Bila Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempopularkan istilah ulama mee celup, saya teringat kata-kata salah seorang tuan guru yang pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Perak, Almarhum Tuan Guru Haji Mat Saman Kati.
Sejak dari zaman sekolah menengah hinggalah saya meninggalkan Matang kampung saya untuk cari makan di Kuala Lumpur pada tahun 1978, saya sentiasa berusaha untuk tidak ketinggalan mendengar (mendengar bukan belajar) orang belajar agama dari Tuan Guru tersebut di masjid yang saya mampu pergi di dalam kawasan Bukit Gantang hinggalah ke Taiping dan surau Tuan Guru Haji Mat Saman di Batu 4, Kamunting - tidak jauh dari kem puaka tempat menahan orang tanpa bicara.
Antara tempat Tuan Guru Haji Mat Saman mengajar ialah semasa ijtima' ulama bulanan di surau Tuan Guru Haji Ahmad di Sungai Petai. Tuan Guru Haji Ahmad juga adalah Ahli Majlis Fatwa Perak. Seingat saya, keilmuannya lebih disegani dari Tuan Guru Haji Mat Saman. Tuan Guru Haji Ahmad ialah ayah kepada Ustaz Idris Ahmad, kini Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Di Sungai Petai, saya berpeluang mendengar orang belajar agama (saya ulangi lagi, saya tak belajar, hanya mendengar orang belajar sahaja) dari beberapa guru lain termasuk Tuan Guru Haji Ahmad sendiri, Ustaz Abdul Wahab Changkat Ibol dan Prof Madya Datuk Saleh Ahmad (abang Ustaz Idris).
Pada waktu itu, saya sangat mengkagumi Ustaz Saleh kerana kepetahannya mengajar. Saya diberitahu, Ustaz Saleh sangat luas ilmunya. "Mutammimah dalam kepala dia," kata seorang ustaz kepada saya. Apa menatang Mutammimah manalah aku tau!
Rupa-rupanya kitab nahu Arab. Sejak itu, saya percaya sangat Ustaz Saleh mempunyai Ilmu Alat yang hebat untuk mengajar agama.
Kutu macam saya jangankan kitab tu, Matan Jurumiah pun tak habis. Pernah saya cuba-cuba belajar dengan Alahyarham Pak Ngah saya - ustaz kampung macam adiknya, Allahyarham pak saya. Mula-mula saya tak berani tuang (ponteng), takut kat Pak Ngah saya. Takut dia marah. Lama-lama tak larat, aku belah jugak!
Mana nak larat, takat bab pertama pun terkincit-kincit nak hafal "al-kalamu hual-lafdhul murakkabbu bil mufidu.."
Lama-lama, dok fikir-fikir kalau dok kilik celah ketiak kitab Matan Jurumiah tu sampai kitab berbau ketiak, ketiak berbau kitab, baik aku cabut. Bukan saja lari dari mengaji, kalau ternampak Pak Ngah saya pun, saya mesti lari takut dia nampak saya. Jahat daripada belasan tahun lagi aku ni!
Bila berlaku Peristiwa Memali dan saya mendengar Tuan Guru Haji Mat Saman banyak mengecam PAS ketika itu, saya tak berminat lagi dengannya sehinggalah Mat Sabu memberitahu saya "aku dah banyak kali dah ceramah di surau tok guru hang". Terkejut saya. "Bila dia patah balik kat PAS?" saya tanya Mat Sabu. Saya tak ingat apa kami bersembang lepas tu.
Paling akhir sebelum dia kembali ke pangkuan Kekasihanya Yang Mana Berbelas Kasihan, saya dengar Tuan Guru Haji Mat Saman nak buat kenduri sembelih lembu di suraunya sempena ceramah Mat Sabu di situ.
Laa.. ke mana pulak saya melalut ni!
Yang saya nak cerita ialah rungutan Tuan Guru Haji Mat Saman terhadap pelajar-pelajar agama yang menurut beliau belajar pakai "silibus" (syllabus), belajar tebuk-tebuk. "Bila kita tanya hukum, depa mengagau-gagau nak jawab," lebih kurang begitulah rungutannya.
Tengah hari semalam, saya berpeluang makan tengah hari dengan dua orang anak ulama yang mengaji tadah kitab di Masjidil-Haram.
