
Mustafa Mashhour menjadi Murshidul Am Ikhwan Muslimin pada tahun 1996 sehinggalah beliau kembali ke pangkuan Kekasihnya Yang Maha Berbelas Kasihan pada bulan November 2002. Beliau berumur 81 tahun ketika itu.
Pada tahun 1943, beliau mendapat ijazah sarjana muda sains dan pernah berkerja di Jabatan Meteorologi Mesir.
Perjuangannya menegakkan Islam menyebabkan beliau masuk keluar penjara. Pada tahun 1948, beliau dipenjarakan hingga tahun 1952. Pada tahun 1954 beliau dijatuhkan penjara 10 tahun. Pada tahun 1965, sekali lagi beliau dipenjarakan hingga tahun 1971.
Di Pakistan, Qazi Hussain Ahmad (gambar di sebelah ketika beliau ditangkap polis Pakistan) menjadi Ameer Jamaat-e-Islami dari tahun 1987 sehinggalah 31 Mac lalu apabila beliau enggan dipilih lagi sebagai ketua atas sebab-sebab kesihatan. Ketika beliau menjadi Ameer Jamaat-e-Islami, kempen keanggotaanya berjaya menambah sehingga 4.5 juta ahli baru dan Jamaat-e-Islami semakin merakyat.
Sama seperti pejuang Islam lain, beliau juga berkali-kali ditahan oleh kerajaan Pakistan kerana perjuangannya. Beliau diharamkan masuk ke Mesir pada tahun 2007. Sebelum itu, pada tahun 2004, beliau diharamkan masuk ke 25 negara Eropah.
Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang geografi dari Universiti Peshawar.
Pengganti Qazi Hussain sebagai Ameer Jamaat-e-Islami ialah Syed Munawar Hasan. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang sosiologi dan pengajian Islam dari Universiti Karachi. Beliau juga bukan seorang ulama.
Sebelum menyertai Jamaat-e-Islami, beliau pernah menjadi presiden National Students Federation (NSF), sebuah badan pelajar berhaluan kiri.
Pagi ini saya memutuskan bahawa Ikhwan dan Jamaat bukan parti Islam kerana pernah berketuakan bukan ulama. Jika kedua-duanya parti atau gerakan Islam, Presiden dan timbalannya mestilah seorang ulama.
Pada tahun 1943, beliau mendapat ijazah sarjana muda sains dan pernah berkerja di Jabatan Meteorologi Mesir.
Perjuangannya menegakkan Islam menyebabkan beliau masuk keluar penjara. Pada tahun 1948, beliau dipenjarakan hingga tahun 1952. Pada tahun 1954 beliau dijatuhkan penjara 10 tahun. Pada tahun 1965, sekali lagi beliau dipenjarakan hingga tahun 1971.
Di Pakistan, Qazi Hussain Ahmad (gambar di sebelah ketika beliau ditangkap polis Pakistan) menjadi Ameer Jamaat-e-Islami dari tahun 1987 sehinggalah 31 Mac lalu apabila beliau enggan dipilih lagi sebagai ketua atas sebab-sebab kesihatan. Ketika beliau menjadi Ameer Jamaat-e-Islami, kempen keanggotaanya berjaya menambah sehingga 4.5 juta ahli baru dan Jamaat-e-Islami semakin merakyat.Sama seperti pejuang Islam lain, beliau juga berkali-kali ditahan oleh kerajaan Pakistan kerana perjuangannya. Beliau diharamkan masuk ke Mesir pada tahun 2007. Sebelum itu, pada tahun 2004, beliau diharamkan masuk ke 25 negara Eropah.
Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang geografi dari Universiti Peshawar.
Pengganti Qazi Hussain sebagai Ameer Jamaat-e-Islami ialah Syed Munawar Hasan. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang sosiologi dan pengajian Islam dari Universiti Karachi. Beliau juga bukan seorang ulama.
Sebelum menyertai Jamaat-e-Islami, beliau pernah menjadi presiden National Students Federation (NSF), sebuah badan pelajar berhaluan kiri.
Pagi ini saya memutuskan bahawa Ikhwan dan Jamaat bukan parti Islam kerana pernah berketuakan bukan ulama. Jika kedua-duanya parti atau gerakan Islam, Presiden dan timbalannya mestilah seorang ulama.










