Sedap!! Klik gambar di atas!

13 Mei: Najib naik minyak!!

Hari ini 13 Mei. AlhamduliLlah, tak ada orang gila yang merencanakan pertumpahan darah kerana nak mempertahankan kuasa politik. Tetapi, si Najib pulak yang naik minyak.

Hey Datuk Seri Najib, berapa kali awak nak kerah satu Malaysia ubah cara hidup? Awak ingat 20 sen tu sikit ke?

Memang kereta kawan kereta cikai. Tapi kalau awak peras sampai 20 sen satu liter, satu tangki dah banyak mana? Kalau tercukai duit lauk anak-anak kawan dek kerana awak naik minyak tu, awak nak ganti?!!

Nak tukar cara hidup apa bendanya? Cara hidup sekarang pun dah tak tertanggung dek kawan.

Awak tak fikir ke? Kawan ni bukannya berniaga Sukhoi ke, Scorpene ke... Kawan tak banyak duit nak tampung naik minyak awak sampai begitu sekali, Datuk Seri!

Berita berkaitan:
Harga petrol RON97 naik 20 sen
Utusan Malaysia (13/5/09): Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.

Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.

Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan termasuk yang berkuasa tinggi tidak perlu risau dengan kenaikan RON97 kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan minyak RON95.

''Kelebihannya RON95 adalah lebih baik daripada RON92 dengan harganya tidak jauh berbeza.

''Tujuannya ialah untuk menyediakan rakyat dengan minyak yang dari segi prestasi serta kualitinya lebih tinggi dan semua kenderaan termasuk yang selama ini menggunakan RON97 boleh mendapatkan minyak dengan harga lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan minyak petrol RON95 di stesen minyak Petronas di Presint 9D di sini hari ini.

Petronas Dagangan Berhad berjaya merealisasikan pengeluaran RON95 apabila mulai hari ini dan esok, dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mula menjual minyak jenis itu atau dikenali Primax95.

Berkuat kuasa 1 September ini, semua stesen minyak di seluruh negara akan menjual minyak RON95 termasuk pelaksanaan spesifikasi EURO2M bagi petrol dan diesel dalam pasaran.

Sebelum ini, penjualan RON92 adalah lebih rendah iaitu lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol di negara ini sejak tahun 2000.

Spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON91.

Menurut Ismail Sabri, penggunaan petrol RON97 yang besar selama ini adalah satu bentuk pembaziran kerana kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah menggunakan RON yang lebih rendah.

''Keadaan ini menggambarkan bahawa pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan mereka," katanya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, kerajaan sebenarnya tetap memberikan subsidi bagi minyak RON95 iaitu tiga sen seliter sebagaimana sekarang RON97 yang diberikan subsidi sebanyak enam sen seliter.

''Kita tidak boleh kata apabila RON97 dijual dengan harga RM2, kerajaan akan membuat keuntungan kerana trend harga minyak dunia sekarang sedang naik.

''Apa yang penting, harga minyak yang kita tentukan itu tetap akan kekal meskipun harga minyak dunia mungkin mengalami peningkatan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri enggan mengulas ketika ditanya adakah kerajaan mengalami tekanan daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen.

Sebaliknya, beliau mahu orang ramai memberikan tumpuan kepada pengenalan RON95 yang lebih murah berbanding RON97 atau produk petrol premium yang lain.

''Sebenarnya sebelum ini sudah ada produk premium seperti V-Power yang dijual oleh Shell dengan harganya lebih tinggi dan ia tidak dikawal oleh kerajaan.

''Biarpun tidak dikawal tetapi setiap kali ada cadangan untuk menaikkan harga, syarikat minyak perlu membincangkannya dengan kerajaan," katanya.
Tengok pula berita NST hari ini yang nampaknya pandai sungguh tolong boss depa:
Cheaper RON95 petrol from Sept 1

PUTRAJAYA: RON95 petrol will be available at all petrol stations by Sept 1 and will be sold at RM1.75 per litre.

It will replace RON92 petrol, and push RON97 petrol into the premium product category, where it will be sold at RM2 per litre, 20 sen more than its current price.

