Sedap!! Klik gambar di atas!

Ada "cai dan" dalam PAS?

Anda tahu "cai dan"? Dalam MCA, "cai dan" merujuk kepada senarai "block voting". Dalam PAS, saya dengar ada orang panggil "undi rakit". Maknanya undi ikut kumpulan atau undi ikut team.

Contohnya, kalau saya penyokong kumpulan yang mahu bertepuk tampar saling gatal-menggatal sondol-menyondol dengan Umno (na'zubiLlahi min zalik!), saya akan sediakan "cai dan" kumpulan saya. "Ni (orang-orang kuat) rakit kita, undi orang yang dalam rakit kita sahaja!" Itu pesanan si tongong pembikin "cai dan" kepada si tengin yang kerjanya menyerah tengkuk untuk dipulas-pulas oleh orang lain. Dia tak ada otak untuk berfikir sendiri apa yang terbaik untuk partinya.

Kalau saya penyokong puak gila Anwar pula (na'zubiLlahi min zalik!), saya akan buat "cai dan" yang penuh dengan nama mamat-mamat bangang yang ketagih sangat nak melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini. Mereka juga jenis bangang tahap tak boleh ditolong lagi!

Saya meluat dengan gelagat kedua-dua pihak walaupun tidaklah saya meluat orangnya. Meluat perangai. Saya rindukan PAS selepas muktamar 1982 dan sebelum muktamar 1986. Itulah zaman perpaduan yang paling gemilang di dalam PAS yang pernah saya tengok. Selepas muktamar PAS 1986, ada calar-balar di sana-sini sehinggalah ke hari ini.

Adakah para perwakilan muktamar PAS dari 5 hingga 7 Jun nanti akan disogok dengan "cai dan"? Saya tidak tahu. Tetapi, saya telah mendengar perkataan "rakit" dan "undi rakit" beberapa kali.

Saya tak boleh nak kata apa-apa. Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Saya hanya mampu berangan-angan. Ah, kalaulah saya ahli PAS dan orang nak sodokkan "cai dan" mereka ke tangan saya, saya akan ludah muka orang itu - tak kira puak mana pun!

"Hey babi! Hang ingat aku tak dak otak ka nak pilih mana pemimpin yang aku rasa terbaik untuk PAS?!! Aku pilih orang yang tak lupa Allah bila melihat dunia, tak jakun dunia, sahabat rakyat, rajin, berani dan paling penting ada otak!!"

Mana contohnya? Saya malas nak puji orang yang hidup lagi. Tok Guru Presiden selalu pesan dahulu supaya jangan memuji orang belum mati sebab dia boleh berubah.

Manusia tetap ada kelemahan. Walaupun beliau memang banyak kelemahan kerana sifatnya sebagai manusia, saya lihat sedikit-sebanyak Almarhum Ustaz Fadzil Noor memenuhi ciri-ciri itu.

1. Tak lupa Allah bila melihat dunia

Hampa ingat orang tak umpan Ustaz Fadzil dengan macam-macam benda? Selepas 29 Mac 1982 bila Anwar mengkhianati rising tide of Islam di negara ini, tergedik-gedik kawan-kawan Anwar menggelinjang dalam Umno. Waktu itu, selepas Anwar, Ustaz Fadzillah yang paling diidamkan untuk menjadi panglima pembunuh rising tide of Islam. Kalau setakat orang-orang Abim yang lain, taraf nasi tambah ja depa tu!

Saya tahu pelbagai umpan yang terhidang di depan Ustaz Fadzil, sesetengahnya atas nama ulama Pak Arab mana aku pun tak tau. Tetapi, Ustaz Fadzil tetap istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayatnya.

2. Tak jakun dunia

Hidup Almarhum sangat sederhana. Dan, tidak pula kedekut taik idung masin. Tak bina istana walaupun berlambak korporat yang nak sponsor kereta dan rumah lebih selesa kepadanya. Seingat saya, harta paling banyak yang dia perolehi adalah apabila beliau menyaman pihak yang menganiayai atau memfitnahnya. Sebelum dapat duit saman, dok pakai kereta Mazda kecik yang buruk tu lah!

Selepas dipecat sebagai pensyarah UTM, saya tak lupa Kak Jah isterinya jual asam keping dan beras pulut kerana nak cari rezki dan Allahyarham Pak Mat Jawa pula tolong jual kain pelikat dan batik untuk Ustaz Fadzil.

Bila dia jadi Ketua Pembangkang, memang dia pakai Mercedez terpakai, tetapi berhutang. Bila beliau kembali ke pengkuan Kekasihnya, hutang tak habis bayar lagi dan anak-anak dia tolak balik kereta tu.

Saya malas nak sebut ulasan-ulasan spontan Ustaz Fadzil terhadap orang-orang yang mewajarkan tindakan mereka pakai kereta mewah dan duduk hotel mewah. Takut ada yang terkena pula.

