
Berikut ialah sebahagian dari berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Serangan terhadap pembantu ayahanda":
Berita Harian hari ini pula menyiarkan berita bertajuk "Khairy tegur syarat PAS" manakala The Star menyiarkan berita bertajuk "Nik Aziz’s PAs blamed for friction" dan Sinar Harian pula melaporkan berita bertajuk "MB akan jawab isu negara perpaduan, 'pembantu sesat'".
Satu lagi berita menarik hari ini:


"Mereka (pembantu politik) mungkin berpuluh-puluh, mereka adalah benar dan betul kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.Sila baca juga berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Jangan buat Nik Aziz hilang kredibiliti" (kenyataan bapa mertua Nik Abduh), "Pas canggah pendapat," "Hasrat Nik Aziz dialu-alukan," "Rakyat tunggu kerjasama Pas-BN," dan "Bebaskan diri cari titik pertemuan".
"Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama.
"Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama," katanya kepada Utusan Malaysia.
Berita Harian hari ini pula menyiarkan berita bertajuk "Khairy tegur syarat PAS" manakala The Star menyiarkan berita bertajuk "Nik Aziz’s PAs blamed for friction" dan Sinar Harian pula melaporkan berita bertajuk "MB akan jawab isu negara perpaduan, 'pembantu sesat'".
Satu lagi berita menarik hari ini:
PAS minta pimpinan negeri anjur solat doakan kesejahteraan Sultan SelangorPetikan berita Harakah Daily 28/4/09 bertajuk "Liberalisasi kewangan: Lain berkudis, lain diubati ":
mStar Online (29/4/09): PAS Selangor meminta pimpinan parti negeri itu supaya menganjurkan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang akan menjalani pembedahan di Amerika Syarikat.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali telah mengeluarkan arahan supaya solat hajat perdana dan munajat itu diadakan akan diadakan di setiap kawasan negeri itu.
"Ahli dan penyokong PAS diminta melakukan solat yang sama sepanjang baginda menjalani pembedahan dan seterusnya dalam proses penyembuhan supaya segera sembuh dan kembali memayungi rakyat Negeri Selangor dengan penuh kasih sayang, keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau turut meminta ahli dan penyokong PAS supaya sentiasa mendoakan agar Tuanku menjalani proses rawatan dengan penuh ketabahan dan sentiasa mengharapkan keredahan Allah.
Mahfuz juga mengecam kerajaan Umno BN yang hanya berminat meliberalisasikan sektor perniagaan tetapi terus mengongkong sektor yang melibatkan keperluan asas rakyat, termasuk golongan miskin.Walaupun saya suka, komen-komen hentam raja tak akan disiarkan. Saya tak nak kena saman. Bagai yang selalu saya kata, aku tak nak hampa yang sedap-sedap tulis apa yang hampa nak tulis, ujung-ujung aku yang kena. Tak naklah!
"Apa hebatnya kerajaan Najib memperuntukkan kira-kira RM1 bilion subsidi tiga jenis barang kawalan iaitu gula, tepung dan roti jika perniagaan barangan utama itu terus terhimpit dalam penjara monopoli?
"Peruntukan RM1 bilion pun, rakyat dapat manfaat sejemput dan peniaga tamak yang memonopoli perniagaan barangan asas tersebut dapat manfaat bertimbun-timbun," katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohtar Radin pernah membangkitkan pertanyaan rakyat di Dewan Rakyat tentang "siapa itu Robert Kuok yang diberi konsesi import gula secara perseorangan. Bertahun-tahun gula masih krisis. Kenapa tidak diberi lesen kepada orang lain? Kenapa dia sahaja yang monopoli?"
Malaysiakini pula pernah menyiarkan kenyataan Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang mempersoalkan mengapa jumlah syarikat pengeluar gula perlu dihadkan kepada empat buah sahaja, dan itupun dikuasai oleh dua orang sahaja 'Raja Gula' 'Sugar King' Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.
"Saya tidak nampak kerajaan Najib adalah kerajaan yang mengambil berat penderitaan rakyat apabila terus mengongkong sektor keperluan asas.
"Mengapa enggan meliberalisasikan sektor tersebut? Adakah kerana hendak membela puak kapitalis?" Mahfuz mempersoalkan.












Cantik? Klik 






tak payahlah duplicate statement SUK Selangor suruh rakyat solat hajat... banyak benda lain yang PAS Selangor perlu buat. Paling sengkek pun pastikan PJ Selangor merangkap exco hal ehwal agama tunaikan jemputan rakyat. jangan sedap-sedap beri komitmen nak datang, tetiba bila sampai masa tak datang-datang. yang malunya orang PAS yang anjur program jemput dia datang.
di tempat saya kat tasik puteri, rawang, dua kali hasan ali buat perangai tak senonoh macam tuu... lepas tuu kelentong kat orang dia ada program tempat lain. bertembung programlah kononnya. yang bodohnya, ngaper tak kata ada program lain, tak boleh datang pada tarikh tuu atau paling sengkek pun hantar wakil. ini ikut suka mak bapak dia, nak datang ke tak nak datang ke...susah sangat ke nak tunai jemputan rakyat.
kalau macam niilah standard PJ Selangor elok tukarlah. jangan sampai nasi jadi bubur cukuplah.
orang PAS ni jemput pemimpin datang bukan macam orang umno. ada benda nak minta. mereka cuma nak tengok pemimpin... tu aja. kalau hasrat laih macam tuu pun tak boleh nak tunai tak payah sibuk-sibuklah nak campur hal istana.
AP yang diberikan kepada orang Cina seperti Robert Kuok tidak boleh di kacau.Yang hendak di tukar kepada 'open tender' hanya AP2 yang diberi kepada orang Melayu sahaja seperti AP kereta.
Orang melayu sendiri yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap sesama sendiri(baik PAS atau UMNO atau yang tak berparti).Minda kalau aku tak dapat lebih baik semua orang Melayu tak dapat.
Orang DAP atau MCA tak pernah sentuh pun tentang AP2 yang diberi kepada orang Cina.Dalam politik mereka bergaduh tetapi matlamatnya sama dan dalam bisnes mereka tak kacau periuk nasi sesama sendiri.
Kenapa lesen2 judi diberi kepada orang Cina sahaja,kenapa tidak kepada orang2 Iban atau Kadazan juga?
Kenapa lesen2 kilang arak dan import arak diberikan kepada orang Cina sahaja,kenapa tidak kepada orang India atau pun orang Asli juga?Buka kepada semua brand antarabangsa dan berikan lesen2 import kepada mereka.
Nyata Melayu senantiasa akan menang sorak tetapi kampung tergadai.
Salam bang bakaq n family
Agak2 sapa yg berani pacak tiang dan letak atap bertam barang selayar dua sebagai teduhan sementara dimana2 saja lokasi bermula pintu gerbang naik ke Genting Highland (selepas susur karak hway) hinggalah jalan keluar di sebelah Kuala Kubu. Samada ia boleh diistilahkan betapa besarnya jasa UMNO/BN terhadap rakyat atau disifatkan sebagai khianatnya UMNO/BN terhadap rakyatnya. Itupun kalau nak dibandingkan pemberian geran hakmilik tapak rumah sebesar parking lori itu untuk tempoh 999 tahun kepada rakyat marhaen pelbagai bangsa warganegara Malaysia yg telah disahkan.
aik? pas pun dah belajaq mengampu sultan? pepsi dan coca-cola. tin lain rasa sama!
aukauk88.