Sedap!! Klik gambar di atas!

Anwar mahu Nizar bertanding Naib Presiden?

Ada orang memberitahu saya Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding sebagai Naib Presiden PAS. Saya dengar dan saya buat tiga kemungkinan:

1. Berita itu tidak benar, bohong, tipu, auta dan tidak berasas. Tak ada ceritalah kalau tak benar.

2. Anwar hanya memberi pandangan sebagai kawan. Apa salahnya beri pandangan sebagai kawan. Rasanya tak salah. Siapa-siapa pun boleh beri pandangan.

3. Anwar memang suruh betul-betul Nizar bertanding. Dia nak sangat Nizar menjadi Naib Presiden. Kalaulah benar demikian, kenapa dan apa perkiraannya Anwar nak sangat Nizar bertanding sebagai Naib Presiden PAS?

Nizar boleh menang. Nama dia tengah harum dan memuncak. Malah, ada orang yang menyebut-nyebut beliaulah yang sepatutnya menggantikan Anwar memimpin Pakatan Rakyat (PR) jika terjadi apa-apa kepada Anwar apabila beliau dibicarakan Julai nanti.

Mengambilkira Nizar memang boleh menang dan beliau hampir pasti akan menjadi Naib Presiden PAS jika beliau bertanding berikutan fenomena ala-fenomena Mawi atau apa yang disebut sebagai politik Mawi yang mudah sangat menjadi wabak yang menyerang orang-orang PAS termasuk para perwakilan di dalam muktamarnya, timbul persoalan mengapa Anwar nak sangat Nizar menjadi Naib Presiden PAS?

Jangan jawab dalam ruangan komen. Kalau buat spekulasi bukan-bukan apa lagi kalau tuduh-tuduh, komen tak akan disiarkan. Tak payah jawab dalam ruangan komen, jawab dalam hati.

Assalamu'alaikum PAS Perak, kenapa ada orang tak nak dengar cakap? PAS Perak does not have any say? Does anybody there have at least the illusion of controlling?

(Sedikit nota mengenai muktamar PAS: Kira-kira empat tahun lalu, apabila saya mempertikaikan mengapa ramai yang undi Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden, ramai yang jawab kerana dia boleh cakap tiga bahasa - Melayu, Inggeris dan Arab.

Saya tidak kisah kalau keresahan terhadap Ustaz Hassan Shukri menjadi alasan - perkara itu tak dapat ditahan-tahan ketika itu. Tapi bila ada yang beri jawapan kerana Nasharudin boleh cakap tiga bahasa, melengung saya. Saya tak berani nak kata apa-apa. Tetapi, ada juga di antara mereka yang saya tanya balik, muktamar sebenarnya nak pilih Timbalan Presiden atau polis pelancong?

Lebih menarik ialah jawapan seseorang. Dia kata, kalau nak yang banyak bahasa, lagi baik pilih Mahadzir Lokman yang jadi pengacara musabaqah al-Quran tiap-tiap tahun tu - awal-awal dulu dia baca berita TV3. Dia multi-linguist. Lagi banyak bahasa dia boleh cakap!)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. assalamualaikum

    teringat dulu masa tahun 2006 masa nak turunkan ust.hassan shukri mcm2lah yg dia kena tibai.kereta tua injin tak kuat nak bawak baranglah.sampai bila dia sarankan dlm perasmian muktamar pemuda supaya diperbanyakkan dan diperkasakan cawangan2 itu pun org kutuk.tapi kalau difikir2 balik,kalau dah takde cawangan atau cawangan tak kuat,mcmana nak bagi kuat parti?tapi dah org tak suka cakaplah mcmana pun mmg berbulu jelah org dengar

    entahlah....harap2 perwakilan PAS tak jadilah mcm perwakilan Umno....

    wahai perwakilan PAS sekelian,bykkanlah solat istikarah nak pilih pemimpin jgn duk dgr org cakap atau duk baca internet je,kena campurkan dgn solat istikarah tu insyaAllah teguhlah PAS

  2. pilihan yang sangat tepat.mempunyai visi dan misi yang jelas. kata orang kampung kalau lain dari niza yang sedang dihadapi di perak ni dah lama dia 'tumbang'

  3. Jawapan dalam hati - Nizar jadi Naib Presiden lagi cepatlah PAS copy and paste UMNO - berpecah dan almost lingkup.

  4. Dgn jawatan NP PAS, lebih berautoritilah DSR Nizar menggalaskan jawatan penting/tinggi dalam kabinet apabila PR ke Putrajaya sat je lagi. Insya-Allah.

  5. Salam,

    Ini nak jawab dgn hatilah jugakni...tapi bersama dgn postingni..jgn marah
    Memang layak Nizar bertanding Naib Presiden Pas

    Itulah dlm hatikutu..dah terkeluardahpun isi hatiku

  6. maka berkatalah 'de facto leader' parti PAS!

    mana hj Hadi,mana Nik Aziz?

    dan penyokong2 PAS senyap sunyi tak berani nak berkokok apabila orang luar masuk campur urusan PAS

    terror betul Brader Anwar Bin Ibrahim ini!

