Sedap!! Klik gambar di atas!

Calon Umno, calon Utusan Malaysia

Apabila Umno memilih kepimpinannya pada 26 Mac lalu, saya berharap sangat Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Timbalan Presiden parti itu manakala Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi, Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Rahim Tamby Chik pula dipilih sebagai Naib-Naib Presiden.

Hakikat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno memang tidak dinafikan lagi merupakan satu kejayaan yang amat besar kepada pembangkang.

Bila saya ceritakan tentang dream team tersebut kepada seorang kawan Umno, sambil ketawa dia berkata kepada saya, "celaka engkau, nak kerja senang je!" Dia cerdik dan dia faham isi hati saya. Dia juga tahu bahawa saya memberi sepenuh galakan kepada seseorang yang diheboh-hebohkan sebagai tukang bawa beg Zahid sepanjang kempen menjelang pemilihan itu.

Beg apa saya tak tau. Orang tuduh beg duit. Mana saya tau. Saya tak berani tuduh, takut kena saman. Setakat Zahid, cukuplah Amir Bazli Abdullah yang lawan dia dengan bantuan kawan saya, Mohd Sayuti Omar.

Dalam tempoh tersebut, apabila Utusan Malaysia menyiarkan pesanan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam berita bertajuk "Persenda Presiden lemahkan Umno," saya sudah dapat merasakan nasib yang akan dihadapi oleh Najib. Selain Abdullah sendiri, saya melihat Najib adalah Presiden yang paling dipersendakan rakyat.

Barangkali sebab itulah kawan-kawan dari Umno, terutama di alam siber ini, berusaha keras untuk mempersendakan para pemimpin pembangkang, di samping memburuk-burukkan mereka. Tetapi, hasil kerja mereka itu tidaklah sepopular istilah-istilah yang diberikan oleh para penyokong pembangkang kepada Najib serta juak-juaknya.

Sebagai pembangkang, kita sangat memerlukan pasukan yang lemah dan kucar-kacir di sebelah sana. Sebab itulah ramai pemimpin pembangkang yang bermain-main dengan angan-angan apabila mereka menyatakan, "kalau Pak Lah yang tidak seteruk Najib pun (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) boleh hambat dari kepimpinan Umno, takkan susah sangat dia nak buat begitu kepada Najib. Muhyiddin tu ambitious".

Saya tak jawab angan-angan mereka sebab saya yakin pembangkang tidak memerlukan Muhyiddin, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairy Jamaluddin atau mana-mana pemimpin Umno untuk berhadapan dengan Najib. Najib sendiri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah menghadiahkan ammunition yang sangat mewah kepada pembangkang untuk berlawan dengan dengannya, jika pembangkang terutamanya PAS tidak bodoh nak mampus!

Dr Mahathir telah banyak berjasa menjatuhkan Abdullah. Sebagai orang, saya sangat menghargai jasa beliau. Kita tengok pulalah bagaimana beliau akan bersilat kata berpencak lidah serta membikin a plan within a plan within a plan witihin a plan untuk mempertahankan Najib (banyak plans within a plan orang tua tu!)

Atau, adakah beliau mempunyai banyak plans within a plan untuk menaikkan Muhyiddin bagi mempertahankan survival Umno? Mana saya tahu. Tetapi, orang-orang Umno pun buat spekulasi begitu.

Kepada kawan-kawan dalam PAS, hampa nampak dak apa yang saya cuba nak ceritakan ini? Kalau hampa tak nampak jugak, tengok imej akhbar Utusan Malaysia di bawah. Kalau tak nampak jugak lagi, aku ingat lagi baik hampa jangan main politik. Pi balik dok di rumah menangis atas sejadah kepada Allah s.w.t. lagi berfaedah!

Kawan aku dari Umno tadi jauh lebih cerdik dari hampa!

The Truth Seeker, hang tak terasa nak bangkang aku ka? Jangan marah, aku bergurau ja, The Truth Seeker. People change, Sir!

Dalam Utusan Malaysia hari ini:
Politik wang: Tiada tindakan disiplin terhadap Mat Iraqi
Imej di bawah pula adalah keputusan BN yang belum pernah berlaku dalam sejarah Umno, Perikatan dan Barisan Nasional.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kalau aku penyokong totok umno pun aku sokong puak2 erdogan penyokong totok anwar dalam PAS akan menang .. he he he

  2. Ulama' dan professional, erdogan dan entah apa - apa, hanya ciptaan UMNO. Sebab diorang tahu kelemahan PAS, jadi kat situlah dia cucuk. Banyak ahli PAS terjerat.

