Sedap!! Klik gambar di atas!

Penghias jendela dan Altantuya

Nak kata tak reti bahasa takut mengamuk pulak peminat-peminat Datuk Seri Najib Tun Razak. Orang tuntut mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dia pi bebaskan 13 orang saja-saja nak buat penghias jendela. Setakat window dressing tak main la woi!!

Dah jadi macam satu fesyen pulak puak ni. Bila naik, bebaskan tahanan ISA. Lepas tu, buru dan sumbat lebih ramai lagi di dalam tahanan. Orang tua-tua kata, taktik menipu takat sekali orang percaya la. Tapi kalau dah jadi amalan harian, siapa nak percaya?

Apa pun, nama suami Laila tidak ada dalam senarai mereka yang dibebaskan. Barangkali kerana Laila dikehendaki membayar harga yang mahal kerana penglibatan aktifnya dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mungkin Laila dan anak-anak menaruh segala harapan bila mendengar 13 orang dibebaskan. Tetapi, alangkah hampanya mereka bila nama orang yang mereka nanti-nantikan tak ada dalam senarai.

Baguslah dalam ucapan yang dah lama sungguh Najib gian nak menyampaikannya, banyak sungguh dicampak-campakkan entah apa-apa. Yang gian nak mengutipnya bolehlah kutip seperti kucing jalanan menerkam tulang ikan yang dicampak orang. Malangnya, ada yang tertinggal dalam ucapan itu.

Rakyat Malaysia yang terpaksa menerima Najib sebagai Perdana Menteri masih menanti-nantikan penegasan suami Datin Seri Rosmah Mansor itu bahawa beliau akan menyaman akhbar Liberation dan semua media yang dijerit pekikkan sebagai memfitnahnya di tempat media-media itu diterbitkan seperti yang pernah dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah (sudah-sudahlah berangan tu, Ku!).

Selagi Najib tak saman media-media itu serta dibuktikan bahawa mereka memfitnahnya tanpa keraguan yang munasabah, seperti yang saya katakan sebelum ini, kita berada dalam keadaan tak berdaya - sama seperti tidak berdayanya Najib memisahkan nama Altantuya dari dirinya, kita juga tak berdaya memisahkan nama Altantuya dan Perdana Menteri keenam itu.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ape akan jadi dengan Geng Tingkat 4...adakah akan diterajang keluar oleh PM Baru Dapat Pangkat

  2. Baik, baik ada makna tu kena berigat jangan dok seronok apa yang Najib umumkan.Mula mula semua manis ,sedap didengar lepas ni sapa yang dok terpikat apa yang Najib cakap silap2 kena "kencing manis",mula2 potong ibu jari kaki ,lepas tu tumit,lepas tu kepala lutut, last sekali cabang peha.

  3. maknanya tiada kes prima facie yang menyabitkan roh altantuya dgn najib maka saman lah! berapa pound nak saman tuan haji?

  4. Mari kita berkenalan muka2 baru yang akan muncul dalam arena perniagaan malaysia... http://stocktube.blogspot.com/2009/04/pm-najibs-cronies-and-their-related.html

  5. Aduhai Mr Clean,
    2003..Datang mu penuh gemercing,
    Niat mu mungkin clean,
    Amat dicemburui gerombolan hancing,
    2008..dirimu dicemuh macam kurap kucing,
    2009..dirimu dijijikkan macam kudis anjing,
    3 april dirimu dihalau terguling-guling.

    Aduhai Mr.C4,
    datangmu berkobar-kobar,
    rakyat gerun berdebar-debar,
    cemas umpama berdepan siular besar,
    segala akta menjadi pagar,
    Ya Allah Yang Maha Akbar,
    selamatkanlah kami dari segala munkar!!!

  6. Cakaplah apa yang korang nak cakap.

    Najib dah jadi PM dan dia dah buat apa yang dia nak buat.

    Benci sangat dekat Najib tak pernah lagi dengar dia nayakan rakyat Malaysia. Anwar dulu pernah nayakan Ghafar Baba.

  7. Fun fair dan sarkas telah bermula. Selamat datang ke Rumah Hantu.

  8. Assalamualaikum warahmatullah.

    Pak Bakaq.

    Apakata kita doakan agar Najib membuat perubahan yang menyeluruh,perubahan dari sekular kepada Islam syumul,samada dalam dirinya,bininya dan keluarganya,mungkin najib tahu dirinya banyak melakukan fajarah,oleh itu dia ingin membersihkan dirinya dengan taubat nasuha.

