Sedap!! Klik gambar di atas!

Dia tak buat kerja bodoh

Ketika saya mula menjadi pemberita dulu, Bendahari PAS ketika itu, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman mengajar dan selalu mengingatkan saya tentang "read between the lines".

Saya banyak terhutang budi kepadanya. Macam-macam kemahiran dia ajar saya. Terima kasih, Pak Tuan!

Hari ini saya nampak kemahiran Ustaz Nik Abduh anak Tok Ayah Zid bermain politik naik darjah sikit. Saya rasa orang susah nak marah cara dia menyatakan hak demokratiknya tentang kepimpinan Pemuda PAS.

Saya suka orang bertingkah pendapat atau menyampaikan keinginannya dengan cara yang pintar. Cukuplah orang-orang seperti saya yang melakukan kerja-kerja bodoh. Kalau aku tak setuju, aku akan kata ja apa aku nak kata. Lantak pi lah siapa nak marah pun. Kalau polis yang sakit hati, dia boleh tangkap.

Perli, kutuk, maki, ancaman saman, tangkap, lokap dan dikafirkan tidak seharusnya mengerat lidah atau jari-jari saya di keyboard.

Balik kepada kepintaran berpolitik Ustaz Nik Abduh yang nampaknya naik darjah sikit tadi: Sila baca petikan berikut dari berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Pemilihan Pemuda PAS: Nik Abduh sedia tarik diri".
Setelah pencalonan ditutup minggu lalu, jawatan ketua Dewan Pemuda PAS bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandangnya, Nasrudin Hassan dan bendaharinya, Zaki Ibrahim.

Manakala lima orang masing-masing dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua dan naib ketua, termasuk Nik Abduh, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi.

"Nasarudin, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi adalah terbaik untuk mengisi tiga jawatan tersebut.

"Saya tidak akan bertanding jika mereka setuju (bertanding). Dan itulah harapan semua, insya-Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Jawatan (nombor) satu, dua dan tiga itu itu sesuai untuk mereka bertiga," tambahnya.
Haji Husam Musa pun nak tarik diri jugak? Awat? Hang tak tahan dah ka orang kutuk hang "munafik," "politik wang" atau "sangat membahayakan PAS"?

Dasyat betui hang! Sampai Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa mendapat sumber dalaman berkisah seperti berikut:
Exco kanan kerajaan Kelantan itu perlu disekat daripada terus mara untuk menyandang jawatan nombor dua parti berkenaan.

Kata sumber itu, peranan itu mesti dimainkan oleh Mohd. Amar dan Takiyuddin bagi memastikan Husam dapat disekat sepenuhnya.
Kepada saya, jika keputusan tarik diri seseorang ahli politik dibuat kerana tak tahan umpat fitnah, kata nista, maki hamun dan carut capai orang, lagi baik tak payah main politiklah. Kalau anak baru kahwin, tunggulah dapat cucu. Main dengan cucu lagi bagus!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bila dah berkuasa ....2 X 5....... mereka sebat juga.

  2. Sapa kata Husam nak tarik diri? Dia sendiri atau khabar-khabar yang tidak ada sandaran yang kukuh?

    Siapa yang memulakan berita Husam nak tarik ni?. Dia atau geng sebelah muqabalah... perang saraf katakan

  3. Belajaq laa dengan Abang Mat wahai Haji Husam..

  4. Huh! Sampai begitu sekali Utusan sekarang.

    :>

  5. utk minggu minggu berikut hinggalah PAS terbelah dua , belilah Utusan Meloya - lidah rasmi PAS , tok sah dok beli Harakah lagi dah.. terrerlah PAS laa ni , dah ada lidah rasmi yg bertaraf surat khabar harian... caya lah !!

  6. kau cakap apa ni..merapu...

