Dah jatuh dah dalam lubang. Tapi, nampak macam tak serik-serik lagi dan nak terjun lagi dalam lubang sampai buruk kaki!
Menerima apa sahaja keputusan? Dia ni nak pilih kuasa rakyat atau langgar undang-undang?
Hello Haji Mohammad Nizar, mike pegi balik tido je le. Tak payah nak terkejo-kejo ke sane ke mari. Terime je le ape saje keputusan. Udah le, Yeop!
Mohon maaf la Ketua DPP negeri saya, Orang Putis kata "it is too high a price for leader to make mistake!" Mungkin niat di hati nak buat kenyataan yang berimbang. Tapi, jangan sampai terlihat tak pintar. Big mistake!
Saya masih berharap beliau disalah petik. Kalau disalah petik, belasah cukup-cukup kaki salah petik tu!
Dalam berita bertajuk "Gerakan saran bubar DUN, Pemuda PAS saran bertenang," mStar Online hari ini melaporkan:
Menerima apa sahaja keputusan? Dia ni nak pilih kuasa rakyat atau langgar undang-undang?
Hello Haji Mohammad Nizar, mike pegi balik tido je le. Tak payah nak terkejo-kejo ke sane ke mari. Terime je le ape saje keputusan. Udah le, Yeop!
Mohon maaf la Ketua DPP negeri saya, Orang Putis kata "it is too high a price for leader to make mistake!" Mungkin niat di hati nak buat kenyataan yang berimbang. Tapi, jangan sampai terlihat tak pintar. Big mistake!
Saya masih berharap beliau disalah petik. Kalau disalah petik, belasah cukup-cukup kaki salah petik tu!
Dalam berita bertajuk "Gerakan saran bubar DUN, Pemuda PAS saran bertenang," mStar Online hari ini melaporkan:
Dewan Pemuda Pas Perak meminta penyokong parti itu dan rakyat di Perak bertenang dan bersabar dengan krisis yang berlaku di negeri itu serta menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Ketuanya Mohamad Zawawi Abu Hassan berkata beliau yakin baginda akan membuat keputusan yang berlandaskan undang-undang demi menegakkan demokrasi berperlembagaan.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berharap semua pihak menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi yang menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan rakyat selama ini (Gambar di atas ihsan DPP Lumut).










Cantik? Klik 






Ape keroja nye ni.Gerakan kate bubar DUN. PAS pule kate terima aje ape Raje kate. Suke cium buntut Raje ke ??? Atopun dah makan nasi ketayap Guru Ji kot??? Teman agak ni geng Unity gomen kot ???
http://warongpakyeh.blogspot.com
untuk berlaku adil dan bersangka baik, saya katakan bahawa 'laporan mstar memang tidak banyak bezanya dengan cerita bangsawan didendangkan utusan'. tapi andai kata2 dipetik daripada ketua pemuda pas itu tepat, ia memang adalah kesilapan. sebab tu semangat saja tak cukup yeop. lincah dalam politik kena mahir juge....
saya rasa ini satu strategi supaya pas dianggap tidak berkonfrantasi dgn sultan
semoga dgn ini sultan akan terbuka hati untuk perkenankan pembubaran dun
kadang2 kita tak nampak apa yg org lain nampak...
salam,
salah petik ni. saya percaya ia lebih kepada sokongan terhadap yb nizar untuk menghadap sultan perak, dan sultan perak akan berlandaskan undang2 untuk menegakkan demokrasi melalui perkenan baginda terhadap pembubaran DUN.
sama2 berdoa yg terbaek untuk perak. pada saya, yg terbaek hanyalah melalui pembubaran DUN, fresh election.
hanya mereka yg takut kehilangan kuasa, lantas kehilangan pengaruh, dan takut kehilangan projek, gusar susah untuk menambahkan kekayaan peribadi sahaja yg takut untuk berhadapan dengan rakyat.
TQ.
Cuba-cuba belajar nak jadi negarawan. Hati kecik...
Aziz : Mohon Tuanku bukak kandang rimaunya
Director : Aku cekik kau bahlol,
Bukak ladang limaunya.
Aziz : Oh ! itu macam ka ?
PROFESORI RAMLEE
Niat murni dipandang HINA.. bagus lah ini ke ajaran ISLAM yg diajar didalam PAS??
Ini sekarang aku bukan nampak PAS yg untung tetapi DAP.. sedar-sedar lah wahai orang-orang yang mengaku dia lebih ISLAM daripada orang lain..