    Setalah ia melakukan taubat nasuha kepada Allah kita doakan Najib melakukuan perubahan dalam pentadbirannya,jadikan perlembagaan malaysia yg ada kepada perlembagaan Islam,jika ulamak UMNO tidak dapat menggubalnya,dan jika Najib tak yakin dengan ulamak PAS jemput ulamak tersohor seluruh dunia untuk melaksanakannya.

    Perubahan awal yang besar yang perlu Najib lakukan di Malaysia,bubar DUN perak adakan pilihanraya,biar rakyat tentukan kerjaan mereka,jika OMNO-BN menag UMNO-BN lah yang memerentah,dan jika PR menang PR lah memerentah,Najib tak rugi apa-apa,kerana Perak masih dalam Malaysia dan perak masih di bawah pentadbiran PM-Najib,jika ini berlaku maka umat Melayu dan Islan akan bersatu dan seluruh rakyat Malaysia akan menikmati kemakmuran,keadilan dan kesejahteraan tulin.

    Akurasa inilah juga yang selalu didoa dan diratibkan oleh Mursidul Am PAS yang aku sayangi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh pendokong PAS termasuk aku dan orang-orang yang memperjuangkannya.AMIN YA RABBAL ALAMIEN.TABIR.....

  9. Pak Bako,
    Tumpang lalu. Serba tak kena nampak!

  10. http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs :

    "mana ada di dalam transkrip, PAS kata dia nak menubuhkan negara Islam? - DS Nizar"

    Pengubat penghias jendela.

  11. Our leaders should work for the interest of the people, and they should answer to us THE POEPLE, and NOT the other way around..

    We should evaluate our MPs and ministers based on what they do not on what they say..

    We should learn our lesson from the american people who choose obama as their leader, and obama promised for change...

    All of them are fooled...
    OBAMA did the complete opposite of everythin that he promised during his presidential campaign.

    -->soldiers are still in iraq
    -->more troops are send to Afghan
    -->Bailouts of bankers

    and so much more

    for more info: search on Youtube: "the OBAMA DECEPTION"

    Check these websites to have a different view on how our world works

    infowars.com
    prisomplanet.com
    davivicke.com

  12. Najib tak perlu melayan penulis2 tali barut macam kau ni..karang cerita satira kemudian suruh orang saman..betul2 takdak pekdak punyaaa

  13. Could this be part of the ‘campaign’ that is being mentioned in the article below, extracted from https://airkosong.com/_/2009/04/03/a-deadly-distract-and-go-for-the-kill-campaign-by-najib/ ?

    A deadly ‘distract and go for the kill’ campaign by Najib

    It could be late by now, but we should all be made aware of a potentially deadly campaign by Najib brewing behind the scene, much of the campaign has already been executed with success.

    It is a campaign planned with such precision and minute details that I compare it to what Mahathir has done during the fall-out crisis with Anwar in 1998. Furthermore, the campaign has one distinctive characteristic: it is robust to cope with the expected, as it has turned out that along the way many unexpected events have happened but the campaign cope with them well.

    It all started with the coup d’état in Perak in Feb. Najib gang swung into action to grab the power of the state. After the infamous ’second visit to the palace’, where many quarters have speculated as the return trip for either deal making or arm-twisting by Najib, the fate of the PR state government duely elected by the rakyat was sealed, when the Sultan decided to take side of Najib.

    Then came the fateful events that vacated the Parlimen seat of Bukit Gantang and the state seat of Bukit Selambau. The by-elections are clearly tough battles for Najib and could be fatal to the imminent power transition to Najib slated for April. Much earlier on, UMNO general assembly was already scheduled for Mar 24-28. The factional fights for positions were expected to be divisive and chaotic for the party. The two potential deadly blows from the ‘Two Bukits’ cannot come before or around then.

    That is where the campaign made the Election Commission did the job: fixing the nomination day for the by-elections to be one day exactly after the UMNO general assembly, and the polling day on Apr 7.

    Most of us did not take Apr 7 with much meaning, except it is a weekday. But it is so significant with what the subservient EC has done:

    A weekday of course will reduce turn-out, usually affecting outstation voters who are commonly known to be anti BN.

