Sedap!! Klik gambar di atas!

Orang PAS tak pandai guna isu

"Orang PAS memang tak pandai guna isu. Baru ni, isu mansuh kuota 30 peratus dalam entah berapa sektor aku pun tak ingat (video di sini), satu lagi keputusan kabinet fasal mak bapak tak boleh tukar agama anak yang belum cukup umur. Orang PAS tak reti guna isu!
Justify Full
"Kau tengok Umno. Berapa isu sangat dia ada, babi, DAP, tanah (dengan pegangan) 999 tahun, tak banyak pun. Tapi Umno pandai guna. Umno dapat balik banyak persen jugak undi Melayu di Bukit Gantang baru ni.

"Bukan ada isu apa sangat. Belasah (Haji Mohammad) Nizar (Jamaluddin) je. Boneka. Penderhaka. Umno pandai main isu. Dia fokus. Dia dapat apa yang dia nak.

"Kau orang ni nak perintah tak? Nak menang pilihan raya tak?"

Demikian lebih kurang yang saya dapat ingat kata seorang kawan (di atas tu bukan catatan yang tepat dan hanya lebih kurang yang saya ingat). Sebelum ni saya ingat dia orang Umno. Sekarang saya pun tak tau parti apa Mamat tu.

Apa saya jawab ketika dia memperleceh-lecehkan PAS? Banyak lagi yang teruk-teruk termasuk kata "kalau dua Tok Guru orang boleh laga-lagakan dengan mudah, berenti je le. Balik duduk rumah, main dengan cucu lagi bagus" (keratan akhbar di atas adalah antara mainan media mengenai perkara itu dan termasuk tajuk utama Sinar Harian hari ini).

Apa saya jawab? Tak jawab apa pun. Tak reti nak jawab apa. Kalau marah, saya mintak maaf!

Saya teringat belasahan seorang kawan Umno terhadap Nizar (dia kata PAS dia boleh terima tetapi Nizar dia benci - pun saya tak jawab apa). Dia bangkitkan isu Nizar goreng kuetiaw di kedai Cina. Dengan memek muka nak termuntah, dia kata "apa la Nizar ni. (Haji) Mustafa Ali pun nak termuntah dia goreng kuetiaw, tak tahan!"

Apa saya nak jawab? Sebelum itu, perkara tersebut kepada saya adalah non-issue. Tetapi bila dia dakwa dalam kuetiaw tu ada babi, apa aku nak kata? Saya pulak terlupa nak tanya dia, hang ada di situ ka yang hang tau ada babi tu?

Apa pun, tak kisahlah Umno oi. Apa yang hampa nampak PAS buat silap, hampa tolong la belasah. Harap-harap PAS tak rajin sangat buat silap lagi.

Balik kepada cerita orang PAS memang tak pandai guna isu. Tak payahlah nak terloncat-loncat marah. Mai kita pakat-pakat buat homework!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. macamana PAS nak gunakan isu hapus DEB 30% dlm 27 sektor dan isu common religion utk anak berusia 18 tahun ke bawah kerana 2 perkara tersebut amat dipersetujui dan diperjuangkan DAP dan sesetengah PKR (tolak Zulkifli Nordin). Hormat rakan seperjuangan katakan... nanti PAS akan hilang undi bukan Islam kelak..so baik duk diam-diam aje..nak menang pilihanraya katakan..

  2. Pak Bakaq.... mana tv yg nak siarkan,mana surat khabar yg nak tulis,...hang pun satu.. relax sat... kasi masa untuk Ketua Penerangan nak exploit citer ni... ada byk lagi... kejer pak bakaq..tulis jer dlm blog ni.

  3. Salam Pak Bakaq, bukan orang PAS tak reti guna isu, Sebenarnya orang PAS ni bukan opportunist tu aje. Dia bukan sama macam puak gerombolan, semua perkara nak ambil peluang. kalu orang PAs berkelakuan macam gitu, ambe berhenti sokong PAS.

    NAbi SAW pun suap makanan kat Yahudi buta yang dok mencela dia hari-hari dengan harapan dia berubah. Apabila Nabi SAW wafat, tangan Abu Bakr RA suap makanan, dia pun tanya pasal apa tangan yang lain, bukan yang biasa. Bila Abu Bakr RA bagaitau Yahudi buta tu, yang biasa suap makanan kat dia sebenarnya Nabi SAW, Yahudi buta tu menangis dan menjadi muslim.