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said RON95 would be available at all petrol stations, unlike RON92 which was not always available in urban areas.

"We will make sure that it is easy for everyone to buy RON95," he said after the launch of the petrol at a petrol station here yesterday.

RON92, although sold at only RM1.70 per litre, accounted for five to 10 per cent of total petrol sales between 2000 and 2008.

There is no ceiling price for RON97. Oil companies are free to fix their own prices for the premium product.

"But they will have to inform the government if they want to raise the price on their own," said Ismail Sabri.

The government's subsidy formula will also be adjusted to three sen per litre for RON95.

The subsidy for RON97 is currently six sen per litre and it is expected to decrease when the price increases in September.

Ismail Sabri stressed that RON95 was safe and suitable for most types of cars.

"RON95 is standard in most European, American and Japanese petrol companies. We will also make sure that the RON95 sold here is in accordance with EURO2M specifications."

RON95 is already being sold at two Petronas stations in Putrajaya. It comprises 95 per cent octane and five per cent heptane.

RON 97 has 97 per cent octane and three per cent heptane.

Despite this difference, the composition of the base fuel remains the same.

It has been reported that most cars on the road can run on RON92 fuel onwards.

During the NSTLive session with online correspondents at Balai Berita, Bangsar, yesterday, Ismail Sabri gave the assurance that food prices would not go up because RON97 would be more costly.

"Food transporters and manufacturers use diesel and this fuel is not affected in terms of the price," he said.

"RON97 is for high-end luxury cars such as Ferrari. Don't worry, prices of food will not be affected."

Ismail Sabri said RON97 would become a premium product just like Shell V-Power, which retailed for RM2.05.

"Cars in Malaysia do not need RON97. But now you have a choice. We advise consumers to use RON95, which is cheaper than RON97."

To a question whether RON95 would increase the level of carbon emission, Ismail Sabri said other countries had been using RON95 far longer and it had been proven to be environment-friendly.
Berita Harian:
RON95 lebih kualiti, murah

PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan petrol baru, RON95, dijual pada harga RM1.75 seliter bagi memastikan rakyat mendapat bekalan bahan api yang lebih berkualiti dan murah.

Buat permulaan, petrol itu dijual di dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mulai semalam, dinamakan Primax 95, dan akan diikuti syarikat minyak utama lain secara berperingkat sebelum berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 September.

Mulai 1 September juga, petrol RON92 akan dimansuhkan, manakala RON97 dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan 20 sen kepada RM2 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sesuai dengan statusnya sebagai produk premium, harga RON97 tidak akan dikawal kerajaan.

“RON95 pula menjadi produk harga tetap yang dikawal kerajaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan petrol baru itu. Hadir sama ialah Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Pengerusi Petronas Dagangan Berhad, Datuk Anuar Ahmad.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu panik dengan kenaikan harga RON97 di pasaran kerana RON95 menawarkan kualiti dan prestasi sama hebatnya.

Mengenai pemansuhan RON92, beliau berkata, walaupun harga RON95 agak tinggi berbanding RON92 yang kini dijual RM1.70 seliter, petrol baru itu lebih berkualiti.

Ketika ini kadar penggunaan RON92 hanya sekitar lima hingga 10 peratus daripada jumlah penggunaan keseluruhan petrol di negara ini sejak 2000 hingga tahun lalu.

"Pelaksanaan penggunaan RON 95 adalah usaha berterusan bagi memastikan rakyat mendapat kualiti petrol lebih baik pada harga yang disubsidi kerajaan. Semua jenis kereta boleh menggunakan RON95 termasuk yang berkuasa tinggi.

"Selain itu, penggunaan RON95 yang sesuai dengan enjin kenderaan membolehkan pembakaran sempurna dan lebih berkesan sekali gus menyebabkan kurang pelepasan bahan pencemar ke udara," katanya.

Ismail Sabri berkata, penjualan RON95 mendapat sokongan agensi kerajaan berkaitan, syarikat minyak utama serta industri kenderaan bermotor.

"Perbincangan dengan industri kenderaan bermotor mendapati kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini boleh menggunakan RON95," katanya.

