
Jika anda nak tahu apa yang ada dalam kepala mereka yang mencadangkan konsep kepimpinan ulama, sila baca cerita di bawah. Setakat yang saya ingat sahaja. Tanyalah tiga orang yang mengusulkan konsep kepimpinan ulama itu jika anda mahu tahu lebih lanjut apa yang ada dalam kepala mereka ketika merangka usul konsep kepimpinan ulama. Setakat saya ingat sahaja, kalau siapa-siapa yang lebih tahu, tolonglah betulkan:
Sebelum berlangsungnya muktamar Dewan Pemuda PAS pada tahun 1982 di Madrasah al-Masriah di Bukit Mertajam, berlaku sesuatu yang pelik. Tidak ada usul yang dikemukakan oleh Pemuda PAS negeri-negeri untuk dibincangkan dalam muktamar itu.
Akhirnya, Ketua Pemuda PAS pada masa itu, Haji Mustapha Ali (Cik Gu Pa) berbincang dengan dengan Setiausaha Pemuda waktu, Haji Subky Latiff dan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda pada masa itu, Haji Wan Abdul Mutalib Embong. Mereka berbincang di rumah Almarhum Sheikh Ahmad Masri, iaitu datuk kepada Ustaz Hasan Salehuddin, juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS pada masa itu (Tok Guru Presiden hari ini juga Ahli Jawatankuasa Pemuda pada masa itu).
Dalam perbincangan itu, Subky mengemukakan draf usul supaya Muktamar Dewan Pemuda PAS tahun itu memutuskan untuk mempelopori konsep kepimpinan ulama. Apabila usul itu dibentang dalam muktamar tersebut, para perwakilan menerima sebulat suara dengan laungan takbir yang meremangkan bulu roma (masa tu, orang-orang PAS memang pakar takbir).
Di peringkat Muktamar PAS Pusat dua minggu kemudian juga berlaku keganjilan. Tidak ada sebarang usul yang diterima dari perwakilan melainkan perwakilan Dewan Pemuda. Allah Maha Besar dan Maha Merencanakan, usul mengenai konsep kepimpinan ulama yang dibentangkan oleh Dewan Pemuda itu akhirnya menjadi ketetapan sebulat suara muktamar.
Kalau anda berada di dewan persidangan di Dewan Bahasa dan Pustaka di mana PAS bermuktamar pada waktu itu, anda tentu dapat merasakan aura luar biasa apabila gegak gempita laungan takbir mengisi jiwa raga dan emosi anda. Allahu Akbar! Allahu Akbar! AllahuAkbar!
Dalam muktamar itu jugalah Yang Dipertua Agong PAS pada masa itu, Almarhum Tan Sri Asri Muda atau Ayah Mat menyerahkan kembali kepada muktamar mandat sebagai Yang Dipertua Agong PAS. Muktamar menerimanya.
Asri bukan tidak ada penyokong langsung. Apabila muktamar menerima mandat yang diserahkan oleh beliau, beberapa penyokongnya naik angin. "Sapo takbir ambo tapa (tampar)! Sapo takbir ambo tapa!"
Tapi orang tak peduli, takbir tetap bergema!
Almarhum Ustaz Haji Yusof Rawa yang sangat dikasihi kemudiannya menjadi pemimpin yang pertama menerajui PAS dalam era kepimpinan ulama.










Cantik? Klik 






SAYA RASA…….
1. PERJUANGAN PAS TIDAK IKHLAS UNTUK MENDAULAT ISLAM
(Tiada langsung disebut dalam perlembagaan PAS, tapi … UMNO pulak dipersalahkan…..)
2. BERAPA JUTAKAH RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM ISLAM DAPAT MENGUCAP 2 KALIMAH SAHADAH..
(Sepanjang PAS berkempen hanya yang ada ceramah politik dan bukannya untuk berdakwah, tapi UMNO pulak yang dipersalahkan….)
3. ada beratus lagi kelemahan PAS jika dilihat, ditinjau, dianalisis dan dikaji dari segi ILMIAH dan AKAL yang RASIONAL
–Jangan Marah–
daripada Mulut Celupar.
semalam Dato Husam datang tempat saya. Dia kagum kepada Samad Noh yang berjaya menenangkan keadaan dengan menggunakan ayat. kalau sesiapa sokong asri, asri akan pergi dan....'(lebih kurang)
ni antara sebab Husam sokong kepimpinan ulama.
saya harap Husam 'erdogan'(maaf dato, itu yang dato ucapkan) benar.
wan ziarahsufi
Perubahan nyata lepas muktamar itu ramai orang pakai ketayap dan lilit serban. Malek Hussein pun pakai jubah. Kepimpinan ulamak kata kan.....