    Ramai orang tahu cerita ni, tapi tak nak paham maknanya. Nabi SAW tak pun mencela orang yang mencela beliau. Jadi PAS kena ambik contoh tu. Kalau tidak PAS sama je dengan puak gerombolan. Sama huduh kelakuannya.

    Mintak Maaf Pak Bakaq, panjang sikit komen ni, kalau ikutkan panjang lagi. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk yang benar dari Allah SWT. Amin.

  4. Nak tutuh UMNO macam mana. Depa lebih suka tutuh kawan-kawan sendiri. Jenis buruk perangai. Suka berkelahi adek beradek.

    Arwah ayah aku dulu, dia cukup pantang kalau berkelahi adek beradek ni.Kalau dia tahu, dia akan panggil kami yang bergaduh tadi kemudian dia hantukkan kepada kami.

  5. bukannya pas tak pandai, cuma pas ini terdiri dari pemimpin2 yang ada pendirian,tak nak mempergunakan isu isu yang boleh mempecah belahkan rakyat macam umno, pas tidak mahu mempergunakan kelemahan mana2 pihak untuk kegunaan politik, lain kalau ada unsur jenayah macam kes monggolia. itu lah keunikan parti pas bukan kelemahan atau tidak kepandaian

  6. bukan orang PAS tak pandai guna isu pak bakaq. tukar agama ni pun kat mana2 orang bercakap cuma paham2 jer la..! Media umno yang kontrol. umno pun sedar yang depa dah buat silap. Takkan nak jaja pulak cerita ni besar2. Kalau orang PAS nak jadikan isupun tentu tak kuar kat suratkhabar dan tv. Cuma jadi isu kat kedai kopi ngan isu dalam teksi ajer lah...!

  7. Aku setuju.

    PAS tak pandai "Menangkap Titik sejarah"

  8. Bakaq,
    2x5, 5x2 bakaq ooii.. aku pun naik penin, kita duk pikiaq cam nak mampuih....depa buleh duk makan sekali...apa apa pun depa yang untung..kita apa pun tarak...

  9. BETOI.....
    PAS SUDAH MEMILIKI BANYAK ISU.....
    JENOH JUGAK NAK JAWAB.....

    SATU JAWAB. TIGA SOALAN MAI PULAK DAH..
    LA NI.. BIAQ PI KAT DEPA LA...


    Adam Amin
    Kg Jerlun
    Kedah

  10. Ada yang merasakan PAS seperti badan dakwah sahaja - Sedangkan PAS ialah parti politik Islam! Tentu ada beza antara badan dakwah biasa dengan parti politik!

  11. Salam,
    ya ka PAS tak pandai main isu? nak tergelak tu. mungkin tak ada orang yg dibenci oleh PAS dah kot. org yg dibenci sangat dah pencen lama dah. sampai la ni tak ada isu nak main. semuanya dah jadi umno dan umno pun dah jadi pas. main segala isu yg boleh. La ni dah jadi kerajaan, kena la hati-hati main isu. nanti terkata kat diri sendiri pulak. tak haru biru.tapi pas boleh buat sebab tak salah, umno tak boleh sebab bukan islam. apa pun syabas kat pas sebab dah maju untuk bertanding nak dapat jawatan dan kuasa.

  12. salam untuk pak bakaq dan kawan pak bakaq tu,

    saya rasa kita semua kena mengkaji setiap pandangan dan kritikan yang diberikan.
    tak semua kritikan tu perlu kita jawap, dan tak semua isu yang timbul perlu kita
    terangsang dan ghairah tak pasal2....nanti cepat habis stim!

    hakikat yg sebenarnya, kejayaan yg dicapai oleh PAS sedikit sebanyak setakat ni(bukanlah banyak sangat pun...jgn perasan mcm PAS Trg 1999-2004) adalah bertunjangkan kpd komitment dan dasar perjuangan PAS yg begitu konsisten.Ini yang perlu diperkasakan disaat masyarakat kagum dan yakin dgn cara kepimpinan dan komitment kapada dasar perjuangan islam untuk keadilan dan kesaksamaan untuk semua makhluk dibumi Malaysia ini.

    Bila terlalu sangat terangsang dan terghairah dengan isu itulah yg timbul banyak
    polemik dan fraksi dalam PAS, contohnya fraksi muqabalah, fraksi muzakarah dll...
    kononnya nak munafaatkan isu-isu yang banyak dihadapai pihak UMNO/BN.

