Sedap!! Klik gambar di atas!

Semoga Najib jadi PM

Update 8.09 PM

Dok tanya pasai apa saya tulis posting ni? Lagu ni, katakan la PAS menang di sebuah negeri. PAS pun kemukakan nama pemimpin dia yang dapat sokongan majoriti. Katakan nama dia A. Tiba-tiba raja kata dia tak nak. Dia nak N. Buat la apa pun, dia nak N jugak. Masa tu hampa yang di dalam PAS nak sokong tindakan Agong yang kononnya tolak Najib? (Khabar angin bertiup sakan)

Sebab tu, di Terengganu dulu, saya sokong tindakan Sultan ajar orang yang nak sangat jadi MB. Tapi saya tak sokong tindakan PAS buang duit himpun orang ramai-ramai masuk campur. Biaq kat depa la. Kalau kena lagu tu kat kita, lagu mana?!! Pakai tak dak lagu la!! (Posting berkenaan sebelum ni di sini)

Posting asal

Kalau Datuk Seri Najib Tun Razak tak jadi Perdana Menteri kerajaan yang diterajui Umno, hampa ingat Tan Sri Muhyiddin Yassin tu mudah sangat ka nak lawan? Cuba fikir-fikir elok-elok, alangkah baiknya kalau keputusan pemilihan Umno hari tu jadi begini:

Presiden:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik
Tan Sri Mohd Isa Samad

Walaupun yang lain tu pun tak dak masalah kita nak berlawan sebab depa pun banyak hal jugak, sekarang kita hanya ada Najib dan Zahid sahaja. Apa hal pulak nak tolak hadiah yang tinggal dua sahaja?!!

Takut dia ganas dan menindas? Shah Iran yang jatuh dulu bertaimbang rasa dan berlemah lembut ka? Suharto lemah gemalai melayan marhaen? Kalau tak nak berhadapan dengan si ganas yang menindas, baik duduk rumah tengok Gerak Khas!

Yang lain:
Pada saya, tak ada salahnya kenyataan ini
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kok gitu pulak mas bakaq... apa-in gitu....

  2. Berita gempak hari ni.Dalam sidang media tadi,Ustaz Nasha dan dr Hatta Ramli tunjuk gambar FRU buat keja part time pasang poster BN di Bukit Gantang.Tok dapat sumber daripada Tranungkite.net

    Eloklah PR buat bantahan kat SPR.Patutlah ceramah kita kena sekat,tak boleh cakap pasal Altantunya dan ulas tentang pemecatan Nizar.Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

    Tok cadangkan PR dedahkan keja part time FRU ni dalam suara keamanan dan hujah.Jangan lupa bagi gambar tu kat Al Jazeera,BBC,CNN dan lain-lain lagi.
    Biar satu dunia tahu kerajaan UMNO-BN peralatkan polis untuk buat keja kempennya.bukti jelas betapa desperadonya UMNO pasal tak ada orang nak gantung posternya.

    Jangan lupa paparkan dalam blog-blog korang laporan polis yang dibuat oleh YB Idham Lim tentang salahguna kuasa Osman Jialu.Biar satu Changkat Jering tahu dan yakin YB mereka memang tak boleh harap.

    Lagi satu yang bikin gempak seMalaya....jadi ke tak jadi Najib jad PM.Tengok muka Najib dalam gambar tadi macam muka Nizar waktu Sultan erak reject permohonannya untuk bubarkan Dun Perak.

    Itu spekulasi brader.harapan tok yang dikongsi oleh jutaan rakyat Malaysia,eloklah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong tangguhkan dulu atau reject najib sebagai PM sehingga beliau bersihkan dulu imejnya yang telah tercalar.elok juga cadangan PR satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk siasat Najib dan kaitannya dengan Siti Aminah.

    Sultan Mizan pernah menjadi Timbalan yang Di Pertuan Agong dua kali iaitu ketika sultan Selangor menjadi Yang di Pertuan Agong dan selepas itu Raja Perlis ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong.

    Kebijaksanaan baginda amat dikagumi dan dihormati rakyat dan tok seperti rakyat jelata yang lain berharap baginda tuanku menolak dulu cadangan perlantikan najib sebagai PM.

    Marilah kita beramai-ramai hantarkan permohonan agar Najib tak dilantik jadi PM kepada buku pelawat atau emailkan kepada SUSK Yang Di Pertuan Agong.Rakan bloggers boleh tolong berikan email atau buku pelawat itu.

  3. Salam sdr.

    Hah.. saya setuju sangat dengan statement sdr.

  4. suka tengok muka merah padam dalam gambar tu.

    kalau tak terliwat mungkin tahan sembelit..

    apa-apa pun Daulat Tuanku!

