Sedap!! Klik gambar di atas!

Altantuya: Datuk Seri buta ke? Pekak ke?

Kawan tak tau apa nak jadi dengan awak ni, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nak kawan tuduh awak ni buta dan pekak, tak elok sangat kawan buat gitu. Masuk ni, dah dua hari Raja Petra Kamarudin siarkan artikelnya yang bertajuk "The mystery of the missing confession".

Tapi, kawan nampak awak buat pekak je, buat buta je. Tak eloklah awak buat perangai macam lembu kenyang, Datuk Seri. Setakat suruh anak-anak buah pertikaikan sumber RPK je, orang tak heran. Tak ubah macam lembu kenyang yang dah tak kuasa nak bergerak, setakat kibas-kibaskan ekor menghalau lalat yang menghurung punggung. Apa barang, Datuk Seri!

Kalau betul RPK mengada-adakan cerita, mengemukakan sumber yang tak wujud, mau bikin drama, berbohong hidup-hidup, ambiklah tindakan, Datuk Seri!

Kalau kawan orang tuduh isteri kawan sampai macam tu, kawan tak duduk diam, Datuk Seri! Jam itu jugak kawan bingkas melawan. Miskin-miskin kawan pun, kawan pergi pejabat lawyer, mintak dia ambik tindakan undang-undang. Sanggup kawan gadai tanah yang sekangkang kera untuk ambik peguam bersihkan nama isteri kawan.

Ni awak, kawan tengok buat perangai lembu kenyang je. Heran kawan. Takkan tak nak jaga maruah!

Sebelum ni kawan dah mohon awak saman RPK. Tak de satu benda pun yang kawan dengar.

Bukan setakat buat perangai lembu kenyang terhadap tuduhan RPK; ayah politik Datuk Seri suruh bersihkan nama pun, Datuk Seri buat perangai lembu kenyang jugak. Satu dunia tahu Tun Dr Mahathir Mohamad minta Datuk Seri bersihkan nama.

Jangan macam tu, Datuk Seri. Rakyat Malaysia tak nak orang bertanya dengan kata-kata, "Perdana Menteri awak tu lembu kenyang ke?"

Itu pun dah kira nasib baik kalau tanya begitu. Macam mana kalau dia tanya, si ****** tu bunuh Altantuya Shaariibuu ke? Kalau dia tak bunuh, ke mana hilangnya pistol yang bunuh Altantuya sebelum mayatnya dia diletupkan?

Apa kami nak jawab, Datuk Seri?

Berkaitan:
Petra dedah sumber info kaitkan Rosmah-Altantuya (Malaysiakini 5/5/09)
RPK, Ku Li and the Altantuya allegations (Malaysian Insider 5/5/09)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Mike dah tak nampak alam nyatalah bro...........org tgh berbulan madu.Kasi azan kat telinga atau buatlah apa yang patut !!!
    1malaysia1dunia tahu berita ini apatah lagi alam yang tak nampak.

  2. Menghukum si pekak dengan si buta mestilah hati-hati! Yang baiknya rakyat menghukumnnya dengan menumbangkan Umno/Bn di PRU ke 13 nanti.

  3. Aduh! Susah kita di Malaysia.Melayu(UMNO) langsung tak malu muka sanggup lantik seorang yang di persepsi pembunoh dan pengkorupsi.Melayu (UMNO)langsung tak pedulikan amanah nya dengan Allah.Mereka telah jadi "Devil in disguise"

    Mari minum kopi,tea,dengar musik(kali ini Elvis Presley), dan bicara falsafah,politik,economi dan kebenaran di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  4. he is far too busy to entertain clowns like RPK and his baseless allegation. macam GW BUSH. he faced so many allegation such as "initiating 911" , " lying about iraq" and "is a dumb ass". did he saman all his distractors? nope. why? because the office of the president of the US does not entertain baseless tin foiled paranoid rumour! Congrats dato najib for not biting the bait. he is concentrating his effort on building malaysia and handling the economic crisis. syabas . inilah baru pemimpin. bukan macam sorang tu. asik asik nak saman. buat kerjanya tidak! memalukan!

  5. pak bakaq,

    la ni utusan malaysia tu dah jadi akhbar rasmi pas ka? hari hari ada cerita pas. siap ambik quote dalam blog pemimpin pas lagi. ehehe. tapi yang heran tu, liputan yang depa bagi kat pas tu hanya untuk pemimpin yang dok 'berpeluk-peluk dengan perasuah dan perangai keji' saja. awat lagu tu?..jeng..jeng..jeng..

    aukauk88.

