Sedap!! Klik gambar di atas!

Satu Altantuya, Pembohongan Didahulukan, Pengeboman Diutamakan

Rujukan posting ini:
Najib: Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Bernama)

Satu Altantuya

Jika kerajaan Mongolia berpendapat keputusan mahkamah menunjukkan perbicaraan dan prosiding yang tidak adil dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seluruh negara itu akan menjadi "Satu Altantuya" yang mungkin mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke mahkamah antarabangsa sebagai saksi.

Sila baca berita berikut yang disiarkan Harakah edisi cetak dalam bulan November tahun lalu:
KUALA LUMPUR: Jika beliau dipanggil untuk memberi keterangan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan berhadapan dengan mahkamah antarabangsa jika kerajaan Mongolia membawa kes pembunuhan Altantuya Shaariibu ke mahkamah tersebut.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dituduh bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, Menteri Hubungan Luar negara itu, Batbold Sukhbaatar mengingatkan, jika keputusan mahkamah menunjukkan perbicaraan dan prosiding yang tidak adil, kerajaan Mongolia mempunyai alasan yang kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah antarabangsa untuk membela hak dan kepentingan rakyatnya.

Dalam suratnya kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, agensi berita Montsame melaporkan Satbold mengingatkan supaya Rais memberi perhatian kepada perbicaraan tersebut dan memastikan keputusan mahkamah bebas dari dari sebarang pengaruh politik serta pengaruh luar yang lain.

Menurut agensi berita itu, kerajaan Mongolia amat kesal dengan keputusan membebaskan Abdul Razak.

Kerajaan Mongolia juga, lapor Montsame, mengulangi penegasan bahawa ia sentiasa memberi perhatian kepada perbicaraan jenayah kejam itu.

Perdana Menteri dan Menteri Luar Mongolia telah menghantar dua surat setiap seorang kepada rakan sejawatan mereka di Malaysia mengenai perbicaraan pembunuhan itu.

Abdul Razak sebelum ini dituduh bersubahat dengan dua yang lain,Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu pada Oktober 19, 2006 di Puncak Alam, Shah Alam.

Pada 29 Jun tahun lalu, seorang saksi perbicaraan, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh Utusan Malaysia memberi keterangan seperti berikut dalam mahkamah:

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"

Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”

Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Laporan berkaitan juga dapat dilihat dalam berita Malaysiakini pada tarikh yang sama bertajuk "Najib seen with Altantuya".

Ketika diminta mengulas perkara itu, Najib dilaporkan berkata, ekoran kes itu masih dibicarakan di mahkamah, adalah tidak elok untuk sesiapa memberi komen.
Pembohongan Didahulukan

Berikut ialah tuduhan akhbar Liberation terhadap Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya ulangi, tuduhan:
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Apabila disebut tuduhan, ia belum tentu betul. Boleh jadi Arnaud Dubus yang tulis artikel itu adalah agen Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh A Voice di sini. Boleh jadi dia cakap betul. Jika A Voice cakap betul, kita harap sangat Najib akan buat seperti apa yang disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam posting blognya yang bertajuk "We should all come clean":
The BMF scandal of the 1980’s also had its share of lurid detail. There too a large sum of money and a murder was involved. An unseen hand had woven the threads of the story around me to destroy me politically. But when international newspapers alleged that I was involved in any wrongdoing, I took action against each and every one of them in their home jurisdictions.

I sued The Telegraph and The Sunday Times of the UK, and The South China Morning Post of Hong Kong. I won all three cases, the newspapers published unreserved apologies and printed retractions covering half a broadsheet page each, and I came away with a tidy sum of money for my trouble.
Kenapa Najib liat sangat nak buat seperti apa yang disarankan Razaleigh?