  5. ye la mcm cerita dajjal dan imam mahdi

  6. kita dah siap sedia nak sambut PM ke6 di simpang 4 taiping...jumpa di sana semua, jangan hanya pandai komen dalam blog jer!

    Tokden

  7. Nun sana di Iran... ada pemimpin bergelar Ayatollah.....

    Di Malaysia pulak ada pemimpin bergelar Altantuya....

    kah kah kah.... lingkup abih la Malaysia.....

  8. Nak takut apanyer takkan nak tangkap semua org nak bunuh semua org haiyaa..

  9. Tak harap betul aku kat tok jib nie... ntah la, walau sukar terima tapi inilah hakikat politik BeEnd. Mungkin inilah pilihan yang ada pada mereka.

  10. Alahai apa nak dikirakan sangat! 2 X 5 = 5 X 2 = 5 + 5. Siapa mereka ? Cuba teka!

  11. Pak Bakaq, kini tiba lagi hari Jumaat.....
    Saya sudah nampak tanda-tanda kebenaran (mungkin lebih jelas pada 10 pagi esok, Jumaat 3 April) namun masih lagi ada kekeliruan dengan kemelut politik di Perak.......
    Namun saya rasa tak salah kita beristiqomah dengan doa yang pernah saya sarankan tujuh minggu lepas.....

    Agar Kebenaran Allah Muncul jua........

    Dalam kekeliruan ini saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Oleh itu saya memohon kepada semua Umat Islam di Perak agar apabila Tuan khatib membaca Khubah Jumaat setiap minggu apabila doa untuk Sultan Perak dibaca maka bacalah doa berikut dalam hati:

    Doanya:

    SEANDAINYA SULTAN PERAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BETUL DAN IKHLAS UNTUK KEBAIKAN RAKYAT (TANPA ADA APA-APA YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA, SAMADA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU INDIVIDU TERTENTU) maka mohon ALLAH MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KEMBALIKANLAH KEJERNIHAN AGAR SULTAN PERAK DAN KETURUNANNYA BERTAHTA DI HATI RAKYAT DENGAN KEPATUHAN KESELURUHAN RAKYAT TERHADAP BAGINDA.

    SEANDAINYA SULTAN AZLAN DIPERDAYA (DIBONEKAKAN)DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT OLEH PIHAK TERTENTU, maka mohon kepada ALLAH AGAR PIHAK TERSEBUT DIHANCURKAN DENGAN BALASAN YANG TERUK DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN KERAJAAN BN PERAK YANG TERHASIL DARI KEPUTUSAN TERSEBUT DIPOHON AGAR ALLAH MENJAHANAMKANNYA DAN MELAKNATNYA DAN DITUNJUKKAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.

    SEANDAINYA SULTAN DAN PIHAK TERTENTU DENGAN SENGAJA BERSENGKOKOL UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PR SEDIA ADA (PILIHAN RAKYAT MELALUI PU12) DENGAN NIAT JAHAT UNTUK KEPENTINGAN JAHAT TERTENTU, MUSNAHKANLAH, HANCURKANLAH, JAHANAMKANLAH KESEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DAN PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGAN NIAT JAHAT TERSEBUT TERMASUK SULTAN, TUNJUKKAN NATIJAHNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. AMINN

    MELALUI DOA RAKYAT PERAK yang ramai ini dan seandainya Rakyat Perak dianiaya dan dizalimi saya yakin doa tersebut Mahbul, KERANA TIADA JARAK PERMISAH ANTARA ALLAH DAN ORANG YANG DIZALIMI, DAN MAHBUL DOA ORANG YANG DIZALIMI (ini adalah sebahagian daripada Hadis Nabi dan Tuan Mufti Perak boleh mengesahkannya.

    TUANKU SRI PADUKA SULTAN PERAK, PATIK DAN SELURUH RAKYAT PERAK INGIN MELIHAT NATIJAH DISEBALIK DOA TERSEBUT YANG SECARA AUTOMATIKNYA MENJAWAB KEKELIRUAN KAMI. BIAR ALLAH MENENTUKANNYA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA ADIL DAN MAHA BIJAKSANA. WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH

    Saya akan terus menyarankan cara ini sehingga kebenaran muncul tanpa putus asa.......

    BAGI SAYA CARA TERBAIK MENYELESAIKAN KEMELUT INI IALAH DENGAN MEMBUBARKAN DUN PERAK.

    -------PEMINAT LAKSA PADANG POLO------

    Saya tolong memanjangkan saranan Peminat Laksa Padang Polo, kerana beliau sibuk.

    ----MinDA teNANG----

  12. habis la....

