Sedap!! Klik gambar di atas!

Bab kerajaan perpaduan saya benak hati

Pertama

Haji Mustapha Ali (Cik Gu Pa) berusaha untuk berlaku adil. Beliau melarang penggunaan Harakah sebagai medan kempen mana-mana calon yang ingin bertanding dalam pemilihan PAS Jun ini. Sikap itu saya sanjungi. Orang setuju atau tak setuju dengan sanjungan saya, itu hak mereka.

Bagaimanapun, apabila perkara itu diberitahu kepada seorang ulama kanan yang mahu Ustaz Nasharudin Mat Isa dikekalkan, beliau berkata lebih kurang seperti berikut: "Tak pa la, tulis la fasal jubli perak kepimpinan ulama".

Dalam peristiwa sebelum itu, seorang lagi ulama kanan berkata lebih kurang seperti berikut: "Nasharudin memang lemah, tetapi kena pilih dia sebab ulama".

Tiada ulasan. Hanya laporan sahaja.

Kedua:

Hari ini, antara laporan Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi entah siapa-siapa ialah "Husam lebih sesuai tanding Presiden Pas," "Khalid yang tidak faham - Takiyuddin," "Jati diri Pas boleh terhakis" dan "'Makhluk perosak' dalam Pas".

Semalam, antara laporan lidah menatang apa aku pun tak tau ialah "Pas tetap diterajui ulama – Nik Aziz ,"Kegelisahan ulama Pas," "Sikap pemimpin Pas dikesali, "Husam 'puasa' bercakap" dan "Mat Sabu tetap bertanding".

Ketiga:

Saya banyak belajar mengenai bab lawan Umno dari Tok Guru Presiden melalui ceramah-ceramahnya. Ada la juga jugak yang saya faham - sebab itulah saya tetap lawan Umno. Banyak sungguh jasa Tok Guru kepada saya dalam bab itu. Demi Allah, saya sangat terhutang budi kepadanya. Demi Allah, saya memohon mudah-mudahan Allah s.w.t. melimpahkan sebanyak-banyak kebaikan kepada Tok Guru Presiden.

Saya juga berusaha belajar darinya tentang soal berpadu dengan Umno yang menurut beliau sambil tak tinggal kawan - sama ada PKR atau DAP. Benak hati sungguh saya ni dalam bab itu. Tak dak satu pun yang saya faham. Penin!

Lampiran berita:
Kerajaan perpaduan bukan masuk BN

Sinar Harian (5/5/09): Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan yang menggabungkan semua parti politik membentuk sebuah parti tanpa pembangkang, bukannya bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Presiden Pas itu berkata, idea itu dicetuskan sebagai opsyen setelah Pakatan Rakyat (PR) tidak berjaya membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada masa itu.

"Kerajaan perpaduan ini bukan Pas pandai-pandai buat. Saya yang mencetuskan perkara ini kepada DAP dan PKR, saya mengemukakan opsyen baru itu untuk membuat perubahan politik bukan sahaja demi PR tetapi seluruh rakyat termasuk Barisan Nasional (BN).

"Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuhkan di Britain, Afrika dan Indonesia," katanya.

Hadi berkata demikian semasa sesi dialog bersama Sinar Harian sempena sesi lawatan beliau ke Kumpulan Karangkraf , semalam.

Beliau turut meluangkan masa hampir dua jam melihat operasi penerbitan dan percetakan Kumpulan Karangkraf sambil diiringi Pengarah Urusan, Datuk Hussamudin Yaacub.

Menurut beliau, idea beliau itu pernah dibincagkan bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Perdana Menteri itu menunjukkan keterbukaan:.

"Tetapi malangnya beliau baru sahaja masuk gear satu sudah diturunkan pangkat, setakat ini tiada perbincangan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana saya tidak faham lagi kepimpinan mereka yang ibarat baru nak hidupkan enjin...kita tak tahu definisinya lagi," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan ahli Pas berhubung kerajaan perpaduan yang dicetuskannya, Hadi berkata, bergantung kepada pemahaman mereka sendiri.

"Sekiranya mereka faham, mereka terima, apa yang berlaku hari ini bukan sahaja ahli Pas tetapi ahli UMNO seperti Tun Dr Mahathir pun tidak setuju, saya tidak tahu beliau faham atau tidak kerajaan perpaduan itu," katanya.

Ditanya mengenai desakan sesetengah kalangan parti supaya hanya golongan ulama yang patut menerajui Pas, Hadi berkata sejak dulu parti ini dipimpin ulama.

"Tetapi bagi saya isu itu tidak timbul, sebab ulama pun ada profesional juga. Saya tidak mahu sebut nama-nama mereka takut nanti orang kata saya tolong kempen untuk mereka.

