Berikut ialah tulisan asal yang kemudian diedit dan disiarkan dalam versi cetak akhbar Siasah terbaru (banyak artikel bagus-bagus dalam Siasah terbaru dan yang saya suka ialah artikel tulisan Ustaz Mujahid Yusof Rawa):
Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April lalu, PAS hanya mampu memperolehi 43 peratus sahaja undi Melayu. Itu yang dinyatakan oleh Pengarah Operasi (PAS) Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi Rabu lalu. Dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu, calon PAS Allahyarham Roslan Shaharom mendapat 47 peratus undi Melayu dan kira-kira 65 peratus undi bukan Melayu.Bacalah pula apa yang ditulis oleh Wan Nik dalam blognya - "Bukit Gantang: Orang Melayu tolak PAS" Mesti baca!
Kira-kira pukul 11.59 pagi pada hari pengundian, apabila berkesempatan masuk sekejap ke kafe siber di Simpang setelah melarikan diri sekejap dari kampung saya di Matang (kedua-duanya dalam kawasan Bukit Gantang), saya menulis seperti berikut: "Kita tumpu undi Melayu, kalau hilang 10 peratus pun dari 47 peratus pengundi Melayu yang dulunya undi PAS itu (bukan dari semua jumlah pengundi), saya rasa PAS masih dapat kira-kira 42 peratus undi Melayu".
Nampaknya jangkaan saya pagi itu tidaklah jauh berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh Asmuni.
Saya menjangkakan undi Melayu kepada PAS akan merosot berdasarkan keberkesanan Umno memainkan isu "boneka derhaka". Tidak mustahak untuk dibincangkan sama ada tuduhan itu betul atau tidak. Tetapi, Umno berjaya mengapi-apikan sentimen perkauman sempit apabila ia tak henti-henti menyalak dengan tuduhan kononnya Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah boneka DAP yang derhaka kepada Sultan Perak.
Sebelum pilihan raya kecil itu, saya bersembang merata kedai dengan aorang ramai di dalam kawasan Bukit Gantang dan juga di Taiping. Saja-saja saya tanya peluang PAS dalam pilihan raya kecil itu. Lagi tiga hari sebelum pilihan raya, dari enam orang pengundi Melayu yang saya temui, lima orang mengungkit-ungkit isu boneka derhaka.
Seorang pengundi yang saya temui ketika melepaskan gian dan nostalgia saya di gerai cendol Bismillah di Taiping terus terang menyifatkan Mohammad Nizar sebagai "barua Cina". Saya sampaikan dapatan "kajian" saya itu (konon-konon kajianlah tu!) kepada beberapa pemimpin PAS. Hanya dua orang yang jawab iaitu Haji Mohamad Sabu dan Dr Mohd Hatta Ramli. Saya tak ingat apa jawapan mereka. Yang lain mungkin termenung tak tau nak kata apa. Mungkin.
Sebab itulah dengan hati yang berdebuk-debak saya jangkakan hanya kira-kira 42.3 peratus sahaja pengundi Melayu di Bukit Gantang akan mengundi PAS. Yang lain akan tolak PAS kerana dirasuk emosi akibat petaka "boneka derhaka" itu.
Kira-kira lapan hari sebelum mengundi, ada kawan yang membisikkan bahawa PAS akan menang dengan majoriti kira-kira 3,000 undi. Saya beritahu beberapa kawan, kalau satu hari 300 pengundi dari jangkaan 3,000 undi majoriti itu berpaling tadah dari PAS, kita akan menang dengan majoriti 600 undi sahaja. "Tapi kalau setiap hari dalam masa lapan hari itu kita susut 400 undi, bungkus kita!" saya memberitahu kawan-kawan.
Majoriti 600 undi pun sayayakin PAS tetap menang. Tidaklah seperti orang tertentu yang memberi taklimat PAS mungkin kalah. Saya teringat kata-kata yang selalu digunakan Hishamuddin Rais, "apa punya turr!"
Nasib baik PAS menang dengan majoriti 2,789 undi. Kira-kira tak lari jauhlah dari jangkaan 3,000 majoriti itu.