Cantik? Klik 






mmg mereka bukan lulusan pure dari pengajian islam ke apa ke.. tapi jiwa dan amalan islam mereka dah mmg sebati semenjak dari buaian lagi.. seperti juga ibnu sina, ibnu khaldun.. dll.. mereka juga ahli perubatan.. falsafah.. tetapi pada masa yg sama mereka juga ulama.. penghafal hadis quran dsb..
Ooo... Ikhwan dan Jamaat parti mi celup rupanya...
Salam kailan ikan masin. :)
Yang penting perjuangannya untuk menyedarkan ummah, bahawa hanya kembali kepada perjuangan Islam sahaja dapat memberi keamanan, keadilan yang berlandaskan Al Quran dan AsSunah.
Saya berpendapat kita tidak boleh menggunakan simplified thinking macam tu Pak Bakaq. Mustafa Manshour tu walaupun degreenya sarjana muda sains tapi sebagai seorang Arab beliau mahir dengan bahasa Arab fusaha yang menjadi bahasa penulisan ilmu islam, jadi beliau dapat membaca dan mengkaji semua buku buku ugama dengan baik samaada buku tafseer atau fikh. Kita tak boleh samakan Mustafa Manshour dengan pemegang degree Malaysia yang mahu bertanding jawatan tinggi PAS. Ada dari mereka kalau di campak buku arab ada baris pun tak dapat memahaminya. Walauabgaimanapun kebijaksanaan itu luas konsepnya.Syed Qutb dan Maududi pun serupa. Kalau tidak sudah tentu orang dah tolah tafseer fi zillal dan tafhamul quran mereka. Kita mengalukan pemimpin yang pandai kedua bidang ini dengan penguasaan yang betul betul mantap kerana PAS ini ahli parti nya ada yang tok guru pondok dan professor university.
Bang Bakaq,
Cerita org yg takde apa2 ijazah ada tak?
Orang arab ni biar pun dia arkitek ka,doktor ka,tapi ramai yg jenis tau ilmu agama..mendalam lg tuh..mereka kuasai kedua2 bidang..walaupun tak semua tapi ramaii..mana bleh samakan dgn kita org melayu..haha..tak caya mai negara arab.
Pak Bakaq,
Ulama' yang dimaksudkan oleh pimpinan PAS tu adalah mereka yang boleh keluarkan hukum atau mahir dalam ilmu Islam. Tujuannya agar perjuangan PAS tidak terpesong. Pak Bakaq ingat ilmu para pemimpin Jamaati Islami dan Ikhwan tu koman ke? Ilmu Islam mereka setanding atau barangkali lebih hebat dari TG-TG kita. Yang Malaysia pulak macamana? Kalau Pak Bakaq faham apa yang pemimpin PAS cakap, usahlah Pak Bakaq nak kelirukan umat. Tapi kalau Pak Bakaq memang jenis macam tu apa nak buat...
salam, itulah pemikiran ahli pas dari dulu sampai lani, masih d takuk lama n pemikiran lama..belum berubah dulu , kini dan d doakan supaya berubah..jangan ingat dasar and nama parti islam mesti pemimpin dari ulama atau utz mee goreng aje....
Anonymous nombor 1 kata:
"Saya berpendapat kita tidak boleh menggunakan simplified thinking macam tu Pak Bakaq".
Saya jawab: Tit for tat. Simplified thinking against simplified thinking.
Anonymous nombor 7 kata:
Ulama' yang dimaksudkan oleh pimpinan PAS tu adalah mereka yang boleh keluarkan hukum atau mahir dalam ilmu Islam.
Saya jawab: Sila baca Ulama tebuk-tebuk, ulama silibus
Mustafa Masyhur hafal satu AlQuran dan hafal beribu-ribu hadis.
Dan beliau boleh mensyarah mana-mana kitab ulama muktabar bila-bila masa. Penguasaan dan amalan ilmunya tidak ada siapa yg boleh sangkal.
Cuba Pak Bakaq cek tengok ada ka yg "bukan" ulama di Malaysia ni yang dah samapai ke tahap tu.
Mat Sabu kuasai bahasa Arab ka??? Husam kuasai bahasa Arab ka??? Mcm mana pulak akhlak dan syakhsiyah mereka??? Masya Allah! kenapaalah ada org yang bengong dan susah nak faham.
Anonymous no 10
Talabah yang mereka cabar itu "hafal satu AlQuran dan hafal beribu-ribu hadis"?
Boleh "mensyarah mana-mana kitab ulama muktabar bila-bila masa"?