"Apa yang penting dalam pas kita ada ramai ulama yang juga profesional. Kalau kita pilih golongan ini dia masih ulama, jadi tidak timbul soal kita ketepikan profesional. Pada saya ini bukan isu," katanya.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. aiya mr president,
    Negara yang tadak pembangkang tu rasa macam negara komunis soviet union.
    Kalau gitu baik mansuhkan terus pilihan raya lagi elok.
    PAS PKR DAP pun patut bubar tinggal UMNO/BN.
    Orang akan kata Pakatan rela berkorban demi kesejahteraan negara malaysia.
    Idea-idea yang macam ni la yang buat orang PAS dan rakyat jelata jadi bingung..
    Entah sapa penasihat mr president ni..

  2. pak bakaq,

    sy rasa ada ralat la.

    Laporan Sinar:
    Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan yang menggabungkan semua parti politik membentuk "sebuah parti" tanpa pembangkang, bukannya bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

    Saya rasa sepatutnya "sebuah kerajaan" bkn parti. Kalau kita baca parti, contradict sungguh dengan the rest of the article.

    By the way Anonymous, anda termasuk antara golongan yg tak faham konsep UG ni. Pak Bakaq dh isytihar...

  3. "Apa yang penting dalam pas kita ada ramai ulama yang juga profesional. Kalau kita pilih golongan ini dia masih ulama, jadi tidak timbul soal kita ketepikan profesional."

    "Saya tidak mahu sebut nama-nama mereka takut nanti orang kata saya tolong kempen untuk mereka."???

    "Ditanya mengenai penerimaan ahli Pas berhubung kerajaan perpaduan yang dicetuskannya, Hadi berkata, bergantung kepada pemahaman mereka sendiri.

    "Sekiranya mereka faham, mereka terima..."

    what form of government is a government w/o opposition?

    why is umno so supportive of the unity government?

    how do you determine who should be the prime minister, for example?

    how do you determine the distribution of parliamentary and state seats for 13th ge?

    i'm lost, cos i'm one of the many pas members who dont understand the concept of this unity government, forgive me Allah!

  4. ALLAHUAKBAR
    bila utusan m dah mula main isu2 pemilihan dalam Pas dan seolah olah sudah menjadi akbar rasmi puak2 yang bertopeng ulama,sekaligus dapat lah kita faham bahawa agenda umno untuk terus berusaha memecah belahkan Pas terus berjalan.Jangan pula ada ustaz2 dalam Pas menganggap Utusan dah jadi surat kabar Islam kerana telah menyokong ulama dalam Pas.Utusan yang pernah di pulau dan bahkan di bakar oleh ustaz2 Pas tiba2 jadi pendamping ulama konon,sudah pasti ada agenda tertentu.utusan itu umno.kerana gagalnya muzakarah,muqabalah dan ug yang di anggap sebagai talian hayat umno dan beberapa pimpinan dalam pas untuk menyambung hidup maka ianya sudah pasti usaha terakhir utusan dan kawan2nya dalam pas menyelamatkan diri masing2.nasarudin tantawi,daud iraqi,nik abduh orang2 yang di lihat boleh menjadi libaliti untuk tujuan tersebut.bayangkan kalau lah din tantawi jd pengganti din ayob maka kerja2 akan lebih mudah untuk menjayakan agenda utusan/umno dan juga sinar harian.maka menjadi tanggung jawab para perwakilan sekalian untuk menyekat mereka2 ini dari terus menjadi duri dalam Pas walau berlebelkan ustaz2.jangan lah bila dah terjadi apa2 pada Parti selepas ini baru mau menyalahkan sesiapa.arus rakyat sekarang adalah untuk Pas,biar lah kita menang melalui perjuangan melawan daripada dapat satu dua menteri melalui perpaduan yang tak tau hujung pangkal.sejarah nya mudah tahun 69 pas buat pakatan/perikatan, tahun 74 dapat batu nesan di kelantan. tahun 2009 kalo unity gomen ,2113/4!!!!???????.fikir2kanlah. Pas untuk semua.

  5. Saya setuju dgn apa yang ditulis oleh 'man' (May 6 @ 6:46:00). Sebab itu usul yang di buat oleh TGHA dipanggil 'kerajaan perpaduan' dan bukan 'parti perpaduan'.

    Bahkan konsep itu sudah pun berjalan di Malaysia. Dan alhamdulillah, mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat negeri-negeri yang berada dibawah pememerintahan 'kerajaan perpaduan'. Yang saya maksudkan ialah pemerintahan 'kerajaan Pakatan Rakyat' di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor (termasuk juga Perak, sebelum dirompak oleh BN).

