
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar beritahu saya, "Hang tengok news ChannelNewsAsia. Dia kata Malaysia ni dah nak technical recession, kan?
"Semalan hang bubuh dalam blog hang, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal.
"Tu tak pa lagi, aku jumpa news Najib kata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ni. News Bernama tu.
"Hari ni, (Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz) kata dia jangka ekonomi akan terus menguncup suku kedua tahun ini. News Bernama jugak.
"Hang tengok balik news yang hang bubuh dalam blog hang tu, Najib kata kemelesetan teknikal berlaku apabila tahap keluaran sebenar nasional merosot dalam dua suku tahun berturut-turut yang menyebabkan penguncupan dalam jumlah pengeluaran ekonomi.
"Malaysiakini pula report Zeti kata, suku kedua akan lebih teruk.
"Hang tolong search news Harakah, kalau tak silap MIER (Institut Kajian Ekonomi Malaysia) kata, tahun ni memang technical recession. Time statement tu kalau tak silap sebelum Najib kata kerajaan yakin Malaysia tak akan technical recession.
"Orang cerdik daripada dia dah bagi tau technical recession, dia pi konar kot lain. Tu nak kata apa tu? Orang boleh tuduh Najib bohong tu!"
Berita ChannelNewsAsia 27/5/09
Berkaitan:
The Malaysian economy is worse than expected (Malaysian Insider)
Malaysia heads toward recession after economy contracts 6.2% (Bloomberg)
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction (AFP)
Malaysia's economy shrinks sharper-than-expected by 6.2 percent in first quarter (AP)
Economy contracts 6.2% in 1Q (The Nut Graph)
Outlook: India, South Korea and Southeast Asia (ThomasNet)
Menarik hari ini:
Mogok lapar - Sheikh Qardawi: dituntut dalam Islam, Dr. Asri kata ditolak (Pemuda Besut)
"Semalan hang bubuh dalam blog hang, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal.
"Tu tak pa lagi, aku jumpa news Najib kata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ni. News Bernama tu.
"Hari ni, (Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz) kata dia jangka ekonomi akan terus menguncup suku kedua tahun ini. News Bernama jugak.
"Hang tengok balik news yang hang bubuh dalam blog hang tu, Najib kata kemelesetan teknikal berlaku apabila tahap keluaran sebenar nasional merosot dalam dua suku tahun berturut-turut yang menyebabkan penguncupan dalam jumlah pengeluaran ekonomi.
"Malaysiakini pula report Zeti kata, suku kedua akan lebih teruk.
"Hang tolong search news Harakah, kalau tak silap MIER (Institut Kajian Ekonomi Malaysia) kata, tahun ni memang technical recession. Time statement tu kalau tak silap sebelum Najib kata kerajaan yakin Malaysia tak akan technical recession.
"Orang cerdik daripada dia dah bagi tau technical recession, dia pi konar kot lain. Tu nak kata apa tu? Orang boleh tuduh Najib bohong tu!"
Berita ChannelNewsAsia 27/5/09
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contractionBerita Harakah 5/11/08
KUALA LUMPUR: Malaysia's export-dependent economy shrank 6.2 per cent in the first three months of 2009 and was headed for a technical recession, the central bank said Wednesday.
Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz said that second-quarter results "will be very similar" to the outcome in the first quarter which saw the economy contract for the first time in nearly eight years.
"We are almost completing the second quarter and we see that the export sectors and export demand continue to remain weak and the environment is still challenging," she said.
Two successive quarters of negative economic growth represent a technical recession.
Zeti said a recovery in the economy, which has been battered by falling exports and manufacturing, will gather pace in the second half of the year.
"In the third quarter we will see a significant improvement taking place and in the fourth quarter we have a higher degree of confidence that we will have positive growth," she told a press conference.
The economy grew by a bare 0.1 per cent in the last quarter of 2008, but the first 2009 quarter's outcome was worse than economists had expected.