3. Sahabat rakyat

Saya tak ingat siapa sebut kat saya. Tetapi orang tu kata, "Semua orang rasa dia rapat dengan Ustaz Fadzil". Dalam ayat saya sendiri, saya selalu kata, "Ustaz Fadzil ni jenis orang yang kita rasa kita boleh pegang-pegang dia. Kita rasa rapat sangat dengan dia. Padahal, takkan Ustaz Fadzil rapat dengan bakaq!"

Itu illustrasi saya tentang Ustaz Fadzil. Kalau hampa tak faham, jangan nak kona-kona cakap aku!

4. Rajin

Orang tua tu tua atas jalan, tak rajin apanya! Hampa tau ka apa maksud tua atas jalan? Maknanya tak lekat di rumah, dok pi sana sini kerana nak ajak orang sokong perjuangan Islam, nak kuatkan PAS, apa saja kerana Allah. Maksudnya, sebahagian besar usianya dihaabiskan dalam perjalanan kerana berjuang.

5. Berani

Antara pemimpin PAS yang paling kuat maki polis yang kurang ajar ialah Ustaz Fadzil. Hampa mungkin tak pernah dengar pemimpin PAS yang cakap pandai tapi tanya ada permit ke tidak bila orang jemput berceramah. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Kalau Pemuda PAS Kedah umpamanya kata "kita langgar ja, Ustaz," dia langgar.

Ada pemimpin yang suruh Pemuda PAS Kedah ubah tempat ceramah kerana takut kat polis. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Setakat polis jaga road block selalu kena jerkah dengan dia, "Tepi! Orang nak pi ceramah ni!"

Saya tak lupa kata-katanya ketika berceramah sempena Muktamar PAS di Dewan KIA, Alor Setar pada tahun 1984, "Umno ni kita nampak kecik ja!"

Sebab itulah, apabila disembur oleh polis dengan air beracun yang celaka di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, dia tak berganjak.

6. Ada otak

Haji Subky Latiff pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika mesyuarat AJK PAS Pusat menemui jalan buntu, Ustaz Fadzil ada saja curahan idea dari Allah s.w.t. yang bersandarkan nas. Otak dia ligat!

Kalau berdebat, banyak orang boleh bercerita kelincahannya berdebat.

Setakat tu la cerita Almarhum.

Akhir sekali, pilihlah pemimpin yang diyakini boleh memartabatkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam bukan berdasarkan "cai dan".

Laa, ada pulak yang teringat dalam kepala - Ustaz Fadzil juga sangat bernasib baik kerana mendapat timbalan yang berkesan dan membantu, iaitu Tok Guru Presiden sekarang.

Tok Guru Presiden pula pernah nak tukar Setiausaha Agung PAS kerana beliau dilaporkan berkata "(Setiausaha Agung itu) tidak membantu". Tok Guru Presiden juga pernah nak menukar orang yang sama (kalau istilah saya, nak buang) yang menjadi Ketua Lujnah Tarbiyyah sessi 2007-2009 ini. Malangnya, beliau dihalang di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat (Imej di atas ialah "cai dan" Umno yang ditunjukkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya copy and paste dari blog Jeff Ooi)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq!

    Hang hebat dalam sejarah Ust. Fadhil Nor. Saya nak teriak bila terkenang peristiwa itu bila bersama2 dgn dia. Almarhum biasa berpesan kepada saya, dalam perjuangan nih kita jangan banyak memilih dan banyak songel. Buat setakat mampu dan ikhlas. Benda lain serah kat Allah SWT. Hat tu lah yang saya nak teriak nih bila teringat tu!

  2. alhamdullah aku bersyukur aku dapat belanja make ustaz nasi kerabu dan daging bakar di restoran yatie di kb selepas muktamar pas di kb bersama-sama dgn perwakilan pas kuala kedah mengikut pak kassim memang ustaz dah lama nak make nasi kerabu daging bakar lepas balik kl ustaz terus masuk hospital jadi aku la ore terakhir yg dapat belanja presiden pas itu resit make pun aku masih simpan aku berdoa mudah2an rohnya bersama2 pejuang2 islam yg lain.

  3. Al fatehah buat al marhum,USt FADZIL NOOR,moga engkau berbahagia di alam mu,tiada kenangan yang paling manis sehingga hari ini dalam perjuangan ini,dari kedai kak ros,kedai ameng kg baru waktu lewat malam balik dari ceramah,kedai pak husin chowkit,hj tapah,restoren tpca,dan banyak lagi warung2 tepi jalan,UST kawan dengan semua orang dalam PAS,orang kampong sampai kekoperat,paling manis kenangan di parit warijo johor,dikepong dengan hebat oleh polis dan fru tetap trus berceramah walau di ugut polis untuk menangkap,memang betoi la pak bakaq waktu kena kepong tu dia tak tanya penganjur ada permit ka? yang dia tanya pukoi berapa kita nak start ceramah pak daeng?Pj johor waktu tu, aku pun waktu tu memang tak pernah rasa takut langsung tengok polis walau ramai,sebab aku dok ngan pemimpin berani ,aku pon jadi berani.DAh tak leh nak tuleh la pak bakaq,sebak aku,air mata meleleh,maseh terasa kehilangan nya...sedeh tengok pemimpin hari ni sanggup buat seminar hanya nak pertahan jawatan untuk terus berkuasa.Almarhum pernah berkata ulama dan profesional adalah gandingan terbaik mengukuhkan jamaah.