    Jika ianya boleh berlaku di peringkat negeri, amat patut konsep ini diperhalusi dan dipertimbangkan pula untuk dijalankan diperingkat Persekutuan (Federal).

    Sama ada ianya akan terhasil atau tidak, itu perkara kedua, kerana ianya akan bergantung kepada ketelusan dan keikhlasan semua pihak yang berunding.

    Bolehkah UMNO (khususnya) dan dan parti lain dalam BN (amnya) dipercayai untuk berunding dengan telus dan ikhlas? Itu perkara ketiga. Sebab saya yakin, sebelum berlakunya perundingan yang pertama, pihak PR akan terlebih dahulu menyusun strategi supaya tidak terjebak kedalam perangkap musuh yang tidak ikhlas dan telus.

    Namun semuanya buat masa ini sudah 'off-the-table', seperti kata TGHA. Sayang... saya faham mengapa pemimpin2 UMNO takut dengan usul 'kerajaan perpaduan' - pengaruh mereka kemungkinan terhakis apabila sudah tiada tabir yang memisahkan ahli2 mereka untuk mendampingi dakwah2 dari PAS. Itu yang mereka takutkan.

    Yang saya tak faham ialah mengapa ada dikalangan ahli PAS sendiri yang terus membantah tanpa terlebih dahulu mengambil langkah2 untuk memahami maksud, kaedah dan objektif dari apa yang diusulkan oleh TGHA.

    Mungkin, seperti yang ditulis oleh Penarik Beca - hati yang benak. Dan jika betul ada sindrom 'hati benak' dalam PAS, kita kena usaha atasi sindrom ini dari terus melekat didalam diri kita. Bukan demi usul 'kerajaan perpaduan' yang sudah off-the-table; tapi demi untuk idea-idea yang lain yang pasti timbul dimasa-masa yang akan datang.

    Zul.

  6. Heh,heh. Orang PAS perlu belajar dari Elvis Presley dalam lagu nya "Devil in Disguise". Awas mereka yang ..."look like an angel,talk like an angel,pakai baju macam angel but is the Devil in Disguise"

    Apa daa orang PAS oi. Devil/Syaitan pun pandai pakai jubah dan cakap letup2 hal Islam tapi suroh PAS masuk BN yang di lihat sebagai gerombolan perompak dan pembunoh.Bank Bumi Hong Kong(Carrian scandal0 siapa rompak dan bunoh ???
    Altantuya saipa rompak comission dia dari pembelian kapal selam dan bunoh dia ???
    Kugan siapa bunoh dan cuba tutup case tu??? Macan tu punya pemimpin PAS nak Unity Gomen ??? Langsut punya Ulamak !!!Itu di katakan Ulamak "Devil in Disguise"!!!

    Mari minum kopi,tea,dengar musik "Devil in Disguise" dari Elvis Presley,dan bicara politik,agama,ekonomi dan Kebenaran di....

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  7. inilah jadahnya bila hidup penuh dgn prasangka busuk.
    bila Utusan buat coverage pasal Ulama jadi salah.
    tapi bila Utusan temuramah Matsabu ok plak.

  8. pak bakaq,

    kalu kerajaan perpaduan, pembahagian portfolio kerajaan mestilah bertunjangkan kepada parti mana yang menang terbanyak kerusi parlimen dalam pilihanraya 12. sepatutnya pkr dan dap lah yang mempelopori agenda ini. pas parti keempat terbanyak kerusi di parlimen. tapi, kenapa pas pulak yang dok sebok sebok? emm... lagi penin.

    aukauk88.

  9. KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.
    Iklan

    Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

    "Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.

    "Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

    Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.

    "Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.

    "Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.

    Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.

    (Ikuti penjelasan sepenuhnya dalam Harakah edisi cetak keluaran terdekat ini) - mj _

  10. Mana boleh dalam sistem domekrasi tak ada pembangkang. Pembangkang diperlukan untuk check and balance kerajaan. Itu tugas pembangkang. Pelik TGHH ni. Kalau tak ada pembangkang, kerajaan akan menjadi autokratik dan totalitarian. Siapalah SU Politik TGHH nih. Tolong bagi idea yang bagi nampak TGHH cerdik sket la. Jangan bagi idea yang boleh jatuhkan karier poltik TGHH

  11. lagi penin bila ramai orang tak faham idea kerajaan perpaduan ni. benda simple macam ni pun tak boleh nak paham ker? susah...susah!