"Mcm mana pulak akhlak dan syakhsiyah"nya? Mengabaikan tanggungjawab hingga soalan parlimen pun tak buat adakah berakhlak dan bersyakhsiyyah? Itu belum lagi cakap benda lain (saya hanya cakap prestasi saja. Bab2 peribadi saya tak sentuh)
Dulu Cik Gu Pa cabar Ustaz Hassan Syukri sebagai Timbalan Presiden kenapa tidak ada lebong2 fsl kepimpinan ulama?
Dulu saya sokong Ustaz Harun Taib cabar, adakah masa itu Mat Sabu dan Husam cabar sama? Ini bukan soal orang, ini soal prestasi.
Bila Ustaz Harun Taib cabar, kenapa org yg sama pada masa itu dilabel professional? Sekarang dilabel ulama pula.
Orang bukan nak buang ulama dan talabah. Hanya seorang shj yang perlu digantikan. Harap ayat-ayat saya boleh difahami. Bahasa Melayu yg mudah ja..
Buat apa ada Majlis Syura Ulamak atau posisi Mursyidal Am kalau sampai presiden/timbalan pun mesti dari para ulamak.
Lagi baik kita tukar sahaja nama parti jadi Parti Ulamak SeMalaysia(PUM). Boleh ajak ulamak UMNO masuk sama jadi Presiden Parti..
Lagi lagi baik kalau bubar terus dan tubuh Persatuan Ulamak Malaysia (Baru).
Saya setuju Ahmad Hadeed yang menunjukkan kepada kita mereka ini selain dari ada pendidikan Islam yang dah kukuh trmasuk hafal Quran, juga mempunyai pendidikan bidang lain.
Sains meteorologi bererti memang terlatih bidang matematik dan fizik. Jadi bila dia bercakap dalam soal isu manusia sejagat dia dah boleh faham dengan teori sains dan masyarakat.
Jadi ini satu advantage bukan kekurangan.
Dalam PAS memang ramai yang ada semua ini seperti Ir Nizar. TETAPI, pendidikan formal Ir Nizar mungkin kurang berbanding dari mereka yang balik dari Deoband, Mesir dan jugak Syria bila bercakap soal ilmu agam dan bahasa Arab.
Saya juga tidal melihat ini isu besar.
Yang penting kita semua mahukan pimpinan yang mempunyai kekuatan Aqidah dan elah terbukti sumbangan dan pengalaman menghadapi saat-saat sukar.
Orang seperti Mahfuz Omar dan Ahmad Sabu yang dianggap BUKAN dari golongan ulamak ini faham dan boleh memimpin. TETAPI jika kita ada seorang hafal Quran yang berkelulusan perubatan dengan sumbangan besar dalam gerakan Islam, sudah tentu Mat Sabu dan Maufuz pun akan gembira.
Soalnya sekarang kita memerlukan baisan pelapis yang sanggup berkorban macam Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
Jangan lupa Lim Guan Eng juga masuk jel dan hilang kelayakan sebagai MP semata-mata kerana memperahankan maruah keluarga Islam dan menegakkan keadilan yang cuba dipadamkan oleh golongan sekular Melayu.
Jadi soal siapa pemimpin tidak penting, janji terbukti telah berkorban macam Tuan Guru Presiden dan ramai lagi.
saya nak tambah pak baqak
hamas di palastin dan pks di indonesia juga bukan gerakan islam kerana tidak dipimpin oleh ulama..palastin pernah dipimpin oleh dr rantisi seorang dr perubatan, manakala pks dipimpin oleh IR Tifatul sembiring, seorang jurutera..
nampanya PAS sahajalah yg berhak mengaku gerakan ISLAM diatas bumi ni...hahahaha...
PAS,PAS,PAS
ACHOK
ahli ahli pas patut pilih pemimpin parti yg layak mengikut senioriti dan prestasi yg baik lagi cemerlang.
pemimpin pas (presiden dan timbalan presiden, dll) adalah alat khilafah utk menyampaikan mesej Islam dgn mengikut kerangka panduan yang telah termaktub di dalam perlembagaan pas dan perlembagaan malaysia.
kenapa ada saranan (yg juga boleh disebut kempen) dari kalangan tertentu bahawa pemimpin pas mesti ulamak? syarat itu tidak ada/tidak termaktub di dalam perlembagaan pas.