Kita harap sangat tuduhan si Dubus itu tak betul. Kita harap sangat Najib mengambil tindakan undang-undang ke atas Dubus, Liberation dan akhbar-akhbar lain di sini. Segeralah pancung kelancangan mereka wahai Perdana Menteri negaraku! Ambil tindakan undang-undang dan cincang kelancangan akhbar-akhbar itu di negara mereka sendiri seperti yang pernah dilakukan Razaleigh. Biar mampus tak hidup-hidup lagi dakwaan itu dan dengan tenang, lapang dan senang beliau boleh mencanang dan memenangkan agendanya - Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tak larat dah kita nak dengar orang tuduh yang bukan-bukan kepada Perdana Menteri negara kita. Kita mahu Perdana Menteri negara kita dilihat bersih (sila lihat soal selidik di atas sebelah kanan blog ini). Tak larat dah nak dengar orang asyik tanya, kalau nak bayar komisyen yang tak berapa duit kepada Altantuya pun pembohongan didahulukan, apa jaminan janji projek berjuta-juta dan berbilion-bilion kepada rakyat tiada pembohongan yang didahulukan? Itu pun belum lagi diambilkira janji-janji kononnya tak nak utamakan kekerasan seperti ISA dan cakap-cakap lain yang sedap-sedap sehingga rakyat berharap-harap.

Jika benar ada komisyen kepada Altantuya, kalaulah dibayar komisyen yang tak berapa duit sangat tu, tentulah tak perlu diutamakan pengeboman. Jika benar ada komisyen kepada Altantuya, apa bangangnya yang janji nak bagi lepas tu nak bohong pulak?! AS$500,000 pun nak tipu?!!

Pengeboman Diutamakan

Liberation dan si Dubus juga menuduh seperti berikut:
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Pihak pendakwa dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya juga menyatakan bahan letupan C4 digunakan dalam pembunuhan Altantuya. C4 adalah bahan letupan yang sangat eksklusif. Sedangkan, dalam perbicaraan kes Altantuya itu, Timbalan Komander Unit Tindakan Khas (UTK), Asisten Komisioner (ACP) Mastor Mohd. Ariff memberitahu mahkamah bahawa bahan itu tidak digunakan dalam UTK.

Jika benar C4 digunakan oleh dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar untuk meletupkan Altantuya, bagaimana mereka mendapatkannya? Adakah berlaku kecurian C4 dalam simpanan Kementerian Pertahanan? Jika berlaku kecurian, sudah adakah laporan kepada pihak berkuasa mengenai kecurian itu? Jika sudah ada laporan kepada pihak berkuasa mengenai kecurian C4, sudahkah siasatan dibuat? Jika dibuat siasatan, sejauh manakah siasatan itu? Jika siasatan telah selesai, apa hasil siasatan itu? Bahan C4 melibatkan isu keselamatan yang sangat sensitif. Mengapa semuanya tersembunyi dari pengetahuan umum dan tidak ada ketelusan?

Jika C4 tidak digunakan, mengapa tidak ada penafian rasmi dari pihak kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan? Ini bukan penggunaan mercun katak. Seludup mercun katak pun diburu dan ditangkap polis. Adakah mercun katak lebih berbahaya dan sensitif dari C4?

Jika C4 tidak digunakan, mengapa kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Liberation yang mendakwa "Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan"?

Banyak lagi persoalan lain. Jenuh kalau nak tanya.

Tetapi, jika benar Altantuya naik histeria kerana hendakkan komisyennya yang dilaporkan hanya bernilai AS$500,000 dan tiga tiket penerbangan untuk balik ke Mongolia (alahaaaaiii!!), yang kelakar sangatnya, awat yang berkira sangat duit yang sangat ciput nilainya itu di sisi mana-mana broker senjata antarabangsa sehingga naik gila dan mengutamakan pengeboman?

Tak kiralah guna C4, plastic explosive (PE), stun grenade, detonater, detonater cord, thunderflash, CLC (Cutting Liner Charge) atau apa saja, awat yang gatai sangat nak mengganas dengan bom dek kerana kedekut tak bertempat?!!