  7. nik aziz naik jd pm! HIDUP NIK AZIZ!!!!

  8. ust hassan pada ketika itu terpalit dengan isu kohilal. ust harun din yang direstui oleh tgna terpaksa tarik diri. ust harun taib dari terengganu sama dengan tg presiden. tinggal ust halim rahman dengan ust nasharudin. walaupun halim dari kelantan tapi tgna restui harun din. maka keputusannya seperti kita semu sedia maklum.

    oleh sebab cepat sangat naik, ust nasha membuat perkiraan politik silap. dia lebih rapat dengan mustafa ali lanjutan dari hubungan ketika dia sua. satu ketika pernah dengar dia ada 'hubungan' dengan anwar. kemudian kembali dengan mustafa ali dan kepimpinan pas terengganu. semasa inilah "berkehendak politik dengan umno" timbul, yang dinafikan pada mulanya tetapi terpaksa mengakui setelah paklah mendedahkan bahawa sudah tiga kali jumpa...

    "berkehendak politik dengan umno" menukarkan keheningan dalam pas kepada kudis gatal yang jika tidak diubati boleh memparahkan pas. maka ada desas desus perlu tukar ust nasha. perkembangan seterusnya menunujukkan bahawa setiap gerak dan tindakan begitu teratur. apabila isu muzakarah/muqabalah dijangkakan berakhir, datang pula "unity government" melalui siasah zul sulong. zul sulong dikatakan nak buah mustafa ali yang berkebetulan pula berasal dari terengganu.

    Allah jua Maha Mengetahui. semoga perjuangan pas dipelihara dan diperkasakan. itulah yang menjadi harapan dan cita-cita majoriti ahli pas yang berjuang dengan penuh ikhlas, yang tidak mengharapkan balasan dunia kecuali redha Allah semata-mata. justeru kepimpinan perlulah faham akan citarasa majoriti ini lebih-lebih lagi para perwakilan ke muktamar jun nanti. jangan salahkan pemimpin lagi selepas itu.

  9. jawapan dalam hati...ikut aja lah cakap broder anwar.dia memang hebat..silap2 habis pecahbelah pas dibuatnya.

  10. Sekiranya DS Nizar layak, itu adalah lebih baik. Orang yang mempunyai kepimpinan yang baik dan professional lagi beriman. Pemimpin bukan hanya semesti dari golongan sekolah agama atau pondok, tetapi mesti mempunyai ciri - ciri kepimpinan yang terserlah.
    Ini bukan soal tiru UMNO atau PKR, tetapi meletakkan orang pada tempatnya.
    Itupun kalau ahli PAS menerimanya, sekiranya tidak campak sahaja ke luar. Parti Politik tetap parti politik.

  11. usah laju sangat beb.. cuba dulu naib presiden kan elok.

  12. http://nicephonenumbers.blogspot.com mari visit blog sy...

  13. mmg pas perlukan pemimpin2 muda..
    http://nicephonenumbers.blogspot.com
    masuk sini..
    tlg link kn sy..

  14. Yang jadi penentu diMuktamar PAS ialah perwakilan-perwakilan PAS bukan Annuar Ibrahim.Walau pun cakap-cakap sebagai kawan Annuar tak wajar buka mulut cadang itu dan ini kerana keadaan PKR pun taklah sebegitu hebat.Lihat apa yang berlaku diPerak. Setuju apa yang disebut olih Annon 2.5.09 jam 1.55 pm - usah laju sangat.Dulu dah berlaku masamana seorang Dr.dari Selangor naik keatas begitu mendadak hingga jadi ADUN dan Ahli Parlimen (2 sekali) akhirnya tak terpikul.Bila dia tak perform sebagai mana yang diharapkan kita semua marahkan dia walhal "kita" yang bersalah kerana "terlalu membebankan" dia menganggap dia "Superman".DS Nizar masih muda lagi dan baru menjijak kaki kearina politik "nasioanl".Berilah dia masa dan kesempatan untuk menimba pengalaman dulu.Timbalan Presiden yang akan dipilih punya "kerja dan tanggung-jawab" yang amat berat dan mencabar untuk membawa PAS kembali kejalan dan aspirasi yang betul.Yang nak "diperbetulkan" bukan canang-canang individu dan kumpulan.Inilah pertimbangan yang wajar diambil kira olih perwakilan PAS pada bulan Jun ini.

  15. Perwakilan pas biasanya membawa mandat yg diamanahkan oleh pas kawasan masing2...terpulang lah sama ada depa nak laksanakan amanah yg depa pikul atau depa mengundi mengikut arahan orang2 tertentu atau pun mengikut arus semasa (politik mawi).

