Sedap!! Klik gambar di atas!

Bukan najis sahaja, MB pun ada yang haram

Apabila Haji Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah, ada seorang tauke besar berkata kepada saya, "Ingat anjing, babi dan najis sahaja yang haram. Rupa-rupanya menteri besar haram pun ada. Dah ada yang sah, tentu la ada yang haram".

Kawan-kawan dari Umno pula menyindir, "Hampa kata kehakiman tak adil, alat BN".

Saya mula-mula tak sangka depa nak konar kot tu. Tergagau-gagau juga saya nak jawab. Lebih kurang lagu ni saya jawab: "Kalau ada satu dua hakim yang buat keputusan yang menepati undang-undang dan keadilan, itu tak bermakna kehakiman dah bersih sepenuhnya.

"Badan kehakiman tak boleh bersih sikit-sikit sebab bab keadilan mana boleh bersih sikit-sikit. Dia mesti betul-betul bersih walaupun tak la kita harap 100 peratus bersih. Tapi mesti bersih tahap maksima".

Bila balik rumah, saya teringat kes pengundi hantu di Likas. Untuk menilai badan kehakiman, saya rasa kita boleh ambil kes itu sebagai contoh. Dalam kes itu, bukankah Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang mendedahkan ada seseorang menelefon beliau untuk mengarahkan beliau membuat keputusan tertentu?

Muhammad Kamil berkata: "Satu-satunya panduan kepada manusia ialah gerak hatinya, satu-satunya perisai kepada kemenangan ialah kejujuran dan keikhlasan dalam tindakannya.

"Pada pendapat saya kebijaksanaan seseorang itu dipersenda apabila diarah menerusi telefon agar petisyen-petisyen ini ditolak tanpa perbicaraan, dan disebabkan itu saya mendengar petisyen ini berbekalkan gerak hati.

"Tuhan telah memberi saya kekuatan dan ketabahan selaku seorang insan-Nya untuk bertindak tanpa takut atau memihak, dan dengan itu saya benar-benar bertindak sebagai seorang hakim dan bukannya seorang pak turut" (lihat Utusan Malaysia 09/06/2001) .



Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Badan kehakiman di Malaysia akan pulih, putih, bersih, suci sepenuhnya jika mahkamah berpihak kepada pembangkang 101% - tak gitu bakaq !

    akai kat tumit..

  2. harap orang melayu dan rakyat malaysia tak lupa lagi!

    matbidi.

  3. Bakaq!

    Jangan sampai kumpulan hakim Linggam dan kroninya buat keputusan itu amat bahaya!

  4. Lepas nie bukan saja ader MB Haram.. tapi ader MB Hantu... hehehe

  5. Sebagai seorang yang sangat-sangat GENTLEMEN dan berkeperibadian yang tersangat TINGGI, Nizar seharusnya sedar bahawa “KERAJAAN CAMPURAN” PAS, DAP dan PKR mempunyai jumlah Adun yang kurang dari Kerajaan campuran BN dan Bebas dan dia tidak mempunyai kuasa majoriti untuk memerintah selepas bulan februari 2009 yang lalu. Mungkin beliau terlepas pandang bahawa dalam sistem demokrasi majoriti yang menentukan kuasa dan seharusnya beliau akur dan tak perlu dipanjangkan lagi. Bagaimana pun sebagai seorang yang "SANGAT BAIK" Nizar mesti dan tidak jadi tidak hendaklah dengan apa cara sekalipun menjadi MB Perak, kerana jika tidak orang perak akan kerugian besar kerana "KELEBIHAN dan MUKJIZAT" yang ada pada nizar tidak ada pada mana-mana manusia didunia ini. Tahniah Nizar.

  6. apa kata pecahkan semua pakatan parti politik baik BN mahupun PR, sudah pasti Umno yg menang dgn majoriti yg banyak...TAK SEDAR LAGI KE...

  7. Salam bang bakaq n family

    Soal siapa menang dlm kes MB Perak itu isu lain. Apa pun perjalanan keseluruhan isu MB Perak telah membawa kpd paradigma baru dikalangan masyarakat 1Malaysia khususnya pengundi2 bahawa banyak perkara yg kita kurang ketahui selok belok perundangan dalam berpolitik, aturan politik, strategi politik dan juga permainan politik. Bagi pengamal politik yg dah lama mengetahuinya sedikit2 pun barangkali setakat boleh mengomel atau sekadar hidup dalam persepsi dan adakala bersifat paradoks. Sapa kita untuk berbicara sejauh itu, apalagi melangkaui batas perundangan. Namun apabila cetusan demi cetusan isu dan kekalutan yg timbul hasil dari sikap tergesa2 para pengamal politik tertentu khususnya UBN seperti kata Tun M sekurang2nya telah mengajar diri mereka sendiri, seharusnya juga diambil iktibar oleh semua pihak tertutama yg masih mahukan demokrasi berpelembagaan sebagai asas pembentukan sebuah negara bahawa politik itu bukan sekadar mainan sehala yang berkesudahan kalah, menang atau seri. Ianya serba kemungkinan. Ia juga tidak terlalu bergantung kepada pengadil atau hakim. Menurut Macheveli bahawa dalam politik hanya perlu ada 2 karektor ni - pertama bijak dan keduanya berani. Bijak supaya kita tak mudah kena jual atau mudah kena kelentong oleh musuh. Sekiranya anda tidak berani, maka anda akan dimakan serigala, sebab serigala pantang tengok org lari, tapi takut kalau kita jerkah. Untuk berjaya dalam apa2 bidang samada politik, perniagaan, kerjaya bahkan mengurat pun perlu ada ilmu yg 3 ini iaitu berani, muka tak malu dan pandai bercakap.