  3. itu lah kelebihan orang2 yg bersahabat dan selalu calling2 dgn PM....
    dapat masuk gambar promosi dlm u.meloya.

    terima kasih u.meloya dan bkt x-aman

  4. Apa istimewa nya Nasharudin sampai bahagian atas muka depan Utusan? Ini bubuh ada makna....

  5. Bhai... banyak senang nak guess apa yang tersurat dan apa yang tersirat.. cuma gua takleh la nak story direct ... kena la berkias... hehehe...

    Tapi.. bagi gua ... ader beberapa "makhluk Allah" yang dalam PAS tue kena bersihkan dulu isi hati dan perjuangan depa.... ingat.... tujuan berada dalam PAS adalah untuk menegakkan hukum dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

    Ingat.... "hidupmu kerana Allah dan matimu kerana Allah" .... errr.. bukan duit dan pangkat aaaa....

  6. Udah lah tuu..biaq pi perwakilan tentukan ...memang semua calon ada kelemahan contoh MAtsabu memang kita tak nafikan dia seorang yg berani..dan pandai berceramah tetapi dari sudut memimpin, mendidikan..ahli kearah pernyatuan Fikrah boleh ker...

  7. Utusan bubuh nama ustaz nasha sebab nak suruh orang PAS serang ustaz Nasha kononnya bersekongkol dengan umNO. Itu pun tak boleh baca ke??? nama je dah tua dalam politik.... umNO tau siapa yang disokong oleh umNo akan ditentang oleh PAS... jadi ustaz Nasha akan ditolak kerana kononnya dia di sokong umNO... ini pilihan dalam PAS bukan pilihanraya umum. Sebab itu dia nak orang PAS tolak u. Nasha.... umNO sebenarnya lihat PAS dah maju selepas ustaz Nasha naik ganding TGHH

  8. lagi satu lepas je la komen...tak payah tapis....

  9. dato'

    pandai kau spin...

    putar dato'

    jgn tak putar!!

  10. takde gunanya baca utusan...kalau tak baca takde pun isunya....

  11. wah...syok la ni hang dok minum kat restoran taqwa yang baru. buleh la nanti kita jumpa sembang-sembang pasai politik!

  12. aku peduli apa UTUSAN nak siarkan berita apa sekalipun.

    yang pentingnya fakta bahawa majoriti kawasan PAS masih memilih Ust Nasa untuk meneruskan kepimpinan Ulama adalah benar....hampir 70 kawasan daripada 137 memilih beliau...so takyah la nak spin cerita kata Utusan yg sokong beliau, itu spin org bodoh.

    ada faham???

  13. Anon6 May19, 11.41..

    mat sabu di mata org awam mmglah setakat pandai ceramah, buat lawak n demo. tp bg mereka yg biasa ikut pengisian beliau sampai ke peringkat pimpinan/program dalaman, akan cukup terkesan dgn fikrah dan halatuju yg dibawa, seterusnya tahu betapa mat sabu sbnrnya punya ciri2 kepimpinan Islam yg cukup tinggi.
    setidak2nya w/pun dia tak sampai level org akan panggil ulama mahupun profesional, setidak2nya dia amat menghormati para ulama dan golongan profesional kesan tarbiyyah mantop yg beliau lalui dari bawah.

  14. UMNO akan buat begini:-

    http://sjsandteam.wordpress.com/2009/05/17/umnos-cheating-game/

  15. dato' putar2,

    kalau nak duduk dlm kubang taik x boleh lebih2 putar, nanti taik tu bersepah2 terkeluar. tiru mcm saya, duduk diam2 dlm kubang taik UBN ni.

  16. Apa salahnya Team Erdogan??

    Dlm komen semalam saya ada tulis betapa hebatnya jika gandingan ulama dan profesional ni dijadikan gandingan utama dlm saf kepimpinan PAS. Apa salahnya dgn Team Erdogan? Ustaz Nasha bkn tak bagus, bkn tak ulama tetapi dia belum cukup bersedia utk jadi Timb.Presiden PAS. Jadi sebagai ahli Pas, kita perlu kan perubahan dan saf kepimpinan yg lebih mantap. Erdogan,Pro-Anwar,bkn Ulama adalah istilah UMNO, ini agenda jahat UMNO utk menjahanamkan PAS dan melaga-lagakan PAS. Patutnya kita jd cerdik dr UMNO bkn dungu mcm UMNO atau bodoh mcm UMNO.

    Husam Musa adalah pilihan tepat bagi seluruh ahli2 PAS utk dijadikan calon utama TIMB.PRESIDEN PAS, beliau perlu diketengahkan agar PAS menjadi mantap, profesional dan berkesan.