  6. GW Bush dah kena tukar .. yg ni bila plak nak kena tukar .. dasar pencacai tong-tong najis UMNO/BN .. belasah jer sokong .. janji duit masyyuuukkkk...

    Haramjadah punya perasuah2 dan pemimpin2 UMNO/BN...

  7. Orang yang buta dan pekak, lebih baik dari orang yang bebal.

    Langkah orang yang bebal:

    1) Minta orang yang dituduh supaya membersihkan diri berbanding orang yang menuduh mengemukakan bukti (kecuali bagi kes liwat geng sendiri)

    2) Minta orang yang dituduh menyaman penuduh di mahkamah yang mereka kata ' dikuasai UMNO/BN'. Bukan apa, kalau RPK didenda kerana dikatakan menyebar berita palsu oleh mahkamah ini, nanti dikatakan RPK dianiaya dan UMNO/BN menyalahguna kuasa. Kalau Najib didapati tak bersalah pun, nanti dikata mahkamah double standard dan tak boleh dipercayai juga.

    Sebab tu ada orang memang lebih rela dipanggil pekak dan bisu daripada melayan orang yang bebal sebegini. Tak guna kalau pekak dan bisu, pastu sama level dengan orang bebal pulak.

    Dalam apa jua keadaan, yang membunuhlah paling bertanggungjawab. Kalaupun ada orang suruh dia membunuh, dia boleh menolak dan membiarkan orang lain melakukan. Tentang konspirasi arahan siapa dan bla bla bla, memang semua orang boleh saja berspekulasi.

    Pokok pangkalnya, hukum tak boleh dijatuhkan kepada orang lain semata-mata kerana spekulasi melainkan adanya bukti. Kalau ada orang yang bersalah tapi bebas kerana tidak cukup bukti, dah tentulah bukan tugas kita sebagai manusia dah untuk membalasnya.

    Allah tu bukannya sebebal kita semua. Hatta sebesar zarah pun di dalam penglihatan-Nya. Takdelah orang jahat yang bebas melainkan mendapat balasan setimpal dari Allah nanti.

    Oleh itu, kita biarkan saja RPK membuktikan tuduhannya dulu kerana limit kita sebagai manusia sampai ke tahap itu saja. Kita bukannya tuhan sampaikan hal dalam hati orang pun kita boleh ambil tahu.

    Kalau RPK dan geng2nya gagal dan Najib bebas walau kononnya dia jahat, takkanlah tak yakin Allah itu Maha Kuasa? Kalau diri sendiri pun tak yakin dengan Allah, jangan pulak salahkan orang yang yakin macam kes sumpah muhabalah Saiful tu.

    Saiful menipu, Allahlah yang balas. Tapi, sekurang-kurangnya dia yakin. Ada orang, nak bersumpah pun takut. Ye la, time terkena diri sendiri, tahulah pulak nak tunggu bukti mahkamah dunia berbanding murka Tuhan yang Maha Dahsyat itu.

    p/s: Najib pun dah bersumpah juga tentang Altantunya. Sekurang-kurangnya kalau dia lepas di mahkamah dunia ni dan dia mainkan sumpah, tahulah nanti dia diakhirat. Sedara korang yang sorang tu macamana? Nak tunggu keputusan mahkamah yang 'pro-BN' tu jugak? Takut2 nanti dah ada bukti dunia, dikatanya mahkamah 'pro-BN' pulak. Tang bukti bersumpah dengannama Allah tu, buat pekak dan bisu saja!

  8. Obefine,

    You have a point and it is true. But are you trying to refer Najis = GW Bush? If this is yes, I am truly behind you. Both of them are twins.

  9. Hi Obefiend, awak tu PA najib ke, how much u r getting for supporting this joker

  10. Obefiend said...
    Wednesday, May 6, 2009 9:26:00 AM MYT
    he is far too busy to entertain clowns like RPK and his baseless allegation. macam GW BUSH.

    << And what do the rest of the world think about GWB? World hero?? Cit poddahh..

  11. Nak jaga maruah ape nyer bakaq!.

    maruah dia dah lama takde.

    Bleh gitu?