In March, the government warned the economy could contract by 1.0 per cent this year despite a massive, 16.2-billion-dollar stimulus package, dumping its earlier target of 3.5 per cent growth.
However, Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah said earlier this week that the contraction would be sharper than previously forecast.
"I cannot tell you but it will definitely be below minus 1.0 per cent," he said.
Kemelesetan: Dakwaan Najib bertentangan pakar ekonomiDatuk Seri Najib, kawan tak nak kata awak pembohong jenis compulsive liar. Kawan nak tanya je, awak bohong ke?
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.
Dakwaan Najib itu bertentangan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi termasuk jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff mengenai perkara itu.
Mohamed Ariff berkata, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan, peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus.
"Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.
Menurut beliau, krisis kredit dunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun kerajaan-kerajaan seluruh dunia berusaha mengurangkan kadar faedah dan menyuntik kecairan besar-besaran.
Mohamed Ariff berkata, kini semakin kuat kebimbangan tentang kemungkinan kemelut ekonomi dunia berlarutan sehingga akhir 2010 atau 2011.
Beliau juga menyatakan bahawa keyakinan pengguna dan perniagaan di Malaysia jatuh menjunam dan keadaan akan mungkin akan bertambah buruk jika pengurangan pinjaman mengakibatkan kekeringan dana untuk pelaburan dan perbelanjaan isi rumah
Pandangan Najib juga bertentangan dengan pandangan Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya yang mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998
Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.
Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.
"Dari segi reaksi yang bersifat polisi ia mengelirukan - terlalu banyak ransangan sama ada dari segi fiskal atau kewangan mungkin mengakibatkan tekanan inflasi, (jika ransangan) terlalu sedikit mungkin membawa kepada kemelesetan," kata Pengerusi Eksekuti Bolton Berhad itu.
Malaysia juga, katanya, mungkin akan menghadapi cabaran dari segi daya saing secara umum terutama kerana ia terlalu lama bergantung kepada buruh asing yang murah.
Mohamed Azman juga membangkitkan sentimen umum yang pesimis dan keyakinan pengguna yang rendah dan langkah berjimat cermat yang semakin meluas akan memberi kesan kepada kelajuan aliran wang dan ekonomi domestik.
Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.
The Straits Times Singapura melaporkan, berdasarkan skala 0 kepada yang paling tidak berisiko hinggalah 10 kepada yang paling berisiko, Malaysia diletakkan pada tahap 6.07, iaitu antara yang paling berisiko tinggi di samping India (6.87) dan Thailand (6.28).
Berkaitan:
The Malaysian economy is worse than expected (Malaysian Insider)
Malaysia heads toward recession after economy contracts 6.2% (Bloomberg)
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction (AFP)
Malaysia's economy shrinks sharper-than-expected by 6.2 percent in first quarter (AP)
Economy contracts 6.2% in 1Q (The Nut Graph)
Outlook: India, South Korea and Southeast Asia (ThomasNet)
Menarik hari ini:
Mogok lapar - Sheikh Qardawi: dituntut dalam Islam, Dr. Asri kata ditolak (Pemuda Besut)










Cantik? Klik 






mamat nie sebenaq tau ka pasai ekonomi...
KDNK pon tak tau apa dia rasanya...
punggah malaysia macam nie...
Barangkali Dato Najib belum sempat mendengar denyutan nadi rakyat. Dia baru sempat tenguk kawan-kawan keliling semua pakai baju mahal, kereta baru, rumah baru, serba baru pasal tu dia susah nak terima kenyataan ekonomi Malaysia menguncup. kalau ekonomi menguncup dari mana depa dapat duit? betul juga! Al-Amin Majid yang dah lama tak keluarpun tiba-tiba muncul. Maka kawan-kawan lama pun mulalah berbelanja kerana kawan dah jadi numero uno, apa nak risau.. kalau tenguk three piece suit YB Ahmad Maslan anak bekas penoreh getah saya sendiri tak percaya ekonomi meleset.