    The weekend immediately before Apr 7 is the Cheng Ming weekend for Chinese. Also known as Tomb Sweeping Day or Qingming Festival, most Chinese would travel back to their hometown to pay their respect to their elders who have passed on. Apr 7 being a Tueday, Chinese voters of the Two Bukits, commonly recognised to be anti BN too, are unlikely to extend their stay all the way. Hence reducing opposition votes further.
    Most important of all, the campaigning period, from Mar 29 to Apr 6, covers a very important event: the power transition from Abdullah to Najib. The opposition and most of concerned Malaysians would be so occupied by the campaign that any resistence to the transition is kept at very low level. This is the largest distraction to us all for Najib to go for his first kill.
    Along the process, the unexpected also happened in Sarawak, that led to the by-election of Batang Ai. The subsevient EC again did what the campaign needed: include Batang Ai with the same by-election schedule. Two potential deadly blows are no difference from three potential deadly blows, but Batang Ai, far from the tsunamic Peninsula Malaysia and with a different voter composition, could offer a potential consolation to the BN to reduce the impact of the Two Bukits. How convenient the EC to oblige.

    At Bukit Selambau, the record number of independent candidates puzzled all of us. By now, we have the answer. And need I say anything else but it’s part of the campaign?

    Then on the judiciary side, where many high-profile cases related to Perak are in progress, the campaign has again planned and executes its steps carefully. First on Mar 23, the Federal Court returned the case of Nizar vs. Zambry to KL High Court, much to people’s surprise. Two new judges were parachuted into the KL High Court. The original High Court judge, Justice Lau Bee Lan, who is well respected in the legal fraternity, is not assigned for the case that she has been so familiar with. Instead, a new judge, Justice Abdul Aziz Abdul Rahim, on his first day at KL High Court after being transferred from Kuching High Court, is given the case. He shiftly decided that the first action is to decide if leave should be granted for the case to proceed. So today at 3pm, the decision will be made. It will be no surprise that the decision will be a rejection of leave, therefore summarily deal a blow to the case brought by Nizar.

    The significance is the timing. While any decision at the KL High Court can be appealed, so all is not lost for Nizar as far as the case is concerned, but it immediately adds to the perceived ‘legitimacy’ of Zambry as an installed (vs. an elected) menteri besar, which BN has been fighting very hard in facing the rakyat. The timing will be fatal to Nizar, who is the PAS candidate of Bukit Gantang by-election. “The court has decided no case for Nizar” will ring loud all over the sky of Bukit Gantang, seriously hurting Nizar’s image.

    Then there is another new judge, Justice Balia Yusof Wahi, being parachuted on the case of Perak Speaker with the three ‘frog’ state assembly representatives. He is a High Court civil division judge who had been brought specifically from Kuala Lumpur to hear the case in Ipoh. According to Edmund Bon, the lawyer of Sivakumar, “(we) were not informed of the change until the very last minute… no reason was given for the change.”.

    So by now, Najib is already sworn in peacefully at Istana Negara as the sixth prime minister of Malaysia, despite his tainted character and baggae of unresolved scandals. Tomorrow, the critical by-election weekend, he will surely go to the various places giving his speeched as the newly minted prime minister. Carrying with him are all those advantages described above that his campaign has already engineered and bagged. His final kill will be the collapse of opposition campaign for the by-elections and the surprises beyond imagination on the night of Apr 7.

    Already, the campaign has made smaller punches here and there, including seizing all printed copies of opposition publications. As the title of my previous post, Malaysia has entered dark ages from 10am today. Hold on tight, all! The ride will be very bumpy, but we will reach the destination, surely.

  14. Salam Tuan Hj Bakaq,
    Serba tak kena tuan hj. Bebas salah, tak bebas salah. Macam mane ni. Serba tak kena. Sabo ler dulu. Kan PM Najib kata, nk kaji. Ok lar tu. Sabo jer. Tunggu,lihat. Ramai org percaya, PM Najib akan tunaikan.

    Bukan senang Tuan Hj Bakaq ooi, main mansuh2 begitu jer. Ini bukan undang2 PIBG. Byk kajian dan penyelidikan perlu dibuat. Banyak perbincangan perlu diadakan. Jgn jd macam ex PM PL dulu, "main hamtam sajer", lepas tu baru tahu, rupa2nya hasilnya "menyusahkan semua pihak". Kadang2 terpaksa "tarik balik".

    Yg penting untuk seluruh rakyat Malaysia skrg ni ialah pulihkanpemulinan ekonomi. Berpuluh ribu dh hilang kerja, lain lar mcm Tuan Hj, surruuu tak miss. Apa jd dgn sahabat2 kita yg lain, yg dh jd penganggur sedangkan diri sendiri, anak dan isteri perlu ditanggung. Jd kita bagi lar beliau peluang. Aku rasa itu lebih baik dan lebih penting lagi dari macam2 hal yg Tuan Hj timblkan tu. PM Najib ni bijak. Aku pernah beberapa kali mendengar ucapannya(tanpa text), secara live - bukan kat tv atau radio. Drp cara berucap dan isi ucapannya, kita boleh nilai beliau. Jgn under estimate dia. Aku yg dh lama blah dari umno sejak exPM PL ambik alih dan buat dasar2 yg tak tentu arah, skg ni dh mula nk dekat2kan diri balik sbb aku dan ramai orang percaya kat PM Najib ni.