    Sekadar pandangan yg dirujuk kpd kitab2 burok didesa batu burok...wallah-u-alam.

  13. Bang Bakaq...
    Bukan tak pandai guna isu-isu semasa, tetapi lani sibuk tak habis lagi, itu hari PRK Bukit Gantang, sekarang ni sibuk meraikan kemenangan, tak habis-habis lagi,, sedangkan kita-kita bloger-bloger dah keluarkan bermacam isu-isu.. tapi depa ni tak ambik kisah kut.. tu yang masaalah tu.. MSK pun dah sebut,, daripada duit beli lembu untuk kenduri, digunakan untuk pasang sistem wifi ka broadbang ka bagi yang tak ada kemudahan internet adalah lagi baik.. maksud di sini bukan tak boleh buat majlis kesyukuran, tapi cukuplah sekali dua.. ni semalam pun masih ada lagi kat Kuala Terong.. makan lembu lagi...
    Tak taulah ... nak komen banyak-banyak orang kita semua tu... tak tegur makin haru-biru,,, macam mana nak lawan UMNO macam ni.. ingat kata-kata Ust Ramli Gopeng, bagaimana orang Melayu ada 19 ribu lebih yang masih mengundi BN dlm PRK Bukit Gantang.. masih lagi jahil tak faham Islam...Ni semua tugas kita nak menerangkan Islam kepada yang tak faham...

  14. Pak Bakar,

    Bukan org PAS tak pandai guna isu. Sebenarnya, org PAS pun nak jaga hati DAP pasal kuota 30% tu. Ataupun tak paham ekonomi.

    Yg pasal tukar agama utk budak2 tu, saya betul2 harap PAS boleh come out dengan suggestion or proposal. Jgn la asyik nak kritik je. At least, post la proposal tu dkt Harakah website. Baru la org confident. Kalu nak kritik je, semua org boleh buat.

    Baba Kardoh

  15. Dah sangkut terikut janji anwar ibrahim, isu tukar ugama ni macam mana? Bila isu 30% ekuiti, amin iskandar pula yang spam ke sana kemari. Amin mesti setuju, kenapa dia bising?

  16. 1 - bab lemah manipulasi isu, memang dah lama sangat. pas macam hilang punca. kalau ada pun reaksi kepada sesuatu isu, dah lambat keluarnya. macam dari taiping nak ke kl. orang lain dah sampai tanjung malim, pas baru bidor.

    sedihnya, dalam pas ramai orang yang pandai2. doktor falsafah pun ada, doktor perubatan ada, peguam ada. apa dah jadi? rasanya, tak ada penyelarasan. semua orang sibuk nak buat semua benda. atau tak ada orang nak buat apa2. sebab tu saya selalu ungkit - zaman almarhum ust fadzil, dap pun selalu tertinggal.... zaman la ni, kalau pas tercicir bukan lagi story. kalau pas terkedepan - nah, itulah storynya.

    2 - bab gorang kuetiaw. bagi melayu, babi sangat najis. tapi bukan arak. walaupun babi najis berat, dia boleh disamak. tak kacau orang lain. bab arak, kalau dah mabuk semua boleh buat, termasuk makan babi dan bunuh orang. tapi umno sibuk tak ketahuan...

  17. Cakap memang senang bro, UMNO kuasai media...PAS ada, tapi tidak sekuat mereka. Kalau ko hebat sangat buat TV lo bodo

  18. Padangan saya, isu kouta 30 peratus itu hanya "valid" kepada orang umno sahaja, pada jemaah PAS tidak ujud malahan lebih sukar lagi berbanding MCA, MIC, Gerakan dan selain nya. Jadi isu ini tidak perlu di ambil kesempatan oleh PAS kerana perjuangan PAS untuk Keadilan semua tak kira bangsa Melayu ke, Cina atau Idia atau selain nya.
    PAS tidak perlu memanipulasi isu yang bukan dalam landas perjuangannya. Bukan nya bodoh atau tak pandai guna isu tetapi itulah kebenaran islam. Walau dianggap tidak pandai oleh orang lain dalam jangka masa panjang semua kaum akan terus melihat PAS sebagai pejuang keadilan sebenar. Kita tidak rugi apa apa kerana tidak ikut cara UMNO.