Ni yg saya (anon 9.55 ) dah sebut dlm post pak bakaq sblm ni..diorg ni (UBN) xselidik sblm ckp byk..org (surat khabar n org yg teramat pandai dlm ekonomi) dh sebut die penipu die kata kite fitnah..
Ntah la...kalau nk sedapkan hati pun..biar la berpada2..
Mmg buta huruf btol la org tu klu ad yg kata kita ni pembuat fitnah lagi..
Pak Bakaq...kita bongkar dan terjah lg kesalahn UBN kpd rakyat marhaen..
>Kacak
Bhai....
Najib bukannyer reti pasai ekonomi... Bloomberg pon silap-silap tak pernah tau ujudnya... hahaha... jauh lagi la najib tue nak trading forex....
Jadi kesimpulannya.... gua harap najib rentikanlah cakap2 pasai ekonomi... haram satu pon jauh menyimpang.... Macam adik dier cakap dua hari sudah la... bahawa dia pelik bila orang kata susah nak dapat pinjaman dari bank.... dia kata senang je.... Kalau dah CEO CIMB pon bangang tahap bewak.... tentula abang dier (Najib) lapan belas kali bangang....
siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri...ah silap tulis pula....apa nama..ha apa nama.. jadi pencuri
Brother, bayangkanlah bila Najib kata - Yang Malaysia akan mengalami kemeslesetan ekonomi dan ada yang akan menjadi mangsa dan korban masalah ekonomi. Mestilah huru hara Malaysia. Sebagai pemimpin, dia mesti memberi keyakinan kepada rakyat dan berusaha untuk mengurangkan masalah yang akan timbul kerana negara lain tidak mampu untuk membeli barangan buatan Malaysia.
Kita pun dengan anak-anak bila hujung bulan pun berlagak OK aja walau pun dalam kocek tinggal berberapa ringgit. Apa bezanya apa yang kita buat dengan anak-anak kita dan apa yang Najib buat untuk Malaysia. Berlaku adil lah dalam mentafsir sesuatu.
Yang hang suruh mafuz teh tarik tu becakap pasai ekonomi buat apa. Meroyan.
Salam semua, ha ha ha apa tidak kan kita utk ekonomi yang dah hendak telungkup..ni..kwn gue yang jadi mgr bank..suruh simpan cash banyak-banyak..and selalu p pejabat tanah..and baca surat khaber bab lelong...so, beli ajelah barang lelong tuu...tanah murah, rmah murah, kete mura...lelong lelong lelong...jual murah...klo tak ada duit...hangpa dududk diam diam aje macam daim..diam daim..duit masuk...diam ubi berisi,.,...diam ..org pas yang asik citer politik 24 jam d kedai kopi...merugikan taukeh kedai kopi..sebab minum secawan duduk berjam-jam..last-last macam org kelantan,,yang cari duit bini dia aje...dia sebuk main dam haji...tapi kira oklah tu...time sholat p sholat...klo d johor..dari pagi sampai malam main damnar...and tak p sholat...tak caya..p kampung salahuddin ayub..d serkat tuu..sah..yang muda..minum arak yang tua..berjudi and hidup jauh dari suasana melayu islam..sebab apa..sebab umnolah ...suruh cari duit aje..umno ni dari ahli biasa sampai ke president nye pembohong tau..najid bolihlah kata,,,jimat and berhimat..dia tau ke harga ikan gelama kering sekilo..haram tak tau sebab dia,,,mana ambil tau semua tu...dia anak ningrat..aku anak pekebun aje..oklah gue mau sambong keja...saja cubit sikit pagi ni,,,sebab gue sebal
sejak dua menjak ni rahamai perminfin-perminfin kita cakap tak rujuk fakta.Relax laaaaa.....kalau satu dunia mengucup...katha la mengucup....Bukan satu dunia mengucup tiba-tiba kita di Malaysia mengembang plak !
