Setelah dibantai berkali-kali, belum pecah berdarah lagi belakang si unta. Si unta masih diam membisu. Barangkali sakitnya masih mampu ditanggung, dia belum naik angin.
Perlantikan orang-orang yang menurutnya mempunyai perangai yang keji di dalam kabinet dan selepas itu dilantik pula Ratu AP dan orang yang disifatkannya sebagai pak lawak yang terpalit dengan tuduhan rasuah di dalam Majlis Tertinggi Umno barangkali masih belum begitu menyakitkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia melibas, tetapi tidaklah dilihat mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menampakkan lagi betapa si unta dibantai dengan lebih keras di atas belakangnya, Najib menyatakan keazamannya untuk membangunkan Wilapah Pembangunan Iskandar (WPI). Dia diam.
Selepas itu diumumklan pula ura-ura pembinaan jambatan ketiga ke Singapura. Pembinaan jambatan ketiga membunuh cita-cita pembinaan jambatan bengkok, yang dilihat oleh Dr Mahathir sangat penting untuk mengajar Singapura. Belakang unta semakin sakit akibat dibantai. Tidak juga ia melengking.
Nah, ambik lagi dua liang. Dibantai lagi. Omar Ong dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula hendak dilantik sebagai Pengerusi Petronas. Apabila penyokong kuatnya yang juga kawan saya, The "thirteen million plus Ringgit" guy bagaikan merayu Omar, adakah si unta sudah menunjukkan tanda-tanda ia tak tahan lagi dipukul bantai dengan begitu brutal berulang-ulang kali? Tetapi, dia tetap tak bersuara.
Sambil teringat judul filem KL Menjerit, saya tanya seorang lagi kawan saya yang juga penyokong tegar Dr Mahathir. "Aku menunggu Tun menjerit," kata saya.
"Engkau suka sangatlah tu," katanya. Kawan itu seterusnya memahamkan kepada saya, kalau Najib pun dibelasahnya juga, orang akan fikir Dr Mahathir berlagak seolah-olah dia seorang yang pandai. Hanya dia yang tahu. Orang lain semua bodoh belaka. Naiklah siapa pun menjadi Perdana Menteri, semua tak kena di matanya.
Dari seorang yang berani, Dr Mahathir kini dituduh berubah menjadi penakut. Dia takut dituduh sebagai orang tua perasan - seolah-olah dia seorang sahaja yang pandai dan orang lain semua bodoh.
Orang akan terus bertanya, adakah Najib dan Dr Mahathir sudah bercerai? Atau akan bercerai? Apa pun, Najib ada kira-kira 16 bulan lagi. Bantai, balun jangan tak balun!
Berkaitan:
Mahathir and Najib in divorce court (Asia Sentinel 29/5/09 dan komen-komen di sini)
Perlantikan orang-orang yang menurutnya mempunyai perangai yang keji di dalam kabinet dan selepas itu dilantik pula Ratu AP dan orang yang disifatkannya sebagai pak lawak yang terpalit dengan tuduhan rasuah di dalam Majlis Tertinggi Umno barangkali masih belum begitu menyakitkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia melibas, tetapi tidaklah dilihat mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menampakkan lagi betapa si unta dibantai dengan lebih keras di atas belakangnya, Najib menyatakan keazamannya untuk membangunkan Wilapah Pembangunan Iskandar (WPI). Dia diam.
Selepas itu diumumklan pula ura-ura pembinaan jambatan ketiga ke Singapura. Pembinaan jambatan ketiga membunuh cita-cita pembinaan jambatan bengkok, yang dilihat oleh Dr Mahathir sangat penting untuk mengajar Singapura. Belakang unta semakin sakit akibat dibantai. Tidak juga ia melengking.Nah, ambik lagi dua liang. Dibantai lagi. Omar Ong dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula hendak dilantik sebagai Pengerusi Petronas. Apabila penyokong kuatnya yang juga kawan saya, The "thirteen million plus Ringgit" guy bagaikan merayu Omar, adakah si unta sudah menunjukkan tanda-tanda ia tak tahan lagi dipukul bantai dengan begitu brutal berulang-ulang kali? Tetapi, dia tetap tak bersuara.
Sambil teringat judul filem KL Menjerit, saya tanya seorang lagi kawan saya yang juga penyokong tegar Dr Mahathir. "Aku menunggu Tun menjerit," kata saya.