  4. AWAT ANAK FAZIL NOR TAK SERTAI PAS.

  5. berapa ramai yg betul2 mewarisi kepimpinan melalui teladan ust Fadzil yg disukai ramai? makin lama,makin ramai yg inginkan jawatan lebih dr segalanya..tambah2 plak nama PAS melonjak naik skang nih..sume balun..sbb ade can nk naik merce lampu bulat p dewan parlimen..sigh..

    teringat hari kedah mengalami traffic jam yg pling teruk dlm sjarah pada hari kebummian Almarhum.. teringat cerita pilot TUDM yg bawak jenazah alMarhum yg lpas tu memeluk islam kerana spanjang penerbangan membawa jenazah dipayungi awan..subhanallah.adekah pemimpin2 skarang x terliur peluang2 ini?

    semoga Allah anugerahkan kita dgn pemimpin yg hebat..aminn

  6. Masa itu jentera PAS simple aja, markaz PAS di setiap daerah pun agak uzur. Tapi perjuangan adalah kerana Islam. Masa itu "subahat" menjadi perkara utama supaya iman anak-anak islam tidak terjejas. Beli barang ada akad, dari kedai orang islam. Terjaga akidah islam, tak ada orang islam yang nak jadi kafir.

    Sekarang PAS bersubahat dengan orang kafir semata-mata nak berkuasa. PAS sekarang sudah 180 darjah berbeza dari PAS dahulu. Bukan lagi nak bela Islam tapi matlamat nak bunuh UMNO.

    Itulah hakikatnya PAS dulu dah mati. Yang ada sekarang cuma hipokrit balaci DAP dan PKR - Tengoklah Penanti.

  7. Bakaq,

    PErtama sekali, takda sapa yang penyokong Anwar Ibrahim totok. Apa yang ada ialah mereka yang menentang usaha membawa PAS kepada UMNO. Puak2 ni dilabel sebagai pro kepada Anwar dan menyembah Anwar Ibrahim.

    Itu sahaja

  8. Bhai.... gua tak lupa bilamana Ust. Fadhil Nor singgah beberapa kali kat gua punya CyberCafe... setiap kali dier datang ceramah dekat dengan CyberCafe gua...

    Orangnya very humble dan senang nak ajak bercerita... Kekadang tue nampak sama cam Ust. Siddek Nor

  9. Salam Bakaq,

    Hang ni, bila citer pasal utz fadzil, macam mau mengalir and meleleh air mata gue..aku ingat hang tulislah buku, tajuk kenangan bersama utz fazdil..aku tempah sepuluh naskah oiii..cepat karang...lancar masa ulang tahun hol utz fazdil..

    and citer juga pasal anak-anak arwah..ada tak yang ikut jejak beliau..

    Tak taulah apa citer pasal pimpinan pas akan datang ni..look and seee ajelah..
    semoga perwakilan ada otok utk fikir...gue bolih jerit d blog macam ni aje..

    klo main geng geng ni..memang sahih..lah depa ni..group froxi umno..atau froxi erdogan...dlm pas tak perlu kedua-due group....yang perlu..adalah pimpinan yang tak kiri tak kanan..tapi terus jalan..utk islam dan ikut acuan pas..bukan frog si..frog si mana-mana..frog frog kataklah tak ada pendirian..

  10. Antara kata-kata ustaz fadzil yang masih saya ingat, Islam takkan menang selagi subuh tidak seperti jumaat!!!

  11. Awas musuh dalam selimut/pro BN di dalam PAS.Memecahbelah parti lawan adalah taktik general bernama Sun Tsu. Omputih kata "divide and rule".Jika berhasil divide and rule maka BN akan tetap memerintah.Menpunyai 2 kepala, Mursyidul Am dan Preside juga adalah "divide and rule" yang PAS sendiri buat.Lahwal hadis Ulamak telah pecah belah Muslim. Pimpinan Ulama adalah lahwal hadis juga.
    Apakah orang PAS tak percaya amaran Allah?Rujuk AlQuran 31:6 "Ada orang guna lahwal hadis untok sesatkan orang lain dari jalan Allah,tanpa pengetahuan,dan mentertawakannya(Islam/jalan Allah)"

  12. Yang bersih Pak Bakaq je.

  13. Assalamualaikum Pak Bakaq,

    Cai dan ka, block voting ka, undi rakit ka, saya tak peduli. Yang saya kesah dan peduli, sudah ada sedikit sebanyak tokoh-tokoh baru dan lama cuba 'market' mereka dengan andaian kalau menang dalam PRU 13 nanti, mereka akan dilantik sebagai pak pak menteri. Itu yang sebenarnya. Perjuangan Allahyarham ustaz Fadzil bukan sesuatu yang sunnah dan maksum untuk diikuti.