Beliau berkata, penggunaan RON95 yang berharga lebih rendah juga popular di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah berbanding RON97.

Mengenai subsidi, Ismail Sabri, kerajaan masih memberi subsidi kepada penjualan petrol termasuk RON95 sebanyak tiga sen seliter.

Dalam pertemuan dengan sidang redaksi Berita Harian di Balai Berita, Kuala Lumpur petang semalam, Ismail Sabri berkata, kerajaan mensasarkan penggunaan RON95 akan meningkat sehingga 95 peratus, berbanding RON97.
Berita The Star:
RON97 to cost more from September

PUTRAJAYA: The RON97 petrol will be sold at RM2 per litre effective Sept 1, which is 20 sen more than its current selling price once the RON95 version is available nationwide.

The RON97 will be sold as a premium petrol product while RON92, the cheapest petrol currently available, will be removed from the market.

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said that RON95, to be sold at RM1.75, would be available to consumers in stages effective today and all petrol stations nationwide would sell the product by Sept 1.

“By Sept 1, RON97 will be the alternative petrol and a premium product. Instead, the RON95 petrol will be the choice petrol for consumers and rest assured, the product is of high quality and is good enough to be filled in even luxury and high-powered cars,” he told reporters after the soft launch of RON95 here yesterday.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is expected to launch the nationwide sale of the petrol in September.

Ismail Sabri said the decision to phase out RON92 would not affect consumers as statistics show that only 5% to 10% of vehicle owners use the petrol, adding that by paying only five sen more for a litre, consumers would get to enjoy better quality petrol.

He said that at RM1.75 per litre, the Government has to fork out three sen in subsidy for RON95 while a subsidy of six sen is paid for every litre of RON97, adding that it could not be determined yet if there would be revenue for the Government when RON97 is sold at RM2 as it depended on the global petrol price.

He said the Government, through his ministry, has implemented various programmes to help the public cushion the effect of an increase in the cost of living, including allocating RM812mil for projects such as distribution of essential goods including rice, cooking oil, sugar, flour and liquified petroleum gas.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kami patuh, kami taat.......( komen parti ameno)
    Kami tentang,rakyat susah,ekonomi masih merosot (komen ahli pembangkang mcm aku)
    Kami tak kisah (komen DAP- Di Atas Pagar )

  2. biaq la kat depa..naikla..tapi ingat..akhirat pasti akan dtg..sembunyi la apa yg patut didunia sementara ni..aku akan heret manusia-manusia laknat ni kat mahkamah Allah S.W. nanti..disitu tidak ada siapa yg dapat meragui keputusan nya..amin..

  3. Kah kah kah

    1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan??

    Kah kah kah

  4. hm..naik minyak la pulak..tak hbs wat kecoh kat perak..minyak plak halnye..nak jd cam paklah la tu..hm..cam ne akan jd dgn taraf hidup rakyat yg kurg berkemampuan..kalu die nak suppotr hidup tak pe jugak..waAllahua'lam..

  5. Macam mana minyak boleh naik lagi ni...
    kalau macam tu suruh Anwar sahajalah jadi PM...agar minyak TURUN....
    Petronas makin kaya sekaya-kayanya...dia orang kerja kat Petronas...BONUS satu tahun sahaja dapat untuk beli sebuah Banglo...
    dia orang bayar cukai pendapat satu tahun mengalahkan jumlah pendapatan aku selama 5 tahun.....ITUPUN BUKAN MANAGER BARU SEKADAR MESIN OPERATOR MLNG SDN BHD.

    INI TIDAK ADIL.....
    INI TIDAK ADIL.....
    INI TIDAK ADIL.....
    INI TIDAK ADIL.....

  6. Salam bang bakaq n family

    Ada pulak pihak buat pekak badak, umpama kontaktor buat jalan kat Klang (tepi greatwall). Mana dia peduli jalan nak jem ke, yg penting dia kat ruang tengah buat kerja selamba, sebab itu bukan masalah dia. Aku taknak sebutlah siapa yg aku umpamakan kontraktor tu.