"Engkau suka sangatlah tu," katanya. Kawan itu seterusnya memahamkan kepada saya, kalau Najib pun dibelasahnya juga, orang akan fikir Dr Mahathir berlagak seolah-olah dia seorang yang pandai. Hanya dia yang tahu. Orang lain semua bodoh belaka. Naiklah siapa pun menjadi Perdana Menteri, semua tak kena di matanya.
Dari seorang yang berani, Dr Mahathir kini dituduh berubah menjadi penakut. Dia takut dituduh sebagai orang tua perasan - seolah-olah dia seorang sahaja yang pandai dan orang lain semua bodoh.
Orang akan terus bertanya, adakah Najib dan Dr Mahathir sudah bercerai? Atau akan bercerai? Apa pun, Najib ada kira-kira 16 bulan lagi. Bantai, balun jangan tak balun!
Berkaitan:
Mahathir and Najib in divorce court (Asia Sentinel 29/5/09 dan komen-komen di sini)










Cantik? Klik 






Bakaq,
Cek Det telah melewati zaman nyanyuknya. Tidak semua yg dapat dikuasainya macam dulu2. Terperasan, perasan dan perasaan, semuanya ada dalam pemikirannya sekarang. Tunggulah sehingga dia 'totally senile'!
Itulah hikmahnya agaknya, mengapa almarhum Ustaz Fadzil Noor doakan agar Allah SWT panjangkan umur Cek Det!
Mahathir ni favourite dia memeng buat jambatan. Contohnya di Putrajaya, berapa banyak jambatan dia telah buat walaupun tiada air dibawahnya. Buat jambatan dulu dan lepas tu baru korek tanak untuk jadikan sungai ke tasik ke atau apa-apa asalkan bawahnya ada air. Banyak makan belanja tu kan!!!
Hang bab mengapikan orang memang terer....
Salam Bakaq, gue terhibur sungguh dgn seloka hang pagi ni..emang mahathir udah d kena sawan bisu..mulut dia dah kena angin-angin pus-pus rosmah..sebab tu tak bolih kata apa-apa yang najis altantuya buat..dia akan kata ok aje..bravo bravo bravo najis najis..ekonomi akan pulih..petronas..kena tolong melalui Omar and hamid..Tapi syed hamid ni pada gue kira ok juga...sebab bini dia bertudung nad dia ni selalu juga hadir program para habib and maulud..maybe mengamalkan ratib-ratib atau zikir maulud..sebab tu..walaupun gugur jadi menteri..dapat pulak jadi pengerusi petronas..masuuukkk..masuuuukkk terus....cuma dia spoil banyak bila duduk d KMDN..
Hasrat DAP berkuasa sepenuh nya untuk memerintah akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya sebuah negeri, iaitu P Pinang. Cita2 mereka ini termakbul dengan pertolongan PAS dan PKR. Sangat besar nilai jasa budi PAS dan PKR ini terhadap negara kerana telah menyerahkan P Pinang kepada DAP.
Bolih percaya ke Tun Det takut dengan Najib? Kita tunggu siri drama selanjut nya bertajuk "Gugur nya si Nyanyuk"
ni,,..nyanyuk2 si che det pun...tak gila mcm najib tu.... aku rasa che det tu suh buat jambatan bengkok tu sebab ada kaitan ngan air dari johor tu..pastu akan menyusah singapore juga pasal utk check point diaorg akan lagi sesak.... yang aku dengar che det nak sgt buat jambatan bengkok tu sebab nak perbaharui harga air kot..sebab kalau buat jambatan baru mesti kena paip baru...semua kos kena baru...
bunga2 fitnah ....mmg terrer...
dalam islam tukang pengapi orang ada hukum tak pak bakaq?
Zaman TUN dulu orang melayu terasa amat bangga dan di hormati semua bangsa dan negara lain sebab tun the real leader........Zaman PAK LAH kesan dia hari ini semua hancur...melayu d hina raja tak d hormati..........Persoalan d sini kita kena tengok isu yg d timbulkan........TUN bertanya ,kita kena kaji dan selidik itu saja....Orang melayu hari ini kalau tak insaf ,malas berfikir dan asyik menyalahkan orang lain.......tak iklas nak mencari penyelesaian bangsa......akhirnya kita akan tersungkur d bumi sendiri..........renungkanlah masa depan anak cucu kita......salam
tok gajah..... apakah anda sedang mengigau.?