Sekarang ini dimana ada NIZAR maka akan ada ramai juak-juak DAP dan PKR,orang2 PAS dimana?? Adakah mereka dah sedar bahawa kemaruk kuasa itu di larang oleh ISLAM.. biarlah UMNO tergila-gilakan kuasa itu.. percaya kepada qada dan qadar lihatlah apa yang berlaku dikelantan ternyata jika PEMIMPIN berlaku adil dan jujur maka ALLAH akan memberi HIDAYAh dan KElantan PAS menang dgn TOTAL majoriti..
Tegur memang wajib bagi kita tetapi sangka BURUK adalah satu perbuatan yg teramat HINA..
nak tahu jahat tanya lawan, nak tahu baik tanya kawan!!
Kenapa sampai begitu sekali cara berpolitik. Nor Azli Musa tak ajar diakah?
Nak bubarkan DUN? Dah cukup 5 tahun ke sejak PRU ke-12? Eh..baru setahun rupanya. Kalau gitu DUN tak boleh dibubarkan melainkan jika satu undi tak percaya dibuat ? Dah buat ke undi tak percaya tu? Di hadapan sultan dah di buat tapi di dalam DUN dah buatke? Oh.. belum buat lagi. Cepat-cepatlah buat supaya Nizar boleh mengadap minta bubar DUN. Itupun kalau Sultan terima le (Kuasa Budi Bicara, bukan kuasa atas nasihat). Kalau tak terima perlu letak jawatan le..(Perlembagaan Malaysia Perkara 43 (3). Peguam Nizar tak belajar undang-undang ke? Nak pilihanraya jugak? Boleh... buat pula usul undi tak percaya ke atas Dr. Zambry...apa? Tak boleh menang? Kenapa? 28 kerusi je? 28 lawan 31 mana boleh menang..oh ye ke gitu? Tahu juga matematik ye... Erkk kalau DAP letak calon Melayu cam mana pula ye? Kalau PR menang, jawatan MB tu DAP nak bagi kepada PAS lagi ke? ish banyak pula soalan...suruh Je Nizar masuk DAP...lagi senang kan..
Ada adaika?
Salam Pak Bakar, saya jumpa article ni dlm blog x-pkr (http://x-pkr.blogspot.com/)yang dikatakan adalah ahli parlimen PKR ole blog rbf (http://faisalrohban.blogspot.com/)...andai betul seperti dikata, amat kecewa saya dengan segelintir ahli pas (mungkin pak bakar tahu siapa dia) yg telah melebihkan perjuangan politik daripada agama. Mana maruah anda sebagai ahli pas sehingga sanggup menjadi tunggangan Anuar.
Petikan drp blog x-pkr:
1. Semalam AnWAR mula marah-marah! kenyataan media beliau 11 Mei 09 tidak lagi menjadi pegangan. Dalam perjumpaan dengan dua manusia erdogan dalam PAS Selangor, AnWAR dah kata ini semua salah PAS yang terburu-buru menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi berpihak kepada DS Nizar.
2. AnWAR 'claim' dia dah tau sejak dari awal lagi ini mainan politik BN yang mahu memerangkap pembangkang bila keputusan mahkamah berpihak kepada Nizar. Bila 2 manusia erdogan PAS Selangor ungkit kenapa AnWAR juga mengeluarkan kenyataan menyokong, siap puji-puji lagi ketelusan mahkamah, AnWAR menyatakan sebagai Ketua Pembangkang beliau wajar berbuat demikian... (isy..isy..isy, ada aja alasannya yer!)
3. AnWAR juga turut pertikai kenapa wakil rakyat PAS Perak tidak turut serta dalam 'drama' mengepung speaker baru. Menurut AnWAR lagi, pembangkang (dia sebut PR) patut mesyuarat segera sebelum masing-masing mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza, "nampak sangat kita tiada kesepakatan, nanti orang confuse (keliru)" tambahnya lagi. PAS sokong gila-gila, DAP ttp nak p/raya semula. PKR menurut AnWAR, masih yang terbaik kerana patuh kepadanya serta tiada kenyataan rasmi selain kenyataannya.
4. Depan 2 manusia erdogan ini, AnWAR turut memperlekehkan DAP yang menurutnya bakal menakutkan orang melayu Perak. Menurut AnWAR memang mereka nak p/raya semula tapi biarlah desakan itu datang dari rakyat, bukannya dari parti politik yang menunjukkan parti ada kepentingan. Desakan DAP itu nampak tak berapa cantik katanya.