Tengok, sekarang siapa yang menanggung malu? Bukan setakat Perdana Menteri negara kita, dengan kita-kita pun malu sekali. Malu sangat-sangat!!!

Menarik hari ini:
Umno 'khianati' Melayu/Bumi? Pengajaran buat Melayu/Bumiputera (Maruz)


Ihsan Malaysia Today 5/3/09




Sila klik untuk besarkan imej-imej di atas
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Komisyen boleh bayar tapi, anak yang dalam perut tu kalau lahir akan menentukan anak siapa????????

  2. Kah Kah Kah (ikut Hishamudin Rais)
    Apa punya turrrr.
    Kalau macam tu dah lama dah Bush kena dakwa dek rakyat Iraq.
    Woi sudah sudahlah
    Jangan nak memperbodohkan rakyat Malaysia
    Kes jolok bontot pun tak selesai lagi....

  3. giler...lepas baca keterangan sirul ni....aku rasa elok jugak kena hukum bunuh mangkuk nie...dah tak nampak mcm manusia jer perangai sirul ni....
    tapi alang2 ko dah nak kena hukum bunuh tu..tarik2 la sama sapa2 lagi yg terlibat...baru syok sikit....ni ko sorang jer yg kena....bodoh tul.

  4. Kalau dah betul memang layak le kena gantung.Masalahnya yg lain tu sebab pa lepas semua.Sirul ni minat benar kat Altantuya sampai bunuh dia sebab RB dan NR pun minat jadi nak elak dari melepas dia pun melepaskan tembakan hehehe
    Betul ke gitu?Atau sebaliknya.

  5. Adil ke hukuman gantung pada bebudak UTK tu? Berkesan ker? Tak ketinggalan zaman ker? Mana Jamil Khir? Berapa RM nak jual Islam Hadhari?

    Bulan Penuh 2012

  6. Mereka yang pandai memagar Najib Rosmah berjaya mendapat tempat dalam kabinet Najib Rosmah yang diarahkan oleh Mahathir! Yang menjadi mangsa ialah mereka yang amat taat dengan bossnya! Buat apa saja, terimalah apa saja! Nak buat macam mana! Si setia selalunya menjadi mangsa mereka yang berkuasa!

  7. Saya terfikir, thinking out loud, kata orang putih... opps.. mungkin bukan terfikir, tapi tertanya-tanya sendirian... adakah rekod imigresen Tun Tuya dan saudara-saudaranya terhapus selepas Tun Tuya dicebis-cebiskan atau sebelum.. kalau selepas maksudnya seseorang atau sekumpulan orang-orang mengharapkan tiada siapa pun tahu, not even God, knows that Tun Tuya ever existed. Kesilapan dua mata-mata gelap (yang mungkin sudah gelap mata ketika itu) tersebut ialah gagal menutup mulut dua saudara Tun Tuya yang datang bersama-samanya. Sebabnya jelas, kerana mata-mata gelap tersebut tidak diARAHKAN oleh pengarah filem The Al Tun Two Ya untuk juga menembak, mengC4ed, mencebiskan dan menghapuskan kelibat dua saksi tersebut into the thin air.. Kesimpulannya filem drama seram ini mesti ada Pengarah.... yang mempunyai kuasa untuk menyapu rekod imigrasi, mencetak rompak C4, mewayangkulitkan perbicaraan dan menutup segala pintu-pintu kebenaran... hanya Allah yang Maha Mengetahui... justice will prevail, insyaAllah..

  8. KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

    1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

    2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

    3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

    4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

    5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

    Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

    Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

    Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

    Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

    "Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

    "Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.

    Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.

    Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

    "Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

    "Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya. - azm _
    -------------------------------------
    Korang dah baca? Bagus! Kalau Najib ada telor dan kalau Rosmah ada puki, mesti depa dah jawap dah tentang hal ni. Begitu jugak Razak Baginda kalau dia masih ada stamina nak buat bayi. Ni x. Tiga3 ekor cam siamang gagap. PIIIIDAAAHHHH BN!!!!

  9. sedih melihat saudara seislam & rakyat malaysia amnya amat suka memfitnah & fitnah dipergunakan seolah2 kebenaran..
    Inilah yg dikatakan umat akhir zaman.. Dosa & neraka tidak lagi diendah & tidak lagi ditakuti..
    Saudara penulis yg sgt confident DSN bersalah dlm kes ini.. Mcm nilah.. terdapat ramai di pihak PR termasuk DSAI, RPK dll yg mengatakan mempunyai bukti yg dpt mensabitkn DSN ke muka keadilan..
    Saya seru mereka2 yg kononnya mempunyai bukti tersebut utk mendedahkannya.. kerana 2 nyawa menjadi pertaruhan.. ttp sehingga kini tiada apa2? knp? kerana ia adalah fitnah semata2..

    http://other-perspektif.blogspot.com/

  10. Yang kita nak tengok sangat ialah keadilan, maruah dan kejantanan. Bagi seorang insan yang dinafikan haknya dan dihukum sekejam itu adalah tersasar jauh dari neraca keadilan. Saya tumpang sedih bagi pihak keluarga altantuya. Saya setuju amat dengan garapan pak bakaq yang PM kita mesti lawan dengan akhbar2 luar negara kerana ini adalah maruah. KuLi juga memberikan suatu flashback yang menggiurkan kalau betul anak jantan. Ada berani?

  11. apa kata kita ajak geng2 bn buat demo skali dgn pr,tuntut najib saman akhbar antarabangsa tu.kita reverse saiko sikit.

  12. kahahah...ptuiii..semua kes belum selesai dah..selesai di mahkamah rimba kek mesia...tetapi MAHKAMAH ALLAH S.W.T nnti rasakan semuanya tue...

  13. fitnah...

  14. ini la yg mengaku ulama yg pandai agama tp tak ikut sunah nabi,suka membuka aib orang walaupun tak tentu betul atau tidak.. nasihat aku la jgn tuduh org lain tanpa bukti,kalau setakat dengar cerita tak cukup itu dah kira macam dengar cerita org mengumpat la tak tentu kesahihan. Kalau betul tak pa tapi kalau fitnah?? tak pasal-pasal boleh masuk syurga dah kena minta belas kasihan org yg difutnah.. walaupun org tu masuk neraka juga.. Nabi cakap ulama kena jaga lidah tetapi nampaknya sekarang ramai yg mengaku ulama tak reti jaga lidah..

    semoga allah melindungi umat islam dimalaysia daripada fitnah daripada kaum ulama yg batil

  15. Bakaq, hang tu orang Islam. Jangan hasut, respond kepada fitnah, menyemarakkan cerita-cerita yang belum ada bukti kukuh dan nyata. Hang ada saksi ke yang boleh kata ' Najib kasi arahan untuk membunuh kepada Azilah depan aku'. Itu pun hearsay..

  16. Siapa perempuan melayu yang berada sekali dengan mereka itu.

  17. ramai kat sini bodoh piang cakap bakaq buat fitnah, point penting yang bakaq nak kasi tu ialah pasai banyak persoalan tak terjawab, banyak benda terselindung, dan nama najib pm kita sekarang ni busuk dan sebusuknya pasai kes ni, bakaq mintak najib bersihkan nama dia dengan saman akhbar2 luar negara ni macam ku li dan haji hadi penah buat, bodoh piang betul la...itu pon takleh pikir ka, najib takdak akai ka sebagai pm nak bersihkan nama dia...