Anda mahu Tun Dr. Mahathir bercakap tentang DAP atau bercakap tentang kerajaan Mohd. Najib....?
Anda menulis bahawa "Hasrat DAP berkuasa sepenuh nya untuk memerintah akhirnya tercapai juga. Walaupun hanya sebuah negeri, iaitu P Pinang. Cita2 mereka ini termakbul dengan pertolongan PAS dan PKR. Sangat besar nilai jasa budi PAS dan PKR ini terhadap negara kerana telah menyerahkan P Pinang kepada DAP".
Kenapa anda marah sangat DAP mentadbir Pulau Pinang, apa masaalah anda dan kenapa tak marah GERAKAN yang telah menyusahkan rakyat negeri itu berpuluh tahun lamanya..?
Cita-cita GERAKAN mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang dimakbulkan oleh siapa... kalau bukan UMNO celaka..???
Tok gajah, jangan guna otak gajah akibatnya hidup anda macam binatang.
abuarif,
Minta Pak Baqak buat satu senarai lengkap apa yang Mahathir dah buat "merosakkan" dan "menjahanamkan" orang Melayu selama memerintah 22 tahun. Orang Melayu dinegara ni dah lama insaf,dah lama tertekan,dah lama jadi pengemis dinegara sendiri akibat dek UMNO.Kelmarin akhbar-akhbar tempatan menyenaraikan nama orang-orang terkaya diMalaysia - diantara 20 yang paling atas;hanya ada seekor Melayu.Nak insaf macam mana lagi."dihormati semua bangsa" - ini kata-kata merapu.Lihat apa yang berlaku pada Bahasa Melayu.Konon "Bahasa Jiwa Bangsa" -hampeh!hampeh!hampeh!Dengan satu kilas pena Mahathir - Bahasa Melayu tercampak kebakul sampah dan tong taik.
Sah orang tua ni dah nyanyok dan yang menyokongnya tergulung dari jenis yang terencat akal.
Kata hampa terer, lebih bagueh dari che det, pemimpin hampa maksum, ulamak, autarmak, ularmak..elit dan pro...tapi akhirnya semua dok ketagih, dok harap, dok merayu Tun bersora..hampa nak ambik untung kalau Najib kena bantai...
Apapun Tun tidak akan lakukan untuk peribadinya, dia belum nyanyuk untuk jadi pecacai sesiapa, belum cukup tua untuk tidak berfikiran waras, belum cukup ganyut untuk membabibuta dan perasan tak tentu hala...
Tapi yang pasti Najib tetap kena balun juga, tunggulah setapak dua lagi..
harap maklum semua...aku nak booking ap gula kalau PR memerintah selepas PRU13...kalau tak pun ap halia atau ap bawang...
Tetapi tak mengapalah asal jangan jadi pemimpin mee celup dan melalut tak tentu hal sudahlah.
Assalamu'alaikum Pak Bakaq,
Tun nak lawan apa? Mulutnya telah disumbat oleh najib dengan anaknya dah dapat Timbalan Menteri. Kalau dia kritik najib orang kata Tun nyayok. Kepada bro yang syok sangat BN perintah Penang, awat Ketua Menterinya (Gerakan dulu) baguih sangat! Saya ada saudara di SUK. Kebanyakkan cina bawa surat sokongan sign Tun (masa Tun) dan Pak Lah suruh lulus macam-macam permit dan lesen.Nak tengok orang melayu bawa surat sokongan Pak Lah pun susah. Pening kepala orang SUK buat kerja. Itu gadai apa namanya? DAP perintah pun hampir sama tapi, Lim Guan Eng guna kanun yang boleh dia ada kuasa sahaja. Bekas TKM tu jadi ketua melayu bisu sewaktu dalam mesyuarat exco, sampai acara orang islam pun dia bagi Lim Guan Eng urus! Pasai tu Anuar kaiih. Kalau Dato Dr. Mansur Othman menang penanti adalah sikit bisanya.
Bro yang kata Tun tak nyayuk tu, cermin-cermin diri duduk buat home work sikit pasai Tun. Lepas tu pi makan angin di Pulau-pulau sunyi dan muhasabah diri timbang tengok apa Tun kata dulu-dulu dan sekarang. Jangan dok ego tahap maksimum!