Syor haku ialah jom kita beli barang buatan Malaysia. Kereta Malaysia, sabun Malaysia, Kayu Malaysia..apa-apapun buatan Malaysia la kita beli.Dengan cara ni aliran tunai tak keluar ke tangan asing. Tapi sahatu sahajak yang haku tak minat, awat barang Malaysia mahai nak mampos.Mahai bukannya apa, tax sana tax sini.Cuba kurang sikit tax atau hapus langsung....kan best.Barang pasti murah.Kerajaan lani perlu pandai niaga...jangan asyik nak balas duit rakyat saja.......makan kentaki fried cikinpun,tak dan makan dah kena tax.....
Dari sistem tax kita ubah kepada sistem Zakat dan cukai kepala kepada bukan Islam.Tapi bagi hakulah, orang yang bayar Zakat ni hanya orang berIman saja,yang jenis halal haram tak kenal ni,untung bayak manapun sure tak bayak zakat nyer....So sebab tuh la nak implimentpun macam nampak susah ajer.Jadi kalau yakin balasan Allah maka Zakat keutamaan dan tax tak payah bayarrrr....Zakat dapat pahala..tax kalu, kerajaan yang dapat....ATBLUR
Q1 GDP, 2009, Taiwan -10.24, Singapura -10.01, Hong Kong -7.80, Siam -7.10 dan Malaysia -6.20.
dah mmg dia spesis bodoh dan sombong.
nak wat camner..
tambah lagi 1.. bebal!
najib bukan saja pekak telinga tapi pekak mata pekak minda.mulut ja tak pekak..membebel memanjang..penipu betul mat monggol nih
aku rasa mahfuz lagi pandai dr najib kot.. malulah 1 malaysia cam nih.kihkihkih..bela bini tembon merata2 tp tak tutup orat
Biasalah ramalan cuaca.
Anon 9:32.... apa yang kau cakap tu ada betulnya dan banyak juga salahnya.
Sebagai pemimpin negara memang kita ibaratkan orang itu sebagai bapa dan rakyat sebagai anak. Namun apa yang berlaku terhadap ekonomi hari ini mesti diberi tahu pada rakyat dengan jelas mengapa pekara itu berlaku dan apakah kesan yang akan terjadi hasil dari kejadian itu.
Sebagai pemimpin seperti Mohd. Najib mestilah bersama rakyat berbincang cara yang terbaik untuk menghalang terjadinya pengucupan ekonomi dalam negara. Janganlah bersikap "bodoh sombong". Sudahlah bodoh dalam soal ekonomi, tapi masih nak tunjuk sombong dengan mengatakan kononnya ekonomi Malaysia tidak akan terjejas walaupun ekonomi dunia merundum.
Dengan apa yang sedang berlaku memperlihatkan kepada kita bahawa menteri kewangan sememangnya bangang dalam menyelesaikan masaalah ekonomi negara.
Disebabkan ada ramai orang yang kategori bodoh sombong komen kat atas ni, terpaksalah aku explain sikit.
Pernah belajar pasal ekonomi dan politik tak sedara sekalian? Kalau tak, jangan komen apa2 yang menampakkan kebodohan masing masing.
Untuk korang semua yang sama je IQ nya dengan Pak Bakar ni, ekonomi ni macam jugak politik KADANG - KADANG. (Ulang balik : kadang - kadang)
Kita pegi kepada basic:
1. Apabila politik tak stabil, ekonomi akan ikut sama. Ini memang semua orang tahu kecuali yang bodoh piang.
2. Untuk orang yang belajar sikit, mereka tahu KADANG - KADANG market boleh dishapekan macam juga politik. Contohnya, mereka boleh jadikan ekonomi itu memihak kepada penjual beras dengan cara keluarkan dalam newspaper bahawa Malaysia kehabisan stok beras walaupun keadaan tak adalah sampai macam tu lagi. Hasilnya? Semua orang akan panik dan membeli semua stok beras walaupun bukannya nak guna lagi dan harga beras akan melambung tinggi. Akhirnya benar- benarlah terjadinya shortage di dalam market akibat situasi panik ini dan untunglah si penjual beras.