    Jgn percaya dakyah2 UMNO kononnya Husam pro-Anwar dan kepala Erdogan dlm PAS. Husam adalah anak didik TG Nik Aziz dan mempunyai latar belakang agama, ilmu ekonomi, ilmu politik, pengalaman sbg pentadbir yg baik dan berkesan. Buktinya selepas PAS kalah teruk di Kelantan pd 2004, Husam menyusun strategi berkesan utk mengembalikan kejayaan cemerlang pd PAS pada pilihanraya yg lepas.

    Kalau ERdogan mampu bawa perubahan dlm PAS, kemenangan kepada Islam, kejayaan pd Pas dan tertegaknya lunas2 Islam dlm Malaysia...apa salahnya Team ERdoGan???

  17. To Anonymous said...

    Tuesday, May 19, 2009 11:41:00 AM MYT

    Aku rasa soal tu ada lebih baik hang tujukan kat Ustaz Nasa...

    Kita bukannya tuhan....
    Jangan bercakap macam orang umno laknatullah tu...
    Dulu orang umno kata PAS tak boleh memerintah dan tolak pembangunan...sekarang ini terbukti semuanya itu meleset sama sekali..

    Maknanya...Bagi Peluang Baru Tahu Boleh Ke Idak...
    Aku tidak nampak Abg Mat Sabu tak boleh memimpin PAS..
    Kebanyakkan Pemimpin Umno risau jika beliau memimpin PAS kerana keaktifan dan keaggresifan beliau dalam menentang BN.

  18. Kalau hang suka Mat Taib jadi Timbalan Presiden UMNO, depa pula suka Nasharudin jadi Timbalan Presiden PAS.

    Dua-dua mereka ini memang orang parti yang baik tapi dua-dua orang ini tak boleh nak bagi parti jadi kuat.

  19. Senarai Pimpinan PAS 2012 (tajaan UMNO) melalui ketua TROJAN ..

    Presiden : Nasha

    Timbalan : Hassan Ali

    Setiausaha Agung : Mustapha

    Murshidil Am : Harun Din

    Ketua Ulamak : Daud Iraqi

    Sejahteralah PAS dengan demikian adanya..

    Maka selamatlah UMNO dan lanun-lanun nya.

  20. Datuk Husam Bemuqabalah dengan Tengku Razaleigh
    "Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

    Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.

    "Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti. "

    Begitulah sedutan berita yang menceritakan suatu pertemuan antara Ketua bahagian Umno Kelantan dan Naib Presiden PAS.


    Pertemuan itu atas kapasiti peribadi, agak atak faham sikit saya, atas kapasiti pribadi mestilah bincang bab-bab pribadi kut.Contohnya bab jualbeli rumah ke bab jual beli kenderaan ke, atau juga mungkin bab nikah kawin anak beranak.

    Tetapi yang jelas nya Husan bertemu Ku li adalah untuk tujuan menasihati Najib Razak membubarkan Dun Perak.

    Inilah hebatnya Husam Musa, beliau boleh bertindak secara pribadi dan sendiri-sendiri dalam urusan parti, beliau tidak perlu mendapat restu jamaah, sebab pertemuan tersebut atas urusan pribadi.

    Nasib sungguh baik kerana pertemuan ini oleh Husam dan bukanya Nasaruddin Mat Isa.Kalau seandainya pertemuan ini oleh Nasaruddin Mat Isa, sudah pasti ianya riuh seluruh Malaysia akan dijadiakan isu besar untuk men nyahkan nasaruddin dari kerusi Timbalan Presiden.



    Blogger yang "gila-gila" serta yang sewaktu denganya akan menjadikan topik utama dalam tulisan masing-masing.Entah apa yang dituduh, walaupun mungkin atas alasan Dun Perak, mungkin itu adalah alasan sahaja, sudah tentu Nasaruddin ada agenda tersendiri,agenda pribadi , agenda untuk masuk umno, agenda gila jawatan .

    Namun bagi Husam beliau pemimpin yang hebat.Dia boleh buat apa sahaja.Dia boleh ambil tugas presiden samatelah lagi tugas timbalan presiden yang beliau akan lawan Jun nanti.


    Saya sendiri tertanya, siapa yang memilih Husam untuk mengadap Tengku Razaleigh? diri sendiri yang pilih ke? Jamaah dalam Jamaah ke yang memutuskan supaya Husam mengadap Ku Li?Atau sememangnya Husam ada autoriti yang besar boleh terus membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu PAS Pusat.