  18. Sedih sungguh bila ramai bangang2 yang pekat macam commentor anaklangkawi kat atas tu. Buta ke aper ni? Tak reti baca ker report polis kat atas nun? Sedara tak duduk di tempat keluarga altantuya jadi sedara tak rasa apa2. Ini soal nyawa dan nilai2 murni seorang manusia. Anjing kurap pun tak boleh dibunuh sesuka hati. Betapa indah dan damainya ajaran Islam. Kaji ler balik pasal C4 dan kenyataan sirul yang beliau menjadi kambing hitam. Usah bicara soal bukti untuk dikemukakan sebab kalau ada pun orang yang bawa bukti tu nanti kena penjara tak pasal2. All is not lost

  19. Fitnah tak fitnah....bro yg jadik persoalannye mcm mane 2 mamat UTK terlibat dlm kes bunuh tuya, depa lansung xkenal tuya buat pe depa bunuh. Satu lagik camne rekod imigresan keluar masuk tuya n the geng hilang, 2 yg hairan. Ape pasai boss 2 mamak UTK (Musa Safri), tak di panggil mahkamah. Sedangkan beliau yg arah depa utk kes tuya n razak nih. Yg pasti ade watak2 sebenar dibelakang yg memainkan peranan, mereka ni xdiketengahkan n identiti tak didedahkan

  20. yap...masih ade komen2 yg xbernas n kurang pemahaman dlm kes tuya ni. Seribu mcm satu persoalaan timbul dlm kes tuya...
    1. penglibatan UTK
    2. penggunaan C4
    3. rekod imegresan terpadam/hilang
    4. persoalaan sepupu tuya mengenai najib mkn mlm bersama2 tuya n razak
    5. pertukaran Hakim
    6. pertukaran barisan peguam
    7. saksi2 tertentu xdipanggil

  21. Apabila membaca komen-komen diatas saya dapati sungguh hebat pemikiran orang-orang malaysia ini dan seolah-olah mereka lebih ariff tentang pembunuhan Attantuya.Jgn risau Tuhan Maha Adil dan Saksama. lambat laun kebenaran akan timbul jua.Inilah politik tanahair kita ini. Cukup hebat dan kadangkala sungguh menjijikkan baik pada BN ataupun Pakatan Rakyat.Hairan dan pelik ramai yang kata ada bukti kenapa sampai hari ini DS Najib sudah pun menjadi PM dan hanya cerita berlegar-legar di dalam Parlimen sahaja.Persoalannya takkan Yang Di Pertuan Agung berkenan DS najib menjadi PM malaysia.Mesti terlebih dahulu mendapat kepastian dari mulut DS Najib sebelum mengangkat sumpah.Isu ini sudah menjadi buah mulut setiap rakyat Malaysia, tetapi kenapa Raja Petra tidak berani berkata benar siapa yang memberi maklumat kepada beliau sehinggakan ada "Surat Akaun Bersumpah".Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh RPK demi untuk negara ini.Selagi beliau mendiam diri, selagi itu ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam menanggong dosa yang tidak terhingga kerana menbuat cerita yang tiada bukti yang kukuh.Hanya dari mulut ke mulut.Rosak macam ini.Dan che bakaq kita kalau anda ada bukti, demi untuk agama, bangsa dan negara tampil sebagai anak jantan.Kalau setakat hanya maklumat tanpa bukti, anda tahukah apa hukumnya sedangkan penampilan anda cukup hebat untuk menaikkan syiar Islam di negara ini.Nauzubillah.