    Cabaran jawatan Presiden PAS pada mulanya dianggap perlu kerana suasana semasa sekarang (atau politik semasa). Tuan Guru Presiden telah diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan ketokohannya sewaktu menerajui Terengganu sedikit masa dulu (sebagai MB) tetapi gagal mempertahankannya. Itu juga petanda Tuan Guru sudah sampai ketahap 'tepu dalam politik' kekeringan idea dalam mencorak strategi politik dalam generasi PAS pada masa akan datang.

    Pak Bakaq harus ingat, PAS sekarang sudah dikelilingi oleh kebanyakan tokoh-tokoh koperat dan profesional dalam parti bukan terdiri dari golongan ulama sahaja. Mereka juga menyumbang dan berjasa kepada parti dalam PRU 12 sudah. Cuma mereka-mereka ini baru dalam 'dunia PAS', oleh itu bermacam-macam cara dan pengaruh cuba diterapkan dalam PAS demi menghalalkan cara kerana cita politik masing-masing.

    Politik kangkong dalam PAS kadang-kadang berjaya mencorak imej PAS pada masa akan datang. Nama juga manusia bersifat serba 'baru' akan berubah mengikut tamadun dan fahaman politik masing-masing dalam PAS.

    Persaingan sihat dan telus diperlukan dalam parti demi dapat kita melihat parti itu segar mengikut peredaran semasa kalau kita sayangkan parti. Jangan jadi gelanggang adu domba untuk menghalalkan cara dan memanipulasikan 'pesaing' (calun lain). Itu pun kalau mahu dilihat PAS masih lagi 'releven' dan di spekulasi oleh BN. Pemimpin-pemimpin PAS harus ingat, keahlian orang melayu dalam PAS sudah hampir 'tepu'. Kemenangan dalam PRU 12 terdahulu hanya sebahagian protes dari rakyat terhadap kerajaan BN. Jangan kita dibuai mimpi silam untuk membina istana akan datang!

  14. ..dan maha hebat kesedihan mereka yang kehilangan 'alim rabbani, faqih, arif yang saleh, Ayatullah Sheikh Muhammad Taqi Bahjat (quddisa sirruhu)..
    http://hauzah.blogspot.com

  15. Lebai Malang

    Memang, perjuangan Allahyarham Ustaz Fadzil bukan sesuatu yang sunnah dan maksum untuk diikuti.

    Tetapi Allahyarham juga berusaha bersungguh-sungguh sedaya upayanya mengikuti sunnah Nabi suci yang ma'sum (s.'a.w.w.)

    Saya ni, jangankan nak ikut sunnah Nabi yang dikasihi, nak meniru perangai orang yang bersungguh-sungguh sedaya upayanya mengikuti sunnah Nabi pun tak larat.

    Contohnya, saya penakut dan tidak tua atas jalan. Bab cerdik tak payah bincang la. Kalau aku cerdik, dah lama aku jadi doktor, lawyer, engineer atau menganggotai ahlul hilli wal aqdi...

  16. Hauzah

    Semoga kesedihan kita diperhatikan oleh Allah s.w.t.

  17. ayaq mata aku mengalir ... baca hang yang tulis
    aku rasa hang berdosa kalau hang tak tulis buku pasai ustaz fadhil
    yang dah ditulis .... tak lah macam hang tulis
    walau sikit tapi berbekas
    apa rasa hang kalau tetiba hang mati
    tapi tak ada orang yang cerita sejarah ustaz fadhil yang ada dalam kepala hang
    aku takut generasi akan datang tuntut depan allah
    jenuh hang nak jawab
    aku rasa hang nie biar umuq hang habis depan laptop
    kalau ustaz fadhil habis kat jalan .... untuk islam
    dengaq-dengaq habaq bakaq mati tersembam atas keybord
    amin ...
    cikgu kedah

  18. AYAQ mata aku mengalir...
    walau hang tulis sikit pasai ustaz fadhil
    aku rasa hang kena tulis banyak lagi
    minta cerita dari abng mat sabu... aris awang... pak kasim mina, pak cub
    aku rasa cara hang tulis lebih berkesan
    kalau hang mati tak dan tulis ... hang kena jawab depan tuhan
    pasai hang rajin depan komputer ...dan hang tau cerita tu
    generasi akan datang ... tuntut kat hang
    aku rasa hang biar umuq tu habis depan lap top untuk islam
    kalau usta fadhil ... habis umuq dijalanan ...
    aku nak dengar berita
    bakaq meninggal tersembam depan keybord ... dok tulis cerita ustaz fadhil
    aminnnnnnnnn

  19. Saya dah lama duk pening duk pikiq Pak Bakaq ni pro belah mana sebenaqnya. Tp entri kali ni mmg lebih menjelaskan lagi apa 'makna tersirat' pak bakaq. Mujuq Pak Bakaq tulis

    "Kalau saya penyokong puak gila Anwar pula (na'zubiLlahi min zalik!), saya akan buat "cai dan" yang penuh dengan nama mamat-mamat bangang yang ketagih sangat nak melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini. Mereka juga jenis bangang tahap tak boleh ditolong lagi!"