kalau tidak mahu bukan ulama jadi presiden/timbalan presiden, sejak dari naib presiden lagi (atau lebih awal lagi) dah nak kena sekat golongan yg disebut profesional @ bukan ulama dari menjadi calon, kerana mereka inilah nantinya akan menjadi calon calon presiden/timbalan presiden.
saya yakin, jika presiden pas bukan ulama, lebih mudah dan cepat PAS diterima peranannya dalam masyarakat Malaysia.
komen ini langsung tidak menentang ulama. komen ini hanya memberi komen bahawa tidak perlu ada keperluan presiden/timbalan presiden pas mesti ulama. majlis ulama (syura) terus menjadi tunjang kepada "pemikiran" perjuangan pas, insya Allah.
penyakit terlalu asyik kpd label kepimpinan ulama dalam pas boleh merosakkan pas itu sendiri. kerana penyakit ini sejenis penyakit 'labeling' dan bahaya penyakit 'labeling' ialah kita mudah menolak seseorang itu hanya kerana mereka tidak menepati label yg kita mahu.
apakah syarat dalam memilih imam sembahyang? syarat utama adalah qari, bukan faqih. nah, kerana imam yg qari dan bersuara merdu boleh menarik hati makmum..
sama juga dalam soal memilih pemimpin, maka ciri2 yg no wahid adalah kepandaian mentadbir...kerana kepandaian mentadbir akan mendatangkan kebaikan kpd subject/rakyat yg dipimpin..asal saja sudah lulus ujian kejujurannya, dan keamanahannya, maka sudah tidak jadi soal bukan?
dan, bukankah semua pemimpin2 pas 99% sudah lulus soal amanah dan jujur? mengapa pula timbul soal 'ulama' dan 'bukan ulama'? ini hanya satu godaan syaitan utk memecah belahkan kita semua!
kecuali, yg kita nak pilih ini ahli ijtihad, sebagai contoh, maka perlulah org yg dikira sebagai ulama..malah maksud ulama itu sangat luas dan bukan sempit sebenarnya..
wallahua'lam.
TOK JABOR
Pada saya, yang terbaik untuk diambil pengalamannya ialah Republik Islam Iran. Kepimpinan sivilnya i.e presiden dan jemaah menteri boleh saja dari kalangan ulama atau bukan, yang penting boleh buat kerja dan berakhlak mulia. Peranan Badan Mesyuarat Ulama pula ialah untuk memerhati dan memastikan dan memberi nasihat agar kepimpinan negara sentiasa di dalam landasan syariat.KEBENARAN DAN KEADILAN menjadi asas dan tiang pentadbiran. RAHBAR, SYED ALI KHAMENEI, pula akan menjadi kata pemutus terakhir dalam urusan kenegaraan, agama, umat islam dan KEMANUSIAAN.Dalam konteks Tanah Melayu ini, Mursyidul am PAS sepatutnya ditaaati seperti RAHBAR ditaati. Barulah KONSEP KEPIMPINAN ULAMA dan ULAMA PEWARIS NABI dapat dinikmati oleh umat manusia. Ini takde, dok sibuk politik tak habis-habis.Bertahun dah, dok pi mai Iran dan Lebanon, masih tak nak belajar corak pemikiran Rahbar dan Hezbollah.
Bakaq,
Aku tengok yang hebat sangat sokong ulamak ini, buat komen hebat, berani tapi nak bubuh nama takut. Macam mana nak jadi pejuang Islam, bubuh nama pun takut.
Siapa yang cabar tu? "hafal satu AlQuran dan hafal beribu-ribu hadis" ke?
Boleh "mensyarah mana-mana kitab ulama muktabar bila-bila masa" ke?
Pak Bakaq .. memang nampak Pak Bakaq tak bersetuju ttg takrif ulama spt dewan ulamak kemukakan . Tapi tak perlulah nak buat perbandingan dengan Pemimpin Ikhwan dan Jamaat Islami dak nak katakan mereka juga mi celup . Adakah boleh Pak Bakaq letakkan Mustafa Mashur itu seperti Nizar bandingannya ? ataupun Hassan al-Banna itu seperti Khalid Samad ?
Di negara Arab sana biasalah kalau menadah kitab dengan seorang jurutera ..atau seorang doktor perubatan . Macam Hassal al-Banna dan Sayyid Qutb , mereka masing2 lulusan dalam kesusasteraan arab . Tetapi pembacaan dan talaqi mereka menjadikan ilmu mereka itu tinggi ditambah dengan pengamalan . Mereka bukan baca satu bab kemudian syarah dan tebuk sana sini untuk cari apa yang sesuai dan laku . Tapi mereka mengaji dari mula hingga habis .