  19. hang ja pandai bakaq ai,

  20. laa... isu kuota 30% tu.... itu perjuangan orang amnu... yang katanya ketuanan melayu.. bukan isu pas tu... pas tak main isu perkauman tuh...

    kuota 30% tu hanya kayakan pemimpin amnu saja... mereka tu yang amek 25%... lagi 5% tu je yang melayu lain dapat...

    kes nizar goreng kotiau... tatau...

    cuma sekarang ni... memang pas bangang... duk sibuk ngan geng frakas amnu yang kemaruk... kalau dah nak sangat jilat amnu... isi borang laaa... parti ni bukan bapak korang punya!! korang hidup atas duit derma orang ramai... jangan sesukati nak bawak pas masuk amnu lagi!!!

  21. Salam......saya peminat Abg Mat, sejak kebelakangan nie saya banyak mengikuti perkembangan Abg Mat melalui akhbar2, kaset atau cd, internet serta bualan rakan2.

    Kadang2 saya kesian tengok Abg Mat ni....bukan apa, cubalah kita fikirkan....dia telah 3 penggal dok dalam parlimen....masa dia berada dalam parlimen dulu takda pun saya tengok kerajaan PAS (masa tu Kelantan) beri dia apa2 special untuk apa2 kepentingan kerajaan negeri di Kelantan.

    Dia bersungguh2 memperjuangkan parti dan kepentingan rakyat.....kalau nak hujah banyak, tapi rasanya , banyak dah dihujah......antaranya, seperti keluar masuk termasuk ISA dan mahkamah, demo dan banyak lagi....tapi semuanya tak pernah menjadi halangan.....hampir setiap malam dalam setahun masanya dihabiskan demi kepentingan dan keperluan parti PAS dan untuk ahli2nya semua....berceramah untuk menerangkan kepada semua rakyat tentang isu semasa.....setiap kawasan dan negeri berebut menempah tarikh dairinya.

    Tapi setelah TSUNAMI politik berlaku , di mana PR menang besar di 5 buah negeri....takda pun lagi kerajaan di bawah pimpinan PAS mengingati beliau lagi.....apatah lagi nak kasi apa2 jawatan...lagi lah.....sampai PRK di Kuala Terengganu yang asal tempat dia pun ....beri kat orang lain. Berlaku sekali lagi PRK di Bukit Gantang , pun beri kat orang lain......walaupun TG Nik Aziz ada meminta Abg Mat untuk menjadi calon, semua diabaikan.

    Tapi masa dia kalah pada MAC 2008 di Kuala Terengganu dulu...ramai orang cakap, kesian Abg Mat tak dapat masuk parlimen....sunyi dan masih tak dapat hidup lagi lah parlimen.....semuanya bohong belaka......ucapan yang seolah2 semua berlakon.....tapi bukan ikhlas.

    Itu yang bila Lim Guan Eng lantik dia jawatan sebagai lembaga pengarah dalam Perbadanan Air Pulau Pinang...bukan setakat orang Umno sahaja yang marah atau dengki.....Umno tu memanglah jahat....Umno sekarang ni sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan barisan pengerusi perhubungan negeri sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu. Dia orang akan sentiasa mencari mana2 "loop" untuk diserang......tu yang saya pelik , sejahat2 Umno macam nie, macam mana ada pimpinan PAS nak cuba "muqabalah"....pelik saya?

    Ini orang PAS sendiri pun mula chot-chet2 kat belakang......macam tak puas hati jer? Tapi, apa pun terima kasih Lim Guan Eng di bawah pimpinan DAP kerana menghargai pengorbanan dan perjuangan Abg Mat selama ni.

    Jadi penerimaan Abg Mat untuk jawatan lembaga pengarah adalah wajar, biarpun ramai orang yang lupakan dia, tetapi ada seorang yang masih ingatkan Abg Mat , apatah lagi beliau sebagai seorang Naib Presiden. Dia merasakan perlu untuk turun membantu sebagai mewakili PAS dan juga sebagai anak watan Pulau Pinang.

    Tapi, kalau lah begini pandangan orang terhadap Abg Mat, demi kepentingan PAS, saya rasa elok juga kalau Abg Mat serah balik jawatan tu. Biar puas hati orang Umno dan puas hati orang PAS. Mungkin Abg Mat masih lagi diperlukan untuk berkorban......(hanya pandangan peribadi saya)

    Sekian, wassalam.

  22. UMNO tu musuh PAS, ramai orang melayu suka di bodoh bodohkan oleh umno atau jahil maka apa lagi...fitnah PAS kan bes!

