kt hgpa smua. pakat pkiaq2 la balik... yg bgus 2 alhamdulillah la..

  20. Di sebalik krisis politik Perak yang telah masuk bulan ketiga sekarang, penganalisis-penganalisis berpendapat parti-parti politik perlu berkompromi manakala Sultan perlu campur tangan walaupun raja "berada di atas politik".

    Penganalisis politik Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Khamis lalu tidak sepatutnya berlaku dalam konteks demokrasi diamalkan di negara ini.

    “Kita tak seharusnya sampai ke tahap mentaliti politik yang negatif seperti yang berlaku dalam Parlimen di Taiwan,” katanya.

    Jelasnya, imej negara tercalar atas kekecohan yang berlaku dan kemelut politik yang melanda Perak tidak akan selesai sehingga pilihan raya umum yang ke-13 jika tiada langkah segera diambil.

    “Sudah tiba masanya baginda (Sultan Perak) campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini.

    “Saya melihat Sultan wajar mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan pendirian baginda berhubung keputusan yang telah dibuat (melantik Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir).

    “Walaupun Sultan berada di atas kuasa politik tapi dalam situasi seperti ini, saya melihat campur tangan itu perlu untuk meredakan kemelut politik di Perak,” kata beliau kepada mStar Online.

    Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia berkata, baginda boleh mengisytiharkan darurat di Perak dan menyerahkan urus tadbir negeri itu kepada kerajaan Persekutuan untuk sementara waktu. “Langkah ini boleh diambil kerana pentadbiran di Perak telah menjadi kucar-kacir dan rakyat yang mangsa. Pemimpin politik ini perlu berhenti bertelagah,” katanya.

    “Rakyat Perak dijangka menterjemahkan melalui pilihan raya, mereka akan undi Pakatan Rakyat sebagai undi protes kepada BN yang dilihat merampas Perak daripada Pakatan Rakyat,” katanya.

    Tambahnya, bagi menyelesaikan konflik politik itu salah satu pihak perlu mengalah, tetapi sama ada BN mahupun Pakatan kelihatan tidak akan mengalah dengan mudah.

    “Jalan penyelesaian terbaik adalah kita harus serahkan kepada mahkamah. Sememangnya akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah Isnin ini.

    “Amalan berpolitik keterlaluan yang berterusan hanya merugikan negara dan rakyat akan terus mangsa,” katanya.

    Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin pula menyifatkan insiden tersebut sebagai satu lagi rampasan kuasa selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Februari lalu.

    “Apa yang berlaku semalam tidak betul dan salah dari sudut perlembagaan. Mereka (kerajaan Barisan Nasional) tidak boleh memecat Speaker dan pelantikan penggantinya yang baru (dari BN) juga tidak sah," katanya.

    Jelasnya, kekecohan itu juga memberi tanggapan negatif masyarakat luar negara terhadap negara ini.

    “Bukan sahaja ekonomi Perak akan terjejas, malah ada kemungkinan pelabur-pelabur asing akan was-was mengenai kestabilan politik di negeri itu.

    “Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada industri pelancongan ekoran urus tadbir yang tidak sempurna,” katanya. Sumber dengan edit dari Mstar.

  21. Zaman Rasul SAW takde yang nak bertanding jawatan seperti yang dialami oleh PAS pada masa ini, sebenarnya PAS mencontohi pemerintahan mana sekarang ini? Demokrasi? setahu saya demokrasi adalah ciptaan Barat (sekular) takkan PAS nak ikut sistem mcm itu? Oleh itu eratkanlah perpaduan sesama Islam kita. Saya rasa niat Ustz Nasharudin Mat Isa ikhlas demi kemakmuran dan kesejahteraan Islam yang Syumul ini. Selagi sikap pemimpin kita sekarang ini selagi itulah umat Islam di Malaysia seperti seadanya sekarang ini. Perbezaan pendapat itu adalah bagus untuk penambah baikan tapi kalau untuk menjahanamkan pasti dipersoalkan oleh Allah di Akhirat nanti. Saya hanya menyokong pemimpin yang betul-betul memperjuang Islam untuk kemaslahatan semua seperti Nik Abduh walaupun beliau tewas didunia InsyaAllah di Akhirat selamat