    Hehe..kita geng Pak Bakaq! ;)

    Amboi...sempat lagi tulis "Laa, ada pulak yang teringat dalam kepala - Ustaz Fadzil juga sangat bernasib baik kerana mendapat timbalan yang berkesan dan membantu, iaitu Tok Guru Presiden sekarang." Mueheheheeheh

  20. jangan puji orang yg. belum mati sebab dia boleh berubah tapi ada sorang pimpinan PAS insyaallah akan dikenang nanti bila dia telah tiada seperti Almarhum Ustaz Fadzil..pak bakaq tentu boleh teka siapa dia??banyak cerita Almarhum ustaz Fadzil sama dengan dia, cuma dia bukan seorang Ulama..

  21. tulang besi karat,

    jgn nk menipu la takda sapa yang penyokong Anwar Ibrahim totok dlm PAS. hang salah sorangnya..sapa yg melabel perbincangan dgn umno sbg PRO UMNO, bukan hang ka yg mula dulu..piiirahhh kata org dia yg karat lebih...

    Itu sahaja

  22. Bila bercakap pasai perjuangan Islam ni,kadang-kadang ana nak tergelak.hebat.cukup hebat.terutama bila bab menghukum.lagilah hebat.cakap perjuangan rasullullah saw.pandai cakap saja.tahu jatuh hukum saja.itu yang dinamakan perjuangan.aduh!senangnya jika bercakap.sedangkan islam hendaklah disertai dengan perbuatan.prihatin.pada zaman nabi saw dan zaman sahabat,mereka keluar dakwah sebar ajaran Islam berbekalkan harta sendiri.membantu pada yang memerlukan.takdak parti-parti.hanya Islam semata.memberi.tidak menerima.berjuang kerana Allah.Berjihad kerana Allah.semuanya kerana Allah.bukan cakap kosong,maki hamun, pelaga orang,minta sedekah dan entah apa lagi.pada hari ini ramai jadi pak turut.maaf cakaplah mirip golongan muktazilah.na'uzubillahminzaalik.

  23. Assalamualaikum Pak Bakaq,

    Tak yah lah merendah diri. Pak Bakaq pun doktor jugak (saya anugerah 'doktor pena'). Kata orang, pena lebih tajam dari mata pedang. Siapa berani sangkal? Kalau tidak tak kan Pak Bakaq kena tahan (oh sorry!). Tp sekarang disebut pena maya. Tak pa lah apa pun.

    Perjuangan ustaz Fadzil sudah menjadi lagenda. Saya tidak mempertikaikan secara menyeluruh ketokohannya. Itu saya setuju. Cuma kadangkala kita lupa dengan siapa kita berada sekarang. Manusia-manusia hipokrit (ada juga dalam PAS) yang melupakan perjuangan tokoh-tokoh muktabar zaman silam seperti yang Pak Bakaq cuba ketengahkan. Ini yang membuat Pak Bakaq risau mungkin tentang hala tuju perjuangan parti islam itu sebenarnya.

    Saya melayari blog Pak Bakaq kerana kebanyakkan isi kandungnya menyingkap kesah-kesah zaman lampau untuk kita timbang, kita teropong dan berfikir secara terbuka untuk mencari kebenaran walau pun terasa teramat sukar kita memperolehinya. Kadang-kadang kata-kata yang benar, dikatakan fitnah.

  24. bukukanlah lakaran perjuangan almarhum tuan guru hj Fadil Nor untuk tatapan pelapis perjuangan baru.. perjuangan umpama rantai, jagan putuskan rantaian itu..

  25. Cai itu menujukan pemilihan pakai rakit. Yang tak baik menumpang tui. Macam macai tua.

  26. Uztaz Fadzil tu kan tok guru raja katak.

  27. Salam Bakaq..

    hang memang bawa balik memori lama-lama, aku ingat lagi kat dewan KIA,masa tu aku petugas buang sampah dan jaga parking..

    masa kat US dulu masa muktamar MISG sekitar tahun 85, dia dok sebilik dgn aku kat hotel, makan roti cicah kuah parpu saja...waktu tu puad zarkashi dok bilik sebelah ja..

    tapi alhamdulillah lega aku dpt kata sepatah dua tentang ust fadzil masa jenazah almarhum nak meninggalkan surau kat bandar tun razak cheras kat hukm dulu tu...

    mai kita hadiahkan Al Faatihah kat Almarhum Ustaz Fadzil Noor atau nama sebenar beliau Ustaz Ali Mohd Noor...semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.....
    AL FAATIHAH..

