Sedap!! Klik gambar di atas!

TV tak boleh sebut Razak Baginda

Dah TV pulak dah tak boleh sebut Razak Baginda. Malaysiakini 18 April melaporkan (sila klik imej di sebelah untuk besarkan):
Four private television stations have been ordered not to name political analyst Abdul Razak Baginda when reporting the Altantuya Shaarriibuu murder case.

Malaysiakini has learnt that the top management of Media Prima Berhad - the owner of the four TV stations - had issued a directive on the matter.

The media giant, which is believed to be linked to ruling party Umno, controls the country’s four free-to-air private TV stations - TV3, ntv7, 8TV and tv9.
Tu lah! Sebab tu la orang dok tanya tak renti-renti adakah Datuk Seri Najib Tun Razak hampa terkait dengan pembunuhan broker senjata dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu? Bila orang tanya lagu tu, hampa marah!

Bukan main lagi hampa bangkitkan petua ugama, tanya mana bukti, macam-macam lagilah. Awat yang tak ketahwan sangat?! Kalau ada bukti, nak buat apa tanya-tanya lagi. Terus siarkan bukti dalam blog ini.

Sebab tu la orang dok tanya, awat semacam sangat?! Hari tu, dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, tangkap peniaga jual topeng Altantuya. Ni dah haramkan TV sebut nama Razak Baginda pulak. Tu yang orang tertanya-tanya tu. Awat tak ketahwan sangat?!! Tak ketahwan darat dengan laut!

Sampai nak tanya pun tak boleh. Awat yang teruk sampai lagu tu? Kita tak tuduh apa pun. Kita tanya ja. Bila kita tanya, awat tak ambik tindakan undang terhadap akhbar Liberation yang tuduh macam-macam dan beberapa akhbar lain di sini, bukan main lagi menggelejat marah. Siap bagi warning dan tiba-tiba jadi mufti dan bercakap mengenai beberapa hukum Islam.

Dengaq ni. Aku kalau aku tak bersalah, kalau orang tuduh aku pembunuh Altantuya dalam Dewan Rakyat, aku akan lawan berjabu sampai yang tuduh aku tu tak sanggup dan tak berani langsung dah nak sebut nama Altantuya.

Kalau aku tak bersalah, satu Bukit Gantang malah satu Malaysia pakai topeng Altantuya pun aku tak ambik pot. Bukan takat tu ja, aku akan suruh lagi orang-orang buat topeng Altantuya banyak-banyak. Buat! Buat! Kurang-kurang pun kilang-kilang pengeluar topeng Altantuya dan para peniaga serta penjual ada business baru untuk membantu menjana ekonomi.

Berapa juta orang pun, berapa banyak stesen TV pun nak sebut nama siapa pun, lantak hampalah! Peduli apa aku, aku tak bersalah! Aku tak bunuh dan pernah arahkan bunuh atau letupkan mayat siapa-siapa.

Ni dok buat kelaku pelik tak ketahwan hala, lepas tu bila orang tanya, marah pulak! Ada ka burung tempua bersarang rendah tak pasai-pasai?

Apapun, semua itu pelajaran kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS. Kalau orang PAS buat salah, jangan bela. Jangan sama sekali mengamalkan 'asabiyyah. Saya petik hadith dari sumber mazhab Sunnah wal Jemaah mengenai 'asabiyyah:
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)

"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Banyak contoh 'asabiyyah dalam PAS - menolong kaummu atas kezaliman. Yang paling popular ialah tak boleh tegur langsung pemimpin PAS yang tak perform atau menyembunyikan buruk kelaku pemimpin PAS yang malas dan tak cerdik - masuk mesyuarat setakat bawa telinga ja. Otak dia entah tang mana dia tinggal. Tak pernah bawa otak masuk mesyuarat.

Siapa yang masuk mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setakat bawak telinga ja? Pi tanyalah Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sendiri. Kalau nak tolong PAS, buat kerjalah sikit!

Tak pa lah, saya bagi hint sikit. Dia mengaku sendiri yang dia selalu main telefon dengan Najib yang waktu Timbalan Perdana Menteri. Dia tak la sebut perkataan main telefon. Main telefon tu perkataan saya. Yang pasti masa tu, dia macam bangga sangat dok cerita dia selaku berhubung melalui telefon dengan Najib.

Berkaitan:

Tiada puak dalam PAS (Sinar Harian 17/4/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam pak bakaq,
    depa dah kalut

  2. haha undang2.... hurm
    LINGGAM tape kate ia melanggar hak asasi manusia, maka tak sah... kes altantunya melanggar hak asasi siape lak kut..

