Ketika Hindraf menunjuk perasaan, saya tulis seperti berikut:
Saya tak fikir PAS Kelantan akan pergi sejauh itu. Perbuatan mengISAkan suara mana-mana pihak bukanlah perbuatan yang direstui Allah, saya rasa (harap maaf kalau tak betul sebab saya bukan ulama malah taraf talabah seperti Nik Abduh atau Ustaz Nasharudin Mat Isa atau Ustaz Nasrudin Tantawi pun tidak - hanya kutu sahaja).
Kalau kita tak bersetuju, kita berhujah setakat kemampuan kita walaupun tidak sampai ke taraf berhujah dengan "seni hujah yang digemari agama dan malaikat". Buruk sangat kalau diISAkan pandangan berbeza.
Ini bukan soal setuju tak setuju. Ini soal prinsip. Tak boleh sekat suara orang. Kalau tak setuju, lawan.
Cuba bayangkan, betapa buruknya perangai saya kalau saya angin satu badan bila suara Harakah disekat tetapi bila suara Utusan Malaysia disekat, saya buat tak nampak, tak perasan.
Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang diperjuangkan Hindraf. Tetapi yang tidak boleh kita nafikan ialah hak mereka untuk berhimpun secara aman.Siang tadi, saya baca posting Waejo bertajuk "Nik Abduh dipanggil beri penjelasan". Saya berharap pertemuan itu berlaku seperti apa yang disebut oleh Ustaz Nik Abduh sendiri, iaitu dalam kaedah "seni berhujah yang digemari agama dan malaikat". Amat ngeri untuk dibayangkan jika pertemuan Nik Abduh dengan PAS Kelantan itu berakhir dengan keputusan mengISAkan suara ustaz muda itu.
Saya tak fikir PAS Kelantan akan pergi sejauh itu. Perbuatan mengISAkan suara mana-mana pihak bukanlah perbuatan yang direstui Allah, saya rasa (harap maaf kalau tak betul sebab saya bukan ulama malah taraf talabah seperti Nik Abduh atau Ustaz Nasharudin Mat Isa atau Ustaz Nasrudin Tantawi pun tidak - hanya kutu sahaja).
Kalau kita tak bersetuju, kita berhujah setakat kemampuan kita walaupun tidak sampai ke taraf berhujah dengan "seni hujah yang digemari agama dan malaikat". Buruk sangat kalau diISAkan pandangan berbeza.
Ini bukan soal setuju tak setuju. Ini soal prinsip. Tak boleh sekat suara orang. Kalau tak setuju, lawan.
Cuba bayangkan, betapa buruknya perangai saya kalau saya angin satu badan bila suara Harakah disekat tetapi bila suara Utusan Malaysia disekat, saya buat tak nampak, tak perasan.










Cantik? Klik 






percayalah, kredibiliti tg nik aziz tidak akan hilang, malah tidak terjejas dengan penulisan nik abduh. mungkin itu yang cuba dibuat oleh nik abduh, ikut gaya ayahanda. ayahanda keluar idea sendiri, tetapi nik abduh ambil idea ayahanda bagi tujuan tersebut? sehingga sanggup dirinya diekploitasi oleh media putarbelit. inilah akibat kurang ilmu politik, tak dinafi ilmu agamanya hebat. ramai 'ustaz muda' di dalam pas terdiri dari golongan ini. kalau tahun 60an dahulu ustazustaz seperti ini dipandang hebat (itu pun di kalangan orang melayu kampong), di abad ini cara tu dah dikira obsolete kerana suasana sudah amat jauh berubah. kalau 40 tahun dulu tg nik aziz mungkin bawak kereta morris minor, tetapi hari ini anakanda nik abduh bawak honda crv. fikirfikirkanlah, jangan terus sempitkan 'kepimpinan ulama', keluar dari kepompong 'ulama' seperti yang anda fahami. menjadi kesilapan besar menidakkan keilmuan orang lain, lebilebih lagi mereka juga ikut melaksanakan Islam dalam kehidupan harian mereka! lainlah jika dengan keilmuan mereka, seperti yang pernah kita dengar, memperkecilkecilkan perjuangan pas. golongan yang ada dalam pas, seperti anda, turut memperjuangkan dasar pas. perbezaan cara pendekatan untuk mencapai matlamat merupakan keistimewaan anugerah Allah swt sejak dari dulu lagi, lalu kenapa ambil sikap 'mencemari' ulama?