  12. Anonymous said...

    Wednesday, May 6, 2009 2:08:00 PM MYT Mana boleh dalam sistem domekrasi tak ada pembangkang. Pembangkang diperlukan untuk check and balance kerajaan. Itu tugas pembangkang. Pelik TGHH ni. Kalau tak ada pembangkang, kerajaan akan menjadi autokratik dan totalitarian. Siapalah SU Politik TGHH nih. Tolong bagi idea yang bagi nampak TGHH cerdik sket la. Jangan bagi idea yang boleh jatuhkan karier poltik TGHH



    hang tak berapa paham lagi kot. agenda UN ini diusul disebabkan
    1- krisis politik yang berpanjangan dan tak sudah2
    2- krisis ekonomi dunia
    3- bersama membantu rakyat keluar dari kemelut politik dan ekonomi
    4- memberi keyakinan kepada dunia luar untuk melabur
    5- agenda ini sehingga pru 13 sahaja atau sehingga malaysia keluar dari kedua2 krisis
    6- walaupun unite tapi tetap boleh bangkang /beza pendapat
    7- entah apa2 lagi dah...
    8- lu tambah sendiri lah

  13. Berdasarkan ayat-ayat "pengkomen-pengkomen" sekalian,saya rasa mmg ramai yang tak faham lagi pasal kerajaan perpaduan ni. Saya rasa kita semua lebih baik dapatkan maklumat sebenar kerajaan perpaduan yang dicadangkan TGHH. Eloklah sementara ni kita bekukan dulu anggapan-anggapan tanpa asas atau maklumat. Sebabnya, kalau kita dalami maksud kerajaan perpaduan TGHH tu, ia mmg alternatif yang sgt baik. Kadang tu kita mmg tau kita tak pandai bab-bab yang kita belum dapat maklumat yang jelas.Tapi bila kita suarakan juga bende yang mmg kita tak tau,mmg nampak sgt "ketakpandaian" kita.

  14. Anak abu bakar,

    Sekularisasi dah menyerang pas ker ??????????

  15. Menurut beliau, idea beliau itu pernah dibincagkan bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Perdana Menteri itu menunjukkan keterbukaan:.

    "Tetapi malangnya beliau baru sahaja masuk gear satu sudah diturunkan pangkat, setakat ini tiada perbincangan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana saya tidak faham lagi kepimpinan mereka yang ibarat baru nak hidupkan enjin...kita tak tahu definisinya lagi," katanya.

    Aku betul2 cemas bila baca kenyataan TG Presiden di atas...dah bincang dah rupanya dgn pak lah, kalau dah bincang maksudnya dah masuk peringkat perancangan ...hari tu kata hanya satu lontaran idea or gagasan....mana satu yg betul dan yg betul2 betul?

    Sah ana pun fening macam ente lah pak bakaq!

    Tokden

  16. Salam

    Ingat bila dah kata kes tutup tak dak dah la isu nie, ada lagiiiiiiiiiiii.
    Bermimpikah gue nieh.

    Husnuzhon ! Husnuzhon ! Husnuzhon

  17. Betul kata Wak On The Roof - Presiden sendiri kata kes Kerajaan Perpaduan dah tutup,kemudian sebut pula ditangguhkan dan bila ditemuramah 5.5.09 buka balik.Dulu kata "melontarkan idea" nah sekarang rupanya dah pun jumpa dan bincang dengan Dollah Badawi.PAS ni parti Islam kononnya berlandaskan Quran dan Hadith - macam mana Presidennya bolih cakap dolak-dalek macam ni.Memang tak ramai yang "faham" tentang Kerajaan Perpaduan ni.Yang faham hanya Roslan SMS,Us.Nasaruddin,Mustafa Ali,Nik Abduh dan Din Tantawi.Yang lain tak fahm kerana tak baca buku *(kata Presiden}.Tak usahlah nak kelentong.Sistem ini dah gaggal diIndonesia waktu pemerintahan Habibi dan dewasa ini hanya negara Yahudi(Israel) sahaja yang mengamalkan sistem ini.Dari segi praktiknya sistem ini "no go"tetapi sekadar hendak memberi talian hayat kepada UMNO bolih cuba.Inilah masaalah ulamak kita,memikirkan mereka sahaja yang banyak membaca buku,interlectual konon,orang lain tak membaca buku,mereka sahaja yang"serba tahu" orang lain tak tahu.Satu perangai sombong,bongkak dan riak.Pakatan Rakyat hanya ada 3 komponen parti tetapi ingat BN punya 12 parti komponen.Buatlah perkiraan berapa kerusi menteri PAS akan dapat?Tak usahlah nak selamatkan Malaysia,Trengganu pun bolih lepas dari tangan.

  18. Pening lagi mengelirukan

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008