    Wallahi

  22. Salam, Tahniah pada yang menang KPPN...yang kalah teruskan bekerja utk jemaah and islam. apa sebuk-sebuk kata dekat ahli pas and pimpinan pas..sebagai geng A ke geng B..dah jelas dah bagai yang d putuskan dlm mesyuarat majlis syura...sapa pun bolih bertanding sebagai pimpinan PAS..semua ahli yang merasa dia layak...yang korang ni,,pobia and kata org ni group erdogan ke fraxi Umno ke pasal...klo takut kalah..jangan bertanding...duduk ajelah jadi ahli biasa..atau ahli atas pagar macam gue..sapa pun menang gue sokong..asal dia pimpin PAS jadi benar-benar yang terbaik utk islam and rakyat malaysia..sebenarnya gue kira jiranlah juga dgn utz NAsa..tapi gue tak nampaklah dia punya kerja..dia ni pada gue sesuai jadi pengikut aje atau SU...sebab dia ni senang d arah buat kerja,,,tapi bukan utk meminpin..yang adek-adek dlm pemuda...tu,,,baru mau belajar berpolitik,,,jadi tak usahlah...ikut geng a ke geng b,..belajar ajelah jadi org politik and jangan suka level pimpinan atau ahli pas dgn macam-macam geng..nanti jadi macam utz NA,,,kan dah kalah,,tu semoga jadi tauladan ..lepas ni...jangan cita d dapur d bawa ke serambi...cukup citir d ruang tamu ajelah..klo mau citer adn tak sabar menahan marah mau citer...ingat dlm pas ni tak ada geng geng tau..tak caya buka you tune utz dato tuan..yang ada cuma ahli-ahli tu cenderung ke pimpinan tertentu...macam gue..gue sokong yb khalid and HUsam..tapi..gue sayng juga dgn pimpinan yang lain..seperti utz Nasa, salahuddin tu gue kenal lama dari pada u all...sebab..sekampong pun..Bang Mat gue sayang juga adn seumur hidup dia utk PAS tau...cuma nyawa aje belum terbang ..yang lain dah d berinye utk PAS...tapi takan semua pimpinan PAS ke jadi macam Bang MAT..kena ada org MACAM TGNA, TGHH, ORG macam Arwah UTZ IBrahim Libya..Klo semua mau jadi mcm bang mat sapa mau takbir pas..sebab bang mat ni cermah and demo aje..kena ada org macam syed mohammed..kena ada org macam UTZ Hasan sukri, kena ada org macam bakaq haq..tapi jangan jadi macam gue..atas pagar..kita kena jadi diri sendirilah,,,

  23. kenapa nak serabut? kalau susah sangat nak pilih,buat la solat istikarah...back to basic...

  24. http://nicephonenumbers.blogspot.com/ check it out.. spread it to ur family and frens http://nicephonenumbers.blogspot.com/

  25. Bakaq.. Aku lega bila hang cakap terus terang. Tak dak nak beselindung-selindung dengan Ulama' lah, pro lah. Hang bukan tak tau yang org kita nih lurus bendui. Zaman la ni orang dok nilai prestasi guna index (KPI). PM Najib pun dah gunaipakai sestem ni utk nilai prestasi menteri dia.. kita pun rasanya boleh pakai sistem tu.. cuma index kita mesti ditambah dengan nilai Islam yang lebih spesifik. disamping index universel yang dipakai oleh puak-puak tu...

  26. salam pak bakaq...jgn lupa tgk TV2 mlm ni...cerita pak bakaq kuar TV...

  27. Kalau orang PAS dok tuduh orang UMNO bagang sebab dok sokong pemimpin yang rasuah.Maka dalam Pas pun ada puak Bangan dok nak simpan dan nak kekalkan pemimpin yang tak boleh perform dalam parti.UN Masa jadi SU pun tak boleh perform jadi TP pun prestasi close to zero,masa jadi MP pun tak boleh perform elok jadi AjK biasa.Apa salahnya kalu kita ambil yang terbukti boleh perform seperti MS tu.Kita try dia pulak.Kalu bukan ustaz boleh bawa kebaikan dalam parti berbanding dengan yang ustaz maka apa salahnya kita bagi peluang pada yang bukan ustaz tu.Pas tak rugi apa apa Ulamak pun tak rugi apa.Pokoknya kita mau kasi PAS lebih kuat dan mantab.Fikir macam tu kan mudah.Dua tahun bukan lama.UN tu kalu dah tahu tak boleh perform rest lah sat itu cara nya.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008