    Apapun keputusan mahkamah itu melegakan pengamal sains politik terutama para pensyarah berkaitan, kuranglah sedikit peningnya kerana seandainya keputusan sebaliknya bermakna kes berkenaan boleh diperbandingkan, malah ada ketika diperlekehkan bukan dari kalangan pengamal politik yg pro bahkan hanya oleh student yg baru ambil subjek PAD120 (Asas Sains politik). Teori tak serupa bikin.
    MAD BALING

  8. laaaa.. dari dok kira yang mereput tu.. baguih kembalikan semula kepada rakyat yang tentukan.. buat elecctions semula.. baru adil.. bab membaziaq tok sah merapu la.. yang mahai tuu elaun dan claim polis (mcm tak logik je pakai berbelas juta). ala kalau komisyen beli kapai selam sampai 300 juta, takkan belanja 300 ribu untuk ketenangan rakyat pun kira membaziaq?
    BUBAR DUN, BUAT PILIHANRAYA SEMULA. SAMA SAMA BUKAK MATA.. BARU SELESAI..
    kaa takut kalah abih?

  9. Kluangman - bunyi komen macam anda seperti orang kalah sabong ayam saja...??

    Kita percaya Kluangman ini adalah orang yang bijak dalam bangang. Bijak dalam memainkan kata-kata tapi bangang dalam mengenal fakta sebenar.

    Rakyat semua tahu apa yang telah terjadi dalam institusi kehakiman dalam pemerintahan Tun. Dr. Mahathir. Pemimpin kerajaan telah memperalatkan mahkamah untuk menahan, membicarakan dan menghukum orang yang dianggap musuh politik mereka. Kluangman...!! anda sudah lupakah bekas perdana menteri itu...? Perbuatan itu telah digunapakai oleh pemimpin warisan umno. Benarkah perbicaraan kes altantuya itu adil...?

  10. aku dah hilang kepercayaan kat polis, mahkamah dan segalanya yang duduk bawah kerajaan BN..

  11. lps ni naik kes speaker plak kat mahkamah.konfem ada yang haram ngan halal.memang untung r peguam2 ngan mahkamah kat melesia.sampai bila la nk jadi camni.

    BUBAR..BUBAR..

  12. Kepada keluangman.

    Saya tahu, awak seorang manusia yang berakal.
    Jangan sampai akal pun di letak di kepala lutut juga.

    Sila baca betul posting yang Penarik Beca tulis berdasarkan FAKTA.
    Kalau tak faham, baca dua kali. Tak faham juga baca tiga kali. Masih
    lagi tak faham bacaLAH berkali-kali hingga faham.

  13. aku pun tak tahu nak kona kot mana
    tapi aku nak tanya sikit jeeee

    masa kes anwar dibicarakan tahun 1998 dulu tu

    hakim nya hakim 'cokelat hacks'

    bab anwar buat atau tidak itu aku tak mahu campor - itu hal lain
    apa yang aku nak hangpa tongok dan jawab ialah dari segi hakim dan penghakiman
    lebeh kurang macam kes yang pak bakaq sebut kat atas tu lah

    1. jelas, terang lagi nyata dia mengaku bahawa liwat tak pernah berlaku
    2. jelas, terang lagi nyata semua karangan, tarikh, tempat dan masa di tulis dan dikarang oleh musa hasan (pada masa itu SAC 1)
    3. telah dibuktikan setiap tarikh yang disebutkan dalam tuduhan -anwar terlibat dengan program lawatan rasmi.
    4. tilam - dibeli selepas tarikh pertuduhan - maksudnya anwar dituduh lakukan sebelum tilam dibeli - mungkin tilam tu masih dikilang lagi - jadi anwar guna dulu terus dari kilang pas tu hantar balik kat kilang - baru hantar ketempat yang dituduh - ke tilam tu masih belum disiapkan lagi oleh kilang - tapi yang pastinya tilam tu belum dibeli lagi.
    5. villa tempat anwar dituduh belum siap lagi dan tarikh tuduhan dipinda sebanyak tiga kali - sebab salah tarikh binaan villa tersebut.

    itu antara beberapa perkara yang dibangkitkan dalam pembelaan masa tu

    tapi apa jadi - hakim 'cokelat hacks' tetap kata salah - dah la kata salah -
    pas tu - laporan dia pulak disiapkan cepat dalam pelbagai bahasa - tapi dia tak baca laporan tu - dia cuma baca laporan rengkas yang mengatakan anwar tetap bersalah.

    tapi kalu hangpa kata anwar tetap bersalah tu aku tak mahu campor le - pasenya aku tak tahu perkara sebenar - aku cuma nak tunjukkan - betapa hebatnya hakim masa tu dan betapa bersih lagi sucinya hakim yang buat keputusan tersebut - lalu dinaikan pangkat - kerana beliau berani membuat keputusan yang betul dan benar - tiada yang tidak betul melainkan semuanya betul.
    sekian dulu sebagai menyokong bahan pak bakaq kat atas tu
    itu ajeee .....

  14. mb tak ada majoriti, buat apa. Jadi mb pun atas tiket subsidi.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008