3. Begitulah juga ekonomi negara. Kita tak sepatutnya cepat mengumumkan perkara negatif dengan tujuan mengelakkan panik. Lagipun, tak ada maslahat baik pun kalau jadikan semua orang panik ni tambah2 lagila yang tak belajar ekonomi ni. Apabila semua orang kata ekonomi bakal menguncup, semua akan jadi tahi hidung masin yang akhirnya MEREALISASIKAN keadaan meleset itu LEBIH AWAL. (Ni nak bincang detail kena belajar basic ekonomi dulu ya)
3. Ini membawa kepada satu conclusion. Kalau Pak Bakar yang jadi PM, akalnya yang pendek ini akan terus mengumumkan saja ekonomi Malaysia bakal menguncup supaya ia BENAR-BENAR boleh menguncup. Hanya PM yang cerdik ekonomi saja akan umumkan 'kita tahu ekonomi mungkin meleset tetapi kita jangka masih lagi positif'. Ini bertujuan supaya orang tidak panik dan sekurang-kurangnya situati tidak terus saja menjadi buruk walaupun SEMUA orang anggap keadaan akan menjadi buruk.
4. Jadi untuk 'pakar - pakar' ekonomi di atas, 'menipu' memanglah jahat. Jadi, contohilah Pak Bakar yang 'berkata benar walaupun pahit'. Lagilah patut kita 'berkata benar' masa kita tak ada ilmu pun pasal hal yang kita nak berkata benar tu.
Aduhai.
-Malaymind-
Tak payah cakap fasal KDNK kuncup tak kuncup, kalau tak nak cakap. Tak payah sebut kemelesetran teknikal kalau tak pasti apa akan berlaku.
PM boleh cakap kerajaan akan buat yang terbaik, PM juga boleh senaraikan langkah kerajaan untuk tingkatkan keyakinan rakyat dan pasaran yang dok bimbang kesan kemelesetan ekonomi dunia dan bukan setakat bising2 pasal pakej ransangan (tak ada modal lain ka?) - pakej ransangan pulak tu takat main patching2 ja sana-sini dan tak ada pun reformasi yang boleh cetuskan dinamisme ekonomi yang baru sehingga meyakinkan pasaran.
Kalau board syarikat kampung pun, bila nampak masalah nak datang, pengerusi dia tak akan kata tak ada apalah yang akan berlaku, semua ok je...
Boss kilang yang dah nampak masalah akan datang, walaupun dia tak nak guna ayat negatif, tapi dia akan pergi beritahu pengurusan dia, "Ini langkah untuk tingkatkan daya saing produk kita. Kita kena buat ubah suai untuk memikat lebih ramai pelanggan".
Hanya boss bodo yang akan kata, "jangan bimbang. Sales kita tak akan jatuh punya. Barang kita tak pernah tak laku".
yang lain saya tak berani kata apa-apa sebab saya masih dok cuba nak ingat adakah pernah berlaku perdana menteri bodo dan kerajaan bodonya boleh corakkan pasaran atau shape the market..
Cerita syarikat kampung dengan boss kilang tu adalah dalam tajuk mikro ekonomi. Ekonomi negara adalah dalam aspek makro ekonomi. Dua topik ni tak sama, malahan solution untuk makro mungkin tak sesuai diguna dalam mikro. Yang ini, tolong belajar sendiri la.
Pak Bakar kata:
"PM boleh cakap kerajaan akan buat yang terbaik, PM juga boleh senaraikan langkah kerajaan untuk tingkatkan keyakinan rakyat dan pasaran yang dok bimbang kesan kemelesetan ekonomi dunia.."