  3. Dah dinamakan manusia,,,pemimpin PAS juga manusia,,,,, tentu sifat setia kawan ('asabiyyah) itu ada lah sikit kalau x banyak,,,

  4. Rakyat dok perhati tingkah laku SPR semenjak dua menjak ni asyik sebelahkan UMNO-BN.Dulu masa PRK Parlimen Permatang Pauh,SPR adakan pengundian hari keja.Payahlah rakyat nak ngundi sampai kerajaan negeri Pulau Pinang isytiharkan cuti hari ngundi.

    PRK Parlimen Kuala Terengganu pulak,penamaan calon hari keja tapi kehadiran penyokong PR tetap ramai bahkan semakin bertambah.

    PRK di Parlimen Bukit Gantang,DUN Bukit Selambau dan Batang Ai pulak,SPR isytihar hari ngundi pada hari keja.

    Rakyat dah buat andaian apa yang SPR buat untuk memenangkan UMNO.Tapi semuanya gagal sekarang keluar idea bodoh daripada SPR nak kurangkan jumlah penyokong.Tok rasalah kalau umno menang sure SPR tak kisah.

    Sudah tiba masanya PR membawa ketidakadilan SPR ke pengetahuan dunia.SPR patut jadi badan yang diberikan amanah untuk uruskan pilihanraya bukan jadi lembaga penasihat atau boleh pilih pulak nak adakan pilihanraya atau tak macam yang berlaku kat changkat jering,behrang dan jelapang.SPR bukan mahkamah.

    inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat.puncanya umno takut kalah sampai gunakan spr sebagai talian hayat.itulah persepsi rakyat.kalau dah takut nak betanding,bagilah menang free.kata nak minta restu rakyat.pooodahhh!inilah cakap tak serupa bikin.

    Kehadiran polis yang patut dikurangkan bukannya penyokong PR keraan mereka perabih duit rakyat dah cecah RM46 juta.penyokong PR pakai duit sendiri.

    Eloklah MP PR bawak usul kat parlimen desak Pengerusi SPR ini letak jawatan pasal dah nampak pro UMNO.dulu dia ni KSU KDN.Polis dah sah bawah pengerusi SPR ni.

    Tok serupalah dengan rakyat lain semakin meluat dengan tindak-tanduk SPR kebelakangan ni.Tok yakin semakin cepat jatuh UMNO-BN pasal SPR sendiri dah gagal berfungsi dengan baik.elok kita hantar sekor lembu kat pengerusi SPR ni macam AMK buat kat pengerusi SPRM dulu.

  5. salam,

    Aku hanya tersenyum..kerana bangkai gajah mana boleh tutup dgn daun sireh)pribahasa baru).

  6. mula2 bila kata takboleh sebut nama altantuya aku anggap biasa saja lah..tapi bila nama razak baginda pun tak boleh jugak..aku dah nampak dah..pasai apa tak boleh sebut sbb razak baginda memang ada kes dalam mahkamah berkaitan altantuya..tadi aku tengok kat TV1, Najib dan Rosmah balik ke Pekan..amboi ramainya yg menyambut ..budak2 PLKN dan budak2 sekolah yg paling ramai..dan pertama kali aku tengok PM Malaysia guna bodyguard yg sentiasa mengelilingi dia dalam setiap langkah sampai ke stage ada setimbun lagi pak guard yg menunggu..awat takut sangat Najib? Balik kampung sendiri pun takut ka?

  7. Pak Bakaq, saya ni org kedah kata loyer "qoro/koro" ja, tapi nak explain skit psl isu yang Pak Bakaq tanya dalam posting "Mahkamah Kencing Perlembagaan" tu.

    Dalam kes Zambry tu, Mahkamah perintahkan:

    1)membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan; dan

    2)membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

    Maknanya, Mahkamah batalkan Perintah Sivakumar yang gantung Zambry and the geng... tu SAJA!

    Tapi (ini yg penting), Mahkamah tak setuju permintaan Loyer2 UMNO Zambry untuk bagi Perintah bahawa:

    1)perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang;

    2) Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

    3) Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

    Maknanya, bila Mahkamah tak setuju untuk bagi 3 Perintah di atas seperti yang diminta oleh Loyer2 Zambry, maka secara tak langsung Mahkamah setuju bahawa:

    1) Tindakan Sivakumar gantung Zambry and the geng adalah sah di sisi undang2;
    2) Sivakumar ada kuasa untuk gantung Zambry and the geng.

    Dua Perintah Mahkamah (yg atas skali) tu tadak masalah pon sebenarnya. Mahkamah hanya BATALKAN Perintah Sivakumar saja...biaq la nak batal pon..BUKANNYA Mahkamah bagi perintah yang tindakah Sivakumra tu TAK SAH. Mahkamah still setuju bahawa Sivakumar ada kuasa untuk gantung Zambry and the geng. So, lepas ni kalau Sivakumar nak gantung sekali lagi Zambry and the geng pon tadak masalah. Biaq la Zambry kelam kabut mintak skali lagi Perintah Mahkamah untuk batalkan perintah gantung dari Sivakumar. Bila kena gantung ja, kena pi mahkamah sekali lagi untuk batal. Turun naik Mahkamah la Zambry lepas ni. Kena Gantung ja, pi mahkamah mintak batal. Pastu kena gantung lagi, pi mahkamah pulak lagi mintak batal. Macam kartun! HAHAHAH!!!