Kalau mee celup sekadar amik apa yang nampak kena dengan situasi . Kalau baca sahih bukhari pun setakat amik tajuk itu ini bukan melazimi satu kitab .
Pak Bakaq kalau nak kias biar bertempat ..
Setuju sangat cadangan Anon Sunday May 3. 2009 2.05 pm.Bubarkan PAS yang ada dan tubuhkan 2 parti -(1) Parti Ulamak Malaysia dan (2) Parti Profesional Islam Malaysia.Perlembagaannya sama cuma keahliannya sahaja yang berlainan.Gulungan yang "cintakan","sayangkan" dan "syokkan" UMNO bolih terus masuk UMNO,tak payah menyibuk dalam 2 parti ini.Munkin dengan cara ini barulah ulamak-ulamak dalam PAS senang hati dan tak perlu lagi "bersungut" dan "berkhutbah panjang-panjang menggunakan istilah-istilah Arab " untuk menonjolkan "interlectual" mereka.Tak usah fikirkan soal 2,3 atau 4 penjuru pertandingan,mahu pun soal PAS pecah dua.Itu tak penting.Yang penting PAS atau pun Parti Ulamak Malaysia bersih dari gulungan profesional yang sudah dianggap sebagai "mee celup".Us.Daud Iraki,Nik Abduh dan Tantawi,sila response.
Isu sebenarnya adalah sebahagian kita begitu mempertahankan melayu Islam. Masih terlalu kuat sentimen "ketuanan melayu" dalam diri-diri mereka. Mereka takut dengan golongan professional menjadi pimpinan, kelak mungkin ketuanan melayu islam akan menurun apabila banyak kompromi dgn rakan sekular DAP dan PKR. Lihat sahaja pengaruh, prestasi dan kemampuan bukan melayu bukan islam. Mereka jauh lebih menyerlah dari orang melayu dalam banyak perkara politik dan kemasyarakatan.
Jadi, pendirian golongan pro-ulama adalah lebih kerana bersifat defensive mempertahankan melayu Islam.
Sebagai orang Melayu, saya terasa juga sentimen ini tapi secara peribadi saya boleh menerima bangsa lain sebagai pemimpin Islam asalkan dia memiliki ciri pemimpin Islam yang baik (satu line dgn pendirian TGNA)
Kalaulah calon-calon dari golongan professional ni macam mustafa masyhur dan Qazi Hussain, saya pikir golongan pro-ulama pun tak menghalang. Mungkin golongan pro-ulama ni melihat peribadi calon-calon untuk Timbalan dari kelompok professional ni tak begitu keMustafaMasyhurnya.
Jadi mungkin yang ditentang bukan sangat idea ulama mesti jadi top two, tapi sebab tak suka "orang itu".....
Perkara kedua, sekarang Utusan dah menyokong pro-ulama. Utusan ni memang musuh kita. Jadi kalu Utusan pun dah menunujukkan sikapnya, tentu ada tujuan lain. Apalagi kalau bukan untuk 1)memecah-belahkan PAS, 2) "ketuanan Melayu"
Pasal ulama' dan profesional tidak sepatutnya dibandingkan mengikut degree dan pangkat dalam parti sahaja, sebab perbezaan jauh antara anak Melayu yang reti bahasa Arab dengan orang Arab yang reti bahasa Arab. Orang Pakistan juga berbeza dengan orang Melayu dari sudut kebudayaan dan keilmuan. Jadi, tidaklah patut nak bandingkan kepimpinan ulama' dalam PAS dengan kepimpinan gerakan Islam antarabangsa. Orang Melayu kita ni, yang ustaz pun belum tentu boleh baca kitab dan memahami hukum syara' yang lazim, apatah lagi untuk faham tentang siasah syar'iyyah. Lantaran itu, wajar sangat 'kepimpinan ulama'' dilabelkan dan dijenamakan untuk mengikat hala tuju PAS di Malaysia yang tidak membudayakan ilmu-ilmu Islam secara menyeluruh. Berbeza di Indonesia dengan situasinya. Berbeza di Mesir dengan keadaannya. Berbeza di Pakistan dengan