Kebimbangan terhadap merosotnya undi Melayu kepada PAS memang menjadi hantu yang menakutkan saya ketika itu. Saya pernah sebut dalam satu majlis di Kota Bharu bahawa isu perkauman bagaikan roti Mongolia yang sangat laris dalam pasaran politik Melayu. Kita pula jual roti apa yang mampu laris di pasaran?!
Lebih menakutkan lagi ialah keberkesanan Umno mengapi-apikan sentimen perkauman itu. Orang-orang Umno bijak memilih istilah yang laris dalam pasaran sentimen Melayu. Saya selalu sebut kepada beberapa pemimpin PAS bahawa parti itu amat lemah dalam bab political lingustic. Saya beri contoh bagaimana berkesannya Sukarno bermain-main dengan emosi rakyat Indonesia dan menyatukan mereka dengan kata-kata "Ganyang Malaysia" sehingga mereka terlupa tekanan ekonomi yang menghimpit mereka waktu itu.
"PAS lemah tahap Seri Perdana bab tu," kata saya kepada beberapa pemimpin PAS. Ada yang bersetuju, ada yang debik saya balik. Biasalah tu.
Hari ini, pilihan raya kecil Bukit Gantang memperlihatkan keberkesanan kata-kata "boneka derhaka" yang seolah-olah menjadi wirid harian Umno itu. Ia seolah-olah sama hebat dengan kata-kata "Ganyang Malaysia" yang pernah digunakan Sukarno di zaman konfrontasi dahulu.
Memang, ketika keputusan pilihan raya kecil tersebut diumumkan, saya bangga sangat menjadi anak Kampung Matang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Tetapi, apabila sudah sahih PAS kehilangan begitu banyak undi Melayu, saya kecewa sangat terhadap kegagalan para pemimpin PAS menangani "political onslaught" Umno itu.
Meskipun begitu, saya dah malas dah nak menyalahkan para pemimpin PAS. Saya tak kisah langsung bakaq ini dipandang sebagai musuh. Yang saya tak tahan ialah soalan "siapa bocorkan maklumat kepada bakaq?"










Cantik? Klik 






salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe
link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html
orang BAWAHANan tak ambil peduli,orang ATASan tak ambil kisah.Kita dah kuat dengan sokongan orang lain.Tak ada orang melayu pun tak jadi hal.Anggapan masing2 orang melayu semua dah pandai memilih.Hah!pandai sangat la tu!
kan dah ada dalam hadis. kalau orang (islam) melayu beragama islam, tak mahu nak menolong agama Allah(islam),Maka Allah akan datangkan satu bangsa lain yang nak tolong agama Allah(Islam).
sapa-sapa para Ust-Ust yang pernah dan boleh terangkan secara detail tolong jelaskan sikit T kasih.
Ada 3 UPU Melayu yang PAS meningkat undi di Sepetang iaitu Sg. Limau, Kg. Jaha dan Kg. Menteri.
JPN kena tanya PAS Kawasan yang jaga UPU ini , gerak kerja yang mereka buat sehingga undi PAS boleh naik, majoriti BN kurang sedangkan UPU Melayu lain boleh merudum undi PAS.
JPN jangan malu kepada PAS Kawasan ini.
pak bakaq,
eloklah kalau dah insaf dan bertaubat dari melakukan kerja salah menyalah ni,
bak kata orang putih "blaming game".
yang penting, bincang dan bermusyawarahlah secara beradab dalam jamaah islam,
bukan berbahas di warung2 dan kedai kopi taqwa semata mata.
banyakkan buat rujukan kapada pandangan ulamak2 muktabar supaya kita mendapat
panduan yang lebih bermakna.
cabaran yang paling besar sekarang ini, bagaimana jamaah PAS dapat mengisi segala
harapan rakyat/ummah dlm menghadapi bahaya MAHATHIRISM yang kembali menguasai pemerintah negara pada masa ini.
Pas mungkin menang dan mungkin kalah. Kekuatan Pas adalah akar umbinya terlalu kukuh dan terpajak kemas. Tak mungkin angin sepoi-sepoi bahasa boleh menggugat akar umbi Pas.Namun Pas boleh tumbang disebabkan pucuknya ada penyakit BA dan BN. Maksud BA adalah buta angka dan BN adalah bodoh nombor.