  23. awas perangkap umno. Mereka memang mahu pas lawan isu ni. Bila pas lawan, anggota dalam pakatan yang lain akan protes pas. Umno boleh tepok..

  24. --ORANG PAS TAK PANDAI GUNA ISU--

    Awat tak tau depa cukup marah kat hang. Rheja rumah depa tak mau buat, dah tu duk menyombong bodo srupa tu jugak..Payah no..

    Dari Sayyidina Ali:
    "Mahukah anda daku beritahu tentang siapa yang benar-benar faqih (mengetahui agama)? Iaitu orang yang tidak memberi kelonggaran kepada orang lain untuk melakukan maksiat, yang tidak membuat manusia berputus asa dari rahmat Allah, yang tidak membuat mereka merasa aman dari ancaman Allah dan yang tidak meninggalkan Al-Quran. Manakala ilmu yang baik adalah yang mampu membuat seseorang berfikir tentang Tuhannya dan tidak ada baiknya bagi bacaan yang tidak disertai dengan renungan."

    That one for public consumption...

  25. Ok ler tu.

    Ada betul dan salahnya!

    Ada Pro dan Kontranya!

    Sekurang2nya blok ni aktif walaupun kekadang mcm batu api pun ada. Tp bagus gak bagi semangat dan bagi kita alert. Buang keroh, ambil yg jernih.

  26. salam
    Bukannya setakat orang pas tak pandai guna isu, tapi ada orang pas sendiri yg putar belit isu! salah satunya: http://pemudapc.blogspot.com/2009/04/unity-goverment-rupanya-di-kelirukan.html .Mungkin dikelirukan oleh: http://pemudapc.blogspot.com/2009/04/xclusive-satu-pendedahan-dari-nikabduh.html .Sendiri mau fikir laaa!

  27. Saya setuju orang PAS tak pandai guna issue..
    Tapi tak pandai jenis ini lah yang baik... sebab kalau kita terlalu asyik melayan issue, maka sangat mudahlah musuh melanyak kita.. hanya umpan dengan issue..
    Jadi adalah sangat baik jika PAS lambat menyahut sesuatu issue supaya dapat difikirkan secara mendalam.. bukan sahaja untuk setakat menyangkal sesuatu issue bahkan lebih daripada itu ialah mengemukakan cadangan jalan penyelesaian kepada issue itu.. Barulah PAS akan dilihat sebagai parti yang layak memerintah.. bukan hanya membangkang....

  28. assalamua'laikum, bukan PAS tak gunakan isu, cuma tak kluar dlm media...saya sendiri cepat2 forwardkan berita penghapusan 30% tuu kpd kengkawan utk difahami...khasnya yg mangkuk hayun utk depa jwb...sorang pun tak jwb...selain dr harakah, suara keadilan & siasah kita cuma gunakan pentas ceramah & internet utk sampaikan perkara2 spt ini...jadi mungkin pd sesetengah org tak nampak tindakan PAS apabila ada peluang

  29. bukan tak guna isu tu... tapi kalau guna pun mereka bukan tukar undang2 pun... yg dah jadi dalam umno tetap diteruskan...
    di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

  30. bakaq..
    hang kene paham 1 perkara.
    ramai lagi orang baik2 dalam PAS nih. Diorang bukan OPORTUNIS

    itu saja bakaq.

  31. Salam Pak Bakaq,

    Bahasa kasaq, kebanyakan pemimpin UMNO syaitan berkepala manusia. Hasut sana sini tak kenal halal haram. Aku ulang, hanya sesetengah bukan semua. Ahli-ahli jadi mangsa. Ikut buta tuli takut 'mis suru'. Biasalah tu pak bakaq. Lepa ada media perdana, isu kecik jadi besaq.

    Puak-puak PAS pulak tak berupaya melawan media arus perdana kaki bodek tu. Bagi aku biar lepa mainkan isu akhir sekali isu tersebut akan 'turn over' balik macam jadi di empat PRK. Golongan muda bukannya bodo. Lepa 'cerah minda' bukan macam kita kuda tua, kalau UMNO atau PAS fanatik membabi buta. Aku tak masuk PKR sebab mereka parti serpihan UMNO. Parti wayar putus.