SAYA RASA…….
1. PERJUANGAN PAS TIDAK IKHLAS UNTUK MENDAULAT ISLAM
(Tiada langsung disebut dalam perlembagaan PAS, tapi … UMNO pulak dipersalahkan…..)
2. BERAPA JUTAKAH RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM ISLAM DAPAT MENGUCAP 2 KALIMAH SAHADAH..
(Sepanjang PAS berkempen hanya yang ada ceramah politik dan bukannya untuk berdakwah, tapi UMNO pulak yang dipersalahkan….)
3. ada beratus lagi kelemahan PAS jika dilihat, ditinjau, dianalisis dan dikaji dari segi ILMIAH dan AKAL yang RASIONAL
–Jangan Marah–
daripada Mulut Celupar
(kalo x faham, duk diam2. namapak sgt kebodohan engko)
Perubahan nyata lepas muktamar itu ramai orang pakai ketayap dan lilit serban. Malek Hussein pun pakai jubah. Kepimpinan ulamak kata kan.....
( alhamduliliah, lebih baik dr pakai songkok atau berkepala dogol)
minta orang pas baca buku tulisan allamah ali qurani `tariqah hizbullah yang menjelaskan konsep qiadatul ulama lil ummah dan hukumah islamiah oleh imam khomeini tentang wilayatul fakih (yang ni minta dia orang baca dari sudut politik kalau lah mereka tak dapat terima ijtihad khomeini tentang soal kepimpinan semasa ghaibah imam.
salam
Kelemahan mulut celupar lebih banyak dari kelemahan puak yg dia perkatakan.
Pasal berapa ramai yg boleh mengucap, aku nak tanya hang berapa ramai hang bawa masuk islam? Salah siapa yg membuat dasar.
Pasal ikhlas, aku nak tanya juga, berapa kali hang solat betui2 punya ikhalas?
Bro Jebat.
Tetapi yang peliknya betapa ramai orang Melayu malaysia yang Murtad. Nak tau berapa bilanagannya Tanya Shahibul Samahah Dato' Harunsani, Mufti Perak darul Ridhuan.
Kesan daripada kepimpinan ulama setelah 26 tahun diperkenalkan, perlu dilihat secara menyeluruh..perananan, kuasa dan keahlian dalam majlis syura perlu dikaji semula dan dinaik taraf untuk memastikan majlis syura benar2 berfungsi sebagai organ tertinggi dalam parti...kita mungkin tak perlu lagi bergaduh pasal jawatan mana yg paling tinggi dalam parti sama ada presiden atau mursyudul am dan kita tak perlu bertegang urat merih sama ada presiden dan timbalan wajib dipilih daripada kalangan ulama atau tidak, kerana semua ahli dalam majlis syura adalah ulama yg hebat2 belaka dan depa adalah pemegang jawatan tertinggi parti.
Tokden
Kepimpinan Ulama adalah dalam bentuk Murshidul Am/Guru Sufi dan sebagainya.Apabila sistem secular Democracy di guna Presidennya tidak perlu lagi di lantik dari golongan Ulama, sebab Presiden di bawah Murshidul Am.
Pemerintahan politik adalah lebeh baik di serah kapada orang2 yang mahir economi, sebab politik itu adalah ekonomi.Kalau nak agama sahaja, cara nabi Isa/Christian tanpa berpolitik lebeh tepat.
Parti yang berkepala dua PAS yang ada sekarang ini adalah salah dan lemah dari segi sains politik.
Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?
semua dalam ni Bodoh... hampa pikir pakal akai...
cuba dalam diri ada respek kat orang yang ada agama..
umpama respek kat guru, ibu bapa...
kalau pikiran macamnie.. umpama tak respek kat mak pak....
punya laaa bangang...
ni aku copy hang tulis,
(masa tu, orang-orang PAS memang pakar takbir).
moralnya : jangan sindir saudara islam kamu nak berbuat sedikit kebaikan.
takbir dalam islam tu memang ader bodoh,
agama ape yang hang pakai nie..
betul laa hang dan org umno dah sesat..