  22. ada yang bebal lagi pemahaman tentang posting hang ni bakaq! depa ni pikiaq pakai otak kanan. sesiapa yang pakai otak kanan ni lurus bendul sikit. ca pakai otak kiri baru paham bahasa. dato seri bakaq bukan tuduh tapi dato seri tanya. banyak pertanyaan yang belum terjawab. sa lagi kalau tak buat kena bersihkan nama kat mahkamah.

    otak kanan
    12
    x 12
    144

    otak kiri
    12 x 12 = (12x1=12+2=(14)(2x2=(4)
    = 144

    tok pengulu

  23. Salam kepada Anonymous said on Tuesday, April 14, 2009 1:49:00 PM MYT

    Sila saudara jawab dan fikir semua Seribu mcm satu persoalaan timbul dlm kes altantuuya tuuu...
    1. penglibatan UTK (bertindak hanya atas arahan = UTK)
    2. penggunaan C4 (hanya ada dalam simpanan tentera malaysia = mustahil ketua turus tentera tak tau .siapa jaga pada waktuu itu = sila selidik..ADA REPORT BARANG C4 HILANG KEERRR???)
    3. rekod imegresan terpadam/hilang (ni atas arahan siapa = pegawai imigresen sila tampil ke hadapan)
    4. persoalaan sepupu tuya mengenai najib mkn mlm bersama2 altantuya n razak(dalam mahkamah = tengok surat khabar lerr)
    5. pertukaran Hakim
    6. pertukaran barisan peguam
    7. saksi2 tertentu x dipanggil(HAKIM TAK DER BATU ????)

    INI SEMUA SENDIWARA MURAHAN ????...LUUU TAK FIKIR KER ???

    Hakim malaysia dan pendakwaraya yang mengedalikan kes tuuu tak der batuu KEEEER ???,,,sorok kebenaran kerana takut periuk nasi terjejas KEEERRR...BANG BAKAQ ITU HANYA PENDAPAT AKUUU ....

  24. MASAALAH PALING BESAR nak bocor rahsia dan pendedahan maklumat kat malaysia ni...ialah...apabila yang dituduh itu orang besar2, berpangkat dan bertaraf dunia...manakala yang menuduh itu pula orang biasa2 aje, maka selalu kedapatan orang yang dituduh itu terlalu ramai pembelanya...sehingga dia NAMPAK BENAR walau pun dia lah dalangnya...manakala yang menuduh pula yang ditangkap malah kalau tak cukup dengan itu di ISA kan...siapa yang nak berani buka rahsia???? CUBA TANYA DIRI SENDIRI...Polis-polis siapa cengkam? Mata-mata gelap cawangan khas siapa cengkam? mahkamah siapa cengkam? kehakiman siapa cengkam? lain-lain badan kerajaan siapa cengkam...? kalau kita mampu berfikir dua hala...kita akan dapat jawapan yang paling LOGIK sekali dlam hal yang memalukan tetapi sangat menyakitkan hati ini.

  25. PEMBETULAN ( TAK MAKSUM )

    ada yang bebal lagi pemahaman tentang posting hang ni bakaq! depa ni pikiaq pakai otak kanan. sesiapa yang pakai otak kanan ni lurus bendul sikit. ca pakai otak kiri baru paham bahasa. dato seri bakaq bukan tuduh tapi dato seri tanya. banyak pertanyaan yang belum terjawab. sa lagi kalau tak buat kena bersihkan nama kat mahkamah.

    otak kanan (YANG BIASA DIAJAR DI SEKOLAH @PPSMI)
    12
    x 12
    24
    12
    144

    otak kiri (KREATIF SEDIKIT)
    12 x 12 = (12x1=12+2=(14)(2x2=(4)=144


    tok pengulu

  26. mangkok hayun yg nak sgt bukti kononnya ia fitnah sebenarnya menghidapi sindrom otk lembab.dalam mahkamah sendiri pon bila nak ditunjukkan bukti hakim terus potong..dan bila dah ada pengakuan berani mcm Bala tu tup tup bala pon hilang.Bukalah hati wahai pengampu umno semua.umno cuma nama sama la dgn pakatan rakyat.kita diberikan akal maka wajib kita berfikir sebelum membuat sebarang keputusan.Najib adalah pm yang paling teruk peribadinya.Dan jangan kita tersalah memilih kelak kita juga akan disoal di padang mahsyar..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008