  12. Kadang-kadang orang ini,kalau memang minat dia nak kutuk orang dia tak pilih semada orang itu pernah memberi kemudahan atau tidak.Begitu juga dia dengan kerajaan, walaupun kerajaan sebelum ini telah memberi kemudahan kepada mereka sehingga menjadi cerdik pandai mereka tetap kutuk. Tidak mustahillah orang macam ini pun boleh kutuk ibubapa mereka sendiri sebab memang hobinya suka mengutuk atau mencari kesalahan orang lain.Dia tidak peduli orang yang dia kutuk itu pernah berjasa atau tidak yang penting bagi kepuasan..itulah nama manusia

  13. Sayang PAS tersalah pilih kawan, lebih baik PAS keseorangan daripada berdosa dengan dua ekor kawannya yang menggunakannya untuk berkuasa.Cukuplah memerintah kelantan sebuah kerana rekodnya bersih di sana............kerana memang negeri dia.

  14. so, kawan yg betul yg PAS patut pilih, UMNO,MCA, MIC lah yer? isk isk isk

  15. najib tu pekak je..buta lom lagi..kalo nak bagi buta,kasi cucuk sama ngan garpu cam cite ibu mertuaku..

  16. Kes Altantuya nampaknya tidak berpenghujung malah adalah satu-satunya kes yang terpanjang dalam sejarah sesi permahkamahan masakini. Apakah kes ini terlalu banyak komplikasinya atau sengaja ada manipulasi lain yang terancang sedemekian rupa demi kestabilan personaliti politik yang tertentu? Nama Malaysia di persada antarabangsa agak tercalar dan barangkali mahkamah juga boleh dianggap seperti studio filem yang mempunyai pengarah skrip yang bijak dalam mengolah sesi sidangnya sehingga ianya berterusan sampai bila-bila dan tetap dengan bila-bilanya yang tidak bernoktah. Bagaimanalah pula kes ini jika ianya berlaku pada orang yang tidak berprofil tinggi? Apakah negera kita ini tidak ada satupun specialist dalam menguruskan kes pembunuhan seperti yang telah berlaku ini? Atau sememangnya tidak ada specialist forensik untuk proses pendakwaan yang boleh menentukan solusinya?

  17. Salam to Anonymous said.Wednesday, May 6, 2009 4:18:00 PM MYT

    Saja nak tanyer UMNO tak tersalah pilih kawan ke ?? Untuk pengatahuan encik mereka tu manusia dan tak der ekor .Harap maklum dan jawap soalan tuu

  18. Malay mind kamu sokong Najib jer ....

    Kalau lah orang tuduh bini awak macam tuu !! awpa yg nak anda buat ? Abu Jahal or Abu lahab pun bersumpah ..tidur dalam Kaabah lagi !!

  19. Anonymous 5:16

    Ni sorang lagi, kalau sedara tak percaya Allah tu ada kuasa nak balas orang yang sumpah palsu, jangan jadi Islam la wei.

    Tu pun susah nak faham ke?


    Anonymous 9:21

    Itulah cara operasi sistem kehakiman mana2 sekalipun termasukla Hudud. Mereka bukan penting kepada cepat, tetapi lebih kepada tepat. Prinsipnya melepaskan orang yang bersalah lebih baik dari menghukum orang yang tak bersalah.

    Lainla kalau kau tak sabar2 dah nak tgk orang tu salah tak kiralah apa jadi sekalipun. Kalau macam tu, tak payah masuk mahkamah la, bagi je hukuman terus.

    Hukum je Najib tu tak payah tgk bukti. Anwar pun hukum je walau si Saiful tu tade bukti.

    Tak ke biol namanya tu?

  20. Betul2 malaymind ..memang betul semua ko cakap pun betul org lain semua salah... memang macam org melayu umno nyer pemikiran( nama pun malaymind)komen ko cam bangang jer tu la pemikiran taknak berkembang layu layu jer..

    Setakat sumpah apa ada? penagih dadah kat lorong haji taib pun pandai sumpah. memang dasar melayu umno bodo sombong...dia je betul

    mintak maap la kalo ko terasa yek.. tak semua org yg tak sokong ameno bn ti sokong pembangkang...kami perati je sampai masa ..out u go..adios

  21. wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

    wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami.

    dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

    wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia.

    dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

    wahai Tuhai samada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Kamu menundukkan mereka seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Kamu hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

    wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008