mengISA saya tak setuju, meng'WISDOM'kan saya bersetuju.. Org muda kdg kurang hikmahnya.. Sikap2 menyindir org lain seolah2 hany lepasan Timur Tengah sahaja mempunyai privy terhadap Islam has been with us (PAS, org melayu, ustaz2 dan even ustaz2 UMNO) for so long. Saya selalu saksikan org2 (bertaraf ilmuan Islam) akan menyindir orng lain jika dia tidak bersetuju dgn org tersebut. It has been a culture that rasanya ianya dah jadi satu kebiasaan to the extend ustaz2 ini develop satu skil 'mulut laser' yang ckup jitu utk 'menembak' musuh yang tidak disenanginya. Me'laser' org yang tidak sefikrah dgan kita akan menjauhkan org dan sudah tentu ini tidak compliant dgan konsep PAS for All yang PAS perjuangkan. Da'wah itu sifatnya inclusive (memasukkan org) bukannya exclusive (mengasing dan membuang). Sudah tiba masanya kita meng'Hikmah'kan kata2 kita supaya org yang 'salah' ke 'betul' ke akan merasa selesa dan boleh menerima dgan yang kita ingin katakan. Trust me, banyak ilmu persuasive yng boleh kita pakai....buying some books on marketing skill is a good start.
Isu nya hanya ditujukan/memperingati kpd hanya yg sedikit saja, tapi disebabkan kelicikan/putarbelit yg sedikit itu menjadikan ramai yg keliru! Kembalilah kpd jemaah sendiri, taksublah kpd jemaah/pemimpin sendiri, berhentilah drp dilalaikan/dibuaikan mimpi utk segera ke kekuasaan dunia putrajaya! Perkukuhkan jemaah dan Bersabarlah ke PRU13.
Assalamualaikum,
Satu persoalan yang timbul di kepala saya. Bila Pas dan Umno di pehak yang sama di parlimen apakah boleh mereka tidak bersetuju dalam satu satu isu. Setahu saya selama ini BN tidak membenarkan ahlinya berbeza pendapat di parlimen. Adakah itu menguntungkan?
Wang ringgit adalah senjata syaitan. Ada kemungkinan ahli Pas yang bersama Umno akan jadi seperti orang Umno. Saya teringat suatu peristiwa di Trengganu suatu masa lampau. Heboh di perkatakan bahawa anak seorang pemimpin dapat wang zakat dalam melanjutkan pelajaran nya. Dia memang layak, tapi saya memandang ini sebagai kayu pengukur kepada karakter seseorang. Orang yang berjiwa besar akan memikirkan aku mampu membiyai pelajaran anak ku, kenapa tidak aku lepaskan hak ini kepada pelajar lain yang layak.
Kita semua heboh dengan Umno begitu beginilah tetapi adakah kita teliti akhlak kita sendiri? Memang senag menunding jari bila kita tidak berkuasa. Yang jadi masaalah ialah bila kita ada kuasa, di situlah akan terserlahnya diri kita sendiri.
Kepada semua ahli Pas, berbincanglah sesama sendiri, tegur menegur tak ada salahnya, tapi lakukan dengan cara bijaksana, jangan sampai Putrajaya dapat menggambil kesempatan. Jangan cakap di belakang, jika ada sesuatu yang salah tegur terus kepada yang terlibat.
Buat ustaz ustaz yang arif, ingatlah bahawa syaitan yang menggoda anda adalah syaitan yang lebih besar dari syaitan yang menggoda rakyat biasa seperti saya.
Wassalam
saya setuju dengan yes. bukan setakat tu je, boleh dia kata dia tak tahu menahu anaknya menerima wang zakat?