Saya pun bangkitkan apa yang saya dengar dari Tuan Guru Haji Mat Saman. "Betui, ayah ana pun ada kata gitu. Dia pernah kata, (ulama tebuk-tebuk atau ulama silibus) takat bersyarah boleh la. Suruh bagi tau hukum, terketaq-ketaq," kata ustaz itu yang ayahnya Ahli Majlis Fatwa negeri.
Kenyataan beliau disokong oleh seorang lagi anak tuan guru yang juga makan bersama saya semalam. Dia seorang tokoh korporat. Mereka lalu menceritakan panjang lebar perkara-perkara yang saya tak pernah dengar.
Bila balik, saya terbaca pula berita Malaysiakini semalam (29/4/09) bertajuk "PAS: 'Mi celup' lawan 'Mi goreng'". Saya lalu membuat keputusan dalam hati, di Malaysia ni tak ramai ulama mi goreng yang menurut Haji Khalid Samad "lama dalam kuali".
Yang banyak ialah ulama tebuk-tebuk, ulama silibus.
Antara berita dan rencana hari ini:
Husam enggan ulas dakwaan Abduh (Utusan Malaysia)
Nik Abduh dedah perkara sebenar (Utusan Malaysia)
Muktamar putuskan kerajaan perpaduan (Utusan Malaysia)
Kerjasama Umno-Pas: Antara polemik dan kesungguhan (Datuk A Kadir Jasin)

Cantik? Klik 

Aku dipesankan oleh ayah aku dulu - kalau ada yang tak kena dalam keluarga tak perlu dihebahkan sekampung - cari penyelesaian dalaman - tak seselai hari ini tunggu desok - tak selesai esokj tunggu lusa dan seterusnmya - kerja keluarga diteruskan - jangan berbvangga orang serkampung tahu akan sengketa kita walaupun kita berpendirian terbuka - tapi tak kan nak buka kisah kita bergaduh pasal bini datang bulan! - Kerana bila keluar sekampung - ada syaitan ! Ada hantu ! Ada manusia jahat - ada binatang jalang dan iblis dah tentu ambil kesempatan besar - apatah lagi umno!
Ya, jangan tepuk air di dulang...
Haah yek, seladang said.
Kalu hok orang lain punya aib boleh pi ghoyak nun sana riuh sekampung no. Tapi hok PAS hal rumahtangga. Biarlah seimbang.
Kalau student uni skang pon ramai kaki hapal.Tanya ape die belajar langsung tatau.Tambah2 kat Uni pengamal PPSMI.Gi exam bawak toyol sbb takut sgt tak ingat.
Skali gi exam,open book question daa..mati keras tatau nak jawab.
Dulu kecik2 penah jugak dengaq ceramah ustad mat saman kati ni.Skang selalu beli rokok jaa kat koperasi samaniah anak murid dia belakang masjid kemunting.
seladang, kalau hal ehwal dalam seluar dalam orang lain sibuk nak cerita, hal ehwal sendiri pandai pulak malu kalau orang tau..
ko ni pun jenis belajar agama stakat nak hafal ayat Quran nak selit masa ceramah..
Betullah selesai keluarga macam tu, itu kalau anggap pas ni macam keluarga. tapi kalau ada yagn anggap pas ni sebagai platform, maka mereka sanggup buat fitnah terhadap parti sendiri dan menghuru-harakan parti sendiri, melaga-lagakan 2 pemimpin utama, maka penyelesaiannya penting macam Ustaz Nik Abduh buat.
Tuntasnya, mana ada orang dalam keluarga sanggup membuat fitnah tentang ayah dan mak bergaduh.
BIla fitnah itu dah tersebar satu kampung, kata mak ayah kita bergaduh padahal sebenarnya mak ayah kita tak bergaduh, tapi anak angkat dalam keluarga yang buat cerita tu. Orang kampung rasa bila cerita tu mari dari anak angkat tu, nampak macam cerita tu betul, tapi mereka tak tahu yang anak angkat tu niat jahat reka cerita.
Salah kah kalau Ustaz Nik Abduh sebagai anak sebenar (ahli PAS sejati) mendedahkan kepada orang kampung (masyarakat PAS dan rakyat Malaysia) yang dah pandang serong kat kedua ibu bapa (mursyidul am dan presiden)tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga.
Saya tengak penarik beca ni ada beberapa masalah:
1. Tak reti nak beza antara maksud ulama, ulama akhirat dan ulama muktabar.
2. Patutla penarik beca ni duk melalut dalam blog, rupanya mengaji tak habis dan mengaji tebuk.
3. Setakat matan Ajrumiah (bukan matan Jumiah) tu basic je orang mengaji nahu habiskan. Ini menunjukkan betapa Allah memberi kunci kepada penarik beca untuk membuka pintu-pintu agama. Sedangkan nabi bersabda: barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya, Allah akan jadikannya orang yang memahami agama.