wajahnya.Berbeza di Palestin, Lubnan dan negara lainnya, mengikut keadaan setempat untuk menilai keadaan dan keperluan. Kalaulah mereka yang disebut profesional bertindak menghormati para pemimpin, bergerak atas restu pemimpin dan membuat keputusan secara syura kepimpinan, rasanya tidak berlaku kekecohan semasa dewasa ini. Dan kalau pun ulama' yang bertindak sendirian tanpa mesyuarat dan tanpa keputusan bersama pun tidak akan diterima juga dalam kepimpinan. Itu fitrah manusia yang tidak konfiden dengan keputusan peribadi. Sehebat mana pun ilmu seseorang, tetapi pendapatnya tidak disepakati oleh ulama' lain, ia tetap tidak dijadikan 'ijma' yang menjadi rujukan dalam Islam. Soal isu dalam PAS sekarang ini adalah soal kepimpinan dan masa depan Islam. Kalaulah kepimpinan ulama yang ada nak ditukar kepada kepimpinan profesional, memang boleh buat apabila orang-orang profesional pandai berpolitik, pandai menguasai massa dalam PAS, pandai memimpin yang melahirkan kepercayaan ahli PAS. Tapi hala tuju PAS mungkin lebih 'terbuka' kepada kesalahan dan penyelewengan pada masa depan. Oleh itu, patut diawasi sekarang dengan sikap yang berhati-hati. Suatu hari nanti, apabila proses latihan dan pendidikan yang dibuat secara individu atau kelompok, berteraskan ilmu Islam dan dan akademik yang melahirkan kewibawaan kepimpinan tinggi di sudut hukum Islam, pentadbiran dan kehidupan, masalah PAS hari ini tidak lagi menjadi polemik dan pertikaian. Hormatilah kepada ulama' dan simpatilah kepada profesional.
Salam,
Terasa kerdil untuk mengisi ruangan komentar ini.
Namun, dikuatkan juga hati untuk menulis barang dua tiga ayat.
Kepimpinan Ulama?
Saya setuju dengan pandangan yang meminta PAS mengeluarkan satu standart yang jelas apa itu ulama dan siapa itu profesional.
Jika mahu kepimpinan ulama diteruskan, sewajibnya PAS mengkaderkan seramai mungkin Ulama yang mampu berijtihad dengan situasi semasa.
Tidak timbul ulama mee celup ataupun mee segera.
PAS mesti menghasilkan sendiri standart ulama yang dikehendaki oleh ISLAM.
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Pak Bakaq di atas tentang Ikhwan dan Jamaat parti mee celup.
Kenapa saya tidak bersetuju?
Ikhwan lahir daripada anggota yang ahlinya ulama' - Imam As-Syahid Hassan al-Banna seusai 1924 selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah.
Amin Al-Kalantani
pelik. dulu syiah nak kan ulama pimpin pas. macam khomeini. sekarang syiah kata takpa kalau bukan ulama. apa jenis syiah ni.sebab bos nak betanding kut
Salam uncle Bakaq,
Saya rasa kita perlu emnyingkirkan pemimpin kononnya ulama tapi tidak tahu buat kerja. Seperti mana yang disebut oleh Pak Bakaq, kita cuma nak jaga pretasi tidak kisah sekiranya ulama atau profesional.
Bro Jebat
sedih den kalau macam ni jadinya. den sokong pendapat supaya tubuh jer parti ulama malaysia. bior semua ulama jer dlm parti tu...awat ingat semua ulama tu baik ka. ulama pun ada kategorinya. betoi tak pak bakaq?
pok baka..ambo kerap masuk blog demo nii..tranungkite mesti...detik daily kadang kadang...kicdefellaa kerap jugok...anti husam kadae kadae...husamblog acap...limkitsiang blog kerek jugok...semua ambo masuk nak banyak ilmu dan tengok dari pelbagai sudut......sidae dun ambo masok sokmo wakil jabate...