Anak Kepala Bukit, Penanti.
bodoh x mengenang budi betol korang.cuba bg korang memerintah mesia yg tercinta ni cam na...cakap jer pandai...tun berusaha sedaya upaya beliau memajukan negara terutama org melayu.korang hanya pandai bercakap dan melacurkan fitnah...si homosex juga yg kamu pilih..
PKR hanya pandai menyamun dan mengambil kesempatan termasuk PAS x guna....
Tok Gajah akai kecik macam kuman taik gajah, kuman taik gajah pun kot2 ada akai lagi banding ngan tok gajah... tok gajah makan taik sendiri tu yang bangang amat terbangang...
Nak tanya sikit wahai sibanganag terbangang tok gajah... awt, masa sebelum pru12 tu melayu umno ka yang dok perintah Penang...?? Bukan Gerakan parti Cina ynag menjadi rakan seketiduran umno tu yang perintah..??
Bodoh terbodoh lagi maha bangang yang teramatlah bangang.. banayak sangat makan taik gajah kot...
sape bagi kawasan melayu(DUN dan Dewan Rakyat) pada bukan melayu - selama 50 tahun perintah ???
sape yang banyakkan tanah bukanmelayu yang asalnya tanah melayu - selama 50 tahun perintah ???
bagaimana kawasan bukan melayu (DUN dan Dewan rakyat) menjadi bertambah dari tahun ketahun ???
dari sekolit tet, menjadi separuh dari dewan rakyat dan ada DUn mereka lebeh lagi - sape yang bagi ?????
tanah hak milik melayu, sape yang bagi pada tokeh tokeh bukan melayu dan ada sebahagian tu kepada orang luar negara pulak tuuuu ????
itu baru sikit soalannya - belum lagi bangunan dan seluruh "tugu tugu" yang dibina tu - macam Sepang F1, KLCC dan sebagainya ????
jadi sape yang otak tengin hangit tu - che bukak sikit jangan jadi penjilat ponggong UMNO sepanjang masa, dengan sebab sekupang dua tuuuuu....
tengok sikit sejarah yang lalu dan seterusnya pikio sikit untuk masa depan generasi akan datang...
hutang negara - kalu dikira betui betui - hangpa sampai bukak dan juai, seluar dalam ngan baju dalam sekalipun tak tebayonya - dah tu jadi hamba kepada pemberi utang tu, pun tak tebayonya - itu baghu utang belum penyenggaraan semua "tugu tugu" tu lagi, agaknya kome tau ke beghape sebulan, kena bayo utang + bunga + penyenggaraan semua "tugu tugu" yang beso beso tu, termasuk DAYABUMI (hutang dalam YEN JEPUN - YENpun dah naik berganda ganda nilainya dibandingkan ngan RM, bunga dia saje pun dah melambung tinggi) - bukan main ribu atau juta, aku rasa dah main billion - itu bulanan - tahunan berapa agaknya ???
mana duit nak kerobek weh oiiii ???
bangga lagi dan lagi dan lagiiiiiiii.....
....tok gajah ..bodo piang...
....tk bapat bayang kn ..jikalau org yg jaga malaysia 22thun ..jujur.iklas.amanah.sempurna amalan ibadat nyer...huhhhh
Tok Gajah,
Wakil DAP jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebab dia dapat kerusi lebih dari PAS dan PKR.
UMNO dapat kerusi lebih dari Gerakan,MCA dan MIC tapi bagi kerusi kat Gerakan.
Cuba hang tunggeng kepala hang ke bawah, siapa yang betoi...
aku sangat setuju dgn pak rahim kassim.
lepas tunggeng kepala kat bawah, tok gajah tengok2 sikit kalau ada taik kat ponggong tu...jgn nak pencacai UBN je.
Tun Mataik pun dah tua nyanyok nanti silap2 haribulan taik najis pun dia kata kek coklat!!!
Tun Mahathir belum nyanyuk lagi, yang sah nyanyuk ular yang kata orang beri rasuah boleh ambil.
Pak bakaq...dalam islam duk ngutuk2 orang boleh ke/..lebih2 lagi orang tua nyanyuk?..nik ajis kata takpa ka?kalau takpa mai aku nak ngutuk sama.
nyanyuk2 Tun pun selalu keluar TV oghang puteh oversea..bangga oo!!
ape nak di banggakan kalu dah nyanyuk si Tun akan cakap merapu-rapu akhirnya jadi pak lawak antarabangsa....memalukan bangsa je...