    FILFILAN 206592

  28. Almarhum koyak derian tepi jalan pun dia makan, low profile.Ada juga pimpinan lain yang berjiwa rakyat.Tok guru Hj hadi pun ok, Tok guru nik Aziz pun ok.Tapi zaman almarhum dlu tak ada timbul mee celup ka mee rebus ka.Pasembur pun tak ada. la ni yang ada gelaran ustaz dan ulama pula boleh perli2 orang lain tanpa bukti yang kukuh.Awat jadi lagu tu

  29. Salam Pak Bakaq- terima kasih kerana sudi menyebut kebaikan Al-Marhum Baba.
    Izinkan saya untuk cuma memperbetulkan fakta demi kebaikan keluarga saya. Not a big issue , just to make a correction.

    1- Kereta Mercedez- Alhamdulillah dengan berkat rezeki baba yang dikurniakan Allah, hutang kereta tersebut telah dibayar habis. Dan selepas peninggalan baba, mama tidak mahu menggunakan lebih kereta dari yang sepatutnya untuk keperluan mama dan adik2, maka mama minta abang saya untuk menjual Mercedez tersebut.

    2-Mengenai anak2 dalam perjuangan, insyaAllah, kami semua dalam perjuangan Islam. dan dalam redza baba, sepertimana yang baba pesan, sumbanglah ilmu dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan walau di dalam politik atau luar politik mengikut keupayaan masing-masing.

    Dan apa yang berlaku sekarang adalah ujian Allah bagi menguji kematangan berpolitik semua mengikut waqi' semasa, ianya akan dapat diatasi berlandaskan ilmu dan amal serta prinsip yang teguh. InsyaAllah, dalam ujian itu, akan ada rahmat yang sama2 kita belajar secara matang dan itulah cabaran terkini politik .

    Selamat Bermuktamar, Sekian terima kasih.
    Uktikum fil Islam

    Muna 'Izzah Haji Fadzil.

  30. Puan Muna,

    Saya mohon maaf atas fakta yang salah. Saya tulis berdasarkan apa yang saya dengar saja. Sekali lagi saya mohon maaf kepada Kak Jah dan anak-anak termasuk Puan Mona. Kirim salam kpd Sabki...

  31. Pak Bakaq,

    Aku menangisi kehilangan pemimpin hebat Ayatollah Behjat sepertimana aku menangisi kehilangan Almarhum ust Fadil suatu masa dulu...

    Semasa aku kecik2 dulu, ketika tu p'raya kecil teluk pasu di trg...betul2 depan mata aku..sorang lebai dgn ketayap putih turun dr kereta dan terus masuk kedai kopi milik orang umno yg tak jauh drp markas kami...aku nampak beliau sedikit tidak kekok bertegur sapa dan sambil minum berlaga2 gelas dgn orang umno...hang tau lah betapa meluatnya aku bila melihat gelagat orang pas macam tu, lebih2 bila ada sorang tua tu mai habaq ..."itu lah ustak fadil"! perasaan geram dan marah aku dan geng muda pas masa tu terus memuncak ke 100 degree Celcius...pantang datok nenek orang pas minum dan makan dalam kedai orang umno, lebih2 lagi masa p'raya kecil macam nin...

    sebaik saja beliau habis minum di kedai umno tu, dia terus mampir ke markas kami dan bertanya kabar, kemudian di terus beredar...langsung tak nak masuk minum dulu ka, makan nasik dulu ka...kalu dgn geng umno bukan main lagi mesra...sampai berpeluk bertampar...

    Pak Bakaq, selepas 15 tahun peristiwa itu berlalu...aku baru mengerti kenapa almarhum gunakan pendekatan spt itu...La nin aku betul2 terasa kehilangan sorang pemimpin pas yg humble, down to the earth, spt dia!

    Semoga Allah merahmati rohnya, Ilahi Ya Aminnn.

    Tokden

  32. Bakaq

    Moral of the story: kena check sesuatu fakta supaya kita tidak memberi implikasi negatif BUKAN macam ulama yang tiada fakta kukuh pun bantai pihak lain.

    By the way, PAS atau siapa-siapa pun kalau nawaitu dah senget teruja atu terpesona dengan hubbud dunya wakarahatal mawt dalam pelbagai bentuk. Tak perlu menghukum tetapi berdakwahlah supaya kita jadi macam TGNA dsbnya yang mampu menjinakkan yang belum lslam dan mencanakkan yang dah lslam.

    Khilaf dibenarkaan jika bersandarkan kepada nas. Jangan semata-mata orang tersebut berbeza dengan kita; terus ditolak. Anak-anak almarhum Ustaz Fadhil umpamanya mereka ada cara tersendiri, tak semestinya Muna 'Izzah kena jadi Nurul Izzah. Anak DSAI yang lain pon tak terlibat secara langsung. Anak TDM pun selepas beliau tak menjadi PM baru jadi calon MP.