4. Justeru itu, kalau bab berita dari penarik beca, kena tapis betul-betul sebab dia jenis payah faham, takut berita dia siar tersilap faham.
5. Lagi confirm ulasan tentang agama daripada penarik beca tak boleh pakai, coz dia ni tak tahu agama, bukan setakat me celup, tapi dah mi basi.
6. Jangan dengar dari penarik beca tentang makna kepimpinan ulama dsb.
7. Kalau nak dengar juga boleh, tapi kena pegang pepatah, 'denngar boleh, pakai jangan.'
mintak tok guru tarik balik anak dia tu dari dunia politik... tak membantu apa pun... cukup la bagi jawatan kat mpkb tuh.. budak tu senang dipengaruhi, gopoh, dan gelojoh... nak jadik macam khairy kot....
budak yang kempunan nakkan kerusi dun kijang...
Salam kepada Anonymous ...Thursday, April 30, 2009 12:19:00 PM MYT
"2. Patutla penarik beca ni duk melalut dalam blog, rupanya mengaji tak habis dan mengaji tebuk."
Yang Anta mengaji habis ke ? Rasa -rasa nya ana anta tak mengaji habis !! tapi kalau habis pun ilmu tu tak memberi manafaat !! Sorry to say that ...
pelanggan tetap taqwa ...nak jumpa jom mlm ni !!!
Teringat cite pak sedara teman polis pencen yang duduk di batu 8 jebong tentang tuan guru nih. Masa tu TGMSK ni mengajar kitab kuning(?) kat mesjid matang ke simpang (dah lupe) dan ayat tajam die ialah "Ce tengok beg saya, kehulu kehilir bawak, merata temat die pegi, ke Mekah, ke Madinah , tpi ape yg die tahu? "
ya hanya dengaq dari ulama sebab depa sahaja yang tahu apa itu kepimpinan ulama. ulama ni orang yang berilmu. ilmu ada macammacam bidang. aku setuju pas 'berkepimpinan ulama' yang dalam ilmu gamanya, tapi untuk maju dan tercapainya matlamat perjuangan, pas perlu juga kepada ulamaulama (ilmuanilmuan bidang lain - profesional). dari segi dakwah, pas perlu ilmuan agama, dari segi politik, pas perlu ilmuan politik. rumah tidak akan naik kalau semuanya pembancuh simen. amat malang ilmuan agama dalam pas terasa mereka dicabar oleh ilmuan profesional. sehingga menyempitkan pengertian ulama hatta 'kepimpinan ulama'?
cuba bayangkan dalam pas tidak ada mujahid yusuf rawa, tidak ada mat sabu, tidak ada husam musa, tidak ada dr zulkifli ahmad, tidak ada doktor siti mariah, tidak ada doktor hatta, tidak ada khalid samad, tidak ada nizar...
dan ulama yang ada, sebagai contoh, melancarkan 'pas for all' sebelum pru 12. ulama yang sama juga terpalit mencemari 'pas for all', kenapa agaknya? jawapan mudah - dia ilmuan agama, lalu tidak dapat 'membaca' selokbelok politik berkaitan citarasa pengundi. mungkin dia tidak puas hati kerana citarasa pengundi memenangkan ramai dari kalangan ilmuan profesional. lalu kini rasa tergugat, lalu dikerah para pemuda agar bangkit pertahankan 'kepimpinan ulama'!
pada ahkir mei akan ada seminar 25 tahun kepimpinan ulama, satu program yang dirancang khusus untuk mempengaruhi para perwakilan ke muktamar pas ke55 supaya mempertahankan ulama! kenapa begitu ketara sekali rasa tercabarnya 'ulama' dalam pas? put aside kepentingan peribadi, jawatan atau duniawi, kerana 'ulama' biarkan diri dipengaruhi oleh penasihat era 60an...we are now in the 21st century mind you! inilah masalahnya. they are still living in the sixties... saya minta maaf kepada semua, khususnya tuantuan guru mursyidul am dan presiden, saya sayangi anda berdua, serta kepada semua ahliahli pas. why choose to be in shit when Al-Qur'an and the sunnah are our guidance?