    Macam tu jugak harga minyak. Peduli apa dgn masalah manusia. Semua orag ada masalah katanya. Org gila je yg takdak masalah. Nak ke kita diumpamakan org gila. Kalau taknak, haruslah terima hakikat bahwa masalah minyak itu sebahagian dari kewarasan hidup.

  7. maknanya minyak merah @ minyak lama naik 5 sen la. tak guna. tang tu pun nak tipu.

  8. pak, jangan spin kuat sangat

  9. Abg Bakaq hang kalut la, RON97 naik kepada RM2 hang buleh guna RON95 RM1.75, murah sikit.

    Janganlah kerana hang tak suka kat PM apa dia buat semua tak betul. Kata suka ikut Saidina Ali. Ingat lagi ka Saidina Ali kata apa? Dengar apa yang dikata bukan siaapa yang berkata.

    Sheikh

  10. celaka punya kerajaan, tukar nama RON sana, RON sini,hujung2 kedua-duanya
    NAIK HARGA!!!

    najis lagi menajiskan!!!

  11. Apa Najip ingat Petronas akan untong ke??? Kami semua dah boikot Petronas.
    Syaitan sentiasa menganaiya rakyat.
    Baca lagi UMNO/BN = Syaitan, dan Devil in disguise di ..

    httP://warongpakyeh.blogspot.com

  12. Kalau putaq alam tu, putaq alam jugak lar...

    Orang tanya pasai apa RON97 naik harga? Depa jawab RON95 lebih murah...
    Bila tanya pasai apa hapuskan RON92? Depa kata RON95 lagi bagus....

    Pi mai pi mai tang tu... Pi balik pi balik kena kat depa jugak... Apa nak buat mentimun dengan durian....

  13. Tak tau lagi ka depa tuuuu, putar dan belit nih dah jadi darah daging depa.. ajak tukar ari tu dok leka, tekena demi tekena baru nak tegadah, mcm tu la gamaknye

  14. Durian kalau dah jadi tempoyak...Timun boleh pi cicah... he..he..
    Last last dua dua kena ngap juga..

  15. apa la mong***a ni..1malaysia, rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan = suma org malaysia, byr minyak mahal2, kocek najib di penuhkan...lol, bguih lg ihup cam zaman prasejarah, toksah pening psl minyak. psl minyak naik je, hrga brng mesti naik lg, bengong pnya gov, ngalahkan israel..terlebih sudah najib oiii!!!!

  16. Kalo tak mampu gunalah RON95 ... ok lar tuh ... ko keta kancil tapi nak pakai V-Power! Aper ke halnyer yop!!

  17. pak bakaq ..

    apa susah ... guna le minyak ron 195 . rm 1.75
    tau le hang tak suka najib , dapat ni berita sukale hang

  18. Wahai encik/cik MR.

    Masalahnya kita mampu... Tapi telah tidak dimampukan. Keta kancil mampu pakai RON97, minyak dia save. Isi penuh tahan seminggu dua (masalahnya.. aku tak pakai keta kancil). Tak betoi kita teguq, kalau betoi kita sokong... Janganlar jadi sokong yang membawa rebah... Cerdik lar skit wahai sesetengah melayu oii...

    -Lu Pikirlar Sendiri-

  19. Najib ni memang master putaq alam + menteri2 tak berapa cerdik , mampus rakyat.Jom pakat2 migrate kat Indon , aku rasa Malaysia ni nak jadi Zimbabwe dah.............

    Org Kubu

  20. Hang nak pi, pi lah. kita orang sayang negeri kita, aman , sejahtera dan senantiasa dirahmati ALLAH .

  21. NAIK..RM2 SAJA, RENDAH LAGI..NAIK LA LAGI...BAGI SAMA NGAN SINGAPORE PUN TAK PA.NAK NAIK SELITER RM10.00 PUN TAK PA, BIAR LA KITA YG TERINGGI.DULU BUAT KLCC NAK TUNJUK KAT DUNIA BAHAWA MALAYSIA ADA BAGUNAN TERTINGGI,MINYAK PUN BUAT LA BAGI YANG TERTINGGI DI DUNIA.BARU GAH DI MATA DUNIA.BIAR MASUK WORLD RECORD.

  22. Nak minyak murah pergi duk Somalia sana.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008