    Tokden

  16. Penentang Perjanjian Pangkor II said...

    Aku tak nak Nizar tinggi2 sangat sbb Perjanjian PangkorKalau bakaq bohong, dia berdosa.

  17. Kritik, kritik jugak... Memang tak salah, kitakan demokrasi. Kita PR bukan BN.. Mesti ada perbezaan. Tapi hati2 dengan puak2 batu api... Bahaya tuu....

    -Pakatan rakyat-

  18. KALAU BETUL ANWAR SURUH NIZAR TANDINGI JAWATAN NAIB PRESIDEN PAS. ITU MENGARUT DAN CUKUP MENGARUT.

    AKU PERNAH TERDENGAR DARI CAKAP-CAKAP ORANG PERAK, BAHAWA ANWAR PERNAH AJAK NIZAR JOINT PKR, DI WAKTU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NAK BENTUK KERAJAAN DI PERAK. ALASAN ANWAR IALAH KALAU NAK JADI MB PERAK, KENA MASUK PKR SEBAB PKR MENANG 8, PAS 6, MANA BOLEH MACAM NI, KENA JADI YB PKR.

    NAMUN NIZAR MEMBANTAH KERAS. AKU BUKAN LAPAR NAK JADI MB, AKIDAH AKU DENGAN PAS TAK BOLEH DITAWAR RUNDING.

    Kacang Hijau

  19. Saya bersetuju YB Nizar dilantik sekadar AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya Badan Perhubongan PAS Negeri Perak, menggantikan Ustaz Ahmad Awang yang dah semakin kondem keulamakannya.

  20. If I'm PAS, I will certainly refused to be dictated by Anwar. Why must Anwar meddle into PAS affairs? Is he testing waters on his control and popularity in PAS? If PAS allows Anwar to dictate on their candidates, PAS might as well merge with PKR and slips into oblivion just like Parti Sosialist Rakyat. Kalau Nizhar bertanding dan MENANG naib presiden mengikut SELERA Anwar, bungkus ajelah PAS.

  21. Wahlau.. pendapat yang kata DSAI cuba campur tangan/dictate dalam pemilihan PAS di delete pulak? Democrazy democrazy

  22. Katakanlah ada pilihanraya baru kat perak, DAP mesti taruk wakil dia yang bangsa melayu celup, habistu sapa yang akan jadi MB, kerajaan pas ke kerajaan DAP, aku rasa DAP, habih takkan nizar mangkuk tu nak tolong orang DAP jadi MB. Dulu lepas pilihanraya dulupun DAP dok protes adun dia ramai pasal apa tak boleh jadi MB. Kalau nak berpolitikpun jangan lah sampai parti cina jadi MB. Kena macam main chess ada cerdik skit. Cuba penyokong PAS jawab persoalan ini, jangan kona ke issue lain, aku saja nak tau....

  23. Salam,
    Abg Baqar, apa cerita ni? Apa kena mengena Anwar dengan PAS? Dia ahli PAS Ker? atau kepimpinan baru dalam PAS. Dia pulak bagi arahan supaya nizar bertanding naib presiden. Anwar tak payah campur lah. Kenyataan beginilah yang menyebabkan orang tertanya, apa agenda anwar dalam PAS. Dia nak susun orang dia ker? Cukup la anwar, parti hang tu pun banyak masalah. Tak payah campur la. Pada yang anggap anwar presiden dia harap masuk PKR la. Bagi wala kat dia. Nak tanya kat bang baqar skit...Abg bakaq ni ahli PAS ker? nak tanya jugak? Jangan marah haaaaa...

  24. Nizar memang layak dari segi meritocracy,pimpinan,management,dan pengalaman bekerja.
    Cuma orang PAS maseh taklid buta pada dogma pimpinan Ulama.
    Pilihlah orang2 PAS ! Hendakkan "Meritocracy" atau "Pimpinan Ulama yang pandai akhirat tapi bodoh dunia/ekonomi".

  25. Siapa Anwar?. Tak cukup ke tarbiyah pada ahli Pas sampai kena ikut cakap Anwar?. Cukuplah korang semua dengar2 cerita yang belum tentu sahih. Aku tak rasa Anwar campur tangan atau mencadangkan Nizar untuk tanding atau masuk PKR. Adalah batu api yang suka melaga-lagakan Pas dengan PKR. Ini semua kerja balaci-balaci UMNO yang menyerap masuk dalam PR. Di Selangor sudah mula Najib melatih balaci-balaci tak kurang dari 200 orang untuk menyelinap masuk ke dalam parti-parti dalam PR. So hati-hatilah. Nampak sangat ada yang tukang tiup api kebencian sesama sendiri.

  26. Pertama..saya percaya kenyataan ini adalah provokasi untuk melagakan PKR dan PAS
    Kedua....saya percaya kenyataan ini memang provokasi
    Ketiga...saya yakin ini adalah provokasi. Maka tiadalah jua jawapan dalam hati dengan perkataan "KALAU begitu dan begini " ..., boleh buang cerita ini...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008