  13. Sekiranya Najib tidak diterima sebagai PM...
    Adakah beliau akan menggunakan perkataan "sembah derhaka" yang mana puak-puak UMNO/BN telah putar belitkan maksud "sembah derhaka" tersebut....
    Ini akan menjadi senjata makan tuan....

    Apa pun kita tunggu penjelasan Najib.....

    Tetapi sehingga kini Najib masih mendiamkan diri...
    Tidak seperti 2 bulan dahulu, sewaktu beliau mengadap Sultan Perak dengan tidak sabar-sabar beliau membuat "press statement" dan disiarkan dengan meluas oleh Media Arus Perdana sehingga merampas kerajaan Perak kaedah KUDETA.
    Bukan sahaja Najib mendiamkan diri, malahan Media Arus Perdana turut sama mendiamkan diri dalam menyiarkan dan mengulas prestiwa "muka merah" Najib.....

    Apa-apa pun kita tunggulah besok jam 10 pagi....

    Apa-apapun besok hari Jumaat, saya masih peminat setia "Peminat Laksa Padang Polo"...

    ----minDA teNANG------

  14. Sehari sebelum PRK Bukit Gantang, Najib akan turun padang ke Bukit Gantang meninjau petugas-petugas UMNO-BN bekerja ke makan tidur ke dengan ditemani mamak memanda menteri pencen dan pak lah.Najib sebagai PM akan berucap berapi-api membakar semangat totok umno.Bila dah sampai tahap gaban ada yang rasa panas sampai terjun sungai.macam minum kopi kapal api.

    Janji manis najib bukit gantang akan dijadikan hub atau segitiga emas perak.melayu nak ke mana lepas ni?melayu umno tak kisah.dah lama dah melayu umno tak kisah.Pemimpin umno beri singapura kat lee kuan yew,melayu umno tak kisah.melayu umno bising nizar jadi boneka DAP tapi buat pekak badak je bila Gerakan perintah pulau pinang sejak 1969.

    Najibpun letaklah batu asas bagi real sikit drama ala-ala Samarinda.kalau kalahpun tak siapa yang ingat najib letak batu asas kat situ.kata mamak memanda menteri pencen,melayu mudah lupa.hakikatnya melayu umno yang mudah lupa.

    Najib percaya dengan ditemani pak lah dan mamak menteri pencen,watak wirawan tahap laksamana do re mi akan menawan hati pengundi Bukit Gantang walhal mereka tak ubah seperti three stooges buat rakyat.

    media totok umno akan war-warkan kabinet dapur bakal dibentuk najib.

    Biarkanlah badut-badut umno ini membuat aksi menghiburkan rakyat.jika rakyat tak bertepuk tangan biarlah mereka syok sendiri.
    Melayari impian menggapai cita-cita membentuk melayu glokal yang taat setia kepada najib dan umno.

    Rakyat kini dah bijak.Sandiwara umno jadi bahan gurauan.Sesumpah dan katak jadi mainan umno.akhir kata najib melaungkan suara lemak merdunya,umno boleh.rakyat tanya apa yang boleh.boleh apa lagi....boleh blah.......

  15. Saya setuju sangat-sangat dengan posting pak bakaq ini.

  16. Aku suka Najib jadi PM. Bila dia jadi PM, dia akan lebih porak perandakan negara. Bila dah jadi macam tu, lagi cepatlah jangka hayat UMNO dan BN.

    Tapi porak peranda ni mungkin boleh menyakitkan kita dululah.

    Tapi tak mengapalah.

    Bila kita sakit, kenalah dulu sakit nak makan macam-macam ubat sebab nakkan sihat.

    Ala...kejap je sakit sikit. Lepas tu bahagia selamanya.

  17. najib pm msia ke 6 = betul
    rosmah sebenarnya yg jadi pm msia ke 6 = lagi betulllllllll

  18. Bakaq,
    Mati beranganlah engkau bakaq. Kejap lagi Najib angkat sumpah jadi PM. Mati berangan jugaklah engkau nak tubuhkan negara isle sebab nizar yg jd balaci dap tu dah tak ngaku pas nk tubuh negara isle. Apa lagi yg engko nk putaq bakaq. Bawak2 tobat, dosa ko banyak buat fitnah kat orang.