    Aku laani sedang menghasut anak beranak di Penanti untuk membuat perubahan minda dari tok wan hingga ke cucu-cucu. Aku berhujah menggunakan fakta bukan auta. Baik dari kerajaan atau PR. Hampa tunggulah keputusan yang tidak menyebelah pemimpin-pemimpin yang bertopengkan iblis dan syaitan. Kaya tak boleh ditompang, miskin tak boleh diikut. Sombong tak boleh ditegur, lembut tak boleh dilentur.

    Aku biasa makan kuetiaw cina lebih bersih dari nasi kandar mamak proses ayam/sayur atas tangga jamban (Sesekali hampa pi jengah dapuq lepa). Kalau Ir. nizar tu takkan buta perut tak tanya kuetiaw babi ka atau tidak. Pak Bakaq jangan dok buat isu.

  32. Penarik beca,

    Parti PAS diisi oleh ahli yang menganggap diri mereka beragama islam. Sebagai penganut islam, seseorang itu tidak boleh melampaui batas dalam melakukan sesuatu pekara. Dalam bab ini kita memang menyokong tindakan mereka kerana itu adalah amalan hidup seharian masyarakat orang yang beragama islam.

    Tapi bukan dalam politik. Apa yang kita semua sedia maklum bahawa UMNO kini semakin lemah, tapi PAS tidak pernah kuat malah terkapai-kapai seperti orang kelemasan terpaksa meminta bantuan dari DAP dan PKR. Mengapa pekara ini boleh terjadi...?

    Puncanya mudah, kerana ahli yang dilantik jadi pemimpin itu adalah orang dikalangan pemalu dan tak cukup ilmu. Oleh kerana itu segala kelemahan dan kesalahan yang dilakukan oleh puak UMNO dibiarkan begitu saja. Malah boleh diajak muzakarah pula...(ikut sunah nabi).

    Sebenarnya bukan menjadi kesalahan jika pemimpin PAS tidak mahu mengungkit sesuatu pekara sebagai isu terhadap kepemimpinan kerajaan. Cuma kita lihat pemimpin PAS memang suka disepak terajang hingga tersungkur oleh ahli UMNO. Mungkin sepak terajang dari UMNO itu walau pun sakit tapi memberi satu keseronokan...? Kemudian mereka merayu pada rakyat....lihat lah wahai rakyat betapa UMNO melakukan kezaliman pada PAS...!!!!

  33. isu 30% tu isu perkauman. PAS tidak akan ckp ape2 pasal ni sebab dasar PAS for all. maksudnya tiada batasan kaum cuma batasan agama yg wujud dimalaysia. saya secara peribadi bersetuju 30% dihapuskan. sampai bila org melayu nak bergantung pada subsidi kerajaan??? ada subsidi pun tidak byk yg dirasakan oleh golongan bawahan... golongan atasan shja yg mendapat nikmat subsidi kerajaan. ramai yg boleh survive tanpa subsidi kerajaan terutama ahli2 PAS. diorg dah lama ditekan, ape jenis subsidi pun x dpt... jgn risau, krjaan bukn bg kite rezeki... Allah yg tentukan segala. so pada org2 melayu jgn takut...

  34. org umno memang gitu.....
    xyah la sokong umno ok!
    pakat sokong PAS blAKE!

  35. Saya tak kisah dah pak bakaq. Saya takut dengan macam-macam perkara skang nak pikiaq banyak isu-isu ni.Tambah -tambah, yang seronok dengan keputusan perbincangan soal agama anak itu pun bukannya Gerakan , MIC dan MCA saja, pakatan kita ( DAP, sesetengah PKR ) pun saya 'risau' tumpang sekaki seronok jugak.

    Apa saya nak peduli dah? Pakatan tak pakatan, kita bersetuju dengan apa yang sama, dan tak bersetuju bila melanggar prinsip asas parti.Biarlah saya dengan Perkara 5 Perlembagaan PAS itu sajalah, yang sudah macam-macam dugaan dihadapi itu.

  36. Menghapuskan 30% equiti Bumiputra itu mesti di di halang,benar. Tapi PAS tidak dapat bebuat begitu,kerana Islam itu tidak racial. Jadi PAS boleh bankang dengan berkata 30% equiti Malaysian.Ini akan tingkatkan lagi prestasi PAS di mata Melayu,Cina India dlln.
    PAS juga perlu bankang Globalisasi/liberalisasi di mana asset negara(Ladang Kelapa Sawit negara) di jual pada Yahudi Sime Darby.
    Baca lagi rencana "Globalisasi,liberasasi,korupsi dan Inflasi" di..

    http://warongpakyeh.blogspot.com

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008