  7. Assalamu'alaikum Pak Bakaq,

    Baguuihlah kalau orang yang buat kontrovesi itu tarik diri. Lepa lebih pentingkan perpaduan dari 'perut' sendiri @ ideologi sendiri. Yang penting PAS kekal sebagai parti islam nombor wahid.

    Pertandingan menyebabkan perpecahan kalau yang kalah ada nawaitu lain. Tengok sajalah puak-puak UMNO, sampai sekarang Pemuda UMNO macam tak dak ketua. Yang lain dok berpuak-puak.

    Apa pun jangan pemimpin-pemimpin PAS terjerat dengan koran buruk (utusan, bh) sudahlah.

    Setuju kurangkan saingan, tingkatkan prestasi.

  8. alahai....apabila musuh dok seronok lihat husam jatuh, paham-pahamlah orang pas oi, tentang nilai kualiti pemimpin yg kamu ada..... dan org umno harus berterima kasih kepada ustaz mat iraq, taqiuddin, ust amar, dan abejak selak kain dan konco2nya....

    tok jabor

  9. sila lawati blog panas http://micelup.blogspot.com/

  10. http://micelup.blogspot.com/2009/05/antara-ulamak-dan-profesional-dalam-pas.html

    Kita tidak berminat untuk mengulas tulisan-tulisan nakal dalam pelbagai blog seperti “Penarik Beca” dan seumpamanya yang menulis tanpa adab dan menggunakan bahasa kesat lagi biadab[6] terhadap sesiapa yang menjadi sasarannya. Cukuplah dikatakan bahawa saudara “Bakaq Haq”” amat kita kenali sejarahnya, dari zaman mudanya sehinggalah beliau menjadi penulis blog yang mengikut sesetengah penganalisa politik dalaman PAS, dikatakan mendapat sokongan kalangan “Erdogan” and is said to be well paid to do all the dirty works on behalf of somebody![7]

    [7] Seperti biasa, kita akan diminta membutikannya, namun semua yang aktif dalam politik tanah air tahu apa yang kita maksudkan dalam kertas ini. Kitapun amat mengenali peribadi “Penarik Beca” sejak hujung tahun 70-an lagi dan bagaimana beliau mula aktif dengan PAS Wilayah Persekutuan, hubungannya dengan saudara Abdul Malek Hussin, Ridhuan Oon, penglibatannya dengan Syiah sejak kebangkitan Ayatullah Khomeini di Iran dan sebagainya......sekadar menyingkap kenangan lama. Nanti kalau ada masa dan di tempat lain, kita boleh ceritakan.....

  11. aku sokong husam sebab org macam dia ada dalam pas aku sokong pas... sebelum ni aku UMNO totok....pas mesti terbuka... tertutup jgn terlalu jumud... terbuka pun jgn samapai tak sedar diri...

  12. Bila orang UMNO duk setuju pimpinan PAS, duk tentukan pimpinan PAS. Satu perkara yang pelik dan ajaib. Rasa - rasanya kalau org PAS pandai berpolitik, dia akan berlawan dengan kemahuan musuh. Tapi apakan daya org PAS tak mampu berfikir setahap itu. Rasanya nak perintah negara, lebih baik bagi kat UMNO dari dapat pimpinan yang lemah dan rasa bagus, berselindung disebalik ketayap.

  13. cakap ngan mereka yang kemaruk kuasa tu... dah diberi kuasa ni, buat kerja laaa!!!

    jangan duk jadi babi!!

    asek nak berpolitik, bila masa tah nak kerja... kat mulut asek nak sebut Islam, Islam, Islam... lam kepala, pikir nak buat apa tah... kerja tak jalan!!

    penyokong pas jangan asek nak mengamuk bila orang sentuh pasal adun takleh wat kerja... dah memang pemimpin pas ni gila nak berpolitik, dan tak tahan dengan ujian kemenangan!! tanggungjawab tah ke mana...

    tanya orang kawasan mat daud iraqi dulu... ada ketua dewan tu turun selesaikan masalah penduduk setempat???