  19. salam pak bakaq..

    dalam kita berpolitik jgn lupa kedudukan negara dan rakyat menjadi taruhan..

    dari sudut politik mungkin najib lebih mudah diserang nanti berbanding muhyiddin..

    tapi dari sudut pentadbiran negara dan kebajikan rakyat, pemimpin yg dipilh adalah amat penting..

    kita berlainan fahaman politik tapi dalam masa yg sama kepentingan negara dan rakyatnya adalah tanggungjawab bersama..

    jika yg menerajui UMNO adalah pemimpin yg berkaliber, sekurang2nya dapat menjaga kepentingan rakyat dan negara, kita akan bantu dan sokong perkara2 kebaikan yg dibawa.. demi kepentingan negara dan kita rakyat seluruhnya..
    walaupun UMNO itu sendiri yg merosakkan kepimpinan, tapi UMNO dan BN masih memerintah.. tidak dpt lari dunia melihat kita melalui mereka..

    jika imej yg ditonjolkan pemimpin kita tidak baik, kita sebagai rakyat akan terkena tempiasnya.. kita mmg bukan sebuah negara Islam dan sebaris dgn negara2 sekular yg lain dimana terus diperalatkan oleh yahudi dan kristian dimana negara2 Islam di dunia pun tidaklah sebenarnya memandang tinggi kdp kita..

    kini di peringkat negara2 yg bukan Islam pun tidak akan menghormati kita diatas dasar2 kemanusiaan.. kerana Najib terpalit dgn isu keadilan dan kemanusiaan. tuduhan terhadap najib itu adalah membabitkan ketidakadilan dan perbuatan diluar bata2 kemanusiaan.. beliau tidak pula menafikannya.. Imej najib amat teruk di dunia ketika ini..

    kemana negara kita akan dibawa dgn pentadbiran beliau.. untuk menjatuhkan najib peluang yg ada 4 tahun dari sekarang.. tapi dlm 4 tahun mcm2 yg tidak diingini boleh berlaku.. dan kita tak amhu kezaliman semakin bermaharajalela.. najib dah ada track record merupakan seorang yg zalim dijangka lebih zalim dari mahathir..

    kita mungkin kalah apabila UMNO diketuai oleh seorang yg berwibawa, tapi asalkan negara tak dipimpin dgn teruk, kita masih boleh bernafas dgn lega.. kita bersaing dlm politik dgn cara sihat.. utk memperjuangkan dasar masing2.. tapi kita tak mahu yg berkuasa itu merupakan seorang yang gelojoh, berfikiran sempit dan kejam. akibatnya akan ditanggung oleh rakyat, lagi2 yg sekarang pun dah nyawa2 ikan dgn keadaan ekonomi yg parah.. mereka ni tak ada masa nak ambil peduli hal politik dan lain2, mereka sibuk mencari mkn kais pg mkn pg kais ptg mkn ptg.. jika negara diterajui pemimpin yg ternyata hanya mementingkan menumbangkan lwn dgn cara apa sekalipun, cara kotor dan jijik. yg menjadi mangsa mereka yg tidak tahu menahu perkembangan politik ini, kerana dia tak akan ada masa terluang utk menjenguk perihal mereka ini walaupun sesaat..

  20. Tahniah diatas perlantikan Najib sbg Perdana menteri ke 6... Maka dgn ini lengkaplah teori RAHMAN yg diidam-idamkan oleh UMNO. Dengan itu maka akan berakhirlah era pemerintahan UMNO selepas huruf yg ke6(N-Najib) Dlam teori RHMAN tsb.

    Bila akan berakhir??? PRU ke 13.

    Teruskan perjuanga di 2 Bukit 1 Batang. Sesungguhnya perjuangan rakyat baru bermula tetapi perjuangan UMNO sudah tiba ke jurang kemusnahan.

    TAKBIR....

  21. koramg kalau polis pasang bendera korang tak pa demokrasi tapi kalau polis psang bendera umno tak boleh pulak tengkorak korang

  22. Aku ni macam ada six sense lah...aku macam dapt rasa lepas ni kezaliman mesti semakin menjadi2..penindasan mesti semakin berleluasa..perancangan2 kotor dari pemikir-pemikir mereka mesti semakin licik..remaja rosak akhlak pasti bertambah2, jenayah2 pasti mendadak2, negara hilang wibawa..intergeriti dalam pentadbiran dimampuskan...kaki membodek mengampu jangan cerita lah...kalau dulu 500% tapi lepas ni jadi 1000%...kau semua tengoklah nanti...tengoklah nanti...bantuan2 kepada penyokong dan pembodek pasti mencurah2...caya lah cakap aku...aku jamin...benda ni pasti jadi sebab KUASA dah dalam tangan...NAK TAKUT APA??????????!! HA HA HA..Opps jangan susah hati...kejap je seronok kat dunia ni..baik mulai sekarang kumpul harta pahala pulak sebanyak2 mungkin untuk keseronokan di akhirat yang kekal abadi tu..yang dah rosak dan zalim tu biar mereka bermaharaja lela terus dengan kerosakan dan kezalimannya...semua tu black list dan di reject oleh Allah dari masuk kesyurgaNYA.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008