Inilah hasilnya kalau dah anti sangat kerajaan sampaikan apa yang Najib cakap dah tak nak dengar. Semua langkah kerajaan ni dah termaktub dalam 'pakej rangsangan' sebab tu lah si Najib duk ulang tajuk tu biar korang kaji detail plan tu. Takkan nak suruh PM yang 'bodo' tu bacakan kat depan TV setiap hari barulah orang 'cerdik' macam korang ni boleh 'faham'?
Dahlah tak nak belajar ekonomi, nak mintak orang suapkan pulak. Dah tu, kalau orang suapkan, kata orang menipu pulak. Macam tak de keje lain yang lagi berfaedah je korang boleh buat.
Satu lagi, mungkin juga kerana 'boss yang bodo yang menipu kata kita tak akan meleset' itulah, penguncupan kita berada di antara -1 ke -4% HANYA selepas suku pertama. Kalau harapkan Pak Bakar, suku pertama lagi dah -5% lah kot? Ye la, peduli apa teori ekonomi, yang penting kita bercakap benar, ye tak?
Keyword pengurusan makroekonomi ialah 'jangan bagi rakyat panik supaya kerajaan boleh ambil segala tindakan untuk perbetulkan ekonomi'. Nak cakap apa pun, nak label apa pun, belasah kau lah labu. Yang penting, objektif untuk stabilkan ekonomi sudah diambil, sekarang masanya untuk naikkan pulak.
Bak kata Najib, "Ekonomi dijangka pulih" dalam Utusan Meloya hari ini 29/5. Itu dah satu lagi ayat positif beserta tindakan (Pelaksanaan Pakej Rangsangan). Nanti kalau tak pulih, cakap saja Najib tu penipu lagi.
Orang tengah sibuk duk 'push' ekonomi supaya naik, korang duk sibuk nak cari sapa yang menipu. Sebab tulah IQ korang lagi tinggi dari Najib.
Sebab itulah, tak semua orang boleh jadi PM wahai Pak Bakar.
-Malaymind-
Dah orang cerita "Kita pun dengan anak-anak bila hujung bulan pun berlagak OK aja walau pun dalam kocek tinggal berberapa ringgit," saya pun cerita la fsl syarikat kampung atau boss kilang sebagai contoh.
Syarikat kampung dan boss kilang pun kena pandai cari ayat untuk yakinkan pasaran..
Yakinkan pasaran dan rakyat serta tak tunjuk bangang ketika menghadapi krisis langsung tidak sama dengan menyodok false hope ke dalam kerongkong rakyat.
Nak tanya sikit. Apa terjadi kepada rakyat terutama sektor perniagaan jika mereka mempercayai dakwaan Najib itu? Kalau saya yang tak mengaji ekonomi dan tak tau apa satu tentang makro ekonomi ka, mikro ekonomi ka, microchip ka, mikroskop ka, microphone ka, dan saya percaya kepada dakwaan PM (PM cakap ni!) lalu saya relax ja dan tak cari jalan untuk hadapi "musim kemarau", apa jadi, bib?
Saya saja malas nak cakap panjang fasal pakej ransangan. Pi bacalah "A shocking revelation - A massive RM73 billion bailout or a quantum-leap stimulus? Prepare for very bad news by end of 1st quarter"
Satu lagi Encik Malaymind, saya seronok bersembang dengan Encik sebab Encik pakai hujah dan tak pakai maki hamun. Kalau maki hamun, saya tekan publish atau reject kalau yang teruk sangat maki orang lain selain dari tuan punya blog ini dan lupakan saja.
Kalau hang mai Restoran Thaqwa (Mamak tu eja lagu tu) dekat Taman Melewar di mana aku selalu pi pelepas gian tea tarik, bersembang dengan hang sampai pagi pun aku sanggup.
Aku suka bersembang dengan orang cerdik sebab aku tak cerdik. Kalau hang bersembang dengan aku, hang akan tau la - aku kira nak "curi" ilmu hang ja..
Tak pa kot guna ganti nama hang aku, Encik Malaymind?