4 kali makoh semua bulae...ambo dalae kawasan tok guru...dan ambo bukae ahli pas...tapi ambo spenuh hati bulae...ambo bukae ustaz...
ambo suka nilai dari sudut realiti bukan dari niat demo(pasal ambo tok gheti nok baca hati oghe ambo raso hal tuu allah jah boleh nilai dan tuae dia sediri)..
ambo rasa tulisae pok baka nii keno atah macok.....parti pas bukae satu majlis untuk buat fatwa kijo dio...kedudukan loni pas bagi ambo nok sapa hujung atas doh...
bagi ambo calon presiden atau timbalan presiden seorang yang INGINKAN ISLAM DAN SYARIAT disamping mengamalkan ajaran islam lebih sikit dari orang kebanyakan..presiden dan timbalan perlu orang yang bijak ...tok kirolah ulama ko tidok tapi keislaman dia yang penting....perwatakan...setakat nii terus terang ambo sokong husam...kalu setakat nok letak ijazah syariah ko usuludin ko sebagai syarat...ustazah mashitoh...brigadier jamil...yusof noor...ok ker....dan tok silap ambo dollah badawi pun pengajian islam......habis macamana....atau nok tunggu husae atau hassan ali pakai serbae dulu baru boleh...ust nasharudiin pun kerap tinggal piah ...
oghe hok sokong husam,hasan ali ko mesti ado kriteria dia sendiri...macae ambo masuk site anti husam nok tahu gapo hal sapa benci sangat tapi ngarut...takdok fakta macae oghe umno spt nuar musa kecek ikut sedak mulut...ambo tanyo bekas YB hok husae ambil tempat dio..berani tanya pasal dio saing rapat dulu...habih habih tanyo nok korek kelemahan husae ...dia kato husam nii kalau travelling satu keta dgn dia kalu tok bual gak dia wak tubik quran kecik dia ..dok ngaji jahlaa dio...dan bagi ambo husam pun ada sijil bahasa arab dari negara arab(kalu tok silap) bakpo dia gi ngaji..mesti dia nok ko islam..pahtu bagi ambo ideal dan tutur kato dia memae bijok (ado kelah oghe jeli kato)
kalu ado degree islam tapi tok berapo amal dan tok bijok ..streotype(oghe jawo kato)buat goh...tapi kalu degree islam dan beramal tapi tok bijok dalae strategi bagi ambo jawatan dia adalah dewan ulama lagi keno....my samah sense...pahae ko dok pok bakar
Salamun 'alaikum buat semua..
Sy rasa takdak masalah dari kriteria yg ditetapkan oleh TGNA tu...sedangkn bbudak skolah rendah pn bleh paham,takkan la org2 tua cm kita takleh? Maksud TGNA tu, ulama' ni adalah org yg tau ttg hukum hakam n AMALKAN serta tau batas2 hukum tsbt. Walaupun dia tu atas basic science, tp dia dah khatam qur'an 30 juz, faham isi qur'an, hadis, faham kehendak syariat, tau n faham ttg hukum2 fekah, tau pe taklifan n tugasan makhluk di atas bumi ni, takdak masalah.
Masalah skrg ni, org Islam khususnya di M'sia ni slalu mengecikkan skop takrifan ulama' tu sehingga menjadikn ulama' tu sbg org2 yg berserban berjubah n base ats pengajian agama semata2, sedangkan anak isteri masih lagi terbiar tidak bertudung, sedangkan maksud sebenaq ulama' tu adalah teramat2 luas... Setiap cendikiawan yg mahir dalam sesuatu bidang adalah dikira ulama' bagi cabang ilmu tersebut...
Sebab pa TGNA letakkan kriteria ulama' sbg panduan pimpinan PAS? Sbg contoh, jika kita amik profesional sbg pimpinan, tanpa ada basic agama yg kukuh dalam diri, sapa yg dpt jamin yg makhluk ni takkan makan rasuah, takkan khianati kawan serta lompat parti, takkan khianati wala' yg telah diberi oleh rakyat?
Sbb itu, saya tak nmpk satu sebab pn utk kita pertikaikan pendapat TGNA ni, tu semua cuma bawak kita kepada jurang perbezaan pendapat yg lebih luas di masa akan datang. Kalu kita bapak budak dah silap paham sampai cmni, buleh ka kita jamin yg anak kita akan berbaik2 n bersatu hati di masa2 akan datang?
Jadi, sama2 pikiaq la no...
Hari ini, HUSAM MUSA dah setaraf MUSTAFA MASYHUR??????
hah saya bru nk komen.. cune la pak bakaq tarik beca pak bakaq yg buruk tu mai mesir tgok lagu mana depa ni ikhwan muslimin...
tk terbeliak biji mata
pakar bedah boleh jara hadis.
apath lagi ikhwan mslmn,, tk perlu ijazah dari Fakulti pngjian islam,,,
bljar kt masjd ngn ulamk je
baca sini
http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/05/mustafa-masyhur-versi-lisan.html