Lihat diTerengganu, Pas ditipu hidup-hidup apabila angka dan nombor pengundi berubah. Begitu juga di Kedah, sepatutnya dah lama menang kalau kajian terhadap angka dan nombor dibuat secara mendalam dan sistemetik. Di Kelantan, kalau tidak kerana angka dan nombor akar umbi terlalu besar necaya rebahnya serambi Mekah mungkin berlaku.
Antara yang membezakan PR dengan BN ialah, pemimpin-pemimpin dalam PR ni boleh dikritik oleh penyokongnya, kalau nak lebih meriah lagi kritiklah melalui TV3..
Jadi terimalah segala kritikan dengan hati yang terbuka, walaupun pahit tapi ada kebenarannya..
Dengan kritikanlah kita boleh meningkat maju, cuba bayangkan kalau Pemimpin dalam PR mempunyai penyokong macam penyokong BN. Menyampaikan apa yang sedap didengar saja kepada pemimpin.Dan yang dah jadi pemimpin tu pulak jangan lah merasakan diri tu hebat sangat dah..
Cuma ingat... RAKYAT HIRE, RAKYAT FIRED...ni aku pinjam kata-kata sapa tah, aku pun dah lupa.
Lagi satu buat peringatan Petugas-petugas PAS walau dimana berada...
Dari PRK Permatang Pauh lepas tu Kuala Terengganu, lepas tu 2 Bukit pulak,
apa yang aku perhatikan petugas-petugas PAS ni susah nak senyum..mungkin korang letih, yang tu aku faham, pasal aku jentera pilihanraya PRK P044 hari tu. Tapi bukan semua orang faham macam aku faham.
Jadi senyumlah bila bertugas tu..Kan senyum itu sedekah. takkan nak senyum pun kedekut..
Itulah yang terjadi. Bukan sekarang tapi dari dahulu lagi. Sikap pengundi melayu memang sudah di jangka. Cuma kesilapan tidak di ambil iktibar oleh pimpinan. Kadang-kadang sikap terlalu yakin kepada mood rakyat membawa padah. Keikhlasan di antara pimpinan PR juga nampak agak rapuh. Ini menjadi barah yang sukar di ubati jika tidak ada tindakan drastik di adakan. Salam
Salam untuk semua.
Aku pun demikian juga .....setiap kali mesyuarat, setiap kali ada perjumpaan dalaman dengan para petugas........aku sering sebut kita akan kalah. kerana beberapa sebab bla......bla........
Tapi aku pernah kata jugak kalu PAS menang sebanyak 3,000 undi itu mengambarkan rakyat@pengundi Perak@Bukit gantang tidak bersetuju dengan Kerajaan Pintu Belakang.
Tapi aku sebut juga kalau pengundi Cina di Kuala Sepetang meningkatkan kemarahan dan ketidak percayaan mereka kepada BN, PAS masih boleh menang besar.
bagi aku, semua petugas jangan terlalu over confident.........terlebih khayal...Ke Kuala Sepetang bukan untuk kerja-kerja kempen Pilihan raya, tetapi hanya sekadar mengisi perut dengan mee udang. Sepanjang pilihan raya.........beratus aku habiskan berbelanja Mee udang di Salleh Stall (since 1956)........ terliur juga kalau Salleh ada jual maggi Udang.
Pak Bakaq,
* Aku percaya kalu pihak berlawan di atas padang yang sama rata dah tentu lebih ramai melayu mengundi PAS.
* Bkt Gantang adalah by election. Rasuah turun dgn dasyatnya disana. Lihat blog Perisik RAkyat. Pelbagai barangan diberikan dari jalan tar sehingga ke basikal, kain dan macam2 lagi.
* Harakah di gantung.
*Permit ceramah dinafikan berbanding BN.
*Bodyguard BN menjaga rumah2 pengundi agar pengempen2 Pakatan tidak dapat menghampiri. especially di Trong.
*Sebab tu undi Melayu berkurangan.