  8. Pak Bakaq,

    Petikan dibawah dipetik dari Malaysiakini :

    "Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini.

    "Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa
    pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

    Amboi2!! melayu, kalau dgn bangsa lain engko orang bukan main lagi berpeluk cium..dengan melayu dgn islam engko orang benci sangat..islam mazhab apa yang engko orang anut!

    Ambol2!! alangkah lapangnya dada kawan2 kita dari bangsa lain tu melihat perpecahan melayu.."inilah peluang keemasan kami untuk membuat pelbagai2 tuntutan keatas hak2 melayu!!" begitulah lebih kurang bisikan dihati mereka.

    Bravo, melayu tidak sedar diri..tidak sedar dek untung!! Gadaikan segala2nya asal benda yang engko orang anggap sebagai "kuasa" dapat diperolehi. Ingat, setakat ini nampaknya engko orang kelihatan hanya sebagai kuda tunggangan sahaja!

    Mata kecik sebelah..

  9. Anonymous Saturday, April 18, 2009 1:45:00 PM,

    Aku seronok cara hang bagi komen. Ada stail. Tergelak-gelak aku! Tak pa, itu pendapat hang.

    Hanya nak jawab ckit ja.

    Hang kata, Amboi2!! melayu, kalau dgn bangsa lain engko orang bukan main lagi berpeluk cium..dengan melayu dgn islam engko orang benci sangat..islam mazhab apa yang engko orang anut!Aku lebih rela minum tarik, makan roti bakar dan gelak2 dgn Hindu sebelah rumah aku dari berjumpa dengan Saddam Husin. Tu ja la yang aku nak kata.

  10. Tak pa pak bakaq oii, lepaih ni abang zamry aku pi jumpa dymm sultan minta pekenan adakan sidang dewan. bila dymm kata okey saja, hampa nak kata apa? kalau hampa dok gagah nak komplain juga, aku boleh la pakai modai yang hampa ni memang derhaka!!!

  11. Alhalbani

    Hang tak tau ka? Aku dah lama derhaka.

    Pada tahun 1982, Sultan Perak ketika itu, Idris, telah memerintahkan negeri Perak berhari raya sehari lebih awal dari negeri-negeri lain di Malaysia. Bukan sahaja saya tidak berhari raya pada hari yang dikehendaki Idris itu, malah saya telah mencerca kemerapuan itu.

    Oleh kerana masjid di kampung saya, Matang (lalu kot Matang dulu kalau nak ke Kuala Sepetang yang ramai dok pi makan mee udang yang taklah sedap pun), mengadakan sembahyang Hari Raya lebih awal, pada tahun itu saya bersembahyang Hari Raya di Masjid Changkat Ibol. Ustaz Saleh Ahmad (dulu Akademi Islam UM - saya tak nak pakai gelaran Datuk yg diberi oleh istana kpd penyokong PAS) menjadi imam dan khatib.

    Pada tahun 90an, entah macam mana termelawat muzium raja2 dekat istana di Kuala Kangsar. Lagilah sakit hati bila melawat muzium tu!

    Dah lama derhaka, kan?

  12. Sejak zaman Mahathir 22 tahun lalu kini disambung oleh Najib atas telunjuk Mahathir, jelaslah negara kini sedang diancam oleh kerakusan pemimpin umno yang mahu menutup segala lubang tembelang busuk mereka! SPR + SPRM + Polis + Umno = BN menang?

  13. Mungkin Chedet nasihatkan najib suh buat camtuh.
    sebab chedet kata,

    'tak pa jib... orang melayu ada peel dia.. iaitu..
    melayu mudah lupa!'

    tapi dia tak tau ke..

    kalau melayu dah dendam.. sampai mati pun dia ingat!.

    Tunggu la PRU13!

  14. Mungkin Najib baru lepas tengok cerita David Teo "Jangan Tegur" kut. Hantu AL****UYA dah buat dia meracau ...

  15. Shahrul

    Tak berani nak publish komen Encik. Memang sedap dan komen angkat hempuk macam tu yang saya berkenan, tapi direct sangat. Tak berani!

  16. OK Bakaq, no problem. Aku harap hang paham apa yg aku tulis, cuma sesuatu yg terjadi tu mesti ada sebabnya..kita ni kena kaji apa sebabnya...tp bila nak kaji lebih..ada byk halangan..apa nak buat?..hehehe itu saja.
    ~shahrul~

  17. ok bakaq...aku hrp hg paham apa yang aku nak sampaikan..setiap yg terjadi mesti bersebab... itu saja.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008