    Lalu digunakanlah alasan ini untuk melepaskan dan menghalalkan tindakan"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

    Kalau lah Nasaruddin Mat Isa bertemu Hishamuddin atau Nazri Aziz, walaupun digunakan alasan yang sama sudah tentulah blogger yang berada diluar negara , dulu di Timur Tengah dan kini Di Jakarta akan menggunakan kesempatan ini untuk kempen Bagi jatuhkan Nasaruddin dalam muktamar nanti.

    Malang sungguh orang yang bernama Nasaruddin mat Isa, langkah beliau dilihat tempang, semua gerakgeri beliau umno, tindakan beliau dikatakan tindakan umno, malah tidur Nasaruddin Mat Isa dikatakan tidur Umno, ucapan beliau ucapan Umno, suara beliau bermelodikan umno.

    Nasib baik sungguh orang bergelar Husam Musa, semua perbuatan beliau adalah amalan soleh, tindakan beliau mengikut syarie, suara beliau mengatasi ulama' tafsiran beliau mengatasi tafsiran ulama'..kata-kata beliau kata-kata keramat.Semua baik-baik berlaka.Langkah beliau penuh tawadduk, jalan sentiasa tunduk,itulah Husam bin Musa.


    Memang dan patutlah beliau beriya-iya untuk merebut jawatan timbalan Presiden, beliau ada kelas, beliau tidak bermuqabalah umno, beliau tidak berminat langsung dengan umno, pintu rundingan dengan umno tiada langsung sebab umno musuh PAS.

    Dengan kehebatan ini saya juga berfikir kelas dan taraf Husam ini adalah taraf Presiden, halatuju Haji Hadi tidak jelas, halatuju Husam lagi jelas dan berwawasan, Husam sepatutnya dicalon sebagai Presiden dalam muktamar nanti.Husam sangat layak menjadi Presiden.Beliau ada Karisma, keterampilan, hebat, isteri pun sama dengan Haji Hadi.


    Langkah Husam, langkah Presiden, ideal Husam adalah Ideal Presiden, dalam mensyuarat beliau merupakan AJK yang sangat memberi tumpuan kepada mesyuarat, setiap bait minit mesyuarat diamati satu persatu-persatu.Tidak seperti sesetengah AJK yang kadangkala membawa masuk akhbar dan majalah kedalam bilik mesyuarat, tidak cukup dengan Harakah dan siasah, majalah Time pun dibawa masuk.

    Itulah Husam pemimpin yang sangat bersih, barangsiapa yang ingin mempertikai kewibawaan Husam Musa, berdosa besarlah ia.Barang siapa yang menentang Husam sesungguhnya telah derhaka kepada Jamaah.
    Husam ada kehebatan tersendiri, sudah tentu lah nanti sekiranya Tok guru keuzuran di hari jumaat, Husam akan mengambil alih tempat beliau untuk menyampaikan kuliah Jumaat.

    Sudah tentu juga apabila beliau berjawatan Presiden atau timbalan beliau akan hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama' dan ketika itu pastinya terserlah kehebatan yang terpendam selama ini, beliau pasti akan berhujah menggunakan Quraan dan Hadith didalam bersyura kerana syura itu adalah syura para ulama' berlaka.


    Begitulah istimewa dan hebatnya seorang insan yang beranama Husam bin Musa

    Dan begitulah juga malang dan buruknya manusia yang bernama Nasaruddin Mat Isa.

  21. CONTOH JELAS BAPAK BOREK ANAK RINTIK!!

    Raja Petra’s son pleads guilty to theft


    SHAH ALAM: Raja Azman Raja Petra, the 32-year-old son of Malaysia Today editor Raja Petra Raja Kamarudin, pleaded guilty at the Magistrates Court here to four counts of stealing motorbikes, house break-ins and possessing stolen goods.

  22. abdrahim kasim kata mcm ni...

    Kalau hang suka Mat Taib jadi Timbalan Presiden UMNO, depa pula suka Nasharudin jadi Timbalan Presiden PAS.

    Dua-dua mereka ini memang orang parti yang baik tapi dua-dua orang ini tak boleh nak bagi parti jadi kuat.


    betui ka hang kata mat taib tu baik bakaq? tuh yang cerita duk pelari anak raja dengan seguni duit tu apa ka baiknya? aku tak paham la hang bakaq!!

  23. Maaf sy berpendapat begini:

    Bukan hendak membezakan manusia atau sesama sahabat kita disini, tapi hakikatnya sy melihat banyak tahap pemikiran yg berbeza disini dan juga diantara sahabat2 kita penyokong PAS mahupun PR.