    PAS kalau berangan result GE13 akan mesti lebih baik daripada GE12, maaf cakaplah memang tak berasas. Yang berasas ialah buat sesuatu yang positif barulah Allah bantu. Kemenangan di Terengganu gagal dipertahankan adalah lebih baik daripada kemenangan yang terisi dengan FITNAH yang bakal menelungkupkan landasan yang telah terbina.

    Kemenangan bukan sahaja di dunia tetapi yang penting perjalanan yang terisi, mengisi dan bererti kepada semua khalayak (baik sesama agama atau manusiawi).

    Jadikanlah Turkey sebagai panduan, walaupun dicengkam sekular yang dianggap lebih Tuhan daripada Allah SWT namun kebajikan tetap menang. KEBAJIKAN universal.


    PS: First time aku keluaq ayag mata bila baca bloq hang Abg Bakaq. Hang ni pon selalu sangat teruja nak sebarkan berita2 yang tak berapa pasti. Tak takut ka?

    El-Jitry

  33. Tepu2 pimpinan Pas pun yang dok pertahan agama tu Umno ka Pas? Yang dok demo depan kedutaan Amerika, Denmark dan British tu umno ka Pas yang jadi kepala.Jadi juara pertahan Islam, hina Nabi, isu tukar agama, murtad dan nak buat syiar Islam setakat yang terdaya kerana tak dibolehkan oleh undang2 Persekutuan tu bukan Pas ka? Melayu Pas tak tepu aih kalau tak percaya cuba usik tengok benda2 yang melibatkan maruah Islam nak tengok jadi lagu mana.Atas dunia ni mana ada manusia tak buat dosa, kalau tak buat dosa tu bukan manusia, tu malaikat namanya.Terlajak sikit2 tu kalau taubat Tuhan ampun.Parti apa pun atas dunia ni mesti ada salah silap.Kena buat kajian terperinci kalau kata Melayu Pas tepu jangan sesedap rasa cakap tepu-tepu-tepu.Lebih baik disebut orang Islam dalam Pas kerana Pas tak perjuang Melayu macam Umno.

  34. sebut pasai Al marhom Ustaz fadzil aku teringat pembantu pembantunya yang setia sering ikut dia kesana kemari masa tu PAS dalam keadaan susah.contohnya Anak Pak Ya Junid Nama Haji Najib fahmi Anak Ulamak Besar PAS kedah) mana pi dia sekarang.dengar cerita MB Kedah cantas habis keturunan Pak ya dalam Pas ni betoi ka??

  35. aku jika penulis yg menulis hanya berpandukan sumber yg main dengor2 aje aku rasa mcm nak ludoh jer kat muka penulis tuh, sib baik ada anak allahyarham buat pembetulan, kalu dak penulis nih memBABIbuta jer menulis, cis babi pon tak buto beb

  36. Salam untuk semua sahabat-sahabat seperjuangan,

    Jangan-lah sekali-kali kita terperangkap dalam mainan UMNO yang sedang hebat menyerang parti kita. Puak itu dan puak ini adalah istilah yang hanya ada dalam UMNO. Jangan-lah didalam parti kita ini kita sendiri mempuakkan sesama kita. Tidak ada sebenarnya puka Erdogan, atau Muzakarah atau Pro Anwar atau Anti Anwar atau sebagainya. Berhentilah kita dari berpolitik cara berpuak-puak ini. UMNO memang mahu benar untuk melihat kita berpecah belah kerana disaat ini hanya PAS lah sebuah parti yang kuat dan mantap. Seluruh rakyak Malaysia baik Muslim atau bukan Muslim bergantung harap kepada PAS untuk menerajui Negara ini.

    PAS sudah mula diterima baik oleh bukan Islam sungguhpun masih banyak lagi usaha perlu dilakukan. Jangan kita menjadi saperti UMNO setiap kali pemilihan Pemimpin parti menjadi kucar-kacir.

    Kalau kita semua sayangi Almarhum Us. Fadzil Nor maka hendaklah kita berhenti dari menjadi ejen pemecah belah Parti. Usah-lah kita mereka cipta istilah-istilah untuk melabelkan kumpulan-kumpulan tertentu. Semuanya kita berada didalam satu harakah dan harakah ini menjadi kuat kerana ahlinya bersatu dan tidak berpuak-puak. Yang mengikat kita didalam harakah ini adalah Islam. Kita berparti ini adalah kerana ingin menegakkan agama yang syumul ini. Saya yakin dan percaya siapa pun yang ingin memimpin adalah kerana hendak melaksanakan perintah Allah untuk memimpin umat Islam.

    Saya yakin Pemimpin yang dilihat menyokong Anwar Ibrahim bukan lah kerana ketaksuban mereka kepada idealisma perjuangan Anwar Ibrahim tetapi adalah kerana mereka komited kepada keputusan pimpinan yang memutuskan bersama dengan PKR dan DAP dalam menghadapi UMNO.

