Sedap!! Klik gambar di atas!

Najib bukan lagi budak Mahathir?

Bernama melaporkan, "PM komited terus bangunkan Iskandar Malaysia".

Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak! Sesuailah dengan apa yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad: "Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ.

"Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.

"Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu".

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pernah menyatakan, Akta IRDA 664 yang diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan pembangunan WPI mengenepikan hak bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan raja dan negara.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin pernah menulis mengenai kebimbangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah terhadap aset negara, khasnya yang dipegang oleh Bumiputera, yang dijangka akan jatuh ke tangan orang asing dan tidak mungkin boleh ditebus kembali akibat tindakan kerajaan menolak DEB di WPI.

Adakah Najib mempromosikan WPI dengan tujuan menggeletek ahli-ahli Umno supaya menentang wilayah pembangunan itu (ahli-ahli Umno sahaja yang layak diambilkira suara mereka!) dan kemudian beliau pun menolak serta membatalkan WPI lalu popularlah dia di kalangan ahli-ahli Umno.

Atau, adakah Najib memang benar-benar promoter WPI? Mempromosikan WPI dengan tujuan menjerkah Dr Mahathir - "Look here. I am no more your obedient boy!"


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Isk... tak rasa yang Jib C4 ada teloq nak jerkah Madey lagu tu pak Bakaq. Koran Liberation yang tuduh berjabu pun dia tak berani nak berkutik. Apatah lagi ayahnda Madey nya itu. Kuasa ada pada dia (Jib C4) untuk merombak semula akta IRDA 664 tu. Setakat bunyi letup2 cakap lawa, lepaih tu dok biaq orang Singaghoplah mai beli senang-senang hati tanah di Johoq tu, tak guna jugak. Sembang kemaih, pungkoq melengaih!

    Tu yang kata nak pertahan hak Melayu tu? Bodo takmau kongsi ngan orang langsung. Tapi yang sokong lagi bodo sebab tak dapat apa. Pak menteri dan kroni ada la jugak habuan sorang sikit. Yang melalak lebihnya penyokong UMNO di Kg Jaha, Sg Mati, Trong, Matang Road, Simpang Halt dan Matang Gelugoq. Rumah senget nak roboh pun dok puja pengkhianat negara dan orang Islam (baca Melayu).

  2. Saya ada terjumpa pembetulan kepada kabinet najib. Mungkin boleh dijadikan panduan :)
    http://pemudapasbc.blogspot.com/2009/04/pembetulan-kabinet-baru-malaysia.html

  3. Some thought...
    Asal bahlul2 ni sibuk benar cite psal WPI?
    Wei, ni org johor punye tanah.. Ko budak pahang & budak kedah nak menyibok jek.
    Diorang ingat ni kubang pasu atau pekan kerr?

    Ni johor laaaa.. real stuff banyak kat sini
    Leave it to Johor people..u all asal orang kampung nak check out tanah johor lakk?
    we're real voice!

    Check out blog ktorang, lots anti- Najib Nu Pop aRT styleez!
    Pro-reform, youth/generational view!!
    *click

  4. Bagusla tu.
    Aku boley crita ngan cucu2 aku nanti, apasal singapore dan johore jatuh ke tangan Orang cina.

    UMNO = Untuk Menolong Negara Orang

  5. wpi jangan diberi kepada singapura untuk meletakkan rakyat mereka kerana kita nanti tak boleh take charge mereka. Dr M memang bijak dan sememangnya tak suka dengan singapura durhaka tu. Ganyang Singapura.

  6. aku setuju dngan hang(bdak kampung Jebong).
    orang yg macam ni boleh ka kita harap untuk membela melayu??
    awai2 lg dah juai tanah dah
    nasib baik dia juai kat joho
    kalau kat kedahh siap badan la najib oii.

    orng joho boleh laa hang pebodo depa.
    yang orng joho nie pun satu
    (bodo tak boleh nak ajaq)
    dah terang2 dia nak juai negeri hangpa!!!
    hangpa dok sokong dia lagi buat pa.
    hangpa bukannya ada duit nak pi melabok kat WPI tu
    esok2 nie hangpa nak pi dok kat mana?

  7. Penarik beca,

    Penyertaan Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah perniagaan. Dalam perniagaan memang biasa berlaku rasuah. Dan rasuah pula adalah salah satu sumber kehidupan bagi ahli UMNO.

    Kita amat percaya bahawa kerajaan Singapura tidak akan hanya menjadi ahli perniagaan saja disitu tetapi dalam masa yang sama mereka akan menjajah Wilayah Pembangunan Iskandar secara perlahan-lahan melalui perjanjian berserta rasuah.

    Walau bagaimana pun kita berharap Sultan Johor serta rakyatnya tidak leka dan lalai sehingga boleh diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yang kononnya parti itu memperjuangkan nasib bangsa melayu yang akhirnya "Pulau Batu Putih" diserahkan pada Singapura.

  8. Sultan Johor leka ke lalai, mereka tak rugi apa-apa. Hehe.. Ketuanan Meloya katakan! :)

    (sorry mencelah. biasa duk baca saja.)

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008