5. AnWAR mengarahkan 2 manusia erdogan ini menggunakan 'orang mereka' dalam Harakah bagi menunjukkan keputusan Mahkamah Rayuan berat sebelah, manakala beliau akan arahkan PKR berbuat demikian dalam Suara Keadilan. Tulisan mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan harus konsisten dan mantap agar penyokong tidak pertikai kenyataan AnWAR, PAS dan DAP sebelum ini. (AnWAR tidak sebut apa-apa mengenai suratkhabar DAP)
6. AnWAR kini semakin membuka tembelangnya. Mungkin beliau membuatnya dalam keadaan sedar, namun hambatan terkini memaksa beliau bertindak sedemikian. Mungkin juga AnwAR percaya 2 manusia erdogan ini terlalu taksub dengan beliau hingga sanggup berkompromi dalam politik kotor beliau. (Utk rekod, saya optimis masih ada insan dalam PAS yang jijik dengan mainan kotor AnWAR)
Rumusan saya dari tindakan AnWAR ini, nak main politik, mainlah, tapi jangan sampai kita memanipulasi apa ruang jua ruang yang ada mengelirukan masyarakat. Perlu ada etika bagi mengawal kita dari tersesat jauh.
Naz Perth
Ni Semua punca salah faham dengan pemuda lantas menyangka buruk... kita mesti bijak dan berjiwa besar bertenang jangan mudah terpengaruh dengan provok yang kian membarah untuk mengheret pemuda, pembangkang terlibat dengannya lantas terjebak dengan perangkap UMNO untuk mengheret pembangkang mengHINA SULTAN....Penyudahnnya MB PR Dato' Seri Hj Nizar adalah penyebabnya.....
Jalan terbaik setakat ini adalah BUBAR DUN dan serah pada rakyat untuk buat keputusan....tindakan ini mesti licik, teliti, dan penuh hemah....jagan terlalu gopoh...
Salam
Orang PAS ini selalu syok sendiri..Nape?
Sultan baik dgn Nizar....apa jadi?
Pegawai Kerajaan menyokong kita....apa jadi?
Tak pernah nak belajar dari pengalaman hidup PAS sejak zaman Dr Burhanuddin lagi. Pernah dipujuk bersatu dgn Pejuang Kemerdekaan kemudian disisih.Pernah mentadbir Negeri Kelantan dan Terengganu kemudian di rampas kuasa. Pernah dipujuk bersatu dalam komponan BN, bersatulah dengan megah kemudian di pecat dgn cara yg amat memalukan. Tak sudah sudah dipergunakan oleh musuh dan orang yang berkepentingan.
Bila nak sedar ya....
Naz perth,
Toksah jual ubat la kat sini.
Aku baca jugak artikel tu.
Memang la Anwar biasa marah dalam meeting, tapi lepas tu orang PAS pun biasa marah kat Anwar.
Apa masaalahnya?
Naz PErth,
Kao ambik maklumat pun dari blog UMNO. Apa lagi nak cakap
dah jadi mb boneka pun bangga .. yang untung DAP gak dari 8 exco dapat 6 , cuba baca wawancara dgn harussani dalam majalah milenia
Apa yg paneh sgt ni yeop...
Ingat pimpinan dok diam je ke pasal isu ni..
Elok ke keluorkan statement yg terang nyata againts Istana?
Harussani yang tolong UMNO kata Ustaz Ibrahim Libya sesat dan menderhaka tu ke?
Yang buat fatwa kata Amanat haji hadi tu sesat?
kome lawan sultan buat ape. Jangan meroyan.
Pak Bakaq,
tolong hulurkan borang keahlian UMNO kepada mana2 pemimpin PAS yang meroyan nak tunjuk hero.
harussani...hidup jom heboh!
www.duniacacamarba.blogspot.com
Salam
sultan bukan maksum dia pun manusia jugak, mati masuk kubur gak..apa2 hal neraka dia masuk dulu kalau rakyat banyak buat dosa...
sapa2 yg sokang sangat sultan tu dapat banyak sangat pahala ke?
so ingat2 lah tanggungjawab kita sebagai pemimpin...
awang
Pasal maksum semua orang tahu. Tak payah cerita.
orang PAS bukan orang politik sepenuhnya.
sebab tuh dia tak pandai jadi Marchiavellis atau Oportunis to be.
tak heran la statement2 poyo camnih bleh keluar.
Apa dah jadi dengan PAS? Selama ni disanjungi, malangnya bila ada pimpinan tak cukup cerdik macam ni, hati dah rasa cuak. Kita di bawah berjuang macan nak rak, tetiba keluar kenyataan macam ni. Takut sudah ada Muqabalah denga Zambri Dey kot, sudah ada post duk sedang tunggu.
Dalam period Sallahuddin Ayub nak tinggalkan Pemuda PAS ni memang ramai Ketua-ketua Pemuda Negeri meroyan dan gila isin masing-masing nak tunjuk bakat.Tunggulah bila Ketua Pemuda PAS baru naik takhta keadaan akan lebih gawat kerana semua ketua pemuda negeri akan cuba untuk menunjukkan "keinterlectual" mereka.Sama-sama kita tunggu.
Sallahuddin Ayub katak johor melompat ke kelantan, Dijohor tak boleh cari makan.