  14. ya baru teringat anaknya baru kawin bulan lepas kalau tak silap. manohara pun ada datang dengan putera raja kelantan.

    tok pengulu

  15. Permainan halus pihak tertentu agar professional tidak lagi berminat dengan PAS dan PAS hanya parti Ustaz aje nampaknya berjaya.

    Nanti bila nak pilihanraya baru terkial kial nak minta tolong dan minta derma.

    PAS gagal belajar kenapa mereka kalah PRU12 di Terenganu?

    Gharimah dari Hasil minyak yg di janjikan oleh UMNO mengelapkan mata dan akan menjatuhkan PAS bagaikan kekalahan perang Uhud.

    Quran dan sunnah tinggal kata kata manis dibibir.

  16. Baca between the lines berita Husam Musa nak tarik diri tu, dia acah saja tu.

  17. paper utusan tak laku buat la camtu pun. sapa2 jangan la gatai2 beli sebab depa tulih ttg PAS. lantaq pi la depa nak tulih apa. biarkan paper depa mati takdak orang nak beli. paper utusan tuh bagi aku najis mughalazah juga la..

  18. betul ke semua rangkaian TV media prima akan buat liputan langsung seminar ulamak muqabalah pada hari sabtu ni?

    kena pakai cun cun nak masuk TV nanti.

  19. Nik Abduh nak tarik diri bertanding Tim.Ketua Pemuda PAS Pusat bukan sebab dia bijak berpolitik tetapi kerana dah tahu dan faham dinegri dia sendiri pun dia tak laku.Selama ini orang Kelantan beri muka kepadanya sebab dia anak TGNA dan anak MB Kelantan.Itu sahaja,tak lebih dari itu.Dalam pada itu pun banyak "angkara" dia dah buat menyusahkan TGNA kerana berkawan dengan pihak-pihak yang gila dunia dan gila kuasa tanpa memikirkan kepentingan parti,rakyat dan negeri Kelantan.Lihat sahaja gaya dan cara hidup mereka,mewah,lumayan dan tak beza dengan orang-orang UMNO.Dari kumpulan ini tak ada yang bolih diiktiraf punya kaliber "kebangsaan".Jadi jika ada yang lebih celek dari mereka,orang itu akan cuba "dibunuh", ditomah dan difitnahkan.Kumpulan ini sekadar jaguh kampung.Olih kerana mereka tak mampu untuk naik dan maju mereka tak mahu sesiapa dari Kelantan mengatasi mereka.Inilah politik Melayu Zaman 50an dan 60an yang masih mereka amalkan dizaman yang serba maju dan mencabar ini.Kalau tak percaya dengan apa yang dinyatakan disini,sila buat kajian.

  20. Dulu aku baca jugak harakah..
    Tapi tup tup semenjak Tapa Ali "berkempen" dalam Harakah nak join UMNO - sehingga TGNA naik fed-up- aku pun dah malas nak beli.

    Bagus la kalau Utusan dan Berita Harian sambung balik agenda Tapa ni. Tapa pun senyap-senyap boleh main kot belakang. Orang pun tak tau..

    Orang PAS bukan susah sangat nak diperbodoh oleh UMNO..Dari dulu sampai sekarang.

  21. Lebih baik jadi batu untuk buat jalan supaya 1malaysia boleh gunakan dari menjadi batu api.

  22. apa kecoh utusan cater pasal PAS .. harakah pun dah lama cita pasal dalaman UMNO tak kecoh .. tu le dia mentaliti org PAS , dia je yg betul

  23. Husam tukan banyak duit. Tapi bukan duit dia.

  24. Komissen balak.

  25. semua pemimpin kelantan bayak duit. duit balak.

  26. Itu yang mereka kejar. Untuk mendapat kesenangan hidup didunia. Lepas itu bohong ahli - ahli kata boleh masuk syurga.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008