# Ini hanya pendapat aku yang dhaif.
Betul sangat artikel ini, mmg ada kebenarannya.. kajian berpilih saya sekitar kampung saya pun memberi gambaran yg sama, saya agak risau masa tu. Atas t/jawab saya kena citer gak kat org2 tua-tua kat sini. Yang bagus nya, depa ni cakap berlapik gak, takde kata 'barua cina'. tp itu la hakikatnya... SEBAB takda information yg tepat. Tak semua depa ni beli harakah. Camner ehh.. sekali sekala (tak perlu tunggu pilihanraya) bagi je akhbar ala non-politik yg menjurus ke arah kesedaran. Apa kata BN tulis gak tp lebih kurang sama yg ada dlm paper. Pastu di sudut sebelahnya, diulas balik dgn jawapan, apa agama kata. Nampak mcm bukan politik dan mcm tak sokong mana2. Bagi si pembaca yg buat kesimpulan. Pada yg ada agama, mungkin faham mana baik dan buruk. Dan bagi pandangan saya, 90% org2 muda mmg paham dan masih sokong PAS. Kalau nak seribu daya, kalu tak nak malas laa..
patut la lain mcm jer muka mujahid pg tu...huhu
Aku rasa bukan HARAKAH kena gantung. Semasa Pilihan Raya Kecil P059. Harakah diterbitkan juga dan diedarkan juga kepada pengundi secara free. Selain daripada Harakah Buletin Bukit Gantang juga diedarkan.
Entahlah kalau petuas yang dipertanggungjawabkan tak edar kepada golongan pengundi sasaran di UPU tempat bertugas. Aku rasa berdosa besar kalau petuas luar bawa balik ke Negeri masing-masing Harakah Free dan Buletin BG. Sebab siaran tersebut hanya untuk pengundi.
Yang ke-2 aku rasa hanya Muslimat saja yang aktif kempen dari rumah kerumah. Muslimain hanya berbual kosong dan bercakap besar di warong kopi atau di Bilik Gerakan.
Yang ke-3, aku rasa la kalau result macam ni. Takdirnya Zamry mengadap Tuanku bubarkan Dewan (DUN) letih juga Pakatan Rakyat nak menang besar.
Yang Ke-4 Aku doakan Zamry bubarkan DUN. Barulah kita anak jantan sejati. Bubar jangan tak bubar
Salam kat awang batuburok said dll...
Setuju dengan sebahagian besor pendapat anda ! cuma nak tanya berbahas /bersembang di warung2 dan kedai kopi taqwa dan bukan taqwa tak boleh ke ???
Aku rasa tempat2 sebegini pun boleh terutama bagi ahli 2 PAS dan yang bukan ahli pas atau gologan marhain dalam PAS ....ini lah satu 2 nya tempat yang boleh bertukar minda dan mendapat info ......
Undi melayu menurun ada banyak faktor ..ada faktor yang boleh kita cegah dan ada juga yg tak dapat elak ...TAPI Yang penting bagi aku ,Pemimpin 2 tertinggi PAS mesti menjadi contoh kepada ahli nya dan kepada orang 2 lain ...Pemimpin PAS banyak bercakap pasal rasuah dan kronism ,,,pasti kan yang Pemimpin PAS tak buat benda 2 tuu ,baru lah orang respek ....NI kalau duduk
1. sibuk nak buat buisness / bahan balok
2. Sibuk nak berkereta besar
3. ceramah pilih 2 tempat pulak ,kalau ramai datang tapi kalau sedikit tak nak datang
4. Naik flight nak duduk buisness class, pakai kasut berjenama
Contohi lah UMAR ABD.AZIZ... wassalam sekadar sembang 2
Pelanggan tetap taqwa ..
apa yang hampa susah hati sangat, dulu pun umno menang kerana undi cina dan india. Pasai tu depa buat persempadanan pilihanraya dengan 30%-40% undi bukan melayu. La ni dunia dah terbalik, depa rancang, ALLAH juga rancang. Senjata makan tuan. Yang penting Ahli PAS dan PR terus beristiqamah.
saya nak minta pas bekerja lebih kuat lagi utk pr akan dtg. terutama muslimat pas lembik sgt. tak de semangat nak berjuang utk parti. harap boleh sediakan pelapis muslimat. pada parti keadilan juga harap dapat sediakan logistic utk berkempen.