    Jika kita beri tumpuan dan sokongan kepada
    PM Najib untuk pulihkan ekonomi, dan beliau berjaya berkat sokongan padu kita, kita semua termasuk Tuan Hj anak beranak dan kaum keluarga pun sama2 tumpang senang. Hal2 yg ditimbulkan itu buat ape lah nk dibesar2kan dan dijaja kesana-sini. Entah betul entah tidak. Yg pasti bagi majoriti kami, cerita2 karut yg dijaja oleh pembangkang kesana kemari tu, hanyalah cerita2 rekaan dalam usaha untuk menghakis kepercayaan org ramai terhadap PM Najib. Semua ini mereka usahakan kerana mereka bimbang keupayaan PM Najib yg insya Allah sudah pasti menyebabkan parti pembangkang kecundang.

    Pembangkang hanya gagah kerana mengambil kesempatan dari kelemahan dan keterbukaan exPM PL. Maka tidak menghairankan jika kita dgr kabar, bagaimana pembangkang berusaha agar PL tidak letak jawatan atau sekurang2nya tempuh peralihan kuasa boleh diperpanjangkan. Tujuannya supaya kaki2 putar pembangkang ada kesempatan untuk memikir dan mengusahakan pelbagai fitnah dan cerita2 karut untuk menipu org ramai yg mudah terpedaya.

    Apa yg saya paparkan diatas, sudah tentu tidak sealiran dgn pemikiran dan pegangan Tuan Hj. Jd, jika Tuan Hj fikir, tulisan saya ini tidak bermakna atau menyusahkan Tuan Hj dan kumpulan Tuan Hj. sahaja, maka deletekan sahajalah. Saya tidak akan berkecil hati. Saya tulis dgn ikhlas.

    Saya minta maaf jika tulisan saya ini mungkin menyinggung perasaan Tuan Hj dan rakan2 sealiran dgn Tuan Hj. Saya menulis ini, memaparkan apa yg ada dilubuk hati saya. Jika salah, ia adalah kesilapan dan kejahilan saya sendiri. Jika baik, semuanya datang dari ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.

    Sekian.

  15. Awaslah upan jinak diair tenang! Ini memang kerja kumpulan lanun! Adakah lepasnya 13 ISA akan membolehkan pembunuh Altantuyya lepas?

  16. habis modal ke bang

  17. BAIK ADA MAKNA TUU...
    BERHATI-HATI LAH....

  18. pak bakaq....

    teori RAHMAN sudah lengkap....

    R ahman

    A bdul razak

    H ussien onn

    M madey

    A bdulah badawi

    N ajib razak


    mak aku cakap lepas RAHMAN umno da tak memerintah lagi lepas tu......


    so.... mak aku ajak pulak main TEORI " ANWAR "


    A nwar

    N izar

    W an ........... ( mungkin dari terengganu) ho..ho..ho..

    A zmin kot.... tak pon aku kot " AZMIR " ho..ho...ho...

    R .................


    halamak.... niat aku nak tengok KHAIRY jadi PM tak tercapai....

    tapi yang pasti PAK BAKAQ tak tersenarai....

    sebab da berumur.... ho...ho...ho...ho...



    PAK BAKAQ tak nak ke main teori ANWAR,,.....

  19. to:PR people..
    stakat baca quran PUTRI tau baca

    linknye:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

  20. memang ia telah menjadi ratiban dan rataban. tidak usah risau. yang pasti banyak lagi yang perlu diratib mustakizah, norita, putih, dan beribu-ribu lagi yang tergantung keputusannya hingga hari ini. belum lagi gunung runtuh, pasir hanyut, pokok hilang, hutan terang, pantai lenyap, sungai busuk, bangunan tumbang.

  21. biasa la tu..baru namanya politik..

  22. sunyi sepi , nape ni?

  23. RAHMAN (EDISI KEDUA):-
    R = RAZALEIGH (TENGKU RAZALEIGH HAMZAH).
    A = ANUAR (ANUAR IBRAHIM).
    H = HADI (TUAN GURU HAJI HADI).
    M = MAHFUZ (MAHFUZ HAJI OMAR)@ MAT SABU(MOHAMAD BIN SABU).
    A = ???
    N = ???

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008