    Cuma nasihat sy jangan kita terpedaya dengan POLITIK.
    Jangan asingkan POLITIK dan agama kerana POLITIK adalah perjuangan zaman sekarang untuk membentuk kerajaan ISLAM.
    Jangan mengasingkan "profesional" dan ULAMA kerana sesungguhnya ULAMA itu adalah professional.
    Jangan hanya menumpukan pada agama dan lupakan perjuangan hidup kerana dalam agama itu dituntut perjuangan.
    Jangan nak menegakkan ego kita kalau ilmu didalam diri tak seberapa.
    jangan bergadoh sesama kita.

    Kita harus akui dalam zaman sekarang kita tidak menguasai semua ilmu, jadi bersahabat baik lah dengan siapa sahaja, cina, india dan sebagainya.

    Dan yang paling penting sy rasa;
    Jangan hanya kita berjuang untuk menang SURAU sahaja, tapi berjuanglah untuk menang PUTRAJAYA. Rasionalnya jika kita menang SURAU hanya ahli SURAU yg dapat kita tarbiah, tapi jika kita menang PUTRAJAYA, seluruh Malaysia kita dapat tarbiah termasuklah "SURAU"2 didalamnya.

    Ini cuma sebahagian pandangan sy, betulkan sy kalau sy tersilap.
    Sy cuma mahu kita semyua bersatu dan JANGAN JADI BODOH SOMBONG.

  24. Salam Keling Putih,

    Aku rasa hang tak berapa paham dalam bab peribadi ni....maksudnya dia jumpa Kuli atas inisiatif sendiri bagi memulihkan prinsip demokrasi di Malaysia. So salahkan kalau seorang rakyat Malaysia berjumpa dengan seorang rakyat Malaysia yang lain yang mempunyai jawatan berbincang bagi mencari formula untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aku harap hang boleh paham la dalam bab peribadi ni.

  25. Tersebut kesah drp seorang driver sukarela yg membawa wakil Hamas semasa kempen selamatkan Gaza pd tahun lepas, bahawa seorang pemimpin Hamas dijemput makan malam or dinner di rumah seorang pemimpin PAS di sekitar lembah kelang....menurut driver tu lagi, semasa sampai di depan rumah pemimpin pas itu..pemimpin Hamas tu mengucap panjang...masyaAllahhhhh his house and his car just like Fatah leader!

    Hangpa nak tahu siapa...rajin2 lah ziarah pemimpin2 yg kita kasihi..

    Tokden

  26. Kadang-kadang teringat perjuangan dalam tahun-2 80an...semasa rumah us. hasan jadi markas /tempat kuliah./ceramah..ketika tu perjuangan penuh dengan ukhwah..la nie...tak tau penuh adu domba/ cantas-mencantas/kumpul harta...entah apa lagi ambil ct.spt.Arwah us Fadil. tok guru Nik Aziz...nak tanya pemimpin nak bertanding Tim.Pres bangun tak tengah malam...macam tok guru...atau subuh tak senpat berjamaah asik lewat ..sembahyang kat rumah je.. .

  27. to orang minyak said...

    Sy pernah menhhadiri perkhawinan anak matsabu ketika nak balik sy terlihat dia bergambar dgn anak menantunya memakai rantai emas.teringat sy dgn Almarhum Us.Fadil semasa menghadir akad nikad salah seorang anak buahnya beliau...lantai menegor sekiranya pakai rantai tolong tanggalkan...contoh ketegasan Almarhum..macam tu punya peminpin tegas, berani,pandai,berpidato, berilmu, syasiah...

  28. Tu lah kan dah cakap, depa ini kejar dunia lebih. Yang lain tu semua wayang belaka.

  29. orang minyak said

    Kita bukannya tuhan....
    Jangan bercakap macam orang umno laknatullah tu...
    Dulu orang umno kata PAS tak boleh memerintah dan tolak pembangunan...sekarang ini terbukti semuanya itu meleset sama sekali..


    MasyaAllah....Kami para da'e tahun 80..an telah ditarbiyyah oleh Almarhum Us.Azra'i, us.Yahya Osman..termasuk Tuan Pres, Tok Guru..banyak lagi..pernah bergurau dgn Almarhum Us.Fadhil, pernah makan dgn Tuan Pres..dulu naib Pres..
    hangpa ingin fikrah kami macam umno...faham dulu..baru jawab...

  30. kalau itu pas join sama umno mau unity gomen,saya kelab penyokong pas tak mau tengok itu bulan lagi

  31. Itu bulan warna kasi tukar dari hijau ke merah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008