kepada semua perwakilan ke muktamar pas ke 55 pada jun nanti, anda semua penentu hala tuju pas dengan memilah pemimpinpemimpin yang akan berganding bahu - ulama dan profesional - membawa pas ke hadapan dan dalam masa terdekat mengambilalih dari umno dalam persada politik tanah air! masuklah dewan muktamar nanti dengan 'lillahita'ala', insya' Allah, anda tidak akan silap memilih!
kalau pemimpin solat istikharah sebelum membuat sesautu keputusan, anda perlu sekali melaksanakan solat istikharah supaya pilihan yang dibuat adalah dengan petunjukNya. forget about the sms'es, lobbyists//// kerana kita tida sama dengan umno, ikta tidak sama dengan mereka. kita mempunyai tanggungjawab yang besar, yang memerlukan jiwa besar, yang tidak menelan bulatbulat sesuatu berita (Al-Hujurat:6). hadirilah apajua seminar hatta seminar jublee perak kepimpinan ulama akhir mei nanti, dengarlah, fikrkanlah. bukan semua yang baik didengar akan merbuah kebaikan...
ada orang sebut pasal abu dzar, memohon jawatan, ditolak oleh nabi saw. cuma, bagaimana pula yang bimbang akan dicabar kedudukannya, merancang bermacammacam cara supaya jawatannya tidak tercabar? bukankah itu "meminta jawatan"?
wallahu'alam
wallahu'alam
Ahamad Fuad presiden pas pertama masuk Umno.
Hasan Adli TP pas masuk BN
Asri Presiden Pas masuk Umno
Nakaei Naib Prsiden Pas masuk Umno
Othman Abdullah Naib Presiden pas masuk Umno
HJ Ghazali Losong paling kuat kafir Umno masuk Umno.
Apa macam?
Memberi komen tentang "ulamak" ni agak sensitif. Walau pun "ulamak", tak salah kalau kita berpesan-pesan atas dasar seagama.Nabi Muhammad SAW ada bersabda "Sekiranya sesuatu tugas/tanggungjawab itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya,tunggulah kebinasaannya".Terserahlah kepada Tuan-Tuan Guru dan ulamak-ulamak muda yang interlectual dalam PAS mendalami,menganalisa dan mempraktikkan Hadith ini demi untuk memperkasakan dan kemantapan PAS.Itu sahaja.
Kelahiran Si Tanggang Moden......
Kalau dulu kita pernah di dengarkan cerita Si Tanggang semasa di sekolah rendah, atau dalam buku2 lama dulu......
Tapi, kini seolah2 kita dikejutkan dengan kemunculan Si Tanggang Moden. Kalau dulu kisahnya ialah kurang ajar kepada ibunya, tapi ini lain kisahnya pula iaitu kurang ajar kepada ayahnya.
Kerana apa?
-bersikap kurang ajar menegur ayahnya di tempat terbuka
-sedangkan beliau tinggal serumah dengan ayahnya, dan bila2 masa ada kelapangan boleh berbincang secara sulit
-kenapa dibiarkan lama , kalau betul? baru sekarang nak tunjuk belang?
-menuduh ayahnya tidak pandai politik dan dipengaruhi oleh orang2 sekeliling
-menuduh ayahnya terpengaruh dan tidak bijak membuat keputusan sendiri
-dia lebih hebat dari ayahnya kerana dia boleh nampak "ulama mee celup" tapi ayahnya tak nampak
-dan , dan , dan .....tak gamak nak sebut lagi sikap beliau ni
Jadi , sapa2 nak tengok Si Tanggang Moden ni, silalah ke negeri pantai timur ni.....
Ahamad Fuad presiden pas pertama masuk Umno.
Hasan Adli TP pas masuk BN
Asri Presiden Pas masuk Umno
Nakaei Naib Prsiden Pas masuk Umno
Othman Abdullah Naib Presiden pas masuk Umno
HJ Ghazali Losong paling kuat kafir Umno masuk Umno.
Woit, Mereka semua ni mati dalam Umno. Hampa yg nak muqabelah
dengan umno apakah jadahnya. Nak minta syafaat dari mereka ni ke
ketika di azab di dalam kubur.
Ja'far Ahmadi, Pas Bukit Bintang 14.
anda lak siapa untuk dibandingkan dgn ustaz nik abduh wahai saudara PEMIMPINRAKYAT?????????? berpesan2 kepada yang HAK,DAN BERPESAN2 DENGAN KESABARAN...DAMAIKAN KELUARGA JEMAAH ISLAM yang satu ini........