    Bagi mereka yang kurang senang dengan Anwar Ibrahim bukanlah kerana mereka bencikan Anwar Ibrahim itu sendiri tetapi kerana tidak mahu PAS diperalatkan oleh sesiapa untuk cita-cita politik mereka semata-mata. Mereka tidak mahu perjuangan Islam ini digadaikan hanya kerana ingin memiliki kuasa politik.
    Mereka ini juga penting sebagai pengimbang agar Pemimpin tidak terlanjur atau terkeluar dari landasan perjuangan.

    Soal matlamat perjuangan bagi mereka yang akan bertanding dalam Pemilihan nanti adalah jelas iaitu Islam. Kesemuanya adalah Pemimpin-pemimpin Islam yang komited dan berupaya memimpin umat Islam agar senantiasa berada dijalan Allah swt. Cuma pendekatan masing-masing saja yang berbeza. Perbezaan pendekatan selagi mana tidak melanggari syarak tidak menjadi kesalahan.

    Oleh itu kriteria Pemimpin yang akan dipilih hendak bukanlah dari sudut pro atau anti mana-mana. Ianya hendaklah berdasarkan kepada keupayaan memimpin dan dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia samada Muslim atau bukan Muslim.

    Ingatlah musuh politik kita adalah golongan yang tidak mahu bersama dengan kita kerana menolak perjuangan Islam kita. Tidak kira samada mereka itu Islam atau bukan. Golongan yang mahu bersama dengan kita dan telah kita ikatkan dengan perjanjian setia maka mereka itu lah kawan kita selagi mana perjanjian itu tidak diingkari mereka. Namun jangan sekali-kali kita yang merosakkan perjanjian tersebut. Kerana jika demikian bukan parti kita saja akan rosak malah agama Islam itu sendiri kita cemari.

    Berbaik-baik dengan orang kafir bukanlah suatu dosa jika orang-orang kafir itu tidak memusuhi kita. Walau jika mereka memusuhi kita kerana kejahilan mereka hendaklah kita cuba sampaikan pengetahuan Islam itu dulu jika mereka masih tidak dapat menerima barulah kita memerangi mereka. Jika ada akan sedikit bibit penerimaan kepada Islam itu janganlah pula kita rosakkannya.


    Wallahua'lam.

    Ahmad Ripaai

  37. ustaz fadzil lantik ustaz nasha jadi SU Agung PAS...mungkin ada kelebihan dilihat di situ..tidaklah saya tahu bagaimana prestasi ustaz nasha selepas di lantik..

  38. satu nak peringat
    apa pdangan ustaz fadzil tentang syiah
    rasanya ISMAIL MINA lebih tau
    dari bakaq yang ,,,,,,,,,, dengan syiah

  39. satu perkara lagi yang bakaq terlupa atau buat-buat lupa
    pandangan al marhum tentang syiah
    aku ingat . surat dari setiausaha agung ust halim
    kata dua - kalau nak syiah tinggal pas atau nak pas tinggal syiah
    rasanya hj ismail mina lebih tau tentang ini dari bakaq
    bakaq nie nampak ........syiah

  40. KALAU BERANI TOLONG SENARAI SAT SAPA GENG MUQA’BALAH’ DAN SAPA GENG ERDOGAN DAN GENG ULAMA!

    NIK ABDUH GENG MANA?

    INGAT BN SAJA BERPUAK-PUAK!
    AKU AHLI PAS DAN AKU DAN KELUARGA BESAG AKU PENGUNDI N12 PENANTI TAU, HANGPA ORG2 PR JAGA2, KALAU DOK PUAK-PUAK, BALAH-BALAH, SAMA MCM BN SAJA BAIK KAMI BAGI UNDI KAT SABERI ‘ANAK TEMPATAN’ BEBAS BARU TAU…ORANG LA CERDIK GUNA PLATFORM POLITIK TAU DAK,NI BUNYI DAH PAK BAKAG PRO SYIAH PULAK, NI NAK JADI SATU GENG LAGI LANI, SENARAIKAN SAPA GENG SYIAH PULAK, BIAG SENANG PUAK UMNO BN MELANTAK HANGPA.......ADA AKAI TAK MAU GUNA.
    KALAU HANGPA ORANG ATASAN TAK MAU SETTLE SESAMA SENDIRI, KAMI AKAN HUKUM HANGPA BAGI SEDAG KEDIRI…..MELUAT!!!!!!!!

  41. belajag sifat 20 saja, tak reti-reti, kutip habih syiah la, muktazilah la, jabariah la, semua hangpa kutip, baik jadi WAHABI, tolak habih semua tu, tak dak dok belajag sifat 20 pun, aqidah mau mantap bang ooooooi

  42. Apa pasai nak ada geng - geng ini, Islam tu kan satu je. Takut ada udang disebalik mee.

  43. Jangan sampai PAS berke 'cai'.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008