Terima kasih Pak Bakar atas jemputan minum dan sembang. Bukanlah tujuan aku nak berdebat sampai pagi, sebab ada perkara yang tak perlu didebatkan. Cukup sekadar faham atau tak saja.
Kalau dah Pak Bakar tak mahu jugak nak faham, biarkan ajelah. Anggapkan je lah Malaymind ni lebih bodoh dari Pak Bakar sebab tak pandai nak explain.
Daripada hujah Pak Bakar di atas, nampaknya Pak Bakar masih lagi bercerita pasal mikro ekonomi. Bukannya salah apa yang Pak Bakar fikir, tapi sekarang ni, ekonomi negara adalah dalam bab makroekonomi.
Contohnya;
1. MIKROEKONOMI: Dalam urusan duit poket, menyimpan duit tabungan adalah baik sebab makin disimpan, makin banyak dan makin kayalah seseorang itu.
2. MAKROEKONOMI: Sekiranya kerajaan berfikir seperti mikroekonomi - iaitu menyimpan duit lebih baik dari membelanjakan, maka duit kerajaan akan banyak. Sekali imbas, baguskan begitu bukan?
Malangnya, kalau semakin kerajaan simpan duit, semakin kurang duit di dalam market untuk rakyat buat aktiviti ekonomi. Apabila kurangnya aktiviti ekonomi, maka semakin hari akan semakin mundur ekonomi. Akhirnya, syarikat tutup, makin kurang kerja, pengangguran tinggi dan nilai ringgit akan makin jatuh. Rakyat yang dulunya kaya sebab simpan duit di dalam bank, kini makin miskin. Dulu nak beli air seringgit, sekarang dah jadi 3 ringgit.
Masa tu, duit yang konon disimpan banyak2 dekat bank tu tak ada gunanya dah. Masa ni, confirm Pak Bakar akan marah kerajaan sebab katanya tak pandai uruskan ekonomi padahal dialah dulu yang nak kerajaan fikir mikro bukan makro. Dia kata, simpan duit la lagi bagus dari belanja duit, bukan?
Boleh faham tak sekarang?
Simpan duit, baik untuk mikroekonomi iaitu untuk individu, syarikat dsb tapi tidak baik untuk kerajaan yang perlu menjaga kebajikan rakyat secara makroekonomi.
Sebab tu kalau Pak Bakar baca tulisan pakar ekonomi (termasuk pakar dari pembangkang), mereka persoalkan:
1) Cukupkah nilai 60 bilion itu, sebab mereka mahu kerajaan belanja lebih lagi,
2) Sampaikah ke target groupkah 60 bilion itu, sebab mereka tak mahu stimulus ini hanya sampai ke kroni saja,
3) Betulkah time stimulus package itu, sebab takut apabila salah timing, kesannya tidak menyeluruh?
Bukannya;
1) Patutkah kerajaan simpan lebih banyak duit supaya jadi lebih kaya,
2) Patutkah semua rakyat dicadangkan simpan duit supaya mereka akan lebih kaya,
3) Patutkah dikurangkan perbelanjaan kerajaan kerana kini ekonomi meleset.
Mereka berbincang pasal makro Pak Bakar, bukan mikro.
Jadi, kalau Pak Bakar masih tak faham istilah ni, 5 kali pagi pun takkan habis.
Kepada pakar-pakar ekonomi lain yang komen kat blog ni, contoh lain, cuba fikirkan kenapa kita tak cetakkan duit banyak2 masa ekonomi kita meleset skg? Kalau fikirkan cara orang tak sekolah, cetak ajelah duit RM100 banyak2 pastu bagi kat semua rakyat. Bukanke senang?
Sekali lagi, fikirkan makro dan mikro. Kalau otak korang masih tak boleh faham kenapa, jangan bazirkan masa komen pasal ekonomi negara.
-Malaymind-
Pak baqak ini kan bodoh piang. Nak jadi pak sanggup je.